Senyum Tangis Sendu |
- Perut Anwar Jadi Buncit Melakukan Seks Dihotel
- Inikah Datuk T Yang Tayang Video Seks
- Bila Tiba Pilihan Raya, UMNO Memilih Tema Seks dan Fitnah
- UMNO Semakin Gila Seks
- Ajal Di Warung
Perut Anwar Jadi Buncit Melakukan Seks Dihotel Posted: 21 Mar 2011 07:09 AM PDT Aduhai UMNO, apa yang kamu buat filem ni? Belum "Box-Office" telah ditarik tayangannya. Kasihan betul pada pengarah filem dan skop produksinya iaitu UMNGOK Production. Mesti pawagam tidak dapat menayangkan filem seks kategori 18SX untuk tontonan 18 tahun ke atas. Kecewa dan hampa semua pelakon dalam filem terbitan UMNGOK Production apabila mengetahui bahawa filem itu tidak cukup menarik kerana menampilkan pelakon lelaki yang buncit dan tidak mengikut jalan cerita yang sebenar serta plot cerita banyak ditokok tambah. Apa pula filem yang bakal direka untuk masyarakat Malaysia selepas filem seks ini gagal sebelum ditayang kepada umum? Memang penerbit filem ini bodoh kerana memberi tempoh seminggu untuk ahli politik itu untuk menarik diri dari arena politik bersama isterinya. Memang tidak bijak betul pengarah yang membikin filem ini kerana memutar belitkan jalan cerita serta tarikh 21 Februari 2011 yang mana pada tarikh tersebut ahli politik itu bersama keluarga dan bukannya di hotel seperti dalam filem seks tersebut. Kemugkinan pelakon tersebut buat adegan seks sambil melayan facebook dan twitter. Pelik betul jalan cerita yang dibikin oleh UMNO ini. Boleh main sambil layan facebook dan twitter. Selepas ini UMNO boleh buat filem seks sambil jemur seluar dalam. |
Inikah Datuk T Yang Tayang Video Seks Posted: 21 Mar 2011 01:47 AM PDT Masih tercari-cari siapakah Datuk T dalam misteri penyebaran video seks terbaru yang dikeluarkan oleh UMNGOK Production? Datuk T tersebut mungkin dari ahli parlimen yang terletak disebelah utara juga. Mugkin Perak, Pulau Pinang atau Perlis dan mungkin juga dari Terengganu sebab namanya Datuk T. Paling pelik, pembikinan video seks ini dilakukan dengan memanggil jurugambar dan wartawan kanan serta editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya. Kenapa sampai berperingkat tontonan dilakukan sedangkan bukan sampai 100 orang yang menonton? Kumpulan kedua adalah media yang neutral berbanding kumpulan yang pertama lebih kepada pro-BN. Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama. Misteri pula menyelubungi tatkala video itu ditayangkan. Jika benar itu video seks pemimpin pembangkang, mengapa tidak diserah sahaja kepada polis untuk membuat siasatan tetapi media yang diutamakan. Adakah jika melaporkan kepada polis, DNA video tersebut akan hilang. Bodohnya Datuk T tersebut. Datuk T ini berbangsa Melayu dari UMNO, mungkin. Kegilaaan UMNO dalam video seks tidak perlu diperkatakan lagi. Tunggu sahaja mereka memuat naik ke Youtube sebagai mana mereka bikin cerita sebelum ini dalam kereta api. Kali ini lokasi filem seks adalah di sebuah hotel. Apakah filem bakal dibikin oleh mereka untuk mendapat kutipan "Box-Office" selepas melalui kelulusan dari penerbit mereka? Di manakah lokasi filem terbaru mereka yang bertajuk "PRU-13: Medan Seks Ahli Politik" |
Bila Tiba Pilihan Raya, UMNO Memilih Tema Seks dan Fitnah Posted: 20 Mar 2011 11:21 PM PDT Dulu, kini dan selamanya seks. Begitulah tema pilihan UMNO/BN setiap kali menjelang pilihan raya sama ada Pilihan Raya Kecil ataupun Pilihan Raya Negeri Sarawak yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Mereka seperti sudah dirasuk hantu dan jembalang seks keran tidak mempunyai idea yang bijak seperti Pakatan Rakyat. Sebelum ini dibeberapa Pilihan Raya Kecil, UMNO/BN banyak menggunakan kaedah seks dan fitnah dalam kempen mereka. sebagai contoh di Merlimau seperti yang dilaporkan dari blogini dan juga penyebaran fitnah seperti yang didedahkan oleh blog ini. Hari ini tersebar pula video klip selama 10 minit yang kononnya pemimpin pembangkang terlibat adegan seks. Memang banyak betul UMNO/BN punya video seks. Adakah mereka ini kaki skodeng pelacur dan menjadikan video palsu ini sebagai tulen? Media UMNO/BN telah dipanggil untuk melihat video seks ini di sebuah hotel di Kula Lumpur seperti dilaporkan dalam blog ini. UMNO/BN boleh meletakkan tema akan datang atau slogan mereka dengan nama 1Seks, 1Rumah. |
Posted: 20 Mar 2011 08:18 PM PDT Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) berhubung perbicaraan tuduhan kes liwat yang dihadapinya kerana bimbang, DNA yang diserahkan itu sebaliknya akan dijadikan perangkap oleh pihak tertentu untuk menganiaya Anwar. Setakat ini, tidak ada alasan kukuh mengapa Datuk Seri Anwar perlu serahkan sampel DNA sebagaimana tuntutan oleh pihak tertentu supaya beliau berbuat demikian. UMNO/BN semakin gila dan terdesak sehinggakan menggunakan "pelacur" dalam kempen mereka meraih undi. Dua hari lepas, Perdana Menteri mengajak Timbalan Perdana Menteri menyerahkan seberapa banyak bulu dan DNA untuk dianalisis dan mengumumkan bahawa mereka sanggup menyerahkan DNA mereka ketika berucap di Sarawak. Memang sah pemimpin UMNO gila seks. Patutlah kadar anak tidak sah taraf di Malaysia meningkat, rupanya pemimpin UMNO/BN memang terkenal dengan seks serta gangguan seksual. Itu sebab mereka menolak Islam secar habis-habisan sehingga sanggup memalukan diri dengan seks. |
Posted: 20 Mar 2011 07:28 PM PDT SEORANG kanak-kanak Azuan Azizan menunjukkan lokasi Limah dan Aminah tercampak selepas dirempuh sebuah kereta di Kampung Gaung, Pasir Mas Seorang suami hanya mampu mengalirkan air mata selepas tidak sanggup melihat keadaan jenazah isterinya yang menemui ajal dalam keadaan mengerikan selepas dirempuh sebuah kereta semalam. Limah Yusof, 74, ditemui mati dengan kedua-dua kaki dan tangannya hancur manakala kepala serta tengkoknya pula parah dalam kejadian pukul 8 pagi di Kampung Gaung, Tendong dekat sini itu. Kemalangan itu turut mengakibatkan sepupu Limah, Aminah Hassan, 58, cedera parah. Dia kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) Kota Bharu. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan