shalehudin |
- "DNA"... hihi... sedap jugak nih... kahkahkah...
- Lain macam punya bodek nih...
- Mana lagi kita nak lari kalau dah jadi camni?
- Hutang ratus ribu tapi boleh derma... kahkahkah...
- Ummi ngan Mahathir dah pakat nih...
- 11 Mac 2011
"DNA"... hihi... sedap jugak nih... kahkahkah... Posted: 14 Mar 2011 05:08 AM PDT Jelajah 'DNA' tangkis serangan pada Anwar PKR akan menggerakkan jenteranya di seluruh negara dengan membangkitkan semula isu kontroversi sekitar kematian model Mongolia Altantuya Shaariibuu yang didakwa sesetengah pihak melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Program itu dirancang sebagai tindak balas kepada demonstrasi bersama - antaranya melibatkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) - bagi mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA kepada pihak pendakwaan di mahkamah. Ia akan digelar DNA sebagai singkatan untuk "Datuk Najib Altantuya", kata setiausaha agungnya Saifuddin Nasution dalam sidang media selepas mesyuarat majlis tertinggi Pakatan Rakyat di parlimen. Saifuddin (kiri) yang juga anggota parlimen Machang berkata program itu melibatkan ceramah dan pengedaran risalah. Ditanya tentang bantahan kumpulan NGO di ibu pejabat PKR semalam, Anwar mengaitkannya dengan usaha Umno untuk menanganinya. Menurut ketua pembangkang itu, beliau tidak takut menyerahkan sampel DNA, tetapi memandang berat kaedah yang digunakan oleh pendakwaan dan siasatan pihak polis. Secara sinis, beliau berkata dimaklumkan oleh "Tuan Judi" bahawa sampel itu disimpan dalam kabinet, bukan peti ais. Justeru, beliau meminta ditunjukkan pakar manakah yang akan menerima keputusan sebegitu.- Malaysiakini |
Posted: 14 Mar 2011 04:53 AM PDT Gelak guling guling aku tengok Nazri sampai kiat tengkok punya pulaih lidah, berkuntau salah tak kena saja nak meletakkan panggilan Wanita Pertama dalam konteks Malaysia merujuk kepada isteri Piem... kahkahkha... Low class betul alasan yang Menteri di Jabatan Perdana Menteri ni bagi. Hangpa baca ni bagi betoi betoi, jangan pengsan sudah pasai apa apa pun diMalaysia ni memang tak ikut perundangan tapi ikut kelaziman... kahkahkah... Panggilan itu adalah satu gelaran tidak rasmi yang tidak berasaskan kepada sebarang peruntukan perundangan tetapi berasaskan kepada amalan dan kelaziman yang biasa. "Ini adalah amalan lama dalam politik antarabangsa. Sebagai contoh di United Kingdom, Ratu Elizabeth bukan dianggap Wanita Pertama kerana beliau digelar sebagai Ratu. Wanita Pertama ialah isteri kepada Ketau Eksekutif iaitu isteri Perdana Menteri. Begitulah juga seperti yang berlaku di negara Jepun," katanya - BERNAMA. Jadi, betoi la Rosmah tu wanita pertama negara? Jadi betoi la, Rosmah tu ada jawatan yang membolehkan beliau mempastikan betapa moleknya kabinet laki dia? Jadi betoi la Rosmah tu ada satu team yang khusus jaga kebajikan dia yang diberi nama FLOM? Jadi betoi jugak la Rosmah boleh kemana saja atas biayaan rakyat atas kapasitinya sebagai wanita pertama? Aku dengar orang kata, jadi aku saja saja nak tanya ja... |
Mana lagi kita nak lari kalau dah jadi camni? Posted: 13 Mar 2011 09:30 PM PDT Letupan gegar reaktor no 3 pula Letupan baru menggegarkan kompleks janakuasa nuklear Fukushima Daiichi hari ini, menyebabkan langit diselimuti asap tebal.Pemiliknya Tokyo Electric Power Co (Tepco) bagaimanapun berkata letupan itu tidak merosakkan bekas reaktor nombor 3, lapor agensi berita Jiji. Televisyen tempatan menunjukkan gambar bangunan menempatkan teras rebah ke bumi. Manakala agensi berita DAP pula melaporkan, enam orang cedera akibat letupan itu. Bandar itu menempatkan 10 reaktor dan dua janakuasa tenaga, dan letupan telah berlaku di dua daripada reaktor sejak gempa bumi dan tsunami dengan 9 magnitut Jumaat lalu.- Malaysiakini |
Hutang ratus ribu tapi boleh derma... kahkahkah... Posted: 13 Mar 2011 08:30 PM PDT SPRM perlu siasat dana Umno Selangor, YKE biayai pelajar balik Mesir Perdana Menteri dan beberapa anggota Kabinet beramah mesra dengan seorang kanak-kanak yang turut sama dalam penerbangan membawa pulang pelajar dan rakyat Malaysia dari Mesir di KLIA. — Foto Bernama Kerajaan Selangor gesa SPRM siasat punca Umno Selangor dan Yayasan Kelana Ehsan (YKE) memperoleh dana, dipercayai lebih sejuta ringgit, yang digunakan sebagai wang sumbangan kepada pelajar-pelajar yang balik ke Mesir. Sambil mempersoalkan kedudukan kewangan Umno Selangor, Setiasuaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin berkata, kerajaan negeri mahu SPRM menyiasat perkara tersebut jika benar suruhanjaya itu bertindak mempertahankan amalan telus dan kebertanggungjawaban. "Jangan 'double standard' hingga akhirnya meletakkan institusi tersebut begitu rendah kredibilitinya," kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini. "Tindakan Umno Selangor ini menimbulkan kehairanan. Bagaimana sebuah parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan seperti Yayasan Kelana Ehsan mampu menyediakan dana lebih setengah juta ringgit untuk menyalurkan sumbangan ini," katanya lagi. Yang hairannya, Umno Shah Alam masih mempunyai hutang tertunggak melebihi RM236,000 dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sejak lebih setahun lalu. "Apakah aset dan perniagaan yang dijalankan oleh YKE sehingga mampu untuk bekerjasama dengan Umno Selangor menghulurkan sumbangan?" katanya. |
Ummi ngan Mahathir dah pakat nih... Posted: 13 Mar 2011 07:00 PM PDT Wah... wah... berjasa betul Mahathir nih... haha... Patut la Mahathir menjadi kesayangan Ummi Hafilda dan Ummi pulak menjadi pencacai Mahathir bila bila masa... kahkahkah... Saksi utama kes liwat Datuk Anwar pada 1998 dulu iaitu Ummi Hafilda Ali lega dengan pendedahan Mahathir dalam memoirnya berhubung salah laku seks bekas timbalannya itu. Sekaligus menurut Ummi Hafilda, segala yang didedahkannya mengenai Anwar selama ini telah disahkan sendiri oleh bekas Piem tu dalam buku bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad. Agaknya, segala dosa Ummi telah tercuci dengan sebuah buku hasil tulisan kepala semak Mahathir lah... secara tak langsung jugak Mahathir iktiraf 'kemungkaran' yang dilakukan Ummi selama ini... Berlambak la Ummi oii, hang ingat Mahathir tu agung sampai macam mana, pakai buat buku saja segala dosa terampun, segala fitnah jadi suci... Elok sangat dah laa... dah terbongkar memang kebangkitan semula Ummi Hafilda adalah rancangan Mahathir semata mata untuk melumpuhkan langkah Anwar ke Putrajaya... Mahathir dalam keadaan tergesa gesa menerbitkan memoir kisah hidup beliau yang langsung jauh dari jujur seperti kata Ku Li hanya semata mata memastikan Najib selesa dibangku Piem sampai akhir hayatnya... |
Posted: 13 Mar 2011 04:30 PM PDT |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan