Jumaat, 11 Mac 2011

shalehudin

shalehudin


Muka kaki pecah rumah... kahkahkah...

Posted: 11 Mar 2011 05:49 AM PST

Kahkahkah.... pakar renovasi terkenal... kahkahkah...
Kahkahkah.... macam muka kaki pecah rumah... kahkahkah...

Sumber: Bro TT

Video: Gempa dan tsunami di Jepun

Posted: 11 Mar 2011 05:32 AM PST

Gempa bumi terburuk dalam sejarah yang berukuran 8.9 skala richter melanda Jepun @ 11hb Mac 2011

Projek bodohkan Melayu, semua lupa MCA kencing Umno... kahkahkah...

Posted: 11 Mar 2011 05:18 AM PST

Serangan Mahathir Cerminkan Peribadinya - Anwar


Kesungguhan Tun Mahathir Mohamad menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mencerminkan keperibadian mantan Perdana Menteri itu yang sentiasa bingkas untuk mencaci dan menfitnah orang.

Justeru, kata Anwar, tidak ada keperluan lagi untuk beliau menjawab satu persatu tohmahan terbaru Mahathir dalam buku yang ditulis mengenai kisah hidupnya berjudul Seorang doktor di rumah.

"Kita bukan nak caci mencaci atau menfitnah orang, ianya tidak akan kemana. Kalau nak jawab Dr Mahathir pun tidak guna juga. Beliau sudah menjadi Perdana Menteri 22 tahun," Anwar berkata pada ceramah di Bukit Jugra Banting.

"Kita bandingkan Saidina Umar Abdul Aziz yang memerintah dua tahun setengah dengan begitu berjaya sehingga tidak ada orang miskin untuk diberi bantuan zakat. Tetapi Dr Mahathir dalam 22 tahun pemerintahanya, mana nak membantu orang miskin, yang dibantuk ialah orang-orang kaya dengan berbilion ringgit iaitu kawan-kawan dan anak beliau" tambah beliau.

Dalam buku Seorang Doktor diRumah nukilannya, Mahathir menunding jari terhadap pelbagai pihak termasuk Anwar sebagai punca masalah- masalah negara di sepanjang pemerintahannya.

Beliau mengulangi tuduhan-tuduhan bersabit peri laku moral Anwar bagi menghalalkan tindakannya memecat Anwar pada tahun 1998.

Anwar memberitahu ratusan orang di Banting bahawa Pakatan Rakyat menjadi musuh utama Umno dan Dr Mahathir kerana gagasan itu ingin membebaskan negara ini daripada rasuah dan penyelewengan kuasa yang berleluasa sekian lama.

Sebagai contoh, syarikat- syarikat kroni termasuk syarikat milik anak Mahathir, Mokzani diberikan kontrak- kontrak lumayan Petronas bernilai RM23 bilion.

"RM23 billion itu ada tiga syarikat dapat, yang pertama ialah Kencana milik Mohzani Tun Dr Mahathir iaitu salah satu daripada tiga melayu paling kaya di Malaysia. Kalau nak berniaga sampai untung berbilion ringgit menterkedarah , berniagalah, tapi jangan sampai begitu menketedarah(gelojoh). Rakyat yang susah," kata Anwar.

"Kita kata 23 billion ini untuk syarikat tempatan, syarikat tempatan itu siapa? yang ini mereka (UMNO) marak kepada kita sebab kita bongkar kerana mahu selamatkan negara,"

Anwar menggesa masyarakat Melayu supaya menilai laungan-laungan dan slogan yang dicanangkan oleh pemimpin Umno serta reliati sebenar mengenai nasib mereka di bawah pemerintahan Umno.

"Orang Umno selalu laungkan kononnya "darah Melayu kita pertahankan dan kuasa melayu ditegakkan habis-habisan, kita tidak mahu melayu jadi pengkhianat. Saya nak tanya pengkhianat apa? Mereka cuma menjaga diri dan anak mereka," kata Anwar.

Anwar berkata skandal PKFZ adalah contoh paling jelas bagaimana pemimpin Umno bersekongkol dengan pimpinan MCA untuk mengaut keuntungan berbilion ringgit.

"Mereka (Umno) cakap kalau Pakatan Rakyat memerintah, Anwar Ibrahim dan Nik Aziz akan menyerah semuanya kepada DAP. Tetapi kita tengok kes Ling Liong Sik (bekas Presiden MCA) dituduh menipu Mahathir, dan lepas itu Chang Kong Choy menipu satu lagi Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi...maknaya pemimpin Umno ini semuanya bodoh, habis kena tipu dengan MCA" kata Anwar.

Ling dan Chan adalah dua pemimpin tertinggi MCA yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membohong jemaah menteri yang diketuai oleh Mahathir dan Abdullah Badaw ketika itu berhubung bayaran pampasan untuk tapak PKFZ dan pinjaman tambahan bagi menjayakan projek itu.

Projek itu menyebabkan kerajaan kerugian sehingga Rm12 bilion.

Anwar berkata rakyat tidak lagi boleh menanggung beban untuk memberikan tempat kepada pemimpin-pemimpin rasuah tetapi harus mendokong pemerintahan yang amanah dan telus.

"Orang yang berjuang, bersiah dikatakan pengkhianat dan perasuah manakala perasuah dan pengkhianat pula diangkat sebagai pemerintah dam penguasa, ini kita kena jaga," tegas Anwar

TVS News

Laa... ABIM ni ada lagi rupanya... kahkahkah...

Posted: 11 Mar 2011 04:05 AM PST

Kitab Injil: ABIM minta Najib jelaskan dakwaan badan Kristian

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
KUALA LUMPUR, 11 Mac — Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyifatkan dakwaan Persekutuan Kristian Malaysia yang mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membenarkan pengedaran kitab Injil berbahasa Malaysia di negara ini adalah berat dan ia perlu dibuktikan bagi mengelakkan kekeliruan.

Menurut Setiausaha Agung Abim Mohamad Raimi Ab Rahim, dakwaan Persekutuan Kristian Malaysia itu amat berat dan ia perlu dibuktikan bagi meredakan kegelisahan di kalangan rakyat terutamanya yang beragama Islam.

"Abim memandang berat kenyataan yang dikeluarkan Persekutuan Kristian Malaysia yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memaklumkan tiada pengharaman dibuat ke atas kitab Injil dalam bahasa Malaysia, kita juga memandang serius kenyataan Persekutuan Kristian Malaysia yang turut mendakwa Perdana Menteri telah menjanjikan pengedaran kitab-kitab tersebut di Sabah dan Sarawak secara bebas.

"Sebagai pemerintah eksekutif tertinggi di negara ini, sebarang kenyataan yang dikeluarkan menggambarkan pendirian serta polisi kerajaan mengenai sesuatu perkara, dalam konteks ini, dakwaan Persekutuan Kristian Malaysia ini seakan-akan menggambarkan persetujuan kerajaan untuk pengedaran kitab Injil berbahasa Malaysia dalam negara ini sedangkan tiada sebarang pewartaan rasmi dikeluarkan oleh kerajaan," katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, Mohamad Raimi berkata pihaknya menuntut penjelasan Najib dalam perkara itu.

"Kenyataan yang dikeluarkan Persekutuan Kristian Malaysia ini amat berat dan perlu dibuktikan kepada umum bagi meredakan kegelisahan di kalangan rakyat di samping menjunjung tinggi ketelusan.

"Dalam hal ini, Abim menuntut penjelasan terbuka Perdana Menteri mengenai isu ini untuk mengelakkan sebarang kekeliruan serta salah faham yang boleh mengganggu keharmonian hubungan di antara kaum yang ingin dijayakan kerajaan selama ini," katanya.

Semalam Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysian Biskop Ng Moon Hing berkata kerajaan telah memberikan jaminan bahawa kitab injil dalam Bahasa Malaysia akan digunakan dengan bebas sekurang-kurangnya di Sabah and Sarawak.

Katanya, sejak Mac 2009 kesemua usaha untuk mengimport kitab injil dalam Bahasa Malaysia iaitu "Alkitab" sama ada menerusi Pelabuhan Klang atau Pelabuhan Kuching telah dihalang.

Jelas Ng, kargo sebelum ini sebanyak 5,000 naskhah Alkitab yang dimport pada Mac 2009 masih ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang meskipun pelbagai rayuan sudah dibuat.

Ng menambah, rayuan itu telah membuahkan hasil apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memutuskan untuk membenarkan naskhah-naskhah yang ditahan di Pelabuhan Klang pada Disember 2009, yang dimaklumkan kepada pemimpin-pemimpin persekutuan oleh beberapa anggota Kabinet dan pembantu mereka.

Menurut Mohd Raimi, pihaknya berpendapat kebebasan beragama di negara ini tidak seharusnya melangkaui ketetapan Perlembagaan Persekutuan bahawa agama Islam merupakan agama rasmi negara.

"Justeru, sebarang enakmen berkaitan seperti Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama yang mengawal pengembangan agama-agama lain ke atas umat Islam harus dipatuhi serta dihormati.

"Abim menilai ketetapan-ketetapan yang digariskan dalam lunas perundangan negara merupakan teras keharmonian serta kestabilan di antara masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini," katanya.

Tambah beliau, sebarang kekeliruan serta percanggahan yang wujud harus diselesaikan menerusi dialog serta perbincangan tertutup di kalangan wakil-wakil ketua agama. "Abim juga menggesa agar mana-mana pihak tidak memberikan tekanan melampau sehingga melangkaui mana-mana autoriti dalam negara dalam memperjuangkan tuntutan masing-masing terutamanya dalam isu-isu yang sensitif sebegini," katanya

Amaran 6 petang di Labuan

Posted: 11 Mar 2011 03:01 AM PST

Penduduk Labuan, Sabah dinasihat jauhi pantai mulai 6 petang

KUALA LUMPUR, 11 Mac — Penduduk di Labuan dan Sabah dinasihati supaya menjauhi pesisir pantai ekoran laut bergelora dan paras air laut lebih tinggi daripada yang dijangka bermula 6 petang hingga tengah malam ini.

Jabatan Metereologi dalam satu kenyataan hari ini berkata ini dijangka berlaku ekoran gempa bumi kuat yang melanda Jepun tengah hari tadi.

Katanya satu gempa bumi bermagnitud 8.8 pada skala Richter telah berlaku di Pantai Honshu, Jepun pada 1.46 petang, 4,434 kilometer dari timur laut Kudat, Sabah.

Bagaimana tiada amaran tsunami dikeluarkan kepada negara ini. — Bernama

Jepun: Gempa disusuli tsunami

Posted: 11 Mar 2011 02:47 AM PST

Gambar yang dirakam menerusi siaran televisyen NHK menunjukkan bangunan musnah dibawa arus tsunami yang melanda Bandar Sendai, Jepun akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud, hari ini. - Foto Reuters

Sempurna sungguh Umno dimata Harussani

Posted: 11 Mar 2011 12:52 AM PST

Alahai Harussani, Tolong Ajar PAS Boleh ?

Oleh: WFAUZDIN NS
MUFTI Perak, Harussani Zakaria dikatakan enggan membuat penjelasan kepada tuan Guru Nik Aziz berhubung isu `Undi PAS Masuk Syurga'. Sebelum ini Tuan Guru Nik Aziz telah menghantar surat kepada Harussani agar memberikan penjelasan tentang penulisan beliau berkaitan isu tersebut.

Memetik dari yang dilaporkan oleh Malaysian Insider, Mufti Perak itu berkata, "Saya tak perlu untuk buat penjelasan terhadap beliau (Nik Aziz), kalau saya jelaskan nanti sama juga apa yang akan beliau katakan.

"Saya tegaskan masalah Nik Aziz kerana mengaitkan hukum agama dalam politik, saya tahu dalam Islam politik dan agama memang tak boleh lari tapi masalahnya apabila ada pemimpin yang gunakan hukum Islam untuk raih undi," katanya.

Pelik sungguh, beliau mengaku bahawa Islam tidak boleh dipisahkan dari politik tetapi tidak mahu kaitkan hukum Islam di dalam politik. Jadi, mahu dikaitkan dengan hukum agama apa pula? Mahu PAS kaitkan dengan agama Kristian, Budha atau Hindu? Atau, adakah PAS akan berpolitik seperti orang sekular berpolitik? Kita bayangkan, seorang Jurulatih Bolasepak akan mengajar pelatih-pelatihnya tentang bermain badminton atau bercucuk tanam. Apa akan jadi?

Adakah maksud Harussani agar PAS hanya bercakap pasal pembangunan, bina jalanraya, janji sediakan WIFI, janji padang Futsal, janji peruntukan berjuta-juta semasa berkempen sepertimana puak di sebelah sana sering amalkan? Cuba Harussani sebutkan secara jelas sepatutnya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam apakah yang patut PAS lakukan sewaktu berkempen?

Mungkin Harussani masih beranggapan bahawa Umno lebih memperjuangkan Islam dari PAS, justeru itu pelik apanya Harussani memberi komen yang senada dengan pimpinan Umno. Saya juga tidak merasa pelik jika beliau berdiam diri jika ada orang yang mengaku Islam mengalungkan bunga ke kubur Kamal Antartuk. Pelikkah kita jika beliau berdiam tatkala Muhyiddin mengkritik Kerajaan PAS Kelantan yang ingin mengharamkan judi di negeri tersebut?

Sebaik-baiknya Harussani berdepan dengan Tuan Guru Nik Aziz dan berilah pendapat beliau berpandukan hukum Islam. Jika PAS sebuah parti Islam tentulah PAS akan bercakap di mana-mana pun berkaitan dengan Islam. Jika Harussani sebagai seorang Mufti, masakan Harussani akan bercakap atau memberi ilmu tentang bagaimana untuk menjadi seorang ratu cantik yang terkenal. Itu bukan Mufti namanya.

Mahathir lagi

Posted: 10 Mar 2011 05:53 PM PST

Mahathir adalah satu wajah yang paling hodoh yang pernah dihasilkan oleh organisasi yang korup yang telah sedia hodoh iaitu Umno. Dia adalah contoh kelaku paling buruk terhasil atas daya usaha Umno memperbodohkan Melayu demi survival bangsa Umno.

Tetapi susuk bernama Mahathir ini bagai bernasib baik kerana hidupnya dikelilingi oleh para pak yet yang termakan budi yang sedia mati demi menjilat dirinya sehingga berkilat. Sekali lagi baru baru ini, Mahathir bagai digilap semula dengan terhasilnya buku kisah hidupnya, "A doctor in the house: The memoirs on Tun Dr Mahathir Mohamad" yang sarat dengan dendam kesumat terhadap musuh musuh politiknya.

Mungkin salah silah keturunannya yang berliku yang tak ramai tahu itu, membuatkan lidah Mahathir begitu lincah berpusing memutar mutar ayat sehinggakan memaksa rakyat percaya bahawa bukan keputusan beliau memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas pada tahun 1988. Malah beliau juga tidak dilihat untuk bertanggungjawab ke atas penangkapan lebih 100 aktivis masyarakat dan ahli politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri menerusi Operasi Lalang pada tahun 1987.

Dalam buku nukilannya, Dr Mahathir meletakkan beban pemecatan Salleh Abas kepada Almarhum Sultan Johor Al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar. Almarhum yang mangkat tahun lalu, kononnya mendesak Dr Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu untuk memecat Salleh.

Dr Mahathir mahu rakyat mempercayai bahawa walaupun menjadi perdana menteri dan menteri dalam negeri atau dalam erti kata lain, orang paling berkuasa di Malaysia, beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk memecat Tun Salleh Abas, mengarah Operasi Lalang mahupun untuk menegur Anwar mengenai tugas-tugasnya.

Seperti biasa, hanya bangsa Umno yang bodoh saja yang ternganga percaya karutan Mahathir ini...

Mahathir

Posted: 10 Mar 2011 05:03 PM PST

Mahathir Diktator Demokrasi



Oleh Mohd sayuti Omar
Sepanjang pembacaan saya mengenai Dr Mahathir Mohamad hanya dua perkara saja yang beliau mengaku (bersalah), pertama gagal membangunkan Kampung Baru, Kuala Lumpur dan kedua gagal mengubah sikap orang Melayu.

Selain daripada itu Mahathir berjaya melaluinya. Orang yang menandang Mahathir dengan mata sebiji akan berpuas hati dengan Mahathir dan akan mengangungkan bekas PM keturunan asal Krala, India itu setinggi bangunan KLCC.

Orang tidak tahu Mahathir menipu dalam politik, memperdayakan banyak orang untuk menjadi kerbau dan lembu pawah kepadanya. Selama 22 tahun jadi PM, dalam tempoh selama itu Mahathir melakukan apa saja yang dia suka. Mahathir adalah si diktator demokrasi di Malaysia.

Dengan kuasa yang mengakar tunjang beliau melakukan apa saja. Dengan politik perangkap dan memerangkap dan mencagarkan projek (wang) beliau utuh mempergunakan penyokongnya untuk menjadi hantu dan syaitan.

Orang yang memuja Mahathir hari ini adalah orang yang menerima jasa dan kebendaan rasuah dari Mahathir. Sokongan dan pemujaaan itu diteruskan oleh anak cicit penerima rasuah Mahathir hingga ke hari ini.

Saya atau sesiapa tidak menerima rasuah Mahathir akan membenci Mahathir dari sudut-sudut yang boleh dibencikan. Misalnya mengenai usaha dan pengorbanan Mahathir untuk agama, untuk menyatukan Melayu atau membantu orang miskin. Di zaman Mahathir negara kaya, tetapi rakyat miskin. Inilah yang hendak diatasi oleh Najib apabila PM itu mengumumkan berbagai projek rakyat yang belum pasti akan dicapai dalam masa terdekat.

Hari ini Mahathir terloncat-loncat bercakap mengenai kuasa Melayu akan hilang, apakah dia tahu semasa dia jadi PM apa yang dilakukan untuk mengukuhkan perpaduan Melayu. Ramai orang tidak tahu punca kenapa Pas ditendang dari BN ialah atas cadangan dan desakan Mahathir! (Saya akan cerita kemudian versi Mahathir cadang agar Pas dipecat dari BN ini. Selama ini orang ingat Hussein Onn yang bersalah).

Kerana kehebatan - lama berkuasa dengan menggunakan tipu daya yang licit, orang percaya Mahathir jujur dan ikhlas. Mahathir tidak berbohong dan tidak menipu. Memang orang Melayu akan mempercayai kepada orang kaya dan berkuasa daripada orang miskin yang jujur dan papa. Mahathir memahami psikologi ini terus meliwat bangsa Melayu.

Tetapi hakikatnya adakah Mahathir begitu, ikhlas, jujur dan baik? Kerana beliau sudah tua bukan alansan untuk tidak menghina Mahathir. Selagi dia bercakap maka kita akan bercakapan mengenai dirinya. Walaupun Mahathir sudah tidur di liang lahad kejahatan dan kebejatannya akan dituturkan kalau tidak kuat pun perlahan.

Dalam memoirnya beliau turut menceritakan perihal Tengku Razaleigh Hamzah. Katanya anak raja itu tiak dapat jadi PM kerana tidak sabar. Kata Mahathir kalau Tengku Razaleigh sabar, sudah pasti dia akan ganti Musa menjadi TPM, bila Musa berhenti?

Betul ke begitu dan ikhlaskah Dr Mahathir ke atas Tengku Razaleigh? Saya tidak percaya samalah dengan beliau tidak percayanya beliau kepada Tengku Razaleigh. Kalau Mahathir ikhlas terhadap Razaleigh dia boleh membantu dan menebusnya.

http://msomelayu.blogspot.com/

Tiada ulasan: