Senyum Tangis Sendu |
Kerajaan Gila Kalau Saman Ekor Diteruskan Posted: 14 Mar 2011 02:34 AM PDT Bodoh dan bangang sekiranya saman ekor terus digunakan oleh pihak kerajaan. Ini amat menyusahkan rakyat kerana yang tidak pernah kena saman tiba-tiba ada rekod saman walhal tidak pernah memandu laju seperti motor berkuasa tinggi. Sememangnya menyusahkan rakyat yang sentiasa menanggung beban yang sampai bila akan habis bebanan tersebut. Hari demi hari rakyat dijadikan katak dan disajikan kepada menteri-menteri yang rakus mengejar perencah untuk disajikan kepada drakula negara. Sebelum ini seorang guru agama yang tidak pernah menggunakan jalan raya dan memandu laju tiba-tiba disaman entah apa sebabnya. Sudahlah guru tersebut mempunyai penglihatan kabur sebelah matanya dan bagaimana boleh memecut sehingga 90 hingga 250 kuasa kuda. Seorang guru agama yang kabur mata kiri terkejut apabila menerima saman trafik atas kesalahan menunggang motosikal melebihi had laju di Km 46 Jalan Alor Setar-Butterworth, tiga tahun lalu. Abdul Wahab Tampal, 65, yang mengalami masalah kabur mata kirinya berkata, selain tidak pernah melakukan kesalahan melebihi had laju itu, dia juga tidak pernah melalui jalan tersebut selama ini. Dia yang hanya mampu menunggang motosikal tidak sampai 10 km di sekitar tempat tinggalnya di sini, hairan bagaimana dia boleh dikenakan saman menggunakan motosikal berkuasa antara 90 hingga 250 kuasa kuda. Sedangkan, kata Abdul Wahab, dia hanya mempunyai motosikal Honda berkuasa 70cc dan tidak pernah ke mana-mana dengan motosikal itu kecuali ke masjid atau ke rumah saudara berdekatan. "Saya hanya menunggang motosikal buruk berkuasa 70 cc sahaja itupun di daerah ini sahaja," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Telok Durian, Kupang dekat sini hari ini. Dalam notis saman yang diterimanya, Abdul Wahab didakwa menunggang motosikal jenis Honda bernombor Plat PEX 9314 dan melakukan kesalahan tersebut pada 10 September 2008, kira-kira pukul 7.30 pagi. |
Posted: 13 Mar 2011 10:46 PM PDT Sila klik untuk jadi ahli page ini Apakah kaitan Menteri Penerangan, Rais Yatim antara peminat dan penyokong bola sepak sehinggakan mereka ada page di Facebook diwujudkan dengan nama "Kami 100,000 Rakyat Desak Rais Yatim/RTM Siarkan Live Liga Malaysia". Para peminat dikatakan dengan sikap Menteri Penerangan yang tidak mengambil berat tentang kehendak rakyat yang mahu menonton pasukan kesayangan mereka sama ada pasukan negara atau negeri yang bertanding dalam Liga Malaysia. Daripada tinjauan di FB tersebut, jelas rasa kekecewaan dapat dilontarkan oleh peminat yang kecewa kerana perlawanan antara Malaysia dan Pakistan tidak dapat disiarkan secara langsung dan juga perlawan Liga Super antara Pahang dan Kelantan. Rais Yatim tidak pernah peka akan kehendak rakyat dan beliau seharusnya fikir panjang kerana tidak semua rakyat di Malaysia mempunyai rancangan TV berbayar seperti Astro. Mereka hanya mengharapkan ehsan dari RTM namun RTM turut menafikan hak rakyat. Bukan sahaja perlwanan bola sepak yang timbul kekecewaan malahan juga perlawanan badminton juga tidak disiarkan melibatkan Datuk Lee Chong Wei. Apakah sukan yang mahu ditayangkan di RTM kalau bukan Bola Sepak dan Badminton? 100,000 orang akan memastikan Rais Yatim tidak selesa duduk. Inikah sikap menteri yang hanya duduk, berpolitik dan menipu rakyat dan tidak ambil tahu masalah rakyat. Adakah kedua-dua sukan itu mahu diswastakan? |
Posted: 13 Mar 2011 04:57 PM PDT Sebuah kedai di wilayah Zhejiang, timur China menjual telur yang direbus dengan air kencing budak sekolah dan ia merupakan resipi tradisonal berusia ribuan tahun, lapor sebuah akhbar semalam. Chef makanan tradisonal, Lu Ming berkata, dia mahu mempromosikan semula makanan tradisional itu sehingga ke peringkat antarabangsa. "Air kencing tersebut dikumpul daripada pelajar sekolah lelaki yang berumur 10 tahun, mereka kencing di dalam sebuah tong dan kami mengambil air itu pada setiap hari. "Telur-telur itu akan direbus dalam air kencing tersebut dengan kulitnya," katanya. Menurutnya, telur tersebut berasa sedap dan berkhasiat untuk menyembuhkan demam selain meningkatkan konsentrasi serta menghilang rasa mengantuk. Sumber: Agensi |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan