Selasa, 29 Mac 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Lebih 100 aktivis anjur demo anti-sisa radioaktif

Posted: 29 Mar 2011 07:33 PM PDT

Kira-kira 100 orang berkumpul di hadapan simpang masuk ke bangunan parlimen bagi membantah pembinaan pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia di Gebeng, Kuantan.

Mereka bimbang kemungkinan penyebaran sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek bernilai RM700 juta itu beroperasi.

Sebanyak empat buah bas membawa membawa aktivis yang membantah pusat penapisan yang sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp.

Penunjuk perasaan ini tiba di persimpangan parlimen sekitar jam 9.20 pagi. Mereka kemudian mengadakan perbincangan dengan seorang pegawai polis.

NONEHasil perbincangan, seramai 10 orang dibenarkan masuk ke parlimen, manakala penyokong lain dibenarkan berbaris di sepanjang jalan tanpa menganggu lalulintas.

Mereka juga mengibarkan poster dan kain rentang yang berbunyi: "Stop Lynas", "Hentikan Lynas".
Kira-kira jam 9.40 pagi, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh keluar berbincang dengan seorang pegawai polis dan mendakwa kawasan tempat penyokong berkumpul adalah tidak selamat.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya mereka erpindah ke tempat yang lebih selamat iaitu di atas pembahagi jalan masuk menuju ke parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

Top lawyer Zaid claims pornography is documentary

Posted: 29 Mar 2011 07:24 PM PDT

Top lawyer Zaid claims pornography is documentaryZaid Ibrahim had a chance to redeem himself but he blew it.
Instead of condemning the despicable sex video which was meant to disgrace Opposition leader Anwar Ibrahim, Zaid had no reservations in telling us that he actually asked to view the video.
And if that was not shocking enough, Zaid then told us that the video is not pornography, but is actually a documentary.
Many parents would disagree that Zaid should lump a favourite like National Geographic in the same category as a man and a woman having sex in a seedy hotel room.
Perhaps Zaid thinks his credentials as a lawyer means he knows what he is talking about.
But people have been known to be wrong, and even top-notch lawyers like Zaid who once ran the nation's biggest law firm, can also make mistakes.
How could a man whom Malaysians once respected and had high principles, confuse pornography with documentary?
Read More / Baca Lagi >>

Nurul Izzah presses for probe on Dr M, A-G for power abuse

Posted: 29 Mar 2011 07:24 PM PDT

Debra Chong

KUALA LUMPUR, March 29 — As pressure piles on Datuk Seri Anwar Ibrahim over his alleged sex video scandal, his daughter pushed today for the police to investigate two of the country's most powerful men for corruption.
"I urge PDRM to investigate the four police reports lodged by Datuk Seri Anwar Ibrahim between July 9, 1999 and August 20, 1999, concerning the abuse of power by Tun Dr Mahathir Mohamad and Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail as mentioned in an open letter by Datuk Mat Zain [Ibrahim] to the Police Inspector-General yesterday," Nurul Izzah Anwar (picture) said in a statement today.
The PKR vice-president was referring to the former Kuala Lumpur CID chief who had disclosed a series of allegations implicating Dr Mahathir, who was prime minister from 1981 to 2003, and Abdul Gani, the government's top prosecutor, in a heady web involving Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, one third of the "Datuk T" trio behind the sex video.
Mat Zain had weighed in on the current controversy and said Abdul Rahim was unlikely to be charged for his role in the video due to Abdul Gani's influential position today as the A-G.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kini Diperintah Oleh Puak Munafiq, Tidak Bermoral Dan Hina

Posted: 29 Mar 2011 07:13 PM PDT

Oleh: Tok Janggut

Apabila sudah terlalu lama berkuasa, maka UMNO kini merasakan tiada siapa yang boleh menghalang segala apa yang mereka ingin lakukan. Mereka boleh memijak kepala rakyat, boleh menolak dan menghina syariat Allah, boleh merampas serta menindas rakyat bila-bila masa mereka suka. Boleh sesuka hati merompak harta Negara, boleh menangkap siapa saja yang mereka suka, boleh memfitnah malahan boleh membunuh tanpa rasa takut dan bimbang.

Ini adalah kerana semua jentera kerajaan, penguatkuasa undang-undang adalah dibawah telunjuk mereka. Dosa pahala, syurga neraka, Allah dan Rasul belakang kira.
Penyokong dan pengampu mereka samada dari kalangan akademik, peniaga malahan ahli agama boleh buat apa yang mereka suka asalkan taat dan patuh kepada penguasa gila.  Senjata yang paling ampuh yang mereka gunakan kini semata untuk mengekalkan kuasa ialah FITNAH.  Mereka sedar untuk mengekalkan kuasa secara biasa kini agak sukar kerana semua rakyat bawahan telah mula sedar dan insaf.  Selain dari itu ialah dengan mengiktiraf seramai mungkin pendatang-pendatang asing dengan memberikan kad pengenalan yang membolehkan mereka itu menjadi pengundi dengan syarat mengundi lambing dacing, jika tidak akan diambil tindakan undang-undang atas tuduhan masuk secara haram atau akan dihantar pulang ke Negara asal atau akan dipenjarakan.
Read More / Baca Lagi >>

10 Benda Menakjubkan Mengenai Politik Malaysia

Posted: 29 Mar 2011 07:08 PM PDT

Cursing Malay

1. Anda didapati rasuah,anda dijatuhkan hukuman dalam parti kemudiannya anda buat comeback.Anda katakan itu bukan rasuah,itu politik wang.Selepas membuat comeback yang berjaya,anda boleh menang pilihanraya dan selepas itu anda dapat pula jawatan Pengerusi FELDA.

2. Anda dituduh merogol seorang remaja bawah umur sehingga dia mengandung.Memang gadis itu mengandung,memang dia dah dihantar ke sekolah pemulihan akhlak tapi anda terlepas tuduhan.Karier politik anda tenggelam sekejap tapi bagaimanapun anda tetap berjaya jadi Pengewrusi RISDA.

3. Perdana Menteri adalah seorang yang cuba memupuk semangat berbilang kaum di kalangan rakyatnya.Presiden UMNO pula bermati-matian mempertahankan satu bangsa sebagai tuan di kalangan rakyatnya.

4. Buruk macam mana pun perangai pemimpin,bila mereka meninggal,mereka akan tetap dikenang sebagai wira atau patriot Malaysia.

Read More / Baca Lagi >>

Eskay Rupanya Tukang Urut Mahathir?

Posted: 29 Mar 2011 07:07 PM PDT

Oleh MSO

SEMASA saya berada di Kuching Sarawak lagi kawan ini mencari saya. Katanya ada perkara penting. Saya kata bagi tahulah, tak boleh katanya, sebab melalui telefon. Nanti orang tape susah nanti. Dari gambaran percakapan kawan ini saya sudah mengagak apa yang hendak diceritakan ada kena mengena dengan kes video lucah yang panas waktu itu

Jam 6.00 petang semalam kami berjumpa untuk sama-sama ke stadium Melawati Shah Alam Selangor, untuk solat hajat. Saya lebih kepada untuk cover majlis berkenaan, nak lihat perkembangan terbaru dan reaksi orang ramai ekoran pendedahan video lucah itu.

Apa lagi katanya pada malam Sabtu lalu ketika Anwar Ibrahim mengadakan ceramah di Melawati polis sudah mula tunjuk taring. Orang ramai juga sudah mula tunjuk kuku. Nampak polis dengan orang ramai nak bertempur sekali lagi.

Pertempuran polis dengan orang ramai ini nampaknya akan berlaku di setiap era perdana menteri, Tahun 1998 dulu di era Mahathir, membawa ke era Abdullah Badawi pada tahun 2004 kemudian membawa pula kepada era Najib Razak.

Apapun era Mahathir jadi PM polis nampak lancang dan kejam. Kejam tidak kejam, sampai ketua polis bertukar menjadi serigala memukul muka Anwar hingga lebam teberam. Sampai kena tubuh suruhanjaya di raja la.

Read More / Baca Lagi >>

Video seks: Peguam Negara tolak dakwaan Rahim akan terlepas dakwaan

Posted: 29 Mar 2011 07:03 PM PDT

Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik
KUALA LUMPUR, 30 Mac — Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengetepikan tanggapan seorang bekas pegawai kanan polis bahawa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik akan terlepas daripada dakwaan berkaitan pendedahan skandal video seks. Gani berkata beliau belum lagi melihat kertas siasatan.
"Saya belum lagi melihat kertas siasatan," kata Gani kepada The Malaysian Insider.
Polis telah menubuhkan pasukan khas menyiasat kes tersebut.
"Bagaimana anda boleh siarkan macam itu," kata beliau mengulas kenyataan bekas pengarah siasatan jenayah Kuala Lumpur  Datuk Mat Zain Ibrahim kelmarin, yang berkisar isu pendedahan rakaman video seks oleh tiga "Datuk T" termasuk Abdul Rahim, bekas ketua menteri Melaka.
Menurut kenyataan "Datuk T" aksi seks didakwa melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika diminta mengulas lanjut, Gani hanya mengulangi pendirian yang sama dengan menegaskan beliau belum melihat lagi kertas siasatan.
Read More / Baca Lagi >>

Ibrahim Ali nafi Perkasa alami krisis dalaman

Posted: 29 Mar 2011 05:21 PM PDT


Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR, 30 Mac — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menegaskan pertubuhan bukan kerajaan membela hak orang Melayu itu tidak berhadapan dengan "krisis dalaman" ekoran keputusan dua pemimpin kanan muda termasuk Arman Azha Abu Hanifah meletakkan jawatan. Arman Azha melepaskan jawatannya berkuat kuasa semalam manakala Ketua Wiranita Raihan Sulaiman Palestine berbuat demikian bulan lalu tetapi keputusannya belum diterima Ibrahim.
Kedua-dua itu adalah jawatan lantikan.
Sebaliknya, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Arman Azha yang juga ahli Umno Petaling Jaya Utara, telah menyatakan hasrat mahu melepaskan jawatan itu kerana ingin memberi tumpuan dalam bidang politik secara lebih aktif.
"Dah lama dia (Arman Azha) minta berhenti. Dia nak aktif (dalam) Umno dan nak ceramah atas (tiket) Umno.
"Tapi jadi ketua wira Perkasa... dalam dilema jadi saya setuju (dengan) dia lepas itu, itu sahaja," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

Kelucahan melampau dan 14 mufti yang bungkem

Posted: 29 Mar 2011 05:20 PM PDT

Oleh DINSMANMinggu ini hebohlah pula cerita video lucah versi terbaru itu. Ia sudah diangkat ke taraf tinggi dan mulia. (Carcosa Seri Negara. Enam bintang tu). Cuma mereka terlupa nak minta mana-mana mufti di negara kita ini supaya hadir sama untuk sahkan bahawa perbuatan itu tidak bersalahan dengan ajaran agama disebabkan ia bertujuan untuk menjaga kepentingan dan keselamatan para umarak yang sedang menunaikan fitnah di bumi bertuah ini.


Memang bertuah bumi kita ini. Tempat suburnya segala macam cerita pelik-pelik dan lucah-lucah begitu, walaupun tiap malam para ulamak dan ustaz menyampaikan kuliah dan tazkirah di masjid-masjid dan surau-surau seluruh negara, mengajak jemaah berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Para mufti pun seramai 14 orang (bukannya seorang dua) sibuklah ke sana ke mari memberi fatwa agar rakyat tidak dibiarkan dalam keadaan keliru dengan hukum-hakam yang nampaknya bertambah-tambah keliru dan mengelirukan itu.
Akhbar-akhbar pun terutama yang menggunakan saluran online berserta blog-blog penuhlah dengan cerita terbaru dan terhangat di pasaran ini. Ada yang mengatakan ia bertepatan dengan bubarnya Dewan Undangan Negeri Sarawak dan bermulanya kempen politik menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak tak lama lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Who says election handouts not bribes: Saifuddin slams Nazri

Posted: 29 Mar 2011 05:02 PM PDT

Who says election handouts not bribes: Saifuddin slams NazriVoters, especially those in Sarawak, will punish BN during the elections for thinking they are stupid and trying to buy their votes by offering handouts and goodies, said Member of Parliament for Machang Saifuddin Nasution.
He was referring to remarks made by Minister in the Prime Minister's Department Nazri Aziz that hand-outs and goodies in the form of financial assistance to voters during elections could not be considered as corruption.
According to Nazri, the financial aid given to voters during an election was the federal government's way of "fulfilling its promises" and manifestos.
But Saifuddin accused Nazri and the BN government of abuse of power and misuse of taxpayers' money. Very often, the promises were never kept or the money allocated for the various projects were "hijacked" midway and never reached the people it was destined to help.
"They think they can fool people, especially those who live in the rural areas in Sarawak because of their poor living conditions. But what are now the relevant issues for these people are the land exploitation," Saifuddin, who is also the PKR secretary-general, told Malaysia Chronicle.
Read More / Baca Lagi >>

Umpama Perletakan Batu Asas Reformasi Ke- 2

Posted: 29 Mar 2011 04:52 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
BAGI penyokong reformasi dan Pakatan Rakyat rugi besar malam ini kerana tidak ke stadium Melawati Shah Alam. Himpunan solat hajat bagi menyelamatkan pemimpin PR yang difitnah mendapat sambutan hebat. Apa yang berlaku malam ini tak ubah himpunan di sekitar tahun 1998 di era reformasi dahulu.

Bukan saja jumlah kehadiran yang ramai, berlipat ganda dari biasa.. tetapi semangat mereka yang hadir juga berkobar-kobar. Di wajah masing-masing terpancar kemarahan dan keghairahan. Semuanya persis sang harimau yang lapar mahu menerkam musuh.


Nampaknya penayangan video lucah oleh kumpulan tiga botak telah menaikan semangat orang ramai. Inilah hikmat di sebalik pendedahan video berkenaan. Orang ramai bukan mempercayai apa yang didedahkan itu, tetapi semakin menaikan kemarahan dan kebencian kepada kerajaan (UBN).
Read More / Baca Lagi >>

Najib - paranoid, perplexed and paralysed with fear?

Posted: 29 Mar 2011 04:51 PM PDT

Najib - paranoid, perplexed and paralysed with fear?There is a famous Greek saying which goes like this: those whom the gods wish to destroy, they first make mad.

No one can rightly estimate when or who is going mad but the average man can see the country or the political landscape is in the nut house.
"Prime Minister Najib Tun Razak is certainly an embattled man, what with his economic programmes not yielding tangible results and foreign investors shying away," commented  Dzulkefly Ahmad , PAS Kuala Selangor MP  to Malaysia Chronicle.

Likening Najib to a dangerous wounded tiger, Dzulkefly views the survey polls indicating Pakatan Rakyat (PR) will do well in the Sarawak state elections as the catalyst. To him, the latest salvo of the video scandal against Anwar Ibrahim indicates BN is terribly afraid of losing its grip on Sarawak.
The video purportedly shows PR leader Anwar having sex with a prostitute, the back fence talk of the county, reportedly bears the hallmarks of being the work of Umno goons. Najib must have thought he delivered the coup de grace to Anwar's political career besides wrecking PR's hopes of capturing Putrajaya.
Read More / Baca Lagi >>

Busuknya bumi Malaysia dengan maksiat qazaf

Posted: 29 Mar 2011 04:50 PM PDT

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Selepas hampir 13 tahun, Ummi Hafilda diusung lagi oleh Umno ke seluruh pelosok negara untuk menceritakan bahawa Anwar seorang peliwat dan penzina. Di Kedah, dia berceramah di Taman Ria Jaya Sungai Petani atas premis dan tanah milik kerajaan negeri . Ia ceramah terbuka yang dibuat di bawah khemah di luar dewan. Pembesar suara juga boleh didengari di semua arah dalam jarak yang agak jauh.


Semua tahu bahawa ceramah terbuka tidak dibenarkan di Kedah buat masa ini. Ceramah Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar di Kampung Tualang telah dikepung dengan puluhan anggota polis, sehingga menakutkan orang yang mahu menghampiri tapak ceramah. Ceramah dibatalkan kerana tiada siapa berani hampiri. Begitulah tegas polis menghalang ceramah terbuka.
Read More / Baca Lagi >>

Umno and BN exploit women for political gain

Posted: 29 Mar 2011 04:49 PM PDT

Umno and BN exploit women for political gainOnce again, BN uses women as a convenient tool to sully other people's reputations.
And so we watch with a growing sense of horror, at the media coverage of the various smutty videos by BN, principally Umno and MCA, trying to discredit various politicians, in particular one Opposition politician.
In 2008, the Minister for Health resigned after a hidden camera in a hotel room caught him in flagrante delicto with a young woman who was not his wife. The minister, Chua Soi Lek, blamed his enemies in MCA of orchestrating the video release.
Last Monday, a new sex scandal broke out over a video clip that purported to show Opposition leader Anwar Ibrahim having sex, this time, with a woman. Currently, he is being tried in court for having a homosexual relationship with his teaboy.
BN's strategy is to paint Anwar's character in lurid colours as is possible. They plan to portray Anwar as a sex beast who is depraved and who cannot satisfy his insatiable lust with either men or women.
Both these videos depict two men with two different women. Datuk T or Abdul Rahim Thamby Chik who is behind the 'pseudo Anwar' smutty clips referred to the girl in the sex video, as a prostitute, without so much as a thought.
Who gave Datuk T the moral right to use women like this and to label her a 'prostitute'? Isn't there a story behind the girl that extends beyond her role in the sex video?
Read More / Baca Lagi >>

Gelombang merah, penyambung fitnah Umno

Posted: 29 Mar 2011 04:48 PM PDT

Oleh: Wan Nik Wan Yussof,
Bahang pilihan raya sudah hangat terasa. Ia cukup menghangatkan berikutan berlakunya 16 siri pilihan raya kecil semenjak pilihan raya umum Mac 2008. Malah cukup menghangatkan bila kehadiran pilihan raya umum negeri Sarawak pada 16 April nanti. Cukup menghangatkan lagi, apabila terdedah mahupun didedah beberapa siri isu panas berkaitan politik. Terbaru adalah didedahkan video seks hitam putih cukup 'klasik' oleh tiga individu "Datuk T" yang mengaitkannya dengan seorang tokoh pembangkang.


Ekoran dripadanya, isu panas itu sudah mematikan populariti 'gelombang merah' jajaan Umno Kelantan pimpinan Datuk Seri Mustapa Muhamad. Namun, gelombang merah yang sudah dijaja begitu hebat bersama baju merah sudah hampir "meminar" pandangan mata rakyat Kelantan.
Apa pun, tekad Umno Kelantan menggunakan strategi politik massa untuk memukau rakyat Kelantan dengan warna merah itu tetap diteruskan. Ini kerana asas gerakan yang diceduk daripada strategi politik Umno Terengganu pada pilihan raya umum 2004 sudah dijadikan model ikutan Mustapa bagi menjayakan misi merampas tampuk Menteri Besar daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Oleh itu, sehangat mana sekalipun hawa politik Kelantan, misi gelombang merah mesti diteruskan demi impian dan peluang yang ada.
Read More / Baca Lagi >>

200 penduduk Kuantan berhimpun aman di Parlimen hari ini

Posted: 29 Mar 2011 12:52 PM PDT

Mereka akan menyerahkan petisyen "Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia" bagi membantah pembinaan kilang memproses nadir bumi (rare earth).

KUALA LUMPUR: Kira-kira 200 penduduk Kuantan dijangka hadir di Parlimen esok untuk menyerahkan memorandum bagi menghalang pembinaan kilang memproses nadir bumi (rare earth) yang mengeluarkan sisa buangan radioaktif di Kawasan Perindustrian Gebeng, dekat Kuantan, Pahang.
Memorandum disertai petisyen "Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia" yang ditandatangani penduduk Kuantan itu akan diserahkan kepada pegawai di Pejabat Perdana Menteri pagiini.
Memorandum itu antaranya menyatakan luahan penduduk yang khuatir akan ancaman risiko radiasi apabila kilang milik sepenuhnya syarikat perlombongan dan memproses kimia daripada Australia, Lynas Corporation Ltd itu dijangka siap dibina pada hujung tahun ini.
Loji pemprosesan sejenis bijih besi, Lathanide yang mengeluarkan 0.05 peratus Thorium pada setiap sekilogram sisa buangan yang terhasil itu mengandungi radioaktif dan karsinogen (boleh menyebabkan punca barah) turut mendatangkan risiko kepada industri pelancongan sekitar Balok dan Cherating.
Read More / Baca Lagi >>

Zunar: Kemunculan 'kartunis pelacur' jatuhkan martabat seni budaya

Posted: 29 Mar 2011 12:49 PM PDT

Saya kesal kerana sejak akhir-akhir ini semakin ramai muncul kartunis-kartunis yang sanggup melukis kartun yang membawa unsur fitnah.  Kartun-kartun seperti ini banyak muncul menjelang pilihan raya kecil. 
Terbaru, ahli parlimen Pembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (gambar kanan) membuat laporan polis mengenai pengedaran kartun lucah yang disebar di kawasan Parlimen Lembah Pantai.  Kartunis-kartunis yang menghasilkan kartun ini tidak mempunyai tanggungjawab moral kerana tidak berani untuk meletakkan nama sendiri atau nama pena di dalam lukisan mereka.  Saya mendapat maklumat mereka dibayar sejumlah wang yang banyak untuk menghasilkan lukisan mengikut arahan pihak yang membayar.
Mereka melukis apa saja yang disuruh termasuk kandungan yang mempunyai fitnah dan pembohongan.  Bagi saya, kartunis-kartunis seperti ini tidak ada bezanya dengan pelacur.  Saya ingin mengingatkan para kartunis bahawa selagi karya-karya mereka disebar dan dibaca, selagi itu mereka tidak terlepas dari tanggungjawab.
Read More / Baca Lagi >>

Politik Sundal: Ruang Peribadi vs Kepentingan Publik

Posted: 29 Mar 2011 12:49 PM PDT

Jelas, kita, rakyat dalam negara yang sudah merdeka lebih separuh abad ini patut malu kerana pemimpin negara masih tidak tahu cara untuk berpolitik.  Mungkin mereka ini kurang ilmu atau kurang cerdik.  Apalagi yang perlu dan tidak cukup?  Ilmu memerintah yang diturunkan oleh Inggeris - dicontohkan oleh Jepun kepada pemimpin tempatan setelah sekian lama berkonfrontasi dan bertumpah darah, pengalaman bergelut dengan situasi-situasi kritikal negara sepanjang merdeka, meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan, lima Prinsip Rukunegara yang mantap, penerapan nilai Islam dan moral dalam negara dan sistem pendidikan nasional: apakah semua ini gagal membentuk sebuah budaya masyarakat, pemimpin dan politik yang matang, atau bersih atau setidak-tidaknya agak bersih? Dan paling penting, kenapa kematangan berpolitik pemimpin negara kita semakin rencat dalam sedekad dua ini yang banyak berlegar sekitar anu dan dot dot dot?  Kenapa tidak dari dahulu lagi?
Read More / Baca Lagi >>

Aaaa... Baru tau sapa I??

Posted: 29 Mar 2011 12:27 PM PDT


Jangan tuduh-tuduh!! Jangan fitnah-fitnah!!
I saman you tau!!
Cecil... you gi saman Anwar.
Eee... geraammm I!!!
Aaaa.. baru you tau siapa I!!

Aauuuwww...
Jangan ler saman I.
Pleeeezzz....

Kah... kah... kah... kah....

[Baca sini]

Video : Komik Lucah Mirip Anwar, Izzah Lapor Polis

Posted: 29 Mar 2011 12:24 PM PDT

Video : Doa Khusus Untuk Dato' Seri Anwar Ibrahim

Posted: 29 Mar 2011 12:23 PM PDT

Kump Wang Disatukan Persekutuan: Awang Adek diasak isu pengambilan RM8 bilion

Posted: 29 Mar 2011 12:20 PM PDT

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan, Adek Awang Adek Hussain terpaksa akur untuk memberi jawapan secara bertulis kepada Parlimen kerana gagal memberikan jawapan memuaskan kepada soalan berkaitan pengurusan kewangan negara.
Beliau memilih untuk berbuat demikian selepas 'diasak' bertubi-tubi oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dan juga Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof mengenai Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Azan, seorang ahli ekonomi mempersoal sebab pengambilan keluar RM8 bilion daripada Kumpulan Wang Disatukan tidak dizahirkan dalam penyata kewangan tahunan negara daripada tahun 2007 sehinggalah tahun 2010.
Jumlah wang dalam Kumpulan Wang Disatukan itu tidak berubah-ubah dalam empat tahun tersebut, kata Azan.
Read More / Baca Lagi >>

Wanita Keadilan Lancar 'Kempen Tolak Politik Durjana'

Posted: 29 Mar 2011 11:56 AM PDT



KUALA LUMPUR 29 MAC : Wanita Keadilan hari ini melancarkan "Kempen Tolak Politik Durjana" dalam usaha memerangi politik fitnah yang dimainkan UMNO Barisan Nasional mutakhir ini.
Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin menegaskan politik berbaur fitnah yang sering dimainkan UMNO BN, akan menyumbang kepada krisis keyakinan bukan sahaja dikalangan rakyat negara ini bahkan juga dikalangan masyarakat dunia.
Terbaru, pendedahan video lucah yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh mereka yang menggelarkan diri sebagai 'Datuk T'.
Mereka dibarisi oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.
Read More / Baca Lagi >>

Video seks: Respons baru Nazri, Datuk T tak akan dilindungi

Posted: 29 Mar 2011 11:54 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Mac — Trio Datuk 'T' yang mendedahkan rakaman video aksi seks didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang tidak akan dilindungi di bawah Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.
Menteri di Jabatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz (gambar), berkata mereka tidak boleh mendapat perlindungan di bawah akta itu kerana mereka telah mendedahkan maklumat itu kepada orang awam.
Bagaimanapun, mereka boleh dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi sekiranya berlaku pertuduhan bersabit dengan video seks itu selepas siasatan dilakukan.
"Apabila seseorang itu telah memaklumkan atau menzahirkan kepada awam bahawa dialah yang telah memberikan maklumat itu, maka akta itu (Akta Pemberi Maklumat) tidak boleh dipakai lagi ke atasnya," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Video : BN nyanyuk, guna fitnah untuk kekal berkuasa

Posted: 29 Mar 2011 11:52 AM PDT

Tiada ulasan: