Senyum Tangis Sendu |
- Patutlah Zul Nordin, Ummi Hafilda Beriya-iya Sangat
- Polis dan UMNO Perancang Video Seks
- Kantoi Video, Kes Fitnah Dihidupkan Semula
- Wanita Bogel Di Cerun Bukit
| Patutlah Zul Nordin, Ummi Hafilda Beriya-iya Sangat Posted: 23 Mar 2011 08:36 PM PDT Berus gigi Tuala good morning Botol mineral kaktus Usaha pihak pendakwa memasukkan tuala kecil `Good Morning', berus gigi dan botol minuman plastik jenama Cactus serta hasil analisis asid deoksiribonukleik (DNA) sebagai bukti rasmi dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terbantut. Ia adalah ekoran hari ini peguam bela utama, Karpal Singh mengemukakan permohonan semakan terhadap keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah, semalam. Karpal menuntut agar permohonan semakan itu didengar terlebih dahulu sebelum Ahli Kimia, Nor Aidora Saedon dan Pakar Forensik, Amidon Anan dipanggil untuk mengemukakan barang-barang tersebut secara rasmi. Semalam, hakim yang sama memutuskan bahawa barang-barang dan hasil ujian DNA yang dipertikai sebelum ini diterima masuk sebagai bukti. p/s: Patutlah Zulkifli Nordin dengan Ummi Hafilda beriya-iya sangat meminta Anwar serah DNA. Rupanya DNA itu mahu disapu pada tuala goog morning, berus gigi dan botol mineral kaktus. Rupa-rupanya ketiga-ketiga barang itu baru ditambah dalam skrip maka tiada DNA lagi. Jadi, untuk menjadikan DNA itu benar-bnar wujud, maka disuruh Anwar serah DNA. Kita minta Zulkifli Nordin dengan Ummi Hafilda sapu DNA masing-masing pada botol, berus gigi dan tuala itu. Nanti kita boleh rekasatu cerita lagi selepas ini dengan tajuk "Botolku Kita Kongsi Tualamu" |
| Polis dan UMNO Perancang Video Seks Posted: 23 Mar 2011 06:28 PM PDT Berikut beberapa fakta yang disebut oleh Saifuddin Mengenai Kes Liwat Fitnah 11 1.Saiful jumpa pegawai polis Rodwan Mohd Yusuf di sebuah hotel sehari sebelum membuat laporan polis DNA Anwar ini bukan benda baru. Saiful pada 27 Jun 2008 jumpa pegawai polis bernama Rodwan biras YB Satim Diman, ADUN Umno di Serdang". "Siapa Rodwan ini? Dalam Peristiwa 98, dialah yang seksa Munawar Anis dan Sukma Dermawan. Pada 27 Jun 2008 dia jumpa Saiful. Ini disahkan Jude Pereira (pegawai penyiasat kes liwat fitnah 11) Bila Karpal tanya, kenapa jumpa Rodwan? Jude kata untuk mendapat nasihat. Mendapat nasihat!!! Rodwan ini terkenal tahun 1998. Dia curi sampel darah Anwar di hospital Kuala Lumpur. Dia polis tapi mencuri" "Sekarang kamu bawa ke Mahkamah, kamu plot beberapa graf. Ini menunjukkan kehadiran lebih dari 3 orang, Betul? Betul. Boleh jadi 10 orang? Betul? Betul. Kalau ada 10 orang DNA pada dubur Saiful, "kenapa kamu cuma berminat dengan lelaki Y?" tanya Karpal Singh kepada Dr.Siah pakar kimia. Jawab Dr.Siah, "Yang arif, polis cuma suruh saya tanda lelaki Y". Karpal Singh tanya, "Ini lelaki X, lelaki M? Itu polis tak suruh tanda, cuma lelaki Y" 2.Polis Tidak Berminat Keterangan Saksi (Hasnuddin adalah pemilik kondominium bersebelahan unit di mana Saiful mendakwa beliau kononnya diliwat) "Dia (polis) soal siasat Hasanudin dan isterinya Kak Sham. Polis bila Saiful buat aduan, dia serbu kondominum, ambil semua contoh, gunting karpet sana sini semua. Lepas itu, pergi soal siasat suami isteri ini. Satu soalan saja polis tanya, "Sepanjang Anwar ada dalam bilik bersama tuan rumah ini, ada tak Anwar keluar sekejap dari bilik itu?" suami isteri itu kata "Tak ada, Anwar ada bersama kami". Polis tanya lagi, "cuba ingat balik, diantara pukul 3 petang ke 5 petang, 26 Jun 2008, ada tidak Anwar keluar dari bilik ini?". Suami isteri kata, "Tak ada". Akhirnya, suami isteri itu sebut, bilik itu ada cctv, tengok lah Anwar keluar ke tak. Polis kata cctv itu tolak ke tepi dulu, kami nak tanya kamu dulu. 36 jam suami isteri ini ditanya oleh polis soalan yang sama" "Oleh kerana suami isteri ini tak beri kenyataan seperti yang mereka hendak, maka tak dipanggil menjadi saksi, kerana kalau jadi saksi, ditanya soalan sama, mereka akan kata "Yang Arif, ya Anwar ada bersama kami". sedangkan tuduhan ke atas Anwar ialah 3.01 minit hingga 4.30 petang kamu telah meliwat saiful. masa bila dia liwat sedangkan suami isteri dan tamu lain pun ada dengan Anwar." Mengenai Fitnah video seks lucah didalangi anasir dalam Umno: 1. "Kejam dan zalim mereka tak habis lagi, tak puas lagi, dia reka satu lagi. Ketua-ketua pengarang media dibawa ke Carcosa seri negara, hotel mewah ditayang, tapi tak beri tahu nama. Datuk T lah, Datuk itu. suspen. Hari ini Anwar buat laporan polis. dia (datuk T) kata tak mau serah pulak video pada polis, Polis pula boleh buat relaks. Hari ini wartawan tanya pada Nazri Aziz, macamana tayangan video lucah di hotel? Nazri jawab "Kalau niat dia tayang baik tak apa". Boleh macam tu?" 2. "Rekod di tangan kita jelas. Ini membabitkan pemimpin tertinggi Umno, Itu sangat jelas. sangat jelas. "Sampai kawan-kawan yang dipertonton video itu pun sebut, bukan saja kita. Padahal kawan-kawan yang dipertonton itu pun musuh kita dah. Ada seorang pemimpin tinggi surat khabar kumpulan NST yang pergi tengok, dia itu memang terkenal musuh Anwar daripada 12 tahun. Lepas dia tengok (dia kata), "ya betul I musuh Anwar, tapi kalau setakat tengok itu dia kata, perut boroi itu bukan perut Anwar" 3. "Dia nak alih Sarawak. Sarawak orang cakap pasal pilihanraya ni apa pun boleh jadi. Taib Mahmud yang rasuah, timbunan kekayaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tak pernah siasat, Najib tak nak buang Taib. Rakyat marah, Iban, Dayak, Melayu, Melanau, semua tengah marah, sekarang tunggu nak panggkah saja nak buang. Dia reka (isu video lucah) ini supaya kita kelam kabut menyelesaikan isu ini, itu saja tujuan" Sumber |
| Kantoi Video, Kes Fitnah Dihidupkan Semula Posted: 23 Mar 2011 05:30 PM PDT Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa menerima hakikat nasib tidak menyebelahinya apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam memutuskan untuk menerima tiga barang kes sebagai bukti dalam perbicaraan kes liwat membabitkan dirinya. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menerima tiga barang tersebut iaitu sebatang berus gigi, sehelai tuala Good Morning dan sebotol air mineral kosong jenama 'Cactus' selepas mendapati penahanan Anwar pada 16 Julai 2008 adalah sah dan mengikut undang-undang. Mahkamah Malaysia memangdah jadi hiruk-pikuk dengan undang-undang kartunnya. Sebelum kes ini hampir dimenangi oleh Anwar kerana pihak lawan tahu bahawa mereka tidak boleh bertahan dengan kes fitnah ini maka video seks menjadi "backup". Setelah video seks kantoi dan tidak sampai seminggu selepas pendedahan, maka Datuk T (UMNO, Perkasa dan Ahli Perniagaan) telah membuat kenyataan media kecuali wakil Perkasa. Belum sempat video itu tersebar, kedengaran dari mahkamah bahawa bahan bukti yang sebelum ini tidak boleh diterima sebagai kes tiba-tiba bertukar boleh diterima. Macam cerita kartun Flintone zaman batu Mahkamah Malaysia hari ini. Macam Chipmore pun ada. Sekejap ada sekejap tidak ada. Tahniah kepada sistem perundangan Malaysia. Teringat cerita hindin lakonan Shah Rukh Khan dan Juhi Chawla. Filem itu sama seperti apa yang berlaku di Malaysia dan sebab itulah filem ini tidak lulus tayangan di Malaysia. Filem tersebut ialah Phir Bhi Dil Hai Hindustani. Kita flashback dengar lagu ini. |
| Posted: 23 Mar 2011 04:28 PM PDT SEORANG anggota penyelamat mendekati seorang wanita yang berada dalam keadaan bogel di tepi cerum sebuah bukit di San Diego kelmarin Seorang wanita yang berada dalam keadaan bogel diselamatkan oleh anggota-anggota penyelamat selepas dia terperangkap di tepi cerun setinggi 137 meter dari permukaan laut di sini, lapor sebuah akhbar semalam. Wanita tersebut yang identitinya tidak didedahkan tidak mengalami sebarang kecederaan semasa dia diselamatkan dalam operasi selama 30 minit kelmarin. Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat dari San Diego, Maurice Luque, ramai yang pernah terperangkap di cerun itu sebelum ini selepas mereka mendaki. Jelasnya, wanita itu tidak ditahan selepas dia diselamatkan. Pihak berkuasa sebaliknya masih belum mendapat gambaran jelas bagaimana wanita tersebut boleh berada dalam keadaan bogel dan terperangkap di cerun tersebut. Sumber: Agensi |
| You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan