Selasa, 15 Mac 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PANAS!! Baginda Mengaku Bersetubuh, Ummi Nafi! Siapa Yang Kencing??

Posted: 15 Mar 2011 09:00 PM PDT

"Aku masih dara"... Kah kah kah...

Kah kah kah...

Sekor ngaku, sekor ngata idok le teman buat keroje tu kah kah kah...

Sekor bagi cerita, yang sorang lagi buat cerita kah kah kah...

Kah kah kah...

Kalau Ummi tak mengaku sekalipun, banyak fakta yang dia tak boleh nak sorok kah kah kah...

Auwww!! Masih dara you! Kah kah kah...

Kah kah kah...

"Saya Pernah Melakukan Seks Dengan Ummi"- Baginda

Saksi pembela dalam perbicaraan fitnah salah laku seks dan tuduhan liwat DSAI memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam bahawa beliau telah mengadakan hubungan seks dengan saksi utama pendakwa iaitu Ummi Hafilda Ali.

Norazman Abdullah @ Baginda anak Minda memberitahu bahawa hubungan seks antara beliau dan Ummi berlaku semasa mereka tinggal bersama di London.

Baginda, 40, juga memberitahu bahawa beliau sudah mengenali Ummi sejak 1992 tetapi hubungan itu menjadi akrab semasa mereka berada di London dalam bulan Jun 1998, bersama-sama ahli perniagaan yang dikenali sebagai MP S'ng Chee Hua dan seorang kawan yang lain.

Menurut Baginda lagi, Ummi memberitahunya, apabila kembali ke Malaysia bahawa dia akan membayar wang berjumlah RM200,000 kepada isteri Baginda supaya mereka boleh berkahwin secara sulit di London.

Ummi juga berjanji akan memberikan saham sebanyak 25 peratus dalam projek iklan yang bernilai RM10 juta.

Ummi pernah membuat kejutan beberapa ketika lalu dengan mengistiharkan dirinya masih 'dara'.

Beliau juga bersama-sama Azizan Abu Bakar menulis surat kepada PM Mahathir bahawa beliau mengetahui rekod salah laku seks bekas TPM, DSAI.

Baginda juga memberitahu mahkamah semalam, bahawa pada mulanya Ummi memberitahunya kes salah laku yang melibatkan bekas TPM DSAI itu adalah benar belaka.

Tetapi selepas hubungan mereka (Ummi dan Baginda) akrab, Ummi mengakui bahawa 'kes salah laku DSAI' itu hanyalah diada-adakan (rekaan).

Baginda juga memberitahu mahkamah bahawa Ummi memberitahunya bahawa dia telah memaksa Azizan mengaku telah mengadakan hubungan seks (liwat) dengan DSAI.

Ummi bagaimana pun tidak menjelaskan kepadanya bagaimana dia memaksa Azizan supaya mengaku diliwat, kata Baginda lagi.

Ini semua dilakukan kerana dia (Ummi) bencikan DSAI dan abangnya Azmin Ali kerana tidak mahu membantunya dalam pemberian projek-projek perniagaan.

Ummi juga telah memberitahu Baginda bahawa apabila DSAI disingkirkan kelak beliau akan mendapat projek iklan bernilai RM10 juta di KLIA dari Tun Daim.

Semasa beliau dan Ummi berada di London, Ummi ada memberitahunya bahawa Mahathir adalah 'dalang' di sebalik Buku 50 Dalil: Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri".

Selain Mahathir nama-nama yang disebut Ummi terlibat dalam penyediaan buku fitnah itu ialah Tun Daim, Rahim Thamby Chik (bekas Ketua Menteri Melaka) dan Setiausaha Eksekutif UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurut Baginda, beliau diberitahu oleh Ummi bahawa penulis buku itu ialah Khalid Jeffri sementara ianya dibiayai oleh Tengku Razaliegh Hamzah, Tun Daim dan Tengku Adnan.

Baginda (kanan) menambah, Ummi memberitahunya pada suatu malam dalam bulan Ogos 1998 bahawa bapanya Haji Ali tidak mengakuinya sebagai anak kerana membantu menyediakan kandungan dan maklumat yang tidak benar dalam penulisan buku fitnah tersebut.

Ummi menjelaskan kepada Baginda bahawa beliau tidak dapat tidur kerana bapanya (bapa Ummi) telah menghalaunya dari rumah.

Azmin Ali sebelum ini pernah memberikan keterangannya bahawa Ummi bukanlah seseorang sebagaimana yang didakwanya dan beliau telah tidak diakui anak oleh bapa mereka lewat 1998 kerana melarikan diri bersama lelaki yang sudah bernikah ke luar negara.

Baginda memberitahu mahkamah semalam, bahawa Ummi Hafilda telah memberitahunya dia sudah menulis surat kepada Mahathir tentang salah laku seks DSAI tetapi kandungan surat itu akan ditapis dan dipinda oleh Aziz Shamsuddin, Setiausaha Politik Mahathir.

Catatan Khas:

Selepas lebih SEPULUH TAHUN, pada tahun 2011 barulah Ummi menjawab: Saya tak pernah bersetubuh dengan Beginda!

Mengapa ketika isu hubungan seks ini ditimbulkan oleh Baginda dalam perbicaraan di Mahkamah, Ummi tidak membantah?

Ummi: Saya tak pernah bersetubuh dengan Beginda!

"Kalau betul dia pernah mengadakan hubungan seks dengan saya, tolong beritahu di mana terletaknya 'birth mark' yang ada di tubuh ini!"

Itu reaksi awal yang dinyatakan oleh Ummi Hafilda Ali ketika ditanya Mynewshub.my berhubung dakwaan seorang ahli perniagaan yang mengancam untuk menjelajah ke seluruh negara bagi mendedahkan apa yang dikatakan "skandal" wanita itu di masa lalu.

Beginda Minda, yang mendakwa rakan niaga untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata beliau tidak dapat menahan lagi dakwaan Ummi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London.

" Saya tak nafikan yang saya memang mengenali Beginda, ini kerana dia sering hadir dengan bekas rakan perniagaan saya ketika itu, Datuk Sng Chee Hwa (kiri) bila mana kami berbincang mengenai soal perniagaan yang kami usahakan.

" Sebenarnya ini bukan kali pertama dia membuat tuduhan itu, saya sendiri pernah membuat laporan polis sebelum ini mengenai fitnah yang dia taburkan.

" Sekarang ini dia muncul semula setelah sekian lama menghilang, dengan nama Allah saya hendak katakan di sini, saya tidak pernah melakukan hubungan seks dengan beliau dan saya bersedia untuk melakukan mubahalah (sumpah laknat) mengenainya," tegas Ummi Hafilda

Kira-kira 10 tahun lalu, Beginda pernah menuduh Ummi Hafilda membuat perjanjian dengan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin supaya membuat pengakuan yang menentang ketua pembangkang.

Beginda mendakwa perjanjian itu memerlukan Ummi berbohong di kandang saksi bagi membolehkan diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA yang bernilai berbilion ringgit.

Justeru, Beginda mendakwa Ummi telah ditipu Daim yang menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa "menjaja" isu Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang.

Mengulas lanjut, Ummi Hafilda berkata, beliau sekali lagi akan membuat laporan polis di atas segala fitnah dan nista yang Beginda nyatakan itu.

" Dia (Beginda) dengan bangganya menyatakan pernah membuat hubungan seks dengan saya tapi jangan kata bukti, gambar saya dengannya, dokumen perniagaan saya dengannya pun tak dapat dia kemukakan.

" Saya harap dia boleh berbangga bercerita satu dunia termasuk keluarganya kerana membuat pengakuan terbuka telah bersetubuh dengan Ummi Hafilda, namun percayalah, saya tidak akan sama sekali gentar untuk terus berjuang melawan segala taktik licik ini.

" Dengan nama Allah, saya ingin menyatakan yang segala tuduhan tersebut palsu, dan saya sedikit pun tidak akan menyerah kalah terhadap mana-mana pihak yang cuba untuk menjatuhkan saya melalui kaedah yang menjijikkan ini," tegasnya.

Oleh SYAHRIL A. KADIR

NURUL IZZAH: Malaysia adalah sebuah negara Polis

Posted: 15 Mar 2011 08:33 PM PDT

UCAPAN PERBAHASAN TITAH UCAPAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG
OLEH : YB NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI

Saya menjunjung kasih Titah Ucapan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sewaktu pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat pada Isnin yang lepas dan saya mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk turut serta di dalam perbahasan titah ucapan ini.

Saya Menyahut dengan penuh taat sebagai rakyat akan saranan titah DYMM agar patuh kepada kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan dan tidak mempersoalkan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tetapi bila kita bercakap soal perlembagaan saya ingin tekankan bahawa Kerajaan BN tidak memperkasakan perlembagaan negara malah terus menjadikan perlembagaan yang sering dipinda sebagai alat penjajahan politik masa kini.

"Di sini saya hendak membuat deklarasi bahawa Barisan Nasional adalah kerajaan anti-demokratik dan juga deklarasi bahawa Malaysia adalah sebuah negara Polis."


Sekiranya BN bukan kerajaan anti-demokratik dan Malaysia bukan sebuah negara Polis, kerajaan BN mesti melaksanakan Reformasi Politik secara menyeluruh sekarang.

Pada bulan Oktober 2010, saya telah menulis secara rasmi kepada YAB PM mencadangkan agar elemen reformasi politik ditambah, kerana tidak tertera di dalam Agenda Transformasi Negara  yang berpaksi kepada 4 tiang atau prinsip iaitu 1Malaysia, GTP, ETP dan Rancangan Malaysia ke-10 dan ke 11, dengan penuh insaf untuk bersama-sama kerajaan membina negara Malaysia yang lebih baik, lebih makmur, lebih sejahtera dan lebih demokratik.

Sesi parlimen kali ini wujud satu peluang untuk Perdana Menteri dengan jelas dan terang menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih demokratik dan membuktikan bahawa Malaysia bukan negara polis dengan hanya melakukan tiga perkara asas yang saya kira mudah dan dapat dilakukan tanpa kesulitan dan kerumitan. Ketiga-tiga ini hanya memerlukan daya politik atau kehendak politik dan kejujuran didalam 'mendahulukan rakyat' dan 'memajukan negara'. Tiga perkara asas yang saya maksudkan adalah ;

1)  Meluluskan Rang Undang-Undang Akta Pemansuhan Darurat 2011

2) Membenarkan dakwat kekal ditanda pada jari selepas pengundian di dalam pilihanraya sebagai usaha paling minima sebelum mereformasikan keseluruhan sistem pilihanraya negara.

3) Mewujudkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM yang dipengerusikan oleh Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah, dibantu oleh bekas ketua mereka sendiri, Tun Mohammed Haniff Omar sebagai Timbalan Pengerusi dan 14 anggota.

Di atas kesedaran dan kepercayaan bahawa titah DYMM mesti dihalusi dan dituruti maka saya telah sebelum ini menyarankan agar Demokrasi Berperlembagaan dipulihkan segera bermula dengan cadangan Akta Pemansuhan Darurat 2011 yang masih berjalan di negara ini. Sudah 54 tahun negara kita Merdeka, tetapi sehingga kini masih lagi wujud 4 Pengisytiharaan Darurat:

1) Deklarasi Darurat 1964, iaitu hasil konfrontasi dengan Indonesia. Walaupun konfrontasi tersebut hanya selama hampir dua tahun, deklarasi tersebut tidak ditarik balik.

2) Pengisytiharan Darurat Sarawak 1966, hasil krisis perlembagaan di negeri tersebut. Walaupun tiada insiden kekerasan yang berlangsung menerusi krisis tersebut, kerajaan masih lagi mengisytiharkan darurat, yang terhad di negeri Sarawak. Krisis tersebut sudah selesai, namun darurat masih berkuatkuasa.

3) Deklarasi Darurat yang berkuatkuasa seluruh negara 1969, selepas demonstrasi besar- besaran serta keganasan yang berlangsung akibat sentimen perkauman yang berlaku pada 13 Mei 1969 di Kota Kuala Lumpur. Walaupun selepas kerajaan berperlembagaan kembali berkuasa pada Februari 1971, keadaan darurat masih terus berkuatkuasa hingga sekarang melalui Akta Darurat (Kuasa-kuasa khas) 1979 (Akta 216).

4) Pengisytiharan Darurat Kelantan 1977 yang terhad kepada Negeri Kelantan sahaja selepas krisis politik di negeri tersebut.

Saya merasakan sudah tiba waktu dan ketikanya dalam menghormati semangat Perlembagaan, Kerajaan perlu menghapuskan dan melenyapkan terus undang-undang dan peraturan yang jelas menyimpang dan bertentangan dengan semangat Perlembagaan.

Di negara kita akta darurat ini digunapakai untuk memerangi komunis dan musuh luar ketika konfrontasi tetapi sekarang ini siapakah musuh-musuh luar yang masih mengancam kita? Tetapi sekiranya akta darurat ini dikekalkan untuk mengekang rakyat, ini bukan sahaja anti-demokratik, malah satu bentuk penjajahan baru yang menzalimi rakyat dan mencemarkan semangat perlembagaan. Oleh itu ini menjadikan BN sebuah rejim yang anti-demokratik.
  
Malaysia di bawah BN, jelas menutup pintu demokrasi. Jika benar pemimpin BN di sebelah sana ingin menyuburkan Demokrasi, saya cabar dalam pilihanraya umum akan datang, BN menggunakan dakwat di jari. Jika perkara kecil sebegini pun tidak mampu dilaksanakan, usah bercakap soal Reformasi Politik!

Saya ingatkan perbahasan mengenai keperluan penggunaan dakwat kekal yang ditanda di jari di dalam forum anjuran Bersih 2.0 pada 21hb Februari 2011 kepada Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar, di mana saya bangkitkan jawapan Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, yang menyatakan  ketika menjelang PRU 2008, walau kabinet memutuskan untuk membazirkan sekitar 2.4 juta ringgit  dengan membatalkan penggunaan dakwat atas kononnya alasan keselamatan, SPR sebenarnya punyai kebebasan untuk meneruskan juga penggunaannya.

Tetapi ini tidak berlaku dan kita masih tidak mahu menggunakan belanja RM 2.4 juta yang jauh lebih kecil daripada RM3.4 billion untuk kapal selam dan RM6 billion untuk kapal OPV yang dibelanjakan untuk pertahanan negara, kenapa Kerajaan BN tidak mahu menggunakan dakwat yang akan mempertahankan integriti paling asas sebuah demokrasi iaitu pilihanraya?.

Perkara ketiga adalah untuk Mewujudkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM yang dipengerusikan oleh Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah, dibantu oleh bekas ketua mereka sendiri, Tun Mohammed Haniff Omar sebagai Timbalan Pengerusi dan 14 anggota.

 Tiga perkara yang asas dan tidak besar belanjanya iaitu:

1) Meluluskan Rang Undang-Undang Akta Pemansuhan Darurat 2011

2) Membenarkan dakwat kekal ditanda pada jari selepas pengundian di dalam pilihanraya sebagai usaha paling minima sebelum mereformasikan keseluruhan sistem pilihanraya negara.

3) Mewujudkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM yang dipengerusikan oleh Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah,

Dan saya yakin dengan adanya kebebasan media, perkara ini iaitu reformasi politik melalui pemulihan demokrasi akan terus menjadii fokus dan perhatian rakyat melalui permohonan, saya untuk satu permit penerbitan sebuah akhbar mingguan Bahasa Malaysia iaitu Utusan Rakyat dan akhbar ini adalah cetusan dwipartisan yang akan diwakili oleh Pakatan Rakyat, Barisan Nasional dan NGO-NGO yang terlibat.
 
Tadi saya ada menyatakan bahawa; "Kerajaan BN adalah anti-demokratik dan Malaysia adalah sebuah negara Polis"  sememangnya menggambarkan sikap BN sebagai LANUN POLITIK dengan izin 'POLITICAL PIRATES' jika tidak ada Reformasi Politik untuk memulihkan demokrasi negara; sekarang saya pula hendak mendedahkan sikap kerajaan BN sebagai LANUN EKONOMI dengan izin 'ECONOMIC PIRATES'.

Sikap LANUN EKONOMI dengan izin adalah menjadikan 'ECONOMIC PLUNDERING' iaitu "PEROMPAKAN EKONOMI' melalui Projek Maha Membazir disulam pula dengan Amalan Rasuah menggugat ekonomi negara yang sudah pun didahalui sebuah negara jiran yang jauh lebih kecil sebagai ekonomi ketiga besar di Asean amat membimbangkan.

Projek-projek Maha Membazir sebagai contoh seperti Menara Wawasan, pembelian Kapal Selam yang akhirnya boleh menyelam dan banyak lagi membuktikan bagaimana LANUN EKONOMI beroperasi. Negara perlu berhutang untuk membayar kos projek yang sengaja dimahalkan untuk keuntungan pihak yang sedikitdan merugikan rakyat terbanyak.

Oleh itu, Pakatan Rakyat ada menyarankan agar projek MRT yang berjumlah RM36 billion sekarang dan akan bertambah mahal sehingga RM46 bilion mengikut beberapa pengiraan apabila diambil kira kos-kos pembelian laluan tanah dan sistem jentera keratapi dan sebagainya; mesti diberhentikan dan sebuah jawatankuasa pilihan parlimen diwujudkan untuk mengkaji apakah mungkin alternatif pengangkutan awam yang jauh lebih murah tetapi berkesan dapat di pilih secara telus dan professional.

Selain daripada itu, Pakatan Rakyat didalam 'Buku Jingga' yang menjadi sumber rujukan dan tiruan kerajaan BN menyarankan agar perjanjian konsensi lebuhraya bertol dan penjanaan kuasa elektrik disemak semula untuk kepentingan rakyat mesti dilaksanakan.

Dan baru-baru ini satu lagi Skim Cepat Kaya Kroni yang melibatkan Petronas yang sepatutnya secara beretika dan moral mesti diletakkan dibawah kawal selia Parlimen dan bukan Jabatan Perdana Menteri akan membelanjakan RM250 billion didalam usaha eksplorasi dalam negara dan penggunaan konsep RSC dengan izin Risk Sharing Contract yang melibatkan dengan izinMarginal Oil Fields akan pada anggaran konservatif sejumlah RM400 billion wang hak rakyat disalurkan kepada syarikat-syarikat kroni yang akan bertentangan dengan semangat Akta Pembangunan Petroleum 1974 mesti ditelit, diperhalusi oleh jawatankuasa pilihan parlimen juga.

Pakatan tidak menentang Pembangunan Ekonomi TETAPI Pakatan menentang LANUN EKONOMI yang mengambil dan melemahkan kebolehan ekonomi negara untuk manfaat semua rakyat.

Sudah cukuplah negara ini dijajah oleh LANUN POLITIK  dan dijajah pula oleh LANUN EKONOMI.

Oleh demikian, marilah kita berkerjasama untuk membangunkan negara dengan reformasi politik sekarang dan juga transformasi ekonomi secara saksama untuk membina Malaysia yang lebih baik untuk semua rakyat.

Nurul Izzah Binti Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai

Bagaimana Kebocoran Bahan Radioaktif Di Logi Nuklear Fukushima Berlaku?

Posted: 15 Mar 2011 08:32 PM PDT


Krisis nuklear Jepun semakin buruk, menyusul letupan pada reaktor ketiga dan kebakaran pada reaktor keempat logi nuklear Fukushima Dai-ichi. Krajaan Jepun menyatakan bahan radioaktif yang terlepas dari reaktor berada pada tahap yang boleh merosakkan kesihatan manusia. Selain itu, risiko terjadinya kebocoran lebih lanjut sangat tinggi.

PM Naoto Kan mengatakan radiasi telah tersebar dari keempat reaktor di logi nuklear Fukushima Dai-ichi. Ia meminta penduduk yang berada dalam radius 30 km untuk menutup rapat rumah mereka. "Tingkat radiasi sangat tinggi, dan masih banyak radioaktif yang akan terlepas," katanya.

Bagaimana sampai terjadi kebocoran bahan radioaktif dari reaktor logi Fukushima Dai-ichi? Berikut penjelasannya:



Gambar 1: Ketika terjadi gempa bumi, batang kontrol secara automatik bekerja untuk menghentikan reaktor


Gambar 2: Meski reaktor telah mati, bahan bakar nuklear tetap menghasilkan panas. Sementara sistem pendingin, yang mengepam air pendingin ke dalam reaktor, gagal bekerja akibat gempa.


Gambar 3: Dengan berhentinya kitaran air pendingin, air di dalam reaktor mendidih dan menciptakan uap. Sementara menurunnya jumlah air di dalam reaktor menyebabkan bahan bakar nuklear perpapar dengan gas, yang membuatnya semakin panas sehingga melelehkan wadah reaktor yang terbuat dari zirkonium.


Gambar 4: Zirkonium bereaksi dengan uap, menciptakan gas hidrogen yang sangat tidak stabil. Para jurutera berupaya mengepam keluar gas hidrogen ini, namun meletup dan menghancurkan atap bangunan reaktor. Bahan radioaktif kini terlepas ke udara.


Gambar 5: Para jurutera kini menempuh langkah tak biasa dengan mengepam air laut ke dalam reaktor sebagai bahan pendingin darurat. Mereka juga menggunakan asam boronik yang boleh merosakkan reaktor.

No UMNO.... No loji nuklear.

Posted: 15 Mar 2011 08:32 PM PDT

PARIS, 15 Mac — Pihak berkuasa keselamatan nuklear Perancis hari ini berkata keseriusan nahas nuklear loji Fukushima Daiichi di Jepun, milik Tokyo Electric Power, hari ini mencecah paras enam.
Skala antarabangsa yang digunakan ialah satu hingga tujuh.
Semalam, ASN memutuskan malapetaka itu di tahap lima atau enam.
Loji itu terletak 240 kilometer ke utara Tokyo.
Paras tujuh hanya digunakan sekali iaitu iaitu membabitkan loji Chernobyl di Ukraine pada 1986.
Nahas di loji tenaga nuklear Three Mile Island di Amerika Syarikat pada 1979 hanya diklasifikasikan sebagai lima.
Awal hari ini Perdana Menteri Jepun mengesahkan kebocoran radioaktif di loji itu manakala hampir 200,000 orang dipindahkan. — Reuters
Dari skala 1 hingga 7, bencana kebocoran loji nuklear di Fukushima daiichi Jepun mencatatkan paras 6. [sini]
Fuuhhhh..... bahaya tu!! Dahsyat.... dahsyat... Kerajaan Malaysia tak takut ke?? Kalau bencana sedemikian berlaku di Malaysia nanti amacam??
Eeeee.... ketegaq ya Rabbi. Kata TPM... Malaysia akan teruskan juga dengan cita-cita nak membina loji nuklear di sini. Gilerrr.... [sini]
Prevention is better than cure, kata orang putih. Sebelum terkena baik kita berjaga. Sebeleum kita mati atau menderita akibat terkena radiasi akibat bencana seumpama itu nanti, lebih baik kita tamatkan dulu riwayat kerajaan UMNO/BN yang biut ketegaq ni.
No UMNO/BN... no loji nuklear!! Habis ceriter... Tak payah pening kepala.
 

Krisis nuklear: Pesawat asing batal ke Tokyo, tuju lokasi lain

Posted: 15 Mar 2011 08:26 PM PDT

Pemandangan dari udara menunjukkan serpihan terapung di perairan wilayah Miyagi semalam, empat hari selepas timur laut Jepun dilanda gempa bumi dan tsunami. — Foto Reuters
TOKYO, 16 Mac — Berpuluh-puluh penerbangan asing ke Jepun khususnya Tokyo ditangguhkan ataupun dialih ke destinasi-destinasi lain sejak semalam ekoran kebimbangan terdedah kepada radiasi ketika wujud kebimbangan krisis nuklear negara itu ekoran bencana berganda makin meruncing.
Pesawat-pesawat dari rantau Asia dan Eropah yang banyak terjejas dengan perkembangan terbaru itu.
Syarikat penerbangan Deutsche Lufthansa berkata, pihaknya telah mula mengalihkan pesawat-pesawatnya ke lapangan terbang di Osaka dan Nagoya sehingga hujung minggu ini.
Bagaimanapun menurut syarikat itu, penerbangan dari Tokyo semalam tidak tercemar ekoran perkembangan di timur laut Jepun.
Air China juga membatalkan penerbangan ke Tokyo dari Beijing dan Shanghai, tetapi kebanyakannya disebabkan masalah kapasiti operasi di beberapa lapangan terbang lain.
EVA Airways dari Taiwan juga membatalkan penerbangan ke Tokyo dan Sapporo sehingga akhir Mac ini.
Syarikat penggembaraan online Expedia pula berkata, pihaknya menyaksikan "peningkatan signifikan" dalam penjualan tiket bagi perjalanan dari Jepun ke Amerika Syarikat, meskipun penjualan tiket ke Jepun menurun.
Bagaimanapun penerbangan-penerbangan Amerika Syarikat tidak melaporkan perubahan signifikan pada jadual penerbangan ke Jepun tetapi pihak berkuasa penerbangan mereka bersedia untuk mengambil tindakan termasuk mengalihkan pesawat ke lokasi lain jika krisis nuklear bertambah buruk.
Kerajaan-kerajaan lain termasuk Britain, Itali dan Belanda juga mengeluarkan amaran perjalanan ke Jepun.
Kerajaan Jepun telah mengenakan larangan bagi mengelakkan pesawat-pesawat komersial daripada kawasan kompleks tenaga nuklear Fukushima, yang terletak di utara Tokyo, yang musnah akibat dilanda gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu.
Zon larangan penerbangan juga dikenakan di kawasan lingkungan 30 kilometer di Fukushima.
Sesetengah syarikat penerbangan mengambil langkah mengurangkan staf di ibu negara Jepun.
Syarikat-syarikat antarabangsa seperti SAP dan Infineon mula membawa keluar pekerja mereka ke lokasi lain, jauh ke selatan disebabkan kebimbangan radiasi.
Gedi Schrijver, jurucakap Air France-KLM, syarikat penerbangan terbesar di Eropah dari segi pulangan, telah menghantar kesemua anggota krewnya ke Osaka semalam.
British Airways, Virgin Atlantic dan Finnair berkata mereka masih mengadakan penerbangan ke lapangan terbang Narita dan Haneda di sini. — Reuters

Gagal bangun insan, tak capai matlamat negara membangun

Posted: 15 Mar 2011 08:22 PM PDT

Ucapan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada 14 Mac lepas.
  Tuan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pertama-tama saya bersama dengan rakan-rakan, Ahli-ahli Parlimen seluruhnya sama ada di pihak kerajaan ataupun Pakatan Rakyat mengucapkan takziah kepada negara Jepun, kerajaan dan rakyat di atas bencana alam tsunami yang menimpa negara tersebut.
Bagi melahirkan simpati kepada mangsa dan negara yang ditimpa bencana itu, adalah baik pihak kerajaan menghantar rombongan kemanusiaan sebagai simbolik simpati kemanusiaan walaupun kita menyedari negara Jepun mempunyai kemajuan dan kemampuan teknologi dan tenaga manusia untuk menangani dan mengatasi bencana yang menimpa mereka. Akan tetapi sifat-sifat kemanusiaan mengatasi perbezaan kaum dan agama perlu diserlahkan dengan cara yang nyata dan terbuka melalui penghantaran rombongan tersebut.
Seterusnya saya ingin menyertai perbahasan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya hendak memberi penekanan kepada perkara-perkara pokok dan dasar yang diucap dan dititahkan.
Baginda menegaskan supaya semua pihak menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan. Kedaulatan Raja-raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, kedudukan istimewa orang-orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain, meliputi hal kewarganegaraan dan hak asasi sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Hendaklah tidak dipersoalkan bagi mengelak perpecahan. Amaran supaya langkah diambil bagi mengelak perpecahan, menandakan di sana ada tanda-tanda negatif yang tidak sihat, yang boleh menjejaskan kewibawaan negara yang berdaulat yang berasaskan kepada Perlembagaan tersebut.
Kita perlu menyedari betapa Perlembagaan masih lagi mengalami kelemahan-kelemahan yang perlu dibaiki. Berhajat kepada pindaan.
Kita menyedari sejarah Perlembagaan dilahirkan daripada Suruhanjaya Reid. Mereka yang terlibat di dalam menggubal Perlembagaan itu tidak ada seorang pun daripada anak negeri ini.
Oleh kerana itu masih banyak perkara yang perlu dikaji semula, melakukan muhasabah dengan menyedari bahawa di dalam Perlembagaan itu sudah disebut perkara-perkara yang menjadi rukun, tonggak kepada negara yang sangat penting.
(i) Islam agama Persekutuan;
(ii) keluhuran Perlembagaan; dan
(iii) kedaulatan undang-undang, kedaulatan Raja-Raja, hak istimewa Melayu dan bumiputera, hak bangsa lain.
Akan tetapi mengapa masih wujud gejala-gejala yang menyebabkan Baginda telah menyampaikan titah amaran tersebut? Bagi orang Islam dan rakan-rakan yang bukan Islam menyedari kedudukan Melayu, orang Islam di dalam negara ini adalah golongan majoriti yang semua pihak, kaum lain menerima hakikat bahawa Melayu yang beragama Islam adalah majoriti yang berada di dalam tonggak kepimpinan negara. Soalnya sejauh mana Islam dapat menjadi roh kepada perlembagaan. Apa yang berlaku, kefahaman kita terhadap Islam itu sendiri masih lagi terlalu sempit, masih lagi belum merdeka, masih lagi dijajah.
Perlembagaan tiada roh Islam
Kita tidak menjadikan Islam sebagai agama yang menangani cara hidup termasuk kepada negara dan segala amalannya menyebabkan Perlembagaan kita tidak ada roh. Kita perlu menyedari perbezaan amalan negara yang berasaskan kepada Islam dengan negara yang lain.
Ini kerana tidak ada pemisahan di antara perhitungan dosa dan pahala dengan amalan negara. Inilah yang diajar oleh Islam. Inilah yang memelihara keadilan yang dapat menyatupadukan rakyat dan memberi hak kepada semua rakyat yang menjalinkan hubungan yang baik di kalangan mereka. Adakah keluhuran Perlembagaan itu masih wujud?
Di sana masih terdapat percanggahan-percanggahan di antara kuasa negeri dan pusat. Bukan sahaja di dalam urusan pentadbiran yang mencelarukan bahkan kadang-kadang di dalam urusan agama Islam itu sendiri. Walaupun dinyatakan di dalam Perlembagaan bahawa bidang kuasa agama yang disebut Enakmen Pentadbiran Agama adalah di bawah kuasa negeri tetapi negeri tidak boleh melaksanakan kuasa agama Islam yang luas kerana bercanggah dengan kuasa Perlembagaan pusat.
Ini menimbulkan kecelaruan di dalam melaksanakan Islam melalui konsep Perlembagaan itu sendiri. Bahkan terdapat percanggahan undang-undang Syariah di kalangan negeri-negeri itu sendiri padahal semua negeri menganut Mazhab Shafie. Sepatutnya diselaraskan, menandakan masih wujud kelemahan di dalam Perlembagaan itu sendiri yang menyebabkan kelemahan kepada urusan pentadbiran agama Islam di negeri-negeri. Ada pun kedaulatan undang-undang, kita melihat kedaulatan undang-undang agak terjejas dengan tidak adanya pemisahan kuasa di antara penggubal undang-undang mahkamah dan pentadbiran.
Masih wujud kecelaruan dan campur tangan, masih wujud sistem keadilan yang tidak stabil dengan cara yang tepat. Peristiwa-peristiwa yang menyayat hati dan boleh memalukan kita. Contohnya Teoh Beng Hock yang mati dalam siasatan dan kes Dato' Seri Anwar Ibrahim yang disebarkan melalui media dengan cara yang memalukan.
Mengikut kaedah perundangan Islam dan kaedah perundangan Islam ini diamalkan oleh undang-undang British kerana orang-orang British ketika menjajah negara umat Islam, mereka bukan sahaja mengumpulkan hasil bumi. Mereka juga mengumpulkan hasil ilmu Islam melalui kitab undang-undang yang dikarang oleh ulama'-ulama' Islam dalam segala mazhab sehingga mereka memakai kaedah orang yang dituduh tidak bersalah selagi tidak disabitkan. Apa yang berlaku hari ini, menunjukkan orang dituduh telah bersalah dan dihukum. Mati dalam tahanan walaupun dia seorang yang bukan Islam. Allah mengajar kita adil kepada semua manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah, menyuruh kamu supaya menyerahkan amanah kepada orang yang adil dapat menunaikannya". Sama ada amanah politik ataupun amanah kehakiman dan pentadbiran. Apabila melakukan urusan hukuman di kalangan manusia tidak disebut Islam dan bukan Islam juga tidak disebut bangsa yang tertentu di kalangan manusia hendaklah berlaku adil. Apa yang berlaku hari ini, kita tidak boleh menunjukkan contoh kebaikan Islam daripada Islam yang kita jadikan sebagai agama persekutuan. Ini satu hal yang perlu disedari oleh pihak kerajaan sebelum banyak lagi perkara buruk yang berlaku. Insiden-insiden undang-undang yang berlaku dalam negara kita.
Kedaulatan Raja-raja, Raja-raja adalah sebahagian daripada negara kita. Nabi kita Muhammad SAW telah meletakkan garis panduan dalam hal ini yang bermaksud, "Apabila Allah mengehendaki keadaan seseorang raja itu menjadi baik, maka Allah jadikan di sisi raja itu menteri-menteri yang benar dan baik. Sekiranya raja itu lupa diperingatkan. Sekiranya raja itu ingat ditolong raja itu. Sekiranya Allah mengehendaki raja itu dalam keburukan maka Allah jadikan di sisinya menteri yang jahat dan bohong. Sekiranya raja itu lupa, tidak diperingatkan. Sekiranya raja itu ingat tidak ditolongnya".
Apa yang berlaku dalam negara ini? Melahirkan pengampu-pengampu kepada Raja-Raja kita. Dia bukan menjadi penasihat yang baik apabila kita merasakan kedudukan kita terancam, defend on Perlembagaan. Perlembagaan bukan untuk memperbaiki Institusi Raja-raja tetapi mendapat kuasa laksana kuasa tikus membaiki labu. Ini keadaan yang berlaku.
Hak istimewa orang Melayu
Hak istimewa orang Melayu, Islam, dan bumiputera diakui oleh semua kaum yang ada dalam negara ini kerana mereka menyedari bahawa majoriti rakyat negara ini adalah orang Melayu Islam dan bumiputera. Kerana menyedari bahawa majoriti orang miskin dan ketinggalan dalam hak berekonomi dan hidup dengan selesa adalah orang Melayu dan bumiputera.
Mereka menyedari hakikat ini, dalam masa yang sama sangat baik. Kita telah letak dalam Perlembagaan. Hak kaum lain juga hendaklah dipelihara, dijaga, dan mengikut Islam sama adil dengan puak orang Islam.
Hak untuk hidup dan juga ekonomi. Oleh kerana jumlahnya Melayu bumiputera lebih besar, maka kita letakkan atasnya. Bahkan kami dalam Pakatan Rakyat atau konvensyen telah memutuskan satu resolusi menerima apa yang termaktub dalam Perlembagaan.
Akan tetapi apa yang merisaukan kita ialah hak istimewa ini tidak dijaga dengan cara yang baik dan betul menyebabkan fanatik kepartian berlaku di dalam parti yang memerintah sendiri. Sepatutnya parti yang memerintah hendaklah menjadi contoh kepada seluruh rakyat.
Para ulama' mengatakan...bermaksud, "Rakyat mengikut langkah pemimpin-pemimpin mereka".
Apa yang berlaku hari ini, hak bumiputera yang dipentingkan ialah Bank Bumiputera yang menyokong Umno dan parti yang memerintah di Sabah dan Sarawak. Kemudian, ditambah lagi kroni-kroni pemimpin yang tertentu.
Dalam parti yang sama pun dinafikan. Ini merupakan kemalangan yang berlaku dalam apa yang disebut dengan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera. Ia tidak dilaksanakan dengan betul.
Saya ingin mengulangi apa yang disebut dalam Dewan ini. Bank Bumiputera yang telah 'meninggal dunia'. Di mana ada Bank Bumiputera di situ ada pejabat Umno. Mengapa Bank Bumiputera telah 'meninggal dunia'? Siapa yang mematikan bumiputera atau pun jadi anak angkat kepada bank lain? Ini kerana pengurusan dan cara yang tidak betul. Apabila kita orang Islam Melayu telah diterima sebagai tunggak kepimpinan negara, apa yang penting kita mesti menunjuk satu contoh yang baik. Modul ajaran Islam yang bersih daripada rasuah dan menyalahgunakan kuasa. Apa yang berlaku hari ini, pimpinan utama Umno sendiri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyebut dalam kenyataan yang terbuka bagaimana parti yang memerintah dihujani oleh penyakit rasuah di dalam pemilihan-pemilihan mereka. Bagaimana kita dapat mewujudkan sebuah kerajaan menjadi model mengikut ajaran Islam daripada orang Melayu yang beragama Islam ini?
Sekiranya dalam pemilihan kepimpinan kita berdasarkan kepada politik wang dan politik wang ini diketahui oleh umum. Ia dilakukan dalam masa pilihan raya sehingga rakyat tidak boleh menjadi hakim yang adil.
Demokrasi
Ini kerana mengikut amalan demokrasi yang sebenar rakyat adalah hakim untuk menghukum parti yang memerintah. Sekiranya parti memerintah dalam keadaan yang baik, rakyat terus menyokong. Sekiranya parti yang memerintah dituduh dengan tuduhan yang tidak betul, dia boleh bela dan membersihkan diri. Apa yang berlaku hari ini? Rakyat tidak boleh menjadi hakim yang betul kerana media yang menjadi saksi kepada rakyat untuk pilihan raya untuk membuat laporan yang tidak sepenuh dan berat sebelah. Demokrasi ialah untuk memilih kerajaan yang sihat dan kuat.
Di Amerika tidak selama-lamanya Republican atau Democrat. Di Britain tidak selamalamanya Conservative, Parti Liberal atau Parti Buruh. Mereka bertukar dan beralih bila satu parti mengalami kelemahan dalam kepimpinan negara. Ia didedahkan oleh media. Pemimpin parti memerintah tidak boleh jawab, rakyat hukum dalam pilihan raya dan kepimpinan parti memerintah itu menerima hakikat dia dihukum oleh rakyat. Dia tunggu pulih diri dia, setelah dia baik barulah dia menang pilihan raya balik. Apa yang berlaku dalam negara kita hari ini? Mahu memerintah sehingga nyanyuk dan kiamat walaupun kita mengalami kelemahan-kelemahan.
Apa yang membimbangkan Tuan Yang di-Pertua ialah gejala perpecahan. Perpecahan di dalam masyarakat kerana titah Baginda menyebut tentang perpecahan di kalangan rakyat.
Islam menganjurkan perpaduan, perpecahan perkara biasa berlaku di kalangan manusia kerana mereka mempunyai pandangan-pandangan yang berbeza, tetapi mereka boleh disatukan dengan semangat dan roh yang ada dalam diri mereka. Islam menganjurkan perpaduan di kalangan orang Islam dan perpaduan di kalangan sesama manusia yang berbagai-bagai agama. Ia menganjurkan perpaduan dari semua kalangan ini. Perpaduan di kalangan orang Islam, Allah menyatakan perpaduan mereka ialah dengan tali Allah. Firman Allah bermaksud, "Berpeganglah kamu semua dengan tali Allah, jangan kamu berpecah belah". Perpaduan di kalangan manusia Allah menyatakan bermaksud, "Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, berbangsa-bangsa, dan berpuak-puak supaya kamu berkenalan di antara satu sama lain".
Perpaduan di kalangan manusia lita'arafu, supaya berkenalan di kalangan manusia dan bertukar-tukar kepentingan di antara satu sama lain.
Dalam sejarah Islam pernah berlaku perbezaan pendapat yang mencetuskan pergaduhan. Akan tetapi boleh disatukan, boleh didamaikan dan boleh diselesaikan walaupun melahirkan berbagai-bagai mazhab, mazhab dalam ilmu fiqah, bahkan mazhab di alam politik.
Kalangan Sunni, Syiah dan Khawarij, ini alam mazhab dalam politik yang lahir di kalangan umat Islam. Ada yang betul dan ada yang salah dalam mazhab ini. Timbulnya gejala perpecahan dalam politik setelah wafatnya Nabi SAW. Quran tidak menentukan siapa penggantinya.
Nabi Muhammad SAW tidak menentukan siapa penggantinya menyebabkan timbul berbagai-bagai pandangan dan mereka bermusyawarah.
Ada kalangan yang mengatakan bahawa ketua negara mestilah dari kalangan Ansar, dari kalangan orang Madinah kerana mereka tuan punya tapak kepada negara Islam yang awal itu. Ada yang mengatakan ketua negara mestilah dari kalangan Ahlul-Bait, keluarga Nabi SAW. Ada yang mengatakan kepimpinan negara mestilah dari kalangan seorang pemimpin yang berwibawa, yang paling kuat pengaruhnya di kalangan rakyat. Akhirnya mereka menerima bahawa kepimpinan negara mestilah dari kalangan yang berwibawa di kalangan rakyat yang mempunyai bangsa yang majoriti yang hebat di kalangan kaum yang ada dalam negara itu.
Ini pendapat umum yang diterima oleh para sahabat Radiallah Anhu walaupun pendapat Ansar menjadi pandangan golongan Khuwarij dan pandangan Ahlul-Bait menjadi pandangan golongan Syiah yang ditolak oleh ilmu politik dan fiqah politik Islam. Tidak dinafikan dan kita telah menerima semangat itu.
Bahkan dalam Perlembagaan ini sudah ada kita meletakkan hak keistimewaan orang Melayu kerana menerima hakikat orang Melayu adalah majoriti orang Islam yang wujud dan diakui oleh kaum lain. Akan tetapi, kita mesti ingat bahawa jati diri orang Melayu dan kewibawaan mereka terletak kepada sejauh mana mereka berpegang dengan ajaran Islam itu.
Allah SWT memberi amaran yang bermaksud, "Jika sekiranya kamu yang berbangsa, yang menganut Islam itu berpaling daripada ajaran Islam, maka Allah menukar kaum yang lain daripada kamu."
Dalam sejarah Islam, yang memimpin pemerintahan bukan sahaja orang Arab, bertukar ke bangsa Kurdish, bertukar ke bangsa Turki dan bangsa-bangsa yang lain apabila bangsa yang telah menganut Islam itu tidak kuat dan kukuh berpegang dengan ajaran Islam. Di sinilah Islam meletakkan kepimpinan, bukan ketuanan.
Ini kerana kita tidak boleh memperhambakan di kalangan rakyat. Kepimpinan boleh beralih. Kepimpinan Melayu hendaklah diwujudkan dengan kita berpegang dengan jati diri yang berlandaskan kepada ajaran Islam. Ini sangat penting. Melayu selamat kalau Islam ditegakkan. Kalau Islam tidak ditegakkan, Melayu akan lebur sebagaimana bangsa lain yang lebur dalam dunia ini.
Allah SWT telah menyebut, bangsa yang mempunyai tamadun yang hebat dalam sejarah manusia, mereka hancur lebur walaupun mempunyai pembangunan yang hebat dengan bangunan-bangunan yang mencakar langit. Firman Allah Taala bermaksud, "Adakah kamu tidak tahu, kamu tidak melihat apa yang telah menimpa kaum 'Ad yang telah mendirikan bandar Iran dengan bangunan-bangunan pencakar langit? Adakah kamu tidak melihat kaum Tsamud yang telah memahat bukit-bukit batu pejal untuk dijadikan bangunan? Adakah kamu tidak melihat kaum Firaun yang mendirikan Piramid, yang mendirikan bangunan Piramid yang hebat dan bala tentera yang ramai apabila mereka telah melakukan fasad, melakukan kejahatan."
Kejahatan itu sama ada maksiat ataupun kezaliman dalam pemerintahan. Maksiat ataupun kezaliman. Kemungkaran berlaku, maka Allah memusnahkan kaum itu walaupun mempunyai pembangunan kebendaan yang sangat hebat.
Tanpa dinafikan bahawa peranan manusia di atas muka bumi bukan sahaja mengabdikan diri kepada Allah, dalam masa yang sama manusia ditugaskan untuk membangunkan bumi dengan pembangunan-pembangunan yang menggunakan bahan-bahan yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka dia atas muka bumi. Akan tetapi untuk melakukan pembangunan itu, hendaklah dibina insan. Dalam ucapan Seri Paduka Baginda disebut pembangunan insan. Akan tetapi, tidak disebut apakah acuan pembangunan insan itu.
Kemusnahan negara-negara yang maju di abad yang lalu dan yang terkini seperti Soviet Union ialah kerana gagal dalam pembangunan insan walaupun mempunyai muka bumi yang luas, kekayaan yang melimpah ruah, pembangunan kebendaan yang begitu hebat, bangunan yang mencakar langit seperti di Dubai sekarang, bangunan pencakar langit banyak tetapi orang tidak ada.
Pembangunan yang tidak berasaskan kepada pembangunan insan dalam erti kata yang sebenar untuk membangunkan insan bukan sahaja mengilmukan mereka dalam bidang sains dan teknologi yang sangat diberi penekanan. Tidak dinafikan bahawa pengilmuan dalam sains dan teknologi adalah penting. Akan tetapi, manusia yang mengendalikan pembangunan sains dan teknologi itu hendaklah dibina roh dan akal mereka. Kalau roh dan akal mereka tidak dibina dengan tepat, maka sains dan teknologi membawa kemusnahan kepada diri mereka sendiri.
Dengan sebab itu maka Islam menganjurkan bahawa bagi membangun diri manusia hendaklah mengikut acuan fitrah, naluri dan sifat semula jadi manusia yang disebut dengan Maqasid al-Syariah, tujuan hukum syariah diturunkan oleh Allah kepada manusia tepat dengan ciri-ciri dan sifat keperluan yang ada bagi diri manusia. Mereka memerlukan enam perkara yang penting:
(i) agama;
(ii) nyawa;
(iii) akal;
(iv) maruah;                 
(v) keturunan; dan
(vi) harta.
Ini tiga rukun. Dalam kehidupan manusia, manusia tidak boleh hidup dengan tepat, dengan baik sekiranya tidak memenuhi ketiga-tiga rukun ini. Pertama, agama. Islam meletakkan agama menjadi dasar dan payung kepada pembangunan insan. Meletakkan manusia menjadi hamba kepada Allah. Pimpinan negara adalah menunaikan amanah bukannya tuan yang memperhambakan rakyat dan mana-mana kaum. Ini yang diajarkan oleh Islam.
Segala projek pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan memberi kesenangan kepada rakyat hendaklah ditunaikan dengan amanah dan di atas sifat menunaikan amanah, dia tidak boleh berbangga dengan apa yang dia buat dengan hendak menunjuk-nunjuk sahaja ini aku buat, ini aku buat, ini aku buat seolah-olah harta dia, dia yang punya. Apabila merasakan ini dia yang punya, harta dia, maka berlakulah salah guna, berlakulah mengambil kesempatan, berlakulah tidak ada perhitungan dosa dan pahala, berlakulah tidak boleh mengawal tamak dan haloba dalam kegiatan politik dan ekonomi. Pembangunan itu bukan sahaja tidak memberikan kebahagiaan kepada rakyat, bahkan menjadi kemusnahan kepada negara dengan sebab pengurusan ekonomi tidak teratur, perjalanan tidak teratur dengan cara yang baik.
Islam menjadikan agama pengawas kepada kegiatan-kegiatan yang lain. Oleh sebab itu Islam meletakkan perhitungan dosa dan pahala dalam semua tindak-tanduk yang dilakukan oleh manusia. Bukan sahaja di masjid, bukan sahaja atas tikar sembahyang, bukan sahaja di Makkah termasuklah bila dia menjadi ketua negara, menjadi pemimpin negara, di office bergaul dengan rakyat, segala tindak-tanduknya ada kaitan dengan agama. Apa yang berlaku hari ini seolah-olah agama tidak ada kaitan dengan masalah hidup. Kita buat macam-macam, berbagai-bagai langkah, rasuah, menyalah guna kuasa, selepas itu pergi umrah. Selesa dengan itu sahaja, seolah-olah cukup dengan umrah sahaja dengan tidak melakukan muhasabah bahawa semua tindakan adalah dihisab. Bukan umrah itu sahaja.
Ini kerana kita memisahkan agama dengan urusan kehidupan. Kedua menjaga nyawa. Nyawa adalah penggerak kepada anggota yang bertugas bagi diri manusia. Nyawa hendaklah dipelihara dengan cara yang baik. Oleh kerana itu Islam menjadikan hak nyawa bukan sahaja hak Allah Taala termasuk juga hak manusia. Maka Islam meletakkan hukuman qisas dalam memelihara nyawa.
Firman Allah Taala yang bermaksud, "Dan bagi kamu dalam melaksanakan hukuman qisas itu, membawa kehidupan wahai orang-orang yang mempunyai akal fikiran yang betul supaya kamu bertakwa kepada Allah."
Qisas ini yang berkait dengan kesalahan membunuh, termasuklah kesalahan mencederakan dengan sengaja dan tidak sengaja, semuanya ada dalam Islam termasuklah undang-undang kemalangan jalan raya. Berkait dengan qisas. Di mana undang-undang Islam lebih berkonsepkan mendidik bukan untuk mendera dan memungut hasil.
Saman ekor
Apa yang berlaku hari ini contohnya saman ekor. Saman ekor adalah satu undang-undang di atas nama mengapa tidak saman kepala terus? Saman ekor sahaja. Di atas nama hendak mengawal keselamatan jalan raya tetapi undang-undang ini tidak bersifat mendidik lebih bersifat mendera, lebih bersifat mencari duit. Setelah diumumkan ramai yang beratur hendak bayar saman ekor diberitahu berapa juta dapat minggu ini. Termasuklah undang-undang yang berkait dengan dadah. Ini juga undang-undang yang mendidik. Apa yang berlaku hari ini kita gagal dalam menangani masalah dadah. Ini sangat mendukacitakan. Maka perlu dikaji semula, dibawa undang-undang takzir yang mendidik rakyat supaya menangani masalah dadah.
Kesimpulan Tuan Yang Dipertua, sekiranya kita tidak dapat membangunkan insan mengikut acuannya yang tepat, maka kita gagal mencapai matlamat negara yang membangun, mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat, menjadi wawasan kepada umat Islam dan ketamakan manusia seluruhnya. Sekian, terima kasih.

PAS cadang wujudkan Akta Anti Perkauman

Posted: 15 Mar 2011 08:19 PM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Mac: PAS mencadangakan agar Akta Anti Perkauman diwujudkan bagi membendung agenda 'perkauman sempit' yang dimainkan pihak tertentu.
Sewaktu membahas Titah Diraja semalam, ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof berkata, isu perkauman pada waktu ini semakin kuat dimainkan pihak tertentu semata-mata untuk mereka terus kekal berkuasa.
"Kita harus mengorak langkah untuk perkenal Akta Anti Perkauman kerana akta ini akan membantu supaya pihak-pihak yang mempunyai agenda perkauman sempit dapat dikawal," katanya.
Beliau yang juga penasihat Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) berkata, hubungan antara kaum di Malaysia sepatutnya berada di tahap terbaik apatah lagi sudah lebih 50 tahun mengecapi kemerdekaan.
Usaha-usaha untuk cuba menanam kebencian terhadap kaum lain juga sewajarnya tidak dilakukan oleh mana-mana pihak.
"Apa yang menyedihkan kita, selepas 50 tahun merdeka, masih ada lagi pihak-pihak tertentu menggariskan politik perkauman sempit malah menjadikan politik perkauman sebagai pertaruhan demi untuk mereka berada di persada kuasa", tambahnya.
Apatah lagi ujarnya, pihak tertentu itu juga menggunakan elemen perkauman itu untuk mentakrifkan semangat patriotik.
"Sehingga patriotik itu dianggap milik eksklusif pihak tertentu dan mereka yang berbeza pandangan (dengan mereka) dianggap tidak patriotik dan tidak cintakan negara,"katanya lagi.
Katanya, fahaman sebegitu perlu dibuang kerana semangat cintakan negara adalah milik semua rakyat tanpa mengira kaum.
Selain itu, beliau juga mencadangkan Akta Suruhan Media bagi mengawal media agar bebas dan bertanggungjawab.
Akta Orang Asal pula katanya perlu diberi nafas baru agar tidak berlaku pencerobohan tanah.

Akta baru: Pemilik tanah Kg Baru boleh cabar pusat bukti sokongan sahih

Posted: 15 Mar 2011 08:17 PM PDT

Aziz Bari
KUALA LUMPUR, 16 Mac — Pakar perundangan Prof A. Aziz Bari berkata pemilik tanah Kampung Baru boleh mencabar Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di mahkamah bagi membuktikan majoriti pemilik tanah di kawasan itu bersetuju dengan cadangan mewujudkan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010. Aziz berkata sehingga hari ini Raja Nong Chik masih belum membuktikan secara bertulis majoriti bahawa pemilik tanah bersetuju dengan cadangan tersebut, namun berkata hampir 90 peratus telah bersetuju dengannya.
"Isunya sekarang hak penduduk untuk kekal di situ, dengan cara hidup mereka. Ini adalah isu besar dan kerajaan tidak boleh melalui Parlimen meluluskan rang undang-undang ini.
"Rang undang-undang ini tak perlu, ia adalah kehendak rakyat bukan keputusan kerajaan maknanya kerajaan kena akur dengan kehendak rakyat," katanya.
Kata beliau, lainlah kalau kerajaan boleh membuktikan majoriti bersetuju.
"Itu lain cerita, tapi ia susah nak buat... adakah ada kajian yang dibuat? Kalau kata 90 peratus setuju tapi adakah ia sahih, adakah ia betul?
"Jadi penduduk boleh membawa masalah ini ke mahkamah untuk cabar buktikan kesahihan perkara itu," katanya kepada The Malaysian Insider.
Cadangan untuk mewujudkan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 mendapat tentangan hebat pemilik dan pewaris tanah di kawasan itu.
Malah ada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru berkata mereka tidak pernah sama sekali memberi persetujuan agar rang undang-undang itu digubal seperti mana dikatakan oleh Raja Nong Chik bahawa hampir 90 peratus telah bersetuju.
Terdapat lebih 4,000 pemilik tanah Kampung Baru melibatkan tujuh kampung dengan kawasan seluas 90.2 hektar.
Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 yang akan akan dibentangkan kali kedua di Dewan Rakyat pada Jun ini.
Jelas Aziz, sebarang cadangan mengenai sesebuah kawasan termasuk Kampung Baru perlu terlebih dahulu dibincangkan dengan pemilik sebelum membuat sebarang keputusan yang boleh menimbulkan persoalan.
"Masa depan Kampung Baru ini mesti dibincangkan dengan orang Kampung Baru sendiri, maknanya kita tak boleh buat rang undang-undang tanpa dapat persetujuan penduduk... sebelum nak ambil tanah kena bincang dengan tuan tanah.
"Tapi ini banyak sisi politik kerana ia melibatkan harta, tanah rizab Melayu dan saya rasa ini masalah besar dan kena ada satu kajian yang mendalam," katanya.
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu bagaimanapun berkata kerajaan boleh mengambil alih kawasan Kampung Baru dengan syarat mendapat mendapat persetujuan pemilik tanah selain membayar pampasan yang sewajarnya.
"Mungkin kerajaan boleh kata ia adalah hak mereka untuk ambil atau tidak kawasan itu tapi isunya nanti akan jadi isu politik dan juga isu perlembagaan.
"Memang dari segi undang-undang kerajaan ada kuasa untuk ambil tanah penduduk cuma pampasan itu mesti selaras dengan harga pasaran maksudnya harga yang munasabah," katanya.
Sebelum ini Raja Nong Chik berkata kerajaan komited dalam membangunkan Kampung Baru demi manfaat kira-kira 5,000 pemilik tanah di kampung tertua di ibu negara itu.

‘Peluru penabur’ atau sasaran tepat

Posted: 15 Mar 2011 08:15 PM PDT

Agak menarik bila meneliti komentar saudara Ahmad Lutfi Othman dalam 2 artikel "Amaran Keras Dari Merlimau, Kerdau" dan "Untuk Mengubah Mesti Terlebih Dahulu Berubah". Menariknya kupasan beliau adalah kerana ia seiring dengan pandangan saya dan beberapa sahabat yang lain sejak akhir-akhir ini, bukan sahaja sebahagian tetapi hampir meliputi semua.
Satu kejutan juga apabila komentar beliau cukup mirip kepada pengalaman yang dilalui oleh mereka-mereka di lapangan termasuk penambahbaikan yang dirasakan perlu setelah kembali dari lapangan. Juga kerana desakan PRU-13 yang dijangkakan hampir, komentar tersebut mungkin dirasakan beliau amat perlu kini untuk diberi perhatian dan tindakan khususnya oleh pimpinan. Cabaran utama yang menanti kita adalah berkenaan MASA. Adakah dengan masa yang singkat (jika PRU-13 betul-betul berlaku dalam tempoh terdekat), cukup untuk diterjemahkan dalam bentuk tindakan (itupun jika pimpinan setuju dengan cadangan beliau) ke semua peringkat gerakan?.
Walaupun kita yakin dengan ketentuan Allah S.W.T dalam urusan menang atau kalah, tetapi kita juga harus yakin, strategi, taktik dan operasi adalah satu realiti yang harus diterjemahkan melalui usaha yang sistematik, gigih dan konsisten dengan kawalan dari pusat arahan. Dalam erti kata yang lain, matlamat yang digariskan pusat diterjemahkan kepada tindakan oleh peringkat negeri ke kawasan sehinggalah ke peringkat cawangan.
Isu program yang bersifat 'peluru penabur' masih lagi hangat diperkatakan. Dimanakah fokus kita? Lebih-lebih lagi, bila mana gerakan itu dibayangi kekangan sumber khususnya MASA, WANG dan TENAGA? Satu persoalan yang sebahagian daripada kami tertanya-tanya, adakah setiap program yang terlaksana dengan kerahan dari sumber yang terhad dapat diterjemahkan dalam bentuk kuantitatif dan kualitatif yang dapat diukur dan bukan bersandarkan andaian atau gerak hati semata-mata untuk menyokong matlamat yang telah digariskan?. Kerana apa? Kerana sumber yang terhad cukup tinggi nilainya untuk digunakan. Tanpa kepastian yang tinggi melalui analisa yang konstruktif bahawa pelaburan sumber yang terhad itu pasti atau hampir pasti akan memberi pulangan kepada pencapaian matlamat sesebuah gerakan, nescaya ia pasti akan merugikan gerakan itu malah akan melemahkan gerakan itu dalam jangka masa yang panjang. Adakah itu yang kita mahu?.
Analogi kapten kapal yang memacu tenaga dari semua kelasi kapal untuk menuju ke destinasi yang ditetapkan bukan suatu perkara yang baru dalam konteks pengurusan moden. Pentingnya bila mana gerak kerja dari setiap peringkat diselaraskan untuk menyokong pencapaian matlamat peringkat di atasnya dengan gerak kerja peringkat cawangan atau DUN yang menyokong matlamat peringkat kawasan, dengan gerak kerja peringkat kawasan yang menyokong matlamat negeri dan seterusnya peringkat pusat amat kritikal untuk memacu gerakan itu ke arah 'destinasi kapal' atau hala tuju yang telah digariskan oleh sesebuah gerakan itu.
Tiada taatnya kita kepada matlamat itu dengan menjadikan gerak kerja jemaah sebagai aktiviti bermusim, aktiviti masa lapang malah hobi semata-mata akan menyebabkan kapal itu berpusing-pusing tanpa hala tuju yang jelas menanti saat dan ketika untuk ia tenggelam bersama kelasi kapal yang lain.
Dan kerana inilah proses tarbiyyah di semua peringkat dengan kekerapan yang tinggi cukup kritikal untuk memacu semua tenaga kerja dari semua peringkat untuk bergerak secara bersama dengan sistematik, gigih dan konsisten hanya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah S.W.T tanpa ada apa-apa kepentingan peribadi yang menghalang kelancaran gerak kerja itu. Tiada wujudnya perbalahan peribadi sehingga menjejaskan fokus dan kelancaran gerak kerja pada pandangan saya adalah sesuatu yang mustahil untuk berlaku jika wujudnya usaha tarbiyyah yang konsisten di setiap peringkat malah di peringkat cawangan sekalipun. Satu perkara yang cukup tidak bertanggungjawab dan berdosa jika perbalahan peribadi diketengahkan dalam pengurusan jemaah malah lebih menjijikkan jika ia disokong ramai.
Analisis 'Pareto' dengan peraturan 80/20 juga mungkin belum pernah dipertimbangkan untuk diketengahkan dalam pengurusan gerak kerja sebagai alat untuk menyelaraskan fokus gerakan untuk persiapan PRU-13 bilamana wujudnya 'kondisi' sumber yang terhad. Hakikatnya kita tidak dapat melaksanakan semua program yang dirancang bila mana wujud kekangan ini tetapi yang pastinya jika hiraki keutamaan di senaraikan daripada senarai program yang panjang melalui kaedah 80/20, saya pasti sasaran terdekat walaupun dengan sumber yang terhad pasti dapat dicapai. Dalam erti kata yang ringkas dan mudah difahami, ialah hasil pulangan atau pencapaian 80 peratus kepada matlamat atau sasaran gerakan hasil daripada perlaksanaan 20 peratus tindakan atau program yang dipilih.
Banyak lagi kaedah pengurusan moden yang boleh diketengahkan seperti pengurusan projek atau gerak kerja melalui kaedah 'PMBOK' atau 'PRINCE 2", 'Key Performance Indicators', 'Key Result Areas', 'LEAN' dan sebagainya adalah di antara pelbagai kaedah sistematik moden dalam pengurusan gerak kerja yang juga boleh dipertimbangkan. Strategi atau pendekatan yang mungkin kini diambil kira dan digunakan semaksima mungkin oleh pihak musuh.
Ilmu pengurusan moden cukup luas untuk diambil kira dan dimanipulasi oleh sesebuah gerakan itu, dan ia juga adalah sebahagian ilmu yang dikurniakan oleh Allah S.W.T untuk diambil dan disesuaikan demi kelancaran gerak kerja jemaah. Kenapa tidak dieksploitasikan ilmu itu? jika ia mampu memberi manfaat yang tinggi pada gerakan dan ISLAM khususnya.
Komentar dari Dr Abu Hassan Hasbullah seperti yang dikongsi oleh Saudara Ahmad Lutfi bahawa kita masih bergantung kepada kepercayaan dan amalan politik lama mungkin ada asasnya kerana suasana kini yang kita tahu cukup dinamik memerlukan kita untuk berubah mengikut keperluan semasa. Kita tahu, melalui ilmu dan pengalaman yang kita ada  ketika pemasaran produk barangan atau perkhidmatan lebih-lebih lagi di dalam pasaran terbuka memerlukan kita untuk berupaya berubah dalam masa yang singkat untuk memenuhi kehendak dan citarasa pelanggan ketika itu. Organisasi perniagaan yang berupaya berubah lebih cepat dari pesaingnya adalah organisasi yang kompetitif dan pastinya akan menguasai majoriti jumlah 'market share' dalam pasaran yang sama. Satu analogi yang cukup mudah untuk difahami.
Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah pesaing dalam industri yang sama iaitu industri politik yang mana kedua-dua belah pihak sentiasa berlumba untuk menguasai majoriti pasaran dalam konteks politik kini adalah sokongan majoriti pengundi. Untuk itu, kesediaan untuk berubah dan keupayaan untuk menggunakan setiap sumber kepakaran yang sedia ada dan digerakkan kearah pencapaian matlamat yang sama melalui kerjasama erat diantara ulama' dan professional adalah amat dialu-alukan.
Produk yang rendah hasil jualannya, jika dianalisa pasti akan menjurus kepada lemahnya sesebuah organisasi itu untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dan kehendak semasa pasaran. PAS dan Pakatan Rakyat khususnya pasti tidak akan dapat menyaingi kaedah Barisan Nasional yang selalu menggunakan kekuatan sumbernya yang tiada hadnya (dengan jentera kerajaan dan media) khususnya sumber kewangan untuk mendapatkan sokongan pengundi. Secara logik akalnya, penentangan dengan pihak lawan dengan sumber yang tidak seimbang adalah sesuatu yang cukup mustahil untuk kita atasi namun amati dan halusi hikmah di sebalik peperangan Badar dari konteks perbezaan sumber itu. Amati kekuatan yang kita ada yang tiada di pihak lawan, sesuatu yang pasti kaedah 'Negara Berkebajikan' melalui sumbangan perkhidmatan yang berterusan masih terbuka luas untuk kita terokai, sesuatu yang pasti memerlukan tindakan awal dan berterusan dan bukannya hanya di tekankan secara agresif di saat-saat akhir khususnya hanya ketika di PRK atau PRU sahaja yang saya pasti majoriti dikalangan kita tahu akan kesudahannya.
Renungkanlah bagaimana kita boleh begitu agresif di PRK dan PRU dan tidak sebelum atau selepasnya. Pengalaman di lapangan ketika PRK membuktikan bahawa kita mampu melaksanakan sesuatu 'target' atau sasaran dalam masa sehari sahaja dan hanya 3 bulan ketika di luar PRK dan PRU. Kenapa begitu? malah pencapaian yang cukup menakjubkan ketika di PRK dan PRU itu mampu dilaksanakan oleh tenaga kerja yang kecil berbanding jumlah tenaga kerja yang ramai ketika di luar PRK dan PRU. Renungkanlah. Capaian sasaran ini tidak mustahil dan sudah dibuktikan. Malah pencapaian ini sudah dibuktikan oleh mereka yang berusia, yang kurang tenaga fizikalnya berbanding tenaga muda tetapi mempunyai semangat juang yang tinggi hasil daripada usaha tarbiyyah yang konsisten dan menyeluruh. Bayangkan jika semangat juang yang tinggi itu wujud di kalangan tenaga muda dan kesan susulan daripada itu kepada gerakan secara keseluruhannya.
Mungkin juga ,kaedah menarik pengundi ke program bukan lagi keutamaan dalam kaedah meningkatkan sokongan pengundi ketika ini, mungkin kerana aspek ukuran yang kurang tepat yang tidak menggambarkan dengan jelas dari aspek kuantitatif khususnya dan hanya bersandarkan andaian atau gerak hati semata-mata bahawa berlakunya  penambahan sokongan pengundi atas pagar dan dacing kepada Pakatan Rakyat dan PAS khususnya semata-mata adalah kerana sambutan hangat yang diberikan tanpa analisis yang konstruktif mungkin sesuatu yang perlu diambil kira dalam analisis strategi untuk merubah pendekatan.
Dan mungkin juga perubahan kaedah dengan cara lebih mendekati pengundi atau sasaran secara langsung amat dituntut ketika ini. Mendekati pengundi daripada pengundi mendekati kita.
Dengan lebih menggunakan sumber yang terhad untuk sesuatu yang pasti mendatangkan pulangan daripada sesuatu yang tidak pasti dan tidak kekal.
Dan mungkin juga harapan tinggi kepada sesuatu 'gelombang' yang mirip ketika PRU 1999 adalah sesuatu yang mungkin hanya tinggal mimpi semata-mata.
Dan mungkin kerana itu kita tidak boleh lagi berharap untuk menang di atas isu pihak lawan semata-mata.
Prestasi yang sebenar menuntut kita semua untuk tidak berhenti untuk berubah, menuntut kita untuk selalu mencuba mencapai sesuatu yang lebih dari sasaran dan tidak berhenti bila kita mencapainya. Untuk sama-sama kita fikirkan Insya Allah.

Krisis nuklear Jepun makin buruk, kuat kuasa zon larang pesawat

Posted: 15 Mar 2011 08:05 PM PDT

Pasukan keselamatan nuklear memeriksa kadar radiasi pada seorang bayi di Nihonmatsu wilayah Fukushima semalam. — Foto Reuters
TOKYO, 16 Mac — Krisis nuklear paling buruk selepas Chernobyl berhadapan dengan situasi getir hari ini ekoran kebakaran baru di kompleks tenaga nuklear di timur laut manakala jurutera bimbang mengenai kemungkinan letupan akan menimpa di dua reaktor lain di premis tersebut. Dua pekerja kompleks itu dilaporkan hilang selepas kebakaran sebelum ini.
Dalam pada itu, pihak berkuasa pula menguatkuaskaan zon larangan penerbangan melibatkan pesawat-pesawat komersial di kawasan lingkungan 30 kilometer (19 batu) ekoran krisis nuklear di kompleks nuklear Fukushima Daiichi sejak Sabtu lalu.
Seramai 140,000 dikatakan telah dipindah keluar dari kawasan tersebut.
Kebakaran terbaru dikesan pagi tadi di Unit 4 loji Fukushima Daiichi, demikian menurut Tokyo Electric Power Co. yang menambah bahawa ia adalah kebakaran susulan awal pagi semalam.
Laporan media memetik jurucakap Tepco, Hajimi Motujuku berkata, kebakaran dikesan dalam struktur pada saluran yang mengawal reaktor unit tersebut.
Kebakaran awal dan letupan di Unit 4 telah menyebabkan lubang pada bahagian luar dinding, sekali gus mengakibatkan kebocoran radiasi akibat peningkatan suhu bahan api di kolam simpanan.
Dua pekerja yang berada dalam unit hilang selepas kebakaran pertama, kata agensi keselamatan nuklear Jepun.
Status reaktor nuklear dan kolam simpanan di dalam bangunan tidak diketahui.
Pegawai-pegawai juga risau mengenai keadaan reaktor di Unit 5 dan 6.
"Operator-operator loji mempertimbangkan untuk mengalihkan panel-panel daripada reaktor Unit 5 dan 6 bagi mengelakkan himpunan hidrogen," kata Agensi Tenaga Nuklear Antarabangsa (IAEA).
"Himpunan hidrogen di Unit 1, 2 dan 3 yang telah membawa kepada letupan di loji Daiichi baru-baru ini," katanya lagi.
Letupan pertama disaksikan pada Sabtu lalu, sehari selepas gempa bumi dan tsunami.
Unit 5 dan 6 telah diisi dengan bahan nuklear tetapi tidak mengeluarkan tenaga ketika gempa bumi dan tsunami melanda bahagian timur laut Jepun.
Kedua-duanya dilihat stabil, tetapi semalam pegawai-pegawai Jepun berkata kadar suhu telah naik sedikit.
Dalam pada itu, laporan Reuters dari Vienna berkata, Ketua Pengarah IAEA Yukiya Amano berkata kemungkinan ada kerosakan teras yang terhad di Unit 2 loji Fukushima.
Ketika bercakap pada sidang media di sini, kata beliau, ada "kemungkinan kerosakan teras" di Unit 2.
"Kerosakan dianggarkan kurang daripada lima peratus," katanya lagi.
Malah kata beliau, perkembangan terbaru dalam krisis nuklear Jepun "membimbangkan" tetapi masih percaya situasi adalah berbeza darupada tragedi Chernobyl 1986.

Kejutan menanti dalam pemilihan PAS

Posted: 15 Mar 2011 08:03 PM PDT

Walaupun pemilihan PAS dijadual pada Jun ini, namun cakap-cakap sudah mula kedengaran apabila nama beberapa pemimpin sudah disebut-sebut bakal merebut jawatan timbalan presiden.

NONEMalah, sumber-sumber parti memberitahu, pemilihan kali ini lebih menarik berikutan beberapa kejutan yang bakal berlaku, seterusnya melanjutkan pertembungan dua kumpulan - pro- kerajaan perpaduan dan kumpulan Erdogan - seperti pada pemilihan dua tahun lalu.

Berdasarkan maklumat itu, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa (bawah, kanan) dipercayai tidak akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak dua penggal lalu.

nasharuddin nik aziz manek urai 110709 nasha pcSumber yang lain pula mendakwa "ada mendengar cerita" kumpulan kerajaan perpaduan dalam PAS tidak mahu lagi Nasharuddin sebaliknya mahu mengangkat tokoh lain, seperti naib presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Tak nampak orang lain (setakat ini), selain daripada (Datuk) Tuan Ibrahim Tuan Man (sebagai pengganti)," tambah sumber-sumber itu.

Cadangan itu dipercayai ditimbulkan ekoran populariti Tuan Ibrahim sebagai personaliti terkenal yang mendapat undi tertinggi ketika dipilih sebagai naib presiden pada tahun 2009.

Nasha undur, Mat Sabu masuk?

Beliau dikatakan boleh mengisi jawatan tersebut demi merealisasikan konsep 'kepimpinan ulama' yang menjadi amalan parti itu selama ini.

Sementara itu, sumber yang dekat dengan Nasharuddin pula berkata setakat ini tiada keputusan sama ada ahli parlimen Bachok itu mahu mempertahankan jawatan tersebut ataupun tidak.

NONE"Tidak ada apa-apa jawapan lagi, masih tidak buat pendirian lagi... Tidak ada keputusan (setakat ini)," kata sumber berkenaan ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam pemilihan dua tahun lalu, Nasharuddin mempertahankan jawatan timbalan selepas menewaskan dua bekas naib presiden ketika itu - Datuk Husam Musa (atas, pertama dari kiri) dan Mohamad Sabu.

Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mohamad memperolehi 261 undi.

Lain pula yang berlaku kepada bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu apabila menurut sumber, beliau dijangka mencuba nasibnya bagi bertanding jawatan itu sekali lagi.

pas supporters club launch 160207 mohamad sabuBagaimanapun Mohamad yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang ketika dihubungi Malaysiakini dilihat masih berteka-teki daripada memperlihatkan 'keinginannya' itu.

"Saya tidak buat keputusan lagi, masih berbincang dengan kawan-kawan. Saya tengok keadaan dulu," katanya.

Husam beri laluan

Sementara, sumber yang dekat dengan Husam pula mendakwa ADUN Salor itu dipercayai tidak mencuba nasibnya sekali lagi, sebaliknya hanya mahu bertanding untuk kekal sebagai ahli jawatankuasa pusat PAS.

Ini kerana, kata sumber, ia bagi memberikan laluan kepada Mohamad Sabu – yang dilihat cenderung anti agenda kerajaan perpaduan – dan membolehkan pertandingan dua penjuru berlaku.

Pemerhati politik berpendapat, antara faktor kemenangan Nasharuddin dalam pemilihan lalu disebabkan berlakunya pecah undi antara Husam dan Mohamad Sabu.

NONESumber itu juga memberitahu Malaysiakini, tokoh lain turut 'diundang' bertanding jawatan tersebut antaranya naib presiden PAS Salahudin Ayub dan dua ahli jawatankuasa PAS Pusat - Datuk Abu Bakar Chik dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Bagaimanapun belum jelas sama ada ketiga-tiga mereka – yang difahamkan cenderung kepada agenda kerajaan perpaduan – akan terlibat sama kali ini.

Muktamar dan pemililhan PAS bagi tahun ini dijadual diadakan pada 3 hingga 5 Jun di Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Perancis: Serius nahas nuklear Jepun di paras enam, hampiri kes Chernobyl

Posted: 15 Mar 2011 09:26 AM PDT

PARIS, 15 Mac — Pihak berkuasa keselamatan nuklear Perancis hari ini berkata keseriusan nahas nuklear loji Fukushima Daiichi di Jepun, milik Tokyo Electric Power, hari ini mencecah paras enam.
Skala antarabangsa yang digunakan ialah satu hingga tujuh.
Semalam, ASN memutuskan malapetaka itu di tahap lima atau enam.
Loji itu terletak 240 kilometer ke utara Tokyo.
Paras tujuh hanya digunakan sekali iaitu iaitu membabitkan loji Chernobyl di Ukraine pada 1986.
Nahas di loji tenaga nuklear Three Mile Island di Amerika Syarikat pada 1979 hanya diklasifikasikan sebagai lima.
Awal hari ini Perdana Menteri Jepun mengesahkan kebocoran radioaktif di loji itu manakala hampir 200,000 orang dipindahkan. — Reuters

IAEA: Salur utama loji nuklear Jepun mungkin musnah

Posted: 15 Mar 2011 09:14 AM PDT

Anggota tentera bersedia untuk menyertai operasi pembersihan di loji tenaga nuklear Fukushima hari ini. — Foto Reuters
VIENNA, 15 Mac — Letupan di loji tenaga nuklear Jepun semalam kemungkinan telah memusnahkan saluran kawalan utama salah satu unit reaktor, demikian menurut badan pemantau tenaga nuklear global. Agensi Tenaga Nuklear Antarabangsa (IAEA) berkata letupan di Unit 2 loji Fukushima Daiichi "kemungkinan telah menjejaksan integriti saluran kawalan utama."
Bagaimanapun agensi itu berkata saluran kawalan utama di Unit 1 dan 3 kelihatan masih teguh meskipun ada letupan di sana.
Malah ia juga berkata, unit-unit di loji tenaga nuklear Fukushima Daini, Onagawa, dan Tokai masih selamat dan berada dalam keadaan yang stabil.
Laporan Reuters berasingan pula berkata, operator-operator loji nuklear milik Tokyo Electric Power Co kemungkinan akan menyalurkan air menggunakan helikopter untuk menyejukkan takungan bahan api telah digunakan di reaktor dalam tempoh dua atau tiga hari ini.
Jurucakap Tokyo Electric Power Co berkata kemungkinan akan memasukkan air di kawasan dalaman reactor No 4.
Letupan sebelah pagi tadi menyebabkan dua lubang pada dinding reaktor, sekali gus mendedahkannya takungan bahan api yang telah digunakan kepada udara luaran.
Jepun berhadapan dengan bencana berganda selepas masalah-masalah sistem pendingin dan letupan di loji tenaga nuklear Fukushima, yang mengeluarkan radiasi, yang kemungkinan akan dibawa oleh angin ke arah Tokyo. — Reuters

Parlimen : Jangan beri Lynas lesen proses tanah jarang

Posted: 15 Mar 2011 09:13 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Mac — Seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat hari ini menggesa agar kerajaan tidak sama sekali mengeluarkan lesen operasi memproses tanah jarang kepada syarikat dari Australia, Lynas Corporation — isu terbaru yang menjadi polemik sejak minggu lalu.
Sehubungan itu Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) Malaysia perlu mengambil tindakan tegas tidak mengeluarkan lesen operasi kepada syarikat berkenaan.
Loji itu terletak di Gebeng, berhampiran dengan Kuantan.
"Saya tegaskan di sini bahawa apa yang terbaik patut dilakukan oleh AELB ialah hentikan segala niat untuk keluarkan lesen  operasi memproses tanah jarang kepada Lynas," kata beliau ketika membahaskan usul titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Naib Presiden PKR ini, loji Lynas kini masih dalam binaan dan belum bermula operasi sehingga penggal terakhir tahun ini.
Oleh itu kata beliau, AELB masih sempat "balik ke pangkal jalan" dan buat keputusan yang terbaik demi rakyat.
Tengah hari tadi, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak pasti sama ada kelulusan loji pemprosesan tanah jarang di Gebeng dekat Kuantan itu telah diberikan kepada sebuah syarikat di Australia.
"Kami faham penduduk bimbang tetapi beberapa syarat mesti dipatuhi seperti soal keselamatan dan alam sekitar.
"Jadi agensi-agensi yang relevan mesti kaji sebelum satu keputusan dibuat. Sama ada ia sudah dibuat keputusan atau tidak, saya tidak pasti," katanya.
Minggu lalu, akhbar harian Amerika, the New York Times (NYT) melaporkan pekan industri Gebeng berhampiran Kuantan bakal menyaksikan pusat pemprosesan tanah jarang yang paling besar di dunia.
Loji bernilai RM700 juta itu sedang dibina oleh Lynas Corp dan pihaknya akan menghantar tanah jarang yang dilombong di barat negara itu di Mount Weld dengan kapal.
Ini adalah percubaan kedua Malaysia dalam penapisan tanah jarang, kali pertama menimbulkan kontroversi dan bantahan apabila ia cuba didirikan di Bukit Merah, Perak pada sekitar 1980-an.
Sehubungan itu Fuziah juga menyoal "adakah kita mahu tunggu ada kes seperti di Bukit Merah, ada anak pekerja yang lahir cacat, abnormal, baru kita mahu bertindak?"
"Adakah nyawa dan keselamatan rakyat Kuantan begitu tidak berharga kepada kerajaan Malaysia?" kata wakil rakyat penggal pertama ini.
Fuziah berkata, pada ketika ini, kebanyakan rakyat Kuantan sudah pun menyedari risiko yang dibawa oleh loji Lynas ini dan sedang bangkit untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka.
"Sekiranya selama ini pihak Mosti, kerajaan tempatan mahupun Lynas mampu memperkecilkan isu ini dengan membuat 'latihan PR', kini tidak lagi," katanya.
"Selaku wakil rakyat di Kuantan usaha saya membela keselamatan rakyat Kuantan akan saya teruskan sehinggalah loji pemprosesan Lynas yang kini dalam binaan ditutup dan kita hantar mereka balik ke Australia," katanya lagi.
Beliau menambah, jika mereka terdesak sangat mahu memproses tanah jarang, "buatlah loji pemprosesan di negara mereka sendiri."
Sehubungan itu kata Fuziah beliau mahu AELB agar menghentikan serta-merta segala usaha yang menjurus kepada pengeluaran lesen kepada Lynas untuk beroperasi.
"Malah pada saya isu ini tidak seharusnya timbul untuk  dibahaskan kerana kerajaan Malaysia sepatutnya sudah awal-awal lagi menolak projek yang tidak mendatangkan manfaat serta tidak membawa keuntungan serta faedah didalam semua aspek kepada negara ini," katanya lagi.

Apabila Bini Najib Perasan Dirinya Lebih Pandai Dari Pakar-pakar Jepun

Posted: 15 Mar 2011 08:43 AM PDT


Tsunami Jepun: Komen Rosmah dikritik hebat

Rosmah seolah-olah tiada perasaan belas kasihan dan naluri sensitiviti terhadap kesusahan rakyat Jepun - Zuraida

PETALING JAYA: Komen Rosmah Mansor bahawa berlakunya tsunami kerana kerajaan Jepun tidak menitik-beratkan faktor alam sekitar dan perubahan iklim dalam pembangunannya dikritik hebat dan menjadi tajuk utama berita antarabangsa, di laman sosial Facebook dan Twitter.

"Dakwaan isteri Perdana Menteri itu bahawa kejadian tsunami di Jepun sebagai pengajaran kepada kerajaan Jepun amat dikesali," kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, kenyataan yang dilaporkan kepada Awani, menjadi tajuk utama berita antarabangsa CNN dan kini menjadi pendebatan hangat di laman sosial Facebook dan twitter.

"Ini menunjukkan bahawa Rosmah seolah-olah tiada perasaan belas kasihan dan naluri sensitiviti terhadap kesusahan rakyat dan kerajaan Jepun yang kini sedang dalam keadaan getir menghadapi bencana yang melanda," katanya.

Katanya lagi, "ini amat memalukan dan bertentangan dengan pengakuan beliau dan kerajaan Malaysia kononnya sebagai "First Lady" beliau banyak membantu dalam hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.

"Akibat komennya yang dangkal, seluruh Malaysia diketawakan dan dicemuh dunia. Ini lebih teruk kerana ia berlaku selepas kontroversi kartun yang menghina sensitiviti rakyat Jepun dan seluruh dunia," ujar beliau.

Kejadian tsunami kuasa Allah

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, "kami ingin mengingatkan seluruh rakyat Malaysia bahawa peristiwa yang berlaku di Jepun adalah kuasa Allah yang telah menjadi ketentuanNya.

"Malah, rakyat Jepun patut dipuji kerana tenang dan menerima ujian ini dengan sabar. Semasa Malaysia dilanda tsunami dalam tahun 2004, Jepunlah antara negara pertama yang menghulurkan bantuan.

"Oleh itu, Rosmah patut minta maaf kepada rakyat dan kerajaan Jepun kerana sikap tidak sensitivitinya ini dan juga kepada rakyat Malaysia kerana memalukan nama Malaysia," tambahnya. -FMT

Cuepacs minta kerajaan selaras gaji dengan kenaikan harga barang

Posted: 15 Mar 2011 08:40 AM PDT

MELAKA, 15 Mac — Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan meminta kerajaan supaya membuat pelarasan kenaikan gaji berikutan kenaikan harga barang yang dilihat telah menjejaskan penjawat awam bergaji rendah.
Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata kali terakhir pelarasan dibuat ialah empat tahun lepas.
"Kita mendapat keluhan dari kakitangan awam yang berpendapatan sederhana dan rendah yang bergaji RM3,500 ke bawah. Semasa kita minta kenaikan selepas 1 Julai 2007, harga barang OK tetapi selepas kenaikan gaji, harga naik mendadak 100 peratus.
"Ini yang kita nak seimbangkan semula penyelarasan berdasarkan kenaikan harga barang semasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bengkel Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Alternatif, di sini hari ini.
Beliau berkata perkara tersebut akan dibincang oleh Cuepacs bulan depan.
"Kita dah maklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi secara tidak rasmi," tambahnya.
Omar memberitahu terdapat penjawat awam sekarang terpaksa membuat kerja sampingan bagi menambahkan pendapatan.
"Kita tak mahu penjawat awam memikirkan sangat kerja sampingan supaya mereka dapat memberi tumpuan kepada kerja hakiki dan supaya nak mengelakkan perkara yang tidak diingini yang akan menjejaskan kerja mereka," katanya.
Beliau juga menyedari bahawa apabila berlaku pelarasan gaji, maka peniaga akan mengambil kesempatan daripadanya dengan serta merta menaikkan harga barang.
Dalam perkembangan lain, beliau berharap JPA dapat menyemak semula seramai 30 peratus kakitangan kerajaan dari gred 1 hingga gred 40 yang telah mencapai gaji maksimum, supaya dapat dinaikkan gred mereka kepada gred yang baru mengikut kelayakan mereka yang lebih sesuai.
"Ini supaya kita nak elakkan ramai kakitangan kerajaan duduk di tangga gaji yang maksimum. Bila gaji dah maksimum secara tidak langsung prestasi dan produktiviti mereka akan mula terjejas kerana gaji mereka sudah mati (sampai had)," katanya.
Beliau berkata di bawah sistem penilaian baru kelak yang menggantikan PTK, fokusnya ialah untuk membanyakkan peluang kenaikan pangkat di samping memansuhkan sistem gaji tiga lapis seperti yang ada sekarang iaitu P1, P2 dan P3 di bawah Skim Saraan Malaysia (SSM) yang telah berjalan selama lapan tahun.
"Kita mahu sistem gaji satu baris tanpa maksimum. Selagi dia (penjawat awam) berkhidmat, selagi itu gaji dia boleh naik. Baru boleh motivasi diri mereka untuk kerja kuat," katanya.
Mengenai kes bankrap di kalangan penjawat awam, Omar berkata sehingga tahun lepas hampir 3,000 orang terlibat dengan kes bankrap yang kebanyakannya kerana membuat pinjaman kenderaan.
"Ramai penjawat awam terlalu mudah mendapatkan pinjaman apabila disogokkan oleh pihak tertentu tanpa perlu membayar deposit. Sepatutnya ia tidak berlaku," katanya. — Bernama

Sebab tu jangan biarkan... Tolak mereka!!

Posted: 15 Mar 2011 08:31 AM PDT


Anwar gesa kerajaan wujud prosedur kewangan agih peruntukan negeri
SHAH ALAM: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan mewujudkan ketetapan pengurusan dana dan prosedur kewangan oleh kementeriannya supaya peruntukan kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) tidak didiskriminasi.
Demikian saranan Anwar sekaligus menyifatkan tindakan kerajaan itu menyebabkan konsep federalisme kian terhakis ekoran beberapa negeri di bawah PR hanya menerima peruntukan kecil walaupun menyumbangkan sejumlah besar hasil negeri.
"Contohnya Selangor yang menyumbangkan sebanyak RM16 bilion setiap tahun tetapi hanya diberi pulangan daripada kerajaan Persekutuan RM400 juta sahaja.
"Perkara ini diberitahu oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang membandingkan peruntukan diterima negeri itu sebelum ini di bawah Barisan Nasional (BN) yang berlipat kali ganda," kata Anwar pada sidang media di Dewan Bankuet, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dekat sini hari ini pada program Wacana Ekonomi 'Federalisme – Keadilan dalam pengagihan kekayaan negara'.
Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Negeri Selangor berkata, tiada pertikaian untuk pembahagian mengikut kepentingan dan keperluan negeri tetapi yang dipertikaikan ialah tidak ada kaedah yang rasional dalam pembahagian tersebut seraya menuntut kerajaan mengadakan dasarnya.
"Apabila negeri di bawah PR maka (peruntukan) terus disekat, malah Pulau Pinang juga terima nasib sama yang sama apabila menerima jumlah lebih kecil walaupun sumbangan negeri itu tinggi.
"Kita ada usul bukan sahaja kepada negeri Pakatan, tetapi Sabah Sarawak, Kelantan dan Terengganu yang mempunyai minyak dan melibatkan royalti yang perlu diterima mereka," kata Anwar.
Tegas Anwar lagi, kerajaan Persekutuan mesti mengambil kira dasar yang rasional dan tidak boleh mengikatnya melalui fahaman politik yang berbeza.
"Bukan soal nak ambil kuasa Pusat, tetapi mereka tidak ada kaedah asas yang rasional contohnya hanya 2.9 peratus (peruntukan) kepada negeri Pakatan tetapi negeri di bawah Barisan Nasional menerima peruntukan sebanyak 20 peratus.
"Jika negeri miskin dapat lebih tidak mengapa, tetapi Selangor walaupun negeri kaya, tetapi tidak semuanya berpendapatan tinggi seperti Melayu di Sabak Bernam, India di estet dan Cina di pinggir bandar," kata Anwar.

Fitnah II : 10 perkara kenapa anda tak perlu percaya kes Anwar

Posted: 15 Mar 2011 08:31 AM PDT


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiC3n424vQ4Y-D188Rsju2bf-9-0Zsgh28RR9BmiURqhm6p3u7uineQ23SnOf7bs56DM9pgpadJScshu7nQVeOiqGTe-Qk1YR43NtN3gjUJjjH6Hd-ug1tGl1tsCZz7mbkVTaMVwzyfi98/s400/Liwat+gate.jpg
"Malaysia ni dah jadi macam negara kartun. Apabila saya keluar negara, malu nak mengaku warga Malaysia. Antara soalan lazim yang saya dengar ialah mengapa kerajaan suka fitnah guna isu liwat? Modal BN ialah tuduh liwat, tuduh ejen Zionis, ejen Amerika, ejen DAP, ejen Taliban dan macam-macam ejen lagi lah. Apa pun, selaku peguam, saya rasa jijik dengan kes ni. Mari lihat 10 Misteri kes ini:

Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum di dakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini. Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar.

1. Bukti asas tak dibenarkan

Menurut logik akal sesiapa yang berakal, orang yang dituduh mestilah diberi peluang untuk membela diri. Untuk membela diri, tertuduh lazimnya akan dibenarkan melihat dokumen-dokumen yang relevan, agar dapat menyiapkan pembelaan.

Contohnya, jika Kassim dituduh merogol Rosna, dan Kassim mendapat maklumat bahawa laporan perubatan mengesahkan Rosna masih dara, tentulah Kassim berhak untuk melihat dokumen tersebut untuk menyediakan pembelaanya. Dalam kes Anwar, agak pelik kerana permohonan asas ini pun tidak dibenarkan.

Dalam kes Anwar ni, ada bukti CCTV, rakaman keluar masuk kawasan tersebut. Mengapa Anwar tidak dibenarkan melihat rakaman-rakaman ini untuk menyediakan pembelaan? Misteri….

Ingat senang ke nak bela diri bila bukti asas tidak dibenarkan..

2. Laporan Pengadu enggan diserahkan

Mulanya Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis.Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas. Pengalaman penulis memohon laporan polis bagi membela anak guam membuatkan penulis hairan kerana penulis pernah beberapa kali mendapat laporan pengadu pada pagi yang sama penulis memohon.


Kenyataan Hamid Albar dulu bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya. Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai. Setelah sekian lama, barulah laporan diserahkan.

3. Anwar disabitkan bersalah sebelum dibicarakan

Apabila bekas PM Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah.

Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah. Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, pak Lah selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi.

Media UMNO pun segera menghukum Anwar seolah-olah sudah sabit kesalahan.

4. DNA baru Anwar diminta oleh UMNO.

DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan Khairi dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka. Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak LAh dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan.

5. Laporan Pusrawi Perlu diakui bahawa laporan Pusrawi sebelum ini bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar.

Meskipun begitu, fakta bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan. Meminjam istilah yang selalu digunakan di dalam kes-kes berkaitan Puspakom, pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan mata kasar.

Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat.

6. Bukti alibi Anwar memadai

Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji.


Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut.

Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat. Sebagai contoh, Antihusam (blogger UMNO) mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam , 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas.

Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat Antihusam. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar. Tindakan pihak polis yang beria-ia mahukan DNA baru Anwar kelihatan senada dengan Pak Lah dan Khairi.

7. Pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara

UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar.


Pendakwaan, jika jadi, akan dibuat oleh Peguam Cara Negara. Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.

8. Laporan HKL

Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat.


Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN.

Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara.

Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.

9. Isu motif dan tujuan

Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis.


Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liwat yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang.

10. Terlampau banyak percanggahan fakta kes oleh BN

Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful.


Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa.

Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa. Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat. Saiful pula mulanya mendakwa diliwat pada 26 haribulan di sebuah kondo di Malaysia.

Apabila Anwar kelihatan mempunyai bukti alibi yang kukuh, saiful menjadi terdesak. Kemudian, Saiful menyatakan pula bahawa dia telah 3 kali menemani rombongan Anwar ke luar negara dengan memberi "hint" bahawa dia kononnya telah diliwat-liwat di luar negara beberapa kali. Ini menimbulkan pelbagai tanda Tanya. Mengapa seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sihat seperti Saiful membiarkan dirinya diliwat-liwat beberapa kali dan terus menemani Anwar ke mana saja. Sebagai contoh, jika saya diliwat oleh sesiapa, saya akan trauma dan akan segera menjauhkan diri dari orang tersebut.

Selain itu, Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.

Saiful juga seorang lelaki. Tidak semudah itu hendak menembusi lubang punggung seorang lelaki. Asalkan saiful mengeraskan punggungnya, mustahil Anwar dapat meliwatnya.

Sekiranya Saiful benar-benar hendak diliwat, dua atau tiga orang lelaki gagah diperlukan untuk memegang Saiful dan lubang punggung saiful perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum diliwat. Sekiranya ini yang berlaku, mustahil Saiful akan terus mengikut Anwar ke sana sini sehinggalah menemani rombongan Anwar ke luar negara sebanyak 3 kali.

Sebagai kesimpulan, kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan.

Apa pun , saya doakan agar Allah (Allah di sini merujuk kepada Tuhan yang disembah orang Islam, bukan Jesus atau mana-mana sembahan golongan syirik) membuka hati hakim-hakim berkenaan agar memutuskan berasaskan keadilan. Amin.

4 hari selepas Tsunami melanda

Posted: 15 Mar 2011 08:27 AM PDT

This picture taken on March 14, 2011 shows a roof of the house of tsunami survivors Tadashi and Yoshime Yamada at Onagawa town in Miyagi prefecture. The Yamadas survived the devastating tsunami on March 11 by using the roof of their house as a raft floating atop the water.
This picture taken on March 14, 2011 shows a roof of the house of tsunami survivors Tadashi and Yoshime Yamada at Onagawa town in Miyagi prefecture. The Yamadas survived the devastating tsunami on March 11 by using the roof of their house as a raft floating atop the water.
RIKUZENTAKATA,JAPAN-MARCH 15: (EDITORS NOTE: Image contains graphic content.  Thousands have been killed after the 8.9 earthquake struck the northeast coast of the Japan 4 days ago. Presently the country is struggling to contain a potential nuclear meltdown after the Fukushima Daiichi nuclear plant was seriously damaged from the earthquake.
RIKUZENTAKATA,JAPAN-MARCH 15: (EDITORS NOTE: Image contains graphic content. Thousands have been killed after the 8.9 earthquake struck the northeast coast of the Japan 4 days ago. Presently the country is struggling to contain a potential nuclear meltdown after the Fukushima Daiichi nuclear plant was seriously damaged from the earthquake.
A woman reacts at the news of her relative's death in an evacuation shelter for survivors of Friday's earthquake and tsunami Tuesday, March 15, 2011, in Kesennuma, Miyagi Prefecture, Japan.
A woman reacts at the news of her relative's death in an evacuation shelter for survivors of Friday's earthquake and tsunami Tuesday, March 15, 2011, in Kesennuma, Miyagi Prefecture, Japan.
Women wail together after hearing the death of family members at an evacuation center in Kesennuma in Miyagi prefecture (state) Tuesday, March 15, 2011, after Friday's massive earthquake and tsunami.
Women wail together after hearing the death of family members at an evacuation center in Kesennuma in Miyagi prefecture (state) Tuesday, March 15, 2011, after Friday's massive earthquake and tsunami.
In this March 14, 2011 photo, tsunami survivors cry after reuniting each other at an evacuation center in Rikuzentakata in Iwate Prefecture (state), northern Japan following Friday's massive earthquake and tsunami.
In this March 14, 2011 photo, tsunami survivors cry after reuniting each other at an evacuation center in Rikuzentakata in Iwate Prefecture (state), northern Japan following Friday's massive earthquake and tsunami.
People walk through rubble in Minami-Sanrikucho, Miyagi prefecture on March 15, 2011 left by the March 11 earthquake and tsunami disaster. Japan's government on March 15 urged people against panic-buying of food and supplies, as the country grapples with a massive natural disaster and resulting nuclear crisis.
People walk through rubble in Minami-Sanrikucho, Miyagi prefecture on March 15, 2011 left by the March 11 earthquake and tsunami disaster. Japan's government on March 15 urged people against panic-buying of food and supplies, as the country grapples with a massive natural disaster and resulting nuclear crisis.
International search and rescue officers from Britain look for victims during rescue operations in the devastated city of Ofunato, Iwate prefecture on March 15, 2011 as the country struggles to cope following the March 11 earthquake and tsunami disasters. Japan's government on March 15 urged people against panic-buying of food and supplies, as the country grapples with a massive natural disaster and resulting nuclear crisis.
International search and rescue officers from Britain look for victims during rescue operations in the devastated city of Ofunato, Iwate prefecture on March 15, 2011 as the country struggles to cope following the March 11 earthquake and tsunami disasters. Japan's government on March 15 urged people against panic-buying of food and supplies, as the country grapples with a massive natural disaster and resulting nuclear crisis.
A rescuer from U.S. searches for survivors amid debris in Ofunato, Iwate, northern Japan Tuesday, March 15, 2011 following Friday's massive earthquake and the ensuing tsunami.
A rescuer from U.S. searches for survivors amid debris in Ofunato, Iwate, northern Japan Tuesday, March 15, 2011 following Friday's massive earthquake and the ensuing tsunami.
Filipinos offer flowers and light candles outside the Japanese Embassy in Manila on March 15, 2011, to express sympathy for Japanese residents involved in the March 11 devastating earthquake and tsunami. Members of the Philippine rescue team are on standby as they await for deployment orders to Japan, where a powerful quake and a tsunami has caused massive devastation.
Filipinos offer flowers and light candles outside the Japanese Embassy in Manila on March 15, 2011, to express sympathy for Japanese residents involved in the March 11 devastating earthquake and tsunami. Members of the Philippine rescue team are on standby as they await for deployment orders to Japan, where a powerful quake and a tsunami has caused massive devastation.

Woman, 70, found alive 4 days after Japan tsunami

SOMA, Japan (AP) — Rescuers have found a 70-year-old woman alive four days after the disaster struck.
Osaka fire department spokesman Yuko Kotani says the woman was found inside her house that was washed away by the tsunami in northeastern Japan's Iwate prefecture. The rescuers from Osaka, in western Japan, were sent to the area for disaster relief.
Kotani said the woman was conscious but suffering from hypothermia and is being treated at a hospital. She would not give the woman's name.
Her rescue was a rare bit of news for Japanese traumatized by the disaster.
……………………………………………………………………………………………………………………..

Rosmah patut minta maaf pada kerajaan, rakyat Jepun

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor Rosmah patut minta maaf kepada rakyat dan kerajaan Jepun kerana sikap tidak sensitivitinya dan juga kepada rakyat Malaysia kerana memalukan negara.
Demikian kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin sebagai respons kepada kenyataan Rosmah yang mendakwa kejadian tsunami di Jepun sebagai pengajaran kepada kerajaan Jepun yang tidak menitikberatkan faktor alam sekitar dan perubahan iklim dalam pembangunannya amat dikesali.
"Malahan, dari insiden ini menunjukkan beliau sebagai isteri Perdana Menteri tidak layak untuk mewakili suara wanita Malaysia, apatah lagi mahu mengangkat diri beliau dengan gelaran First Lady of Malaysia (FLOM)," ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, kenyataan Rosmah yang dilaporkan kepada Awani, menjadi tajuk utama berita antarabangsa CNN, dan kini menjadi pendebatan hangat di laman sosial Facebook dan twitter menunjukkan bahawa Rosmah seolah tiada naluri sensitiviti kepada kesusahan rakyat dan kerajaan Jepun yang kini sedang dalam keadaan getir menghadapi bencana yang melanda.
"Ini adalah amat memalukan dan bertentangan dengan pengakuan beliau dan kerajaan Malaysia kononnya sebagai First Lady, beliau banyak membantu dalam hubungan diplomatik dengan negara-negara lain," katanya yang juga ahli Parlimen Ampang.
Akibat komennya yang dangkal, kata Zuraida seluruh Malaysia diketawakan dan dicemuh dunia.
Ini, tambahnya lebih teruk kerana ia berlaku selepas kontroversi kartun yang menghina sensitiviti rakyat Jepun dan seluruh dunia.
"Mewakili pimpinan PKR, ingin kami mengingatkan seluruh rakyat Malaysia bahawa peristiwa yang berlaku di Jepun adalah kuasa Allah yang telah menjadi ketentuan-Nya," ujarnya.
Malah, tambahnya rakyat Jepun patut dipuji kerana tenang dan menerima ujian itu dengan sabar.
Menurutnya lagi, semasa Malaysia dilanda tsunami dalam tahun 2004, Jepunlah antara negara pertama yang menghulurkan bantuan.Harakah

Gobala beri Saifuddin kata dua, minta maaf atau disaman RM12 juta

Posted: 15 Mar 2011 08:12 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Mac — Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan hari ini menuntut Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail memohon maaf atas kenyataannya yang mendakwa Gobalakrishnan dibayar untuk keluar PKR.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR itu menyerahkan surat tuntutan itu kepada Saifuddin, yang juga anggota Parlimen Machang di ruang rehat anggota Dewan Rakyat di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Bercakap kepada pemberita, Gobalakrishnan berkata beliau memberi tempoh tujuh hari mulai hari ini kepada Saifuddin untuk meminta maaf dan jika Setiausaha Agung PKR itu gagal berbuat demikian, beliau akan menyamannya RM12 juta.

Kenyataan Saifuddin di Parlimen pada 10 Mac lalu mengenai tindakan (saya) keluar parti selepas dibayar menjejaskan maruah dan integriti (saya), selain menyebabkan (saya) dipandang serong.

"Justeru, saya memberi tempoh tujuh hari kepada Saifuddin untuk memohon maaf atau akan disaman sebanyak RM12 juta," katanya.

Khamis lalu, Saifuddin dalam sidang akhbar di lobi Parlimen mendakwa beberapa anggota parti itu, termasuk beberapa bekas wakil rakyatnya meninggalkan parti itu kerana dorongan habuan yang lumayan.

Beliau turut mendakwa Gobalakrishnan telah dapat menjelaskan bayaran pajakan tanah syarikat miliknya Embun Megah Sdn Bhd di Lojing, Kelantan kepada Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd dengan nilai RM1.4 juta menerusi dua cek bank yang masing-masing bernilai RM700,000 bertarikh 12 Jan lepas dan RM701,250 bertarikh 15 Mac ini.

Saifuddin malah menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat mengenai kemampuan kewangan Gobalakrishnan.

Sementara itu, Saifuddin ketika ditemui pemberita berkata beliau tidak akan memohon maaf kepada Gobalakrishnan dan bersedia menghadapi tindakan undang-undang yang akan diambil terhadapnya.

"Saya tidak akan memohon maaf. Saya serahkan kepada peguam R. Sivarasa untuk tindakan lanjut," katanya. — Bernama

Indeks kebebasan akhbar 2010 bagi Malaysia yang mengejutkan

Posted: 15 Mar 2011 08:06 AM PDT



Oleh: ZULKIFI YAHAYA
Indeks kebebasan akhbar adalah kedudukan tahunan bagi setiap negara di dunia ini mengenai kebebasan akhbar yang wujud di negara itu. Ia dibuat dan diterbitkan oleh kumpulan Wartawan Tanpa Sempadan (Reporters Without Borders, RWB) berasaskan penilaian organisasi terhadap rekod kebebasan media. Negara paling kecil sekalipun, seperti Andorra juga termasuk dalam penilaian tersebut.


Laporan dibuat berdasarkan soal selidik yang dihantar kepada pertubuhan yang menjadi rakan kerjasama RWB (14 kumpulan organisasi dari lima benua) serta 130 koresponden di serata dunia yang terdiri dari wartawan, penyelidik, pengamal undang-undang serta aktivs hak asasi manusia.
Soalan kajiselidik bertumpu pada aspek serangan langsung terhadap bidang kewartawanan dan media sepertimana tekanan sumber tidak langsung lain terhadap kebebasan media. RWB amat berhati-hati dalam mencatat indeks kerana penumpuan hanya terhadap aspek kebebasan akhbar dan bukan mengukur kualiti jurnalisme.
Apa yang paling mengejutkan dalam laporan tersebut bagi tahun 2010 ialah kedudukan Malaysia jatuh merudum ke tempat 141 dari 178 negara yang dibuat penilaian. Jika dihitung kedudukan Malaysia dari bawah, maka negara kita menduduki tempat 38; merupakan pencapaian 'cemerlang' bagi kalangan negara yang sangat tebal kongkongan medianya.
Angka paling kecil dijadikan indeks paling baik tahap kebebasan akhbarnya, manakala paling besar sebagai paling buruk. Maka bagi tahun 2010 Malaysia memperolehi 50.75, merupakan indeks tercorot dalam tempoh lapan tahun. Catatan indeks Malaysia adalah seperti berikut; 2009 (44.25), 2008 (39.50), 2007 (41.00), 2006 (22.25), 2005 (33.00), 2004 (39.83), 2003 (32.00) dan 2002 (37.83).
Di Malaysia, penilaian yang dibuat tentulah kepada semua akhbar, tidak terhad kepada akhbar berbahasa Malaysia sahaja yang hampir keseluruhannya dibawah kongkongan kerajaan BN. Akhbar berbahasa Cina, sekalipun masih terkongkong di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan tetapi mereka masih mempertahankan sikap bebas, menyiarkan laporan seimbang terhadap semua pihak.
Jika indeks kebebasan akhbar dibuat terhadap akhbar berbahasa Melayu sahaja (yang berat sebelah) yang lebih besar pengaruhnya terhadap kaum majoriti negara ini, maka catatan indeks akan lebih buruk dan mungkin setanding dengan Burma, Korea Utara dan Eritrea.
Apa yang mengejutkan ialah kedudukan indeks kebebasan akhbar Malaysia jauh lebih buruk dari Mesir, Algeria dan Jordan yang sedang bergelut dengan kebangkitan rakyat kini. Antara rakan dalam kelompok Malaysia ialah Libya dan Tunisia, juga dua buah negeri yang karam dalam kebangkitan rakyat.
Maka timbul persoalan sekarang, apakah azam untuk menawan Putrajaya masih terdapat cahaya harapan di hujung terowong dalam keadaan semua media utama (khususnya media berbahasa Melayu) di negara ini tidak bebas, sentiasa berat sebelah dengan memihak kepada BN seratus peratus dan tidak pernah memberi ruang kepada pembangkang barang sepicing pun?
Penilaian terhadap parti politik di mana-mana pun dalam sistem demokrasi di dunia ini ditentukan oleh persepsi. Persepsi pula ditentukan oleh maklumat yang diterima. Oleh kerana rakyat Malaysia keseluruhannya dimomokkan oleh versi sebelah pihak sahaja, maka secara logiknya BN akan terus mendapat mandat sampai bila-bila selagi persoalan kebebasan media tidak dibetulkan.
Harus diingat bahawa itu baru persoalan kebebasan media. Belum lagi bicara soal jentera kerajaan yang diperkudakan, rasuah untuk pengundi dihalalkan dan manipulasi oleh SPR sebagai pengadil yang berat sebelah.
Sebahagian besar masalah dan 'kelemahan' dalaman Pakatan Rakyat adalah angkara manipulasi media. Mereka sangat berkuasa dalam membuli PR kerana kerana tiada media konvensional yang menjadi alternatif kepada PR. Masalah kecil berkaitan PR diperbesarkan, manakala jawapan terhadap persoalan yang ditimbulkan digelapkan. Kerajaan Pulau Pinang di bawah teraju DAP digambarkan sebagai anti Melayu/Islam tetapi penjelasan balas oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng terhadap semua isu yang dibangkitkan tidak pernah disiarkan. 30 orang penyokong BN berdemonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Selangor disiarkan di semua media, walhal lebih 30 ribu pemuda PAS berhimpun di Kota Sarang Semut tidak disiarkan oleh media tersebut, walaupun dengan gambar sebelah kaki.
Maka cabaran terbesar PR untuk menghadapi PRU 13, bukannya isu tetapi bagaimana mempastikan isu dan maklumat sampai ke setiap pemikiran rakyat secara langsung dan pantas. Himpunan Bersih ke dua baru di peringkat ugutan. Setengah juga rakyat Malaysia pernah berhimpun di Kuala Lumpur untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil pada 2007. Apabila PR berjaya menawan lima buah negeri, Bersih pun menyepi sekian lama, walhal tiada satu pun tuntutan bersih yang ditunaikan oleh kerajaan yang memerintah.
Himpunan Bersih 2 yang dirancangkan adalah antara langkah membersihkan negara dari pelaksanaan demokrasi yang tidak bersih. BN pasti takut jika rakyat berjaya menggerakkan demonstasi besar seperti itu kerana mutakhir ini banyak kerajaan-kerajaan tua di dunia tumbang melalui demonstrasi jalanan.
Oleh kerana sukarnya untuk menumbangkan BN dalam suasana demokrasi tidak bersih, maka kerja membersihkan demokrasi adalah lebih aula dari menyertai pilihanraya dalam keadaan yang kotor.

Pesanan doktor: Mestikah dipatuhi?

Posted: 15 Mar 2011 08:01 AM PDT

Oleh NURUL IZZAH
Membuat diagnosis yang betul dan memberikan rawatan atau ubat yang sepatutnya kepada sesuatu penyakit adalah prinsip pokok perubatan. Seorang doktor pakar yang berpengalaman akan tahu apa punca penyakit untuk dikenal pasti dan apakah ubatnya. Seandainya ada doktor yang salah atau sengaja tidak mencari punca penyakit yang sebenar atas sebab-sebab tertentu, ia bermakna beliau telah melanggar etika jawatan beliau.


Bayangkan seorang doktor itu 'tahu' pesakit sedang mengidap sakit denggi tetapi beliau mengatakan hanya demam panas; lalu segala bentuk rawatan dan ubat tidak berguna malah boleh membahayakan. Ini adalah tindakan pecah amanah yang tidak boleh dimaafkan.
Oleh yang demikian, sekiranya kita menggunakan contoh pendekatan ini kepada keadaan negara kita, apakah mungkin penyakit yang sedang dialami dan apakah ubatnya?
Sebagai langkah pertama, kita mesti melihat kepada beberapa fakta yang mengukur kesihatan negara kita untuk mengenal pasti sama ada negara kita berpenyakit ataupun tidak.
Fakta pertama adalah ruang demokrasi. Wujudnya akta darurat yang masih berkuat kuasa yang melibatkan lebih 82 ordinan dan peraturan berkaitan ketika negara tidak ada ancaman musuh-musuh luar hanya memperkuatkan persepsi bahawa ia dijadikan sebagai alat politik untuk mengawal dan menyempitkan ruang demokrasi. Ini boleh diibaratkan negara kita dijajah semula oleh Lanun Politik.
Lanun politik menggunakan semua institusi dan undang-undang untuk terus berkuasa. Sikap lanun politik sama seperti lanun di Somalia mahupun di mana-mana sahaja iaitu merampas sesuatu yang bukan haknya; hanya barangan rampasan bukannya kapal tetapi hak demokrasi rakyat.
Negara manakah rakyat masih perlu meminta permit untuk berhimpun? Negara manakah yang membelanjakan wang yang besar untuk memantau dan mengintip rakyat sendiri? Negara manakah yang tidak membenarkan media bebas bersuara? Negara manakah yang menangkap dan menahan rakyat tanpa bicara? Negara manakah rakyat yang ditahan diseksa dan ramai yang mati dalam tahanan? Negara manakah yang memanipulasikan pilihan raya untuk mengekalkan kuasa? Jawapannya adalah Zimbabwe, Korea Utara, Libya dan suatu ketika dahulu Mesir dan Tunisia.
Fakta kedua adalah pengurusan ekonomi. Pengurusan berhemah dan bukan rompakan ekonomi menggila (economic plundering) menjadi hak rakyat di dalam sebuah demokrasi yang sihat. Pengurusan ekonomi yang saksama akan mengembangkan ekonomi secara berkesan. Malangnya, Malaysia menyaksikan kecutan daya ekonomi sehingga sebuah negara jiran yang sepuluh kali lebih kecil daripada negara kita telah memintas kita untuk menjadi ekonomi ketiga besar di Asean, (rujuk Singapura). Kalau ini bukan sakit daya saing ekonomi, apa pula namanya?
Di sinilah kita dapat melihat bagaimana Lanun Ekonomi pula wujud yang apabila bersama Lanun Politik menjadi virus kepada kesihatan tubuh badan negara kita.
Kalau Lanun Politik merampas hak demokrasi rakyat, Lanun Ekonomi pula merampas hak kekayaan rakyat melalui amalan rasuah, projek-projek besar yang dimahalkan dengan sengaja, pemberian konsesi lebuh raya dan penjanaan kuasa yang berat sebelah, pembelian harta dan peralatan yang terlampau tinggi harganya dan bermacam lagi termasuk yang terbaru yang mana khazanah minyak negara akan dirampas secara halus melalui skim perkongsian risiko baru untuk meneroka telaga-telaga minyak yang dikatakan isi minyaknya sipi-sipi ('marginal') sahaja, apabila semua ini dihitung secara kasar akan mendapati RM 1 trillion (RM1,000,000,000,000) harta rakyat selama ini dan akan datang menjadi milik Lanun Ekonomi. Sebagai contoh kita dapat melihat dakyah Lanun Politik dan Lanun Ekonomi berfungsi untuk melemahkan serta melemaskan demokrasi dan memufliskan ekonomi rakyat dengan mudah adalah bagaimana perbelanjaan RM2.4 juta untuk dakwat kekal yang patut digunakan selepas rakyat mengundi di pilihan raya tidak dibenarkan. Dan apabila dibandingkan dengan perbelanjaan RM3.4 bilion untuk kapal selam yang baru boleh menyelam menzahirkan kepada kita apakah keutamaan yang diberikan iaitu sama ada hanya berbelanja untuk mempertahankan negara tanpa mempertahankan demokrasi?
Dan apabila dilihat subsidi rakyat dengan pantas ditarik manakala subsidi untuk syarikat-syarikat besar dikekalkan, keuntungan diutamakan dan rakyat diketepikan amat menyedihkan. Harga barang yang semakin naik, kadar gaji yang tidak meningkat dan peluang pekerjaan yang terhad hanya terus menyempitkan kehidupan rakyat.
Oleh itu, kalau ini adalah keadaan kesihatan negara, apakah mungkin ubat yang seorang doktor yang jujur dan bukan doktor yang hanya pandai memutar belitkan fakta akan tawarkan? Ubat kepada penyakit yang dibawa virus Lanun Politik dan Lanun Ekonomi terletak dalam ucapan titah Yang di-Pertuan Agong sewaktu pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Sidang Parlimen di mana baginda telah memberikan titah saranan agar patuh kepada kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan.
Dalam erti kata lain, ubatnya adalah reformasi politik untuk memulihkan demokrasi berperlembagaan agar rakyat menjadi tuan di negara sendiri yang sudah lama merdeka dan tidak terus dirantaikan dengan undang-undang darurat dan dimiskinkan dengan pengurusan ekonomi yang lebih bersifat kolonial.
Marilah semua parti-parti politik yang wakil rakyatnya sedang bersidang untuk bersama-sama meluluskan rang undang-undang Akta Pemansuhan Pengisytiharan Darurat serta menyarankan agar SPR menggunakan dakwat kekal sebagai langkah awal yang bukan sahaja mampu malah terlalu murah untuk dilaksanakan demi mempertahankan demokrasi berperlembagaan berbanding dengan berbilion ringgit yang dibelanjakan untuk peralatan dan aset mempertahankan sempadan negara.
Sekarang apa pula kata doktor yang ada di dalam rumah kaca itu?
Nurul Izzah Anwar ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai

Federalisme Berat Sebelah Ancam Kestabilan Politik

Posted: 15 Mar 2011 06:18 AM PDT


SHAH ALAM 15 MAC : Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, beberapa masalah besar yang melanda negara ini dari sudut pentadbiran adalah berpunca daripada sistem persekutuan atau federalisme yang tidak diamalkan secara telus.

Oleh yang demikian, penyelesaian terbaik kepada masalah ini ialah dengan merubah landskap politik negara supaya bidang kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dihormati kedua-dua belah pihak.
"Perubahan jangka pendek yang boleh dilakukan ialah melalui perubahan landskap politik yang saya harap ia mampu menjadi pemangkin kepada perubahan yang lebih mendasar pada masa akan datang,"katanya.

Aziz berkata demikian pada Wacana Ekonomi 'Keadilan dalam Mengagihkan Kekayaan Negara' anjuran Kerajaan Negeri menerusi Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor di Dewan Banquet Majlis Bandaraya Shah Alam di sini, hari ini.

Menurut Aziz, kepincangan federalisme dapat dilihat dengan jelas dalam krisis politik Stephen Kalong Ningkan di Sarawak pada tahun 1966, darurat di Kelantan
pada tahun 1977, pemecatan bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin pada 2009 dan terbaru isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Selangor yang kesemuanya berkaitan dengan isu federalisme.  

"Konsep Persekutuan mempunyai nilai dan sumbangan yang penting kepada demokrasi ini juga berlaku di Malaysia,sekiranya tanpa ferderalisme mungkin sukar  berlakunya sebarang perubahan, khususnya selepas tsunami politik 2008, kesan yang kita dapat lihat adalah lebih negatif daripada positif,"tambah beliau.

Menurut Aziz, tempangnya amalan federalisme di negara ini bersangkut paut dengan institusi kehakiman yang rapuh dan budaya politik yang tidak sihat di negara
ini.

"Saya tidak menyatakan Perlembagaan tidak adil mahupun tidak betul, namun kalau kita menghormati apa yang ada, saya fikir ia sudah cukup memadai dan negeri-negeri tidak meminta lebih daripada apa yang ada dalam Perlembagaan,"ujarnya lagi.

Turut hadir Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PKR, Saifuddin Nasution, Exco Selangor, Teressa Kok, Shuhaimi Shafie, Ketua Esekutif pejabat Ekonomi Selangor, Rafizi Ramli dan Datuk Bandar Shah Alam, Mazlan Md Nor.

Apabila PM ‘kena kencing’

Posted: 15 Mar 2011 05:58 AM PDT

Oleh Rashidi Hassan RAKYAT khususnya golongan muda harus 'membuka mata' bahawa Barisan Nasional sudah semakin tidak relevan untuk memerintah negara.BN sudah tidak relevan bukannya sekarang, malah "dah lama dah," seperti kata Presiden Umno, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad sewaktu menyatakan hasratnya untuk berundur dari politik.
Dr Mahathir (kini Tun) bersama seorang lagi bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menunjukkan teladan yang tidak baik kepada seluruh rakyat Malaysia.


Mereka sama-sama tidak cekap, tidak cerdik dan tidak berhati-hati kerana dengan mudah ditipu oleh rakan-rakan Menteri dari MCA. Dalam istilah anak-anak muda, kedua-dua PM yang semasa itu menjadi Presiden Umno, sudah 'kena kencing'.
Bukan Mahathir dan Abdullah sahaja yang salah, malah seluruh anggota Kabinet Malaysia adalah mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab dan berdosa kepada seluruh rakyat Malaysia, kerana mereka membenarkan diri mereka 'dikencing'.
Presiden MCA Dato' Seri Dr Ling Liong Sik ketika itu (Tun) didakwa menipu Dr Mahathir, manakala Dato' Seri Chan Kong Choy (Tan Sri) yang menjawat Timbalan Presiden MCA, menipu Abdullah.
Pada 29 Julai, 2010, Dr Ling mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen yang sama terhadap tuduhan menipu Kerajaan Malaysia berhubung skandal PKFZ melibatkan pembelian tanah di Pulau Indah membabitkan RM1.08 bilion lapan tahun lepas.
Dr Ling, 67, didakwa atas satu pertuduhan utama dan satu pertuduhan alternatif menipu Jemaah Menteri dengan menyembunyikan fakta dalam pembelian tanah itu di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya di antara 25 Septemper 2002 dan 6 November 2002.
Manakala, Kong Choy pada Isnin lalu didakwa di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan menipu bekas PM Abdullah berhubung projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Dia didakwa mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Yang mendakwa mereka menipu bukan Pakatan Rakyat, tetapi Peguam Negara yang menyeret mereka ke muka pengadilan.
Liong Sik dan Kong Choy didakwa menipu bekas-bekas PM tersebut dalam skandal PKFZ yang menelan kerugian berbilion ringgit.
Skandal PKFZ m e n d e d a h k a n betapa hebatnya jalinan kerjasama Umno-MCA untuk menipu rakyat Malaysia dan menghabiskan wang rakyat.
Hari ini rakyat, mahu tahu benarkah Ling Leong Sik menipu Mahathir dan Kong Choy menipu Abdullah?
Pendakwaan ke atas kedua-dua bekas Menteri Pengangkutan itu mengundang persepsi apakah PM begitu bodoh? Apakah pegawaipegawai di Jabatan Perdana Menteri, khususnya Unit Perancang Ekonomi (EPU) tidak meneliti projek besar PKFZ yang hanya mengundang kerugian besar?
Mana dia pemimpin Umno yang mendabik dada mereka cekap menguruskan ekonomi? Skandal PKFZ adalah lambang kebodohan Umno-MCA-BN menguruskan wang rakyat.
Persoalan yang ditanya rakyat, apakah benar tiada kajian yang teliti dibuat oleh EPU atau ada tangantangan politik yang mengarahkan projek itu 'dibulldoze' untuk kepentingan pihak tertentu? Persoalan yang juga harus ditanya kepada kerajaan ialah, apakah hanya MCA sahaja yang terbabit dalam PKFZ atau, Umno juga terlibat, tetapi menjadikan MCA sebagai scapegoat?
Kalau MCA menjadi 'kambing hitam' Umno dan dipersalahkan oleh Umno, maka seluruh anggota dan kepimpinan mereka patut malu dan marah dengan Umno. Elok jika Chua Soi Lek dan rakan-rakannya membawa MCA keluar dari BN.
Kerana kedua-dua pertuduhan ke atas bekas Presiden MCA dan bekas Timbalan Presiden MCA ini, adalah suatu pertuduhan yang amat serius. Ia adalah skandal besar, penipu besar dan penyangak besar yang bukan menipu seringgit dua, malah berbilion wang rakyat.
Atau MCA juga sedia menjadi seperti Umno, rela dilabel parti penyangak dan penipu wang rakyat? Pada pengamatan penulis, sebelum ini ramai orang beranggapan bahawa Dr Mahathir semasa menjadi PM adalah seorang pemimpin yang pintar dan teliti. Abdullah juga dikeliling oleh anak menantu yang berkelulusan bukan calang-calang cerdiknya.
Malulah Mahathir dan Abdullah, PM yang cerdik pun kena tipu, apatah pula anggota Kabinet, MT Umno dan Jawatankuasa Pusat MCA. Sama ada mereka tertipu atau mereka semua geng penipu.
Penipuan kedua-dua Tun dan Tan Sri ini, membabitkan ribuan juta wang rakyat adalah serius dan harus dijawab dengan telus oleh kerajaan PM Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.
Sementara itu, adalah disarankan agar Istana Negara mengambil pendekatan yang sama dengan Istana Selangor, iaitu menggantung sementara gelaran Tun, Tan Sri, Dato' Seri atau Dato' bagi mereka-mereka yang terbabit dalam jenayah, sehingga nama mereka dibersihkan.
Malah mereka yang terbabit ditipu juga harus bertanggungjawab memulangkan sementara gelaran mereka, kerana mereka bersubahat melakukan jenayah menipu wang rakyat, sehingga mereka benar-benar bersih.
Dalam masa yang sama, Mahathir dan Abdullah serta pegawaipegawai EPU harus disiasat oleh SPRM. Semua mereka harus disapina ke mahkamah, sehingga dibuktikan mereka tidak bersalah.
Saranan kepada Tun Dr Mahathir, berhentilah 'menyalak', berhentilah membuat kenyataan yang merapu, berhentilah menghentam PAS dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Lagi banyak 'atuk' bercakap, lagi banyak 'tahi atuk' bersepah. Ingatkan wahai mantan PM, bahawa rakyat sesekali tidak akan rela anda dan rakan-rakan anda dilepaskan dari muka pengadilan, di atas skandal penipuan besar ini.

Video : Kalau Tak Berjaya Di Parlimen, Kami Jumpa Sultan

Posted: 15 Mar 2011 05:55 AM PDT

Tiada ulasan: