Senyum Tangis Sendu |
| Tanda-tanda Pilihan Raya Umum ke-13 Bulan Julai Posted: 26 Mar 2011 08:06 PM PDT Kerajaan akan melancarkan kempen penurunan harga secara besar-besaran membabitkan 50 sektor termasuk perkhidmatan di seluruh negara mulai 15 Jun hingga 31 Ogos ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara sektor yang terlibat dalam kempen itu ialah sektor binaan, pengeluar makanan, pengilang, pengangkutan, pembekal, pemborong dan peruncit. Menurutnya, sebelum ini, kempen penurunan harga barang hanya melibatkan peruncit, peniaga makanan dan pakaian. "Langkah ini sebagai usaha menurunkan harga barangan dan perkhidmatan untuk tidak membebankan pengguna," katanya. Ismail Sabri berkata, bagi mencapai hasrat itu, pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak yang akan terbabit dalam kempen berkenaan. p/s: Ayat tidak membebankan pengguna itu seperti baru hari ini berlaku kenaikkan harga barang. Sebelum ini kerajaan tidak pernah memikirkannya. Paling pelik, besar-besaran dan tempoh agak lama. Hehe. Pilihan raya dah nak dekat ke bro Ismail Sabri? |
| Posted: 26 Mar 2011 07:03 PM PDT Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia. Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan. Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini. |
| You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan