RAKYAT MARHAEN |
- Kenapa dulu tak dedah di mahkamah : Dasar Penipu
- Judi Tetap Haram, Kerajaan Kelantan Tidak Perlu Tolak Ansur Dengan UMNO Dan MCA..!!!
- Umno turns to Harussani to scare Christians: Everything can happen!
- Kalau DNA Zul Kulim Di Dubur Babi , Amacam ?
- Najib should silence Harussani and other dinosaurs
- Kes Altantuya & Norita
- Umat Islam perlu pertingkat kefahaman agama
- Revolusi Rakyat : Pejuang menembak jatuh Pesawat Pengebom Tentera pengganas Gaddafi
- Interlok: Kekal keputusan panel atau gugur terus, kata wakil kaum India
- Krisis Nuklear : Bandar raya Tokyo kelam-kabut
- "Krisis Nuklear : Empat helikopter curah air di loji nuklear
- Jurucakap Gaddafi : Misi PBB Serang Libya 'Tidak Sah, Tidak Bermoral'
- Mahathir Kantoi Lagii..Jumpa Dengan "Hantu" Orang Dah Mati..??
- “Hukuman Tuhan”: Gabenor Tokyo tarik semula!
- AWAS BAHAYA RADIOAKTIF...MELAINKAN ORANG TU BOLEH MELAWAN KUASA ALLAH..!!!
- Sengal Jumaat : Superimpose Didier Drogba Rupanya...!!!!
- Isu Al Kitab: Mufti Perak bimbang umat Islam marah, tak puas hati
- Krisis Nuklear : Rakyat asing mula tinggalkan Jepun.....
- Bawa balik pelajar di Yaman sebelum meruncing
- PKR, Ulama PAS: Tiada masalah benar Injil BM, bukan satu ancaman
- Loteri: K'tan arah penasihat perundangan buat tafsiran
- Ulama muda Umno anggap Al Kitab OK selagi terkawal
- Muktamar Jun tentukan masa depan PAS
- 13 Aurat wanita yang perlu sangat di jaga.
- Lihat loji tenaga nuklear dari sudut positif
Kenapa dulu tak dedah di mahkamah : Dasar Penipu Posted: 17 Mar 2011 08:52 PM PDT Kelibatnya kini seolah-olah tepat pada masanya iaitu disaat perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim masuk ke pusingan yang terakhir sekarang ini. Maka, Ummi kini umpama satu "anugerah khas" yang tiba-tiba dibawa masuk untuk menyakinkan rakyat kononnya apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim selama ini bukanlah satu "teori konspirasi". Berkokoklah Ummi Hafilda mengikut skrip yang telah diberikan kepadanya. Kali ini agak menerik kerana ia dimulakan dengan isu saman menyaman. Ummi tiba-tiba membuat satu sidang media khas bagi menyaman pihak-pihak tertentu yang kononnya telah mencemar dan menjatuhkan maruahnya sejak 13 tahun yang lalu. Malah, dalam beberapa siri ceramahnya termasuk ketika di PRK Kerdau dan Merlimau baru-baru ini Ummi begitu bersemangat waja mendedahkan satu persatu rahsia besar yang dikatakan berlaku antara Anwar dan abangnya Azmin Ali. Termasuklah isu kononnya Anwar mempunyai hubungan sulit dengan kakak iparnya sendiri iaitu isteri Azmin yang bernama Shamsidar. Satu persatu dibongkarkan dengan penuh keyakinan supaya rakyat mempercayai penjelasannya kali ini. Kehadiran Ummi ke dua PRK baru-baru ini cukup menggemparkan orang ramai terutamanya penyokong Pakatan Rakyat. Ini kerana dimana sahaja ada ceramah Anwar maka Ummi Hafilda akan berada di situ bagi mendedahkan sikap sebenar mantan TPM itu. Terkadang di sesetengah tempat, ceramahnya sengaja diadakan bagi tujuan untuk menganggu ceramah umum yang melibatkan Anwar Ibrahim. Siapa Yang Bayar Ummi Jelajah Seluruh Malaysia Soalnya benarkah kehadiran Ummi itu tidak diundang seperti kata TPM Muhyiddin Yassin. Katanya Ummi datang dengan rela hati dan UMNO tidak melarang beliau berkempen mendedahkan rahsia peribadi Anwar. Masalahnya, jika bukan UMNO BN yang mengatur jadual ceramah Ummi maka siapa lagi yang bertanggungjawab. Bukankah JASA itu terletak dibawah UMNO?. Dan difahamkan juga pihak JASA yang mengundang dan membawa Ummi turun ke dua lokasi berkenaan. Maknanya, UMNO yang mengatur jadual ceramah Ummi ketika itu. Anehnya, Muhyiddin boleh berdolak dalih kononnya Ummi tidak dibayar dan sebagainya. Namun umum lebih mengetahui siapakah yang membayar Ummi Hafilda untuk menjelajah ke serata negara bagi membongkarkan apa yang dikatakan rahsia peribadi Anwar Ibrahim ini. Anehnya, setiap pendedahan yang dibuat beserta dengan bukti-bukti kukuh itu langsung tidak dijawab Anwar. Malah, Ketua Umum PKR itu menganggap Ummi hanyalah seperti seekor nyamuk yang tidak perlu dilayan. Masalahnya, kini ramai yang takut pendedahan yang dibuat oleh Ummi itu bakal memberi kesan yang mendalam kepada rakyat terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum akan datang. Jika sesuatu gagal dilaksanakan, maka sudah pasti akhirnya rakyat terutamanya pengundi atas pagar akan percaya segala kenyataan yang telah pun dibuat secara eksklusif oleh Ummi Hafilda itu sebenarnya. Kenapa Dulu Dia Tidak Dedah Bukti Di Mahkamah Soalnya sekarang, ramai yang terkejut kerana Ummi kini menjadi juara saman menyaman. Jika sebelum ini beliau dengan bangganya menyaman Anwar, Wan Azizah, Karpal Singh dan parti PAS sebanyak RM700 Juta atas berbagai pertuduhan. Terbaru, semalam beliaumemfailkan pula saman fitnah sebanyak RM100 juta terhadap ahli perniagaan Nor Azman Abdullah Baginda Minda (foto) dan juga portal Malaysiakini.Sebelum ini Baginda pernah mendedahkan hubungan sulitnya dengan Ummi Hafilda dan wanita itu pernah menceritakan kepadanya tentang konspirasi yang dilakukan secara terancang untuk mensabitkan Anwar dengan pertuduhan liwat pertama dulu. Pengakuan yang dibuat oleh Baginda telah menyebabkan Ummi menjadi marah dan terpaksa mengambil tindakan saman terhadap beliau. Soalnya sekarang, kenapa Ummi Hafilda tiba-tiba begitu berselera menyaman pihak-pihak tertentu. Jika dicampur jumlahnya kini Ummi mempunyai RM800 juta kiranya beliau menang dan mendapat jumlah saman yang dinyatakan. Cuma apa yang memusykilkan ialah jika benar segala dakwaan Ummi seperti yang diwar-warkan kepada media sekarang, kenapakah semua itu tidak didedahkan olehnya ketika menjadi saksi utama perbicaraan kes liwat I dulu. Kenapa segala bukti dan dokumen berkenaan tidak dibawa ke mahkamah?. Bukankah jika ketika itu dia berani seperti sekarang, maka tidak mungkin Anwar boleh dibebaskan sebenarnya. Dokumen-dokumen itu sudah cukup untuk memastikan Anwar terus merengkok dalam sel penjara Sg.Buloh buat beberapa ketika lagi. Tetapi, kenapa ini tidak berlaku dan baru sekarang mahu dikatakan "dia ada bukti"?. Bukankah ini sesuatu yang amat kontroversi. [Ramai yang tertanya-tanya kini, apa motifnya hinggakan Ummi mengambil masa yang terlalu lama untuk mendedahkan segala bukti-bukti berkenaan. Jika ini keadaannya, beliau jelas sekali telah menghina keputusan mahkamah yang membebaskan Anwar dulu. Peguamnya juga boleh meminta mahkamah mengkaji semula keputusan membebaskan Anwar dulu. Itu pun jika beliau benar-benar mempunyai bukti kukuh penglibatan Anwar dan Azmin atas apa yang dinyatakan dalam ceramahnya itu. Jika tidak pasti rakyat tidak akan percaya segala pendedahan yang dilakukan oleh Ummi Hafilda, kerana bagi mereka wanita tersebut kini sudah dibeli untuk tujuan memastkikan Anwar kembali ke penjara sebelum PRU13 nanti agaknya?. Justeru itu, Ummi tidak boleh terlalu mendabik dada kononnya dia berada di pihak yang benar sekarang. Kerana jika dia benar, sepatutnya segala bukti dan dokumen berkenaan sudah pun dijadikan bahan bukti kukuh untuk mensabitkan Anwar dengan segala tuduhan yang dikemukakan itu. Inilah yang memusykilkan rakyat sekarang. Jika tidak, Ummi boleh didakwa kerana menghina keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah membebaskan Anwar Ibrahim dulu]./PDO | ||
Judi Tetap Haram, Kerajaan Kelantan Tidak Perlu Tolak Ansur Dengan UMNO Dan MCA..!!! Posted: 17 Mar 2011 08:41 PM PDT SAYA tidak tahu apakah ia wajar atau tidak untuk Kelantan memikir semula tindakannya melarang perjudian big sweep di negeri itu. Kenyataan MB, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikeluarkan semalam sedikit mendukacitakan dan ia semacam ditekan. Dalam kenyataan yang dibaca oleh setiausaha akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari, menjelaskan kerajaan Kelantan akan mempertimbang balik pengharaman ke atas perjudian big sweep. Kata kenyataan itu pihak kerajaan Kelantan akan meminta penasihat undang-undang membuat kajian semula ke atas tindakan yang diambil sebelum ini. Apabila kerajaan Kelantan membuat 'ralat' itu maka timbul persoalan apakah sebelum larangan itu diketatkan kerajaan Kelantan tidak meminta pandangan penasihat undang-undang terlebih dahulu? Sepatutnya penasihat itu diminta memberi pandangan terlebih dahulu baru dilaksanakan penguatkuasaan untuk mengelakkan ia menimbulkan implikasi undang-undang. Dengan apa yang berlaku, setelah timbul implikasi baru hendak ambil pandangan penasihat undang-undang ini bermakna tindakan itu dibuat tanpa mendapat pandangan penasihat undang-undang terlebih dahulu. Bolehlah dikatakan tindakan itu songsang atau pun berjalan tidak mengikut kepala? Jika ini berlaku agak malanglah bagi sebuah kerajaan yang sudah berusia 20 tahun. Itulah jadinya kalau membelakangkan peraturan. Dalam hal ini saya kira kerajaan Pas Kelantan khususnya Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandaraya Islam (MPKB-BRI) sudah memahami hal ini. Mereka sudah tahu apa yang boleh dan tidak boleh. Sebab di MPKB-BRI sendiri ada penasihat undang-undang malahan Exco yang menjaga MPKB-BRI juga seorang lulusan undang-undang dan pernah menjadi peguam terkenal di Kota Bharu. Masakan MPKB-BRI tidak menghitung dari berbagai aspek perundangan sebelum ianya dikuatkuasakan. Justeru apa yang saya nampak mengenai isu ini ialah tekanan daripada pihak bukan Islam dan ia ada implikasi politik kepada Pas. Jika semakan terhadap tindakan itu dilakukan sekali lagi kerajaan Kelantan 'mengaku kalah' kepada tekanan dan tidak berani untuk mempertahankan keputusan. Saya bimbang kalau keadaan ini berulang kerap sangat lama kelamaan orang boleh mempersoalkan wibawa kerajaan Kelantan yang megah dengan Membangun Bersama Islam itu. Tekanan kepada kerajaan Kelantan ini jelas kerana pengumuman itu dibuat setelah Pas berjumpa dengan rakan mereka dalam Pakatan Rakyat, DAP dan PKR. DAP diwakili oleh Ketua Pemudanya, Loke Siew Fook; Ahli Jawatankuasa DAP Pusat, Liew Chin Tong dan manakala PKR oleh Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mohd Nor Manuty. Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali turut hadir sama. Saya rasa didalam hati kecil Nik Aziz tidak bersetuju dengan langkah penyemakan semula tindakan itu. Apabila kenyataanya dibaca oleh Ahmad Fadhli ini bermakna beliau berat untuk memikir semula tindakan yang diambil sebelum ini. Kalau perkara itu diambil berat sudah pasti beliau sendiri akan mengumumkannya. Sebelum ini MPKB-BRI sudah merampas penjualan tikit big sweep di dua buah premis di Kota Bharu serta menyita premis yang menjualnya. Ekoran tindakan itulah menimbulkan masalah dan bantahan dari sesetengah pihak. Rakan Pas dalam Pakatan - Dap dan PKR tidak begitu suka dengan tindakan Pas itu. Tentunya mereka lebih memikirkan soal kepentingan politik daripada tanggungjawab dan amanah untuk mencegah kemungkaran. Nampak di sini Pas Kelantan menghadapi sedikit masalah dalam hal ini. Tindakan mereka sudah betul dan tepat sesuai dengan aspirasi kerajaan, tetapi lain pula dari kalangan rakan-rakan mereka, tidak bersetuju dengan tindakan itu. Masalah ini berlaku ialah kerana kelainan ideologi politik. Di sinilah bahanannya bagi Pas berkawan dengan DAP dan PKR. Dari satu sudut Pas mendapat keuntungan politik tetapi dari sudut lain Pas semacam kehilangan tanggungjawab dan amanah. Pas boleh berkawan dengan sesiapa saja hatta Yahudi atau Israel tetapi Pas perlu menjaga agar nawaitu perjuangannya serta identitinya tidak lenyap gara-gara persahabatan itu. Pas juga kena pastikan dalam hubungan 'diplomatik politik' itu Pas sentiasa mendapat keuntungan darinya bukan merugikan diri. Di sini saya hendak sarankan supaya kerajaan Kelantan terus dengan keputusannya sebelum ini. Jangan biarkan apa juga bentuk perjudian. Big sweep kena haramkan sama ada yang dijual di dalam premis atau pun di bawah pokok. Saya nak tanya apakah berjudi di tempat terbuka dengan berjudi di tempat tertutup ada perbezaan di sisi Allah? Walaupun perjudian itu bukan memberi ruang kepada orang Islam, tetapi ia lebih memberi kepuasan kepada bukan Islam tetapi itu bukan alasannya. Pada saya haram tetap haram. Katakan sesuatu yang benar itu walaupun pahit. Sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab dan memiliki kuasa mencegah kerajaan Kelantan kena tegas dan membenteras apa juga bentuk judi dan maksiat. Sekiranya kuasa yang dimiliki PBT hari ini tidak mencukupi untuk bertindak menghapuskan perjudian seperti big sweep itu, nah bagi kuasa kepada mereka secukupnya. Pas mempunyai kuasa majoriti di Dun Kelantan jika perlu kepada kuasa tambahan itu maka pindalah perlembagaan. Tetapi saya rasanya untuk memberi kuasa kepada PBT bagi membasmikan perjudian tidak sampai pun memerlukan pindaan perlembagaan tetapi cukup setakat menambah enakmen kecil Majlis-Majlis Perbandaran dan seumpamanya sahaja. Yang penting mahu. Kerajaan Pas Kelantan tidak seharusnya bersikap toleran di dalam hal ini. Tolak ansur berlebihan kepada pihak-pihak tertentu rasanya tidak wajar. Misalnya semata-mata untuk membolehkan orang bukan Islam melakukan maksiat atau aktiviti yang bertentangan dengan mereka, kerajaan Kelantan tidak perlu akur. Sebagai rakyat Kelantan atau orang yang bermastautin di Kelantan seharusnya tunduk dan patuh kepada kerajaan dan peraturan-peraturannya dan bukan sebaliknya. Ruang hak asasi bukan segala-galanya! Contohnya bagi mereka yang ingin minum arak, berzina atau berjudi mereka boleh hijrah ke negeri-negeri lain yang membenarkan kegiatan berkenaan. Misalnya kalau untuk berjudi big sweep mereka boleh berpindah ke Terengganu kerana di situ ia boleh dibeli tanpa halangan. Kalau hendak hiburan dan perempuan, datang ke Kuala Lumpur, atau pergi ke Ipoh atau Kuantan, semua ada di situ. Jadi tidak timbul di sini saya rasakan kerajaan negeri perlu menjadi anjal (liberal) dalam soal-soal yang ditetapkan Allah kerana kepentingan politik. Di sini juga saya hairan dengan sikap dan pendirian Pas dalam isu ini. Sepatutnya Pas pusat membuat pendirian tegas menyokong tindakan kerajaan Kelantan itu dan bukannya menganggap isu itu adalah isu terpencil di negeri itu. Sikap sebegini menyebabkan orang akan bertanya apakah conscious sebenar Pas terhadap perjuangan. Saya selalu teringat kepada pesanan Tok Guru, bahawa hidup manusia ini bukan setakat di dunia sahaja, tetapi selepas mati nanti ada lagi kehidupan. Manusia ini akan dihisab bukan di sini tetapi di akhirat besok. Pada saya tidak guna kalau kita menang politik, dapat kuasa tetapi tidak dapat menguatkuasakan kerana kemenangan begitu adalah sia-sia sahaja. Bertolak ansur, berhikmah di dalam politik pada saya hanya satu kebaculan saja. Besok Allah bukan saja tanya kerajaan UBN tetapi Allah juga akan hisab kerajaan-kerajaan Pas dan Pakatan Rakyat. MSO. | ||
Umno turns to Harussani to scare Christians: Everything can happen! Posted: 17 Mar 2011 08:37 PM PDT He said he was "afraid" the community would rise in opposition of the ministry's decision and create further tension in the already delicate situation. "I am scared... everything can happen here. People are very unhappy and everything can happen," he warned late yesterday. The Muslim scholar said he had tried to establish contact with the prime minister upon hearing on Tuesday that the administration had relented to calls from Christian leaders to release the holy books, which were detained as they contained the word "Allah". "But I could not get through to him and his people could not offer me any information," he said. The Christian and Muslim religious communities have been engaged in a tug of war over the word "Allah", with the latter group arguing that its use should be exclusive to them on the grounds as Islam is monotheistic and the word "Allah" denotes the Muslim God. Christians, however, have argued that "Allah" is an Arabic word that has been used by those of other religious beliefs, including the Jews, in reference to God in many other parts of the world, notably in Arab nations and Indonesia. The tussle is presently still trapped in the courts after the ministry won a stay of the 2009 High Court ruling that allowed Catholic weekly The Herald to use "Allah" in its Bahasa Malaysia edition. Harussani said that regardless of whether the matter's legal status, Muslims still believe "Allah" should stay exclusively theirs. He said that he will meet with the Attorney-General on March 25 to discuss the issue and attempt to convince the latter to stop the release of the bibles. "I will also try to meet with the home minister and the prime minister. I will talk to them," he said. He added he had little choice in the matter as he was facing pressure from the Muslim community to attempt to stop the release. "Since they announced the release, I have been receiving scores of SMS. Muslims are telling me how angry they are and they asked me, challenged me — what are you going to do about it? "Because oftentimes, I am always vocal about these issues... so what can I do? I will try to meet with the ministry," he said. Harussani stressed that Muslims were not opposing the use of the Bible in Bahasa Malaysia, but specifically wanted the word "Allah" to be replaced with another term, like "Tuhan", which also refers to God. "We are not against the bible but there are state enactments that say they cannot use 'Allah'. It is haram (forbidden). "Our reason is very simple. Islam is stated as the official religion of the country and 'Allah', in the Quran, is defined as 'yang maha tunggal' which means the only God. "So we rely on 'Allah' for everything and not any other God. It also says that there is no other like Him," he explained. According to Harussani, Christians referred to their God as the "Holy Trinity" of "the Father, Son and Holy Spirit". "So it is wrong for them to use 'Allah' to refer to their God because 'Allah' is One. It is a grave offence and a serious affront to Islam," he said. Harussani conceded that Arab Christians have used the word "Allah" for over 2,000 years but pointed out that in practice, they often referred to their God as "Ilah", which also means "God". He said that although the ministry had issued a conditional release on the holy books, there was no guarantee that they would not reach the hands of the Muslims. "What guarantee do they have? What guarantee do they have that they (Christians) will not spread it to the Muslims? "They will say, 'oh, we did not force them (the Muslims) to take the books, they took it on their own'. So why create this problem?" he said. He insisted that the government maintain the enactment enforced in 10 states in the peninsular that restricts the use of the word "Allah" by non-Muslims. The Control and Restriction of the Propagation of Non-Islamic Religions Enactment restricts the use either verbally, or in print, of the word "Allah" by non-Muslims. "And like I said before, Islam is the official religion, enshrined in the Federal Constitution. So in Islamic practice, the word 'Allah' is for the Muslims. "Already they question the Malay 'special rights' in the Constitution. We have never said anything about the other religions... we do not stop them from doing anything. They act as if this country is a Christian country," he charged. Harussani pointed out that Muslims never complained when those of other faiths celebrated their religious or cultural festivals in an open manner. "You know, when I was in New Zealand three years ago on Christmas day, I did not see any Santa Claus in their supermarkets or their hotels. "When I travel at night, I see that not many homes sport Christmas lights or decorations. I asked the driver, 'Why? Do people here not celebrate Christmas?' And he told me they did," he said. In Malaysia, said Harussani, Christmas was celebrated in a big way with colourful lights and trees set up in many public places. "Everywhere you go, you hear Christmas songs. But do the Muslim complain? No. Why? Because we do not have a problem with it," he said. The 35,100 Alkitab bibles are presently still held by the ministry in two ports — Port Klang and Kuching — as Christian leaders have refused to collect them due to the conditions imposed on their release. The ministry had set two conditions to the importers of the consignments to allow the release of the books — that each book is stamped with a serial number and a ministry disclaimer that says "For Christians Only". The religious leaders, as well as many political parties, including the MCA, have denounced the conditions and want the ministry to lift them. | ||
Kalau DNA Zul Kulim Di Dubur Babi , Amacam ? Posted: 17 Mar 2011 08:36 PM PDT Oleh: wfauzdin_ns "SINAR hari ini menyiarkan kenyatan YB Zul Kulim yang mencabar DS Anwar untuk menyerahkan DNA nya sepertimana desakan beberapa kumpulan yang jahil berhimpun baru-baru ini. Jelas motif YB Zul Kulim hanyalah untuk mengampu Najib dan sekutu Apco walaupun beliau sedar apa sebenarnya yang berlaku. YB Zul yang sinonim digelar `firaun besar' ini dahulunya adalah salah seorang dari Tim Peguambela DS Anwar di dalam kes fitnah liwat I walaupun banyak dilihat hanya membawa beg dan fail sahaja. Begitu juga di dalam setiap ceramahnya, Zul Kulim ini menjajaja ke hulu ke hilir menyebut kezaliman Kerajan Umno/Bn kerana menfitnah DS Anwar sehinggakan beliau berucap seperti mahu menangis kerana terlalu sedih mengenangkan nasib DS Anwar dan keluarganya. Di dalam kes fitnah liwat terbaru ini, beliau juga awalnya terbabit di dalam peguam DS Anwar di dalam kes qazaf yang mahu difailkan di dalam mahkamah Syariah yang akhirnya ditolak atas bantahan yang dikemukakan oleh Jamil Khir, seorang menteri yang kununnya tokoh Islam di dalam Umno. Soalnya, mengapa sekarang YB Zul begitu lapar kepada DNA DS Anwar? Semuanya berubah setelah tidak lagi berjuang dengan kebenaran. Beliau dipecat dari PKR, dan semenjak itu mulutnya terkunci dari menceritakan kebenaran. Jika dahulu beliau dilihat seperti menyanjung tinggi perundangan Islam, kini beliau `beriman' dengan DNA. Al-Quran tidak lagi dijadikan hujah untuk mengadili kes-kes seperti ini sebaliknya DNA dijadikan dalil atau nas terkuat. Saya tidak dapat bayangkan jika ada pihak yang meletakkan DNA Zul Kulim pada dubur babi, dan Zul Kulim dikatakan ada melakukan perbuatan liwat dengan babi tersebut. Apakah Zul Kulim redha dengan tuduhan sedemikian? Jika ada yang percaya bahawa DNA adalah bukti kukuh melebihi dari keadilan Islam itu, sudah tentu mereka akan percaya bahawa Zul Kulim telah meliwat seekor babi. Di mana ilmu yang Allah kurniakan kepada Zul Kulim selama ini? Ilmunya terus hancur lebur dan tiada keberkatannya lagi setelah bersekongkol dengan puak yang zalim serta sekutu Apco. Mengapa YB Zul tidak menyoal Saiful siapakah pemilik DNA yang lain yang dikatakan berterabur pada punggung pemuda yang pernah tidak mencuci duburnya selama beberapa hari itu? Mengapa sasarannya DS Anwar sahaja? Itu sudah cukup menunjukkan betapa rendahnya moral Zul Kulim yang mudah dibeli. Saya sarankan kepada Zul Kulim, jika kamu lapar sangat kepada DNA DS Anwar, sila kutip DNA tersebut pada tilam yang pernah diusung oleh Musa Hassan sewaktu kes fitnah Liwat I dahulu. Kamu boleh simpan dan buat perhiasan atau tangkal di rumah kamu. | ||
Najib should silence Harussani and other dinosaurs Posted: 17 Mar 2011 08:34 PM PDT When a group of American Evangelical Christians worked tirelessly to prevent the threatened burning of the Quran by Pastor Terry Jones, of the Dove World Outreach Center in Florida, Prime minister Najib Abdul Razak was quick to praise the Evangelists. Today we have our equivalent of Pastor Jones. He is Perak Mufti Harussani Zakaria who has warned that the release of the confiscated 35,100 Malay-language bibles could lead to "Malay anger and fearsome consequences." "I am scared... everything can happen here. People are very unhappy and everything can happen," warned Harussani who was "afraid" the community would rise in opposition of the ministry's decision and create tension. Harussani stressed that Muslims were not opposed to the use of the Bible in Bahasa Malaysia, but specifically wanted the word "Allah" to be replaced with another term, like "Tuhan", which also refers to God. "We are not against the bible but there are state enactments that say they cannot use 'Allah'. It is haram (forbidden)", said the controversial Perak Mufti who disregarded the matter's legal status, and believed that Malay Muslims exclusively owned the word "Allah". Harussani is typical of the abhorrent Malay Muslim and there are plenty of them running loose and creating havoc in Malaysia. Perhaps Harussani should contact and consult some true religious scholars in the middle-east. The word "Allah" did indeed exist in the Arabic Talmud and the other Jewish Holy Scriptures. Also, the Christians' Arabic Bible at that time used the word "Allah" for GOD. Even today's Christians' Arabic Bibles use the word "Allah" for GOD. Today in the middle-east, Christians sometimes name their kids "Abdallah". Also there are Christian families with "Abdallah" as the last name. In today's Arabic Bible, the word "Allah" is used for both the Old Testament and the New Testament. The person who could untangle this mess is Najib. But he seems reticent to act in this potentially tinderbox situation. He is acting so unlike the image he wanted the whole world to see last September. At that time, Najib made his maiden speech at the 65th session of the United Nations General Assembly at the UN headquarters in New York, and he stressed on the need to choose moderation over extremism. "We must, and I repeat, we must urgently reclaim the centre and the moral high ground that has been usurped from us," said Najib saying it is was time for moderates to reclaim the agenda for peace and pragmatism. He said we needed to marginalise the extremists, saying a "global movement of the moderates" of all faiths was needed to work together to make this a success." Najib said the real issue was not between Muslims and non-Muslims but between the moderates and extremists of all religions, be it Islam, Christianity or Judaism. He said, "Across all religions, we have inadvertently allowed the ugly voices of the periphery to drown out the many voices of reason and common sense. This is a clear example of what can be achieved when moderates in each faith stand up to the extremists who are trying to hijack the universal values of our religions." Harussani brushes aside the religious rights of the other Malaysians: "Already they question the Malay 'special rights' in the Constitution. We have never said anything about the other religions... we do not stop them from doing anything. They act as if this country is a Christian country." Now that Najib is faced with extremism in his own backyard, he should warn Harussani about Article 11 in our Consitution which guarantees every Malaysian of their right to practice their own religion. Will Najib show a firm hand to these extremists? Or is firm action something Najib only shows people who oppose his rule like the Hindraf protesters or the people who went on a peaceful demonstration to protest about the Selangor water problems. Perhaps, like former British Prime minister Tony Blair, Najib too, "does not do religion"? Harussani has a very low opinion of the Muslims in this country. He was horrified that once the ministry released the Bibles, Muslims would gain easy access to them. "What guarantee do they have? What guarantee do they have that they (Christians) will not spread it to the Muslims?" he barked. But why should it bother Harussani if the Muslims did gain access to the Bibles? If he isn't already aware, Muslims can download copies of the Malay Bible on the Internet if they so desisred. Does Harussani think that Malay Muslims have such a fragile grasp of their faith that were they to stumble upon the Holy Bible, they would denounce their own religion and convert to Christianity? Has Harussani no faith in his fellow Muslim? But more importantly, will Najib act on his famous last words to stamp out extremism? | ||
Posted: 17 Mar 2011 08:32 PM PDT Oleh: keraskekong "Ingin pencerahan atau aku tertinggal 'bas'. Dlm kes Altantuya & Norita dulu....ada tak DNA diambil untuk siasatan? Kawan bgtau yg Altantuya tu hamil sebelum diletupkan dgn C4. DNA dari cebisan mayat pasti boleh tentukan yg simati mengandungkan anak siapa? Pihak yg siasatan boleh lah ambik DNA suspek untuk perbandingan kan gitu. Begitu gak dgn Norita....tak kan tutup kes gitu aje. Mustahkiza pun sama. Terlalu banyak kes2 tergantung yg aku rasa siasatan terbantut. Polis kita di war war kan adalah pasukan polis terbaik di dunia. Cuba lihat kes perdana menteri Itali Silvio Berlusconi? Pihak polis Itali dan mahkamah disana begitu berani menjalankan tugas mereka. Negara bukan Islam tu......KIta yg mengaku negara Islam terbaik didunia....takut nak bertindak? Itu sebab kita dikenali didunia sebagai negara yg paling corrupt sekali didunia. Sepatutnya menjadi contoh. Mcmana nak orang bukan Islam respect kpd kita? Diorang akan kata......Lebih baik diorg yg bukan Islam dlm segi moral dan jatidiri. Kita terus dgn kata2 penyedap.....Aku takut kan ALLAH lebih dari manusia......tapi hakikatnya.....takut terjejas periuk nasi, takut pangkat tak naik, takut ditukar ke pendalaman, takut diugut oleh SB (species beruk), takut mcm2 lagi. Sepanjang usia aku, aku respect dan tabik kpd Tun Salleh Abas yg berani berkata TIDAK......yg lain semuanya CORRECT CORRECT CORRECT......YES DATO SERI, YES DATO SERI, YES DATO SERI.....BAIK DATO SERI HAMBA PATIK MENJALANKAN PERINTAH......mcmana nak jawab depan ALLAH nanti? Adakah kita dibekalkan peguam terhebat untuk berdepan ALLAH nanti? | ||
Umat Islam perlu pertingkat kefahaman agama Posted: 17 Mar 2011 08:30 PM PDT KUALA LUMPUR, 18 Mac: Umat Islam disaran berusaha mempertingkatkan kefahaman ajaran Islam agar lebih bersedia untuk berhadapan konflik agama yang semakin kompleks. Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Abu Qassim Nor Azmi berkata, hanya dengan akidah yang mantap, ilmu yang benar, dan nilai hikmah dapat mempertajam dan memperluas skop dakwah. "Kita tidak harus selamanya berselindung di sebalik undang-undang yang boleh pada bila-bila masa terpinda," ujarnya. Justeru, PKPIM mengulangi pendirian dengan menggesa 35 ribu Al-Kitab Injil berbahasa Melayu ditarik balik dan dibekukan pengedarannya kerana terdapat unsur subjudis ekoran beberapa perkara masih dalam proses perundangan khususnya berkaitan penggunaan Kalimah Allah dan lain-lain perkataan yang menjadi pertikaian sebelum ini. Meskipun begitu, katanya PKPIM menyeru semua pihak agar akur dengan peruntukan perlembagaan dan undang-undang negara demi menjaga keamanan dan kesejahteraan umum. Menurutnya, enakmen kawalan serta lain-lain peraturan yang terlibat harus dihormati. Walau bagaimanapun, kata beliau secara dasar, ini tidak menolak usaha menterjemahnya dalam apa sahaja bahasa untuk lebih difahami penganut agama tersebut. "Isunya, penterjemahan tersebut harus dibuat dengan tepat, benar dan ikhlas serta menuruti peraturan dan undang-undang setempat bagi mengelak konflik umum," ujarnya. Hal ini, tambahnya selaras dengan prinsip Islam yang tidak menghalang penganut agama lain untuk mendalami agama mereka. PKPIM, katanya mengajak semua pihak terutamanya umat Islam untuk melihat isu itu dari sudut yang lebih luas. "Apakah yang akan terjadi sekiranya Barat mengharamkan penterjemahan Al-Quran dalam Bahasa Inggeris, Perancis dan lain-lain bahasa yang menjadi medium umat Islam di sana untuk mendalami Al-Quran? "Bagaimanakah nanti bagi Yvonne Ridley dan Cat Stevens untuk terus mendalami Al-Quran sekiranya ia berlaku?" soalnya. PKPIM juga, ujarnya komited bahawa konsolidasi agamawan berwibawa harus diberikan ruang yang secukupnya untuk mengendurkan ketegangan dan menguraikan kekeliruan terhadap isu ini. Menurutnya, dialog dan wacana bagi meningkatkan kefahaman antara agama perlu diperbanyakkan. "Kita perlu serius dalam melahirkan penganut yang yakin pada agamanya serta menghormati keyakinan agama bagi penganut selain mereka," katanya. | ||
Revolusi Rakyat : Pejuang menembak jatuh Pesawat Pengebom Tentera pengganas Gaddafi Posted: 17 Mar 2011 08:20 PM PDT A wrecked Libyan commercial plane sits on the tarmac of Benghazi airport on March 17, 2011. Libya warned it could target all Mediterranean air and sea traffic in the case of foreign military intervention, as world powers edged towards tough measures aimed at shutting down Moamer Kadhafi's military machine. This image taken from video shows plumes of smoke rising into the sky at Benina, a civilian and military airport, outside Benghazi in eastern Libya Thursday March 17, 2011. Libyan rebels shot down at least two bomber planes that attacked the airport in their main stronghold of Benghazi Thursday, according to residents who witnessed the rare success in the struggle against Moammar Gadhafi's superior air power. This image taken from video shows rebels on the back of a vehicle in the area of Benina, a civilian and military airport, outside Benghazi in eastern Libya Thursday March 17, 2011. Libyan rebels shot down at least two bomber planes that attacked the airport in their main stronghold of Benghazi Thursday, according to residents who witnessed the rare success in the struggle against Moammar Gadhafi's superior air power. This image taken Wednesday March 16, 2011 from amateur video and obtained Thursday March 17, 2011 shows a plume of smoke rising over the skyline in Ajdabiya, eastern Libya, the last major city between forces loyal to Libyan leader Moammar Gadhafi and rebel-held Benghazi, 100 miles (161 km) to the north of Ajdabiya and shows what appears to be a sustained attack on the city. This image taken Wednesday March 16, 2011 from amateur video and obtained Thursday March 17, 2011 shows a injured man treated in the hospital in Ajdabiya, eastern Libya, the last major city between forces loyal to Libyan leader Moammar Gadhafi and rebel-held Benghazi, 100 miles (161 km) to the north of Ajdabiya after what appears to be a sustained attack on the city. Libyan fighters celebrate in Benghazi on March 17, 2011, the United Nations Security Council's resolution to impose a no-fly zone over Libya. Libyans celebrate in Benghazi on March 17, 2011. Libya is ready for a ceasefire with the rebels battling Moamer Kadhafi, but wants to discuss in advance how it would be implemented, deputy foreign minister Khaled Kaaim said in Tripoli. Pemimpin Gila Gaddafi Mahu Bunuh Rakyatnya Habis – HabisanBertarung dengan rakyat habis-habisan… Pemimpin Otak Gila Kata QardhawiTOBRUK, Libya 17 Mac – Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi berkata, tenteranya akan 'bertarung habis-habisan' hari ini ketika Washington menyuarakan hasrat kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung penguatkuasaan zon larangan terbang di Libya.Kenyataan terbaru Gaddafi itu dibuat selepas tenteranya memaksa pemberontak berundur di bahagian barat Libya dan akan menggempur kubu kuat pemberontak di Benghazi, timur negara ini, sebalik seruan gencatan senjata oleh Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon. "Pertempuran bermula hari ini (semalam). Esok (hari ini) akan menyaksikan pertempuran sengit di Misrata. "Bermula malam ini, kamu diseru mengangkat senjata dan esok kita akan bertempur," katanya kepada sekumpulan golongan muda di Misrata seperti yang dilaporkan televisyen. Gaddafi turut menyeru penyokongnya supaya tidak 'membiarkan Misrata jatuh ke tangan kumpulan lelaki yang gila'. Kelmarin, stesen televisyen Libya melaporkan tentera akan bergerak menuju ke Benghazi dan semalam anak pemimpin tersebut, Seif al-Islam menjangkakan krisis Libya akan berakhir dalam tempoh 48 jam. Seorang jurucakap pemberontak di Misrata, kira-kira 150 kilometer dari ibu negara Tripoli semalam berkata, pihaknya berjaya mematahkan serangan tentera kerajaan, menyaksikan empat orang terkorban, sementara 10 yang lain cedera. Saksi mendakwa krisis politik Libya kini merebak di Zintan, bandar pertama di barat Libya yang kini berada dalam genggaman pemberontak. Saksi di Ajdabiyah pula mendakwa, pertempuran masih tercetus di sana. Seorang doktor memberitahu AFP melalui telefon, pertempuran masih berlaku semalam di Ajdabiyah yang juga merupakan laluan ke Benghazi. – AFP …………………………………………………………………….Pro-Ghaddafi lancar serangan18/03/2011 3:24am BENGHAZI 18 Mac – Pasukan tentera pro pemerintah Libya, Muammar Ghaddafi melancarkan serangan udara di tiga kawasan pinggir bandar Benghazi yang kini dikuasai pemberontak, semalam."Kami tidak mendapat maklumat yang tepat mengenai sebarang kerosakan dan kecederaan. "Serangan tersebut nampaknya seolah-olah satu amaran kepada kami, ia satu cabaran terhadap masyarakat antarabangsa," kata seorang jurucakap kumpulan pemberontak yang tidak mahu namanya disiarkan. – Reuters | ||
Interlok: Kekal keputusan panel atau gugur terus, kata wakil kaum India Posted: 17 Mar 2011 08:19 PM PDT Sebaliknya ketiga-tiga wakil kaum India itu berkata segala pindaan yang bakal dilakukan Kementerian Pelajaran mesti mengikut keputusan yang telah dipersetujui pada 4 Mac lalu. Malah kata mereka, jika pindaan itu tidak dibuat sebagaimana diputuskan, lebih baik novel tersebut "dikeluarkan terus" daripada dijadikan sukatan teks sastera. Kabinet dalam mesyuarat mingguannya hari ini dijangka membincangkan isu itu. Menurut salah seorang ahli panel itu Uthaya Sankar, dalam pertemuan dengan Muhyiddin kelmarin Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran itu meminta agar wakil kaum India menyenaraipendekkan elemen yang menyentuh sensitiviti kaum India. Bagaimanapun kata penulis bebas itu, selepas proses menyenarai pendek itu selesai ia mendapat bantahan keras daripada ahli panel lain yang hanya mahukan perkataan "paria" sahaja digugurkan dari novel Interlok yang kini dijadikan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk murid Tingkatan Lima. Selain Uthaya dia wakil kaum India ialah Pengarah Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Dr N.S Rajendran dan bekas pegawai Kementerian Pelajaran, G Krishnabahawan turut mengambil langkah sama. Dalam kenyataan yang diposkan menerusi blog Uthaya, kenyataan bersama mereka berkata: "Pendirian Dr N. S. Rajendran, G. Krishnabahawan dan Uthaya Sankar SB adalah bahawa sekiranya segala perkara yang menyentuh sensitiviti mana-mana kaum, kesalahan bahasa dan kesalahan fakta dalam novel Interlok edisi murid (DBP: 2010) tidak "dimurnikan" (disunting) seperti dicadangkan, maka novel berkenaan perlu dikeluarkan terus daripada dijadikan teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (Komsas) kerana melanggar syarat dan kriteria pemilihan buku teks sekolah sebagaimana ditetapkan Kementerian Pelajaran Malaysia." Penggunaan novel hasil karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain hanya melibatkan Zon 2 iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan. "Kami diminta untuk senaraipendekkan elemen-elemen yang benar-benar menyentuh sensitiviti kaum India tetapi selepas proses itu semua cadangan pindaan kami ditolak satu persatu kerana dikatakan tidak sensitif. "Kami bertolak ansur dengan mengikut cadangan Timbalan Perdana Menteri tapi bila kita buat cadangan pindaan itu ditolak sedangkan cadangan kami ini telah dipersetujui pada 4 Mac dan sudah dihantar kepada Kementerian Pelajaran. "Salah seorang ahli panel menolak kesemua pindaan yang kami cadangkan dan sekurang-kurang dua ahli panel yang meminta agar perkataan 'paria' sahaja yang dipinda manakala yang lain tidak perlu," kata Uthaya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Panel itu telah mengadakan tiga mesyuarat termasuk yang terakhir pada 4 Mac. Justeru kata Uthaya, pihak tidak akan bersetuju sama sekali dengan sebarang pindaan yang dibuat semalam oleh ahli panel lain. Jelas beliau keengganan panel bebas menerima cadangan pindaan yang telah disenarai pendek menyebabkan wakil kaum India membuat keputusan untuk mengundurkan diri. "Segala pindaan yang dibuat semalam bercanggah dengan apa yang kita capai pada 4 Mac lalu, jadi kami mahu ia dikekalkan dan tidak akan bersetuju sama sekali dengan pindaan itu ... muktamad. "Panel bebas panggil kami untuk membantu menyelesaikan isu Interlok ini, jadi siapa yang lebih faham tentang kaum India? Kami atau ahli panel yang lain?" tegasnya. Semalam tiga wakil kaum India menarik diri dari panel bebas itu selepas mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin. Ketiga-tiga mereka memutuskan demikian selepas pertemuan khas tergempar yang diadakan di bangunan Parlimen yang sebahagiannya dipengerusikan oleh Muhyiddin sendiri, meminta agar berkompromi dan mengurangkan jumlah pindaan kepada perkataan "paria" sahaja. Panel itu dipengerusikan oleh Prof Datuk Shamsul Amri Baharuddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang sekarang berada di luar negara. Ahli lain panel itu ialah Datin Siti Saroja Basri, isteri kepada Abdullah, Prof Madya Dr Lim Swee Tin dari Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Datuk Termuzi Abdul Aziz dan Pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya Prof Datuk Zainal Abidin Borhan. Dalam pada itu, Muhyiddin berkata novel Interlok akan tetap digunakan sebagai buku teks sastera tingkatan lima. Beliau turut menafikan wakil kaum India akan bertindak keluar daripada panel bebas yang diadakan untuk mengesyorkan pindaan ke atas novel karya Abdullah. Kelmarin, Muhyiddin berkata, pindaan dalam novel Interlok menunjukkan kemajuan menggalakkan walaupun beliau belum menerima butiran terperinci daripada panel bebas. Beliau berkata, selepas menerima butiran terperinci terhadap bentuk pindaan yang dibuat dalam beberapa hari lagi, perkara itu akan dimaklumkan kepada pemimpin masyarakat India bagi memastikan semua pihak berpuas hati dan menerimanya sebulat suara. | ||
Krisis Nuklear : Bandar raya Tokyo kelam-kabut Posted: 17 Mar 2011 08:17 PM PDT TOKYO - Ribuan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) tidak berfungsi di bandar raya ini semalam manakala berjuta-juta warganya mula menyimpan beras dalam jumlah yang banyak ekoran ketakutan terhadap radiasi dari loji nuklear Fukushima Daiichi yang terletak kira-kira 240 kilometer dari sini. Lebih memburukkan keadaan, Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, Banri Kaieda berkata dalam satu kenyataan, negara itu akan berdepan dengan masalah bekalan elektrik selama beberapa bulan lagi. Amaran itu diberikan kerana bekalan tenaga elektrik ketika ini tidak mencukupi disebabkan masalah kerosakan di loji nuklear Fukushima Daiichi. Loji nuklear itu telah meletup sebanyak empat kali selepas gempa bumi kuat berukuran 9 pada skala Richter melanda timur laut Jepun pada minggu lalu sehingga mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter. Para pekerja kini berusaha untuk menyejukkan loji nuklear itu yang dikendalikan oleh Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) dengan menggunakan air laut. Usaha itu dilakukan bagi mengelak lebih banyak kadar radiasi tersebar ke udara sehingga mengancam kesihatan penduduk. | ||
"Krisis Nuklear : Empat helikopter curah air di loji nuklear Posted: 17 Mar 2011 08:15 PM PDT TOKYO - Sebanyak empat buah helikopter tentera Jepun digunakan bagi mencurahkan bertan-tan air ke loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi di Fukushima semalam bagi tujuan menyejukkan batang bahan bakar daripada berlaku kebocoran radiasi. Helikopter Pasukan Pertahanan daripada jenis CH-47 Chinooks berkuasa dua enjin itu memulakan misi pertama dengan membawa sebuah bekas yang berkapasiti tujuh tan air ke loji tersebut. Operasi itu dilakukan bertujuan supaya batang bahan bakar dalam reaktor dan kolam penghadang ditenggelami air bagi mengurangkan pendedahan bahan pada udara dan menyebabkan bahan radioaktif tersebar ke alam sekitar. Sebelum ini radiasi bocor dari reaktor nuklear itu tetapi dalam kadar yang masih tidak dianggap membahayakan kesihatan manusia. Menteri Pertahanan Jepun, Toshimi Kitazawa berkata, sebanyak 11 kenderaan tentera juga akan dihantar bagi menyertai usaha untuk menyejukkan reaktor itu. Agensi Keselamatan Nuklear Jepun menyatakan keutamaan akan diberikan kepada reaktor nombor tiga dan empat yang kemungkinan berada pada tahap terlalu panas. Menurut seorang jurucakap loji nuklear itu yang dikendalikan syarikat Tokyo Elektric Power Co (TEPCO), kolam penghadang di reaktor nombor empat seperti sudah ditenggelami air pada Rabu lalu berdasarkan kepada pemerhatian dari helikopter. "Kami tidak pasti berapa banyak air sudah berada di dalam reaktor tersebut dan kami juga tidak mempunyai informasi berapa banyak batang bahan bakar yang sudah terdedah," kata seorang jurucakap TEPCO. Sebelum ini, pekerja-pekerja TEPCO sedang berusaha membaikpulih bekalan tenaga sistem penyejukan yang lumpuh ketika serangan gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun. Loji itu pernah meletup sebanyak empat kali selepas ia rosak akibat gegaran gempa bumi yang berpusat di timur laut Jepun pada Jumaat lalu. Gempa bumi kuat itu turut menyebabkan ombak tsunami setinggi 10 meter berlaku dan melanda kawasan di utara dan timur Jepun. - Agensi | ||
Jurucakap Gaddafi : Misi PBB Serang Libya 'Tidak Sah, Tidak Bermoral' Posted: 17 Mar 2011 08:13 PM PDT TRIPOLI 18 MAC : Libya berkata sebarang tindakan ketenteraan yang disokong PBB ke atas negara itu adalah "tidak sah" dan "tidak bermoral", kata jurucakap kerajaan Muammar Gaddafi. "Ia tidak sah an tidak bermoral. Ia pemberontakan bersenjata. "Mana-mana negara akan bertindak melawan perkara ini. Mereka bertindak berdasarkan laporan-laporan media," kata jurucakap Mussa Ibrahim bagi pihak Muammar di sini semalam. "Ini tidak seharusnya berlaku. Ia akan menjejaskan rakyat Libya. Ia hanya akan memperkukuhkan kedudukan dalaman sebab rakyat Libya akan ada tentera dalaman dan akan bertindak sebagai satu (pasukan)," katanya lagi. Di sebalik pendirian itu, Majlis Keselamatan PBB semalam meluluskan resolusi zon larangan terbang di ruang udara Libya dan "kesemua pendekatan yang sepatutnya" — kod bagi tindakan ketenteraan — bagi melindungi orang ramai daripada serangan tentera Muammar. Resolusi itu dilihat membuka ruang kepada sebarang bentuk tindakan ketenteraan. Muammar berhadapan dengan kebangkitan rakyat sejak sebulan lalu, yang kini dikhuatiri bertukar menjadi perang saudara. Kebangkitan itu mendesak Muammar, yang mengetuai Libya sejak lebih empat dekad lalu, berundur segera. Sepuluh daripada 15 anggota Majlis Keselamatan mengundi menyokong usul itu. Rusia, China dan Jerman mengambil sikap berkecuali. Tiada undi menentang usul itu yang dibawa secara bersama oleh Perancis, Britain, Lebanon dan Amerika Syarikat. — REUTERS | ||
Mahathir Kantoi Lagii..Jumpa Dengan "Hantu" Orang Dah Mati..?? Posted: 17 Mar 2011 08:12 PM PDT "Saya berjumpa dengan Sheares kerana beliau pernah mengajar saya. Ia satu kunjungan mesra. Tetapi ia (pertemuan itu) bukannya ketika saya berjumpa Perdana Menteri (Lee Kuan Yew) dalam lawatan pertama saya," katanya ketika diminta membuat penjelasan oleh seorang wartawan asing. Wartawan dari The Straits Times Singapura itu, menyatakan rekod akhbarnya menunjukkan pada masa itu, Sheares sudah meninggal dunia dan beliau (Dr Mahathir) sebenarnya mengadakan pertemuan dengan presiden lain iaitu Devan Nair pada satu majlis makan tengah hari. Catatan mengenai pertemuan dengan Sheares itu terkandung dalam buku kisah hidup Dr Mahathir berjudul A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilancarkan minggu lalu dan mendapat sambutan hangat. "Bahagian pertama (bab berkenaan) adalah mengenai pertemuan saya dengan Lee Kuan Yew dan bahagian kedua, saya juga pergi (berjumpa Sheares), bukan pada hari yang sama atau lawatan yang sama. "Yang pasti, saya bertemu Sheares. Saya pergi bersama isteri saya dan beliau boleh mengesahkan sama ada ia benar atau tidak," kata Dr Mahathir. Juragan : Dah Nyanyuk la tuuu..sepatutnya bukan tajuk buku tu Memori...tetapi Hilang Memori..Inilah kesan doa mereka-mereka yang di zalimi oleh beliau semasa era pemerintahan kuku beruangnya...itu pun masih ada lagi manusia yang percaya akan segala fitnah beliau yang berubah-ubah terhadap DSAI...Fuhhhh Hampehhhh Umnoo... | ||
“Hukuman Tuhan”: Gabenor Tokyo tarik semula! Posted: 17 Mar 2011 08:11 PM PDT Bala Tuhan atau bencana alam? Konflik perbahasan yang panjang dan lama. Sekian lama menjadi perbincangan diseluruh dunia bahkan dalam dunia Islam sendiri. Naluri beragama akan menyedari adanya kuasa besar disebalik kejadian malapetaka atau kenikmatan yang berlaku didunia ini. Tinggal lagi sejauh-mana penerimaan seseorang dikala panik atau keributan menghadapi suasana kesukaran sedemikian. Gabernor Tokyo, Shintaro Ishihara telah menjadi serangan kemarahan di Jepun apabila didakwa mengatakan bahwa bencana yang menimpa Jepun ketika ini adalah "hukuman Tuhan". Beliau kemudiannya memohon maaf daripada orang-ramai. "(Pernyataan) itu sangat melukai orang-ramai dan mangsa korban dari Tokyo," katanya dalam siding media. "Saya minta maaf banyak-banyak." Ishihara, 78, mengatakan kelmarin bahawa orang Jepun sekarang ini telah menjadi "serakah" dan menceritakan beberapa kes orang-orang yang terus mengambil duit pencen orang tua mereka tanpa memberitahu kematian orang tuanya. "Hal ini (bencana tsunami ini) diperlukan untuk membersihkan pemikiran serakah tersebut." katanya kepada wartawan. "Saya pikir itu adalah hukuman ilahi." Ishihara kemudian menarik balik kenyataan tersebut. Gabernor yang juga bertugas di parlimen negara itu mengumumkan pencalonannya untuk jawatannya bagi penggal keempat pada hari Jumat ketika Tsunami terjadi. Ishihara sendiri dikenali kerana pandangan nasionalisme Jepunnya dan membantah kekejaman Jepun sebelum dan selama Perang Dunia II seperti Rape of Nanking. Bagi sebuah negara maju dan canggih seperti Jepun, ianya sepatutnya menjadi peringatan besar tentang adanya hari kiamat yang lebih hebat dan menggerunkan. Kalau Tsunami di Aceh, dianggap negara miskin dan ketinggalan kemodenan. Kini Negara hebat seperti Jepun, yang pernah diambil polisi 'pandang ke timur' oleh negara kita, juga tak tertanggung menghadapai fenomena musibah seperti ini. Meskipun adalah peralatan hebat, peringatan awal bencana alam… kini hamper 13 ribu dikatakan menjadi korban tsunami dan kini hidup ketakutan dengan tenaga nuklear yang mereka amat bergantung harap sebagai sumber tenaga kehidupan mereka selama ini. Seolah bakal menjadi musuh kepada manusia. Bagi umat Islam, kita telah dididik dengan peringatan ilahi ini. فَكُلًّا أَخَذْنَا بِذَنْبِهِ فَمِنْهُمْ مَنْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَاصِبًا وَمِنْهُمْ مَنْ أَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ وَمِنْهُمْ مَنْ خَسَفْنَا بِهِ الْأَرْضَ وَمِنْهُمْ مَنْ أَغْرَقْنَا وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. Surah al-Ankabut : 40 ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusi, supay Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).Surah Ar-Rum : 41 Bagi yang beriman dengan qadha' dan qadar ia menerimanya sebagai ketentuan ilahi. Menyedari hikmah sebaliknya serta beriman akan adanya Hari Kiamat yang lebih dahsyat. "Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat, dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat yang dikandungnya dan manusia bertanya: "Apakah yang terjadi pada bumi ini?" Pada hari itu bumi menyampaikan beritanya, kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan yang demikian itu padanya. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan berkelompok-kelompok untuk diperlihatkan kepada mereka balasan semua perbuatannya" Surah al-Zilzal: 1- | ||
AWAS BAHAYA RADIOAKTIF...MELAINKAN ORANG TU BOLEH MELAWAN KUASA ALLAH..!!! Posted: 17 Mar 2011 08:09 PM PDT PERGERAKAN RADIOAKTIF RENTASI LAUTAN PASIFIK - new york times Radiasi tahap rendah dijangka tiba di AS hari ini, Lautan Atlantik hingga Eropah turut terima kesan. VIENNA: Pergerakan bahan radioaktif tahap rendah dari reaktor nuklear Jepun yang rosak akibat gempa dan tsunami minggu lalu kini merentasi Lautan Pasifik dan dijangka tiba di Amerika Syarikat hari ini serta mungkin menyeberangi Lautan Atlantik hingga Eropah. Pertubuhan Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear Menyeluruh (CTBTO) dan pakar nuklear menjangka bahan radioaktif itu tiba lewat hari ini di selatan California dan meneruskan pergerakan menuju barat daya Amerika termasuk Nevada, Utah dan Arizona. Namun, pakar berkenaan yang dipetik akhbar New York Times (NYT) berkata, bahan radiasi semakin terhakis dan lemah sepanjang perjalanannya di Pasifik menyebabkannya tidak mengancam kesihatan manusia. Agensi berkenaan yang mempunyai 60 stesen pemantau di seluruh dunia tidak mendedahkan tahap pencemaran radioaktif berkenaan tetapi ia dijangka tidak memberi masalah kesihatan yang serius. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit…. DAH SAMPAI KE UTAH…. kah kah kah.. woit…DAH SAMPAI KE ARIZONA…. kah kah kah.. kah kah kah… DAH SAMPAI KE NEVADA….kah kah kah.. woit… LAUT PACIFIK INI BUKAN BERSAMBUNG DENGAN LAUT CHINA SELATAN?..... kah kah kah.. kah kah kah… LAUT CHINA SELATAN INI BUKAN…. DEPAN CHERATING?.... kah kah kah.. kah kah kah…BUKAN DEPAN PANTAI CHINTA BERAHI?.... kah kah kah… woit…. HENTIKAN LAH KERJA MEMBODOHKAN ORANG MELAYU…. kah kah kah… woit… HENTIKAN LAH PRPOJEK MENIPU ORANG MELAYU…. kah kah kah.. kah kah kah… MATI HANGUS MELAYU NANTI….. kah kah kah… TT | ||
Sengal Jumaat : Superimpose Didier Drogba Rupanya...!!!! Posted: 17 Mar 2011 08:08 PM PDT Bagi merungkai persoalan yang timbul berkaitan gambar di atas, dan seperti biasalah isu ini akan di spin dan di pertahankan oleh puak2 umnoapco sebagai gambar superimpose dan bermacam lagi bla..bla..bla.... Maka seorang pembaca setia dan sahabat maya blog ini dengan berbesar hati telah bagi link ini kepada gua dalam ruang komen. Ribu riban terima kasih pada saudara Jai. Di bawah ini adalah petikan komen beliau yang asli dan tulus macam tajuk lagu kumpulan Search.... hahahaha.... peberet gua tuuuu....(nak layan lagu kat sidebar tu ada... tekan butang play jer...) jai berkata...Salam bro. So... lu orang buatlah perbezaan gambar tuuuuu... ori atau spicy.... muakakakakakaaaaa..... p/s: saja bikin gempaq... gambar drogba kat atas... muka penzina umnoapco nih... kat bawah... hahaha... so .. jangan lupa tau... "Ingat umnoapco, Ingat Dangdut, Ingat Zina, Ingat Rasuah, Ingat Judi, Ingat Arak" ISA. | ||
Isu Al Kitab: Mufti Perak bimbang umat Islam marah, tak puas hati Posted: 17 Mar 2011 08:07 PM PDT Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Harussani berkata beliau bimbang umat Islam akan bangkit menentang keputusan itu dan menyebabkan lebih banyak ketegangan dalam situasi semasa yang dilihat sangat sensitif. "Saya takut, apa pun boleh berlaku di sini. Orang tidak gembira dan apa jua boleh berlaku," kata beliau lagi. Harussani berkata beliau telah berusaha untuk berhubung dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak mendengar keputusan itu Selasa lalu bahawa kerajaan telah memutuskan untuk memenuhi gesaan pemimpin-pemimpin Kristian dan beberapa parti politik agar melepaskan Al Kitab, dalam Bahasa Malaysia, yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri. "Tetapi, saya tidak dapat bercakap dengan beliau (Najib) dan pembantu beliau juga tidak dapat menawarkan saya dengan sebarang maklumat," katanya lagi. Masyarakat Kristian dan Islam negara ini terlibat dalam 'rebutan' berkaitan dengan penggunana kalimah Allah sejak beberapa tahun lalu dan ia berakhir dengan kes mahkamah di mana pada akhir 2009 keputusannya memihak kepada gereja Katolik yang menerbitkan akhbar The Herald. Bagaimanapun Peguam Negara membuat rayuan dan ia masih di peringkat Mahkamah Rayuan. Umat Islam menganggap kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh mereka. Bagaimanapun penganut Kristian pula berhujah ia adalah perkataan Arab yang turut digunakan oleh pengiut agama lain termasuk Yahudi bagi merujuk kepada Tuhan, termasuk di negara-negara Arab dan Indonesia. Harussani berkata, tidak kira sama ada isu itu masih didengar di mahkamah atau sebaliknya, kalimah Allah hanya harus digunakan oleh umat Islam dan eksklusif bagi mereka. Harussani juga berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara pada 25 Mac ini untuk membincangkan perkara tersebut dan berusaha memujuk pihaknya agar menghentikan pelepasan naskhah Al Kitab. "Saya juga akan cuba bertemu dengan Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri. Saya akan bercakap dengan mereka," katanya lagi. Harussani menambah, beliau tiada pilihan memandangkan berhadapan dengan tekanan daripada masyarakat Islam untuk menghentikan naskhah-naskhah itu daripada dikeluarkan. "Sejak diumumkan tentang pelepasan (naskhah Al Kitab), saya menerima SMS demi SMS. Umat Islam memberitahu saya yang mereka marah dan mereka bertanya saya, mencabar saya ... apa yang hendak dilakukan? "Disebabkan saya selalunya lantang dalam isu-isu ini, jadi apa yang perlu saya lakukan? Saya akan cuba bertemu dengan kementerian," katanya lagi. Harussani berkata umat Islam tidak menentang penggunaan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, tetapi hanya perkataan Allah yang digunakan sebagai pengganti kepada Tuhan. "Alasan kami mudah. Islam adalah agama rasmi di negara ini dan Allah, dalam al-Quran, didefinisikan sebagai "Yang Maha Tunggal', yang bermakna satu-satunya Tuhan," kata beliau lagi. Harussani berkata meskipun kementerian membenarkan pelepasan dengan dua syarat tetapi tiada jaminan bahawa naskhah-naskhah itu tidak akan sampai ke tangan Muslim. "Apa jaminan yang mereka ada? Apa jaminan yang mereka ada bahawa mereka (masyarakat Kristian) tidak akan menyebarkannya kepada Muslim? "Mereka akan berkata, oh, kami tidak memaksa mereka (Muslim) untuk mengambil kitab itu, mereka sendiri akan mengambil. Jadi mengapa mencetuskan masalah ini?" katanya lagi. Selasa lalu, kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran dan pengedaran secara terhad dan terkawal kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, yang ditahan di Pelabuhan Kuching Sarawak, dan Pelabuhan Klang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata langkah kerajaan itu adalah selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan kitab itu mesti dicop dengan tag "Untuk Penganut Agama Kristian sahaja". "Sejak peruntukan undang-undang itu digunakan pada tahun 1982, tiada sebarang masalah atau isu yang timbul dengan pelaksanaannya," katanya. Selain itu, Idris berkata kajian teliti oleh Jabatan Peguam Negara juga mendapati pengeluaran kitab-kitab itu tidak akan menggangggu dalam prosiding mahkamah berkaitan penggunaan kalimah Allah. "Oleh itu, dalam konteks berikut Kerajaan telah dapat secara amnya mengeluarkan kitab Injil tersebut," katanya. | ||
Krisis Nuklear : Rakyat asing mula tinggalkan Jepun..... Posted: 17 Mar 2011 08:03 PM PDT Ketika pekerja dan tentera Jepun terus bertungkus lumus mencari jalan bagi memastikan kecairan tidak berlaku pada pusat tenaga nuklear yang tumbang akibat gegaran gempa bumi minggu lalu, lebih banyak negara asing menasihatkan rakyat mereka supaya meninggalkan negara itu. Di reaktor loji No 1, Fukushima, yang terletak kira-kira 250km dari Tokyo, helikopter tentera Chinook berterusan melepaskan bertan-tan air dalam usaha menurunkan suhu reaktor nuklear berkenaan. Pihak bomba juga dikerah menyiram air ke dalam reaktor yang menempatkan batang tenaga bagi mengelakkannya daripada terdedah ke udara dan melepaskan bahan radioaktif. Meskipun batang berkenaan telah dipisahkan dari reaktor di loji itu, namun ia dikatakan masih mempunyai bahan radioaktif. Bagaimanapun menurut seorang pakar dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Graham Andrew, keadaan di loji nuklear Fukushima, Jepun tidak menampakkan sebarang petanda buruk dalam tempoh 24 jam kebelakangan ini. "Loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi masih kekal dalam keadaan yang serius namun tidak ada tanda-tanda keadaan itu bertambah teruk sejak semalam," kata Andrew. Tambahnya, situasi semasa reaktor 1,2 dan 3 loji tersebut yang meletup dan terbakar sejak bencana tsunami Jumaat lalu berada dalam keadaan stabil. Sementara itu, akhbar harian Jepun, Yomiuri Shimbun berkata krisis yang dihadapi sekarang mungkin boleh dielakkan jika kerajaan terus memohon bantuan antarabangsa sebaik kejadian berlaku.Tinggalkan Jepun Semalam, presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ketika menelefon Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan - menawarkan Jepun sebarang bantuan yang diperlukan. Dalam pada itu, bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, lebih banyak kerajaan asing menggesa rakyat mereka meninggalkan kawasan timur laut Jepun dan juga Tokyo. Antara negara tersebut adalah Britain, Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand. Kerajaan Jepun pula meminta orang ramai yang tinggal sekitar lingkungan 10km daripada zon 20-kilometer sekitar loji nuklear supaya tidak keluar dari rumah. Lebih 200,000 orang juga telah dipindahkan dari zon berkenaan. - AFP | ||
Bawa balik pelajar di Yaman sebelum meruncing Posted: 17 Mar 2011 08:02 PM PDT KUALA LUMPUR, 18 Mac: Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (Permaya) mengambil tindakan segera dengan kerjasama kedutaan Malaysia untuk menghantar pelajar-pelajar Malaysia di Yaman pulang sebelum kejadian berterusan dengan lebih teruk. Presidennya, Mohammad Iqbal Abu Yaziz berkata, jika pihaknya mengambil tindakan setelah keadaan terlalu meruncing menyebabkan proses menghantar pulang pelajar Malaysia lebih sukar dan pihak kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang lebih tinggi seperti mana yang telah berlaku di Mesir sebelum ini. "Sedangkan kerajaan Malaysia terpaksa menanggung beberapa lagi penerbangan untuk menyelamatkan rakyat Malaysia sekarang seperti rakyat Malaysia di Jepun selepas mana kejadian gempa bumi baru-baru ini sehingga menyebabkan pusat nuklear meletup, menyebabkan pencemaran radioaktif dan turut mengalami keadaan yang sama seperti di Yaman iaitu Bahrain yang sedang bangkit untuk menjatuhkan pemimpin negara mereka yang korupsi," ujarnya dalam satu kenyataan. Justeru, Permaya mengharapkan supaya masyarakat dunia luar terutamanya Malaysia memahami keadaan semasa di sana. Katanya, proses penerbangan pelajar-pelajar Malaysia di Yaman telah bermula dengan penerbangan pertama pada jam 4.00 pagi 17 Mac dan penerbangan kedua pada jam 10.00 pagi (17 Mac). Menurutnya, laporan telah diterima bahawa penerbangan pertama telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 8.55 malam (17 Mac). "Kami juga berharap supaya pelajar-pelajar Malaysia di Yaman bersabar menunggu giliran masing-masing dan bersedia pada bila-bila masa sahaja kerana seramai 590 orang yang terlibat bagi proses menghantar pulang ke Malaysia," ujarnya. Beliau berkata, mereka diharapkan supaya menunggu panggilan daripada pejabat kedutaan mengenai giliran penerbangan masing-masing dan tidak mendengar khabar daripada lain-lain pihak bagi mengelakkan salah maklumat yang didapati daripada pelajar-pelajar Malaysia di Yaman. Beliau menegaskan, Permaya menafikan laporan The Star Online bertarikh 17 Mac, 2011, yang bertajuk Not All M'sian Students Want To Leave Yemen telah mengeluarkan kenyataan bahawa pelajar-pelajar Malaysia di Yaman dalam keadaan suasana yang selamat dan tidak perlu dibimbangi sehingga terpaksa mengambil tindakan drastik untuk pulang ke tanah air melalui temuramah bersama seorang pelajar Malaysia di Yaman. "Kami menafikan kenyataan tersebut yang seakan-akan menuduh pelajar-pelajar Malaysia di Yaman mengambil kesempatan untuk pulang ke tanah air dengan percuma selepas kejadian yang sedang berlaku di Yaman sekarang," ujarnya. Menurutnya, tidak dinafikan ada beberapa tempat khususnya penempatan dan rumah-rumah pelajar Malaysia di Yaman masih dalam keadaan selamat dan berkeadaan seperti biasa sahaja tetapi perlu diingatkan bahawa dengan pergolakan di Yaman sekarang yang semakin teruk kemungkinan perkara-perkara seperti yang berada dalam memorandum Permaya kepada pihak kedutaan Malaysia di Yaman bertarikh 13 Mac lalu. Jelasnya, Permaya dengan kerjasama pihak kedutaan mengambil jalan untuk bertindak segera sebelum kejadian tidak diingini ini berlaku, ibarat 'sediakan payung sebelum hujan'. Tambahnya, beberapa laporan yang telah kami dapati daripada pelajar-pelajar Malaysia di Yaman yang tinggal berdekatan dengan kawasan 'Medan Perubahan', pada setiap malam akan terdengar bunyi tembak menembak berlaku. Sehingga kini lebih daripada 40 orang mati dan beratus-ratus telah cedera. Mengikut laporan yang lain pula di kawasan Pro-kerajaan berkumpul, ada di kalangan pelajar Malaysia telah diancam dengan menghunus pisau apabila ditanya sokongannya terhadap anti-kerajaan atau pro-kerajaan. Menurut laporan lagi, sumber gas juga sudah mula susah untuk didapati dan harga barang sudah mula naik dibeberapa kawasan penempatan pelajar Malaysia di Yaman ini. Katanya, keadaan di Yaman semakin meruncing apabila Presiden Republik Yaman, Ali Abdullah Soleh tidak akan turun selagi mana tidak berlakunya pertumpahan darah dan kenyataan ini telah membangkitkan lagi semangat pihak anti-kerajaan untuk menyerang pihak kerajaan. Perlu diingatkan bahawa Republik Yaman adalah negara bebas senjata dan mempunyai kekuatan kabilah-kabilah Arab yang tersendiri. Ulama Yaman sendiri telah mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang terlibat dan mati ketika diserang oleh pihak polis atau tentera dikira sebagai syahid. | ||
PKR, Ulama PAS: Tiada masalah benar Injil BM, bukan satu ancaman Posted: 17 Mar 2011 08:00 PM PDT Ketuanya Datuk Harun Taib berkata, penganut Kristian tidak sewajar dihalang untuk menggunakan Al Kitab memandang Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi negara, milik semua rakyat Malaysia. "Bagi saya tiada masalah kalau kitab Injil digunakan dalam Bahasa Malaysia ... bukan sahaja dalam Bahasa Malaysia kalau dalam bahasa lain juga tiada masalah. "Adakah akidah orang Islam akan terjejas dengan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia ini? Tidak, ia hanya sekadar kitab yang dibaca penganut Kristian ... itu sahaja. Jadi, kenapa mesti nak halang," katanya kepada The Malaysian Insider. Beliau berkata kitab Injil itu hanya diedarkan di kalangan penganut Kristian jadi orang Islam tidak perlu bimbang mengenai perkara itu. "Tiada masalah, cuma ia tidak boleh disebarkan di kalangan orang Islam ... itu sahaja, kalau nak guna dalam Bahasa Malaysia memang tiada masalah. "Saya tiada bantahan dalam perkara ini," katanya. Ditanya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia, Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, penganut Kristian boleh menggunakan istilah itu dengan syarat hanya di kalangan masyarakat itu. "Kalau orang Kristian nak guna istilah Allah bagi merujuk Tuhan mereka tiada masalah, kalau mereka yakin Allah adalah Tuhan bagi mereka, biarkan sahaja," kata beliau lagi. "Lagipun ia berbeza dengan orang Islam kita 'Allah s.w.t' tapi orang Kristian 'Allah' sahaja, jadi itu ada beza. Kalau mereka yakin itu hak mereka. "Saya tak bantah kalau orang Kristian nak gunakan Allah tapi hanya di kalangan mereka sahaja. Jadi orang Islam kena berhati-hati dalam perkara ini," katanya. Selasa lalu, kerajaan telah bersetuju untuk mengeluarkan 35,000 naskhah kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Klang ekoran gesaan pelbagai pihak mendesak kerajaan berbuat demikian. Keputusan itu selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang telah membenarkan pengeluaran dan penyebaran kitab Injil dalam Bahasa Malaysia secara terhad dan terkawal, di mana buku-buku tersebut mesti dicop dengan tag "Untuk Penganut Agama Kristian Sahaja". Beberapa pihak termasuk PAS berpendapat tidak wajar kitab Injil dalam Bahasa Malaysia seharusnya tidak ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri. Sementara itu, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Muhammad Nur Manuty berkata, penggunaan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia tidak akan memesongkan akidah orang Islam. "Bagi saya tidak jadi masalah, jadi orang Melayu, orang Islam tak perlu bimbang dalam perkara ini. "Itu adalah hak beragama dan Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi negara, jadi kita tidak perlu nak sekat agama lain termasuk Kristian nak gunakan bahasa ini," katanya. Tambah beliau, orang Islam sewajarnya berfikiran terbuka dan jangan bertindak di luar batasan dengan menghalang penganut Kristian menggunakan Bahasa Malaysia dalam kitab Injil. "Orang tak masuk Kristian hanya kerana bahasa, jadi sebenarnya ia tiada masalah. "Jadi buat apa nak takut atau bimbang, kitab Injil ini hanya diedarkan kepada yang beragama Kristian sahaja bukan diedarkan kepada orang Islam," katanya. | ||
Loteri: K'tan arah penasihat perundangan buat tafsiran Posted: 17 Mar 2011 07:58 PM PDT Kelantan sedia mengkaji semula larangan penjualan tiket loterinya bersandarkan tafsiran penasihat undang-undang negeri mengenai isu itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, lapor TV Selangor. Dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh setiausaha akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari, semalam - menteri besar itu berkata tafsiran penasihat undang-undang negeri amat penting kerana isu itu turut membabitkan enakmen kerajaan persekutuan. Nik Aziz sebelum itu menemui rombongan Pakatan Rakyat bagi membincangkan larangan penjualan tiket loteri di negeri itu yang menjadi modal politik terbaru MCA dan rakan parti komponen BN. Pengeluaran tiket loteri dan lesen judi adalah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan Umno-BN sungguhpun penjualannya adalah tertakluk kepada undang-undangan pihak berkuasa tempatan. Nik Aziz mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda DAP Anthony Loke, Ahli Jawatankuasa Pusat DAP Liew Chin Tong, Ketua Penerangan PKR, Dr Mohd Nur Manuty dan Setiausaha Agong PAS Datuk Mustapa Ali. Keputusan berimbang Mustapa ketika dihubungi berkata, penasihat undang-undang negeri telah ditugaskan untuk mengkaji dari sudut perundangan berhubung larangan penjualan tiket loteri di negeri berkenaan. "Selama ini ia tidak mendatangkan sebarang masalah. Yang menjadi pertikaian hanya kerana big sweep itu yang dikatakan tidak memerlukan premis. Jadi oleh itu, kita akan serahkan kepada pihak yang berkenaan untuk mengkaji hal itu," katanya. Mengulas keputusan yang dicapai dalam mesyuarat itu, Dr Mohd Nur pula berkata, kerajaan negeri Kelantan membuat keputusan yang berimbang untuk memenuhi tuntutan agama Islam dan keperluan penganut lain di negara ini. "Nampaknya kenyataan itu adalah keputusan yang berimbangan dan tidak mendatangkan masalah kepada orang bukan Islam," katanya. Dalam kenyataan media yang dibacakan oleh setiausaha akhbarnya, Nik Aziz turut melahirkan rasa kesal terhadap kerajaan persekutuan kerana masih menghalalkan perjudian secara terbuka yang memberi kesan buruk kepada rakyat Islam dan bukan Islam. Bagaimanapun jelas beliau, kerajaan negeri mengambil pendirian terbuka terhadap sebarang cadangan dan saranan bersabit larangan penjualan tiket loteri di premis tidak belesen Dasar haramkan judi Ahmad Fadhli berkata, umumnya dasar mengharamkan perjudian yang dipelopori oleh kerajaan negeri Kelantan tidak berubah sejak dilaksanakan lebih 20 tahun lalu. "Cuma yang menjadi masalah ialah loteri-loteri yang tidak memerlukan premis berlesen untuk dijual. Jadi kita akan serahkan pada penasihat undang-undang untuk membuat tafsiran. Kita tidak mengubah dasar (tetapi) isu ini perlu dilihat dari dari sudut undang-undang. "Jadi soal loteri big sweep yang tidak memerlukan premis berlesen untuk dijual, Kerajaan Kelantan bersedia nak menyerahkan pada penasihat undang-undang untuk membuat kajian," katanya ketika dihubungi TV Selangor. Menurutnya, kerajaan negeri juga bersedia memberi penjelasanan sekiranya diperlukan berhubung isu itu pada bila-bila masa. Dalam pada itu, Mustapa berkata tafsiran undang-undang adalah diperlukan untuk memastikan sebarang bentuk larangan tidak bercanggah dengan undang-undang yang sedia ada. Anthony pula berkata pihak DAP berpuas hati dengan pendirian Nik Aziz untuk merujuk isu berkenaan kepada penasihat undang-undang. | ||
Ulama muda Umno anggap Al Kitab OK selagi terkawal Posted: 17 Mar 2011 07:57 PM PDT "Kita buang semua ideologi politik dan bercakap dari sudut Islam. Bahasa tidak melambangkan sepenuhnya pegangan agama seseorang, malah Nabi Muhammad juga tak halang bangsa lain menggunakan bahasa Arab. "Saya lihat dalam Perlembagaan Persekutuan orang Melayu adalah orang yang beragama Islam dan definisinya juga jelas orang Melayu adalah orang yang boleh berbahasa Melayu. "Jadi dalam isu ini setelah perbincangan dan pertimbangan terjemahan, ia boleh sebab ia tidak menjejaskan kemuliaan agama Islam," katanya. Bagaimanapun beliau menegaskan pengedaran kitab Injil dalam Bahasa Malaysia itu harus dikawal dan tidak disebarkan secara meluas. "Ia perlu terkawal dan tidak disebarkan secara meluas, sebar hanya untuk orang Kristian sahaja ... jadi bagi saya tiada masalah jika ia terkawal. "Tapi jika tidak terkawal ia boleh mendatangkan masalah, jadi saya minta ia dibuat secara baik, terkawal dan diedarkan hanya kepada penganut Kristian sahaja," katanya. Laporan The Malaysian Insider juga menyebut Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyifatkan langkah kerajaan melepaskan kitab Injil yang dirampas itu adalah satu tindakan bijak dan tidak wajar dihalang penerbitan itu. Menurut Yang Dipertua PUM Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir, pihaknya tiada halangan dengan keputusan terbaru kerajaan ini kerana Bahasa Malaysia milik semua rakyat Malaysia termasuk yang beragama Kristian. Dalam laporan terdahulu hari ini, kedua-dua Dewan Ulama PAS dan PKR berkata mereka juga tidak membantah atau menghalang penggunaan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia sambil menyifatkan ia tidak menjejaskan kedudukan agama Islam di negara ini. Ketuanya Datuk Harun Taib berkata penganut Kristian tidak sewajar dihalang untuk menggunakan Al Kitab memandang Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi negara, milik semua rakyat Malaysia. Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Muhammad Nur Manuty berkata, penggunaan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia tidak akan memesongkan akidah orang Islam. Selasa lalu, kerajaan telah bersetuju untuk mengeluarkan 35,000 naskhah kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Klang ekoran gesaan pelbagai pihak mendesak kerajaan berbuat demikian. Keputusan itu selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang telah membenarkan pengeluaran dan penyebaran kitab Injil dalam Bahasa Malaysia secara terhad dan terkawal, di mana buku-buku tersebut mesti dicop dengan tag "Untuk Penganut Agama Kristian Sahaja". Bagaimanapun dalam laporan pagi tadi juga, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria memberi amaran keputusan Putrajaya untuk melepaskan naskhah kitab Injil yang ditahan Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang dan Kuching akan membawa kepada rasa tidak puas hati dan kemarahan orang umat Islam. Ketika dihubungi, Harussani berkata beliau bimbang umat Islam akan bangkit menentang keputusan itu dan menyebabkan lebih banyak ketegangan dalam situasi semasa yang dilihat sangat sensitif. "Saya takut, apa pun boleh berlaku di sini. Orang tidak gembira dan apa jua boleh berlaku," kata beliau lagi. Harussani berkata beliau telah berusaha untuk berhubung dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak mendengar keputusan itu Selasa lalu bahawa kerajaan telah memutuskan untuk memenuhi gesaan pemimpin-pemimpin Kristian dan beberapa parti politik agar melepaskan Al Kitab, dalam Bahasa Malaysia, yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri. "Tetapi, saya tidak dapat bercakap dengan beliau (Najib) dan pembantu beliau juga tidak dapat menawarkan saya dengan sebarang maklumat," katanya lagi. | ||
Muktamar Jun tentukan masa depan PAS Posted: 17 Mar 2011 11:35 AM PDT PAS perlu buktikan kepada PKR dan DAP bahawa parti memiliki para pemimpin yang boleh berada di barisan depan Pakatan Rakyat. "Paling penting, nasib parti bergantung kepada keputusan PRU ke 13 nanti," kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika dihubungi FMT hari ini. Beliau berkata, pemimpin PAS mampu berada di barisan depan dalam Pakatan Rakyat dan bukannya sebagai 'Pak Turut' sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak. "Kita perlu tunjuk dan buktikan kepada PKR dan DAP bahawa PAS memiliki para pemimpin yang boleh berada di barisan depan Pakatan Rakyat," katanya, yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Muktamar Tahunan PAS yang akan diadakan di Taman Melawar di Kuala Lumpur Jun depan. Jawatan Timbalan Presiden akan ditandingi? Beberapa jawatan tertinggi parti dijangka ditandingi termasuk Timbalan Presiden yang sekarang disandang oleh Nasharuddin Mat Isa, yang juga Ahli Parlimen Bachok. Antara yang disebut-sebut akan bertanding jawatan tersebut ialah Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan bekas Naib Presiden, Mohd Sabu. Bagaimanapun, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka akan terus mengekalkan jawatan tanpa dicabar. Khalid berkata, pemimpin PAS perlu komited kepada Pakatan Rakyat kerana parti bersetuju untuk memperkukuhkan pakatan pembangkang itu dalam usaha menawan Putrajaya. "Kita tidak boleh lagi mempunyai pemimpin yang was-was dengan Pakatan Rakyat," tambahnya. Dalam Muktamar 2009 di Stadium Malawati, Shah Alam, isu kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno telah dibangkitkan. Bagaimanapun, isu itu lenyap setelah Abdul Hadi dengan tegas menyatakan PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat. | ||
13 Aurat wanita yang perlu sangat di jaga. Posted: 17 Mar 2011 11:34 AM PDT 1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari. 2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah …. 3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban. 4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. 5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. 6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah. 7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari. 8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi. 9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi. 10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah. 11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. [color=limegreen]Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar. Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah. 12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah. Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. 13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim./Yeny | ||
Lihat loji tenaga nuklear dari sudut positif Posted: 17 Mar 2011 11:31 AM PDT KUALA LUMPUR, 17 Mac: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berpendirian, cadangan kerajaan membina loji nuklear di Malaysia perlu dilihat dari sudut positif dengan mengambil kira aspek keselamatan mengikut piawaian antarabangsa. Beliau sewaktu membahaskan usul tergempar berhubung kejadian gempa bumi di Jepun di Dewan Rakyat hari ini berkata, keputusan untuk menolak idea tersebut tidak boleh dilakukan hanya berdasarkan kejadian yang berlaku di Jepun. Di samping merakamkan simpati terhadap Jepun atas bencana tersebut, Salahuddin berkata, jika kerajaan mengutamakan aspek keselamatan dengan memenuhi piawaian antarabangsa, perkara seperti yang berlaku di Jepun boleh dielakkan. "Saya mewakili PAS menyatakan rasa terharu, salam simpati dan takziah kepada rakyat Jepun yang menghadapi malapetaka ini," ujarnya. Tambahnya, apa yang harus dipelajari, setelah Jepun bangun kembali selepas perang dunia kedua dahulu, menyaksikan pembangunan masyarakat dan rakyat yang berjaya diacu dalam tatasusila yang mengagumkan. "Kita Malaysia majoritinya umat Islam dan hidup dalam masyarakat majmuk yang harus menjadi contoh kepada negara lain bagaimana kita menghadapi dan mampu untuk mengurus tadbir bukan sekadar ekonomi yang baik tetapi juga moral, hati budi dan akhlak dalam menghadapi apa juga situasi. "Kita harus mencontohi rakyat Jepun dalam menghadapi situasi yang kritikal. Bagaimana mereka menjaga tata tertib sewaktu berhadapan dengan suasana terancam tanpa menimbulkan hiruk pikuk," katanya. Mengulas lanjut mengenai loji nuklear, baginya tenaga itu sama seperti dadah. Jika disalahgunakan, ujarnya ia akan mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat dan negara. "Atas sebab itu, ia perlu dilihat dari sudut yang positif untuk kebaikan negara," kata beliau yang juga Naib Presiden PAS. Tambah beliau juga, kejadian yang berlaku di Jepun itu perlu diambil pengajaran sebagai panduan bagi memastikan aspek keselamatan loji berkenaan. Selain itu, beliau turut bersedia menawarkan pasukan Unit Amal Malaysia untuk menyumbangkan tenaga dan bantuan ke negara berkenaan jika diperlukan, dengan kerjasama pasukan Smart negara. Sementara itu, ketika ditemui di luar dewan, Salahuddin berkata persepsi atau fobia rakyat berhubung insiden di Jepun itu yang dikaitkan dengan insiden-insiden keselamatan di Malaysia seperti keretakan MRR2, runtuhan stadium, hospital, hanya bersifat sementara. "Saya fikir rasa fobia itu hanya bersifat sementara. Jepun yang kita tahu melaksanakan teknologi tersebut mengikut spesifikasi yang ketat pun, masih boleh berlaku sedemikian. Sebab itu saya katakan jika ia dilakukan secara telus dan lebih bertanggungjawab, ia tidak akan mendatangkan masalah mengenainya," katanya. Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan usul tergempar merakam simpati atas kejadian gempa bumi yang berlaku di Jepun, 11 Mac lalu. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan