Jumaat, 18 Mac 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Pilihanraya Terakhir Buat Taib Mahmud ?

Posted: 18 Mar 2011 08:03 PM PDT

Oleh Abdul Rahman Hashim
Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dijangka membuat pengumuman penting, yang bakal mengejutkan banyak pihak menjelang lawatan Perdana Menteri ke Sarawak hari ini.

Taib membayangkan akan mengumumkan sesuatu yang penting sempena majlis 'Sejiwa Senada' yang berlangsung di Serian hari ini, mungkin berkaitan dengan tarikh pembubaran DUN yang hangat diperkatakan di dada-dada akhbar tempatan sekarang ini.


Taib Mahmud yang menjadi Ketua Menteri sejak tahun 1981 itu juga dikatakan tidak akan kekal sebagai Ketua Menteri Sarawak selepas pilihan raya negeri yang bakal diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

Mungkinkah ini adalah pilihan raya terakhir buat Taib Mahmud setelah beliau berjaya meletakkan Sarawak sebagai sebuah negeri yang membangun selari dengan dasar politik pembangunan yang dicetuskannya sejak memimpin negeri pada tahun 1981?
Taib tidak membayangkan tarikh pembubaran DUN Sarawak tetapi beliau memberitahu pemberita di Kuching bahawa "tunggu hingga esok(hari ini)."
Taib akan menyertai Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan bertemu rakyat di beberapa tempat, iaitu di Sadong Jaya, Taman Kenyalang dekat Kuching dan juga di Serian. Benarkah beliau akan membuat pengumuman akan melepaskan jawatan ketua menteri dan juga mengumumkan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri, yang bakal membuka laluan kepada pilihan raya negeri?
Penganalisa politik menjangkakan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang memperuntukkan 71 kerusi akan dibubarkan seawal Isnin ini dengan penamaan calon dan pengundian dijangka diadakan pada bulan April depan, tiga bulan sebelum mandat semasa berakhir pada 23 Julai.
Terdapat spekulasi yang hangat dibincangkan kononnya Taib tidak harus bertanding lagi kali ini tetapi tidak kurang juga yang berpendapat bahawa pemimpin itu mampu untuk mengekalkan momentumnya terutama mengekalkan kesepaduan Barisan Nasional, malah kepimpinan Taib dilihat mampu menyumbang kepada kemenangan BN yang lebih besar kali ini.
Sarawak dan Sabah dilihat sebagai negeri "deposit hayat" bagi BN. Kemenangan BN dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini menjadi lebih berharga kerana ia dilihat sebagai penanda aras kepada BN untuk berhadapan dengan pilihan raya umum di peringkat nasional kelak.
Sekiranya Taib tidak mampu untuk mengemudi bahtera kemenangan besar dalam pilihan raya negeri Sarawak nanti, pasti ia bakal menjadi mimpi ngeri buat Najib di peringkat nasional. Najib pasti akan meletakkan sebesar harapan kepada Taib yang akan mengepalai gerak kempen untuk memenangi hati rakyat menjelang pilihan raya negeri ke-10.
Pada pilihan raya negeri 2006, BN memenangi 62 kerusi, DAP enam manakala PKR, SNAP dan Bebas masing-masing satu.
DAP dan PKR telah membentuk Pakatan Rakyat (PR) dengan gandingan PAS selepas pilihan raya negeri 2008 dan akan bertanding pada pilihan raya negeri bersama SNAP meskipun empat parti itu belum merumuskan pembahagian kerusi.
Sumber-sumber PR berkata perikatan itu berharap dapat menafikan majoriti dua pertiga BN tetapi BN lebih yakin akan mengekalkan prestasi lima tahun lalu.
"Kami harus mempertahankan majoriti kami walaupun kami kemungkinan hilang tambahan beberapa kerusi," kata satu sumber BN.

Tidak mustahil Pakatan Rakyat mampu membawa Tsunami di Sarawak

Posted: 18 Mar 2011 08:01 PM PDT

Oleh Jebat Sarawak
Kenyataan demi kenyataan, harapan demi harapan antara pihak kerajaan Sarawak dan Pakatan Rakyat sudah semakin kencang bertiup. Segala persediaan dan kelengkapan rasa-rasanya sudah disediakan untuk kedua-dua pihak saling mengempur kubu musuh masing-masing.
Seperti biasa kerajaan Sarawak yang bernaung di bawah Barisan Nasional sudah rancak mengorak langkah. Pelbagai program dilaksanakan di peringkat akar umbi. Pelbagai peruntukan sudah disediakan untuk DUN masing-masing. Pelbagai berita sudah dimuatkan dalam media BN.


Manakala di pihak PR pula pertemuan demi pertemuan dengan pemimpin Sarawak turut semakin rancak. Terdapat juga program untuk mengukuhkan penampilan PR sebagai alternatif terbaik untuk dijadikan rakyat Sarawak sebagai penganti BN. Reaksi rakyat Sarawak dengan adanya perkembangan teknologi media elektironik sekarang ini sangat memberangsangkan bahawa PR mampu merealisasikan harapan mereka mengoncang kekuatan kubu Taib Mahmud yang selama ini bertahan kukuh selama 30 tahun.
Jika segalanya dirancang dengan teliti. Segalanya tidak mustahil untuk berlaku. Kebijaksanaan dan persefahaman jitu di pihak PR yang dianggotai oleh PKR, PAS, DAP dan SNAP membuat satu resolusi bersama yang kukuh dan ampuh mampu memikat hati rakyat Sarawak. Ya, sebenarnya bukan susah pun nak mengubah pandangan rakyat Sarawak terhadap pemilihan calon yang sesuai. Cuma seringkali berlaku kealpaan dan kebodohan di peringkat perancangan PR sendiri yang menjadikan impian tidak tercapai. Misalnya dalam PRK Sibu tempohari, perubahan rakyat mampu dicapai dengan jayanya.
Jika pihak PR ingin mencapai matlamatnya untuk menggugat BN di Sarawak maka perkara-perkara pokok harus dipertimbangkan sebaik-baiknya oleh pihak komponen PR.
Agihan kerusi
Pastikan agihan kerusi antara komponen PR mampu memuaskan hati semua ahli komponen. Pembahagian haruslah mengelak daripada keyakinan kosong untuk menang tetapi berdasarkan kepada kemampuan kawasan untuk dimenangi oleh setiap komponen PR yang bertanding. Kalaulah ada mana-mana parti yang menyatakan keyakinan boleh menang semata-mata untuk mendapatkan ikerusi. Tak payahlah.
Sejarah membuktikan bukan senang untuk menumbangkan kerajaan BN lebih-lebih lagi ia dikuasai oleh Taib Mahmud. Satu-satunya komponen yang boleh berbangga ialah DAP. Percaturan DAP dalam menentukan kerusi untuk mengukuhkan perjuangan mereka dalam politik Sarawak harus dijadikan ukuran dan panduan.
Dalam perkiraan agihan kerusi untuk PRN kali ini biarlah pemimpin komponen PR Sarawak menyedari bahawa kerusi yang dipertandingkan ini hanya melibatkan kerusi DUN Sarawak. Masih ada lagi kerusi Parlimen yang belum tersentuh oleh setiap komponen. Dan seharusnya dalam proses tawar menawar kerusi DUN maka seharusnya kerusi Parlimen juga harus diambil kira. Ini bagi mewujudkan situasi menang-menang dalam komponen masing-masing. Yang penting dalam agihan ini jangan ada yang tamak haloba. Takut nanti ayam terlepas , tangan menggenggam tahi.
Manifesto PRN Sarawak
Manifesto pihak PR mestilah jelas kali ini. Rasa-rasanya Buku Jingga tidak sesuai dilobi untuk PRN Sarawak. Ia lebih sesuai untuk PRU 13 nanti. Namun ia juga memainkan peranan penting untuk mereralisasikan harapan PR dalam PRU 13 nanti.
Pihak pemimpin PR harus memasukkan semangat perubahan rakyat Sarawak. Dengan kata lain apa sebenarnya yang dimahukan oleh rakyat Sarawak perlu dijadiikan sebagai manifesto PR. Misalnya bagaimana PR mahu menjadikan kepimpinan Sarawak di kemudian hari diwakili oleh golongan pemimpin yang tidak rasuah. Bagaimana tindakan PR sekiranya kuasa pada tangan mereka untuk pemimpin BN yang rasuah ? Jika PR mampu menciptakan keyakinan tinggi terhadap perkara ini nescaya rakyat akan berani berubah. Ini kerana rasuah di kalangan pemimpin BN terutama REJIM Taib begitu tidak disenangi oleh kebanyakan rakyat Sarawak. Sebab itulah isu rasuah Taib yang kini menjadi perhatian negara dan dunia cukup mengujakan rakyat yang sekian lama ditipu oleh Taib.
Selain rasuah isu rampasan tanah oleh syarikat-syarikat yang berkepentingan dengan pemimpin BN juga merupakan barah yang menunggu untuk diubati oleh pimpinan PR. Bukan sekadar mahu membela nasib rakyat yang teraniaya tetapi bagaimana mereka mampu mengambil inisiatif untuk mengembalikan hak kepada tanah yang hilang itu kepada rakyat atau sekurang-kurangnya menambahkan keuntungan kepada rakyat hasil kehilangan tanah mereka tersebut. Jika perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam manifesto PR maka semestinya pengundi luar Bandar akan mudah memihak kepada PR.
Manifesto yang focus kepada kaum wanita dan golongan tua juga harus menjadi fokus keutamaan pihak PR. Ini kerana kedua-dua kumpulan ini begitu terhaga oleh pihak BN. Jika pihak PR mampu menambah sesuatu yang lebih baik drp BN maka pastinya golongan ini mampu menyokong PR.
Masa berkempen
Permohonan pihak PR untuk memohon tempoh 21 hari untuk PRN Sarawak adalah sesuatu yang munasabah. Namun sekiranya perkara ini sukar dipenuhi oleh pihak SPR yang semakin menjaga parti pemerintah maka sewajarnya tempoh 14 hari seharusnya dijadikan satu ketetapan yang khusus untuk dipohon oleh pihak PR. Bukan senang nak menjelajah seluruh pelosok megeri hanya dalam masa 9 hari. Sepertimana kata pemimpin BN selama ini walaupun kerajaan sudah berkuasa selama 47 tahun namun kesukaran mereka membawa pembangunan dan perubahan di Sarawak ialah kerana kedudukan Sarawak yang cukup besar dan muka buminya bergunung ganang. Jadi apakah jaminan pihak PR pula jika masa 9 hari untuk mereka mampu menjelajah seluruh pengundi dalam masa 9 hari ? Nak menang mestilah PR perlu mencari peluang yang sehabis baik untuk mencapainya.
Jentera pilihanraya
Rasa-rasanya dalam PRN kali ini pihak PR bertuah kerana terdapat 4 buah negeri yang kini dikuasai oleh pihak PR. Maka dengan adanya kerajaan di 4 buah negeri ini maka rasa-rasanya bantuan daripada keempat-empat negeri tersebut mampu digunakan untuk menambahkan kekuataan kempen PR kelak. Bukan hanya sekadar jentera parti kampungan tetapi pemimpin-pemimpin negeri PR juga harus dilibatkan sama. Segala peralatan audio video mestilah dibekalkan untuk kegunaan kempen kali ini.
Malah bukan sekadar ceramah berapi-api diperlukan untuk pendengaran rakyat tetapi tayangan-tayangan berkualiti mengenai kepincangan Sarawak dan pentadbviran PR juga harus ditunjukkan kepada rakyat Sarawak. Sebaran maklumat melalui media elektronik dan bahan bercetak haruslah diperbanyakkan kali ini. Biarlah segala maklumat yang ingin disampaikan kepada rakyat dapat dipertunjukkan sejhelas-jelasnya kepada pengundi Sarawak. Sedangkan pihak BN setiap masa media TV dan cetak mereka melaporkan mengenai usaha kerajaan BN membantu rakyat. Sekarang pihak PR juga mampu melakukan perkara yang sama.
Sesungguhnya gandingan kempinnan Islam dalam PAS, Cina dalam DAP, Kaum Dayak dalam SNAP dan pelbagai kaum dalam PKR seharusnya memudahkan PR mematahkan sentiment pertkauman @ rasis yang sering menjadi senjata pemimpin BN. Sibu telah membuktikan keberkesanan gandingan ini dengan cara yang tepat.
Selain itu cara berkempen yang lebih menekankan kepada soal kebajikan dan keselamatan kaum-kaum tua juga harus ditingkatkan kali ini. Ini kerana mereka bukan hanya menunggu durian runtuh berupa barangan makanan tetapi jaminan untuk terus sihat juga amat dinanti-nantikan oleh mereka. Masih banyak golongan yang memerlukan kebajikan terabai dan tercicir oleh kelemahan kepimpinan BN.
Sewajarnya media altenatif PR sudah mewujudkan portal rasmi masa ini untuk kegunaan mereka menyampaikan maklumat dan mendapat respon isu-isu yang bakal diperlukan dalam kempen mereka. Kita lihat belum ada satu portal rasmi pihak PR untuk PRN ini. Maka sewajarnya pihak PR mengambil inisiatif yang cepat dalam hal ini. Jangan hanya tunggu waktu berkempen je. Sekarang ia sudah boleh diwujudkan. Meskipun terdapat media-media lain waktu ini tetapi bila ada saluran utama untuk PRN kali ini seluruh rakyat dapat disampaikan maklumat dengan lebih teratur dan tersusun.
Calon
Jadi diharapkan kali ini pighak PR akan memastikan calon PR adalah calon yang berwibawa dan mendapat kepercayaan parti dan rakyat untuk berjuang membawa suara mereka. Jangan sekali-kali menggunakan mereka yang hanya mementingkan diri. Rakyat Sarawak juga tidaklah bodoh sangat untuk menilai kredibiliti calon yang bertanding. Cuma selama ioni calon-calon yang menentang BN hanya calon tangkap muat saja. Sebab itu rakyat lebih rela memilih pemimpin kerajaan meskipun mereka tahu pemimpin tersebut gagal sebagai wakil rakyat mereka.
Sekiranya segala aspek yang dinyatakan di atas mampu dijadikan sebagai perkiraan pimpinan PR dalam PRN Sarawak kali ini pastinya tidak muistahil kekuataan BN dan Taib akan Berjaya digoncangkan oleh pihak PR. Jika tidak pun Tsunami atau gempa bumi berlaku dalam kerusi DUN Sarawak kali ini. Pastinya rebut kencang angin Timur Laut mampu menurunkan hujan lebat menghanyutkan kerusi BN. Dan pastinya dalam PRU 13 nanti kerusi Sarawak akan mampu menyumbangkan kekuatan PR dalam menuju Putrajaya.

Penduduk Bogor resah terima bom jangka tertera ‘Allahuakbar’

Posted: 18 Mar 2011 07:57 PM PDT

JAKARTA, 19 Mac — Semasa polis Indonesia bekerja keras menyiasat empat kejadian kiriman bungkusan buku berisi bom kepada empat individu di Jakarta sejak Selasa lalu, mereka kini berdepan pula dengan kes penghantaran bom jangka di satu kawasan perumahan di Bogor, Jawa Barat.
Bom yang diletakkan dalam sebuah kotak mi segera dan dibungkus dengan beg plastik berwarna hitam itu meletup dengan sendiri sebelum anggota polis dari unit pemusnah bom sempat meletupkannya di sebuah kawasan lapang di kawasan perumahan itu.
Kejadian yang berlaku di Kota Wisata Cibubur, pada tengah hari semalam itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kemalangan jiwa kerana letupan itu bersifat lemah.
Ketua Polis Bogor Dadang Raharja dilaporkan oleh media tempatan sebagai berkata bahawa bom itu ditemui seorang tukang sapu kawasan perumahan itu, dan pada kotaknya tertulis perkataan "ini isi bom" serta tulisan "Allahuakbar".
Pekerja itu kemudian melaporkan penemuannya kepada pengawal keselamatan yang menghubungi polis.
Berikutan kejadian itu, Dadang berkata polis memperketatkan pengawasan di kawasan perumahan itu.
Walaupun tempat kejadian agak jauh dari kediaman Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (gambar)  di Puri Cikeas Indah, Bogor, pihak berkuasa dilaporkan kini lebih berwaspada.
Jurucakap presiden Julian Aldrin Pasha dilaporkan berkata masyarakat diminta supaya tidak menyalaherti kes penemuan bom dan letupan yang berlaku itu sebagai serangan terhadap Ketua Negara Indonesia, meskipun tempat kejadian itu di lihat semakin menghampiri kediaman Yudhoyono.
Sehingga sekarang kawalan keselamatan terhadap Presiden masih mengikut prosedur sedia ada dan tidak ditingkatkan, katanya.
Ketua Polis Indonesia Jeneral Timur Pradopo turut menyatakan bahawa polis tidak meningkatkan status keselamatan di ibu kota Jakarta berikutan empat kejadian pengiriman bom sejak Selasa lalu itu.
Polis masih bekerja keras menyiasat kes berkenaan dan masyarakat diminta supaya tidak resah, menurut Timur yang dipetik oleh agensi berita Antara. — Bernama

Ada Berani : Kita tak macam mereka..!!

Posted: 18 Mar 2011 07:53 PM PDT


Kita tak sama dengan mereka. Kita lagi umph!!

Jika ada aduan atau dakwaan... kita tidak melatah. Tetapi, kita bertindak cepat. Kita tak biarkan aduan tinggal aduan. Kita tak biarkan dakwaan disapu begitu saja di bawah carpet. Kita tak biarkan memo bantahan dibakulsampahkan. Aha... itu bukan kita. Itu bukan budaya kita.

Nah...!! Setelah disiasat dan disiasat... dan apabila ada sebab dan bukti yang kukuh wujudnya unsur-unsur salah urus dalam pentadbiran Yayasan Selangor, maka kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak tunggu lama-lama untuk mengambil tindakan tegas.

Lantas... Timbalan Pengurusan Besar [Pengurusan] iaitu Mohd Saifulruddin Sulaiman telah dipecat.

SHAH ALAM: Laporan audit Yayasan Selangor mendedahkan banyak perbelanjaan yang tidak telus dan tidak munasabah yang membawa kepada defisit RM7.41 juta, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Perbelanjaan tidak telus, tidak berhemah dan tidak munasabah menyebabkan kos perbelanjaan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor hampir RM1 juta, malah bayaran dibuat kepada pengurus acara walaupun aktiviti belum dilaksanakan.
"Perbelanjaan tanpa perancangan menyebabkan kedudukan kewangan Yayasan Selangor sehingga November 2010, defisit RM7.41 juta," kata Khalid.
Beliau mengulas laporan audit yang disemak Bahagian Audit Dalaman Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bertarikh 14 Disember 2010 yang diedar kepada media. Semakan itu memberi tumpuan kepada pengurusan perbelanjaan Majlis Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor yang dirancang 15 November 2010 lalu.
Selain itu, Khalid berkata, sebanyak 12 keputusan tertinggi dibuat sepanjang 2010 tidak dimaklum atau diluluskan Pihak Berkuasa Negeri sekaligus bertentangan dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 12 1993.
"Pengurus Besar juga meluluskan elaun yang tidak sepatutnya dibayar kepada Ahli Mesyuarat, selain semakan audit mendapati, Timbalan Pengurusan Besar (Pengurusan) tidak menghormati arahan bercuti dalam siasatan," katanya. [Lagi di sini]
Ha... ha.. ha... Itulah bezanya Pakatan Rakyat dengan UMNO. Yang bersalah tetap akan menerima padanya. Kita tidak bersekongkol.... Kita tidak bersubahat.... Kita tidak tutup mata.... Kita tidak cuba berselindung.... Kita bertindak tegas menolak sebarang penyelewengan dan salah urus tadbir yang merugikan wang rakyat. Pakatan Rakyat menjadi pelindung dan penjaga wang rakyat yang amanah!!

Sebab itu.... kita lebih baik daripda UMNO. Oleh itu.... say NO to UMNO. Jadikan Pakatan rakyat pilihan kita.

Perancis: Libya boleh diserang ‘beberapa jam’ selepas sidang Paris

Posted: 18 Mar 2011 07:51 PM PDT

LONDON, 19 Mac — Duta Perancis ke PBB Gerard Araud meramalkan tindakan ketenteraan ke atas Libya dalam tempoh beberapa jam selepas satu sidang kemuncak yang akan diadakan di Paris hari ini.
Sidang kemuncak itu diadakan dua hari selepas PBB meluluskan resolusi zon larangan terbang ke atas Libya dan "apa jua langkah" bagi melindungi rakyat awam negara itu.
"Esok (hari ini) kami akan mengadakan satu sidang kemuncak di Paris dengan kesemua peserta utama (yang bakal menyertai) operasi, dan dalam usaha-usaha diplomatik.
"Jadi, saya merasakan ia akan menjadi detik penting untuk menghantar isyarat terakhir," kata beliau ada program Newsnight BBC semalam.
"Bermakna Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis, kami juga telah melancarkan kata dua berkaitan dengan gencatan senjata... dan, kami telah menetapkan isyarat, jadi saya meramalkan selepas sidang kemuncak ini, saya merasakan dalam beberapa jam, saya merasakan kami akan melancarkan campur tangan ketenteraan," kata beliau.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton dan Perdana Menteri Britain David Cameron akan membincangkan langkah-langkah susulan mengenai Libya dengan Presiden Perancis Nicolas Sarkozy dan pemimpin-pemimin Arab di Paris hari ini.
Dalam pada itu, Menteri Luar Perancis Alain Juppe berkata, kesemua sudah sedia ada untuk pihaknya melancarkan tindakan ketenteraan dan gencatan senjata diumumkan pemimpin Libya Muammar Gaddafi perlu meliputi keseluruhan negara utara Afrika itu.
"Kami perlu analisis syarat-syarat gencatan senjata," kata Juppe kepada televisyen Reuters. Mengenai tindakan ketenteraan, katanya:
"Kami bersedia tetapi tidak boleh memberikan anda lebih butiran." — Reuters

Tanda Awal : PKR dakwa bloger 'ditahan' tengah malam tanpa waran.

Posted: 18 Mar 2011 07:49 PM PDT

Seorang penulis blog dibawa ke balai polis Sentul tengah malam tadi dan pihak berkuasa didakwa tidak mempunyai waran bagi menahannya, dakwa naib presiden PKR.

Tian Chua berkata, beliau mendapat penulis blog yang dikenali sebagai Hanief disiasat oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) selepas tiba di balai berkenaan tengah malam tadi.

forum direct election in political parties klscah 261010 tian chua"Di tengah-tengah siasatan SKMM, saya bertanya apa hak mereka menahan orang di tengah-tengah malam sebegini. (Dan) Tiada sesiapa menunjukkan waran (terhadap Hanief) pada saya," tulisnya di laman Twitter kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

"Pegawai SKMM mengaku mereka tidak mengeluarkan waran, justeru saya minta soal siasat itu dihentikan. (Tetapi) mereka berita Hanief secara sukarela datang ke situ," tambah anggota parlimen Batu itu.

Tian juga mendedahkah bahawa SKMM memerintah Hanief hadir di ibu pejabat suruhanjaya itu di Cyberjaya pada jam 10.30 pagi ini bagi membantu memberi maklumat berhubung satu siasatan bawah Bab 3, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurut dokumen perintah yang gambarkan dimuatkan kembali Tian di internet, sekiranya gagal atau enggan berbuat demikian, Hanief boleh dibawa kepada majistret dan diberikan waran tangkap.

Masih belum jelas Hanief akan disiasat berhubung perkara apa. Setakat ini belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung 'penahahan' dan siasatan pada penulis blog itu.

MPHTJ pertahan kos tandas bertaraf 'banglo'

Posted: 18 Mar 2011 11:38 AM PDT

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mendakwa ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong tersilap sangka mengenai isu projek menaik taraf dua unit tandas awam di Taman Botanikal Melaka di Ayer Keroh.

Menurut yang dipertuanya Sapiah Haron, kos sebenar bukanlah sebanyak RM199,800 - angka yang dianggap tidak masuk akal dan membazir.

Sapiah menjelaskan, kos berkenaan sebenarnya adalah RM196,000 dan ia adalah munasabah, malah 10 peratus lebih rendah daripada apa yang disasarkan.

Beliau turut menyangkal dakwaan ADUN dari DAP itu yang kononnya tender yang dikeluarkan adalah secara terus tetapi sebaliknya ia dikeluarkan secara terbuka mengikut peruntukan Kementerian Kewangan.

"Lagi pun, peruntukan untuk projek menaiktaraf tandas itu adalah di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan bukannya daripada kita (MPHTJ) atau kerajaan negeri Melaka.

"Lebih 100 kontraktor telah membida untuk mendapat peluang itu dan kita telah bawa mereka semua untuk melakukan lawatan tapak dan meninjau kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan terhadap projek menaik taraf untuk dua unit tandas terbabit.

"Malah kontraktor yang terpilih pun adalah dari kalangan yang menawarkan harga terendah sekali," katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan ADUN dari DAP itu yang kononya kos projek berkenaan dua unit tandas terbabit sama nilainya dengan kos untuk membina sebuah banglow dua tingkat seperti yang dilaporkan Malaysiakini pada 16 Mac lalu.

Jelas Sapiah, dua unit tandas berkenaan terpaksa dinaik taraf berikutan ianya sudah tidak sesuai lagi digunakan berikutan hampir keseluruhan bahagian tandas terbabit sudah rosak termasuk saluran paip utama, pintu, lantai, lampu, bumbung dan pelbagai lagi.

"Kita terpaksa menukar sistem paip aliran terus dan aliran tangki simpanan pada kedua unit tandas ini manakala kita turut memasang jubin pada keseluruhan lantai dan dinding bangunan itu bagi memudahkan penjagaannya.

"Kesemua singki tandas berkenaan ditukar baru dan dipasang granit. Manakala sistem saliran kumbahan kita tukar baru dan kita mengantikan tangki septik individu pada tandas terbabit.

"Selain itu, keseluruhan tingkap, pintu, termasuk jenang kita tukar. Kita juga membina struktur tambahan baru iaitu kaunter di sebelah hadapan yang sebelum ini memang tiada," katanya.

Menurut Sapiah, kerja-kerja berkenaan juga membabitkan pembinaan dinding penahan (rubber wall) dan membina laluan baru pejalan kaki. Longkang di sekeliling tandas yang sebelum ini tiada.

"Kesemua mangkuk tandas yang sudah rosak kita tukar baru termasuk aksesori lain manakala sistem pendawaian untuk kedua-dua unit tandas terbabit kita tukar.

"Secara kesimpulan kita menukarkan hampir keseluruhan tandas berkenaan yang sebelum nampak terlalu uzur sekaligus memberikan imej baru kepada pengunjung," katanya.

Sapiah berkata, pihaknya sudah pun mengadakan pertemuan dengan wakil rakyat terbabit bagi menjelaskan perkara sebenar.

Akui radiasi boleh membunuh

Posted: 18 Mar 2011 11:34 AM PDT

  • Officials admit they may have to bury reactors under concrete - as happened at Chernobyl
  • Government says it was overwhelmed by the scale of twin disasters
  • Japanese upgrade accident from level four to five - the same as Three Mile Island
  • We will rebuild from scratch says Japanese prime minister
  • Particles spewed from wrecked Fukushima power station arrive in California
  • Military trucks tackle reactors with tons of water for second day
Overwhelmed: Tokyo Electric Power Company Managing Director Akio Komiri cries as he leaves after a press conference in Fukushima
Overwhelmed: Tokyo Electric Power Company Managing Director Akio Komiri cries as he leaves after a press conference in Fukushima
The boss of the company behind the devastated Japanese nuclear reactor today broke down in tears - as his country finally acknowledged the radiation spewing from the over-heating reactors and fuel rods was enough to kill some citizens
Japan's Nuclear and Industrial Safety Agency admitted that the disaster was a level 5, which is classified as a crisis causing 'several radiation deaths' by the UN International Atomic Energy.
Officials said the rating was raised after they realised the full extent of the radiation leaking from the plant. They also said that 3 per cent of the fuel in three of the reactors at the Fukushima plant had been severely damaged, suggesting those reactor cores have partially melted down.
After Tokyo Electric Power Company Managing Director Akio Komiri cried as he left a conference to brief journalists on the situation at Fukushima, a senior Japanese minister also admitted that the country was overwhelmed by the scale of the tsunami and nuclear crisis.
He said officials should have admitted earlier how serious the radiation leaks were.
Chief Cabinet Secretary Yukio Edano said: 'The unprecedented scale of the earthquake and tsunami that struck Japan, frankly speaking, were among many things that happened that had not been anticipated under our disaster management contingency plans.
'In hindsight, we could have moved a little quicker in assessing the situation and coordinating all that information and provided it faster.'
Nuclear experts have been saying for days that Japan was underplaying the crisis' severity.
It is now officially on a par with the Three Mile Island accident in Pennsylvania in 1979. Only the explosion at Chernobyl in 1986 has topped the scale.
Deputy director general of the NISA, Hideohiko Nishiyama, also admitted that they do not know if the reactors are coming under control.
He said: 'With the water-spraying operations, we are fighting a fire we cannot see. That fire is not spreading, but we cannot say yet that it is under control.'
But prime minister Naoto Kan insisted that his country would overcome the catastrophe

'We will rebuild Japan from scratch,' he said in a televised speech: 'In our history, this small island nation has made miraculous economic growth thanks to the efforts of all Japanese citizens. That is how Japan was built.'

It comes after pictures emerged showing overheating fuel rods exposed to the elements through a huge hole in the wall of a reactor building at the destroyed Fukushima nuclear plant.

Krisis Nuklear Jepun meningkat ke Paras 5

Posted: 18 Mar 2011 11:33 AM PDT

Japanese authorities have raised the rating of the nuclear crisis to a Level 5 from a Level 4 on a seven-point international scale. That puts it on par with the 1979 Three Mile Island accident in Pennsylvania. The reclassification comes as the government asks the U.S. for help and acknowledges that its response to the nuclear disaster was slow because it was overwhelmed by the earthquake and tsunami. Military fire trucks spray overheating reactor units for a second day, while the utility that runs the plant continues to work on a new power line in an effort to restore cooling systems.

Another Najib show on Saturday? Probe Taib, impound his wealth if serious

Posted: 18 Mar 2011 11:03 AM PDT

Another Najib show on Saturday? Probe Taib, impound his wealth if seriousSarawak Chief Minister Taib Mahmud may step down after the state elections but to what extent can it appease the people especially as the announcement widely expected to be made in the presence of Prime Minister Najib Razak tomorrow reeks more of a done deal, signed, sealed and delivered to ensure that the 74-year old and his family will remain forever protected from any prosecution at either state or federal level.
"It will turn out to be another Najib sham. If it goes through, it will be unveiled as his 'gift' to the Sarawak people. But we say, if you want to help the Sarawakians, probe Taib and if guilty, impound his wealth, seize his assets, prosecute him to the highest courts and show Malaysians that no one is safe from such excesses of power abuse and corruption," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle.
"But can Najib do that. Is he himself so clean?"
There is also concern that instead of relinquishing power, Taib will be appointed as Governor of Sarawak, a post that is largely ceremonial but in Taib's hands will hugely influential as it will allow him to broker all deals that occur in the corridors of power.
Najib and Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin will be in Sarawak tomorrow to kickstart their Umno meet-the-people tour of all states in the country.
Opposition swings into action mode
According to Bernama, Taib will announce on Saturday when he will dissolve the state assembly. Speculation has been rife that polls will be held in April or May as his 5-year term expires in July.
"Wait one more day," Taib told reporters when asked if it was true the state legislative assembly would be dissolved on Monday to pave the way for April elections.
Speculation has swirled since last year that he would announce his retirement to 'boost' his coalition's chances. But while massively unpopular, the rest of his team are not regarded in a much better light than he is.
Taib is widely expected to hand over to his deputy Alfred Jabu Numpang, but Jabu may only be the seat warmer for Taib's cousin Effendi Norwawi.
There are 71 seats in the Sarawak state assembly. Taib's BN has 62 seats, DAP six, PKR and SNAP have one each while an Independent candidate holds the remaining seat.
"Don't underestimate us. Pakatan has been preparing well and we are just waiting to press the 'go' button. We have at least 70 per cent chance of denying Taib two-thirds majority and even wresting the state government," reiterated PKR strategy director Rafizi Ramli.

Nuke plants: M’sia toying with ‘fire’

Posted: 18 Mar 2011 10:52 AM PDT

Plutonium-239, the most dangerous by product in reactors, if not disposed of safely can be a threat to lives for generations

PETALING JAYA: A former nuclear engineer said that the Malaysian government was 'toying' with a force it cannot possibly contain with its nuclear power plant ambitions.
Ahmad Bungsu Hamid Tuah, 63, said nuclear energy may boost the nation's power demands, but asked how the government planned to dispose plutonium-239, the most toxic by product of nuclear reactors.
"To generate electricty, uranium-235 rods are pumped into uranium-238 cylinders to create fission (nuclear chain reaction)," said Ahmad, who had stint at Oak Ridge National Laboratory in Tennessee.
"Several by-products are created and one them is plutonium-239, the most toxic material in the world," said Ahmad who is also PKR's public complaints bureau committee member.
"Plutonium-239 is also one of key elements used to produce nuclear weapons.
"In the US, the plutonium and other toxic waste material from nuclear plants are buried deep underground in the deserts of Nevada. Where and how does Malaysia propose to dispose of these toxic materials, especially plutonium-239?" asked Ahmad.
According to Ahmad, it takes 500,000 years for plutonium-239 to be rendered non-toxic and there are currently no experts in the world who know how to dispose of the material safely.
"If you take one gram of plutonium, divide it into one million pieces, the one millionth of a gram of plutonium is enough to cause cancer in an individual.
"And even if persons contaminated by the plutonium die, the radioactive material will remain intact for thousands of years," he said.
'Russia and Japan fumbling'
Ahmad cited an example of the nuclear power plant meltdown in 1986 in Chernobyl, Russia where the flora and fauna in the surrounding areas are still toxic and deadly to human lives.
"Atomic bombs were dropped in Hiroshima and Nagasaki in 1945, and descendants of those exposed to radiation are still giving birth to children with physical deformities.
"Look at how Japan is helplessly trying to control its current nuclear crisis in Fukushima island. They are running out of ideas and I believe a meltdown is imminent," said Ahmad.
The 9-magnitude earthquake that struck Japan last week caused several of its nuclear reactors on the island to explode amidst fears of a global nuclear crisis.
When great powers such as Japan and Russia are not able to contain a nuclear crisis, how will a developing nation like Malaysia be able to handle a nuclear crisis? asked Ahmad
He said that while Malaysia was not in the earthquake zone, tremors from earthquakes in Indonesia have been felt here and will be a threat should Malaysia go ahead with its nuclear plans.
"And if our neighbour suffers another volcanic eruption like in 1883, our nuclear plants will be damaged," he said referring to the Krakatoa eruption which killed almost 40,000 people.
Harvesting renewable energy
Ahmad urged the government to focus on developing renewable energy as opposed to nuclear energy because Malaysia has an abundance of natural resources.
"We only use 25% of our hydro-electric capacity. Our biomass potential is virtually untapped and we also have a huge reserves of natural gas to spearheard projects on renewable energy," said Ahmad.
He added that though Malaysia was embarking on harvesting solar energy, the government is not focused on the developing the technology.
"We have also neglected sea wave harvesting. There is a lot of potential especially in the east coast area during monsoon when the waves are strong," he said.
Ahmad said the government was not serious in pursuing renewable energy as the government and the power producers stand to lose a lot of money from these ventures.
"And if every home intalled a device that extracts solar energy to power up their electrical appliances at a fraction of the cost, the power industry can't make you pay for it.
"And of course, when energy becomes so accessible to the masses, it will be impossible for the government to impose tax on it as well," said Ahmad.
Last year, the Malaysian government annouced that it would build two nuclear power plants to diversify the nation's power sources by 2021. RM21.3 billion had been allocted for the project.

Video : PKR Youth distributes 'Orange Book' at LRT station

Posted: 18 Mar 2011 10:46 AM PDT

PRU 13: Kita tumpu kawasan majoriti undi kecil

Posted: 18 Mar 2011 10:45 AM PDT

Dalam perancangan awal, parti akan fokus kepada negeri Selangor, Pulau Pinang, Pahang, Melaka, Perak, Kedah dan Wilayah Persekutuan.

PETALING JAYA: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) akan memberi tumpuan kepada kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang mempunyai persaingan sengit antara parti bertanding serta majoriti kemenangan adalah tipis ketika pilihan raya umum (PRU) lalu.
Demikian menurut Bendahari Kita, Rashid Azad Khan bahawa perancangan awal itu akan memfokuskan kepada negeri-negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Pahang, Melaka, Perak, Kedah dan juga Wilayah Persekutuan.
Menurut Rashid, walaupun Kita masih baru namun pelbagai perancangan sentiasa dilakukan dengan melihat situasi politik dan kemampuan parti untuk bertanding dalam PRU-13 akan datang.
"Saya melihat kepada situasi dan kemampuan parti buat masa ini. Kami masih mengumpulkan maklumat di mana kawasan-kawasan yang kita boleh menang.
"Contoh di Selangor kita berminat untuk bertanding di kawasan seperti di  Kuala Langat, Puchong dan Kota Raja. Tapi kami juga fokus kepada kerusi yang mempunyai persaingan sengit serta majoriti kemenangan oleh parti bertanding itu adalah tipis.
"Selangor adalah salah satu contoh tetapi kenapa tidak Perlis, Kedah, Melaka, Perak dan negeri-negeri lain? Tetapi perkara itu akan kami umumkan pada masa yang sesuai," katanya kepada FMT.
Calon yang berkaliber
Menurut beliau, pembahagian kerusi itu tidak memerlukan perbincangan dengan mana-mana parti memandangkan Kita bukan seperti Pakatan Rakyat.
Maka pembahagian kerusi itu perlu menerusi perbincangan bersama dalam parti dan akan dimuktamadkan apabila mempunyai calon yang berkaliber.
Merujuk kepada kenyataan Penyelaras Pentadbiran Kita Selangor S Kottapan bahawa parti itu akan bertanding dalam 56 kerusi Dun Selangor, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat Christopher Firdaus berkata perkara itu bergantung kepada calon yang bakal diketengahkan.
"Soal Kita mahu bertanding di Selangor itu bergantung kepada sumber-sumber dan calon. Jika ada yang mengetengahkan calon sekalipun ia perlu dipersetujui oleh parti terlebih dahulu dan akan disahkan oleh Pengarah Pilihan Raya Selangor Abdul Malek Shamsuddin.
"Kita memerlukan calon yang boleh menang dan kriteria tersebut diambil kira oleh parti. Namun perkara itu perlu mendapat persetujuan Datuk Zaid Ibrahim. Jika beliau kata Kita perlu bertanding semua kerusi…maka kita akan lakukan," katanya.
FMT sebelum ini melaporkan bahawa menurut Kottapan Kita akan bertanding di semua 22 kerusi Parlimen Selangor termasuklah di peringkat Dun malah seramai 28 calon Melayu; Cina (18) dan India (10) bakal mewakili parti dalam PRU akan datang.

Cikgu Mala sebagai aura baru PAS

Posted: 18 Mar 2011 10:44 AM PDT

"Saya seronok kerana ada kelompok Muslimah PAS menganggap saya sebagai aura baru," kata Normala.

PETALING JAYA:  Normala Sudirman, calon PAS yang tewas ketika merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Johor dalam pilihan raya kecil (PRK) 30 Januari lalu kini semakin sibuk bagaikan seorang artis.
Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Mala kini sibuk menjelajah ke seluruh negara berceramah di atas pentas PAS bersama pemimpin lain.
Semasa kempen PRU Merlimau dan Kerdau, Normala tidak ketinggalan berkempen membantu calon PAS Yuhaizad Abdullah dan Hasanuddin Salim.
"Lepas ini, insya'Allah saya ke Sarawak pula. PAS akan bertanding beberapa kerusi di negeri itu. Saya berharap dapat membantu calon PAS menang.
"Ini satu amanah kepada saya. Dan saya akan lakukan bersungguh-sungguh," katanya ketika dihubungi hari ini.
PAS dilaporkan akan bertanding enam kerusi Dun dalam pilihan raya negeri Sarawak yang dijangka April ini.
Dalam PRK Tenang, Normala kalah kepada Mohd Azhar Ibrahim dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 3,707 undi.
Pada penghujung minggu ini dan minggu depan, Normala akan berada di Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang untuk memenuhi program parti.
"Saya seronok kerana ada kelompok Muslimah PAS menganggap saya sebagai aura baru," tambahnya.
Menurut Normala, kesibukannya dalam dunia politik tidak menganggu tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.
Ini kerana, katanya, beliau mengadakan perbincangan dengan suami, Maarof Abdul Mutalib, sebelum menyertai program PAS.
"Kalau musim cuti sekolah, saya bawa anak-anak dan suami bersama ke program-program tersebut," katanya.

Blogger Ditangkap?

Posted: 18 Mar 2011 10:42 AM PDT


Menurut Twitter Tian Chua (MP Batu), seorang blogger yang bernama Hanief yang mengendalikan blog "Hanief.blogspot.com" ditangkap?

Begini Twitter Tian Chua:

Just got a msg from father of a young blogger Hanief.blogspot.com: Near2 midnite Police & MCMM came, ransacked their home & arrested Hanief.
http://twitter.com/tianchua/status/48790482796560385

Hanief is a young man recently turned 21, his writing was non-partisan; clamp down on cyberspace again? All computers at home taken away!
http://twitter.com/tianchua/status/48792723674771456

Now the boy is at Sentul police station accompanied by his anxious dad.
http://twitter.com/tianchua/status/48793438044438528

Kalau UMNO/BN rugi berbillion pun tak apa.. tapi PR tidak...

Posted: 18 Mar 2011 10:36 AM PDT

Inilah yang membezakan antara kerajaan Pakatan Rakyat dengan kerajaan UMNO/BN.. setelah terbukti berbelanja secara tidak telus dan menyebabkan kerugian hampir RM7.41juta Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor Mohd Saifulruddin Sulaiman telah dipecat..

Dipecat oleh kerajaan PR Selangor demi menjaga amanah yang diberikan rakyat Selangor.

Kalau UMNO/BN membazir, berbelanja secara ikut suka malah rugi hingga berbillion-billion.. tak apa.. asalkan dia itu pemimpin UMNO ataupun dia itu mempunyai kabel dengan pemimpin UMNO.. kalau yang nak didakwapun.. pencacai UMNO sajalah.. pasal pencacai UMNO ni bengong sikit dan mudah diperbodohkan pemimpin UMNO..


Yayasan Selangor Rugi RM7.41 Juta, Timbalan Pengurus besar Dipecat

Mahathir Diktator Demokrasi III

Posted: 18 Mar 2011 10:36 AM PDT

"MACAM mana Mahathir boleh terlibat dengan pemecatan Pas dari BN Tengku?" Tanya saya kepada Tengku Razaleigh. Tengku Razaleigh seorang yang kuat berpegang kepada amanah. Dia tidak akan mudah memecahkan apa-apa rahsia khususnya rahsia parti dan kerajaan yang dia tahu. Beliau juga seorang yang kuat berpegang kepada undang-undang.

Sebab itu kalau kita tengok kenyataan atau kritikan beliau kepada mana-mana pihak penuh berwaspada dan berlapik. Beliau seorang yang sangat menghormati undang-undang. Dalam masa sama seorang yang naif. Sudah tiga kali beliau ditipu hidup-hidup oleh Mahathir Mohamad.

Satu kelebihan Tengku Razaleigh dia tidak akan mencampur adukkan politik dengan persahabatan. Walaupun Mahathir mengkhiantinya, tetapi persahabatan dengan Mahathir diteruskan juga. Tengku Razaleigh seorang politician yang profesional.

"Amba bersain (berkawan) dengan dia Sayuti. Sebagai sain amba akan hormati dia. Walaupun dia buat jahat ke ambo, tidak ada masalah, sebab itu soal politik. Tetapi ambo tidak akan membalas kejahatannya," begitulah kata Tengku Razaleigh.

Sebab itu apabila Mahathir menuduh bukan-bukan kepada beliau termasuk menggunakan wang RM20 juta untuk menewasnya dalam perlawanan merebut jawatan presiden Umno tahun 1987, memoir Mahathir itu boleh diragui akan kejujurannya. Di manakah Mahathir mendapat maklumat itu. Apakah daripada Ibrahim Ali?

Mulanya Tengku Razaleigh keberatan untuk mendedahkan rahsia bagaimana Dr Mahathir khianat kepada Pas. Tetapi setelah diasak dan berjanji tidak akan menulisnya dimana-mana (ketika itu), akhirnya beliau menceritakan kronologinya.

Menurut Tengku Razaleigh punca kenapa Pas ditendang dari BN ianya bermula dengan satu peristiwa di Johor, di tanah rancangan Felda. Ketika itu Datuk Mohd Asri Muda menjadi Menteri Kemajuan Tanah Dan Wilayah. Jadi semua tanah rancangan dan juga hal pembangunan tanah berada di bawah portfolionya.

Sesuai dengan kedudukan itu Asri cuba membuat reformasi ke atas tanah rancangan termasuk Felda. Salah satu refomasi itu ialah dengan mengaktifkan Pas di tanah-tanah rancangan yang selama ini merupakan kubu kuat Umno. Di sinilah kebijaksanaan politik Asri. Bagaiman pun usaha Asri itu mendapat tentangan dari Umno. Kononnya semasa bersetuju untuk bergabung dengan Umno dulu, syarat lisan dibuat, bahawa Pas tidak dibenarkan menubuhkan cawangan di mana-mana tanah rancangan.Check Spelling
Larang itu tidak dipatuhi. Maka wujudlah beberapa cawangan Pas. Keadaan ini tidak menyenangkan dan cukup membimbangkan sesetengah pemimpin Umno. Apa lagi cawangan Pas yang mulai ditubuh itu mendapat sambutan dari kalangan peneroka Felda. Mungkin ini kerana mereka dapat melihat perbezaan pendekatan dan juga pengisian aktiviti antara Pas dengan Umno.

Seperti mana cerita Tengku Razaleigh berlaku satu peristiwa di salah sebuah Felda di Johor. Ketika itu Pas mengadakan majlisnya di situ. Kebetulan pula Umno juga mengadakan majlis di tempat yang sama di mana jaraknya tidak berapa jauh.

Kerana jalanya tidak banyak, para pemimpin Umno yang hendak ke majlis mereka terpaksa melalui melewati majlis Pas. Sewaktu pemimpin Umno melintas majlis Pas inilah berlaku sorakan oleh orang Pas.

Menurut Tengku Razaleigh sorakan telah disalah sanggap oleh Umno sebagai memperli pemimpin mereka. Walhal apa yang berlaku penyokong Pas menyorak kerana bersemangat apabila majlis mereka lebih ramai dari majlis Umno. Dan sorakan itu juga bukan sesuatu yang serius pun, kata Tengku Razaleigh.

Bermula periswai itulah timbul salah anggap. Umno memandang serius. Kata Tengku Razaleig ia tidak berakhir disitu saja, tetapi kejadian itu dilaporkan kepada pihak atasan Umno di Johor. Kemudian ia terbawa pula ke peringkat pemimpin tertinggi di Kuala Lumpur.

Cerita Tengku Razaleigh lagi, akhirnya peristiwa itu sampai kepda Mahathir. Di sinilah Mahathir megambil peluang untuk menyocokkan jarum jahatnya. Dalam satu mesyuarat dengan Pemuda Umno di Kuala Lumpru, kata Tengku Razalegh Mahathir, Mahathir telah mencadangkan agar Umno mengambil tindakan kepada Pas. Beliau cadangkan agar perkara itu disampaikan kepada Hussein Onn.

Bila mesyuarat MT diadakan dan Mahathir ketika itu sebagai salah seorang naib Presiden Umno telah mendesak Hussein Onn supaya mengambil tindakan ke atas Pas. Alasan Mahathir kalau Hussein tidak mengambil tindakan kedudukan Umno akan terancam. Di sinilah puncanya.

Jadi kata Tengku Razaeigh atas cadangan Mahathir itulah akhirnya Hussein mengambil tindakan tanpa terlebih dahulu memberi warning kepada Pas. Apabila mendapat mandat dari Hussein Onn itu maka Mahathir terus menjalankan jarumnya dengan mencipta berbagai isu untuk menimbulkan kebencian Umno kepada Pas. Kemucak kepada rancangan jahat Umno- Mahathir itu kata Tengku Razaleigh, ialah dengan menghuruharakan Kelantan kemudian melatkkan Kelantan dibawah pemerintahan darurat.

Manakala sejarah bagamana berlaku ke atas kerajaan Kelantan gara-gara projek tunjuk perasaan itu sudah terbungkus dalam sejarah. Kerana itu kerajaan Kelantan yang berusia 18 tahun jatuh terguling.

Kesimpulannya orang bertanggungjawab mencampak Pas keluar atau yang memutuskan silaturahim antara Umno dengan Pas ialah Mahathir bukannya Hussein Onn.

Melihat kepada ketegangan orang Melayu hari ini seperti mana dianggapkan Umno, yang menuduh Pas sebagai punca pecah belah, ianya adalah disebabkan orang Umno sendiri bukannya Pas. Lebih merujakan lagi orang itu ialah bekas presidennya, Mahathir Mohamad. Adalah adil mungkin kalau Nik Aziz tindak hingin untuk berkawan dengan Umno kecuali parti itu menukar dasarnya.
MSO.

PRN Sarawak : BN Tambah 5 Kerusi Dun

Posted: 18 Mar 2011 10:20 AM PDT

Oleh: mohdnoorawang

"Pilihanraya umum (DUN) negeri Sarawak yang lepas BN Sarawak memperolehi 63 kerusi DUN.

Pilihanraya umum DUN negeri Sarawak bila bila masa dalam bulan April 2011. BN Sarawak dan komponennya ( PBB, SUPP, PRS, SPDP) DIJANGKA dapat menambah kerusi DUN sebanyak 5 kerusi DUN. Menjadikan DUN Sarawak BN mendapat 68 kerusi DUN.

Dari sudut parti komponen pakatan rakyat ( DAP, PKR, PAS) dijangka merosot secara drastik atau rakyat Sarawak tidak memberi undi kepada pakatan rakyat, Pilihanraya umum DUN negeri Sarawak yang lalu DAP menang 6 kerusi DUN, PKR dapat satu kerusi DUN. Pembangkang dijangka hanya mendapat 3 kerusi DUN.
Jika diambil kira polar kesedaran politik dan ditambah corak politik dan tektik BN yang menggunakan wang, dan segala kemudahan milik kerajaan serta janji projek berjuta juta ringgit rakyat Sarawak secara umumnya tetap memberi undi kepada BN negeri Sarawak.
Perubahan minda dan polar kesedaran politik cukup sukar berubah sejumlah besar rakyat Sarawak dan secara amnya rakyat di Semenanjung.
Walaupun Ketua Menteri TS Taib Mahmud dan keluarganya menjadi lanun morden merampas tanah, rasuah, penyelewengan, atau apa bentuk sekali pun rakyat Sarawak cukup sayang kepada beliau.
Jika keputusan pilihanraya umum DUN negeri Sarawak BN memperolehi majoriti yang besar,  BN di Semenanjung berkokok lagi kuat dari anjing menyalak.
Walaupun apa perjuangan, reformasi dan perubahan untuk berubah perlu diteruskan. Halangan dan rintangan adalah makanan proses tribulisasi perjuangan.

Ingatan Almarhum Dato Haji Fadzil Nor!

Posted: 18 Mar 2011 10:19 AM PDT

Oleh: neraca

"INGATAN KEPADA SEMUA AHLI-AHLI PAS DAN PIMPINAN PAS SELURUH NEGARA SERTA AHLI-AHLI PAKATAN RAKYAT TERMASUK KEADILAN DAN DAP!!!!!

APABILA YB ZUL DAN YB PAK IBRAHIM BERSUARA DI PARLIMEN KONONNYA APABILA USUL SOKONGAN MALAPETAKA DI JEPUN MAKA DUA ORANG YANG KONONNYA MENGAKUI BERAGAMA ISLAM MEMPERSENDAKAN ITU BUKAN TSUNAMI TAPI SODAMI...

BETULLAH KATA-KATA AL FADHIL ALMARHUM PRESIDEN PAS DATO HJ FADHILNOR BAHAWA *HATI-HATILAH ORANG YANG NAMANYA ZULKIFLI NORDIN' sekarang sudah terbukti dan sudah jelas watak yang dimainkan oleh beliau.  Cuba rujuk kitab Ibnu Khatir; Mengenai sifat-sifat DARJAL
Lantaran itu, saya hamba ALLAH yang serba kekurangan  ingin menceritakan suatu kisah di mana Amru al as telah bertanyakan pemimpin yang agong iaitu Muawiyah, Amru bertanya Muawiyah " Apakah yang paling lazat dalam hidupmu?, Lantas Muawiyah menjawab "semua aku dah miliki iaitu pangkat,harta dan semuanya aku dah ada, maka seandainya aku panas dan kehausan maka aku minum air segelas yang telah menghilang haus ,itulah yang paling lazat bagiku". kemudian Muawiyah tanya pada Amru" apa yang paling lazat bagi engkau pula wahai Amru? maka amru menjawab semuanya aku dah ada dan yang paling lazat ialah aku mempunyai sebidang tanah untuk aku bercucuk tanam" KEMUDIAn Amru dan Muawiyah tanya pengawal istananya"Apa yang paling lazat dalam kehidupan engkau wahai pengawalku?? Lantas pengawal menjawab" Apa-apa yang aku lakukan kebaikan di atas muka bumi bukannya balasan wang ringgit yang ku inginkan ...TETAPI aku tunggu balasan  oleh Allah selepas aku mati nanti" Itulah perkara yang paling lazat di dalam hidupku.Maka AMru dan Muawiyah tergaman dan mengangguk-angguk kepalanya..

Ps: Untuk Lebih Lanjut Tanya Pak Bakaq (Penarik Beca) Sejarah Lama Semasa Zul BB ni jadi AJK Pas Pusat...!!!

Bila aktivis PAS sendiri pun susah dapat Harakah ...

Posted: 18 Mar 2011 10:05 AM PDT

Oleh DINSMAN
Pernah saya fikir tulisan seperti yang akan saya tulis ini tak perlu ditulis. Ia ditujukan kepada orang-orang PAS, atau lebih khususnya aktivis-aktivis PAS sendiri. Perkaranya mudah saja, sebab itu saya fikir ia tak perlu dibangkitkan. Rupa-rupanya tidak seperti yang saya fikir itu. Fikiran saya itu rupa-rupanya salah.
Perkaranya mudah saja. Mula-mula saya dengar mereka kata susah nak dapat Harakah di situ. Biasalah. Kita selalu dengar rungutan atau aduan ataupun komen seperti itu. Tak kiralah dari mulut siapa keluarnya komen dan rungutan itu. Mungkin dari mulut orang PAS, mungkin dari mulut peminat Harakah yang bukan orang PAS. Sama sajalah!


Kemudian saya dengar lagi cerita yang sama itu, dari mulut orang yang sama – orang PAS. Bukan ahli biasa, tetapi seorang aktivis. Dan saya masih tidak terfikir apa-apa yang luar biasa. Saya masih berfikir bahawa itu adalah perkara biasa. Dan baru-baru ini, semalam, dia mengungkapkannya lagi. Dan dia ini seorang aktivis PAS, yang saya kenal, dan pernah terlibat dengan aktiviti bersama.
Bila saya ceritakan suatu aktiviti yang saya laporkan dalam Wacana Budaya, dia kata: "Macam biasalah, di Johor susah nak dapat Harakah." Maksudnya dia tak baca Wacana Budaya dan dia tak tahu aktiviti yang saya laporkan dalam Wacana Budaya. Dan dia ini seorang yang meminati hal-hal budaya. Kalau dia tak minat budaya barangkali saya pun tak kisahlah dia tak baca Wacana Budaya. Tapi dia minat dan selalu juga bertanya saya pasal aktiviti budaya.
Kawan-kawan saya dalam Paksi pun selalu mengingatkan saya: "Kau jangan fikir mereka itu baca Wacana Budaya. Mungkin mereka tak pernah baca pun apa yang kita tulis pasal mereka." Razali Endun selalu mengingatkan saya begitu.
Ingatan itu dimaksudkannya tokoh-tokoh tertentu dalam Pakatan Rakyat yang sebahagiannya memegang jawatan dan amanah mengenai kebudayaan, khasnya di Selangor. Kita tulislah mengenai mereka yang tak menunaikan amanah dan tanggungjawab mengenai kebudayaan, namun tak ada kesan apa-apa pun. Mereka seperti tak tahu apa-apa pun. Itulah yang Razali selalu katakan begitu. "Harakah pun mereka tak baca. Macamana? Sibuk sekalipun, Harakah mestilah baca. Ini, macam tak ambil tahu langsung hal kebudayaan, sedangkan awak memegang jawatan yang bertanggungjawab ke atas kebudayaan."
Dan ada kawan lain menambah: "Kalau macam ini tak ada maknalah kita mengkritik dan mengecam pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional. Pemimpin Pakatan Rakyat pun sama juga. Nak baca Harakah pun tak ada masa, tak usah cakaplah hal-hal lain." Itu hal pemimpin PR yang tak baca Harakah. Bukan soal susah nak dapat Harakah, tapi susah nak baca. Sebabnya? Tak tahulah. Lain kalilah kita cakap soal itu.
Sekarang kita balik semula kepada cerita kawan saya yang susah nak dapat Harakah di tempatnya, di Johor. Dan dia seorang aktivis PAS yang minat budaya. Macamana dia minat hal budaya dan dia seorang aktivis PAS tak baca Harakah sebab di tempat dia susah nak dapat Harakah? Fikiran saya tiba-tiba terasa pelik. Dan saya terfikir – apa yang susahnya?
Anda seorang aktivis PAS. Tentu anda mempunyai hubungan dengan orang-orang yang menjadi AJK PAS kawasan anda. Bagaimana pula dengan AJK PAS kawasan anda sendiri? Apakah mereka juga tidak membaca Harakah sebab susah nak dapat disebabkan tak ada kedai yang berani jual Harakah di situ? Nah, kalau AJK kawasan pun tak baca, hebatlah cerita ini! Makin marahlah Hasni kalau macam ini.
Ada tokoh PAS yang tak balik rumah berhari-hari bermalam-malam kerana berceramah di seluruh pelusuk negara bagi menyebarkan maklumat kepada rakyat, dan dalam masa sama ada AJK kawasan sendiri pun tak baca Harakah, apakah lagi nak sebarkan maklumat yang terdapat dalam Harakah kepada orang-orang di sekitarannya?
Kawan saya peminat budaya ini saya tak pasti apakah dia menjadi AJK apa-apa dalam PAS kawasan atau cawangan. Itu tak mustahak. Yang mustahaknya dia ada hubungan dengan pihak PAS kawasan. Dan itu pun rupa-rupanya tidak boleh membantu dia mendapatkan Harakah. Ertinya apa? Apakah itu ertinya PAS kawasan pun tak peduli samada orang-orang di sekitarnya membaca Harakah ataupun tidak? Nampaknya begitulah.
Tapi tak mengapalah hal itu. Soalnya sekarang kawan saya ini nak membaca Harakah, tapi tak dapat, sebab orang di situ tak berani nak jual Harakah. Saya tanya dia: Kenapa sdr sendiri tak jadi agen menjual Harakah di kawasan sdr? Atau kenapa sdr tak minta pihak PAS Kawasan berikhtiar supaya sdr dan sesiapa lagi yang perlukan Harakah di situ tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan Harakah, samada membeli atau membaca?
Dia memandang tepat ke muka saya, seolah-olah baru terfikir: "Ya tak ya juga. Betul tu. Mengapa aku tak terfikir begitu selama ini?" Dia bersetuju dengan cadangan itu dan berjanji akan bercakap dengan pihak AJK PAS Kawasan, supaya PAS Kawasan sendiri berikhtiar mengatasi masalah ini.
"Iya lah," katanya kemudian, "sepatutnya ini menjadi tanggungjawab PAS Kawasan, memastikan orang-orang di kawasannya samada ahli atau bukan ahli PAS, mudah untuk membaca Harakah.
Tak kiralah samada mereka nak jual atau mereka nak sediakan percuma di markas, asalkan orang ramai mudah untuk membacanya." Kemudian kami berpisah, dan dia balik ke Johor. Tak lama lagi akan jumpa semula, dan saya akan pastikan dia tidak merungut lagi pasal susah nak dapat Harakah.
Dan saya menulis begini kali ini sebenarnya bukan ditujukan kepada kawan saya seorang itu, tetapi ditujukan kepada ramai lagi orang-orang PAS dan Pakatan Rakyat yang tidak membaca Harakah dan lain-lain akhbar yang ada hubungan dengan PR.
Berubahlah sekarang! Buatlah perkara yang mudah ini. Jangan sibuk dengan hal-hal besar tetapi perkara mudah yang asas begini pun tak mahu buat. Padahal manfaat dari perkara mudah ini sangatlah besar. Buat sekarang!

Taib Mahmud lebih kaya daripada Sultan Brunei?

Posted: 18 Mar 2011 10:04 AM PDT

Oleh: WAN NORDIN WAN YAACOB
Kehidupan sebilangan besar masyarakat di Kuching masih lagi dibelenggu dengan kemiskinan yang melampau walaupun Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hidup dalam 'wang yang melimpah'.
Jurang kekayaan 'melampau' Taib Mahmud dan sanak saudara serta kroninya sangat jauh berbanding rakyat kebanyakan yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dalam tinjauan yang dibuat Harakah pada 13 Mac di sekitar Bandar Kuching, Petrajaya dan 14 Mac di Miri mendapati jurang kehidupan antara kaya dan miskin sangat keterlaluan.


Di kawasan Kampung Gita Baru dan Gita Kubur, terdapat penempatan setinggan yang cukup dhaif, meskipun kehidupan wakil rakyat kawasan berkenaan, Dato' Daud Abdul Rahman sangat mewah dengan memiliki rumah umpama 'istana Sultan Brunei'.
Di kawasan ini, terdapat rumah yang hanya menanti masa untuk rebah menyembah bumi, dengan penghuninya hanya bergantung kepada sumber pendapatan melalui aktiviti pertanian, dan pekerjaan menjadi buruh binaan.
Kawasan Kampung Gita Baru terletak di tengah-tengah pembangunan pesat industri dan bangunan tinggi yang dimiliki oleh sanak saudara kaum kerabat Taib Mahmud serta pemimpin BN di Sarawak.
Sedang pemimpin BN duduk di mahligai mewah, rakyatnya masih duduk di kawasan semak samun setinggan yang kerap menghadapi masalah banjir kilat dan bahaya ancaman penjenayah.
Malah lebih menyedihkan, seorang penduduk yang ditemui yang enggan namanya disiarkan berkata, mereka terpaksa mengharap belas ihsan dan bekerja dengan gaji yang terlalu murah untuk menampung kehidupan.
Rumah yang didiami hanya seluas reban ayam, dan usaha untuk membaik pulih serta membesarkan rumah tidak mampu dilakukan memandangkan tiada sumber pendapatan yang mencukupi atau pihak yang membantu.
Banjir yang berlaku pada awal Februari 2011 menyebabkan struktur rumahnya agak tidak kukuh, malah kayu yang menjadi pasak tiang kepada rumahnya mula mereput dan menanti untuk rebah ke bumi.
Sedangkan, tidak jauh dari kawasan itu terdapatnya kediaman Taib Mahmud yang seluas mata memandang, sebesar sebuah kompleks perumahan dengan tasik buatan disebelah kanan kediaman.
Sementara jajaran sungai di belakangnya menampakkan rumah Taib Mahmud sangat ekslusif mengalahkan rumah Perdana Menteri di Putrajaya.
Di sekeliling kawasan rumahnya, terdapat kediaman mewah pegawai-pegawainya serta beberapa wakil rakyatnya, sementara dihadapanya terdapat Dataran Hamidah yang menempatkan kawasan santai dan tempat makan yang bergaya mewah.
Tinjauan Harakah diteruskan lagi ke kawasan berhampiran Sungai Kuching yang memisahkan antara Bandar Kuching dengan Petrajaya dimana terdapatnya Bangunan Baru Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak di atas bukit bergaya mewah dan ekslusif.
Sedangkan tidak jauh dari situ, kira-kira 500 meter, terletaknya bangunan lama Dun Sarawak yang masih utuh, namun tidak lagi digunakan dan ibarat 'gajah putih' yang terbiar begitu sahaja.
Tinjauan Harakah diteruskan ke Miri pada sebelah malamnya, dengan krew Harakah meninjau kehidupan masyarakat setinggan dan petani pinggir bandar.
Di kawasan pinggir Bandar Miri, terdapat sebuah perkampungan setinggan yang rata-rata penghuninya tidak mendapat hak tanah mereka walaupun mendiami kawasan itu sejak 30 dan 40 tahun lamanya.
Mereka tersisih dalam arus pembangunan dan kehidupan mewah tauke-tauke dari kalangan kroni taib Mahmud, malah perbezaan yang cukup ketara antara rumah mereka dengan rumah tauke-tauke yang menjadi 'pengampu' kepada pemerintahan Taib Mahmud.
Namun, apa yang mampu mereka lakukan untuk merubah nasib mereka jika hak untuk mendapatkan tanah melalui dasat Orang Asal sekalipun tidak terjamin dalam Kanun Tanah Sarawak.
Seorang aktivis rakyat di Sarawak, Umar Junid menyifatkan, kehidupan melampau dan kekayaan Taib Mahmud sebenarnya yang menyebabkan rakyat di Sarawak menderita kemiskinan.
Beliau menakfrikkan kekayaan yang dimiliki Taib Mahmud melebihi kekayaan yang ada  pada Sultan Brunei.
"Hanya dengan perubahan menjatuhkan Taib Mahmud, nasib rakyat di sini akan terbela," katanya..

Onn Mahmud (saudara Ketua Menteri Sarawak) dan penthouse mewahnya

Posted: 18 Mar 2011 10:03 AM PDT

SEBUAH rumah penthouse yang mempunyai pemandangan yang amat menakjubkan merupakan premis kediaman yang paling mahal di Australia terletak di Sydney. Pihak pemberita kami telah mendapatkan maklumat tentang penjualan rumah itu pada tahun 2008 yang merekodkan harga jualan AUS$20 juta. Siapakah 'ahli perniagaan bermisteri' yang telah mampu membeli premis yang paling mahal di Australia itu, dan siapakah yang telah menjualnya?


 Australia's most expensive flat, who could find the money to pay $20 million on one appartment?
Apa yang kita tahu bahawa premis mahal itu telah melibatkan keluarga yang terkaya di Sarawak, khasnya Onn Mahmud, saudara kepada Ketua Menteri.
Kita telah mengetahui mengenai penglibatan Onn Mahmud dalam perkembangan atau pembelian apa yang dinamakan sebagai Ten Wylde Street, yang terletak kawasan perdana pelabuhan Sydney di lokasi Potts Points, kerana bukti-bukti tersebut telah dibawa ke mahkamah beberapa bulan sebelum berita sebenar didedahkan.
Onn telah disaman berjuta-juta dollar Australia oleh sebuah syarikat perunding yang memasukkan yuran-yuran "pembangunan dan pengurusan" ke dalam bilnya berkaitan dengan Ten Wylde Street itu.
Kes mahkamah itu diketahui umum serentak dengan pendedahan berita mengenai keraguan ke atas kekayaan luar-biasanya oleh akhbar-akhbar di Jepun, yang sedang mengikuti pendakwaan pihak percukaian negara itu menentang sebuah kartel perkapalan.
Dalam tahun 2007 terdapat satu berita mengenai syarikat-syarikat perkapalan yang dikehendaki membayar sebahagian dari keuntungan pengangkutan kayu balak yang tidak diikhtiraf, kepada sebuah syarikat misteri di Hong Kong yang dikaitkan dengan Onn Mahmud.

Onn yang berpengkalan di Sydney dan telah mengembangkan beberapa kepentingan perniagaan atas nama Kesuma Holdings, sebuah syarikat yang dikendalikan oleh beliau dan isterinya, anak-anak mereka, tetapi operasi syarikatnya itu telah berhenti pada 2009.
Apabila harta tersebut diketengahkan untuk dijual dengan harga yang amat mahal menerusi internet ia seterusnya dijual begitu sahaja. Sebenarnya perkembangannya adalah pengubahsuaian sebuah premis yang lama dan kerja-kerja pengubahsuaian masih dijalankan.
Hanya beberapa hari yang lalu usahasama itu telah diumumkan di akhbar-akhbar yang melaporkan bahawa rundingan jualan itu telah dilakukan melalui pihak pemaju, yang menjualnya semula dengan harga yang sama semasa ianya dibeli – sekitar AUS$17.5 – 20 juta.
Siapakah yang mempunyai wang sebanyak itu semasa harga harta itu berada di tahap yang tinggi?
Para pemberita Sarawak Report yang berpangkalan di Sydney telah memberitahu kami bahawa Ten Wylde Street masih dalam peringkat dibangunkan.
Laman web yang mengiklankan gambar-gambar rumah cantik lagi mewah itu, yang berharga AUS$20 juta pada masa itu, kini telah ditutup.
Nama Onn Mahmud tidak pernah dikaitkan dengan projek itu. Inilah yang menjadi tanda-tanya, sama ada dia sendiri yang bertindak sebagai pembangun keseluruhan projek itu, atau bertindak sebagai pembeli bermisteri itu?
Apa yang gagal dinafikan oleh Onn Mahmud adalah apabila kes ini dibawa ke mahkamah pertengahan 2007 dan 2008, sebenarnya terdapat kerja-kerja pengubahsuaian ke atas Ten Wylde Street, Potts Points itu dilaksanakan bagi pihak dirinya.
Persoalannya di sini, dari manakah beliau memperolehi wang sebanyak itu?

-----
sarawakreport.org

Revolusi Rakyat : Neraka menanti penceroboh asing – Diktator Gila Gaddafi

Posted: 18 Mar 2011 10:02 AM PDT

A Libyan woman (L) fires a weapon in the air as people gather to celebrate in the eastern rebel-held city of Benghazi on March 18, 2011 as UN chief Ban Ki-moon warned the Libyan regime that anyone responsible for attacks on unarmed civilians will be 'brought to justice.'
A Libyan woman (L) fires a weapon in the air as people gather to celebrate in the eastern rebel-held city of Benghazi on March 18, 2011 as UN chief Ban Ki-moon warned the Libyan regime that anyone responsible for attacks on unarmed civilians will be 'brought to justice.'
A Libyan woman (L) fires a weapon in the air as people gather to celebrate in the eastern rebel-held city of Benghazi on March 18, 2011 as UN chief Ban Ki-moon warned the Libyan regime that anyone responsible for attacks on unarmed civilians will be 'brought to justice.'
A Libyan woman (L) fires a weapon in the air as people gather to celebrate in the eastern rebel-held city of Benghazi on March 18, 2011 as UN chief Ban Ki-moon warned the Libyan regime that anyone responsible for attacks on unarmed civilians will be 'brought to justice.'
Libyan rebels pray in the desert on the frontline near Sultan, south of Benghazi, Libya, Friday, March 18, 2011. The U.N. Security Council voted Thursday to impose a no-fly zone over Libya and authorize "all necessary measures" to protect civilians from attacks by Moammar Gadhafi's forces, hours after the Libyan leader vowed to crush the rebellion with a final assault on the opposition capital of Benghazi.
Libyan rebels pray in the desert on the frontline near Sultan, south of Benghazi, Libya, Friday, March 18, 2011. The U.N. Security Council voted Thursday to impose a no-fly zone over Libya and authorize "all necessary measures" to protect civilians from attacks by Moammar Gadhafi's forces, hours after the Libyan leader vowed to crush the rebellion with a final assault on the opposition capital of Benghazi.
A boy looks on as Libyan rebel fighters parade in the center of Benghazi with an injured member of Moamer Kadhafi's forces captured on the outskirts of the city on March 18, 2011 as thousands gathered in the rebel stronghold for prayers and celebrations after a UN vote approved a no-fly zone.
A boy looks on as Libyan rebel fighters parade in the center of Benghazi with an injured member of Moamer Kadhafi's forces captured on the outskirts of the city on March 18, 2011 as thousands gathered in the rebel stronghold for prayers and celebrations after a UN vote approved a no-fly zone.

Gaddafi berkata neraka menanti penceroboh asing

Gaddafi says hell awaits foreign invaders

Libyan dictator Muammar Gaddafi says foreign forces will receive an overly strict response, should they invade the North African country.
"If the world goes crazy, so will we!" Gaddafi said on Friday. "We will respond. We will turn their lives into hell."
The remarks come hours after the UN Security Council voted on Thursday to authorize a no-fly zone over Libya and take all necessary measures to protect civilians against the Gaddafi regime.
Colonel Gaddafi says the Security Council had no mandate for such a resolution. He made the remarks in an interview with Portugal's state television.
"This is not a war between two countries that permits the council to intervene," he added. "What is this racism, this hatred?" he asked. "What is this madness?"
Gaddafi has also threatened to attack passenger aircraft as well as vessels in the Mediterranean Sea.
One of Gaddafi sons has also said his family is not scared of foreign strikes against forces loyal to his father's regime.
Libyan revolutionary fighters have taken to the streets of Benghazi and some other cities to express their joy at the passing of the resolution.
Meanwhile, France says military action against Libya will come within hours. French government spokesman Francois Baroin said France will take part in the strikes.
A number of other countries have voiced their readiness to take part in the military action. The US, and Britain and France have already agreed that Libya must comply with the new UN Security Council resolution.
Meanwhile, Gaddafi forces have launched airstrikes in the eastern city of Misrata. Revolutionary fighters say pro-Gaddafi forces are pounding the city.

Protes Yemen: Keselamatan lepas tembakan, 30 terbunuh

Posted: 18 Mar 2011 10:01 AM PDT

SANAA, 18 Mac — Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh apabila pasukan keselamatan Yemen dan penyokong kerajaan melepaskan tembakan terhadap penunjuk perasaan antikerajaan di Sanaa selepas solat Jumaat hari ini.
Lebih 100 orang dipercayai cedera dalam kejadian itu.
Peningkatan itu dilaporkan oleh Reuters tidak sampai sejam selepas laporan awal mengatakan 10 orang terbunuh.
Laporan terdahulu memetik seorang doktor menyebut angka kematian kemungkinan akan meningkat.
"Sepuluh orang terbunuh dan angka dijangka bertambah kerana 30 orang berada dalam keadaan kritikal," kata doktor hospital lapangan di kem protes di Universiti Sanaa.
Pasukan keselamatan melepaskan tembakan ketika cuba menghalang penunjuk perasaan berarak keluar dari dataran mereka sedang berhimpun.
Dalam pada itu, Presiden Yemen Ali Abdullah Saleh berkata majlis pertahanan mengisytiharkan darurat ekoran tindakan pasukan keselamatan membunuh sekitar 30 orang penunjuk perasaan.
Katanya, pihak polis tidak terlibat dalam keganasan itu.
"Pihak polis tidak hadir dan tidak melepaskan tembakan. Pertemputan antara rakyat dan penunjuk perasaan," kata beliau pada sidang media.
"Ia jelas elemen bersenjata di kalangan penunjuk perasaan," katanya. — Reuters

Nazri takut Rosmah, dolak dalik jawab soalan- Zuraida

Posted: 18 Mar 2011 09:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz sebagai pengecut kerana mengelak bercakap benar mengenai isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau berkata, Nazri berdolak-dalik ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff parlimen baru-baru ini  mengenai bidang kuasa Rosmah yang didakwa mencampuri urusan negara. Ia termasuk kenyataan Rosmah berhubung kejadian tsunami di Jepun baru-baru ini.
"Beliau (Nazri) tidak menjawab soalan yang ditanya Siti Zailah, tetapi banyak berdolak-dalik mengenai pertanyaan itu.
"Nazri sebenarnya takut untuk bercakap benar mendedahkan penglibatan Rosmah sebagai wanita pertama, penganjuran Festival Fesyen Islam (IFF) dan kenyataan memalukan daripada Rosmah mengenai Tsunami di Jepun," kata Zuraida ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang turut menganggap kenyataan Nazri yang mengatakan lawatan Rosmah sebagai pengiktirafan dan penghormatan kepada negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), sebagai tidak berasas.
"Rosmah sama sekali tidak berhak menjadi wakil wanita pertama dengan mencampuri urusan negara.
"Kita dapat tahu yang beliau bukan dijemput, tetapi pergi dengan alasan hubungan negara. Malah duit yang digunakan sepanjang lawatan itu sudah pasti duit rakyat.
Sementara itu Zuraida turut mengungkit semula penganjuran IFF yang menyimpang jauh daripada landasan ajaran Islam anjuran Rosmah tahun lalu.
"Kita tidak mempersoalkan siapa yang pergi menonton, tetapi rekaan pakaian yang dipertontonkan sebagai Islam. Perkara ini juga Nazri cuba mengelak daripada menjawab tetapi banyak memburukkan kita yang dikatakan sengaja menabur fitnah kepada Rosmah," ujarnya.
Rosmah yang sebelum ini merampas gelaran wanita pertama daripada Permaisuri Agung, mempunyai pejabatnya sendiri di Jabatan Perdana Menteri, menerima kecaman pelbagai pihak atas sikap borosnya membelanjakan wang rakyat sewenang-wenangnya.
Antaranya mengadakan Sidang Kemuncak Wanita Pertama di Kuala Lumpur dengan belanja RM4.5 juta hanya dalam masa tiga hari.
Beliau juga disifatkan sebagai 'Imelda Marcos' Malaysia kerana banyak menghabiskan wang rakyat melancong ke luar negara seperti membelanjakan RM100,000 hanya untuk menginap semalaman di hotel mewah Atlantis di Dubai.

Tiada ulasan: