Ahad, 6 Mac 2011

shalehudin

shalehudin


Berita baik dari Arab Saudi

Posted: 06 Mar 2011 07:30 AM PST

Ini sudah baik, ini berita yang paling baik dari Arab Saudi...
Arab Saudi sudah mula haramkan protes dan tunjuk perasaan...
Ini sudah baik, sudah bagus...
Rakyat akan bingkas bangun sekiranya tertekan...
Rakyat akan cepat sedar sekiranya rasa ditipu...
Bagus... tindakan kurang bijak yang baik untuk rakyat...
Hidup ketuanan rakyat...


**************************

Arab Saudi haramkan protes, tunjuk perasaan

RIYADH, 5 Mac — Arab Saudi mengharamkan semua bentuk protes dan tunjuk perasaan, demikian menurut televisyen kerajaan hari ini yang memetik Kementerian Dalam Negeri.

Arahan itu dikeluarkan ekoran tunjuk perasaan kecil yang diadakan oleh kumpulan minoriti Syiah di wilayah timur negara itu.

Pasukan keselamatan akan menggunakan apa jua cara untuk menghalang tindakan-tindakan yang boleh menjejaskan keamanan awam, kata saluran al-Ekhbariya tanpa memberikan sebarang maklumat lanjut.

Laporan semalam menyebut negara-negara rantau Timur Tengah kini berhadapan dengan gelombang baru peringkat kedua. — Reuters

Pahit tu ubat...

Posted: 06 Mar 2011 06:00 AM PST

Jentera BN peralat habuan politik dan keselamatan sosial pengundi

Berdasarkan penemuan kajian lapangan pihak ILHAM Centre di N27 Merlimau, kemenangan Barisan Nasional menerusi calonnya Roslan Ahmad sudah boleh dijangka. Dengan mengukurkepada respon pengundi kepada kempen oleh jentera BN yang begitu dominan menenggelamkan kekuatan jentera PAS.

Kekuatan dan gerakan agresif jentera bersepadu BN melalui eksploitasi media arus perdana, jentera kerajaan peringkat negeri dan persekutuan seakan tidak termampu untuk jentera PAS yang turun sekadar ala kadar mengimbangi persaingan demokrasi di sini. Akibatnya, pengundi tenggelam perhitungan dengan kempen BN yang lebih mengasak dan mendesak survival pengundi dari aspek keselamatan sosial dan janji habuan selepas pilihan raya.

Keputusan pilihanraya kecil DUN N27 Merlimau yang dijadualkan berlangsung esok dijangka akan memihak kepada calon Barisan Nasional, Roslan Ahmad dengan majoriti yang lebih besar daripada keputusan pilihan raya umum 2008.

Latar Belakang Kajian Sikap dan Kecenderungan Pengundi dalam Pilihan Raya Kecil N27 Merlimau

ILHAM Centre telah melakukan satu kajian sempena Pilihan Raya Kecil Ke-14 yang kini berlangsung di N27 DUN Merlimau, Melaka. Kajian lapangan ini telah dijalankan pada 2 hingga 3 Mac 2011 lepas untuk melihat perspektif pengundi terhadap parti, calon dan kecenderungan pengundian mereka.
Tinjauan ini dilakukan di semua daerah mengundi iaitu Pangkalan Saman, Permatang Serai, Merlimau Pasir, Merlimau Utara, Jasin Lalang, Chin Chin dan Ayer Merbau dengan menemubual pengundi berdaftar secara bersemuka. Responden yang berjaya dinilai sebagai "sample" kajian ini seramai 423 orang yang terdiri daripada semua komposisi kaum, peringkat umur, jantina dan pekerjaan.

Populariti parti mengatasi kekuatan calon

Dapatan kajian Merlimau seakan selari dengan beberapa paten populasi di dalam Pilihan Raya Kecil lainnya yang mana memperlihatkan kecenderungan utama pemilihan pengundi masih lagi meletakkan kepada kekuatan parti berbanding calon dan isu. Faktor parti di wakili 63.8% daripada keseluruhan responden.

Jika dilihat kepada kekuatan calon, calon BN iaitu Roslan Ahmad lebih terkehadapan dengan 80.8% dikenali oleh responden. Manalaka calon PAS, Yuhaizat Abdullah hanya mencattatkan 55.8% populariti di kalangan responden.

Pengundi bukan Melayu masih bersama pembangkang
Menerusi tinjauan pihak ILHAM Centre, jentera DAP dilihat begitu bersungguh-sungguh meyakinkan pengundi Cina untuk menolak BN dalam kempen mereka. Mereka juga begitu komited menjaga peti-peti undi majoriti Cina bagi memastikan jentera MCA tidak akan memanipulasi perubahan undi Cina kepada BN dalam pilihan raya ini. Paten pengundi Cina di sini dijangka kekal.

Isu tempatan lebih dominan berbanding isu nasional

Apabila ditanya tentang jenis isu yang mempengaruhi pengundian responden, ternyata isu tempatan adalah lebih dominan berbanding isu nasional apabila isu tempatan mencatatkan sebanyak 49.2% berbanding isu nasional hanya sebanyak 18.9%.

Antara isu serangan kepada peribadi calon PAS ialah mengenai kredibiliti Yuhaizat yang mendiami di kuarters guru kerajaan di atas kelayakan isterinya sebagai sebagai guru, yang dilihat oleh UMNO sebagai seorang calon yang tidak ada kredibiliti mencatatkan sebanyak 42.6% iaitu sedikit sebanyak mempengaruhi pola pengundian di sini. Isu-isu tempatan lain ialah isu kemudahan awam yang kurang memuaskan dan isu pemilikan tanah.

Jentera PAS terlalu unorganized

Berdasarkan pemerhatian perbandingan dalam siri-siri pertembungan PAS dan UMNO dalam pilihan raya kecil, pertembungan di Merlimau memperlihatkan jentera tidak dikoordinasi dengan kekuatan yang optimum.
Berdasarkan respon daripada dapatan lapangan seakan mengesahkan bahawa kehadiran PAS dalam pertembungan PAS dengan UMNO hanya sekadar mencabar dan "berdakwah" dan bukannya hadir untuk mencapai kemenangan.

Penyusunan siri-siri ceramah dan kempen yang melibatkan kepimpinan parti ini juga tidak menampilkan sepenuh kekuatan parti ini dalam usaha mencabar jentera BN/UMNO yang agresif.

Calon PAS bermasalah

Saudara Yuhaizad Abdullah selaku calon PAS terlalu mengikut rentak dan liuk lentok serangan BN/UMNO. Ini melihat kepada kenyataan media dan ceramah beliau menjawab semua serangan pihak lawannya seakan ia ingin memenangi hujah. Ini jelas dan ketara seolah melihatkan calon PAS seakan bermasalah dan sepatutnya memberi tumpuan dalam usaha kepada rayu undi dan menjelaskan dasar- dasar pakatan rakyat.

Calon UMNO/ BN ketika analisa ini ditulis masih berada dalam zon selamat dengan pembawaan kempen sederhana sedikit sebanyak memikat undi di kalangan pemilih yang belum membuat pendirian dalam keputusan undian mereka.

Kempen PAS kurang mendasar/rapat kepada akar umbi berbanding jentera UMNO

Berdasarkan perbandingan gerakan kempen yang efektif, BN mempunyai kelebihan berbanding dengan PAS. Jentera BN yang dilihat mengeksploitasi segala kelebihan terutama jentera kerajaan negeri dan pusat untuk menyokong parti yang bertanding seakan mengunci kempen PAS dalam pilihan raya kali ini.

Kempen Pas tidak mendasar dan terus kepada pengundi, sebaliknya hanya bergantung kepada risalah yang terhad menyekat peluang PAS meyakini pengundi di sini. Rata-rata responden tidak terkesan dengan penerangan oleh PAS berbanding BN/UMNO.

Faktor Ali Rustam dan 1 Malaysia
Menerusi maklum balas di kalangan pengundi di Merlimau, kekuatan Ali Rustam agak signifikan kepada penduduk setempat walaupun imej beliau di peringkat nasional agak buruk. Kempen 1 Malaysia yang dibawa oleh jentera BN kelihatan diterima di peringkat bawahan. Ini boleh dilihat apabila 56.5% responden memberikan respon positif kepada kempen ini.

Kesimpulan

ILHAM Centre melihat status quo kerusi UMNO/BN di Merlimau dapat dikekalkan oleh BN/UMNO. Peratusan pengundi kepada BN dilihat melonjak sedikit berbanding keputusan pilihan raya 2008. Ini disimpulkan berdasarkan kelebihan yang dimiliki oleh BN/UMNO. Namun, BN masih gagal memperolehi keyakinan kepada pengundi di kalngan masyarakat Cina untuk menyokong UMNO/BN dengan gerakan yang konsisten oleh jentera DAP dalam membantu PAS di sini. Bebanan sekarang tertanggung di atas bahu PAS dalam meyakinkan pengundi Melayu khususnya untuk menterjemahkan kepada undi dalam tempoh terdekat sebelum tempoh berkempen tamat tengah malam ini.

Latarbelakang ILHAM Centre

ILHAM Centre ditubuhkan pada 2006 berusaha menyumbang kepakaran dalam penyelidikan politik ke arah memperkukuh dan menyuburkan proses demokrasi di Malaysia. Bergerak secara bebas dengan mengutamakan data berdasarkan kajian dengan tujuan untuk mengangkat suara rakyat sebenar untuk perhatian kepafda pihak yang terbabit dalam pembuatan keputusan di peringkat negara.

Menggunakan metodologi penyelidikan tinjauan lapangan secara tatap muka dengan responden dalam menyokong dapatan kajian yang lebih akurat. Di samping dibantu oleh felo penyelidik yang kredibel diharapkan dapat membuat analisa dapatan yang lebih baik dan absah.

*Mohd Azlan Zainal ialah Pengarah Eksekutif ILHAM Centre.- MerdekaReview

PAS kalah undi Pos di Merlimau

Posted: 06 Mar 2011 02:01 AM PST

Tak terkejut langsung bilamana pengumuman undi Pos dibuat. PAS hanya mendapat 2 undi, manakala BN 46 undi dan undi rosak sebanyak 14 bagi.

Demokrasi Malaysia, besa la beli beli undi ni... kahkahkah...

Posted: 06 Mar 2011 01:30 AM PST

Apa la ahli parlimen Kota Melaka ni, benda dah biasa camni pun kecoh ka... biasa la beli beli undi dalam demokrasi ala Malaysia nih... apa buat kalut pulak... kahkahkah...

Sim Tong Him membuat laporan di balai polis Merlimau, mendakwa pada jam 11.45 pagi tadi, dia telah dimaklumkan oleh penyokong PAS dan DAP bahawa ada orang yang memberi wang RM100 di sebuah rumah dekat dewan serbaguna di Permatang Bukit Merlimau.

Beliau mendakwa, dia mendapati seorang ahl majlis dari MCA dan tiga orang lagi, sedang memberi wang kepada pengundi. Jurugambar tersebut mengambil beberapa gambar, tetapi dipaksa memadamkannya. - Malaysiakini

Apa hal ngan wakil rakyat Melayu Penang...

Posted: 06 Mar 2011 01:18 AM PST

Lim Guan Eng dan "Dilema Melayu"-nya

"UMNO berdepan dengan 'Dilema Cina': Barisan Nasional akan kehilangan sokongan Melayu, seandainya memansuhkan hak keistimewaan Melayu untuk memikat hati Cina. Namun demikian, pengundi Cina tetap akan menolak BN, walau bagaimana BN memikat hatinya sekalipun." Demikianlah pengamatan Mahathir Mohamad selepas "tsunami politik" pada 8 Mac 2008.

Bahagian depan analisa ini bertitik tolak daripada logik "zero-sum-game" perkauman UMNO seperti biasa, namun kelihatan ada benarnya pada bahagian akhirnya. Mungkin lebih tepat jikalau disimpulkan sedemikian, "Sememangnya UMNO menghadapi 'dilema Cina', di mana BN terpaksa memikat hati Cina. Namun, bagaimana mereka berusaha pun, ia kekal sukar untuk BN meraih undi Cina."

Sesungguhnya, jikalau kita menggantikan istilah "Cina" dengan "Melayu Pulau Pinang", kemudian gantikan istilah "BN" dengan "DAP", maka kita akan menemui "dilema Melayu yang dihadapi DAP". Atau lebih tepat, "dilema Melayu yang dihadapi Lim Guan Eng". Maknanya, betapa pun DAP memikat hati Melayu Pulau Pinang, namun ia tetap sukar untuk mereka meraih undi Melayu.

Lim Guan Eng diserang kiri dan kanan

Sememangnya, ada bezanya antara "dilema Cina UMNO" dengan "dilema Melayu Lim Guan Eng". UMNO gagal meraih sokongan Cina, antaranya disebabkan tingkahlaku dan hujah PERKASA, Nasir Safar dan dua orang pengetua sekolah yang menyuruh anak muridnya balik ke China. Hujah sedemikian memberi gambaran bahawa UMNO masih berjinak-jinak dengan politik talam dua muka, malah masih terbawa-bawa dengan ideologi politik perkauman.

Namun punca sebenar Lim Guan Eng kehilangan sokongan Melayu bukan disebabkan terdapatnya kakitangannya yang angkuh (meskipun ia satu hakikat), malah bukan kerana keprihatinannya terhadap Melayu yang sekadar "kosmetik".

Lihat kepada kritikan Gerakan Pulau Pinang terhadap Lim Guan Eng, bahawa beliau terlalu menyebelahi Melayu, sehingga 90% daripada projek-projek kerajaan negeri Pulau Pinang diserahkan kepada kontraktor bumiputera. Ia memperlihatkan bahawa Lim Guan Eng sememangnya diserang dari kiri dan kanan, dan bukannya cakap tak serupa bikin. Pada hakikatnya, usaha beliau seperti penubuhan "Majlis Perundingan Kontraktor Kelas F", hinggalah pemberian RM100 kepada guru Kafa sempena sambutan Maulidur Rasul - menunjukkan bahawa beliau lebih prihatina terhadap masyarakat Melayu secara keseluruhannya, berbanding Koh Tsu Koon.

Jadi, apa yang mengakibatkan kerajaan negeri Pulau Pinang asyik dituding jari? Pertikaian yang terkini adalah penerbitan risalahmyBALIKpulau, yang dituduh "lupa sejarah, hina Melayu"- jelas menunjukkan perangai mereka yang suka membesar-besarkan isu, mereka-cipta tuduhan dan menyalahkan kerajaan negeri baru atas apa yang dilakukan bekas kerajaan sebelum 8 Mac 2008.

Sesungguhnya politikus UMNO, Utusan Malaysia dan TV3 yang bisa menterbalikkan hitam dengan putih adalah punca kepada masalah, dan Parti Gerakan Pulau Pinang yang memihak kepada UMNO juga patut dipersalahkan. Persoalannya, apakah Lim Guan Eng dan kerajaan Negeri Pulau Pinang begitu sempurna, sehingga tiada ruang untuk diambil kesempatan musuhnya?

Pemimpin Melayu kurang terserlah

Perbincangan saya dengan seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat dari "generasi reformasi" baru -baru ini mencungkil satu jawapan yang counter-intuitive, berbunyi, punca Lim Guan Eng kehilangan sokongan Melayu bukan disebabkan terlalu sedikit usahanya, sebaliknya disebabkan usahanya yang terlebih!
Menurut wakil rakyat ini, Lim Guan Eng sering tampil ke depan dalam isu yang melibatkan komuniti Melayu dan Islam. Namun, ekoran daripada kesungguhan ini, pemimpin keturunan Melayu dalam kerajaan negeri Pulau Pinang seperti Mansor Othman selaku Timbalan Ketua Menteri I, dan Abdul Malik Kassim selaku EXCO, kelihatan kurang terserlah. Kononnya, daripada 20 orang pengundi Melayu, hanya seorang tahu menyebut nama Timbalan Ketua Menteri I, apatah lagi pemimpin politik Melayu (selain Anwar Ibrahim) dalam Pakatan Rakyat.

Dari segi prinsip, seseorang Ketua Menteri yang berketurunan Cina harus diberi pujian apabila berprihatin dan bertindak sendiri dalam isu Melayu dan agama Islam. Ini kerana beliau telah memburaikan mitos bahawa isu perkauman seharusnya dikendalikan wakil kaum masing-masing. Namun demikian, dalam realitinya, apakah mungkin seseorang pemimpin Islam-Melayu dipuji apabila beliau menguruskan isu komuniti Cina dan India? Sekiranya tidak, apakah pengundi Melayu-Islam yang serba salah selepas 8 Mac 2008 akan berasa lega, walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang amat prihatin terhadap Melayu, tetapi pemimpin Melayunya kelihatan kurang menonjol?
Wakil rakyat ini bertanya, mengapa pengundi Cina bencikan UMNO? Bukankah antara sebabnya, UMNO sering memperlekahkan MCA dan Gerakan yang dianggap sebagai wakil masyarakat Cina? Justeru itu, bagaimana Melayu menyukai kerajaan negeri Pulau Pinang, sekiranya mereka merasakan bahawa wakil politik mereka tidak berkuasa dalam kerajaan negeri?

Politik perkauman menuntut kaumnya berkuasa

Pada hemat saya, mentaliti komuniti Cina dalam soal "wakil kaum" ini mungkin jauh lebih fleksible berbanding Melayu. Selagi permintaan mereka disampaikan, komuniti Cina tidak begitu mementingkan sama ada wakil yang berdialog dengan Najib adalah MCA, Gerakan, Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia, atau tycoon yang enggan terdedah identitinya. Komuniti Cina tidak menuntut agar wakil mereka dalam kerajaan terikat kepada seseorang atau kumpulan tertentu. MCA cuma mahu melanjutkan hayat politiknya apabila menyarankan pendekatan menonjolkan dirinya (high profile), namun ia bukan satu kemestian untuk mentadbir komuniti Cina. Ramai lagi ketua pertubuhan Cina yang bergelaran "Tan Sri", "Dato", dan "Doctor" akan menawarkan diri untuk menjadi wakil komuniti Cina, seandainya MCA gagal berbuat demikian.
Sebagai perbandingannya, masyarakat Melayu yang selama ini disemai dengan mesej "perpaduan kaum", menuntut bukan sahaja dasar yang memanfaatkan mereka, tetapi juga bangsa dirinya untuk berkuasa. Mentaliti ini tidak sukar untuk difahami. Katakanlah pegawai kerajaan Melayu mengubah sikapnya untuk lebih berprihatin terhadap komuniti Cina pada hari ini, apakah komuniti Cina tidak akan lagi menuntut lebih jawatan dalam kerajaan untuk disandang bangsa dirinya?

Sememangnya kesemua ini adalah sisa yang berbisa dari politik perkauman. Namun, dalam usaha kita untuk meruntuhkan tembok politik perkauman, apakah ia perwakilan kaum dan autonomi komuniti itu tidak mengandungi erti "inklusif" sama sekali?
Lim Guan Eng (gambar) seorang yang bijak, namun orang bijak ada kalanya dikelirukan kebijakan dirinya. Orang sebegini hanya mahu melakukan sesuatu, gagal melihat keperluan untuk orang lain "melakukan sesuatu", seandainya dirinya tidak melakukan sesuatu itu.

Apakah kesudahan yang paling buruk seandainya Lim Guan Eng perlu mengendalikan sendiri hal ehwal Melayu-Islam? Sahabat wakil rakyat saya itu berkata, Pakatan Rakyat sememangnya akan terus berkuasa di Pulau Pinang, namun parti pemerintah ini mungkin kehilangan kesemua wakil rakyat keturunan Melayu-nya. Seandainya demikian, maka nampaknya Lim Guan Eng sendiri terpaksa mengendalikan semua hal ehwal Islam buat masa itu.

*Wong Chin Huat ialah pengkaji politik dan kolumnis MerdekaReview. Diterjemah dan disunting oleh Tey Hwey Gek dari teks asal yang disiarkan pada 23 Februari 2011.

Blogger hebat dah hilang hebat kalau jumpa Najib... kahkahkah...

Posted: 06 Mar 2011 12:00 AM PST

Ada Blogger Hebat Jumpa Najib?

Oleh Mohd Sayuti Omar

Baru ini saya mendengar khabar tentang seorang bloger hebat akan terbang ke Australia untuk berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak dan Wanita Pertama Malaysia, Rosmah Mansor. Setakat ini belum dapat maklumat dari Australia mengenai perkhabaran itu. Tetapi saya tidak menolak kalau peristiwa itu berlaku. Amat tidak mustahil apa lagi dalam keadaan seperti hari ini, harga mulai turun!

Sebenarnya sudah lama usaha dijalankan untuk mempertemukan kedua mereka ini. Banyak masalah dapat diselesaikan terutamanya di pihak Najib dan Rosmah kalau bloger ini berjumpa dengan Najib. Setidak-tidaknya Najib dan Rosmah kehilangan satu ekor nyamuk dari mengangguk tidur mereka.

Kalaulah pertemuan ini berlaku maka akan berlakulah satu perubahan besar dalam perang yang dilancarkan ke atas Najib oleh bloger berkenaan. Apakah bloger berkenaan bertindak seperti Amerika atau para penjual senjata kepada negara yang sedang dihimpit masalah dan berangan-angan untuk berperang?

Apapun segalanya tidak dapat disahkan. Cuma apa yang boleh diperhatikan kalau muncung pena (blog) bloger berkenaan sudah berganjak haluan dalam tempoh seminggu dua ini, bermakna adalah pertemuan itu. Tentang bayaran usaha difikirkan, deal di peringkat antara bangsa tentu lebih mahal dari rundingan di The Mall atau pun Chow Kit Road.

http://msomelayu.blogspot.com/

Turunkan BN sebelum di "TURUN"kan

Posted: 05 Mar 2011 11:00 PM PST

Turunkan BN sebelum Malaysia menjadi seperti Mesir

KUALA LUMPUR: Satu forum tentang masa depan Demokrasi di Mesir berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor. Ahli Panel terdiri daripada Nora Murat dari Amnesty International Malaysia, Hishamudin Rais, Liew Chin Tong dan Dr Mujahid Yusof Rawa, serta dipengerusikan oleh Fahmi Fadel.

Forum anjuran Free Public Forum bersama Merdeka Review dan Pemuda KLSCAH itu telah menarik berbagai kaum untuk mendapat perspektif perkembangan di Mesir dalam konteks masa depan demokrasi.

Dalam ucapannya, Nora Murat menyentuh tentang pencabulan hak asasi manusia sepanjang rejim Mubarak dan melahirkan rasa kebimbangan tentang peranan tentera yang kini menjanjikan kebebasan kepada rakyat Mesir dari pemerintahan kuku besi.

Manakala Hishamudin Rais membawa susur galur sejarah kebangkitan sejak tahun 1967 hinggalah kepada kebangkitan hari ini.

Katanya, kebangkitan 25 Januari lalu adalah kesinambungan daripada usaha selama ini menentang penguasaan diktator dari zaman Sadat hinggalah ke Mubarak.

Dr Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar pula, memberikan perspektif kesan kebangkitan kepada konflik Arab-Israel di mana Amerika mempunyai kepentingan besar untuk memastikan kewujudan Israel di Timur Tengah.

Katanya, Amerika Syarikat terpaksa memikirkan semula pendekatannya selama ini dengan Mesir kerana pertukaran kepimpinan hasil revolusi rakyat akan menentukan halatuju hubungan Israel dalam konflik dengan dunia Arab.Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong pula melihat peranan Malaysia yang menurutnya minimal dalam menentukan pandangan awam dalam negara-negara Islam.

Malah PM Najib katanya, mengambil pendekatan selamat dan beliau merasa kesal dengan sikap berdiam diri ini sedangkan sebelumnya dalam isu Palestin, Malaysia telah membentuk pandangan awam negara-negara Islam dengan ketegasannya.

Dalam sesi soal jawab para peserta forum telah mengutarakan berbagai pandangan dan soalan yang bukan sahaja melibatkan soal demokrasi di Mesir tetapi juga kesan kebangkitan rakyat di Malaysia.

Dalam soal ini hampir semua ahli panel bersetuju bahawa keadaan Malaysia lebih kurang Mesir sebelum revolusi umpama keganasan polis, sekatan media dan salah guna SPR untuk kepentingan BN.

Semasa ucapan penggulungannya, Chin Tong membidas BN, sebagai parti yang terpilih paling lama menguasai politik negara dan tiba masanya dilakukan perubahan.

Manakala Nora Murat berpendapat, penguasaan yang lama akan menyebabkan salah guna kuasa.- DD

Wajib tengok, muka suci bersih yang tak pernah rasuah... kahkahkah...

Posted: 05 Mar 2011 09:48 PM PST

Mai tengok muka muka Cik Kak yang lemak berminyak nih... depa depa ni lah contoh wajah wajah suci bersih yang tak pernah telan rasuah walaupun depa berkubang sakan dalam parti bangsa Umno yang penuh dengan rasuah... kahkahkah...

Letih pun tak pa lepaih ni laki boleh urut... kahkahkah...
Demi ketuanan bangsa Melayu... kahkahkah...
Orang ataih sengeh sampai lenguh tengok kelaku lawak hangpa... kahkahkah...
Pasai depa dah kenyang menepu... kahkahkah...
Tinggal lah hangpa di bawah dok merapu... kahkahkah...

SPR yakin pelik sangat nih...

Posted: 05 Mar 2011 09:22 PM PST

PRK Kerdau: SPR Yakin Peratusan Keluar Mengundi Meningkat

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

TEMERLOH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin peratusan keluar mengundi bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau akan melebihi sasaran awal iaitu 80 peratus.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, keyakinan itu berdasarkan perkembangan terkini peratusan keluar mengundi sehingga pukul 11 pagi iaitu sebanyak 54.34 peratus atau 4,890 orang pengundi.- mStar

Jam 12: Kerdau dah 65.27 peratus mengundi

Posted: 05 Mar 2011 08:54 PM PST

DUN Kerdau: 65.27 peratus sudah keluar mengundi 

TEMERLOH: Sehingga jam 12 tengah hari seramai 5,874 pengundi atau 65.27 peratus sudah menunaikan tanggungjawab mereka bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau.

Ada yang mula rasa ANEH ni SPR oiii...

Posted: 05 Mar 2011 08:29 PM PST

Kerdau dan Merlimau catat jumlah keluar mengundi yang luarbiasa ?

Jumlah yang keluar mengundi di kedua kawasan mengundi di Kerdau dan Merlimau menunjukkan jumlah yang luar biasa sehingga jam 11.00 pagi tadi. Sehingga jam 11.00 pagi sebanyak 43 % atau 4571 orang yang keluar mengundi di Merlimau dan di Kerdau pula sebanyak 54.34 % atau 4890 orang yang keluar mengundi juga sehingga jam 11.00 pagi tadi.

Ni mesti penyokong PAS yang jahat... kahkahkah...

Posted: 05 Mar 2011 07:45 PM PST

PRK Kerdau: SPR Kesal Penyokong Cetus Provokasi

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
TEMERLOH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kesal dengan sikap penyokong parti politik yang mencetuskan provokasi hingga menyebabkan ketegangan di luar kawasan pusat mengundi.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata tindakan berkenaan dikhuatiri akan menyebabkan pengundi berasa takut untuk keluar mengundi apabila melihat ketegangan yang dicetuskan penyokong parti yang kebanyakannya adalah orang luar.

"Sudah menjadi perangai penyokong parti yang masih lagi degil dan tidak mahu mengikut arahan pihak SPR dan polis agar tidak berkumpul beramai-ramai di luar pusat mengundi.

"Tindakan provokasi dan perang mulut ini sebenarnya boleh menakut-nakutkan pengundi untuk keluar mengundi," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Ahad.

Beliau mengulas mengenai insiden pergaduhan kecil diluar pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau yang berlaku kira-kira pukul 8.55 pagi tadi.

Pergaduhan berkenaan dipercayai berlaku akibat provokasi penyokong PAS yang memasuki kawasan penyokong Barisan Nasional (BN) yang hanya dipisahkan dengan sebatang jalan.

Bagaimanapun insiden berkenaan berjaya dileraiakan oleh anggota keselamatan yang bertugas.

Kelaku pemancing undi

Posted: 05 Mar 2011 07:40 PM PST


Betoi ka apa yang hangpa tulih tu... haha... (sumber)

Kerdau dah 36.25 % mengundi

Posted: 05 Mar 2011 07:31 PM PST

Kerdau: 36.25 peratus keluar mengundi selepas dua jam

TEMERLOH: Seramai 3,262 pengundi atau 36.25 peratus keluar mengundi untuk pilihan raya kecil DUN Kerdau sehingga 10 pagi tadi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Datuk Tarif
Abdul Rahman, berkata SPR jumlah keluar mengundi bagi pilihan raya kecil itu melebihi adalah 80 peratus.

Awat yang keras lama sangat bang, tak lenguh ka...

Posted: 05 Mar 2011 07:26 PM PST

Calon Barisan Nasional (BN) DUN Merlimau, Roslan Ahmad, 44, membuang undi di SK Merlimau (I), Merlimau, pagi tadi. - Foto Izhari Ariffin

Memang undi sekali, berapa kali hang mau... kahkahkah...

Posted: 05 Mar 2011 06:51 PM PST

CALON Barisan Nasional (BN) DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, membuang undi di SK Kuala Tekal, pagi tadi. - Foto Mohd Fadli Hamzah

Biasa la, demokrasi cara Umno... kahkahkah...

Posted: 05 Mar 2011 06:17 PM PST

Yuhaizad Abdullah terima sms daripada Geng Jebat Dehaka

Perkhidmatan pesanan ringkas (sms) berbaur ugutan tersebar di sekitar kawasan Merlimau, memberi amaran supaya pengundi tidak menghadiri ceramah politik yang dianjurkan Pakatan Rakyat. Calon PAS-PR, Yuhaizad Abdullah (gambar bawah, tengah) bersama empat orang ahli PAS, menerima sms sedemikian pada petang semalam.

"Geng jebat derhaka akan terus mengganas di ceramah-ceramah PR yang menjadi pentas memecah belahkan Melayu. Sekiranya anda mahu kejadian pecah kenderaan di chinchin dan Jalan Pahlawan berulang, hadirla ke ceramah2 PR pd mlm ini dan seterusnya. awas keselamatan kenderaan anda tidak dijamin," demikianlah kandungan sms yang diterima oleh Setiausaha PAS Melaka, Harun Mohamad, daripada nombor telefon 0124496241.

Dalam laporan polisnya, Harun Mohamad mendakwa dirinya menerima sms ini pada jam 7.20 petang 3 Mac, ketika beliau berada di bilik gerakan PAS Merlimau. Beliau percaya bahawa sms ini datang daripada pihak UMNO, kerana beliau juga menerima satu sms daripada nombor tersebut, sebelum ini, berbunyi, "TPM bayau makan minumnya di chinchin supaya halal dan dia x amik kesempatan bukan macam nik aziz...naik haji pun nak free..nak org sponsor..itu rasuah namanya dan tak ikut sunnah nabi..sah ke hajinya?"

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyanggah kenyataan Ketua Polis Melaka bahawa tuduhan pemimpin PR diserang tidak berasas, menekankan bahawa sms berbaur ugutan itu dihantar melalui nombor telefon tertentu, dan polis harus menyiasat dalam hal ini. Dalam satu sidang media tadi, Salahuddin Ayub berkata dirinya mengesyaki bahawa Geng jebat derhaka dilindungi, malah diupah oleh pihak tertentu.

Shamsul Iskandar: Kereta Anwar diserang

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar telah membuat laporan polis pada 12.30 tengah hari ini, bahawa kereta Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim diserang pada 2 Mac ketika beredar selepas ceramah di Jalan Pahlawan.
Menurut Shamsul Iskandar (gambar, kiri), kereta Anwar melalui Jalan Merlimau/Batu Gajah, di mana terletaknya beberapa bilik gerakan UMNO-BN. Kereta Anwar telah diserang dengan benda-benda yang keras, sehingga kemek pada bahagian depan kereta. Kereta yang menyusul di belakang kereta Anwar pula dipecahkan kaca belakangnya, dan kemek pada bahagian pintu kanan.

*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting daripada teks asal.

Bahayanya jalanraya kita...

Posted: 05 Mar 2011 05:16 PM PST

Seorang pemandu lori simen maut apabila kenderaannya merempuh dua kereta dan sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Bukit Anggerik, Cheras, Kuala Lumpur, Sabtu. - Foto THE STAR Oleh AZHAR MAHFOF

Umno ngan fitnah bagai aur dengan tebing... kahkahkah...

Posted: 05 Mar 2011 05:00 PM PST

Terbukti, Pemimpin Umno pereka fitnah no:1, media pro-Umno pulak penyebar fitnah no:1. Sampai dah tak tau dosa pahala, tak takut dah api neraka Allah Taala....

Para pemimpin dan media Umno terbukti berbohong ketika mereka memfitnah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membeli tanah peneroka Felda kerana ianya sebenarnya dibeli oleh pihak lain.

(Gambar: Ibrahim menunjukkan bukti tanah itu adalah milik syarikatnya. Ia dicagarkan beliau untuk pinjaman MARA)

Ia sebenarnya dibeli oleh Ibrahim bin Osman, seorang guru yang hanya meminjam duit dari Tuan Ibrahim dan kini tanah itu dicagarkan oleh Ibrahim kepada MARA untuk satu pinjaman lain.

"Sebenarnya apa yang berlaku adalah, seorang peneroka Felda telah mengiklan di merata-rata tempat mahu menjual tanahnya. Beliau juga telah menemui saya dan meminta saya membelinya.

"Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya. Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya bersetuju menggunakan nama isteri beliau sementara saya menjelaskan kesemua pinjaman itu.

"Apabila saya mempunyai duit, saya telah mengambilalih tanah itu dan menggunakannya untuk dicagarkannya kepada pihak MARA atas nama syarikat saya, Syarikat Pintar Kesuma Sdn Bhd (gambar)," kata Ibrahim dalam sidang media khas di Markas PAS Kerdau lewat petang ini.

Ibrahim menjelaskan fitnah yang dibuat Umno dan medianya terhadap Pengarah Pilihan Raya PAS Kerdau Datuk Tuan Ibrahim dengan mendakwa beliau membeli tanah peneroka Felda yang dalam kesempitan bukannya membantu beliau.
(Gambar: Bukti yang menunjukkan tanah itu adalah milik syarikat Cikgu Ibrahim, Pintar Kesuma sdn bhd. Ini adalah borang permohonan cagaran tanah kepada MARA)

Blog Umno juga ada mendakwa Tuan Ibrahim sebagai lintah darat ekoran laporan itu.

"Saya sangat dukacita dengan tuduhan itu kerana hasrat beliau untuk membantu saya dan peneroka berkenaan telah bertukar menjadi satu fitnah terhadap beliau.

"Hasil dari jualan tanah Felda tersebut, peneroka berkenaan telah berjaya membangunkan 15 ekar ladang sawit dan juga ternakan kambing dan lembu, bukannya menjadi dhaif sebagaimana didakwa," kata Ibrahim Osman.

Oleh itu, katanya, soal Datuk Tuan Ibrahim membeli tanah Felda sehingga menganiaya peneroka Felda tidak berbangkit sama sekali dan satu dakwaan dan tuduhan yang tidak benar.

Tuan Ibrahim dalam sidang media itu berkata, beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan isu ini dan hanya membantu meminjamkan wang kepada Ibrahim sahaja.

"Media dan Umno hanya cuba mengalih isu sebenar di Kerdau iaitu masalah hutang kerajaan negeri dengan membangkitkan perkara yang tidak benar ini," kata Tuan Ibrahim.- Sumber: PASPB

Fitnah Umno terkantoi... kahkahkah...

Posted: 05 Mar 2011 04:32 PM PST

Akhirnya terungkai siapakah dalang penyebaran risalah lucah dan fitnah yang selama ini bertebaran di Merlimau. Akhirnya Skuad Kamera dapat menjejaki dihari terakhir penamaan calon mengenai taktik kotor pihak lawan.

Penyebaran risalah lucah dan fitnah telah dinafikan oleh pihak lawan dan mengatakan bahawa pihak PAS yang membuat risalah tersebut dan menuduh bahawa sebaran ini adalah dari pihak PAS. Maka segala-galanya telah terbukti dengan adanya gambar di atas.

Lokasi tersebut adalah berdekatan dengan pekan Merlimau berhampiran dengan pasar Merlimau. Keadaan itu menjelaskan bahawa pihak lawan sudah berada di tahap kemuncak dan tidak lagi mampu mencari isu yang berkaitan fakta maka disebrkan fitnah tersebut.- Sumber: GB

Tahniah untuk Skuad Kamera.... kahkahkah

Kahkahkah... budak budak pun tau...

Posted: 05 Mar 2011 04:00 PM PST

Kahkahkah... budak budak pun tau...
Kahkahkah... budak budak pun takut nak dekat...
Kahkahkah... budak budak pun dah mula kenal warna depa...

Tiada ulasan: