Isnin, 28 Mac 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Taktik Keji Umno Hanya Mengundang Benci Rakyat

Posted: 28 Mar 2011 07:54 PM PDT


SHAH ALAM 29 MAC: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan yang dilemparkan kepada dirinya sebagai langkah terakhir parti lawan menghalang kemaraan Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.
Menurut Anwar, taktik licik dan keji UMNO hanya akan menambahkan kebencian rakyat terhadap parti itu. 
"Isu dia apa?Isu dia kesediaan Pakatan Rakyat ambil alih pemerintahan. Dan ini langkah terakhir Barisan Nasional guna apa juga cara yang mungkin. Tipu helah, jijik untuk halang bukan kami di atas pentas, tapi kemaraan rakyat Malaysia."katanya.
Anwar berkata demikian dalam pidato khas di Majlis Solat Hajat dan Pidato Khas menangani isu video lucah di Stadium Melawati, Shah Alam, semalam.
Hampir 20 ribu hadirin hadir memberi sokongan kepada Anwar yang dituduh Datuk T selalu mengerjakan perkara keji seperti melanggan pelacur.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Solat Hajat & Pidato Khas Fitnah Video Seks (Part 1)

Posted: 28 Mar 2011 07:47 PM PDT

Azmin hantar surat tuntutan minta polis mohon maaf

Posted: 28 Mar 2011 07:43 PM PDT


KUALA LUMPUR, 29 Mac — Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menuntut pihak polis meminta maaf secara terbuka kerana mengganggu majlis pelancaran "DNA", yang diadakan di pusat khidmat Ahli Parlimen Gombak Jumaat lalu, yang berakhir dengan kekecohan membabitkan penyokong Pakatan Rakyat dan polis.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak mengemukakan empat tuntutan termasuk permohonan maaf.
Salinan surat tuntutan beliau turut diedarkan kepada media lewat semalam.
Surat itu dikeluarkan beberapa jam selepas Azmin yang ditemui wartawan di Shah Alam pagi semalam berkata beliau mahu polis memohon maaf ekoran insiden tersebut.
Tiga tuntutan lain yang disenaraikan dalam surat itu ialah membekalkan nama-nama dan nombor polis kesemua anggota polis yang terlibat dalam serbuan minggu lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Video seks: Pemimpin agama jangan jadi ‘syaitan bisu’, kata Hadi

Posted: 28 Mar 2011 07:39 PM PDT


SHAH ALAM, 29 Mac — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai "syaitan bisu" kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh "Datuk T" awal minggu lalu amat dikesali.
Walaupun tidak ditujukan secara jelas terhadap siapa pemimpin agama itu, namun ia dilihat menjurus kepada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang selama ini banyak memberikan pendapat atau komen menyentuh PAS.
"Di mana kalangan yang suka bercakap selama ini, jangan jadi syaitan bisu... yang diarahkan untuk berkata yang benar tapi tidak lakukan adalah syaitan bisu," kata Hadi lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Hampir 10,000 solat hajat tolak fitnah jahat

Posted: 28 Mar 2011 07:36 PM PDT

SHAH ALAM: Hampir 10,000 umat Islam menunaikan solat hajat pada program Solat Hajat dan Pidato Khas – Menolak Fitnah Jahat di Stadium Malawati di sini, malam ini.
Program itu bermula jam 7 malam dengan solat Maghrib sebelum solat hajat yang diimami Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Turut menyertai solat ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, selain umat Islam dari pelusuk tanah air, khususnya anak Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

Bukit Aman: Polis tidak siasat Anwar kes video seks

Posted: 28 Mar 2011 07:36 PM PDT


KUALA LUMPUR, 29 Mac — Polis tidak menyiasat Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendedahan video seks didakwa menunjukkan beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur meskipun pengkritik mahukan siasatan sedemikian ke atas ketua umum Pakatan Rakyat itu.

Ketua Sekretariat Polis Bukit Aman Deputi Komisioner Datuk Ghazali Mohd Amin berkata, Ketua Pembangkang itu tidak disiasat kerana tiada tanda menunjukkan wujudnya salah laku jenayah.
"Tidak, tidak, tidak," kata beliau kepada The Malaysian Insider semalam apabila ditanya sama ada Anwar dikenakan sebarang tuduhan berhubung bentuk jenayah.
Read More / Baca Lagi >>

Seminggu dimalukan, Anwar didendang bagai wira

Posted: 28 Mar 2011 07:34 PM PDT


Cukup seminggu isu video seks dikaitkan dengan dirinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin malam didendang bagai wira dalam ceramah dan solat hajat Pakatan Rakyat yang dihadiri ribuan penyokong dan pemimpin utama Pakatan Rakyat.

Malah, dalam majlis di Stadium Melawati, Shah Alam itu, pihak di belakang penyiaran video kontroversi itu, terutama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik pula menjadi sasaran serangan balas Pakatan.

Dalam masa yang sama, anggota parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul pula diangkat sebagai "hero" kerana versinya yang mempertahankan bahawa Anwar bukan "pelakon" dalam video 22 minit yang ditayangkan di sebuah hotel mewah di ibu negara minggu lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar: Hidup mati saya di tangan Allah, bukan Umno-BN

Posted: 28 Mar 2011 07:25 PM PDT

Anwar Ibrahim berucap pada program Pidato Khas Menangkis Fitnah Jahat di Stadium Melawati, Shah Alam, 28 Mac, 2011. — Foto oleh Choo Choy May
SHAH ALAM, 29 Mac — Di sebalik serangan moral yang ketiga sejak 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pendedahan dibuat "Datuk T" minggu lalu tidak akan sesekali "membunuh" karier politik beliau.
Sebaliknya, tegas Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, hidup dan mati beliau bukan terletak di tangan Umno-Barisan Nasional (BN) tetapi Allah s.w.t.
"Kalau nak mati, saya mati... bukan mati karier politik.
"Hidup mati saya di tangan Allah bukan Umno-BN . . . belum tentu Umno-BN mampu bertahan tanpa rakyat Malaysia," katanya pada program solat hajat dan Pidato Khas Menangkis Fitnah Jahat di Stadium Melawati di sini malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Media Umno Berpura Dungu Berhubung Facebook dan Twitter

Posted: 28 Mar 2011 08:33 AM PDT




Manusia merancang namun Tuhan menentukan –  ungkapan ini yang dikitar berulang kali,  sekali lagi menyerlah dan menunjukkan hikmahnya dalam fitnah video lucah yang cuba dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perancangan  begitu licik yang disusun untuk oleh Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Shazryl Eskay termasuk mendapatkan pelakon yang mirip wajah Anwar (tetapi bukan perutnya) terbongkar  apabila berdepan dengan aturan hidup Anwar yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t.

Kepemimpinan Umno yang merestui fitnah yang didalangi oleh Rahim dan Eskay  tidak mengambilkira kebarangkalian Anwar menggunakan Twitter pada masa sama perbuatan sumbang itu dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Read More / Baca Lagi >>

Tidak mustahil fitnah dikembalikan kepada tuannya

Posted: 28 Mar 2011 08:24 AM PDT

SHAH ALAM, 28 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan umat Islam jangan mengejutkan fitnah yang sedang tidur kerana bahayanya akan menimpa semua orang.

Menurutnya, Allah SWT menyatakan kejahatan fitnah bukan hanya terkena orang zalim sebaliknya akan terkena sesiapa sahaja.

Katanya, fitnah apabila melanda dalam masyarakat  adalah seperti malam gelap gelita dan sesiapapun sudah tidak dapat membezakan siapa yang ada di hadapannya.

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Maghrib dalam majlis Solat Hajat dan Pidato Khas anjuran Pakatan Rakyat yang sedang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini.
(Gambar: Ribuan turut menunaikan solat hajat yang diimamkan Presiden PAS)
Tuan Ibrahim berkata sifat fitnah, ia hanya laku ketika awal sahaja selepas itu, ia akan ditolak oleh masyarakat dan rakyat.

Beliau mengaitkan fitnah isu video seks yang ditolak selepas sahaja saiz perut pelakon kelihatan berbeza.
Read More / Baca Lagi >>

Revolusi Rakyat : Protes anti-kerajaan di Yemen, 110 terkorban

Posted: 28 Mar 2011 08:10 AM PDT

Yemeni anti-government protesters chant slogans against President Ali Abdullah Saleh during a demonstration calling for an end to his 32-year rule in the capital Sanaa on March 28, 2011 a day after the embattled leader warned of Somalia-like 'chaos' in Yemen if he steps down without an agreed successor.
Yemeni anti-government protesters chant slogans against President Ali Abdullah Saleh during a demonstration calling for an end to his 32-year rule in the capital Sanaa on March 28, 2011 a day after the embattled leader warned of Somalia-like 'chaos' in Yemen if he steps down without an agreed successor.
An anti-government protestor, center, displays his shoes with markings in arabic read, " Leave", during a demonstration demanding the resignation of Yemeni President Ali Abdullah Saleh, in Sanaa,Yemen, Monday, March 28, 2011. Yemen's president, clinging to power despite weeks of protests, scrapped an offer to step down by year's end on Sunday, as Islamic militants taking advantage of the deteriorating security took control of another southern town.
An anti-government protestor, center, displays his shoes with markings in arabic read, " Leave", during a demonstration demanding the resignation of Yemeni President Ali Abdullah Saleh, in Sanaa,Yemen, Monday, March 28, 2011. Yemen's president, clinging to power despite weeks of protests, scrapped an offer to step down by year's end on Sunday, as Islamic militants taking advantage of the deteriorating security took control of another southern town.
Read More / Baca Lagi >>

Mengapa Anwar masih hidup??

Posted: 28 Mar 2011 08:09 AM PDT


Anwar seperti yang semua sedia maklum, kerana telah dinyatakan berulang kali ialah musuh nombor 1 UMporNO, terutama sekali kepala taiknya serta barisan ketulan najis yang berada dalam bahagian hujung rektum.

Pelbagai pihak telah dijadikan peluru untuk menembak Anwar bin Ibrahim, namun.... manusia ini masih tetap berdiri teguh. Buat lagu tu tak kena.... Buat lagu ni tak kena juga. Fuuhh... mati akai mereka. Anwar tak mati-mati juga, malah.... semakin kuat dan semakin mengancan kedudukan mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Biar Ada Akal Sikit Beb...!!!!

Posted: 28 Mar 2011 08:07 AM PDT


Subaru Impreza WRX 2.0, sebenar termasuk kos penghantaran ke Malaysia adalah RM 60,291 sahaja.

Namun, setelah dicampurkan dengan Duti Import, Duti Eksais dan Cukai Jualan iaitu RM78,378.30 + RM 60,291 dan harga kereta Subaru Impreza WRX 2.0 untuk masuk ke Malaysia adalah kira-kira RM138,669.30.

Tak termasuk harga keuntungan yang diambil oleh pengedar utama dan harga keuntungan salesman. Jumlah ini belum lagi dicampur dengan insuran dan cukai jalan untuk membolehkan kereta ini berada di atas jalanraya di Malaysia. Maknanya dah jadi 150 - 160k... belum masuk interest kat bank lagi.. dah jadi 250k beb..

BMW 3 series baru RM90k, masuk Malaysia jadi RM250k keatas.., 160k cukai jer.., itu tak termasuk lu orang loan kat bank contoh muka 20k, loan 230k... ambik aaarrr 7 tahun dah jadi dekat RM400k. Bayangkan dari RM90k harga keta tadi dah jadi dekat RM400k...? Apa barang beb....!!!!

Jadi kepada rakyat malaysia sekalian..., biar ada akal sikit... bila pembangkang nak turunkan cukai import dan harga rumah so takda sebabnya kepada sesiapa yang berakal nak tolak beb...!!!
Read More / Baca Lagi >>

‘North Borneo Sultan’ who burnt Sabah flag freed

Posted: 28 Mar 2011 07:05 AM PDT

SANDAKAN: Self-proclaimed sixth Sultan of North Borneo, Abdul Rajak Aliudin regained his freedom after Tawau High Court granted him a RM50, 000 bail with RM5,000 deposit pending his appeal hearing in June.
The High Court on Friday also ordered the Abdul Rajak to keep a low profile while on bail, or he will face another charge for contempt of court.
The court however refused to release Abdul Rajak's brothers, Abdul Pasaran Aliuddin and Jul Asri Aliuddin together with nephew Amiru Pelair and six others. They remain in Tawau prison.
Abdul Rajak is believed to have returned to his home in Lahad Datu with his family who attended the appeal hearing and could not be contacted.
His wife, Ashria Saka however confirmed his release pending the appeal hearing in June 8.
"We will try our best to bail out our families' members and friends still serving jail term in Tawau prison," said Ashria.
Read More / Baca Lagi >>

WAJARKAH GELARAN DATUK DIGUGUR?

Posted: 28 Mar 2011 06:08 AM PDT



Politik Umno, hari demi hari bertambah kotor. Ini terbukti dengan kes terbaru dimana tiga individu dari parti Umno, seorang darinya bekas Ketua Menteri,  telah terlibat dengan kes penayangan video lucah dikhalayak ramai khasnya kepada editor-editor akhbar dan wakil-wakil media.pada Isnin 21 Mac lalu!!  Nampaknya mereka telah melampaui undang-undang. Pasti ada orang besar dibelakang mereka !!  kalau tidak, takkan mereka begitu berani. Dan untuk kita meneka siapa DALANG nya tidaklah begitu sukar!!
Read More / Baca Lagi >>

ZAMAN BODEK TELAH HABIS

Posted: 28 Mar 2011 06:07 AM PDT

KALAU NAK BODEK


nota:
kalau nak bodek
bodek betul betul
sila hadiahkan bra
ini kepada yang berkenaan
jika mahu dapat projek

tak perlu guna urusan ksu

tapi awas bra ini kena tupang
kah kah ka


KONVENSYEN BIMBANG 6 KSU DIGANTI BUKAN MELAYU - mkini

Konvensyen tranformasi ekonomi bumiputera anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini menyuarakan kebimbangan terhadap pelantikan bukan bumiputera sebagai ketua setiausaha (KSU) di enam kementerian.
Read More / Baca Lagi >>

Politik paria amalan BN

Posted: 28 Mar 2011 06:01 AM PDT

Ini kisah di bumi Kenyalang Negeri Sarawak yang akan mengundi pada 16 April nanti.

Menurut pensyarah dari Universiti Malaysia Sarawak Jeneri Amir, dalam beberapa kes lalu, jalan-jalan menunju ke rumah panjang di mana penduduknya menyokong pembangkang telah tidak diturap manakala mentol dikeluarkan dari tiang lampu.

"Ada yang takut dihukum. Mereka tahu harga yang perlu dibayar... rumah panjang akan jadi susah. Bagi tuai rumah, elaun bulanan RM800 juga mungkin hilang," katanya sambil menambah masyarakat berkenaan amat bergantung kepada bantuan kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

BLOGGER CMK MENENTANG NAJIB DI PEKAN?

Posted: 28 Mar 2011 05:58 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS
SANTAI seketika. Baru-baru ni aku ada berjumpa dengan CMK (Blogger Cucu Mat Kilau) sewaktu kami dengan beberapa orang rakan dari bersembang di sebuah restoren berdepan dengan Pejabat PKR Pahang di Kuantan. CMK ni Blogger ternama yang selalu menulis di PahangDaily dan beliau dulunya ahli PKR dan telah pun keluar dari PKR.

Sewaktu PRK di Dun Kerdau baru-baru ni hangat diperkatakan bahawa CMK akan menyerahkan borang menyertai PAS. Tetapi berita tersebut tenggelam sehingga hangat pula diperkatakan bahawa beliau akan berpaling tadah untuk menyertai Umno. Bahkan, foto beliau berada di hadapan rumah pemimpin Umno sewaktu kempen hangat sedang berjalan tersebar di dalam beberapa blog. Aku sudah bersiap sedia untuk `berperang' dengan Blogger senior ini jika benar beliau menyertai Umno.Read More / Baca Lagi >>

DR ASRI PULA YANG DISERANG OLEH JUAK JAHIL UMNO.

Posted: 28 Mar 2011 05:55 AM PDT

  http://mstar.com.my/archives/2009/10/4/mstar_hiburan/DrAsri02.jpgWritten by MB Warrior

Juak UMNO memahami politik tanpa sempadan.

Politik tanpa sempadan ini makna nya dalam mencapai sesuatu matlamat , maka
sebarang cara akan di 'halal' kan.

Ini pemain politik fahaman Machiavelli.

Fitnah merupakan cara yang paling popular digunakan oleh juak UMNO ini.

Fitnah ini bukan lagi dilihat sebagai satu dosa besar , tetapi di fahami sebagai salah satu cabang dalam berpolitik.
Read More / Baca Lagi >>

VIDEO : NEGARA INI BUKAN ROSMAH PUNYA. NEGARA INI MILIK RAKYAT !!!

Posted: 28 Mar 2011 05:53 AM PDT

Video seks: Hisham lantik Cecil Abraham saman Anwar

Posted: 28 Mar 2011 05:51 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein melantik peguam Tan Sri Cecil Abraham untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu yang berkaitan dengan rakaman video seks, yang didedahkan "Datuk T" minggu lalu.
The Malaysian Insider difahamkan Hishammuddin (gambar) yang juga naib presiden Umno melantik khidmat peguam dari firma Zul Rafique & Partners itu hari ini – enam hari selepas memberi amaran kepada Anwar.
"Datuk Seri Hisham telah lantik Tan Sri Cecil Abraham untuk mewakili beliau hari ini, untuk failkan kes ke atas Datuk Seri Anwar... bermakna seperti kata Datuk Seri Hishammuddin minggu lepas, beliau mahu mengambil tindakan undang-undang," kata sumber petang ini.
Read More / Baca Lagi >>

Building a force to whip BN at the 13th GE

Posted: 28 Mar 2011 05:42 AM PDT

Daim Zainuddin says that the mood of the people has changed since the last GE, as they are now able to see through the pre-election promises of the Pakatan Rakyat parties in the run-up to the last election as sloganeering and rhetoric and little else.
Pakatan, Daim says, has failed to become a relevant opposition force.
For these reasons, Daim says that BN will do better in the next GE.
Difficult as it may be, the Pakatan Rakyat leaders must accept that many Malaysians, many of whom would like to see BN finally deposed in the next GE, share the views espoused by Daim.
Many have begun to feel that left to Pakatan Rakyat alone, BN will come back stronger in the next GE.
Are we then powerless to remove BN from Putrajaya come the 13th GE?
Read More / Baca Lagi >>

Ex-cop says Rahim likely to escape blame for sex video

Posted: 28 Mar 2011 05:40 AM PDT


Zain predicts Gani will give Rahim another free pass. — file pic
KUALA LUMPUR, March 28 — A former senior police investigating officer said today that he did not expect Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik to be prosecuted over the sex video scandal because of the ultimate involvement of Tan Sri Abdul Gani Patail as Attorney-General. Former Kuala Lumpur CID chief Datuk Mat Zain Ibrahim also accused Abdul Gani of hijacking an investigation against Datuk Seri Anwar Ibrahim in 1999 in order to conceal his role in "indemnifying" the former Malacca chief minister from being prosecuted for corruption.
The investigation, he explained, had been wrested from him and given instead to former Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan, who was then an investigating officer.
Read More / Baca Lagi >>

NGO Kristian 'keras', PEMBELA ugut tarik diri

Posted: 28 Mar 2011 05:35 AM PDT

Sebuah gabungan pertubuhan Islam hari ini mengugut untuk menarik diri daripada sebuah jawatankuasa persefahaman agama sekiranya NGO Kristian terus berkeras dalam isu melibatkan naskhah Injil dalam berbahasa Melayu.

Satu kenyataan gabungan pertubuhan itu menyebut, NGO Kristian berkenaan perlu menggunakan "saluran perbincangan" melalui Jawatankuasa Kerja Mempromosi Persefahaman Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKAPA) bagi mengutarakan isu berkenaan.
"Kami menegaskan, jikalau mereka berterusan hendak mengambil pendekatan konfrontasi dan (tindakan) keras, kami mungkin mengambil keputusan untuk menarik diri daripada jawatankuasa tersebut," kenyataan itu dipetik.
Read More / Baca Lagi >>

JPJ Tak Dapat Kesan Kereta WQU 1925 Yang Bawa Chegubard Ke Hotel Shangri-La

Posted: 28 Mar 2011 05:33 AM PDT


Kereta misteri yang membawa Badrul Hisham Shaharin (chegubard) dari Institut Jantung Negara (IJN) ke Hotel Shangri-La bagi menyaksikan video seks di satu bilik pada 21 Mac is "benar-benar pelik dan tidak dapat dikesani".

Semakan chegubard menunjukkan kereta berkenaan mungkin digunakan oleh "seseorang yang melakukan kerja-kerja risikan pihak polis".

Semakannya juga mendapati, kereta Volvo Sedan yang berwarna emas tidak dapat dikesan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.

"Nombor pendaftarannya ialah WQU 1925 tidak wujud di dalam pengkalan data JPJ," kata beliau apabil dihubungi hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: