Khamis, 17 Mac 2011

shalehudin

shalehudin


Video: Gobi serbu silap orang... kahkahkah...

Posted: 17 Mar 2011 09:25 AM PDT

Apa Gobala ingat yang dia dok gempaq ni Melayu Perkasa ka? Kahkahkah...
Ini Melayu PKR la... Kahkahkah...

Kata 1 Malaysia, ni Kristian pulak rasa terhina.... kahkahkah... bagi la sama rata...

Posted: 17 Mar 2011 05:32 AM PDT

Injil: Kristian dakwa dua syarat 'hina', enggan terima naskhah dicap
Oleh Debra Chong

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Masyarakat Kristian menegaskan tidak akan mengambil 5,100 nakshah kitab Injil Bahasa Malaysia yang ditahan Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang atas alasan dua syarat dikenakan menghina agama mereka.

Sebaliknya, Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang mewakili 90 peratus gereja di negara menggesa Putrajaya dengan segera menggugurkan dua syarat dikenakan Kementerian Dalam Negeri, yang membolehkan naskhah Al Kitab yang ditahan di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuching dilepaskan.

"Ini bermakna kitab Injil dalam Bahasa Malaysia kini dilayan sebagai bahan larangan," kata beliau sambil menambah, ia tertakluk kepada kawalan manusia.

"Ini menyinggung penganut Kristian," kata Pengerusinya Biskop Ng Moon Hing dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Pertubuhan itu menolak dakwaan kerajaan bahawa ia telah berkompromi.

Sebaliknya ia menegaskan bahawa tidak pernah bersetuju agar disahkan kitab itu hanya bagi orang Kristian.

Malah kata beliau, sesiapa sahaja yang menghormati kata-kata suci mana-mana agama akan tersinggung dengan tindakan seumpama itu.

Ng menambah, pihaknya tidak akan menerima sebarang tindakan sedemikian memandangkan ia adalah dokumen "suci bagi kami."

Dengan merujuk kepada perintah 1982 yang dikeluarkan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, CFM berkata, tiada peruntukan dalam undang-undang yang memperuntukkan bahawa sebarang bentuk perkataan perlu diperakukan pada salinan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia.

"Oleh itu salinan-salinan itu sudah pun diperakukan, kami tidak akan mengambil naskhah-naskhah yang dilepaskan (dari Pelabuhan Klang)," katanya lagi.

CFM berkata pihaknya menolak hujah kerajaan bahawa kitab Injil dalam Bahasa Malaysia adalah "ancaman kepada keselamatan dan kepentingan Malaysia."

Ia mengecam layanan kerajaan ke atas kitab Injil terbabit sebagai "penerbitan subversif."

Semalam, The Malaysian Insider melaporan bahawa meskipun seorang anggota Kabinet menyifatkannya sebagai subjudis, Kementerian Dalam Negeri menegaskan kesemua 5,100 naskhah kitab Injil "Al Kitab Berita Baik" - d2alam Bahasa Malaysia - yang ditahan di Pelabuhan Klang sejak Mac 2009 akan dilepaskan.

Ia akan dilepaskan dengan memenuhi dua syarat.

"Untuk makluman tuan (The Bible Society of Malaysia), Kementerian Dalam Negeri telah memutuskan bahawa 5,000 naskhah Al Kitab Berita Baik yang ditahan di Pelabuhan Klang, Selangor pada 20 Mac 2009 akan dilepaskan secara pentadbiran," kata Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran Datuk Zaitun Ab Samad dalam surat yang dialamatkan kepada The Bible Society of Malaysia.

Surat bertarikh 16 Mac (kelmarin) itu berkata pelepasan itu tertakluk kepada syarat diturunkan cap "Al Kitab Baik Ini Untuk Kegunaan Penganut Agama Kristian Sahaja" dan dicetak nombor siri pada setiap naskhah.

"Ya, saya boleh mengesahkan bahawa kami sudah mengeluarkan surat," kata Zaitun ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bahawa tindakan mengeluarkan naskhah-naskhah yang ditahan di Pelabuhan Klang sebagai subjudis memandangkan kes berkaitan dengan penggunaan kalimah "Allah" masih di peringkat rayuan di mahkamah.

Dalam laporan terdahulu, Nazri memberitahu The Malaysian Insider bahawa 5,100 naskhah yang dirampas di Pelabuhan Klang kekal tidak sah di bawah enakmen Islam Selangor.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa 30,000 naskhah Al Kitab yang ditahan di Pelabuhan Kuching boleh dibawa keluar memandangkan tiada enakmen di Sarawak yang menghalang penggunaan perkataan "Allah" oleh kalangan bukan Islam dalam penerbitan mereka.

"Ini kerana di Selangor dan negeri-negeri lain di Semenanjung, selain Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, ada enakmen yang menghalang penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam," kata beliau.

Sepuluh negeri kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan mempunyai Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) yang menghalang penggunaan kalimah "Allah" sama ada secara lisan ataupun bertulis.

Kelmarin, pentadbiran Najib bersetuju membenarkan pengeluaran dan pengedaran secara terhad dan terkawal kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, yang ditahan di Pelabuhan Kuching Sarawak, dan Pelabuhan Klang, Selangor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dalam satu kenyataan berkata langkah kerajaan ini adalah selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kitab itu mesti dicap dengan tag "Untuk Penganut Agama Kristian sahaja".

"Sejak peruntukan undang-undang itu digunakan pada tahun 1982, tiada sebarang masalah atau isu yang timbul dengan pelaksanaannya," katanya.

Selain itu, Idris berkata kajian teliti oleh Jabatan Peguam Negara juga mendapati pengeluaran kitab-kitab itu tidak akan mengangggu dalam prosiding mahkamah berkaitan penggunaan kalimah "Allah".

"Oleh itu, dalam konteks berikut kerajaan telah dapat secara amnya mengeluarkan buku kitab Injil tersebut," katanya.

Kena pakai helikopter

Posted: 17 Mar 2011 05:15 AM PDT

Sebuah helikopter melepaskan air laut ke atas reaktor di loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi, Jepun hari ini bagi mengurangkan kesan kerosakan. – Foto Reuters

Tak sikit la kalau dia ni yang saman... hihi...

Posted: 17 Mar 2011 04:17 AM PDT

Ummi Hafilda Fail Saman RM100 juta

Oleh SALWA SHA'ARI
KUALA LUMPUR: Ummi Hafilda Ali memfailkan saman berjumlah RM100 juta terhadap Baginda Minda dan pemilik portal berita MalaysiaKini kerana didakwa memfitnahnya.

Saman itu difailkan pada Khamis, di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini.

Berita penuh akan dilaporkan kemudian.

Jatuh timpa tangga, kena pasu bunga

Posted: 17 Mar 2011 12:52 AM PDT

Keadaan negara Jepun yang terkenal ngan kecanggihan dan kemajuan telah bertukar tiba tiba setelah dilanda gempa bumi berukuran 8.9 skala richter pada 11hb Mac 2011. Kemusnahan lebih parah dengan susulan tsunami ekoran dari gempa bumi tersebut.

Lebih meruncing apabila reaktor nuklear kemegahan mereka di Fukushima pula meletup lantas menimbulkan ketegangan dan kegelisahan seluruh Jepun. Terkini cuaca pula memberi lebih kepayahan pada masyarakat setempat dan antarabangsa dalam usaha mereka untuk mencari dan menyelamat apabila salji tebal melanda wilayah Sendai...

Pada Allah jua kita wajib berserah...

Mangsa kedua Adenovirus

Posted: 17 Mar 2011 12:19 AM PDT

Pelatih Pulapol Meninggal Dunia Jangkitan Adenovirus

KUALA LUMPUR: Seorang pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada Khamis akibat jangkitan Adenovirus, mangsa kedua yang meninggal dunia akibat serangan virus itu bulan ini.

Inspektor pelatih Mohd Redzuan Ishak, 26, yang menerima rawatan di situ sejak seminggu yang lalu, meninggal dunia pada 4.20 pagi ini, demikian menurut polis dalam satu kenyataan menerusi Facebook.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Bandar Sungai Buaya di Rawang pagi ini untuk dikebumikan.Adenovirus mula dikesan menyerang Pulapol pada 4 Mac lepas.

Mangsa pertama, seorang konstabel pelatih lelaki berusia 21 tahun berasal dari Kuala Kangsar, meninggal dunia pada 9 Mac.

Sehingga 8 pagi semalam, 34 orang pelatih dirawat di HKL dan enam di Hospital Sungai Buloh. -BERNAMA

Jangan sombong dan bongkak

Posted: 17 Mar 2011 12:14 AM PDT

Perancangan manusia ni tidaklah sehebat mana pun. Cuma mereka mereka yang memegang kuasa atau suka diatas takhta tu saja yang berfikir merekalah memiliki segala galanya.sehingga mereka boleh mendabik dada seolah olah kuasa serta harta dunia adalah kepunyaan milik mereka yang mutlak.

Kaum yamg lemah akan dibaham, yang miskin akan diperhambakan dan demi kuasa mereka sanggup memperlekehkan dan menafikan hak asasi orang lain.akan tetapi kebesaran dan kuasa Allah s.w.t tiada tandinganya.

Manusia yang mendabik dada dan terlalu gah dengan kuasa yang ada tidak akan mampu dan tak sehebat mana pun dalam melawan janji Allah s.w.t. Bayangkan sehebat dan sekuat tenaga askar serta seisi Amerika sekalipun akan lari dari gempa bumi yang Allah sedang tayangkan dinegara Jepun. Tenaga nuklear terhebat dunia gagal sedikit pun menggerunkan dan mengguriskan kehebatan Allah s.w.t.

Janganlah kita mendabik dada punyai segala kuasa dan memperlakukan seenak hati dan sesuka cara. Ini kerana angkara perlakuan buruk kita ini akan dihisab walaupun sebesar habuk yang dilayang angin tanpa mengira bangsa, pangkat atau darjat.

Haha... lagi serabut nampaknya...

Posted: 16 Mar 2011 07:15 PM PDT

Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid berkata 5,000 naskah kitab Injil berbahasa Melayu akan dilarang pengedaran di negeri itu kerana ia tertakluk kepada Enakmen Islam Selangor bersabit penggunaan kalimah Allah di dalam kitab suci Kristian itu, lapor Tv Selangor.


Tamyes sekali gus mengesahkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bahawa tindakan kerajaan memansuhkan penahanan naskah Kitab Injil berbahasa Melayu tidak sah di sisi undang-undang syariah di Selangor.

Mufti Selangor itu berkata kebimbangan utama pihaknya terhadap arahan kerajaan pusat menarik balik penahanan itu adalah kesannya ke atas generasi muda umat Islam.

"Saya tetap berpandangan bahawa memang sewajarnya (pengedaran kitab Injil itu) dihalang, kerana terjemahannya mengandungi kalimah God yang diterjemahkan kepada Allah (dan) ini adalah bahaya dan mengelirukan kepada anak-anak muda khususnya," katanya kepada Tv Selangor.

Sepuluh negeri kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan mempunyai undang-undang syariah yang menghalang penggunaan kalimah "Allah" sama ada secara lisan ataupun bertulis.

Selain 5,000 naskah di Pelabuhan Kelang, penahanan 30,000 naskah Kitab Injil yang sama di Kuching turut ditarik balik, mengikut pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala petang Selasa lalu.

Kenyataan bercanggah

Kenyataan Nazri dan Tamyes bersabit pengedaran Kitab Injil itu dijangka menambah kemelut susulan kenyataan-kenyataan yang bercanggah oleh Kementerian Dalam Negeri dan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bersabit isu itu.

Tamyes sendiri melahirkan rasa kesal kerana tidak ada penyelarasan dalam menangani isu kitab-kitab Injil berbahasa Melayu yang diimport dari Indonesia itu.

"Sepatutnya kita ni kalau nak buat keputusan biarlah ada persepakatan, kenapa pula seorang mengatakan boleh seorang mengatakan tidak," katanya.

Ahad lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengeluarkan kenyataan mendakwa pihaknya menunggu keputusan Peguam Negara sama ada penahanan 35,000 Kitab Injil di Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Klang boleh ditarik balik.

Menurut Hishamuddin, keputusan itu berkait dengan kes penggunaan kalimah Allah yang masih belum dibicarakan di Mahkamah Rayuan yang berlarutan sejak 2010.

Namun pada pagi Selasa, Muhyiddin berkata isu itu akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan Kabinet esok. Katanya, Menteri harus membincangkan perkara itu sebelum sebarang keputusan dibuat.

Syarat KDN satu penghinaan

Ironinya, sebelah petang hari sama Idris Jala mengumumkan kesemua 35,000 naskah yang ditahan di Pelabuhan Kelang (sejak 2009) dan Pelabuhan Kuching (sejak Januari 2011) akan dibenarkan masuk ke negara ini.

Bagaimanapun KDN meletakkan dua syarat iaitu setiap naskah kitab suci itu harus mempunyai nombor bersiri dan cop "Hanya Untuk Penganut Kristian" sebelum dibenarkan pengedaran dan mesti bersertakan nombor siri.


Syarat itu, bagaimanapun ditolak oleh pihak gereja di Sarawak yang melihatnya sebagai satu penghinaan terhadap kesucian agama Kristian dan kekangan terhadap kerja-kerja dakwah yang dijalankan oleh gerakan mubaligh.

Paderi Goodnews Church, Jefferey Wei ketika dihubungi Tv Selangor menegaskan penganut Kristian tidak dapat menerima perkara yang merendahkan martabat kitab suci mereka.

"Saya rasa jika kita letak nombor siri dan cop atas Kitab Injil ini, kita seperti mencemarkan kitab suci kami dan menghina kedudukannya. Ia menjadikan seolah-olah seseorang yang memiliki kitab ini melakukan satu jenayah. Tiada penganut Kristian akan menerima perkara ini," katanya.

Anak Gaddafi cedera parah

Posted: 16 Mar 2011 06:51 PM PDT

Hanya beberapa jam setelah Saif al-Islam mengatakan bahwa pasukan revolusioner Libya akan ditaklukkan dalam waktu 24 jam, seorang putra pemimpin Libya lainnya dilaporkan tengah berada dalam keadaani kritikal di sebuah rumah sakit di Tripoli.

Seorang wartawan mengatakan bahwa rejim Libya tengah menutup isu keadaan salah satu putra Gaddafi yang luka serius itu karena serangan udara yang dilakukan oleh seorang pilot yang membelot. Sulaiman Duga, wartawan yang dimaksud mengatakan kepada saluran berita Al-Ahad bahwa Saif al-Islam Gaddafi, harus merawat adiknya yang luka parah.

Kejadian itu sendiri terjadi pada Selasa setelah seorang pilot membelot menyerang Bab Al-Azizia, sebuah barak militer yang terletak di pinggiran selatan Tripoli. Laporan-laporan mengatakan putra Gaddafi yang tak disebutkan namanya tersebut tengah berjuang melawan lukanya itu.

Hang gempaq silap orang ni Gobi oiii...

Posted: 16 Mar 2011 06:00 PM PDT

Saifuddin tak heran pun la Gobi, you gempaq cara lain la pulak... kahkahkah...

Saifuddin kata dia tak gentar sikit pun dengan amaran Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan untuk menyamannya RM12 juta. Ahli Parlimen Machang itu berkata pendedahan beliau sebelum ini bahawa Gobala dibayar RM1.4 juta untuk meninggalkan KEADILAN, berasaskan fakta.

"Beliau berhak berbuat apa-apa sahaja (untuk menyaman saya) kerana itu haknya. Kita biar mahkamah tentukan. Sama ada saya perlu membayar (RM12 juta) atau tidak, kita akan tahu kelak, " kata Saifuddin.
Saifuddin juga tidak akan membuat permohonan maaf kepada Gobala berhubung pendedahannya itu.

"Kenapa saya perlu minta maaf? Dan saya perlu minta maaf untuk apa? Saya sudah nyatakan, fakta saya berkenaan urus niaga itu. (Dan) Gobala kelihatannya menggelabah," kata Saifuddin.

Beliau mempunyai bukti Gobala terlibat secara peribadi dalam urus niaga berkenaan dan ia tidak melibatkan ahli keluarga beliau seperti didakwa Gobala.

Lanjutan itu, beliau bersedia berhadapan dengan Gobala di mahkamah.

"Saya akan berhadapan dengan beliau di mahkamah. Beliau berbohong. Biarkan dia 'berjuang'. Saya akan jumpa dia di mahkamah," katanya dalam laporan MalaysiaKini.

Minggu lalu, Saifuddin membuat pendedahan di Parlimen mengenai Gobala mebayat bayaran pajakan tanah syarikatnya seluas 100 ekar di Lojing, Kelantan RM1.4 juta melalui dua cek masing-masing bernilai RM700,000 dan RM701,250.

Hutang itu dijelaskan Embun Megah Sdn Bhd, syarikat milik Gobala kepada Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd.- TMI

Gambar reaktor ketiga dan keempat rosak

Posted: 16 Mar 2011 04:00 PM PDT

Gambar yang dikeluarkan Tokyo Electric Power Co (TEPCO) menunjukkan reaktor ketiga dan keempat Loji Nuklear Fukushima rosak dan terbakar hari ini. - Foto AFP

Tiada ulasan: