shalehudin |
- Cara jantan... jalanraya bukan jantan ka... kahkahkah...
- Sapa takut angkat tangan... haha...
- Berita Harian mohon maaf... kahkahkah...
- Kahkahkah...
- Najib kena baca ni bagi cerah minda sikit
- Penakut pahit... kahkahkah... BN maaaa!!!
- Pakaian rakyat Malaysia pada 2021
- Gambar terbaru loji nuklear Jepun yang meletup
- Jom kita tengok awat yang PAS syok sangat kalah... hihi...
- Rosmah... kahkahkah...
- Padang jarak padang terkukur...
- 10 ribu hilang, 1,300 disahkan mati
- Nyawa rakyat juga akhirnya dipertaruhkan
- Chong Wei final
- Pantun pulak dahhh... kahkahkah...
Cara jantan... jalanraya bukan jantan ka... kahkahkah... Posted: 13 Mar 2011 08:30 AM PDT Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan akan dilakukan mengikut proses demokrasi, melalui peti undi dan pilihan raya umum. Ini menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan mengikut apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia. Konon kononnya cara anak jantan la... awat, pilih jalanraya bukan jantan ka... kahkahkha... ************************** "Kita tak nak buat benda-benda seperti di Mesir atau Tunisia. Jika kita mahukan demokrasi, kita akan lakukannya melalui peti undi dan melalui pilihan raya umum. "Dan kami di sini untuk menang," berkata Anwar, yang juga ketua umum PKR.- Malaysiakini |
Sapa takut angkat tangan... haha... Posted: 13 Mar 2011 06:39 AM PDT |
Berita Harian mohon maaf... kahkahkah... Posted: 13 Mar 2011 03:39 AM PDT Tsunami: Berita Harian mohon maaf siar karikatur didakwa hina Jepun KUALA LUMPUR, 13 Mac — Kumpulan Berita Harian memohon maaf ekoran tindakan menyiarkan karikatur mengisahkan kejadian tsunami dan gempa bumi di Jepun dalam edisi Berita Minggu hari ini, yang ramai menganggap ia tidak menghormati keperitan rakyat negara itu. Dalam mesej yang disiarkan menerusi Facebook petang tadi, pengaragnya berkata: "Berita Harian memohon maaf dengan penyiaran karikatur mengenai kejadian tsunami dan gempa bumi di Jepun dalam akhbar Berita Minggu hari ini. "Pihak kami tidak berniat langsung untuk mempersendakan bencana yang menimpa negara itu, sebaliknya amat bersimpati dan berkongsi kesedihan dengan rakyat Jepun." Karikatur yang disiarkan di halaman 24 menunjukkan superhero Jepun "Ultraman" lari lintang-pukang bagi mengelak ditelan gelombang tsunami. Jepun dilanda gempa bumi paling buruk dalam 140 tahun kelmarin dan disusuli tsunami. Lebih 1,600 orang sudah disahkan mati dan 10,000 lagi dikhuatiri hilang. Pengarang Kumpulan Berita Harian Datuk Mior Kamarul Shahid, yang mempunyai kolum peribadi di halaman yang sama, juga memohon maaf menerusi mesej akaun Twitternya sekitar 3 petang tadi. Beliau antara lain berkata, "(saya) mengelak (hadir) satu lagi majlis kahwin, kena bergegas ke pejabat. Tak boleh telan nasilah. Kami buat satu kesilapan besar. Minta maaf kepada setiap orang." Penerbitan karikatur yang dihasilkan oleh "Zoy" mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk pemimpin-pemimpin politik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat meminta akhbar itu memohon maaf.- TMI |
Posted: 13 Mar 2011 03:20 AM PDT Kahkahkah.... Laaa.... 50 orang ja ka... woiii.. dengar sini gua nak bagitau korang semua... baik Anwar ka atau Najib ka, tak kira sapa pun, kalau korang boleh himpun ratusan ribu buat demo tuntut apa yang korang nak tuntut, depa akan gerun dan aku pasti, Najib pun ketar lutut dan Anwar pun akan tersungkur... Jadi gua cadangkan tuk korang semua ahli ahli GAPS, PERKASA... himpun lah seramai mungkin umat Melayu yang sokong hangpa kalau hangpa mampu dan Anwar pasti akan turuti kenhendak lu orang... kahkahkahkah... 50 orang ni tak main laa... kahkahkah... Masaalahnya, boleh ka... kahkahkah.... Masaalahnya, mampu ka... kahkahkah... ****************************************** Ahli GAPS, PERKASA protes di ibupejabat PKR Kira-kira 50 orang berkumpul di depan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini untuk membantah keengganan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi DNA kepada polis. Diketuai oleh pengerusi Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin, mereka menuntut supaya Anwar tidak diberi layanan istimewa oleh mahkamah. Katanya, keadilan bukan sahaja mesti diberikan kepada Anawr tetapi juga kepada Mohd Saiful Bukhari Bukhari Azlan yang mendakwa menjadi mangsa liwat. Turut hadir ialah 10 wakil PERKASA.- Malaysiakini |
Najib kena baca ni bagi cerah minda sikit Posted: 12 Mar 2011 11:23 PM PST Ancaman baru, sistem pendinginan reaktor ke-2 gagal Beribu-ribu orang meninggalkan kawasan loji nuklear Jepun yang dilanda gempa bumi kelmarin, selepas berlaku kebocoran dan pihak berkuasa berdepan dengan ancaman baru hari ini ekoran kegagalan sistem pendinginan dalam reaktor kedua. Ketika para pekerja menyimbahkan reaktor terbabit dengan air laut untuk mengelakkan berlaku malapetaka, sebuah lagi reaktor di loji tersebut berdepan dengan masalah. Operator loji Tepco berkata, pihaknya sedang bersedia untuk melepaskan stim bagi melegakan tekanan dalam reaktor No 3 di loji yang terletak 240km di utara Tokyo itu - yang akan mengeluarkan jumlah kecil radiasi - ekoran letupan dan kebocoran semalam dari reaktor No. 1. Pada 11 pagi (10 pagi waktu Malaysia) syarikat berkenaan telah memaklumkan kepada kerajaan bahawa tahap radiasi telah mengatasi had selamat di di kawasan tersebut dan menyifatkannya sebagai "keadaan kecemasan". Tepco bagaimanapun berkata ini tidak bermakna satu ancaman kepada kesihatan manusia. Pasukan bertungkus lumus untuk menghalang cecair pendingin daripada meruap dan mendedahkan rod bahan api kepada udara, yang boleh mencetuskan kebocoran besar radiasi. Sistem pendingin gagal selepas generator penyokong elektrik rosak dilanda tsunami.- Malaysiakini |
Penakut pahit... kahkahkah... BN maaaa!!! Posted: 12 Mar 2011 09:30 PM PST MCA lulus usul tangguh pemilihan hadapi PRU13 Oleh Clara Chooi KUALA LUMPUR, 13 Mac — MCA, komponen Barisan Nasional (BN), sebulat suara memutuskan untuk menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan bulan ini. Perkara itu diputuskan pada mesyuarat agung tahunan luar biasa (EGM) yang diadakan di sini pagi ini. Keputusan meminda perlembagaan itu, yang dibuat dengan mengangkat tangan, juga membolehkan parti tersebut mengelakkan kemungkinan perpecahan dalam parti jika persaingan sengit disaksikan. Penangguhan pemilihan dibuat di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun ini. Seramai 1,827 daripada 1,844 perwakilan menghadiri EGM yang berlangsung di Wisma MCA, bersetuju untuk meminda Perkara 167 perlembagaan parti. Speaker Datuk Yik Phooi Hoong membuat pengumuman pada pukul 10.45 pagi tadi bahawa pindaan diluluskan dengan sebulat suara. |
Pakaian rakyat Malaysia pada 2021 Posted: 12 Mar 2011 08:52 PM PST Ni rupa dua pegawai Jepun berpakaian keselamatan yang penuh curiga sedang berkawal dekat ngan tapak nuklear Fukushima Daini, Koriyama... Kita kan pandang ke Timur... la ni Jepun dah bergaya ngan fesyen terbaru ni, tahun 2021 bila loji nuklear kita dah siap beroperasi, kita la pulak akan pakai... kahkahkah.... Anak anak muda jangan bangun menentang program nuklear negara Malaysia ni tau, jadi belajar belajarlah berjinak dengan fesyen pakain terbaru yang sedang dipromosi oleh Jepun nih... kahakahkah.... |
Gambar terbaru loji nuklear Jepun yang meletup Posted: 12 Mar 2011 07:45 PM PST Inilah loji reaktor nuklear Fukushima Daiichi No 1 yang berlaku letupan pada sebahagian atas bangunan berikutan gempa bumi kuat, Jumaat lalu. Gambar terbaru ini dikeluarkan Tokyo Electric Power Company (TEPCO) di loji nuklearnya di Fukushima, di utara Jepun, hari ini. Kebimbangan memuncak kemungkinan berlakunya kebocoran radiasi sehingga lebih 10,000 penduduk sekitar loji sudah dipindahkan setakat ini. - Foto Reuters/TEPCO |
Jom kita tengok awat yang PAS syok sangat kalah... hihi... Posted: 12 Mar 2011 07:42 PM PST Mengapa PAS Kalah? Oleh Zolkharnain Abidin PAS kalah kerana pemimpin PAS masih belum memahami hakikat perjuangan PAS dan tidak menghayatinya. Mereka tidak berpijak di bumi nyata. Mereka bukan menjadi pemimpin di bumi. Mereka memimpin di awang-awangan. Terlalu idealistik. Ringkasnya, PAS kalah kerana pemimpina PAS tidak tahu menghayati kekalahan dan tidak tahu kerja sebenar, tugas hakiki PAS. Inilah padangan saya buat pemimpin PAS yang sebegitu. SATU – MENIKMATI KEKALAHAN Suatu benda boleh dikatakan besar atau kecil jika dipandang dari sudut yang berlainan. Sepinggan nasi boleh mengenyangkan dan sebaliknya jika dimakan pada waktu yang berbeza. Demikianlah persepsi sama ada PAS 'kalah' atau 'belum menang' apabila 'kalah' dalam PRK atau PRU. Itu saya faham. Namun untuk menafikan kekalahan PAS dengan ungkapan 'belum menang', dengan tujuan yang tidak pasti adalah tidak bijak. Lebih baik kita merasai kekalahan dan menikmatinya daripada kita tidak menerima hakikat kekalahan dengan gula-gula belum menang. "Jangan sebut PAS kalah, sebab PAS cuma belum menang!" Ya, belum menang maksudnya adalah kalah. Bukankah al-Quran menyebutkan bahawa 'bumi yang luas menjadi sempit' dan 'kamu berpaling lari' ketika memperihalkan peperangan Hunain. Bukankah kedua-dua ungkapan itu adalah ungkapan yang membawa maksud kekalahan? Justeru, kita tidak perlu takut kepada ungkapan kekalahan. PAS kalah dalam tiga PRK kebelakangan ini. PAS kalah dalam PRU di Perlis, di Pahang, di Johor, di Melaka, di bla, bla dan bla. Katakan PAS kalah, rasai kekalahan itu, hayatinya, kemudian bangkit dan tebuslah kekalahan itu. Bukankah itu lebih baik daripada kita kalah tetapi tidak berani berkata kalah, tidak berani merasai kekalahan kemudian tidak bangkit menebusnya kerana berasa tidak pernah kalah? DUA – SATU-SATUNYA KERJA PAS ADALAH MASUK PILIHANRAYA Satu lagi ungkapan yang saya tidak suka ialah, "Kerja PAS bukan berpilihanraya saja, kita ada banyak kerja lain." Membahagikan masa kepada, 'ini masa pilihanraya dan ini bukan masa pilihanraya' juga agak mengelirukan. Katakan pilihanraya dihapuskan atau PAS tidak masuk pilihanraya, apa kerja PAS? Ziarah rumah ke rumah ajak orang solat di masjid? Atau, buat kem remaja pada musim cuti sekolah? Atau, masuk hutan ajak orang asli masuk Islam? Rasanya buat masa ini, adalah mustahil pilihanraya akan dihapuskan ketika banyak negara yang mengamalkan sistem beraja sedang menuju sistem pilihanraya. Negara Brunei juga sudah wujud parti politik, dan tidak mustahil dalam beberapa dekad pilihanaraya akan diadakan untuk memilih para menteri, misalnya. Kalau PAS tidak masuk pilihanraya pula, apa PAS nak buat? Kalau ada masanya PAS tidak masuk pilihanraya, itu bukan dasar tetapi cuma strategi. Dan, tidak masuk pilihanraya tertentu itu sebenarnya sebagai langkah untuk membakar semangat masyarakat supaya membuat lonjakan perubahan untuk pilihanraya berikutnya. Bukan tidak masuk pilihanraya kerana dasar PAS tidak mahu masuk pilihanraya. Masuk pilihanraya adalah kerja PAS, bahkan bagi saya adalah satu-satunnya kerja PAS. Disebabkan mahu masuk pilihanraya PAS mengadakan usrah, mewujudkan sekolah, mendirikan markas, melatih para pekerja sepenuh masa dan banyak lagi kerja-kerja lain. Jika PAS tidak mahu masuk pilihanraya, untuk apa PAS buat usrah, buat sekolah, buat markas? Dan, kalau pilihanraya bukan kerja PAS, bahkan satu-satunnya kerja PAS, PAS tidak akan jadi PAS. Bahkan PAS tidak akan bernama PAS. PAS jadi seperti PAS sekarang, PAS bernama PAS, PAS ada ahli seperti sekarang… adalah kerana kerja PAS, bahkan satu-satunya kerja PAS adalah masuk pilihanraya. Bahkan, saya katakan bahawa PAS wujud kerana ingin masuk pilihanraya. Mengapa JIM wujud, ABIM wujud, PUM wujud, bukankah kewujudan mereka adalah sebagai badan sokongan kepada PAS untuk masuk pilihanraya? Hari ini bekas pemimpin JIM, ABIM, PUM ada di dalam PAS dan masuk pilihanraya. Kalau bukan pilihanraya, untuk apa mereka masuk PAS? Buat pemimpin PAS, terutamanya pemimpin yang kanan-kanan, senior kata orang putih, tolonglah terimalah dua hakikat. Pertama, PAS kalah. Kedua, satu-satunya kerja PAS adalah masuk pilihanraya. Kalau tidak berupaya berkata sebegitu, saya katakan bahawa anda pemimpin yang tidak menghayati perjuangan PAS. Tolonglah berpijak di bumi nyata. Pijaklah bumi dengan telapak kaki tuan-tuan bukan dengan telapak kasut Belly atau Crocodile. Pemimpin hendaklah realistik bukan sepanjang masa idealistik. http://sauhdibongkar.blogspot.com |
Posted: 12 Mar 2011 06:00 PM PST Masaalah yang dicetuskan oleh First Lady Ia dipaparkan dalam laman web www.pmo.gov.my (Prime Minister Office), tetapi ia kemudiannya ditarik balik kerana dipertikaikan wakil Pakatan Rakyat. Nazri dalam jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke, menafikan kewujudan FLOM, tetapi mengakui paparan mengenainya ditarik balik kerana beliau mendakwa 'pembangkang keliru'. Tetapi Nazri tidak sedar, kekeliruan itu sebenarnya dicetuskan oleh kerajaan sendiri. Jika tidak mahu 'pembangkang' atau rakyat keliru, mengapa paparan mengenai FLOM, dibina menggunakan alamat website rasmi kerajaan Malaysia yang menggunakan singkatan gov.my di internet? Nazri juga memperakui bahawa Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongannya membelanjakan wang rakyat sebanyak RM134,317.76 wang negara (wang rakyat) untuk lawatan ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh. Rosmah melakukan lawatan dari 6-10 Januari ke Riyadh, 16-18 Januari ke Muscat dan 20 Januari 2011 ke Dhaka. Ahli rombongan yang telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri adalah terdiri daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, serta isteri Menteri-Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri serta beberapa pegawai kerajaan yang terliba, kata Nazri. Ada beberapa persoalan besar yang harus ditimbulkan di sini. Jawapan Nazri ini adalah jawapan rasmi kerajaan, selepas beberapa bulan isu berkaitan isteri PM dibangkitkan rakyat. Sebelum ini, kerajaan dan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sendiri diam membisu. Membangkitkan isu Rosmah bukan isu peribadi. Mempersoalkan kewajaran peranan Rosmah, juga bukan bertujuan menyentuh hal-hal peribadi PM Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri. Dalam pertemuan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan karyawan Harakah di Pejabat Agung PAS 3 Mac lepas, beliau mengingatkan para wartawan agar tidak menyerang peribadi Rosmah. Menyerang peribadi yang dimaksudkan beliau ialah, sebagai pengerak Harakah Islamiyah, kita tidak harus melabel Rosmah dengan gelaran yang menghina peribadi beliau. Antara yang disebarkan dalam emel, facebook, blog dan sebagainya, ada pelayar internet menggelarkan beliau sebagai 'bik mama' (big mama), ada yang kata 'the fat lady'. Semua gelaran ini tidak wajar dan tidak menepati kehendak Islam. Namun masalah timbul, apabila Rosmah menggelarkan dirinya First Lady of Malaysia (Wanita Pertama Malaysia), atau singkatannya FLOM (FLOM). Sebelum ini, isu berkaitan Rosmah menjadi serius apabila kerajaan tidak menjawab tentang kewujudan jabatan baru yang dinamakan sebagai FLOM di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Khabarnya dalam perancangan sebelum ini, FLOM ditempatkan pada aras yang sama dengan pejabat PM. Mempunyai pegawai yang tersendiri. Kewujudan FLOM disahkan melalui paparan dalam laman web rasmi JPM. Bagaimanapun, paparan tersebut dibuang selepas didedahkan media. Namun hanya paparan yang dibuang. Lain-lain persoalan mengenai kewujudan FLOM, dana mana yang digunakan untuk membiayai perjalanan Rosmah ke luar negara, siapa yang membayar gaji pegawai-pegawai FLOM, semuanya didiamkan kerajaan. Namun daripada jawapan Nazri di Parlimen, jelas menunjukkan Rosmah menggunakan wang kerajaan untuk memenuhi undangan negara terbabit. Yang lebih teruk sekali ialah apabila Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga menjadi anggota delegasi. Bila Menteri jadi anggota delegasi, maka sudah tentu Rosmah menjadi ketua rombongan. Persoalannya, atas kapasiti apa seseorang yang tidak menjawat jawatan rasmi dalam kerajaan, boleh menjadi ketua rombongan, jika ianya majlis rasmi yang dibayar sepenuhnya oleh kerajaan. Persoalan lain yang harus dibangkitkan, jika undangan tersebut khusus untuk Rosmah berucap atau menghadiri seminar, mengapa harus dibawa anggota rombongan yang besar? Mengapa harus diangkut seluruh isteri Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri dan pegawai-pegawai kerajaan? Atas kapasiti apa kerajaan meluluskan peruntukan sebesar ini? Mengenai FLOM, gelaran First Lady memang biasa digunakan, bagi merujuk kepada isteri Ketua Negara, sama ada dalam sistem beraja mahupun dalam sistem negara republik. Namun, diterima juga gelaran First Lady bagi negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi seperti di Malaysia. Apa pun, ramai di kalangan rakyat yang mempertikaikan hasrat Rosmah menjadi FLOM kerana dalam sistem perundangan negara, Malaysia mempunyai Yang di-Pertuan Agong, manakala Raja Permaisuri Agong seharusnya menjadi First Lady. Dalam konteks kuasa eksekutif berpusat kepada PM, mungkin Rosmah mahu First Lady dirujukkan kepada beliau. Bagaimanapun, lima PM Malaysia sebelum ini, dari Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj hingga Tun Abdullah Ahmad Badawi, isteri mereka tidak pernah menggelarkan diri sebagai First Lady. Justeru, apa yang dilakukan Rosmah adalah menyalahi precedent atau menyalahi amalan biasa yang diamalkan oleh isteri lima PM sebelum ini. Tidak dinafikan wanita yang menjadi isteri kepada PM ada peranan tertentu yang harus dimainkan, untuk mendukung kerjaya suaminya. Tetapi peranannya membantu suami (PM) harus dikhususkan. Isteri PM, isteri Menteri, isteri MB dan KM sama sekali tidak harus terbabit dalam business dealing, tender dan sebagainya. Rosmah sudah pergi lebih jauh daripada lima isteri PM sebelumnya. Beliau pergi berkempen ke PRK Kerdau dengan menaiki helikopter. Masuk ke Felda dan berkempen untuk BN. Harus dipersoalkan helikopter yang digunakan beliau milik siapa? Jika kos penerbangan tersebut dibiayai oleh ahli politik atau ahli perniagaan pro Umno-BN itu kita tidak persoalkan. Kita cuma mahu memastikan wang rakyat tidak disalahgunakan. Masalah yang ditimbulkan oleh Rosmah bukan sahaja tidak disenangi Pakatan Rakyat, malah orang-orang Umno sendiri pun tidak menyenanginya. Harus diingat, semasa PM, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berkuasa dahulu, bloggers Umno sendiri yang melabel pemerintahannya sebagai 'kerajaan tiga beranak'. Hari ini bloggers Umno sendiri yang melabel pemerintahan Najib sebagai 'kerajaan suami isteri'. Kita tidak mahu menuduh lebih daripada itu, tetapi yang harus diperhatikan ialah kecenderungan kerajaan untuk membenarkan pihak tertentu terlalu berkuasa sehingga semua peraturan tatacara kerajaan dilanggar. Malah wang rakyat dibelanja sewenang-wenang untuk keperluan First Lady juga tidak wajar. Kita mencabar kerajaan, jika apa yang dilakukan Rosmah tidak menyalahi peraturan, sila kemukakan bukti, butiran perbelanjaan beliau yang telus. Sila buktikan beliau tidak menggunakan wang rakyat sewenang-wenangnya. Jika bukti-bukti ini tidak dikemukakan, hanya dijawab dengan mengatakan 'itu fitnah pembangkang', maka jangan sesekali dipersoalkan jika wujud persepsi buruk terhadap isteri PM. Jika persepsi buruk ini tidak diatasi, apakah bezanya Rosmah dengan Leila Tablisi, Suzanne Mubarak dan Imelda Marcos? Jangan-jangan FLOM bakal jadi flop! |
Padang jarak padang terkukur... Posted: 12 Mar 2011 05:00 PM PST |
10 ribu hilang, 1,300 disahkan mati Posted: 12 Mar 2011 04:53 PM PST Gempa bumi Jepun: Hampir 10,000 hilang, 1,300 sah mati March 12, 2011 Pemandangan sehari selepas tsunami memusnahkan sebahagian besar kawasan pantai timur laut dekat lapangan terbang Sendai. – Foto ReutersTOKYO, 12 Mac – Sekitar 10,000 orang yang tinggal di sebuah bandar pelabuhan di timur laut Jepun dikhuatiri hilang akibat gempa bumi paling buruk dalam 140 tahun lalu dan tsunami setinggi 10 meter semalam. Situasi itu dikhuatiri akan menaikkan angka kematian yang setakat ini disahkan sekitar 1,300 orang. Media tempatan dan asing melaporkan orang ramai dalam jumlah itu tidak dapat dikesan di Minamisanriku sejak semalam sementara pihak berkuasa mengesahkan kira-kira 1,300 orang terbunuh. Tentera Jepun juga berkata pihaknya telah mengesan 300 hingga 400 mayat di bandar raya Rikuzentakata, Iwate. Gempa bumi pada skala 8.9 melanda kawasan timur laut petang semalam. Walaupun Jepun telah bersedia untuk menghadapi kesan gempa bumi dan tsunami, tetapi ramai terperangkap dalam tsunami yang tercetus dalam tempoh setengah jam semalam. Kawasan Fukushima, antara bahagian yang paling turuk dilanda gempa bumi dan tsunami hari ini digegarkan dengan gegaran susulan pada skala 6, sekitar pukul 9.15 malam tadi. Sementara kerja-kerja operasi dan menyelamat dijalankan, Perdana Menteri Jepun Naoto Kan mengisytiharkan darurat di kawasan loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi dan Daini (yang turut dikenali sebagai Fukushima 1 and 2). Anggota operasi mencari dan menyelamat mendukung seorang kanak-kanak perempuan diselamatkan selepas tsunami di bandar raya Kesennuma, Miyagi semalam. - Foto ReutersTokyo Electric Power Co (Tepco), operator loji berkata empat pekerja tercedera. Dalam pada itu, Tokyo Electric Power Co (Tepco) memulakan kerja-kerja mengeluarkan stim radioaktif daripada reaktor kedua, bermula pukul 7.30 pagi tadi (waktu Jepun). Seorang pegawai dari badan pemantau keselmatan nuklear berkata pihaknya menerima laporan daripada pengeluar tenaga terbesar itu bahawa reaktor unit ketiga telah mengalami kerosakan sepenuhnya. Jurucakap Tepco berkata jumlah radiasi yang akan dikeluarkan adalah kecil dan bukannya kadar yang boleh menjejaskan kesihatan orang ramai.- TMI |
Nyawa rakyat juga akhirnya dipertaruhkan Posted: 12 Mar 2011 04:30 PM PST |
Posted: 12 Mar 2011 04:13 PM PST |
Pantun pulak dahhh... kahkahkah... Posted: 12 Mar 2011 03:56 PM PST MARI BERPANTUN SAMAN EKOR BERULANG LAGI KERAJAAN UNTUNG RAKYAT RUGI DAPAT WANG BERGUNI-GUNI BOLEH DIGUNA MEMBELI UNDI KUPON TUISYEN DIBAHAGI-BAHAGI DEKAT PILIHANRAYA DUIT DIBERI JUDI DILESEN DULU LAGI ISLAM HADHARI KINI TAK BERBUNYI PENGKALAN TUDM SUNGAI BESI TANAH LUAS BERNILAI TINGGI UNTUK KRONI DIBERI FREE KHAZANAH NEGARA DIBAHAGI SAMA SENDIRI BUKAN RAKYAT SENANG HATI HARGA BARANG NAIK SETIAP HARI BAWANG MINYAK TAMBANG LORI SURATKHABAR PUSING JADI LALI KAPAL SELAM MAHAL SANGGUP DIBELI 500 JUTA BARU DUIT KOPI SIAPA TERIMA JADI MISTERI HANYA TERBONGKAR KALAU BN CABUT LARI KAWAN DAP, MUFTI TAK BERI JUAL MELAYU, JUAL NEGERI BERTAUKEHKAN MCA SAMPAI MATI ITULAH AJARAN, ISLAM SEJATI RAKYAT DITEMBAK ADA YANG MATI MAHKAMAH KITA LUCU DAN NGERI HAKIM LENA/MENGGIGIL DALAM POKET MENTERI ALTANTUYA KUGAN BENG HOCK AMINURASYID BIARLAH/TERUS DIINGATI TOK GURU DIHINA DICACI MAKI ISLAM DIPERSENDA SETIAP HARI SURATKHABAR TV NYANYI LAGU BASI ASAL UMNO BERKUASA LAGI PERDANA MENTERI DITIPU MENTERI SENDIRI ISTERI PERDANA MENTERI LAGI DIGERUNI SILAP HARIBULAN TERJUAL NEGERI BELAKANG TABIR SENDIRI MENGAKU FIRST LADY PEMIMPIN MEWAH HARTA LUAR NEGERI ISYTIHAR HARTA SUDAH DICABARI SEMUA MEMBISU BUAT TAK RETI KERETA BERSUSUN HARTA BERPETI SAMPAI KIAMAT TAK NAK BN DIGANTI UNDILAH BN UNDILAH DACING HIDUPLAH HIPOKRIRASI SUKANYA HATI HAMBA DUNIA ATAU HAMBA ILAHI? HIDUP DI DUNIA DITUKAR GANTI HIDUP AKHIRAT KEKAL ABADI KALAU INSAF BANGUNLAH BERDIRI MENJUNJUNG ISLAM SELAMATKAN NEGERI ADIL MAJU - PALING PENTING DIRIDHAI RABBUL JALIL DI AKHIRAT NANTI - Husam Musa – Pantun untuk rakyat Malaysia, dibaca di PUTIK , 12 Mac 2011 |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan