Isnin, 21 Mac 2011

shalehudin

shalehudin


Tahniah sdr Anwar bin Ibrahim

Posted: 21 Mar 2011 09:04 AM PDT

Tahniah aku buat saudara Anwar bin Ibrahim.

Ini kerana, tanpa prejudis... Anwar sekali lagi membuktikan pada dunia bahawa beliau adalah politikus yang paling digeruni oleh lawan dan dihormati oleh kawan. Anwar telah berjaya menggerunkan musuh musuh politiknya sehinggakan segala kekuatan musuh digembelingkan semata mata untuk menjatuhkan Anwar dan karier politiknya di negara ini. Seluruh kekuatan musuh termasuklah kekuatan dalam memfitnah yang dikuatkan dengan wang ringgit untuk mengelabui ribuan orang semata mata untuk menghumban Anwar dari persada politik negara.

Tindakan tindakan paling hina yang sebelum ini begitu menghiris jiwa diri dan keluarganya telah dihumban semahunya oleh musuh musuh politiknya semata mata untuk membunuh karektor dirinya sebagai politikus yang bersih dan berwibawa. Tidak ada lagi dalam sejarah negara seorang ahli politik dihina dan dimalukan semahu mahunya oleh pihak berkuasa melainkan Anwar Ibrahim. Hairan ya, kenapa tidak orang lain... haha....

Jawapannya ialah, Anwar lah yang paling digeruni dan ditakuti oleh musuh musuh politiknya. Dia mesti dijatuhkan walaupun dengan apa cara sekalipun. Liwat I telah hanyut dibawa sejarah walaupun kini cuba dihangatkan kembali dengan kemunculan Ummi yang entah dari mana dan siapa yang membiayai kemunculannya. Kini muncul liwat II yang sudah nampak akan gagal walaupun masih sedang panas dalam perbicaraan mahkamah yang amat adil cara Malaysia... haha...

Dan terbaru, muncul pula fitnah dalam bentuk video seks yang didedahkan pada wartawan pagi ini. Ini merupakan satu lagi siri "pembohongan" yang diselaras oleh mereka di peringkat kuasa tertinggi. Insyaallah, aku amat yakin hanya masa yang akan menentukan bahawa video ini hanyalah satu lagi sampah yang tersangkut dalam longkang fitnah musuh musuh politik Anwar bin Ibrahim...

Tahniah Anwar... haha... LAWAN TETAP LAWAN...

Dahsyat betoi manusia bernama Anwar nih... hihi...

Posted: 21 Mar 2011 03:46 AM PDT

Teknologi video dan kempen jatuhkan seteru


Sekali imbas, ceritanya memang panas – tetapi tidak masuk akal.

Adakah seorang yang begitu terkenal dan menghadapi pertuduhan liwat akan nekad untuk mendapatkan khidmat seorang pelacur di sebuah hotel di tengah-tengah ibu negara?

Dan, apakah kemungkinan bilik hotel itu pula mempunyai kemudahan rakaman yang begitu canggih sehingga video itu diambil daripada beberapa sudut.

Itulah yang juak-juak Umno dan blogger upahan mahukan rakyat percaya dalam fitnah terbaru terhadap Datuk SeriAnwar Ibrahim.

Dalam percubaan terbaru untuk memusnahkan kredibiliti Ketua Pembangkang berusia 63 tahun itu, seorang yang bergelar "Datuk T" hari ini menyewa kemudahan di Hotel Carcosa yang mempunyai kadar sewa paling mahal di Kuala Lumpur.

Beliau berbuat demikian kononnya untuk membolehkan wartawan menonton video itu sebelum ia dihantar kepada Anwar dan isterinya.

"Datuk T" menggambarkan dirinya sebagai ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mahu menegakkan kebenaran.

Jika itu tujuannya, mengapa tidak diserahkan video itu kepada pihak berkuasa, termasuk Jabatan Agama Islam?

Mengapa tidak terus "melepaskan" video itu untuk disebarkan kepada orang ramai supaya kesahihan video ini dapat dikenal pasti secepat mungkin?

Kenapa harus tunggu seminggu?

Kenapa harus tunggu seminggu atas alasan memberi peluang kepada Anwar berundur secara terhormat?

Jelas tujuan untuk "menyembunyikan' video ini daripada khalayak ramai adalah hanya untuk mendapatkan publisiti maksimum untuk memalukan Anwar, sebelum kesahihan video diperinci oleh golongan profesional.

Bagi mereka yang mengenali selok belok politik Umno dan NGO upahan parti itu, persoalan utama ialah sebagus mana kualiti video fitnah ini. Dalam erti kata lain, apakah teknologi yang digunapakai untuk menghasilkannya.

Pada perbicaraan Anwar yang pertama tahun 1998, pihak pendakwaraya menjanjikan bukti video untuk mensabitkan perlakuan seks Anwar.

Namun akhirnya pihak pendakwaraya sendiri sedar bahawa "video" yang dimaksudkan itu direkacipta dengan kualiti yang begitu buruk dan tidak akan dapat dipertahankan di mahkamah.

Justeru, tidak ada bukti sebegitu ditampilkan, sungguhpun ia dijanjikan.

Sejak itu, teknologi video sudah jauh beranjak ke depan untuk memanfaatkan sesiapa yang bercadang membuat video membabitkan personaliti tertentu.

Kepada mereka yang arif dalam teknologi video, teknik memasang wajah orang tertentu melakukan sesuatu yang haram bukan perkara mustahil, namun ia adalah sesuatu yang boleh dibuktikan menerusi aplikasi teknologi yang ada.

Di tangan polis

Jika Datuk T "ikhlas" menyelamatkan negara, video itu sudah tentu berada di tangan polis, dan Jabatan Agama Islam serta pakar-pakar yang boleh memperakukan kesahihannya.

Sebaliknya tidak. Datuk T akan "menyimpan' video itu untuk seminggu manakala polis dan pihak berkuasa Islam pula tidak menunjukkan sebarang inisiatif untuk menyiasat dakwaan beliau.

Jelas tangan musuh-musuh politik Anwar sekali lagi terserlah dalam satu lagi percubaan untuk mengaibkan beliau dan keluarganya.

Dengan bertindak demikian, seteru-seteru politik Anwar mahu merencat kempen beliau dan Pakatan Rakyat di Sarawak menjelang pilihanraya negeri di situ.

Lawan politik Anwar juga amat mengharapkan "pendedahan" video seks itu akan memberikan nafas baru kepada tuduhan liwat terhadap beliau yang kini terjejas selepas hakim memutuskan polis memperolehi bukti sampel DNA terhadap Anwar secara tidak sah.

Amat mencurigakan apabila Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein awal-awal lagi menafikan pembabitan polis dalam video berkenaan.

"Jadi jangan ada spekulasi bahawa polis yang buat (video) ini, saya belum tengok dan mungkin tidak akan tengok," kata beliau.

Hanya Hishamuddin tahu kenapa beliau bingkas menafikan pembabitan polis walhal belum pun ada tuduhan sebegitu dibuat.- Malaysiakini

Berpolitik ala Malaysia... hihi...

Posted: 21 Mar 2011 03:43 AM PDT


Rakaman aksi seks pemimpin utama pembangkang?

Mac 21, 11

Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini.

Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.

Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.

Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu.

Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.

Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.

Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama.

Wartawan Malaysiakini pula masuk bersama kumpulan ketiga dan terakhir bagi media tempatan.

AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini.

Sementara itu, akhbar the Star melaporkan bahawa klip video selama 30 minit itu menunjukkan lelaki yang didakwa seorang pemimpin pembangkang, yang juga seorang ahli parlimen, sedang melakukan pelbagai aksi seks.

Menurut akhbar tersebut, video itu yang dirakamkan pada 21 Februari, ditemui di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur.

Menurut the Star, wakil media dibawa ke sebuah bilik hotel untuk menyaksikan video tersebut yang ditayangkan oleh satu kumpulan yang tidak dikenali, yang diketuai oleh seorang yang mahu dikenali sebagai Datuk T.

Akhbar itu juga melaporkan Datuk T berkata beliau mahu pihak media menonton video membabitkan ahli politik berkenaan sebelum menghantar salinan kepadanya dan isterinya "untuk mengenal pasti orang dalam video" tersebut dalam tempoh seminggu dari sekarang.

Katanya, jika individu dalam video tersebut adalah ahli politik yang dikenalpastinya kepada media, "maka beliau dan isterinya mesti berundur dari politik."

Datuk T berkata jika mereka tidak berbuat demikian, beliau akan meminta beberapa NGO menubuhkan sebuah panel bebas untuk menyiasat dan mendapatkan khidmat forensik profesional untuk mengkaji ketulenan rakaman tersebut.

Datuk T mendakwa beliau memenui video tersebut selepas diminta oleh ahli politik berkenaan untuk mencari jam tangannya dalam bilik itu - tempat aksi seks itu berlaku.

Katanya, beliau tidak menemui jam tersebut di atas meja dan ketika mencarinya, dia terjumpa alat perakam CCTV yang aktif dan membawanya keluar dari hotel itu.

Datuk T juga berkata, hanya dia seorang sahaja yang memiliki rakaman tersebut.- Malaysiakini

Al-fatihah...

Posted: 21 Mar 2011 03:33 AM PDT

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah serta Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengiringi angkatan Tentera Diraja Malaysia yang mengusung jenazah bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bariah Sultan Hisamuddin Alam Shah di Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia (TUDM) Subang di Kuala Lumpur, Isnin. Bonda baginda mangkat di Hospital Seri Kota, Klang, Selangor pada 1.22 pagi tadi. Almarhum Tengku Bariah dibawa pulang menaiki pesawat C130 TUDM ke Istana Maziah, Kuala Terengganu untuk penghormatan terakhir dan urusan pengebumian. - Foto BERNAMA

Pakatan tak sepakat... kahkahkah...

Posted: 21 Mar 2011 02:10 AM PDT

Taib Mahmud dah umumkan pembubaran DUN negeri Sarawak, gendang perang dah lama di palu... ramai tak sabar nak tengok apa Pakatan Rakyat nak buat dan mampu buat. Sarawak adalah kubu kuat BN, tak dak sapa boleh nafikan. Sarawak adalah tempat selamat bagi BN, tak dak sapa yang cuba nak nafikan pun selama ni ditambah pula majoriti rakyat yang selesa dibawah termpurung Taib Mahmud.

Tapi kebangkitan Pakatan Rakyat khususnya di Semananjung pada PRU lepas memberi harapan baru. Hasrat ramai rakyat nak tengok kejatuhan legasi Taib menjajah Sarawak mungkin berhasil.

Tapi cukup kah Pakatan Rakyat hanya pandai berkokok dengan meletakkan keazaman menjana kemampuan rakyat untuk menafikan BN dua pertiga majoriti seperti yang dikempenkan oleh DAP sekarang ini. Atau hanya buat satu statement bagai melepas batuk ditangga tanpa usaha usaha khusus yang berkesan diperingkat parti dan jelas dapat dilihat oleh majoriti rakyat Sarawak yang rata ratanya msikin dengan semangat menentang legasi Taib tu.

Bukan mudah walaupun tak mustahil hasrat Kit Siang memastikan Taib meletak jawatan sebagai KM berhasil. Tak dinafikan juga kerana semuanya atas kehendak Allah, Taib mungkin akan bersama sama isteri barunya lebih aman tanpa jawatan KM lagi selepas pilihanraya Sarawak nanti seperti yang diimpikan oleh kebanyakan penyokong Pakatan Rakyat... haha...

Tapi semua itu hanya boleh digapai dengan kesatuan jitu dari Pakatan Rakyat yang sebenarnya sekarang ni tak nampak sebagai sebuah pakatan pun terutamanya di Sarawak.

Tiada ulasan: