Selasa, 8 Mac 2011

shalehudin

shalehudin


Akhirnya, dendam kesumat dibukukan

Posted: 08 Mar 2011 06:01 AM PST

Nampak gayanya, dendam kesumat dan amarah yang bersarang dalam diri Mahathir kini telah berjaya dibukukan. Alhamdulillah, kini tuduhan yang langsung tidak bersandar pada bukti itu boleh dibaca hingga ke anak cucu. Persoalannya, politik jenis apakah yang cuba dimainkan oleh mamak Mahathir ni sebenarnya. Apa yang cuba diterapkan atau lebih molek diracunkan Mahathir dalam kepala hotak anak anak melayu agaknya.

Politik kebencian Mahathir akan berterusan nampaknya dan jika diizinkan Allah s.w.t akan tetap dimainkan hingga ke akhir hayatnya. Aku yakin amalan ini akan menjadi zikir dan ratibnya setiap saat selagi Anwar masih bebas diluar penjara.

Rumah terbakar nampak asapnya, hati terbakar sapa yang tahu...

Posted: 08 Mar 2011 04:14 AM PST

PENDUDUK membantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi memadam kebakaran yang memusnahkan kira-kira 60 rumah yang didiami 100 orang di Kampung Titingan, Tawau, hari ini. Kejadian pada kira-kira jam 11.45 pagi itu berjaya dikawal pada kira-kira jam 1 tengah hari. - Foto BERNAMA

Zahrain kaki kencing

Posted: 08 Mar 2011 04:10 AM PST

Setakat panaskan kerusi sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) tanpa buat kerja, sapa pun boleh... cakap pandai, kerjanya kencing saja yang tau... kahkahkah...

Kenyataan yang dibuat oleh Zahrain Mohd. Hashim selaku Presiden FAP, bahawa tiada isu gaji tertunggak melibatkan pemain-pemain skuad Liga Premier Pulau Pinang merupakan satu pembohongan besar. Ini kerana, para pemain Pulau Pinang sebenarnya ketika ini sedang menanggung sengsara akibat gaji mereka bagi bulan Januari dan Februari masih belum diterima sehingga semalam.

Patut bau hancing, rupanya kencing katak yang tak basuh sejak sekian lama... kahkahkah...

Dulu FAP janji nak bagi gaji sekitar RM3,500 hingga RM4,000 sebulan. Tapi sehari sebelum tarikh tutup pendaftaran, nilai gaji dalam kontrak hanyalah RM2,000 sebulan bagi setiap pemain... kahkahkah... kena kencing lagi... kahkah... memang jenih kencing orang kot... kahkahkah...

Zahrain sepatutnya turun padang, bukannya mencari alasan lain untuk melepaskan tanggungjawabnya selaku Presiden FAP... kahkahkah... Tak kan nak turun padang pun dah tak berani kot... kahkahkah...

Kepala hotak JKKK rupanya... kahkahkah...

Posted: 08 Mar 2011 01:00 AM PST

Kesian kat Umno, rupanya kepala hotak pemimpin depa tu makam JKKK saja... kahkahkah... hangpa tau ka JKKK tu menatang apa?

Kahkahkah... JKKK tu maknanya JIN KAPIAQ KACAU KAMPUNG.... kahkahkah...

Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa ada pihak yang tidak menggalakkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berceramah pada kempen pilihan raya kecil di Kerdau dan Merlimau, mingu lalu adalah suatu pembohongan.

Menurut timbalan ketua penerangan PAS Melaka, Yusof Wahab, tidak ada suatu keputusan pun dibuat oleh pihak jentera pilihan raya PAS yang menghalang Anwar daripada berceramah sepanjang kempen itu.- Malaysiakini

Awat, hangpa ingat Anwar dah menang kes ka...

Posted: 07 Mar 2011 11:08 PM PST

Mahkamah: Sampel DNA diambil secara tidak sah, ditolak sebagai bukti

Oleh Shazwan Mustafa Kamal
KUALA LUMPUR, 8 Mac — Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan sampel DNA telah diambil secara tidak sah dari lokap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ditahan satu malam pada Julai 2008, dan ia akan dikeluarkan daripada senarai bahan bukti kes liwat Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.

Ini bermakna tuala "Good Morning", berus gigi dan botol air mineral serta sampel-sampel DNA yang diperoleh daripada ketiga-tiga barang itu tidak boleh digunakan sebagai bukti terhadap Anwar.

"Saya memutuskan dalam kes ini, sampel-sampel DNA daripada tiga barang ini — tuala Good Morning, botol air dan berus gigi diambil menggunakan cara tidak sah daripada tertuduh... dan, dikeluarkan daripada sebahagian daripada bahan bukti," kata beliau hari ini.

Beliau membuat keputusan itu di akhir perbicaraan dalam perbicaraan sama ada sampel DNA yang diambil daripada ketiga-tiga barang itu boleh diperoleh sebagai bukti. Anwar, 63, didakwa meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Berbulu telinga aku... kahkahkah...

Posted: 07 Mar 2011 09:43 PM PST

Dah berbulu telinga dengar penafian Najib dan pemimpin-pemimpin Umno bahawa Malaysia jauh berbeza iklim politiknya dengan Mesir dan negara negara Arab lain yang sedang bergolak tu.

Betoi, memang tak sama iklim politknya dengan Malaysia, aku akui tu tapi Umno jangan ambil mudah kerana iklim tu boleh berubah sekelip mata saja sekiranya Umno dan BN sering membelakangkan demokrasi dan menipu rakyat. Malah sikap sambil lewa Umno dalam memperkasakan demokrasi negara, menyekat kebebasan bersuara rakyat secara halus akan menjadi "bom jangka" yang boleh meletup bila-bila masa.

Umno jangan sesekali bermegah dengan kemenangan calon mereka di dua pilihanraya kecil, Merlimau dan Kerdau. Mendung yang seakan berlalu tak bermakna hujan takkan turun. Kemenangan mereka dalam pertempuran kecil tak bermakna kemenangan dalam peperangan besar dalam PRU ke 13 nanti. Kerana bukti bukti jelas bahawa kemenangan mereka dalam dua PRK lepas tidak berlandaskan demokrasi tulen. PR bukan menentang calon Umno tapi sebaliknya parti kerajaan yang disokong oleh segala jentera kerajaan negeri dan persekutuan.

Boring la ngan Pakatan nih...

Posted: 07 Mar 2011 06:44 PM PST

Kerdau dan Merlimau: Antara Marah
Oleh Munir

salam, Dalam banyak-banyak PRK, Pilihanraya Kecil Merlimau dan Kerdau inilah - untuk diri saya - yang saya kurang bagi perhatian sangat. Sebab apa, sebab awal-awal lagi saya boleh agak sapa menang sapa kalah.

Sebab tu bila lebih kurang jam 9:00 mlm tadi 6/3/11, bila ada sorang kawan call tanya pasal final results, saya kata tak payah tanya pun tat pa haih, gerenti BN menang haih, paling kurang pun majoriti mau dua tiga ribu.

Kawan saya ni kata, dia tanya sebab Pak Mertua dia (UMNO) dok tanya dia sangat-sangat, sejak dari tadi lagi sapa yang menang. Saya kata, tak apa lah, habag kat Pak Mertua hang suruh dia semelih Kerbau sebab UMNO dah menang di Kerdau.

Lepas tu tak dak sapa call dah, kalau ada pun cuma dua tiga sms dok buat lawak pasal p.raya Merlimau/Kerdau ni yg tak berapa wajar disiarkan untuk tatapan umum. Ringkasnya menang ka kalah ka PRK dua DUN ini dah tak ada apa yg menariknya sebab semuanya begitu straight forward dan begitu mudah diramalkan.

Itulah yang saya ingatkan, sehinggalah saya meneliti dengan lebih terperinci jumlah majoriti yang diperolehi oleh UMNO di kedua-dua DUN ini.

Kesimpulannya: PAS perlu bangkit dengan segera kalau masih mahu kekal memerintah di KEDAH dan KELANTAN selepas PRU13 nanti!

Apa tidaknya; sekiranya jumlah majoriti undi untuk kedua-dua DUN Merlimau dan Kerdau itu digabungkan, ianya menunjukkan peningkatan hampir 50% pengundi sudah pun lari kepada UMNO/BN, seperti fakta di bawah, bukannya sikit-sikit:

2008: Majoriti 3769
2011: Majoriti 6367

(2004: Majoriti 7652)

Bermakna kata, jika UMNO mampu cari lebih kurang 1000 undi lagi, maka mereka akan mendapat majoriti yang hampir sama banyak dengan tahun 2004; di mana UMNO pada waktu itu sedang berada di puncak persada.

Saya melihat DUN Merlimau dengan komposisi penduduknya hampir melambangkan Negeri Kedah dan DUN Kerdau melambangkan Negeri Kelantan. Kedua-duanya Melayu majoriti.

Suka atau tidak, pertambahan majoriti untuk UMNO/BN ini sedikit sebanyak ada kaitannya dengan prestasi buruk Pakatan khususnya di pihak PKR yang menyaksikan YB-YB nya melompat satu persatu, bagaikan pesta, seorang selepas seorang, melompat keluar dari Pakatan.

Kita kena ingat, dalam sesebuah kawasan yang majoriti Melayu, secara amnya komposisi pengundi terbahagi kpd 3 kumpulan utama; 30% pengundi tegar PAS, 30% pengundi hardcore UMNO dan 40% lagi atas pagar. Dalam p.raya 2008 hari tu, kumpulan 40% ini kebanyakannya memilih untuk memangkah Pakatan melalui parti PKR. Lalu, apabila YB-YB PKR pasca 2008 mula mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat melalui proses pengundian itu, maka sebahagian daripada kumpulan 40 ini melihat tidak ada gunanya lagi mereka bersama Pakatan.

Semua orang tau, majoriti org-org PKR adalah bekas org-org UNMNO atau pun bekas penyokong UMNO atau pun mereka yang bersimpati dengan UMNO. Lantas itu, apabila YB-YB katak ini mula melompat, kumpulan ini melihat tidak ada lagi gunanya untuk mereka terus memangkah Pakatan; maka itulah natijahnya.

Lalu tinggallah hanya hardcore PAS bersama beberapa kerat lagi pengundi setia PKR yg masih setia dengan perjuangan Pakatan; dan ianya tidak mampu lagi memberi tenaga kpd Pakatan seperti yang dinikmatinya pada tahun 2008.

Lantaran itu, sebagai pengundi setia PAS di negeri Kedah, dan masih ingin melihat PAS terus memerintah Kedah (dan juga Kelantan) selepas PRU13; maka wajarlah para Think-Tank PAS di atas sana mula memikirkan secara serius arah tuju parti selepas ini.

Ya lah, ini cuma pendapat pengundi PAS biasa saja di bawah ini, bukan org-org besar parti pun, tapi pengundi-pengundi kecik seperti kami di bawah inilah yang bertanggungjawab membawa Tuan/Puan/Dato'/Datin, YB-YB PAS dan Pakatan menduduki kerusi empuk di Parlimen sana, boleh terima atau pun reject pendapat kami ini, terpulanglah.

Apa-apa pun, marah mendidih yang membuak-buak di dada ini bilamana YB Parlimen tempat sendiri(Padang Serai) dan Parlimen yang bersebelahan (Kulim) melompat parti masih belum reda lagi.

Sesekali, terlintas di hati ini: "Padan muka Pakatan kalah di Merlimau dan Kerdau, biaq ada akai sikit!!"

Sekian.

Jawapan ada pada PAS

Posted: 07 Mar 2011 06:27 PM PST

PAS patut risau undi muda saluran 3 dan 4 bukan Felda..!!

Bukan semata-mata kegagalan menembusi kawasan Felda, PAS juga patutmelihat lebih serius terhadap kemerosotan undi golongan muda ekorankegagalannya merampas kerusi Kerdau daripada BN semalam.

Berbezadengan penumpuan awal, keputusan yang diumumkan Suruhanjaya PilihanRaya (SPR) menunjukkan bahawa kekuatan PAS hampir tidak berubah – tidakbanyak bertambah atau berkurang – di tiga kawasan Felda dan sebuahrancangan Felcra, yang dikatakan kubu BN.

kerdau pas results watchingBagaimanapun,jika berbanding dengan lawannya, pertambahan sokongan BN lebih besar.Persoalannya, dari manakah datangnya sokongan ini? Jawapannya bolehdilihat pada jumlah pertambahan pengundi dan peratusan yang keluarmenunaikan tanggungjawab mereka semalam.

Calon PASHassanuddin Salim tumpas di tangan Syed Ibrahim Syed Ahmad denganmajoriti 2,724 undi. Hassanuddin mendapat 2,336 undi manakala SyedIbrahim mendapat 5,060 undi.

Dalam pilihan rayakecil kali ini, seramai 8,999 pemilih layak mengundi – pertambahan 542orang daripada 8,451 pada tahun 2008. Manakala peratusan keluarmengundi pula meningkat kira-kira 3 peratus - daripada 80.33 kepada83.2 peratus.

Ini menunjukkan bahawa orang muda danpengundi baru lebih banyak terlibat dalam pesta demokrasi di kawasanseluas 273km persegi yang 65 peratus penduduknya bergantung hidupkepada aktiviti pertanian.

Undi muda merosot 6 peratus


PAS juga mengakui kedua-dua fenomena itu – pertambahan jumlah dan peratusan pengundi – menyumbang kepada kekalahannya kali ini.

Bagaimanapun,analisis segera pengarah pilihan rayanya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Manpada Ahad malam tidak menyebut tentang trend pengundi muda yang kinikembali kepada BN.

NONEBerdasarkankeputusan di saluran ketiga di Jengka 22, Jengka 23 dan Desa Murni,berbanding 43 peratus (atau 307 pengundi muda) sokongan dalam pilihanraya umum, sokongan kepada PAS merosot 6 peratus kepada 37.44 peratussahaja.

Parti Islam itu mendapat 423 undi diketiga-tiga kawasan itu berbanding BN sebanyak 707 undi. Jika ditanyaapakah persamaan antara ketiga-tiga kawasan tersebut dibandingkandengan tempat lain, mungkin satu jawapannya – mereka mendapatgelanggang futsal baru.

Di tempat-tempat lain, BNdilihat cuba memancing undi dengan mengumumkan pelbagai projekkebajikan seperti projek sambungan air bersih dan pembinaan masjid baruberharga RM500,000.

Sokongan itu selari dengankenyataan timbalan ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim sebelum iniyang berpendapat golongan muda lebih mahu didekati melalui aktivitiberasaskan riadah dan sukan.

Malah, timbalan menteribelia dan sukan itu sebelum ini tampil turut serta bermain futsal diDesa Murni bersama pengundi muda di Desa Murni.

Bob Lokman lawan Ana Raffali


200211 bob lokman kerdauSatulagi projek yang dilihatkan memberikan kesan kepada undi muda adalahprojek perkampungan Wi-Fi di Kerdau yang diumumkan Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim sebelum ini.

PopularitiPAS di mata orang muda meningkat ekoran kedatangan pelawak dan penulislirik terkenal Bob Lokman, menjadi luntur apabila BN membariskanpenyanyi yang sedang meletup Ana Raffali yang menjadi kegilaan anakmuda selepas menang dalam Anugerah Juara Lagu.

Mungkintindakan PAS menagih sokongan pengundi Felda menyebabkan mereka lupakepada 38.53 peratus pengundi muda - umpama pepatah "yang dikejar takdapat, yang dikendong keciciran'.

NONEJikaditeliti undi di kawasan 3+1, PAS hanya mendapat 1,276 undi berbandingBN sebanyak 2,131. Bagaimanapun, tidak harus menafikan, mereka mendapattambahan 476 undi di kawasan itu.

Berdasarkan faktaini, bermakna, PAS tidak pernah kehilangan sokongan di kawasaan itusebaliknya mengalami masalah meluaskan pengaruhnya. Soalnya, adakahserangan mereka melalui Persatuan Anak Felda Kebangsaan (ANAK) tidakberkesan?

Jawapannya tidak, ia berkesan. Cumapemerhati politik berpandangan, kenapa ANAK baru muncul setelah harikelima berkempen? Dan kenapakah pusingan awal kempen hanya bertumpukanisu "Buku Jingga" yang dilihat tidak difahami dan diambil peduli orangbanyak pengundi di bawah?

Jawapannya ada pada PAS sendiri.- RM

Balckpool 1-3 Chelsea

Posted: 07 Mar 2011 05:32 PM PST

Penyerang Chelsea, Didier Drogba (kanan) bersaing dengan pemain tengah Blackpool, Keith Southern pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Bloomfield Road, Blackpool, awal pagi tadi. Keputusan Blackpool 1, Chelsea 3. - Foto AFP

Tak paham bahasa rakyat

Posted: 07 Mar 2011 05:28 PM PST

Sultan Oman rombak Kabinet besar-besaran

MUSCAT: Sultan Qaboos, Oman semalam memecat Menteri Ekonomi dan Menteri Dalam Negeri dalam satu rombakan Kabinet besar-besaran selepas beberapa minggu protes anti kerajaan diadakan rakyat di negara Teluk itu.

"Sultan Oman mengarahkan rombakan dalam majlis menteri," menurut satu pengumuman televisyen sebelum senarai Kabinet baru dibacakan. Menteri Ekonomi, Ahmad Abdel Nabi Mekki dan Menteri Dalam Negeri, Saud Ibrahim al-Busaidi adalah antara menteri utama yang terkeluar, selain Menteri Perdagangan dan Industri, Maqbool Ali Sultan.

Kementerian yang dipegang Mekki dibubarkan manakala tempat Busaidi digantikan oleh ketua perkhidmatan awam, Faisal Said al-Busaidi, menurut agensi berita ONA.

Rombakan kebinet itu sememangnya dijangka selepas Sultan Qaboos memecat dua menteri pada Sabtu lalu sebagai reaksi terhadap bantahan rakyat yang mengaitkan gejala rasuah dan reformasi demokrasi yang perlahan di negara itu. - AFP

Tiada ulasan: