Sabtu, 19 Mac 2011

shalehudin

shalehudin


Gua sakit hati

Posted: 19 Mar 2011 05:23 AM PDT

Gua sakit hati betul la beb sebab apa yang blogger Mohd Nur Hanief sebut ni memang menyakitkan hati. Setahu gua la, tak pernah dengar lagi beb tertulis dalam undang undang yang 'sakit hati' boleh diambil tindakan. Ini yang buatkan gua sakit hati ni beb...

Apa halnya pulak nih, 'sakit hati' saja terus lapor pada SKMM dan SKMM pulak tanpa memperdulikan 'masa depan' terus saja ambil tindakan untuk 'menyakitkan hati' blogger blogger Pakatan dengan menyiasat blogger terbabit selama berjam jam hanya kerana ada orang yang 'sakit hati' ngan blogger terbabit... 'sakit hati' betul la camni...

Woiii... gua punya 'sakit hati' ni boleh buat laporan ke tidak nih... kahkahkah... tak payah jawab la beb... buat 'sakitkan hati' gua yang telah sakit ja nih beb... kahkahkah...


*********************************

Penulis blog Mohd Nur Hanief Abdul Jalil mendakwa beliau disiasat tiga jam oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana ada yang "sakit hati" tentang kandungan blognya.

"Mereka (SKMM) kata ada orang yang laporkan saya sebab 'sakit hati'.

"Kalau orang ada sakit hati tentang gambar atau kandungan blog mereka kata boleh laporkan pada SKMM untuk disiasat," kata Hanief.

Dalam soal-siasat pagi jam 10 pagi tadi di ibu pejabat SKMM di Cyberjaya, Hanief hadir berseorangan kerana peguamnya N Surendran tidak dapat hadir.

Katanya, walaupun bapanya dibenarkan hadir sama tetapi beliau memilih menjalani sesi itu berseorangan.

SKMM meolak permohonan Surendran supaya siasatan itu ditunda ke masa lain supaya beliau dapat turut serta.

Hanief, 27, bagaimanapun berpendapat cara SKMM menangani kes itu seperti mahu menakut-nakutkan penulis blog.- Malaysiakini

DUN Sarawak bubar Isnin ini

Posted: 19 Mar 2011 02:28 AM PDT


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan DUN Sarawak dibubarkan Isnin ini, dan notis mengenainya telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.-Bernama

Kemuruk Anwar tanya Perkasa... kahkahkah...

Posted: 19 Mar 2011 01:45 AM PDT

Sebab tu kalau kita nak tau kebaikan seseorang tu, tanya la kawan baik dia...
Kalau kita nak tau keburukannya pulak, tanya lah musuhnya...

Apa yang orang orang tu tu kata tu betoi sangat dah...

Sebab kalau kita nak tau kebaikan Anwar... hihi... tanya la bini dia, anak anak dia serta ahli ahli PKR seluruh Malaysia serta pencinta pencinta keadilan ala PKR... haha...

Tapi kalau nak tau keburukan Anwar, tanyalah PERKASA, tanyalah PEKIDA, tanyalah UMNO, tanyalah BN... kahkahkah... apa saja yang Anwar buat semua tak kena.

Hari ni pulak, lebih 50 ahli dari beberapa NGO negeri Melaka mengadakan perhimpunan secara aman bagi mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyerahkan sampel DNA beliau. Barisan yang terdiri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah (Pekida) dan Persatuan Sidang-Sidang Negeri Melaka itu mengadakan perhimpunan di hadapan stesyen bas Melaka Sentral kira-kira jam 1 tengahari tadi.- Malaysiakini

Ayam tetiba mahal sebab tusnami di Jepun... kahkahkah...

Posted: 19 Mar 2011 01:37 AM PDT

Harga ayam meningkat lagi...lagi mahal lagi baik..!!!
Oleh SM Mohamed Idris

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menerima banyak aduan mengenai kenaikan harga ayam di pasaran tempatan.Penjual ayam yang ditemubual mendakwa harga ayam yang dibekalkan kepada mereka oleh pihak pemborong telah meningkat dan berbeza-beza serta secara tidak tetap.

Alasan bagi kenaikan harga yang diberikan oleh pemborong ialah ladang ternakan mereka telah terjejas oleh banjir yang melanda Johor baru-baru ini.

Untuk mengatasi kenaikan harga yang mendadak ini, CAP menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya membuka pasaran untuk lebih banyak ayam hidup yang diimport daripada negara jiran.

Ini akan membantu untuk menstabilkan harga sehingga hasil keluaran tempatan kembali kepada keadaan biasa.

Pengguna sudah pun terbeban dengan harga makanan yang meningkat dan setiap langkah perlu diambil bagi memastikan harga kekal rendah.

CAP juga menggesa Kementerian Pertanian melalui agensi pemasarannya FAMA supaya membantu keadaan ini dengan memainkan peranan yang lebih berkesan dalam mengedarkan hasil tempatan.

Penulis adalah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Dia sendiri akui radiasi membunuh

Posted: 18 Mar 2011 07:00 PM PDT

Ketua operasi reaktor nuklear Jepun yang meletup hari tu pun menangis ketika meninggalkan sidang akhbar, kerana sedar betapa bahanyanya radiasi kat rakyat sekitarnya. Kita disini pulak yang syok sangat sangat nakkan radiasi dok hujung kepala kita... (disini)

Tiada ulasan: