Sabtu, 12 Mac 2011

shalehudin

shalehudin


Jangan tanya orang Umno... kahkahkah...

Posted: 12 Mar 2011 07:36 AM PST

Tanya diri kita, siapa yang kaki mencuri antara Ku Li dan mamak kutty...
Tanya rakyat jelata, siapa yang kaki rasuah antara Ku Li dan mamak kutty...
Tanya jugak warga kota dan desa, siapa gunakan putar belit untuk hidup antara Ku Li dan mamak kutty...

Jangan bagitau jawapan bila tanya sebab 100% jawapannya gerenti adalah orang yang sama... kahkahkah...

Ulasan Tengku Razaleigh berkenaan mamak kutty yang merapu sambil angkat diri pada Jumaat, 11 Mac 2011
______________________________________


Sekai lagi saya dituduh membawa parti ke mahkamah. Saya juga dituduh terlibat dalam politik wang semasa pemilihan parti dalam tahun 1987.

Saya tidak mempunyai wang untuk tujuan itu. Saya tidak ada kroni. Sebenarnya, saya menentang politik wang.

Allah Maha Mengetahui bahawa saya tidak pernah membuat segala perkara itu. Sungguhpun demikian, saya dipilih setiap kali saya bertanding di Gua Musang.

Saya tidak pernah mencuri.
Saya tidak pernah menipu.
Dia yang mencuri dan menipu akan rasa berdosa sepanjang masa, sepanjang hayatnya

T. RAZELEIGH HAMZAH

Jepun sahkan loji nuklear meletup

Posted: 12 Mar 2011 05:29 AM PST

Ini bukan khabar angin bahawa rektor nuklear Jepun telah meletup. Ini dah disahkan oleh Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Edano sendiri. Letupan telah berlaku di loji jana kuasa nuklear Tokyo Electric Power Co's (TEPCO) Fukushima Daiichi.

Menurut Edano, Tokyo Electric Power Co bercadang mengiisi kebocoron reaktor di pusat tenaga Fukushima Daiichi dengan air laut bagi menyejukkannya dan mengurangkan tekanan unit berkenaan.

"Reaktor nuklear itu dikelilingi oleh bekas reaktor keluli, yang kemudiannya dikelilingi oleh bangunan konkrit," katanya.


"Bangunan konkrit itu tumbang. Tetapi kami dapati reaktor di dalamnya tidak meletup."

"Kami juga sahkan bahawa reaktor nuklear tidak musnah. Letupan tidak berlaku di dalam bekas reaktor itu. Oleh demikian, jumlah radiasi yang tersebar luar tidak besar," katanya di Tokyo.

"Ketika ini, tiada perubahaan ketara berhubung tahap radiasi yang tersebar di luar (daripada sebelum letupan), jadi kami minta orang ramai supaya bertenang," kata Edano.

Katanya, proses mengisi air laut ke dalam simpanan reaktor akan mengambil masa lima hingga 10 jam dan sekitar 10 hari bagi melengkapkan proses berkenaan termasuk mengunakan asid boric bagi menghalang kritikaliti.

Menurut Edano, pihaknya sedang mengkaji punca letupan itu dan situasinya dan serta akan membuat pengumuman kepada orang ramai apabila mendapat maklumat lanjut.

Sebelum itu pada kira-kira jam 3.30 waktu tempatan, satu letupan kedengaran di sebuah loji nuklear di Sendai, Jepun yang menimbulkan kebimbangan reaktor itu akan musnah dan menyebabkan bahan radioaktif tersebar.


Menurut Tokyo Power Electric Co yang menguruskan Loji Fukushima Dai-ichi di Sendai menyatakan tidak pasti letupan di loji berkenaan yang menyebabkan satu dindingnya runtuh, mengandungi reaktor nuklear.

Bagaimanapun mereka mengesahkan empat pekerja tercedera akibat kejadian itu.

Paparan TV Jepun menunjukkan salah satu dinding bangunan terbakar hangus dengan hanya meninggalkan rangka besinya.

Jurucakap kerajaan, Yukio Edano menyatakan semua penduduk dalam lingkungan 10 kilometer dari loji berkenaan patut dipindahkan.


Walaupun berdepan dengan kemusnahan, wakil Suruhanjaya Keselamatan Nuklear Jepun Ryohei Shiomi berkata ia tidak akan merebak dari lingkungan 10 km dan kebanyakan 51 ribu penduduk di sekitar telahpun dipindahkan.

Pasukan keselamatan Jepun termasuk lebih 50 ribu tentera dikerah membantu bagi memastikan kemalangan dan kebakaran dapat diatasi serta menyelamatkan mangsa akibat bencana alam paling teruk dalam tempoh 140 tahun ini.

Kadar rasmi kematian setakat jam 5 petang waktu tempatan ialah 413 dengan 784 disahkan hilang dan 1,128 tercedera.

Bagaimanapun media tempatan melaporkan lebih dari 1,300 terbunuh.


200 hingga 300 mayat dijumpai di pantai Sendai, bandar paling hampir dengan pusat gempa bumi semalam.

Lebih 215 ribu rakyat kini berlindung di 1,350 pusat pemindahan di lima wilayah berbeza.

Impak sebenar masih tidak dapat dikenal pasti.

Kemusnahan teruk dilaporkan di wilayah Miyagi kerana gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter semalam dan tsunami yang memusnahkan pelbagai kawasan terutamanya di bandar Sendai dan kawasan timur Jepun.- Malaysiakini

Lagi lagi Anwar yang jahat... kahkahkah...

Posted: 12 Mar 2011 05:22 AM PST

Sebut nama Anwar saja, Mahathir dah ketar lutut... nama bukan main punya besar, ikon Umno teragung lagi tapi penakut kat susuk kurus kecil bernama Anwar... kahkahkah...

Mahathir takkan lupa kat Anwar selama lamanya...

Dia tulis pun, pasai teringatkan senyuman Anwar...
Dia baca pun terngiang ngiang kata perli Anwar...
Dia tidur mimpi ngerinya Anwar...
Dia berak, wajah Anwar kan menjelma memotong nafsu beraknya...

Pendekatanya,
Mahathir takkan hidup aman tanpa menyelar Anwar... kahkahkah...

Berkorban apa saja... piiraahh...

Posted: 12 Mar 2011 03:46 AM PST

Kerajaan sedia korban nyawa demi keuntungan?

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat khuatir dengan keputusan Kerajaan Negeri Pahang untuk meneruskan dengan cadangan kilang nadir bumi di Gebeng di sebalik hakikat bahawa kilang itu hanya menanti bencana untuk berlaku.

Menurut SM Mohamed Idris, pada 2007, SAM dijemput oleh Kerajaan Terengganu untuk memberikan taklimat mengenai bahaya nadir bumi dan pengalaman SAM dalam menanganinya dengan pendedahan sisa radioaktif di Bukit Merah, Perak.

Berikutan itu, beliau yang juga Presiden CAP dan SAM berkata, projek itu telah ditolak oleh Kerajaan Terengganu.

Dalam tempoh tiga tahun lepas, katanya CAP dan SAM membantah dengan bersungguh-sunguh cadangan kilang nadir bumi memandangkan potensinya kepada kesan alam sekitar dan kesihatan awam daripada radioaktif dan sisa berbahaya yang dihasilkan olehnya.

"Tidak terdapat sebarang pengumuman awam sepenuhnya berhubung projek yang dicadangkan ini. Penilaian kesan alam sekitar lengkap tidak diperlukan memandangkan terdapat kelemahan dalam undang-undang kita," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Oleh itu, ujarnya tidak terdapat sebarang ruang bagi orang ramai untuk meneliti cadangan langkah pencegahan dan potensi risiko dan mengemukakan bantahan mereka.

Syarikat itu, tambahnya menyatakan terdapat pendedahan paras rendah kepada radiasi.

"Keadaan ini amat membimbangkan memandangkan tidak terdapat paras selamat atau nilai ambang pendedahan radiasi pengionan," jelasnya.

Jangka panjang, katanya pendedahan paras rendah (kronik) kepada radiasi amat berbahaya kerana tisu hidup dalam tubuh boleh mengalami kerosakan oleh radiasi pengionan.

Beliau menambah, pendedahan kepada sisa radioaktif boleh menyumbang kepada peningkatan insiden leukaemia awal kanak-kanak, kanser, keguguran, mencacatkan system imun dengan bilangan sel darah putih rendah yang luar biasa, paras plumbum yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak yang boleh membawa kepada keracunan plumbum.

Jelasnya, kanak-kanak lebih mudah terjejas kepada kesan bahaya bencana radiasi berbanding penduduk umum kerana tubuh mereka menyerap dan memetabolismekan bahan secara berbeza, dan kerana mereka lebih cenderung mendapat kanser tertentu daripada pendedahan itu.

Tambahnya lagi, terdapat juga kemungkinan yang tinggi bahawa kanak-kanak yang lahir daripada ibu bapa yang terdedah kepada radiasi boleh terjejas oleh pendedahan itu juga.

Beliau berkata, isu lain yang dikhuatirkan ialah tidak terdapat cara yang selamat untuk melupuskan sisa yang dijana daripada loji penapisan itu.

"Berdasarkan kepada semua risiko ini, adakah kerajaan bersedia untuk mengorbankan nyawa demi untuk mendapatkan keuntungan?

"Mengambil kira betapa seriusnya risiko yang terlibat dalam menjalankan kilang itu, kami menggesa Kerajaan supaya membatalkan dengan segera projek ini," tegasnya.- Harakahdaily

Terburuk sejak 140 tahun

Posted: 11 Mar 2011 11:00 PM PST

PENDUDUK mengharungi sisa runtuhan untuk mencari perlindungan di Sendai, utara Jepun pada Sabtu selepas berdepan bencana gempa bumi terburuk di negara itu sejak 140 tahun lalu pada Jumaat. - Foto AP

Tukar nama UMNO ke Pekembar dulu...

Posted: 11 Mar 2011 08:30 PM PST

Ni bukan tulis bahasa Melayu, ni tulis arab... AMALAM... kahkahkah...

Piem Umno, Najib Razak sekali lagi cuba memperbodohkan orang Melayu dengan berkata KERAjaannya akan memastikan dasar-dasar yang digubal sentiasa menyokong ke arah usaha mengembang dan memperkasa bahasa Melayu.

Tukar dulu UMNO pada PEKEMBAR kalau betoi Umno tu perjuangkan kedaulatan bahasa Melayu... kahkahkah...

Antara ular ngan Mahathir... kahkahkah...

Posted: 11 Mar 2011 07:28 PM PST

Ku Li tolak memoir Mahathir sebagai tidak jujur

Terence Netto
Tengku Razaleigh Hamzah menggunakan peluang pada pelancaran sebuah buku di Ipoh, Perak, malam semalam bagi membuat kecaman ke atas buku memoir Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkannya sebagai "menipu secara politik".

Dalam memuji "kejujuran intelektual" Professor Wang Gangwu yang dilahirkan di Surabaya tetapi dibesarkan di Ipoh semasa pelancaran buku bahasa Mandarinnya berjudul 'Junzi', Tengku Razaleigh berkata negara kini kekurangan kualiti dalam persekitaran politik.

"Ini adalah komoditi yang sukar diperolehi hari ini, khususnya dalam persekitaran politik yang dihadapi di Malaysia hari ini di mana menipu secara politik kian menular," katanya.

Kecaman Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang semakin pedas apabila beliau menyentuh buku memoir Mahathir 'A Doctor in the House', yang dilancarkan di Kuala Lumpur awal minggu ini.

"Menipu secara politik datang melalui media dan ada kalanya dengan menulis buku memoir. Satu daripadanya adalah yang terbaru dilancarkan dengan tajuk pseudo (awalan asing palsu), 'A Doctor in the House'.

"Saya gunakan 'pseudo' kerana ia adalah tiruan tajuk daripada sebuah filem komedi British yang terkenal pada 1950an berdasarkan novel Richard Gordon. Mungkin ia disengajakan bagi mencerminkan lawak, selain menipu secara politik, kata Tengku Razaleigh secara sinis.

Menurutnya, dakwaan yang dilemparkan oleh Mahathir dalam buku tersebut ke atas dirinya bukan sesuatu perkara baru.

"Sekali lagi, saya dituduh mengheret parti (Umno) ke mahkamah. Saya juga didakwa terbabit dengan politik wang semasa bertanding pada pemilihan parti 1987," kata Tengku Razaleigh.

Gila talak... kahkahkah...

Posted: 11 Mar 2011 05:41 PM PST

MB Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak kata BN Kedah gila talak... kahkahkah...

Gila ni ada bermacam macam jenis gila, gila talak adalah gila yang paling dayus sekali... kahkahkah... zaman anak dara banyak dan pompuan berlambak ni, kita tak sepatutnya gila talak dah... kahkahkah... pilih saja pompuan lain, habis cerita... kahkahkah... alang alang dah bercerai kan....

Tapi dalam kes BN nih lain sikit... kahkahkah....
Pasai tak dak sapa yang mau ke depa... kahkahkah...

Tiada ulasan: