Khamis, 3 Mac 2011

shalehudin

shalehudin


Hanya yang bangang boleh jadi ahli bangsa Umno

Posted: 03 Mar 2011 09:00 AM PST

Mudahnya PM kita ditipu!

Oleh DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Menerajui sebuah kerajaan yang adil serta mengamalkan tatakelola yang baik adalah janji Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia. PRU13 adalah peluang terbaik dan nampaknya semakin hampir. Ini digambarkan dengan jelas apabila kerajaan mengambil keputusan mendakwa bekas menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy atas tuduhan menipu mantan Perdana Menteri.

Senario terbaru ini telah menimbulkan persoalan mendalam. Betapa mudahnya mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ditipu dalam skandal PKFZ ini.

Malah isu penipuan ini bukan sahaja kepada Perdana Menteri tetapi barisan kabinet pada zaman Tun Dr Mahathir. Kebanyakan dari mereka yang 'tertipu' masih berkuasa termasuk Perdana Menteri dan Timbalannya hari ini.

Mana mungkin kita membiarkan gerombolan pemimpin cuai yang memberikerugian RM12 bilion kepada rakyat ini menerajui negera. Apa jaminan yang mereka tidak akan melakukan perkara yang sama sedangkan hari ini masih begitu angkuh mengunjurkan pembinaan bangunan 100 tingkat dan lorong pejalan kaki dengan kos tidak di terima akal.

Justeru, rakyat harus bangkit menolak pemimpin cuai dan berkepentingan ini. Sistem pentadbiran yang mengenepikan kepedulian rakyat dan tatakelola yang baik harus ditamatkan.

Tanggungjawab kita semua untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dimiskinkan yang akhirnya membawa kebankrapan.

Bila la BN ni nak jadi anak jantan... kahkahkah...

Posted: 03 Mar 2011 05:55 AM PST

BN dan rasuah dah tak dapat nak dipisahkan lagi. Dimana ada BN, disitulah kita dapat lihat salah guna kuasa dan rasuah bermaharajalela.

Jadi tak heranlah kita sekiranya penyelewengan pihak BN mengiringi sepanjang kempen PRK Dun Merlimau dan Kerdau. Tak pepasal basikal dihadiahkan pada murid murid sekolah dalam usaha memancing undi ibu bapa pelajar terbabit. Janji janji pilihanraya bertimbun timbun atas dasar pembangunan. Serupa lah pembangunan tu BN saja yang boleh bagi. Serupa lah pembangunan tu hanya layak diberi pada rakyat semasa adanya PRK saja di Malaysia nih. Tempat tempat yang tak dak PRK, berputih mata.

Bangang, otomatik hilang kelayakan memimpin

Posted: 03 Mar 2011 05:30 AM PST

Rakyat berhak memilih pemimpin yang bijak untuk memimpin... rakyat perlu diberi hak yang luas untuk meletakkan pemimpin yang dihormati mereka ditempat yang sepatutnya. Demokrasi Malaysia perlu lebih luas bagi membolehkan semua rakyat memilih pemimpin utama negara, bukan saja ahli ahli Umno yang jelas bangangnya tu.

Sebab, orang bangang akan pilih pemimpin bangang untuk memimpin. Nak tunggu pemimpin sedar diri yang depa tu bangang, kirim salam laa...

Ketiga tiga pemimpin bangsa Umno diatas telah terbukti kena kencing dengan orang orang kepercayaan disekeliling mereka... mereka tak layak pun untuk digelar sebagai pemimpin melainkan hanya bagi bangsa yang bebal dan bangang...

Kalau Anwar kena camni, orang biasa lagi teruk laa...

Posted: 03 Mar 2011 02:50 AM PST

Anwar tampil sebagai saksi pertama hari ini berkata pada 16 Julai kira-kira jam 1 petang, beliau yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut terlihat sebuah kenderaan dengan kira-kira 10 hingga 15 anggota UTK yang bersenjata memintas keretanya.

Polis berkata ini adalah arahan untuk menangkap Datuk Seri Anwar walaupun Anwar telah menjelaskan mahu berjumpa dengan Jude (Pereira) pada jam 2 petang dan telahpun memaklumkan kepada pegawai yang menahannya.

Anwar juga berkata kenyataannya dirakamkan sekitar jam 2.30 petang hingga 5.30 petang dan selepas itu sekali lagi diarahkan ke bilik mesyuarat. Anwar telah dibawa ke HKL (Hospital Kuala Lumpur) dan tiba selepas jam 8 malam pada 16 Julai 2008. Anwar berkata kemudiannya dua doktor memeriksa zakar dan duburnya.

"Ini amat memalukan." Anwar mengeluh

Anwar juga mendakwa Superintendent Yahya Abdul Rahman kemudian membekalkannya dengan air minuman berbotol, tuala, berus gigi, ubat gigi dan sabun.

Menceritakan keadaan di lokap itu, Anwar berkata geriji besi terdapat di keempat-empat sudut. Beliau beliau merayu kepada anggota polis untuk menyediakan tempat tidur kerana keadaan tulang belakangnya yang sakit tidak tahan tidur di lantai simen.

"Saya tidak jangkakan layan VIP tetapi keadaan agak buruk manakala tandas pula tidak bersih." kata Anwar lagi. - Malaysiakini

Kantung kering kontang... kahkahkah...

Posted: 02 Mar 2011 11:58 PM PST

Duit dah banyak bertaburan, ya laa... setiap kali adanya PRK... beratus juta ringgit ditabur semata mata untuk membeli dan memberi gula gula dan kini tibalah masanya untuk kantung yang kering kontang diisi semula.... kahkahkah...

Tak kira apa saja caranya, asalkan kantung yang kering diisi dengan fulus. Fulus yang banyak, lagi banyak yang boleh dibeli... Kesiankan.... nampak sangat kerajaan UBN dah terdesak, hanya mengharapkan duit rakyat hasil mahsul dari saman Polis terhadap rakyat marhaen saja untuk mengisi kantungnya yang semakin kontang.

Walaupun kantong dah kering kontang tapi geng geng pekak badak ni masih boleh ranggi menabur janji pembangunan atau rasuah politik demi untuk memancing undi dan mempertahankan kuasa. Walaupun dah pokai, rakyat mesti digula gulakan agar ramai yang terpedaya bahawa kita masih kaya dan berupaya... kahkahkah....

Saman yang dikutip kelihatannya masih belum mencukupi untuk menyara sang penguasa yang biasa berbelanja mewah. Walaupun tarikh tutup telah di war warkan, masih ramai rakyat yang merasa jijik untuk tolong menderma... kahkahkah....

Maka, tanpa malu malu... sang penguasa mengumumkan diskaun saman masih ditawarkan sampai 10 Mac ini. Sekaligus menyerlahkan pada kita bahawa wang hasil mahsul dari saman terhadap rakyat marhaen yang telah dikutip setakat ini masih jauh dari mencukupi... kahkahkah....

Nampak sangat macam UBN merayu rayu kali ini supaya saman yang tertunggak dijelaskan segera untuk penuhkan kantung kering kontang mereka... kahkahkah...

Sapa tunggang sapa... kahkahkah...

Posted: 02 Mar 2011 07:16 PM PST

Depa kata PAS jadi tunggangan PKR dalam memenuhi tuntutan nafsu Anwar Ibrahim... kahkahkah... tapi sampai la ni depa tak boleh nak tunjuk bukti.

Depa kata PAS jadi tunggangan DAP dalam memenuhi tuntutan kaum Cina di Malaysia... kahkahkah... tapi sampai sekarang belum jelas sokongan Melayu berkurangan terhadap PAS.

Tapi kini jelas, sapa yang tunggang siapa... kahkahkah...

Terbongkarnya kisah Piem Piem Melayu Malaysia ditipu MCA telah mengukuhkan lagi bukti bahawa Umno lah hakikatnya adalah boneka dan kuda tunggangan MCA... kahkahkah...

Yang menipu, cerdik dan yang kena tipu, bodoh... kahakahkah...

Mana dia PEKIDA... kahkahkah...
Mana dia PERKASA... kahkahkah...
Mana dia PEWARIS... kahkahkah...
Habis dah kena kencing manis kah... kahkahkah...

Bolehka macam ni...?

Posted: 02 Mar 2011 05:58 PM PST

Boleh ka macam ni...?

Ada ka sesapa dari pihak boleh jawab? Atau hanya calon BN saja yang boleh naik motor bawak bini tak pakai helmet? Calon BN bagi Merlimau Roslan Ahmad menunggang santai membawa isterinya Zalifah Omar mengelilingi Kampung Chin Chin kelmarin. Ahad ni merupakan hari mengundi di DUN Merlimau serentak dengan Kerdau di Pahang. — Bernama

Tiada ulasan: