RAKYAT MARHAEN |
- Fitnah II : Tak pernah dibuktikan DNA datang dari semen – Pakar
- Gempa Bumi di Zaman Rasulullah Saw, hikmah dan pengajaran??
- Fitnah II : Mahkamah Ditangguh, Hakim Semak Keputusan Perbicaraan Dalam Perbicaraan
- DNA: Dakwa Najib ke mahkamah- Karpal
- Taib takut tempoh kempen lama bongkar penyelewengannya
- Fitnah II: NGO serah memorandum sokongan kepada Anwar
- Isu kekayaan Taib, tanah adat tidak cukup berkesan?
- Pemandu teksi di Kuching: "Ini orang (Taib) perlu dijatuhkan!"
- DUN Sarawak dibubar hari ini, SPR mesyuarat Rabu
- Tougher but more imaginative, holistic ways needed to curb household debt
- A free and independent Sarawak
- AS guna Tomahawk terbaru di Libya
- Pengguna panik beli ayam..lagi mahal lagi baik..!!!
- Saman ekor, debat, Buku Jingga akan tamatkan BN
- Malaysia Maju : 145 anak luar nikah dilahirkan setiap hari ini.
- Kad kredit: Prestij atau bencana....Along berlesen..!!!
- MEROYAN : UMMI DAKWA ANWAR INGIN JADIKAN MALAYSIA NEGARA REPUBLIK
- Siasat Taib Sebelum Hari Penamaan Calon
- Taib Mahmud, antara yang kaya dan miskin
- Fitnah II : Karpal jawab tuntutan untuk sampel DNA Anwar hari ini..
- Kasihan penoreh, harga getah terus menjunam ..masa naik sokong BN...masa turun salahkan PR..!!!
- Barangkali Datuk Seri Mustapa Mohamed Sudah "Nyanyuk"...
- Interlok: Konspirasi membunuh
- TUAH DI P.PINANG, MALANG DI JELEBU
- Libya diserang buat hari kedua, Gaddafi umum gencata senjata
Fitnah II : Tak pernah dibuktikan DNA datang dari semen – Pakar Posted: 20 Mar 2011 08:59 PM PDT KUALA LUMPUR: Hakikat bahawa DNA yang dikemukakan oleh pendakwa adalah dipalit secara tipu helah disahkan oleh seorang pakar DNA, Dr Brian L McDonald. Ini kerana menurut beliau, bukti-bukti DNA yang dibawa sepanjang perbicaraan adalah tidak relevan kerana ia bukan datang dari semen milik Datuk Seri Anwar Ibrahim atau dari anus Saiful. "Tidak ada satu pun keterangan yang membuktikan bahawa DNA 'Lelaki Y' (yang dikemukakan di mahkamah) diperolehi dari semen milik Anwar atau dari anus pengadu (Saiful)," kata Dr Brian. Beliau menambah, malah pakar-pakar kimia yang dikemukakan oleh pihak pendakwa sebagai saksi, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon dalam kes ini juga gagal membuktikannya. "Dr Seah, walaupun menyatakan sampel DNA tersebut diambil dari anus tertuduh, tetapi gagal mengemukakan bukti untuk menyokong kenyataannya," kata beliau dalam emel kepada KeadilanDaily. Malah, tambah beliau keterangan Dr Seah and Nor Adora dalam mahkamah juga bercanggah dan tidak konsisten. Dr Brian mempunyai PhD dalam bidang Phatologi dari University of Western Australia. Beliau yang beroperasi di Australia mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang DNA dan Forensik. Pendapat Dr Brian ini mengesahkan teori konspirasi umum bahawa DNA Anwar diambil ketika beliau di dalam lokap, kemudiannya dipalit ke sampel bagi mewujudkan bukti. |
Gempa Bumi di Zaman Rasulullah Saw, hikmah dan pengajaran?? Posted: 20 Mar 2011 08:55 PM PDT Oleh: traveller06 " Setidaknya dua kali gempa tercatat dalam riwayat hadits Nabi. Yang pertama di Mekah. Dan kedua di Madinah. Pertama,Dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi, Ibnu Kuzaimah, ad-Daruquthni, dan lainnya dari Utsman bin Affan bahwa dia berkata, Apakah kalian tahu Rasulullah pernah berada di atas Gunung Tsabir di Mekah. Bersama beliau; Abu Bakar, Umar dan saya. Tiba-tiba gunung berguncang hingga bebatuannya berjatuhan. Maka Rasulullah menghentakkan kakinya dan berkata: Tenanglah Tsabir! Yang ada di atasmu tidak lain kecuali Nabi, Shiddiq dan dua orang Syahid." Kedua, hadits shahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik, dia berkata: "Nabi naik ke Uhud bersamanya Abu Bakar, Umar dan Utsman. Tiba-tiba gunung berguncang. Maka Nabi menghentakkan kakinya dan berkata: Tenanglah Uhud! Yang ada di atasmu tiada lain kecuali Nabi, Shiddiq dan dua orang syahid." Di antara pelajaran besar dalam dua riwayat di atas bahwa ternyata gunung tidak layak berguncang saat ada 4 manusia terbaik ada di atasnya. Nabi harus menghentakkan kaki dan mengeluarkan perintah kepada gunung untuk menghentikan guncangan tersebut. Di sinilah pelajaran besarnya bagi kita sebagai analisa pertama tentang gempa. Bahwa keberadaan orang-orang shaleh di sebuah masyarakat membuat bumi tidak layak berguncang. Kriteria keshalehan sangat spesifik disebutkan dalam riwayat tersebut. Untuk kita, hanya tinggal dua pilihan mengingat sudah tidak ada lagi nabi. Yaitu: Shiddiq. Kriteria utama Abu Bakar adalah beriman tanpa ada rasa keraguan sedikit pun. Dan Syahid. Mereka yang meninggal fi sabilillah. Jika manusia dengan dua kriteria itu masih banyak yang hidup di atas bumi, maka bumi tidak layak gempa. Sebaliknya, gempa terjadi manakala bumi telah sepi dari keberadaan orang-orang dengan keimanan tanpa ada kabut keraguan dan orang-orang yang meninggal fi sabilillah. Dalam riwayat mursal yang disebutkan oleh Ibnu Abid Dun-ya, setelah Rasulullah menenangkan guncangan beliau berkata kepada para shahabat, "Sesungguhnya Tuhan kalian sedang menegur kalian, maka ambillah pelajaran!" Gempa di Mata Umar bin Khattab radhiallahu anhu Gempa juga tercatat pernah terjadi di Masa kekhilafahan Umar, sebagaimana yang disampaikan dalam riwayat Ibnu Abid Dun-ya dalam Manaqib Umar. Madinah sebagai pusat pemerintahan kembali berguncang. Umar menempelkan tangannya ke tanah dan berkata kepada bumi, "Ada apa denganmu?" Dan inilah pernyataan sang pemimpin tertinggi negeri muslim itu kepada masyarakat pasca gempa, "Wahai masyarakat, tidaklah gempa ini terjadi kecuali karena ada sesuatu yang kalian lakukan. Alangkah cepatnya kalian melakukan dosa. Demi yang jiwaku ada di tangan-Nya, jika terjadi gempa susulan, aku tidak akan mau tinggal bersama kalian selamanya!" Kembali, generasi terbaik itu mengajarkan ilmu mulia bahwa gempa terjadi karena dosa yang dilakukan oleh masyarakat. Umar dengan tegas menyatakan itu. Lebih tegas lagi saat dia bersumpah bahwa jika terjadi gempa susulan, Umar akan meninggalkan Madinah. Karena itu artinya dosa kembali dikerjakan dan tidak kunjung ditaubati. Gempa di Mata Ka'ab bin Malik radhiallahu anhu Shahabat Ka'ab bin Malik mempunyai pendapat yang mirip dengan Umar bin Khattabh. Inilah pernyataan lengkapnya tentang gempa, "Tidaklah bumi berguncang kecuali karena ada maksiat-maksiat yang dilakukan di atasnya. Bumi gemetar karena takut Rab nya azza wajalla melihatnya." Ka'ab menyebut bahwa guncangan bumi adalah bentuk gemetarannya bumi karena takut kepada Allah yang Maha Melihat kemaksiatan dilakukan di atas bumi-Nya. Gempa di Mata Ummul Mukminin Aisyah radhiallahu anha Inilah pelajaran yang diberikan oleh guru besar para shahabat dan tabi'in sepeninggal Nabi selama 47 tahun; Aisyah istri Nabi, seperti yang disampaikan oleh Ibnu Qayyim dalam kitabnya al-Jawabul Kafi. Suatu saat Anas bin Malik bersama seseorang lainnya mendatangi Aisyah. Orang yang bersama Anas itu bertanya kepada Aisyah: Wahai Ummul Mukminin jelaskan kepadaku tentang gempa. Aisyah menjelaskan, "Jika mereka telah menghalalkan zina, meminum khamar dan memainkan musik. Allah azza wajalla murka di langit-Nya dan berfirman kepada bumi: guncanglah mereka. Jika mereka taubat dan meninggalkan (dosa), atau jika tidak, Dia akan menghancurkan mereka. banyak lagi di SINI " |
Fitnah II : Mahkamah Ditangguh, Hakim Semak Keputusan Perbicaraan Dalam Perbicaraan Posted: 20 Mar 2011 08:45 PM PDT KUALA LUMPUR 21 MAC: Perbicaraan kes fitnah kedua ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersambung hari ini ditangguhkan pada Rabu bagi memberi laluan kepada hakim Zabidin Mohd Diah menyemak penghakimannya pada prosiding perbicaraan dalam perbicaraan sebelum ini. Beliau terdahulu diminta menyemak semula penghakimannya oleh pihak pendakwwaan berhubung keputusan berkenaan dan juga mahu mahkamah mengarahkan Anwar menyerahkan sampel DNAnya bagi tujuan profailing. Zabidin sebelum ini memutuskan sampel DNA Anwar yang diperoleh pada Julai 2008 di sel D7, ketika beliau ditahan semalaman sebagai tidak sah. Barangan yang dimaksudkan ialah botol air minuman, berus gigi dan tuala 'Good Morning' serta sehelai bulu. Sementara itu, suasana di kompleks Mahkamah Jalan Duta pagi tadi kembali 'meriah' dengan kehadiran anggota polis lebih ramai berbanding biasa. Dilaporkan juga, Gerakan Anti Pendakwaan Terpilih (GAPET) turut menyerahkan memorandum kepada Anwar sebagai tanda sokongan untuk menangkis desakan proksi Umno-BN memberikan sampel DNA bagi mengaitkan beliau dengan 'lelaki Y' dalam kes konspirasi kedua membabitkan dirinya. Turut hadir, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nizmi Nik Ahmad, Badrul Amin Baharom, Azan Ismail, Saifudin Nasution dan Johari Abdul. |
DNA: Dakwa Najib ke mahkamah- Karpal Posted: 20 Mar 2011 08:42 PM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri hendaklah didakwa atas tuduhan menghina mahkamah, kata ketua pasukan peguam bela perbicaraan Fitnah II, Karpal Singh. Menurut Karpal, tuntutan itu berikutan campur tangan Datuk Seri Najib Razak kerana memberi komen berkaitan kes ini dengan meminta Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA beliau. Karpal membuat permohonan tersebut semasa membentangkan hujah balasnya bagi menolak permohonan pendakwa minggu lepas untuk mahkamah menyemak semula penolakan tiga barang sebagai bukti termasuk permohonan mereka yang mahu Anwar menyerahkan sampel DNAnya. Bagaimanapun Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamad Zabidin Mohd Diah hanya berpura-pura tidak mendengar permohonan Karpal dan meminta Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden untuk memberikan hujah balasnya terhadap pembentangan Karpal pagi ini. Menurut Mohd Yusof, DNA adalah elemen paling hampir dengan cap jari manusia yang unik. Atas alasan itulah katanya, pendakwa raya memohon mahkamah untuk mengarahkan Anwar memberikan DNA beliau. Karpal membalas kenyataan Mohd Yusof dan berkata bahawa Akta Bukti belum lagi dipinda untuk memasukkan DNA sebagai salah satu perkara yang boleh didapatkan di mahkamah tanpa izin tertuduh. Mohamad Zabidin berkata, beliau tidak dapat memberikan keputusan hari ini dan hanya akan berbuat demikian Rabu ini. "Amat jelas saya tidak dapat memberikan keputusan hari ini. Saya memerlukan masa untuk meneliti perkara ini. "Jika peguam bela berpendapat piahk anda mempunyai kes, anda boleh memfailkannya kepada unit pengurusan di mahkamah," kata Mohamad Zabidin. Terdahulu, Karpal berkata, peguam bela tidak mempertikaikan bahawa keputusan bicara-dalam-perbicaraan boleh disemak semula. Namun, katanya dakwaan Anwar bahawa beliau ditahan secara tidak sah tidak pula dicabar pendakwa raya sebelum ini. "Seksyen 62 Akta Bukti tidak memberikan kuasa kepada mahkamah untuk mengarahkan mana-mana tertuduh menyerahkan sampel DNA mereka," kata Karpal. |
Taib takut tempoh kempen lama bongkar penyelewengannya Posted: 20 Mar 2011 08:28 PM PDT Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN Teka-teki tarikh pilihan raya negeri Sarawak ke-10 hampir berakhir. Pagi tadi (17 Mac), Ketua Menteri Taib Mahmud mengadakan pertemuan selama satu jam 15 minit dengan Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Mohammad Salahuddin Abang Barieng. Walaupun ia amalan biasa setiap kali berlangsungnya mesyuarat kabinet, namun ramai percaya perjumpaan itu turut menyentuh isu paling hangat, iaitu pembubaran Dewan Undangan Negeri. Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), James Jemut Masing berkata, Taib telah memberi bayangan yang jelas dalam mesyuarat kabinet berkenaan, bahawa pilihan raya negeri akan diadakan pada bulan April. "Jika anda mahu bertaruh, anda boleh bertaruh pilihan raya akan diadakan pada bulan April," kata Masing. PRS merupakan salah satu daripada empat komponen BN negeri dan mempunyai 8 Adun. Keseluruhannya, BN menguasai 63 kerusi, manakala pembangkang lapan (DAP enam, KeADILan dan Parti Cinta Malaysia, masing-masing satu). Sebelumnya, dalam pilihan raya negeri 2001, tempoh berkempen selama 11 hari, dan pada 1996 selama 11 hari. Bagaimanapun, baru-baru ini Pengerusi SPR, Abdul Aziz Yusof sudah menggambarkan bahawa tempoh kempen pilihan raya Sarawak akan dipendekkan, dan tidak menolak kemungkinan ia hanya sekitar tujuh hari, seperti tuntutan Pemuda BN Sarawak. Dan beliau turut memberikan daleh mengapa ia perlu disingkatkan. Bagi saya, pertimbangan Aziz (ini merupakan pilihan pertama yang dikendalikan SPR di bawah Aziz) "seratus peratus" bagi memenuhi kehendak Taib, untuk memastikan penguasaan selesa BN dalam Dun Sarawak berkekalan. Umum mengetahui sikap autoritarian Taib yang sukar dibantah. Baru Bian, Pengerusi KeADILan Sarawak, merupakan antara tokoh politik tempatan yang digeruni Taib Beberapa SMS yang saya terima pada petang Khamis itu (17 Mac) membuat ramalan hampir sama. Mereka menjangkakan, pada 21 Mac Dun Sarawak akan dibubarkan, dan tarikh penamaan calon pada 9 April (atau 6 April), manakala hari mengundi bakal ditetapkan pada 16 April. Sepatutnya SPR tidak terikat dengan mana-mana kepentingan untuk menentukan tarikh penamaan calon dan hari mengundi. Kewibawaan dan integriti SPR tercabar jika benar tempoh kempen hanya sekitar seminggu. Berdasarkan faktor geografi dan kemudahan perhubungan di Sarawak, ramai pemerhati dan tokoh politik mendesak agar tempoh minimum kempen tidak kurang 21 hari. Dalam suasana media -- khususnya yang beroperasi di negeri itu -- dikawal ketat, maka parti-parti pembangkang memerlukan masa lebih lama untuk menyampaikan mesej, menerangkan manifesto, menyanggah serangan BN dan memperkenalkan calon. Untuk mengadakan majlis ceramah pun perlu melalui pelbagai sekatan dan gangguan, termasuk oleh pihak polis, selain "samseng-samseng upahan" yang berkeliaran. Saya pernah bertanyakan seorang penganalisis politik di Kuching, mengapa tiada buku yang mendedahkan perilaku Taib dan konco-konconya diterbitkan. Jawabnya ringkas: "Di sini orang takut untuk bersuara. Elok saudara yang mengusahakan buku itu. Pasti meletup!" Disebabkan kesuntukan masa, hajat untuk membukukan skandal Taib terpaksa ditangguhkan. BN sememangnya takut segala penyelewengan, salahguna kuasa dan penindasan (terutama berkaitan rampasan tanah adat, NCR) terbongkar. Isu NCR ibarat bom jangka yang cukup meresahkan golongan Bumiputera Sarawak. Taib dan keluarganya didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat yang diberikan tanah berkenaan -- dalam keluasan yang cukup mengejutkan -- secara percuma. Taib memang begitu terasa bahang kepanasan demam pilihan raya kali ini. Selepas 30 tahun menerajui takhta kuasa dan berlagak seumpama seorang raja, dengan anak-anak dan cucu-cucu, serta saudara-mara dan ipar duainya (tidak terkecuali anggota kabinet beliau), yang tidak segan silu mempamerkan kemewahan, Taib mahu mempastikan sebelum dia berundur, "segala-galanya" selamat. Usaha menempatkan anak lelakinya dalam politik Sarawak nampak gagal. Beliau pastinya menyedari bagaimana nasib malang serta cukup menghinakan yang menimpa beberapa diktator di Tanah Arab yang dihalau rakyat sendiri. Pembongkaran aset kekayaan suku-sakat dan kroni Taib sudah tersebar di seluruh pelosok alam, khususnya melalui beberapa laman seperti sarawakreport.org dan siaran radio Free Sarawak. Ia dikendalikan oleh Clare Rewcastle Brown, adik ipar bekas Perdana Menteri Britain Gordon Brown, dan Iban, Peter John Jaban. Sekiranya Dun Sarawak dibubarkan 21 Mac ini, dan tempoh kempen dipendekkan sebegitu rupa, mungkin tidak banyak yang mampu diusahakan Harakah bagi sama-sama berganding tenaga mencetuskan perubahan di Bumi Kenyalang itu. Apa pun, Harakah perlu diperluaskan jaringan pengedarannya, termasuk di Sabah dan Sarawak, untuk menawarkan berita dan analisis yang berbeda. Namun, saya agak terkedu apabila membaca tulisan terbaru Dinsman, "Apabila aktivis PAS sendiri susah dapat Harakah!" ------- Artikel ini ditulis pada 17 Mac 2011. Dua hari selepas itu, Taib Mahmud mengumumkan Yang Dipertua Negeri bersetuju dengan cadangannya bahawa Dun Sarawak akan dibubarkan pada 21 Mac. Pemerhati politik menjangkakan tarikh penamaan calon mungkin dipercepatkan pada 6 April, manakala hari pengundian tetap sama, iaitu 16 April. |
Fitnah II: NGO serah memorandum sokongan kepada Anwar Posted: 20 Mar 2011 08:27 PM PDT Ia bertujuan menyerahkan memorandum sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilakukan Pengerusi Gerakan Anti Pendakwaan Terpilih (Gapet), Khairul Anuar Othman. Gapet adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO. Demontrasi kira-kira jam 9 pagi itu berlangsung aman walaupun ramai anggota polis ditempatkan di sekitar kawasan mahkamah. |
Isu kekayaan Taib, tanah adat tidak cukup berkesan? Posted: 20 Mar 2011 08:23 PM PDT Oleh INTAN ABDULLAH KUALA LUMPUR: Umno-BN dipercayai akan menggunakan isu perkauman bagi mempertahankan penguasaannya pada Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak tidak lama lagi. Menurut Penganalisis Politik daripada Wadah Pencerdasan Umat, Prof Madya Dr Shahruddin Badarudin, pengundi Melayu-Melanau yang dipercayai bakal mengekalkan undi mereka terhadap BN akan didoktrinkan kepercayaan mengenai kehilangan autonomi Melayu terhadap pemerintahan pentadbiran kerajaan negeri itu sekiranya mereka tidak menyokong Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. "Saya lihat kebijakan BN adalah mereka boleh memanipulasi isu etnik untuk terus mengekalkan penguasaan mereka di Sarawak dengan menyatakan memberi undi kepada selain Taib akan memberikan kesan yang lebih teruk kepada masa depan Melayu-Melanau," katanya kepada Harakah baru-baru ini. Walaupun pengundi Melayu di Sarawak berjumlah 27 peratus, ujarnya itu tetap tidak akan mengubah apa-apa keadaan yang telah sedia ada. Dalam pada itu, Shahruddin berkata pengundi Cina seramai 32 hingga 33 peratus pula dilihat berpotensi untuk menzahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap banyak isu di negeri itu ke dalam bentuk undi. "Mereka yang kebanyakannya tinggal di Sibu dan kawasan-kawasan bandar memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber terutamanya internet yang memberikan kelebihan untuk menilai isu-isu setempat," ujarnya. Namun begitu, beliau berkata pengundi Iban yang dianggap sebagai penentu kemenangan pada PRU negeri itu pula berpecah dan sukar dijangka kecenderungannya. Ditanya mengenai isu yang relevan kepada pengundi Sarawak, beliau merasakan kebanyakan isu seperti kekayaan Taib serta masalah tanah sukar untuk meninggalkan kesan di hati pengundi. "Hal ini adalah disebabkan halangan dari segi logistik termasuk cara penyebaran maklumat yang lebih banyak bergantung kepada internet serta kos penerangan melalui kertas yang tinggi. "Ini merupakan cabaran yang getir buat Pakatan Rakyat dalam mengadakan proses penerangan serta penyebaran bahan-bahan kempen kepada pengundi memandangkan kos yang terpaksa ditanggung begitu tinggi," katanya lagi. Tambahnya, daripada 71 Dun yang terdapat di Sarawak, lebih dua pertiga daripadanya adalah penduduk yang tinggal di luar bandar. Pengundi Melayu yang kebanyakannya tinggal di pesisiran pantai dan sungai dilihat agak sukar terkesan dengan isu kekayaan yang dimiliki Taib. Manakala isu tanah yang dikatakan relevan juga dikatakan kurang dirasakan pengundi kerana kebanyakan tanah yang terlibat tidak diisytiharkan pemilikannya oleh sesiapa pun. "Secara psikologinya, pengundi Melayu merasakan mereka tidak selamat jika mereka mengubah sokongan sebaliknya pengundi Cina berupaya melakukan sedemikian," tambahnya. |
Pemandu teksi di Kuching: "Ini orang (Taib) perlu dijatuhkan!" Posted: 20 Mar 2011 08:21 PM PDT Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB Pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Sarawak bersama rombongan Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman memberi pengalaman yang baru kepada penulis.Semasa penerbangan Kuala Lumpur ke Kuching, penulis dan rakan jurugambar, Wan Zahari Wan Mohd Salleh tidak bersama dengan rombongan PAS yang terlebih dahulu ke Sabah pada 10 Mac. Penulis perlu mengikuti program Himpunan Tanah Sarawak yang dianjurkan Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Pusat dengan kerjasama PAS Sarawak yang diadakan pada 13 Mac di sebuah restoran dekat Simpang Tiga Kuching Namun misi yang lebih penting ialah, menelusuri kehidupan masyarakat di Sarawak, lebih-lebih lagi ketika ini hangat diperkatakan tentang kekayaan luar Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan sanak-saudaranya, serta kroninya. Hari pertama berada di Sarawak, penulis mula mendekati beberapa peniaga berketurunan Cina di kawasan Simpang Tiga berdekatan dengan penginapan penulis yang rata-ratanya cukup benci dengan Taib Mahmud. Tanggal 13 Mac, sebaik bersarapan dengan Wan Zahari, penulis menaiki teksi untuk ke lokasi program yang terletak kira-kira 10 minit dari penginapan kami. Terkejut penulis dengan telahan pemandu teksi, sebaik penulis bertanyakan tentang apa pandangan beliau terhadap Taib Mahmud. "Ini orang perlu dijatuhkan, kami tidak mahu lagi dia, kita kena sokong Pakatan Rakyat. Di sini kita semua tidak suka dengan Taib, dia kaya, rakyat miskin, anak dia kaya, anak kami melarat," pemandu teksi menunjukkan rasa geram terhadap Taib Mahmud. Sebaik tiba dilokasi, penulis bertemu dengan beberapa orang pelajar Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang turut menghadiri program anjuran PAS itu sebagai satu kajian dalam pengajian mereka. Penulis turut mendapatkan pandangan beberapa mahasiswa Unimas tentang pemerintahan Taib Mahmud, dan daripada lima yang ditanya, empat memberikan respon agar rakyat Sarawak segera menjatuhkan Taib Mahmud sementara seorang lagi 'tidak pasti'. Penulis kemudiannya masuk ke program Himpunan Tanah Sarawak. Program tersebut turut dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid dan pimpinan PAS Pusat yang tiba pada jam 9.00 pagi. Rintihan demi rintihan daripada penduduk tempatan mengenai rampasan tanah didengari, dan pimpinan PAS cuba memberikan solusi kepada mereka termasuk solusi politik dengan perubahan pada pilihan raya negeri. Isu paling besar ialah isu rampasan tanah, ujar Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Sarawak, Baru Bian ketika ditemui penulis sebaik tamatnya program Himpunan Tanah Rakyat Sarawak. Ramai di kalangan rakyat yang tanahnya dirampas tidak mengetahui hak mereka, termasuk Kanun Tanah Sarawak yang cukup mudah dimanipulasi untuk kepentingan pemerintah yang zalim. Sebaik habis program, penulis bersama aktivis PAS Sarawak, Umar Junid bergegas membuat tinjauan di sekitar Bandar Kuching.Nyata sangkaan penulis tepat, apabila menjengah kehidupan rakyat terutamanya di kawasan Setinggan Kampung Gita Baru rumah-rumah mereka begitu dhaif. Ada yang sudah mahu menyembah bumi, dan mereka ini hidup dalam kemelataran di bumi sendiri dengan pekerjaan yang hanya mampu melahirkan pendapatan sekitar RM300 ke RM500 sebulan. Tidak jauh dari Kg Gita Baru, terdapat perumahan ekslusif yang menempatkan Ketua Menteri, beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Sarawak, pegawai-pagawai khasnya, dan kawasan santai yang cukup mewah. Rumah Ketua Menteri sendiri cukup luas, mewah dan dikelilingi tasik buatan serta di belakangnya jajaran sungai, sementara di bahagian kanannya terdapat rumah-rumah mewah umpama istana dipercayai menempatkan beberapa pegawai dan Adun BN. Tinjauan kami menghala ke pinggir Bandar Kuching melewati jajaran jalan tidak sampai dua Kilometer yang bertol, bukan sahaja kereta yang perlu mambayar tol, tetapi motorsikal turut dikenakan 50 sen. Misi tinjauan di Kuching tamat pada jam 5, dan kami perlu bergegas ke lapangan Terbang Kuching untuk bertolak ke Miri pada jam 7.35 malam bersama rombongan PAS yang diketuai Tuan Ibrahim. Sebaik tiba di Miri, kami bergegas ke satu program ceramah bersama masyarakat setempat di Dun Senadin di Taman Permai. Sebaik selesai ceramah, penulis dan rombongan PAS bersama-sama ke markas PAS Miri yang terletak tidak jauh daripada kawasan ceramah. Keesokan harinya, (14 Mac), penulis mengikuti rombongan PAS meninjau kehidupan masyarakat pelbagai latar belakang di Miri. Mulanya rombongan kami ke sebuah kawasan ekslusif di Luak Exsplanade di tepi pantai yang menempatkan rumah-rumah kroni Taib Mahmud yang mewah umpama Istana Sultan. Ada sebuah rumah umpama di Miami dan Hawaii yang dibina betul-betul di tepi pantai dengan sekuritinya cukup ketat dan sukar untuk kami mendekati kawasan rumah berkenaan. Selepas menjengah Luak Exsplanade, kami ke Kampung Pujut 2 di pinggir bandar Miri untuk bertemu beberapa suku kaum termasuk kaum Kayan di Setinggan Kg Pujut 2. Apa yang dapat dilihat, keadaan rumah yang didirikan di atas air cukup dhaif dengan bekalan elektrik yang tiada serta kebersihan air dan persekitaran yang cukup mengerikan. Tidak terjangkau dek fikiran, masih ada lagi rakyat Malaysia yang juga penduduk asal Sarawak ini duduk dalam 'air' dengan rumah yang akan runtuh bila-bila masa, malah mereka juga diancam akan diusir dari kawasan itu akibat desakan pembangunan. "Kita tidak lagi mahu Taib Mahmud.Wakil rakyat PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) hanya tahu datang ketika mengundi, selepas mengundi mereka tidak datang lagi, mereka banyak tabur janji, tetapi mereka tidak tepati, kami sudah tidak mahu undi mereka lagi," luah Wan Jak yang merupakan individu penting di Kg Pujut 2. Langkah pulang kami disusuli dengan perbincangan penulis, Mazlan dan Tuan Ibrahim bagi mencetuskan isu-isu berhubung kemiskinan dan kemelataran di Sarawak. Jelas terpancar di wajah Tuan Ibrahim dan Mazlan akan kekecewaannya terhadap apa yang berlaku ke atas rakyat Sarawak, dan mereka mengulangi azam untuk tekad membantu rakyat Sarawak keluar dari belenggu kezaliman pemerintah BN. Tanggal 15 Mac, penulis pulang ke Semenanjung dengan penerbangan AirAsia pada jam 9.55 pagi.Hati penulis sayu meninggalkan Bumi Kenyalang, bukan kerana keindahan buminya, tetapi mengenangkan nasib rakyatnya yang sangat tidak terbela oleh pemerintahnya yang kaya raya. Bila-bila masa sahaja, rumah milik Wan Jak, Ngau Jok, Paya Daeng, Pricilia Emang, Petrus Ngau, Puyang Emang dan ramai lagi akan dirampas atas nama pembangunan, yang disebaliknya untuk kekayaan kroni. Penulis sendiri akan datang lagi ke Sarawak, (itupun jika tidak ada sekatan di Imigresen Sarawak hanya kerana mengkisahkan kekayaan Taib Mahmud) sebelum pilihan raya negeri untuk lagi menerokai isu-isu membabitkan rakyat Sarawak. Taib Mahmud dan kerajaannya harus menerima tekanan rakyat, dan tekanan itu boleh bermula dengan pemugaran isu-isu membabitkan pentadbiran beliau. |
DUN Sarawak dibubar hari ini, SPR mesyuarat Rabu Posted: 20 Mar 2011 08:15 PM PDT KUALA LUMPUR, 21 Mac — Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubar hari ini — membuka laluan kepada pilihan raya negeri ke-10 selepas teka-teki dan spekulasi yang berlarutan kira-kira setahun. Suruhanjaay Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas di Kuching Rabu ini bagi menentukan tarikh pilihan raya. Sabtu lalu, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata, beliau telah mengunjungi Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng Khamis lalu bagi mendapatkan persetujuannya untuk membubarkan dewan. Notis pewartaan pembubaran akan dibuat hari ini. Ramai menjangkakan penamaan calon dan pengundian akan diadakan pada 6 dan 16 April ini. Fasal (4) Perkara 21 perlembagaan negeri memperuntukkan bahawa pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri. SPR perlu mengadakan mesyuarat dalam tempoh 10 hari sejak wujud kekosongan untuk menentukan tarikh pilihan raya. Mandat semasa Dewan Undangan Negeri Sarawak yang memperuntukkan 71 kerusi akan tamat pada 23 Julai ini. Pilihan raya negeri yang lepas diadakan pada 20 Mei 2006. Ia adalah pilihan raya negeri terakhir bagib Taib dan yang pertama bagi Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri. Sabtu lalu ketika mengumumkan tarikh pembubaran, Taib yang genap 30 tahun menerajui pentadbiran Sarawak Sabtu ini turut melahirkan hasrat untuk berundur sebagai ketua menteri, menyatakan beliau bercadang berbuat demikian sejak 2006 tetapi terpaksa menangguhkannya kerana tidak dapat dilaksanakan. Najib juga hadir pada sidang media Sabtu lalu ketika Taib mengumumkannya di Kuching. Ketika ini, BN negeri menguasai 63 daripada 71 kerusi selepas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Engkilili, Dr Jonical Rayong Ngipa, yang bertanding atas tiket parti pembangkang Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), menyertai BN tahun lepas. DAP menguasai enam kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM), menerusi wakil rakyat Bebas, masing-masing menguasai satu kerusi. |
Tougher but more imaginative, holistic ways needed to curb household debt Posted: 20 Mar 2011 08:13 PM PDT "The requirement of RM24,000 is still too low in my opinion. That would make it an average of RM2,000 total income a month, but I feel that setting the bar at a RM4,000 monthly income would be better," Malaysian Investors Association president Dr P.H.S Lim told Malaysia Chronicle. His words may strike a discordant note with young workers or the lower-income out to secure some credit to get by the rising cost of living especially in the cities, but other elders agree with him. They believed the federal government should have applied a more holistic approach using consumer education and instilling a virtuous cycle among Malaysian workers rather than just prod Bank Negara into unleashing a slew of curbs based on financial limits. "To us who have gone through the boom and bust cycles and have suffered the really lean times, credit cards are not that wonderful. Yes, it helps but it is temporary relief and you have to pay through your nose," PAS treasurer-general Hatta Ramli told Malaysia Chronicle. "Spending habit is a lifestyle, and for this, the federal government must take the blame for encouraging Malaysians to become indebted from young. The moment you come out from college, you are encouraged to buy a car to support the national automakers. That is your first debt. Then you look for an apartment or house. Your cash-flow becomes insufficient and you then have to turn to credit cards for relief. But that becomes your debt as well." Not enough information On Friday, the central bank announced several measures to tackle rising household debt, which stood at RM577 billion in November 2010, or equivalent to 74 per cent of Gross Domestic Product. According to deputy governor Nor Shamsiah, credit card debt was rising but remained at a manageable level. As at end 2010, outstanding credit card debt totalled RM30.8 billion or 5 per cent of total household debt. "Although credit card usage continued to increase, non-performing loan ratio remains low. As at end 2010, credit card non-performing loans were only 1.7 per cent of total credit card loans and 2 per cent of the total banking system's non-performing loans," the deputy governor had said. However, some private analysts have estimated a higher figure. Out of the RM577 billion total household debt, RM118 billion was hire purchase loans for passenger cars, RM225 billion for housing loans and RM22 billion for personal loans. Credit card debt was an estimated RM200 billion. "There is not enough information provided. We are not saying credit cards are not good but the message must get through that it is about responsible spending and not getting an easy way out. Bank Negara should also inform us which income group is having the debt problem. For all you know, the lower income group may be better behaved," Hatta said. "Bank Negara must also be strict with the issuers, not just the users. Quite often, card companies are lax in implementing the stipulated conditions because this is to their advantage. That is not wrong, but it must also be about social and corporate responsibility. That's what we are saying." Inflation will make it worse Other analysts including CIMB chief economist Lim Heng Guie welcomed the central bank move to curb credit card spending. Whilst unpopular, Lee said it was timely. "Young adults apply for credit cards and they tend to overspend, leading to debt rise among young people," Heng Guie told Malaysia Chronicle. As for MIA's Lim, banks should not be giving out credit cards too easily, especially with today's inflation. He warned that the default credit card interest charged was very high and this made it even more difficult for card holders to pay off their debts. On Friday, the central bank also limited the maximum credit limit for card holders earning RM36,000 a year or less to two times their monthly income of card holder per issuer. Cardholders earning RM36,000 per annum and less could only hold credit cards from a maximum of two issuers. Those whole held cards from more than two issuers had until the end of 2011 to select their preferred issuers. Cardholders would also be given at least two years to service their outstanding credit card debt for the credit cards that have been cancelled for the purpose of meeting this requirement. For existing cardholders, whose credit card outstanding balance exceeds the maximum credit limit, a grace period of two years will be given to them to meet with the new requirement. The central bank also asked card issuers to engage with the affected cardholders to assist them in restructuring their repayments to facilitate the smooth implementation of this measure. Cardholders can also seek the assistance of Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) for advice on their debt management. Bank Negara also said to ensure responsible business practices in provision of credit cards, the issuers must adopt fair, transparent and responsible approach in marketing and offering of credit cards to consumers. |
A free and independent Sarawak Posted: 20 Mar 2011 08:08 PM PDT Sarawak cannot secede from the federation but one can surmise that the state can act independently of the federal government. This document forms the cornerstone of Sarawak's entry into the Federation of Malaysia and should be the measure by which the state evaluates any new policy formulated by the federal government. The Barisan Nasional (BN) government has all along stated that Sarawak could not survive without a BN government. This is the slogan being chanted by BN representatives with the state election around the corner. This idea is erroneous since Sarawak existed as a self-governing mini-nation long before the idea of the Federation of Malaysia was mooted. It was not until June 21, 1962 – the day the Cobbold Report was completed and submitted to the prime ministers of Britain and Malaya – that a recommendation was was made and approved to form a federated Malaysia. The reason why this recommendation was accepted is a mystery since the Cobbold Commission found that only 33% were in full support of a merger with Malaya. The other two-thirds were divided among themselves: some wanted full independence first before any merger, some wanted safeguards put in place first while others were totally against the whole notion of a merger. Needless to say, on Sept 26, 1962, Sarawak did agree to be part of the federation but only if the 18-point agreement was in place to safeguard its interest. The rest is history and Sarawak became part of Malaysia. Mind-boggling ignorance Yet, it boggles the mind to see the ignorance of the BN government towards this agreement. Suffice to say, the agreement was broken not by Sarawak but by the federation on many fronts. The impounding of the bibles (which were eventually released) at Klang Port and Kuching Port, goes against Point One of the agreement: "While there was no objection to Islam being the national religion of Malaysia, there should be no state religion in Borneo (Sarawak and Sabah), and the provisions relating to Islam in the present Constitution of Malaya should not apply to Borneo." Minister in the Prime Minister's Department Nazri Aziz used the pending court case against the use of the term "Allah" by The Herald as the reason for impounding the bibles. But he made a mistake. The Federal Court case should have no bearing on the importing of the bibles by Sarawak since it is practising its right to freedom of religion. Moreover, the holy books are meant for distribution in the state. How Nazri can link a court case to the issue of impounded bibles is incredible. But it begs the main question: why impound the holy books in the first place? Can Sarawak secede from the federation to form an independent nation? Unfortunately not, if you read Point Seven of the agreement: "There should be no right to secede from the federation." Yet in looking at the heart of the whole agreement, one can surmise that Sarawak can act independently of the federal government. On the issue of the federal government's allocation for the state, one wonders why Point 11 of the agreement is not followed: "Borneo (Sarawak and Sabah) should retain control of its own finance, development and tariff, and should have the right to work up its own taxation and to raise loans on its own credit." Fundamental right Instead of the federation allocating money to Sarawak, the state should be the one giving pocket money to the federation. Thus, the BN government should not use the development-funding-blackmail route to woo voters every time a general election comes around. Sarawak can claim the right to be financially independent and it is provided for in the 18-Point Agreement. This fundamental right to self-govern and to act independently of the federation has been diluted or ignored by the BN government and kept hidden from the public eye. BN in effect has stripped Sarawakians of their dignity to stand on their own accord, while masking a rebranding exercise that seeks to mould the Sarawak government in the image of the federal government, which in fact goes against Point Eight of the agreement: "Borneanisation of the public service should proceed as quickly as possible." The BN government has blatantly ignored the 18-Point Agreement in formulating national policies. It is even sickening that the subjugation of Sarawak is assisted by the local BN state representatives who are ignorant altogether of the agreement. The dream is not far-fetched to install a Pakatan Rakyat government. All it takes is to say "No" to BN and a strong "Yes" to Pakatan. Yet, this should only happen if a Pakatan government can assure Sarawak that the spirit of the 18-Point Agreement would be safeguarded for future generations to come. Maclean Patrick is a webmaster based in Sarawak. |
AS guna Tomahawk terbaru di Libya Posted: 20 Mar 2011 08:05 PM PDT TRIPOLI – Tentera perikatan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) menjadikan sasaran ketenteraan Libya untuk menguji kekuatan dan kecanggihan peluru berpandu Tomahawk edisi terbaru. Peluru itu bukan sahaja meninggalkan kesan kemusnahan malah mampu memastikan tentera perikatan berada pada tahap risiko yang kecil kerana ia boleh dilancarkan dengan tepat, jauh dari kawasan konflik iaitu dari kapal perang atau kapal selam. Senjata itu digunakan oleh pihak Britain dan AS kerana ia sukar untuk dikesan dan mampu terbang pada ketinggian yang rendah dan laluan sukar. Selain itu, ia mampu terbang pada kelajuan supersonik dan telah digunakan secara meluas ketika konflik Perang Teluk dan operasi susulan pada Jun 1993. Kemunculan Tomahawk menuju ke Iraq pada waktu siang menjadi satu daripada imej yang mengagumkan ketika konflik tercetus pada 1991. Tomahawk turut digunakan ketika perang Bosnia pada 1995 dan di Iraq sekali lagi pada 1996. Peluru berpandu itu boleh juga dilengkapi dengan senjata konvensional atau bom nuklear. Tomahawk mula diperkenalkan oleh syarikat General Dynamics pada tahun 1970-an dan digunakan secara rasmi oleh Tentera AS pada 1983 sehingga ke hari ini. Ia mengalami pelbagai pembaharuan beberapa kali bagi meningkatkan keupayaannya. |
Pengguna panik beli ayam..lagi mahal lagi baik..!!! Posted: 20 Mar 2011 08:02 PM PDT Oleh Siti Nadirah Hafidzin HABIS...Gopal menunjukkan bekalan ayam yang kehabisan. Tinjauan Harian Metro di beberapa pasar basah, pasar raya dan kedai runcit sekitar ibu kota mendapati kebanyakan pengguna terburu-buru dengan membeli bekalan ayam dalam kuantiti banyak ekoran kebimbangan harga itu akan terus meningkat. Suri rumah, Saodah Abdullah, 50, berkata pengguna tidak mempunyai pilihan selain membeli ayam walaupun menyedari harga di pasaran terlalu mahal dan membebankan. "Saya berkeluarga besar yang memerlukan penggunaan ayam yang lebih sebagai bahan masakan. "Suami dan anak-anak lebih gemar ayam berbanding ikan atau daging menyebabkan saya membelinya dalam kuantiti banyak," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Saodah berkata, kenaikan itu tidak wajar kerana membebankan isi rumah yang terpaksa berbelanja lebih setiap hari terutama sepanjang seminggu cuti persekolahan selain faktor kenduri kahwin. Pengguna, Ahmad Bohari Mohd Nor, 46, berkata kenaikan harga ayam secara mendadak iaitu kira-kira RM1.50 itu memberi kesan kepada perbelanjaan hariannya. "Saya harap pihak terbabit memantau harga ayam terutama pada musim cuti sekolah dan perayaan kerana ada pihak mengambil kesempatan menaikkan harga terlalu tinggi," katanya. Peniaga pasar basah, R Gopal, 31, berkata peniaga terpaksa menaikkan harga kerana pembekal menjual ayam kepada mereka dengan harga tinggi RM8 sekilogram. Katanya, peniaga memperoleh untung kecil selain perlu menampung beberapa kos penyelenggaraan termasuk bayaran pekerja dan perkhidmatan yang disediakan pasar itu. "Minggu lalu, kami menjual ayam pada harga RM7.50 sekilogram, tetapi naik sedikit demi sedikit hingga sekarang dengan harga RM8.50 sekilogram," katanya. Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abd Rahman, berkata masalah kenaikan harga ayam secara mendadak ini berpunca daripada harga tinggi bekalan makanan ayam yang diimport dari negara luar. |
Saman ekor, debat, Buku Jingga akan tamatkan BN Posted: 20 Mar 2011 07:52 PM PDT KEPALA BATAS, 20 Mac: "Cetak sebanyak mungkin CD siri penerangan Kempen Anti Saman Ekor (KASE) oleh panel yang dilantik dan sebarkan ke serata pelosok tanah air bagi tujuan memahamkan masyarakat tentang sikap zalim Kerajaan Barisan Nasional (BN)," kata Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar. Menurutnya, memandangkan Umno begitu resah dengan isu saman ekor dan dua isu besar lainnya membuatkan parti itu terpaksa melaksanakan pendekatan lembut dengan menggula-gulakan rakyat termasuk pada tiga pilihanraya kecil iaitu Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Merlimau dan Kerdau, baru-baru ini. Katanya, dua lagi isu besar yang harus diketengahkan kepada rakyat ialah Buku Jingga dan debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak. Tambahnya, Buku Jingga terus menjadi ketakutan BN sebab apa yang diperkatakan semuanya menjurus kepada 10 jaminan Pakatan Rakyat pada 100 hari pemerintahanya. "Buat masa ini kita masih tidak mencetak sebanyak mungkin CD siri penerangan Kase, Buku Jingga dan debat antara Anwar dan Najib. Kita tidak buat sesungguhnya untuk tujuan itu walaupun ada negeri telah membuat pelancaran terutamanya buku jingga," tegasnya yang juga Naib Presiden PAS. Beliau yakin rakyat sendiri begitu marah ketika Kerajaan BN memperkenalkan saman ekor yang bertujuan mengutip wang untuk tabung pilihan raya umum yang bakal menjelang. Tambahnya, tiada jalan lain kecuali bertindak menghukum kezaliman BN dengan bertindak memangkah parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat bagi membuktikan kesungguhan untuk membela rakyat yang daif dan memerlukan bumbung kebajikan. Menurutnya, siri penerangan Kase yang ke sembilan di Pulau Pinang selepas Kedah merupakan buah tangan untuk rakyat menjawab segala tohmahan BN di mana sahaja. Selepas ini tambahnya, Kase akan bergerak lebih mantap dan memastikan Pakatan Rakyat dapat menterjemahkan segala manifesto yang ditaburkan. "Saya yakin saman ekor, debat Anwar dengan Najib dan Buku Jingga akan menamatkan pemerintahan BN di Malaysia," jelasnya dalam program anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri di Markaz Tarbiyah PAS di Pongsu Seribu, Kepala Batas, malam tadi. |
Malaysia Maju : 145 anak luar nikah dilahirkan setiap hari ini. Posted: 20 Mar 2011 07:45 PM PDT Oleh: rozmal "Sebanyak 145 orang anak luar nikah dilahirkan setiap hari di Malaysia, iaitu sejumlah 52,982 orang anak luar nikah yang direkodkan pada tahun 2010. Mana pergi peranan umat Islam secara keseluruhannya, mana pergi peranan JAKIM, peranan Media, peranan Ketua Agama Negeri, peranan Pengerusi Majlis Agama, NGO, Pendakwah, Ustaz dan yang penting kita sendiri dalam isu ini. Harap setiap kita sediakan jawapan sebelum bertemu Malaikat Munkar dan Nakir di kubur, juga Malaikat Raqib dan Atid yang ada dikiri kanan kita setiap masa sekarang ini. Births out of wedlock 'alarming' 2011/03/21 PUTRAJAYA: The country is witnessing an increasing trend of children born out of wedlock with 234,674 cases recorded between 2006 and last year, the National Registration Department revealed. Describing the situation as alarming, NRD director-general Datuk Alwi Ibrahim said last year alone, 52,982 children of the 510,462 births registered were born out of wedlock. With the exception of last year, the number of cases increased in tandem with the number of births registered. Based on NRD statistics, 38,258 out of the 472,983 births in 2006 were accorded illegitimate child status, the term used to refer to those born out of wedlock. The figure surged to 44,234 out of 484,722 births in 2007; 46,822 out of 496,414 in 2008; and, 52,378 out of 516,645 births in 2009. For Muslims, the illegitimate child status is given to babies whose parents have not performed the "akad nikah" (soleminisation) or those born less than six Qamariah months after the solemnisation, according to the National Fatwa Council. For non-Muslims, the status applies to babies of unmarried mothers. Of the three main races in the country, the statistics revealed, the trend was prevalent among the Malays, followed by the Chinese and Indians, respectively, from 2006 to 2008. There was also a surge in the number of illegitimate children in the "Others" category, which lumps together all Malaysians who are not of the three major races, and foreigners. "The increase in cases is not very significant when compared with the number of births registered, but still there is no drop in the figures," Alwi told the New Straits Times. He said even though the NRD did not "zoom in" on the reasons why children were born out of wedlock when their births were registered, he attributed the trend to an increase in the country's population, the younger generation's exposure to unsavoury material, lack of awareness on birth registration laws as well as an influx of immigrants. And while the department's job was only to register births, Alwi said the matter must be viewed seriously by all quarters. Therefore, he said, it would inform the authorities, such as the Women, Family and Community Development Ministry and the Islamic Development Department, so that proper action could to be taken. "Leaders, the community, relevant agencies, parents and schools must address this issue and see how best to tackle this problem. We all have a role to play. "We need to have proper sex education so that individuals will fully understand the implications and responsibilities that come with sex." Illegitimate Muslim children, Alwi added, would face complications under syariah. |
Kad kredit: Prestij atau bencana....Along berlesen..!!! Posted: 20 Mar 2011 07:41 PM PDT Langkah terbaru Bank Negara menguatkuasakan serta-merta peraturan baru kad kredit memperlihatkan gejala penggunaan kad kredit di kalangan rakyat Malaysia sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Sejumlah besar anak-anak muda kita yang diisytiharkan muflis adalah akibat dari penggunaan kad kredit yang tidak terkawal. Walaupun ada kajian terbaru yang menunjukkan bahawa kemudahan pinjaman kereta tanpa deposit adalah penyumbang besar kepada kemuflisan itu. Namun dari kajian keseluruhan sebelum itu, kad kredit adalah penyumbang terbesar kepada gejala ini yang dialami oleh anak-anak muda kita khasnya bangsa Melayu. Antara langkah terbaru yang diumumkan oleh Bank Negara ialah menaikkan had minimum pendapatan tahunan dari RM18,000 kepada RM24,000 setahun bagi kelayakan untuk pemohon baru untuk mendapatkan kemudahan kad plastik itu (Berita Harian, 19 Mac 2011). Peraturan lain ialah mereka yang berpendapatan sehingga RM36,000 samada pemohon baru atau pemegang kad yang sedia ada, hanya layak memegang kad itu dari dua bank sahaja. Sebelum ini ada yang memegang hingga lapan kad kredit dalam satu-satu masa. Timbalan Gabenor Bank Negara, Nor Shamsiah Mohd Yunus pada taklimat medianya kelmarin berkata, berikutan langkah itu, pemegang kad berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang yang mempunyai kad kredit lebih dari dua bank diberi tempuh sehingga hujung tahun ini untuk mengurangkannya kepada dua bank sahaja."Golongan ini diberi masa dua tahun untuk menyelesaikan baki tertunggak untuk kad yang dibatalkan itu," katanya. Kira-kira 50% dari 3.2 juta pemegang kad kredit di Malaysia ketika ini mempunyai mempunyai pendapatan tahunan RM36,000 atau pun kurang dari itu. Kad Kredit menurut Kamus Oxford adalah satu kad yang dikeluarkan oleh bank atau mana-mana pihak lain yang mana ia memberi kemudahan kepada pemegangnya untuk memperolehi barang-barang keperluannya secara tangguh bayaran (hutang) (2009, Adil Akhyar). Manakala hutang dari sudut syarak menurut takrifan AlQadhi Ibnu Arabi ialah urusan pemindahan hak milik (secara jual beli atau seumpama dengannya) yang mana salah satu pihak secara tunai manakala pihak yang kedua secara tangguh di atas tanggungannya (dengan masa yang ditetapkan atau pun tidak). Takrif yang dikeluarkan oleh Ketetapan Majlis Kesatuan Fiqh Sedunia bagi kad kredit adalah satu bentuk penyata sandaran (penyata keterangan) yang diiktiraf, diberikan oleh pengeluar kepada mana-mana individu atau pihak yang diiktiraf melalui kontrak kepada kedua-dua belah pihak di mana ia membolehkan pemegangnya membuat pembelian barangan atau khidmat-khidmat dari semua pihak yang mengiktiraf pennyataan sandaran (kad kredit) tadi, tanpa perlu membuat pembayaran tunai kerana ia mengandungi jaminan pembayaran dari pihak pengeluar (2009,Aidil Akhyar). Kad kredit dan hukum syariah Secara am, kontrak yang dibuat di antara pemegang kad, pengeluar dan pihak ketiga adalah diiktiraf dalam pandangan Islam. Pandangan yang terkuat dalam hal ini adalah hubungan AlKafalah (jaminan), di mana Kafil adalah penjamin atau pengeluar kad, makful ialah yang dijamin iaitu pemegang kad, dan makful lahu adalah peniaga. Semua adalah diiktiraf dan sah di sisi Islam. Kesannya, semua pembelian yang dibuat dengan kad ini, pihak peniaga tiada lagi hak tuntutan ke atas pemegang kad, kerana hak itu telah berpindah kepada pengeluar kad. Maka peniaga tidak harus menuntutnya dari pemegang kad. Demikian pandangan yang diambil pengertiannya dari Hassan AlBasri, Ibnu Sirin, Ibnu Hazm dan majoriti fuqaha (2009, Aidil Akhyar). Yuran penyertaan, pembaharuan dan penukaran kad Yuran itu hukumnya harus, tidak ada masalah dari sudut syarak. Ia dianggap sebagai upah yang telah ditetapkan oleh pihak pengeluar terhadap khidmat yang disediakannya. Juga harus jika terdapat perbezaan jumlah yuran khidmat bergantung kepada perbezaan jenis khidmat, tetapi dengan syarat jumlah kos tersebut mestilah setara dengan khidmat yang diberikan, jika ia melebihi kos khidmat yang diberikan, jadilah ia riba yang diharamkan. Ada pula pihak bank pengeluar kad meletakkan syarat dalam kontraknya dengan para peniaga sejumlah kos tertentu dalam bentuk peratusan yang dipotong dari bil peniaga, yang mana biasanya berlegar di sekitar 2 hingga 8 peratus. Hasilnya , apabila peniaga membuat tuntutan kepada bank pengeluar, maka bank akan segera menunaikan bil iaitu setelah dipotong jumlah kos yang dibicarakan tadi. Kemudian pihak bank akan menuntut kos asal (tanpa potongan) dari pemegang kad .Hukumnya harus berdasarkan pendapat mazhab Hanafi yang sah (Fatawa Hindiyyah), juga fatawa AlBazaziyah, AlMabsut dan lain-lain). Budaya berhutang dalam masyarakat kini Hari ini kehidupan manusia termasuk individu dan masyarakat amat jarang terlepas dari masalah hutang. Sekurang-kurangnya ketika membeli rumah dan kereta mereka berhutang. Antara lain ini disebabkan kedua-dua keperluan itu agak mahal harganya dan jarang ahli masyarakat kita dapat membelinya secara tunai. Islam pula tidaklah melarang umatnya berhutang, bahkan mengharuskannya ketika seseorang itu berhadapan dengan kesempitan hidup yang melinatkan masalah kewangan. Dan ayat AlQuran tentang hutang adalah paling detail dan panjang sekali sehingga memakan satu muka dihuraikan tentang hutang dan permasalahannya sahaja iaitu ayat 282 Surah Al Baqarah. Namun begitu Islam mengharamkan riba, walaupun menghalalkan jual beli seperti dalam ayat yang bermaksud " Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba." Namun dalam suasana ekonomi kini sukar sekali kita mengelak dari tempias riba itu, hatta bank Islam sendiripun tidaklah seratus peratus terlepas dari riba. Dalam keadaan dharurat seperti ini kita dibolehkan dengan kaedah bila sesuatu perkara itu sudah begitu meluas sehingga kita tidak dapat lari darinya maka dibolehkan kita mengambilnya, namun kita harus meminimakan riba itu sedapat mungkin. Ia juga berdasarkan kaedah syariah bahawa setisp dharurat itu ditentukan dengan kadarnya. Kad kredit dan budaya berhutang Seperti yang telah disinggung di atas, penggunaan kad kredit adalah diharuskan oleh Islam. Namun sesetengah ahli masyarakat kita berbangga dengan penggunaan kad ini yang seringnya akan menimbulkan masalah, khasnya apabila penggunaannya tidak dikawal. Mereka yang memiliki kad kredit tentulah mempunyai kemampuan kewangan yang tinggi, jika tidak pihak bank tidak akan membenarkan penggunaannya. Namun kad plastik ini boleh menyebabkan unsur riba berleluasa di kalangan masyarakat, khasnya apabila pengguna atau pemilik kad itu membuat pembayaran minimum sahaja pada setiap bil yang dihantar oleh pihak bank. Apabila ini terjadi, baki yang masih tinggal dalam akaun seseorang itu akan dikenakan caj dalam kadar tertentu, biasanya 1.5% sebulan atau 18% setahun. Apabila ini berlaku caj atau bunga yang dikenakan kepada pemilik kad adalah riba, kerana ianya adalah tambahan kepada baki yang tinggal dengan peratus tertentu. Lama kelamaan hutang pemilik kad akan semakin meningkat dan akhirnya akan menimbulkan masalah bila pemilik tidak lagi mampu membayar hutang yang kian bertompok itu. Di sinilah kemungkinan diisytiharkan muflis itu timbul. Namun jika seseorang pemegang kad membayar semua jumlah yang tertera dalam bil bulanannya, pihak bank tidak akan mengenakan apa-apa caj kecuali pada proses pembelian pertama sahaja. Maka di sini seseorang itu tidak dapat dikenakan caj atau riba oleh pihak bank walaupun syubhat adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Sebab itulah agaknya dalam satu kenyataannya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyarankan penggunaan kad debit . Kad debit boleh mengawal keseimbangan tunai dan mengelakkan dari berhutang (Kosmo, 19 Mac 2011). Selain kad debit, kad caj seperti Dinners Club adalah lebih baik dari kad kredit, kerana pemiliknya harus membayar kesemua jumlah transaksi pada setiap bil bulanan yang diterima. Hal ini dapat mengelakkan dari gejala hutang dan dikenakan kadar bunga yang tinggi. Kesimpulan Penggunaan kad kredit tidaklah dilarang oleh Islam seperti yang telah dijelaskan di atas, namun apa yang penting adalah cara penggunaannya dan kawalan berbelanja dalam penggunaan kad kredit. Penggunaan kad kredit sebenarnya memperlihatkan kita tidak bijak mengurus wang dalam kehidupan sehrian. Ini termasuklah pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh pihak bank dan koperasi. Kita seharusnya mengelak dari kedua-duanya agar ia tidak menjerat diri kita sendiri pada masa hadapan. Penggunaan kad kredit dan pinjaman peribadi adalah merupakan kelemahan dalam pengurusan kewangan di mana kita mungkin suatu hari terjebak dalam gejala muflis, sesuatu yang harus dielakkan oleh semua orang (2009, Azizi Ali). Walaupun Islam membenarkan berhutang, tetapi berhutang akan merendahkan taraf seseorang itu dalam kehidupannya sebagai manusia yang terhormat, bebas dan merdeka dari sebarang ikatan, kecuali ikatan dengan Allah Subhanahu Wa Taala. |
MEROYAN : UMMI DAKWA ANWAR INGIN JADIKAN MALAYSIA NEGARA REPUBLIK Posted: 20 Mar 2011 07:29 PM PDT BESUT 20 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa bercita-cita besar untuk menjadikan Malaysia sebuah republik sekali gus mengangkat dirinya sebagai Presiden, manakala Azmin Ali pula akan dilantik sebagai Perdana Menteri. Lebih dahsyat, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga dikatakan mempunyai niat untuk menghapuskan institusi diraja sekiranya beliau berkuasa. Cita-cita Anwar itu didedahkan oleh saksi utama kes liwat Ketua Pembangkang itu pada 1998, Ummi Hafilda Ali pada majlis ceramah 'Pas Keluk Kelek' di Bandar Jerteh di sini, malam tadi. Menurut Ummi Hafilda, cita-cita luar biasa bekas Timbalan Perdana Menteri itu diluahkan oleh abangnya yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin kepada bapa mereka, Allahyarham Ali Omar suatu ketika dulu. "Abang saya pernah beritahu arwah bapa kami, jika Anwar berkuasa, dia akan menjadikan Malaysia sebuah republik," katanya. Majlis itu turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh serta barisan kepimpinan UMNO bahagian tersebut. Turut memberikan ceramah ialah Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Mohd. Noor Deris. Sesi ceramah tersebut berlangsung hampir serentak dengan ceramah para pemimpin Pas dan PKR yang disertai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Azmin yang terletak berhampiran dan hanya terpisah sebatang sungai dekat Masjid Hadhari di sini. Dalam ceramah itu, Ummi Hafilda mengupas satu persatu perilaku keji Anwar termasuk skandalnya dengan isteri salah seorang pemimpin PKR, selain fitnah dan pembohongan Ketua Pembangkang itu kepada seluruh rakyat. Ummi Hafilda turut berikrar untuk melancarkan 'perang dan ganyang' terhadap Anwar serta abangnya sendiri, Azmin bermula tahun ini bagi memastikan kedua-duanya tersungkur dan terkubur, jika mereka masih enggan bertaubat. Selain itu, Ummi Hafilda turut menafikan dakwaan kononnya beliau mempunyai hubungan intim dengan ahli perniagaan, Baginda Minda. Beliau selanjutnya melafazkan sumpah 'wallahi, wabillahi, watallahi' di depan hadirin sambil bertegas yang beliau tidak pernah mengadakan hubungan seks dan berzina dengan ahli perniagaan terbabit seperti yang didakwa. |
Siasat Taib Sebelum Hari Penamaan Calon Posted: 20 Mar 2011 07:22 PM PDT Petaling Jaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus menyiasat dakwaan rasuah dan pengumpulan harta bernilai berbilion ringgit oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebelum beliau diisytihar layak bertanding dalam piliihan raya negeri (PRN) April ini. Ahli Parlimen Pokok Sena Dato' Mahfuz Omar berkata, "beliau (Taib) perlu disiasat sebelum hari penamaan calon, yang dijangka awal bulan depan." "SPRM harus bertindak segera bagi menjalankan siasatan bagaimana Taib, yang memerintah Sarawak hampir 30 tahun, dapat mengumpul sebegitu banyak harta," katanya pada satu majlis minum petang bersama para pemimpin Pakatan Rakyat di Ampang petang semalam. Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak akan dibubarkan hari ini, hari penamaan calon dijangka pada 9 April dan PRN pada 16 atau 17 April ini. Mahfuz yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, SPRM juga harus membuktikan ia tidak dikuasai oleh parti politik dan boleh bertindak dengan bebas dan adil. Sebelum ini, Transparency International-Malaysia (TI-M) menggesa SPRM menyiasat dakwaan rasuah dan pengumpulan kekayaan luar biasa membabitkan Taib, ahli keluarga dan kroninya. Presidennya, Dato' Paul Low berkata dakwaan serius rasuah luar biasa dan penyalahgunaan kuasa terhadap keluarga Taib itu boleh menyebabkan indeks rasuah negara terus merosot. Sarawak Report adalah di antara beberapa portal berita dan laman sesawang yang melaporkan kekayaan Taib melebihi RM4 bilion melibatkan 49 buah syarikat, yang merentangi sempadan buana da lautan, termasuk di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom dan Australia di samping saham-saham dalam beberapa buah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia. Turut hadir pada majlis minum petang itu ialah Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen, Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang), Mohd Nasir Zakaria (Padang Terap) dan bekas calon PAS di Dun Tenang, Johor, Cikgu Normala Sudirman. |
Taib Mahmud, antara yang kaya dan miskin Posted: 20 Mar 2011 07:20 PM PDT Sirah nabi banyak mengajar kita berkenaan kepimpinan. Bagaimana tauladan memimpin boleh dilihat melalui tindak-tanduk Nabi s.a.w dan para Sahabatnya. Seruan Nabi s.a.w tidak sekadar kepada mereka yang miskin sahaja. Bahkan keseluruhannya sama ada yang kaya, tua, muda hatta kepada hamba abdi. Yang menerima Islam di kalangan yang miskin seperti Suhaib Ar-Rumi yang berbangsa Rom. Mereka yang kaya sendiri adalah Uthman bin Al-Affan dan Mus'ab bin Umair. Bilal bin Rabah, Ammar bin Yassir hamba kepada Bani Makhzum adalah mereka yang memeluk Islam dari kalangan hamba. Namun, kebanyakan yang awal menerima Islam dari kalangan orang miskin. Yang kaya, apabila berjuang bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w, selepas itu mereka menjadi miskin. Bukan itu kehendak mereka, bahkan tuntutan amanah perjuangan Islam. Diriwayatkan bahawa Suhaib Ar-Rumi adalah pendatang daripada negara Rom. Beliau miskin tetapi bijak berniaga. Tinggal di Makkah akhirnya dia menjadi jutawan. Namun apabila diminta berhijrah ke Madinah bersama Rasulullah s.a.w., seluruh kekayaannya ditinggalkan. Kaum Quraisy berkata kepadanya: "Dahulu kamu datang kepada kami sebagai seorang yang miskin hina. Kemudian kamu mendapat harta yang banyak dan mencapai kedudukan yang kamu nikmati (di Makkah). Sekarang kamu hendak keluar (ke Madinah) membawa harta dan jiwa kamu begitu sahaja?" Suhaib berkata: "Aku akan menyerahkan seluruh harta, maka adakah kamu lepaskan aku pergi berhijrah?". Jawab mereka: "Baiklah." Lalu jawab Suhaib: "Kalau begitu aku serahkan semua hartaku." Berita ini sampai ke pengetahuan Rasulullah s.a.w, lalu Baginda bersabda: "Sungguh beruntung Suhaib!". Mus'ab bin Umair juga seorang yang kaya. Apabila keluarganya mengetahui keIslamannya, lalu beliau diusir keluar dari rumah. Daripada seorang yang kaya, dia menjadi miskin sehingga tubuhnya diriwayatkan mengelupas seperti ular. Begitu juga Saidina Uthman bin Affan. Diriwayatkan daripada Imam Tirmizi bahawa ketika Rasulullah memerintahkan sesiapa yang boleh membeli Telaga 'Al-Ruumah' yang sangat mahal dan diwakafkan kepada umat Islam untuk digunakan airnya, beliau membelinya. Walaupun pada ketika itu umat Islam tidak mampu. Selepas beliau menjadi khalifah Islam ketiga, yakni di akhir pemerintahannya, beliau hanya memiliki dua ekor unta sahaja yang akan digunakan untuk beliau berangkat ke Makkah untuk menunaikan Haji dan pulang ke kampung halamannya. Daripada seorang yang kaya, beliau menjadi miskin kerana menunaikan amanah rakyat. Hari ini sangat sedih, banyak pemimpin menjadikan amanah jawatan sebagai pengumpul harta. Sebelum menjadi pemimpin, dia miskin, selepas menjawat jawatan menjadi kaya. Sangat berbeza dengan sahabat Nabi s.a.w. Lihat sahaja kekayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Selepas menjadi Ketua Menteri memiliki harta berbilion-bilion. |
Fitnah II : Karpal jawab tuntutan untuk sampel DNA Anwar hari ini.. Posted: 20 Mar 2011 07:14 PM PDT Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguambela utamanya, Karpal Singh membuat hujahan berhubung dua permohonan daripada pihak pendakwaan. Mereka mahu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menyemak semula penghakimannya dalam perbicaraan dalam perbicaraan dan juga mahu mahkamah mengarahkan Anwar membekalkan sampel DNA bagi tujuan profailing. Mahkamah ditangguhkan Isnin lalu apabila diberitahu bahawa adik Karpal Singh telah meninggalkan dunia. Hari ini, kehadiran polis di kompleks mahkamah, Jalan Duta, lebih ramai berbanding sebelum ini berikutan tekanan daripada penyokong dan pemimpin BN yang mendesak ketua pembangkang untuk itu memberikan sampel DNA.Sementara itu, menurut seorang lagi peguambela, R Sivarasa siri tunjuk perasaan anjuran Umno bagi mendesak Anwar menyerahkan sampel DNAnya adalah hanya untuk melengkapkan cubaan pihak berkuasa mengguna bukti reka cipta untuk mensabitkan ketua umum PKR itu. "Bagi saya demo-demo yang dibuat oleh pihak Umno jelas berniat jahat dan dibuat bagi mengelirukan rakyat sebab bagi saya ini menunjukkan mereka kurang faham mengenai isu sebenar dalam kes ini. "Isu sebenar dalam kes ini, sampel-sampel DNA yang diuji dan dibentangkan dalam mahkamah yang kononnya daripada badan Saiful, memang bagi kita sampel DNA itu telah dimanipulasikan dan terdapat aspek yang meragukan dan direka untuk memberi gambaran bahawa DNA Anwar telah ada di sana," katanya kepada TV Selangor, semalam. Menurut beliau, pemimpin tertentu dalam Umno tidak dapat lari dari hakikat bukti DNA yang dibawa ke mahkamah sebenarnya tercemar dengan keterangan-keterangan bercanggah doktor dan pegawai penyiasat. "Kalau saya Datuk Seri Anwar, tentunya saya pun mengambil pendirian kenapa saya harus memberikan sampel untuk melengkapkan sesuatu keputusan yang saya tahu memang dipalsukan,' kata Sivarasa. "Sebab itu kita menolak sama sekali desakan mana-mana pihak untuk meminta Datuk Seri Anwar untuk memberikan DNA sebab isu pokok dalam kes ini adalah sampel DNA telah direka. Dan itu jelas daripada semua keterangan dari dulu sampai sekarang," katanya. |
Kasihan penoreh, harga getah terus menjunam ..masa naik sokong BN...masa turun salahkan PR..!!! Posted: 20 Mar 2011 06:29 PM PDT Itulah takdir Tuhan yang Maha Kaya. Betapa lemah hamba-hambanya untuk menghidu hukum sebab dan akibat, apa lagi mengatasi kuasaNYA. Hanya beberapa minggu lalu, iaitu sewaktu rancak kempen pilihan raya kecil (PRK) Kerdau dan Merlimau, menoreh getah dianggap sumber pendapatan yang lumayan. Ini disebabkan harga getah yang tinggi dan stabil sehinggakan harga getah sekerap sahaja pernah mencecah RM8 sekilo. Ketika itu rata-rata orang kampung menganggap betapa makmurnya bumi 1Malaysia ini di bawah pentadbiran Kerajaan BN. Pemimpin-pemimpin kerajaan juga ketika berkempen memenangkan calon Umno, terus mendakwa hanya mereka menyebabkan harga getah tinggi. Pada ketika itu, penoreh getah tidak lagi dianggap 'pekerja kelas dua' kerana sedikit demi sedikit mereka boleh mengumpul harta termasuk mencantikkan rumah dan bermotokar. Banyak kes, anak-anak muda yang bekerja kilang di bandar-bandar besar rela pulang semula ke kampung untuk mengusahakan kebun-kebun getah orang tua masing-masing kerana pendapatannya tinggi dan kerjanya senang. Bagaimanapun sejak seminggu seusai PRK, fenomena ini mulai berubah dengan penurunan mendadak harga komoditi itu. Bayangkan, terdapat aduan harga getah pada ketika ini menjunam sehingga RM3.50 sekilo, iaitu penurunan lebih 50 peratus. Sesetengahnya berkata, ada beberapa pemebeli getah berhenti daripada urusniaga kerana tidak mahu menanggung kerugian setiap hari apabila harga yang dibeli daripada pekebun lebih rendah daripada harga jualannya. Keadaan ini memberi kejutan besar kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam industri tersebut. Ditambah lagi dengan kos harga barangan keperluan harian yang sentiasa melambung tanpa kawalan pada ketika ini. Lebih mencemaskan, harga komoditi tersebut dikatakan akan terus menjunam dalam tempoh terdekat ini dan melihat kepada trend sekarang, ada yang berkata harga getah boleh jatuh sehingga ke paras RM1 sekilo. Bagi yang pendapatan mereka bergantung kepada getah, keadaan tambah merungsingkan apabila hari hujan atau bagi yang menoreh getah secara pajak atau "perdua". Sebab sebenar kenapa terjadi demikian tidak diketahui namun ada yang berkata senario ini ekoran Tsunami dan gempa yang berlaku di Jepun atau kemelesetan ekonomi dunia. Pihak kerajaan yang sepatutnya berbuat sesuatu untuk membantu pekebun-pekebun kecil, malangnya terus membisu tanpa sebarang kenyataan. "Harga getah terus menjunam daripada RM8 masa kempen pilihan raya dulu kini dah jadi RM3.50. Penurunan besar ini sudah tentulah sangat menjejaskan pendapatan dan amat memeritkan kehidupan pekebun kecil seperti kami yang bergantung sumber pendapatan dengan kebun getah". "Ini disebabkan harga barangan keperluan harian yang melonjak sejak kenaikan harga minyak dulu tidak pula turun-turun", keluh seorang pekebun kecil, Ahmad Mohd Yaman, 62. Beliau berkata, jika pihak Umno dan kerajaan semasa berkempen dahulu mengaitkan ketinggian harga getah kerana kepandaian memerintah maka beliau berharap pihak tersebut melakukan sesuatu sekarang demi kepentingan orang Melayu kampung yang rata-rata bergantung dengan pertanian itu. |
Barangkali Datuk Seri Mustapa Mohamed Sudah "Nyanyuk"... Posted: 20 Mar 2011 06:24 PM PDT Hari ini dalam Utusan Malaysia Online Datuk Seri Mustapa Mohamed dilaporkan membuat kenyataan seperti berikut:RM2.4 bilion untuk KelantanSebelum saya memanggil Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai "orang tua nyanyuk", saya ingin mengingatkan Datuk Seri Mustapa Mohamed akan 1 Kenyataan Rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Kelantan seperti yang dilaporkan didalam Harakahdaily bertarikh 22hb. September, 2010 seperti berikut: Pusat beku 118 projek pembangunan di KelantanSaya tidak faham apa perlunya KERAjaan Pusat membazirkan sejumlah RM2.4 billion untuk projek pembangunan di Kelantan dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) padahal "hutang" pembangunan yang sedia ada masih belum terlaksana. Saya juga ingin bertanya, hasil dari pembekuan sebanyak 118 Projek Pembangunan di Kelantan sejak 20 tahun dulu, KERAjaan Pusat sudah pasti juga masih menyimpan baki "bajet" keatas 118 Projek Pembangunan "Beku" yang nilainya sudah pasti berbillion-billion RM. Kemana perginya "bajet beku" tersebut..? masih dibekukan, atau telah disalurkan kepada proksi-proksi KERAjaan Pusat di Kelantan..? Kalau masih di"beku"kan, sila bentangkan "Belanjawan Beku" tersebut supaya rakyat Kelantan & Malaysia tahu tiada penyelewengan berlaku selama ini. Kalau sudah disalurkan pada "proksi-proksi" KERAjaan Pusat, juga sila bentangkan supaya rakyat Kelantan tahu "proksi-proksi" KERAjaan Pusat tidak ada yang menyeleweng wang peruntukan tersebut. Kalau janji-janji lama masih tak dapat diselesaikan, janganlah cuba bermanis-manis mulut menjanjikan gula-gila yang baru. JAMBANtan Manek Urai sudah jadi Gula-Gila. RM2.4 billion itu untuk apa sebenarnya..? Barangkali Datuk Seri Mustapa Mohamed sudah Nyanyuk. Perisik Rakyat. |
Posted: 20 Mar 2011 06:18 PM PDT 21 MAC — Sejak bangun daripada tidur yang lena, saya kembali tekun meneliti pelbagai perbincangan, maklumat dan pandangan berhubung kontroversi novel "Interlok" edisi murid. Selepas segala pekikan dan lolongan di pentas terbuka oleh pihak tertentu sudah reda, barulah gambaran lebih jelas mula kelihatan; benar-benar di depan mata! Isu sebenar di sebalik segala apa yang berlaku sejak penerbitan novel ini sebagai teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (Komsas) bukanlah seperti apa yang saya fikir selama ini. Teori terbaru berhubung konspirasi "membunuh" Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain (Pak Lah) muncul selepas saya meneliti segala apa yang berlaku sejak 15 Disember 2010. Bagaimana jika teori, malah fakta, yang saya kemukakan ini tidak betul? Tidak mengapa! Kesalahan fakta tidak menjadi masalah kerana "kesalahan fakta" tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum sehingga memaksa apa yang saya kemukakan ini perlu dipinda. Tambahan pula, saya hanyalah satu watak dalam sebuah faksyen yang merakamkan realiti sosial, sejarah dan fakta. "Oh, Tuhan!" Fikir saya sebaik bangun; tentunya dengan "T" huruf besar kerana kalau saya menggunakan "Tuhan" untuk agama tertentu dan "tuhan" untuk agama-agama lain, maka saya secara langsung dan penuh sedar membuat kenyataan bahawa saya mengakui ada lebih daripada satu Tuhan. Masya-Allah! Pada waktu seluruh negara sibuk terlibat dalam kontroversi berhubung novel "Interlok" edisi murid dari aspek "menentang Interlok" dan "mempertahankan Interlok", saya pula menemui teori berhubung konspirasi "membunuh" Pak Lah. Tentulah "membunuh" yang saya maksudkan bukannya tindakan secara fizikal. Mungkin istilah yang lebih tepat adalah "pancung" seperti digunakan penulis veteran, Dr Ilias Zaidi, semasa Dialog Novel "Interlok" anjuran Persatuan Penulis Nasional (Pena) pada 8 Januari 2011. Bagaimanapun, saya menggunakan istilah "membunuh" sebagai "tribute" kepada novel "The Da Vinci Code" karya Dan Brown dan cerpen "Fail Merah: Konspirasi Membunuh Sasterawan Pulau Cinta" iaitu sebuah faksyen oleh Uthaya Sankar SB. Bayangkan! Sebuah novel yang terbukti mengandungi pelbagai kesilapan bahasa, kesalahan fakta serta menyentuh sensitiviti kaum Melayu, Cina dan India mahu terus dijadikan teks wajib (baca: teks paksa) di sekolah dengan hanya meminda satu perkataan! Alasan yang diberikan, kononnya demi mempertahankan maruah, hak dan integriti karya agung Pak Lah. Sebenarnya tidak! Mengikut teori konspirasi yang tiba-tiba muncul dalam fikiran saya (bagaikan "ilham" yang turun dari langit?) sebaik bangun daripada tidur yang lena, novel "Interlok" edisi murid wajib dikekalkan tanpa dipinda walau sepatah perkataan bagi menjayakan rancangan jahat "membunuh" Pak Lah. "Tentu itulah sebabnya novel 'Interlok' edisi murid sedang bermati-matian dipertahankan pihak tertentu supaya kekal dalam bentuk yang ada sekarang," kata bayangan diri saya pada cermin. Rancangan sepuluh tahun (2011-2020) yang dibuat adalah supaya akan lahir satu generasi muda pelbagai kaum dan agama yang akan sanggup "membunuh" Pak Lah (atau "memancung" seperti kata Ilias) selepas melalui proses "brainwash" secara terancang di sekolah. Kalau berlaku apa-apa rusuhan kaum yang membawa pulangan dalam bentuk undi semasa pilihan raya, itu hanyalah bonus. Novel "Interlok" edisi murid dalam keadaannya yang ada sekarang (iaitu edisi 2010) adalah "senjata" yang dicipta untuk menjayakan konspirasi jahat ("Ada konspirasi baik?" Sampuk bayangan diri pada cermin) yang dirancang penuh teliti. Sebagai seorang pelajar Tingkatan Lima yang terpaksa membaca dan khatam novel "Interlok" edisi murid edisi 2010, kulit buku itu sendiri tidak membantu saya merasakan apa-apa kekaguman terhadap Pak Lah; kerana beliau "tiada" pada kulit hadapan. Benar-benar seperti yang telah dirancang oleh konspirator, saya mula menyampah terhadap penulis novel itu kerana beliau gagal membawakan "roh" atau "semangat" 1Malaysia yang sedang hangat dipromosikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "Bodohnya penulis ini! Begitu cetek pengetahuan dan pemahamannya terhadap budaya dan segala aspek kehidupan kaum Melayu, Cina dan India," fikir saya sebelum ini; sebelum "ilham" turun dari langit pada saat saya amat memerlukannya. Subhanallah! Biodata pada akhir novel menyebut bahawa pengarang itu seorang Sasterawan Negara yang pernah menghasilkan novel agung "Imam". Ilias pula mendedahkan — seperti dilaporkan sebuah portal berita pada 8 Januari 2011 — bahawa "kejayaan 'Interlok' dipilih untuk sepuluh tahun membolehkannya (Pak Lah) mendapat honorarium cetakan, dianggarkannya (Ilias) melebihi RM500,000." Sebagai seorang pelajar yang tidak meminati Sastera Melayu, saya tidak tahu riwayat hidup Pak Lah. Apa yang saya tahu, novel "Interlok" edisi murid terbit pada 2010. Tiada "bukti" ia ditulis lebih 40 tahun lalu. "Bodohnya Sasterawan Negara!" Demikian suatu suara halus terus bergema di dalam telinga pada setiap kali saya membaca novel itu sebelum ini. Kini saya sedar bahawa novel "Interlok" edisi murid dalam bentuknya yang ada sekarang adalah "senjata" lebih bahaya berbanding konspirasi "brainwash" terancang melalui BTN. "Maka, sedarkah kau mengapa ada beberapa pihak yang bertegas tidak mahu mengubah apa-apa dalam novel ini walaupun segala kekurangan yang perlu dimurnikan demi mengembalikan maruah Pak Lah sudah dibuktikan tanpa sebarang keraguan munasabah oleh tiga wakil kaum India dalam Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel "Interlok"?" Tanya saya kepada bayangan diri pada permukaan cermin. "Novel 'Interlok' edisi murid adalah senjata dalam usaha menjayakan konspirasi membunuh Pak Lah ... dan membunuh PM bagi menggagalkan gagasan 1Malaysia!" Seru bayangan pada cermin. * Uthaya Sankar SB |
TUAH DI P.PINANG, MALANG DI JELEBU Posted: 20 Mar 2011 06:12 PM PDT APABILA membaca kenyataan KM P.Pinang, Lim Guan Eng yang menyebut bahawa seluruh Negeri P.Pinang akan dibekalkan dengan WIFI percuma termasuk di beberapa kawasan yang diwakili oleh Wakil Rakyat dari Bn, sekaligus menafikan berita karut yang disiarkan oleh media pencacai yang menyebut kununnya hanya kawasan diwakili oleh PR sahaja yang memperolehi perkhidmatan tersebut. Berita gembira yang seringkali dibawa oleh Lim Guan Eng kepada seluruh rakyat P.Pinang nampaknya sekali lagi membuat saya anak jati Jelebu menggigit jari. Masakan tidak, kawasan Jelebu diwakili oleh seorang Menteri yang menjaga hal ehwal komunikasi dan Penerangan serta budaya, tetapi selaku MP Jelebu anak Yatim ini seperti tidak terasa betapa Jelebu amat jauh ketinggalan dari segi komunikasi. Mungkin beliau lebih berminat menjaga `budaya' terutamanya `budaya menipu dan putar belit'. Sudahlah di Jelebu perkhidmatan bas boleh dikatakan tiada, perkhidmatan 3G di kawasan saya pun tiada, jangan disebut pasal WIFI percuma. Jika Lim Guan Eng boleh memberikan WIFI percuma kepada seluruh negeri P.Pinang, sukar buat anak Yatim ini untuk memberikan WIFI percuma untuk kawasan Jelebu sahaja. Anak Yatim ini hanya berjanji untuk memberikan WIFI percuma jika ada pilihanraya kecil sahaja. Itu pun belum tentu dapat, sebagai contoh di Bagan Pinang seperti yang pernah dijanjikan sewaktu pilihanraya kecil di situ. Di Dun Galas, Gua Musang pun begitu termasuk juga baru-baru ini di Kerdau. Ini lah mentaliti yang ada pada anak Yatim yang penduduk Jelebu semakin bosan dengannya. Beliau sedikit pun tidak malu dengan Lim Guan Eng yang terus mengutamakan rakyat walaupun tiada pilihanraya kecil di negeri tersebut. Rakyat seharusnya berfikir dengan lebih bijak lagi, parti manakah yang benar-benar jujur membela nasib rakyat. Kenyataan Lim Guan Eng yang menyebut, "Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah untuk semua penduduk Pulau Pinang, termasuk penyokong BN," adalah satu pendirian yang pemimpin-pemimpin Umno boleh belajar. Jangan jadikan rakyat hamba abdi dan pak turut atau pun dipelihara seperti `ayam daging' yang diberi makan dengan kenyang, bila gemuk ianya disembelih. |
Libya diserang buat hari kedua, Gaddafi umum gencata senjata Posted: 20 Mar 2011 06:11 PM PDT Serangan hari kedua ini termasuk ke atas ibu negara Libya sendiri. Seorang jurucakap tentera mengumumkan pendirian Muammar itu, yang dipercayai berkuat kuasa mulai pukul 9 malam waktu Libya (3 pagi tadi waktu Malaysia). "Angkatan tentera Libya... mengeluarkan arahan kepada semua unit tentera agar mengadakan gencatan senjata bermula 9 malam," kata jurucakap tentera itu. Pengumuman itu muncul kira-kira 24 jam selepas pasukan tentera perikatan - Amerika Syarikat, Perancis dan Britain - menyasarkan tindakan mereka untuk menguatkuasakan resolusi PBB yang diluluskan minggu lepas. Dua negara lain dalam perikatan itu ialah Kanada dan Itali. Bagaimanapun pada sidang media di Washington (awal pagi ini waktu Malaysia), Pentagon berkata pihaknya mempersoalkan kesemua kenyataan yang datang daripada Muammar termasuk dakwaan bahawa ia akan melaksanakan gencatan senjata. Lebih 60 orang didakwa terbunuh dalam serangan ke atas Libya, kata media kerajaan negara itu. Semalam, Muammar berkata serangan ketenteraan perikatan lima negara Barat ibarat tindakan pengganas dan pihaknya akan menewaskan musuhnya. Dalam ucapannya yang disiarkan menerusi televisyen kerajaan semalam, Muammar berkata Libya bersedia untuk perang yang panjang dan kesemua rakyat Libya akan membawa senjata untuk mempertahankan negaranya. "Kami tidak akan meninggalkan tanah air kami dan kami akan membebaskannya (dari musuh)," kata beliau. Siaran televisyen itu membawa suara Muammar tanpa menunjukkan imej beliau. Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Pertahanan Perancis Laurent Teisseire berkata Qatar juga akan menghantar pesawat perang untuk menyertai operasi bersama jet-jet negara itu. Ketika ditemui wartawan di Paris, Teisseire berkata Qatar akan menyertai kempen antarabangsa "dalam beberapa jam akan datang" tetapi tidak memberikan butiran. Muammar berhadapan dengan kebangkitan rakyat sejak sebulan lalu dan ramai melihat negara itu kini berhadapan dengan perang saudara. Laporan dari Kaherah, Mesir memetik kumpulan pemberontak berkata lebih 8,000 rakyat Libya yang memihak kepada gerakan pemberontakan telah terbunuh sejak kebangkitan rakyat mendesak Muammar melepaskan kedudukannya 41 tahun sebagai ketua negara. "Bilangan orang kami yang terbunuh dan mati syahid lebih 8,000," kata jurucakap puak pemberontak, Abdel Hafiz Ghoga. - Reuters |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan