Senyum Tangis Sendu |
- Mufti Perak Benci UMNO
- Video: Nenek Cerdik, Raja Nong Chik Bodoh
- Belum Cukup 2 Tahun, Kos Selenggara Kapal Selam RM50juta
Posted: 30 Mar 2011 06:41 PM PDT Klik imej untuk pembesaran Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 lalu telah memperakukan supaya tarian atau senama poco-poco diharamkan. Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian. "Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan," kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu suratnya. Surat fatwa Mufti Perak itu dihantar kepada Pengerusi Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking (PKIMB) Perak. Sebelum ini media sentiasa sahaja menyiarkan aktiviti Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang sering melakukan senaman poco-poco ini khasnya di tempat awam. Bahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga pernah melakukan senaman ini di atas pentas bersama isteri dan pembesar negara yang lain. P/s: Kak Mah dengan Abang Jib lepas ini tidak boleh berpoco-poco la. Bertaubatlah Kak Mah dengan Abang Jib. Kubur sudah bersedia untuk memuatkan jasadmu walau kamu tidak menyukainya dan kematian itu akan datang menjemput walau kamu tidak mengundangnya. |
Video: Nenek Cerdik, Raja Nong Chik Bodoh Posted: 30 Mar 2011 05:35 PM PDT Siapa yang cerdik dan siapa yang bodoh. Siapa tahu politik siapa dan siapa dungu politik. Pemimpin UMNO/BN tolong faham masalah rakyat. Jangan asyik dungu setiap masa. Sepatutnya Zul Nordin kena tahu apa yang diperkatakan oleh nenek ini. Nenek ini tahu apa itu penindasan cuma orang UMNO sahaja yang bodoh. Nenek ini pun orang Melayu tapi dia tahu UMNO itu bukan parti Melayu tetapi adalah untuk kroni. Bukan UMNO sahaja yang boleh membela Melayu tetapi selain UMNO boleh lakukan jika diberikan mandat. |
Belum Cukup 2 Tahun, Kos Selenggara Kapal Selam RM50juta Posted: 30 Mar 2011 04:06 PM PDT Kos penyelenggaraan dua kapal selam negara, iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak yang dikendalikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dianggarkan RM50 juta setahun. Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, kos itu meliputi perkhidmatan sokongan serta logistik kedua-dua kapal selam jenis Scorpene itu dan tidak melibatkan kos alat ganti. Menjawab soalan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pada persidangan Dewan Rakyat semalam, beliau memberitahu, kontrak penyelenggaraan kedua-dua aset strategik negara itu telah dianugerahkan dan dilaksanakan oleh syarikat usaha sama tempatan dengan pembuat Scorpene iaitu Boustead DCNS Naval Corporation Sdn. Bhd. Timbalan Menteri Pertahanan berkata, penyelenggaraan (setiap sebuah kapal selam) bernilai RM25 juta setahun |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan