Isnin, 7 Mac 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Dr M: Saya ada darah India tapi bangga sebagai Melayu

Posted: 07 Mar 2011 09:26 PM PST

KUALA LUMPUR, 8 Mac — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau mempunyai darah keturunan India dalam badannya tetapi mempertahankan beliau masih seorang Melayu dan "bangga" kerana status itu.
"Saya mengaku ada (darah) India atau lebih tepat lagi darah Asia Selatan mengalir dalam urat saya, tetapi dari bahagian mana di benua kecil India nenek moyang saya datang, saya tidak tahu," kata beliau dalam buku autobiografinya "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad."
"Saya seorang Melayu dan bangga kerana itu. Saya seorang Melayu bukan setakat atas kertas. Dari segi sentimen dan semangat, saya juga seorang Melayu," kata beliau dalam memoir 809 halaman ini.
"Ada yang mendakwa bapa saya Malayali dan fasih berbahasa Tamil dan Malayalam.
"Ada yang menulis beliau seorang Hindu yang menganut Islam untuk berkahwin dengan ibu saya.
"Yang lain mengatakan mereka ada melihat dokumen yang dengan jelas mengatakan etnik saya," kata bekas perdana menteri ini.
"Hampir setiap orang Melayu di Malaysia mempunyai sedikit darah bukan Melayu," kata beliau sambil menambah, ia tidak bermakna mereka kurang Melayu.
Dr Mahathir berkata kebanyakan orang Melayu tidak menyimpan asal usul mereka meskipun mereka yang mempunyai darah Arab boleh mengesan keturunan mereka sehingga Yemen dan tahu keluarga asal mereka.
Sehubungan itu kata Dr Mahathir, menjadi orang Melayu bukan lagi persoalan keturunan tetapi satu ikatan perundangan.
"Dari segi perundangan, seorang Melayu didefinisikan sebagai seorang yang bercakap bahasa Melayu, amalkan budaya orang Melayu dan beragama Islam," katanya.
Oleh itu katanya, mereka yang memenuhi syarat-syarat itu adalah orang Melayu dan layak untuk menikmati "sesetengah hak" di bawah lunas perundangan.
Sejak beberapa tahun lalu Dr Mahathir meningkatkan kelantangannya dalam mempertahankan hak perlembagaan orang Melayu dan dikritik kerana sealiran dengan kumpulan pendesak hak orang Melayu seperti Perkasa.
Ekoran pendirian itu bekas perdana menteri ini dituduh sebagai rasis — label yang beliau menafikan berulang kali.
Beliau menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003.

Muslimat PAS ajak wanita buat perubahan

Posted: 07 Mar 2011 08:17 PM PST

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mengajak seluruh wanita negara ini membuat perubahan bagi merubah nasib mereka pada tahap yang lebih gemilang sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia ke-100, hari ini.
"DMPP turut mengucapkan selamat menyambut Hari Wanita Sedunia kepada seluruh wanita di mana jua mereka berada," ujar ketuanya, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.
Sempena 100 tahun sambutan hari tersebut kali ini dengan temanya "Equal acsess to education, training, science and technology: Pathway to decent work for women – Kesamarataan peluang terhadap pelajaran, latihan, sains dan teknologi: Laluan kerjaya terpuji untuk wanita".
Sebenarnya, kata beliau dalam pandangan Islam, wanita mempunyai hak-hak yang sama dengan lelaki di mana Allah menegaskan di dalam al-Quran bahawa wanita adalah pelengkap bagi lelaki manakala lelaki juga adalah pelengkap bagi wanita.
Sabda Rasulullah s.a.w pula yang bermaksud: "Sebenarnya wanita adalah saudara kandung bagi lelaki!"
"Sesungguhnya dari maksud hadis tersebut jelaslah bahawa pada pandangan Islam tidak ada pengurangan atas hak-hak wanita ataupun kezaliman atas wanita demi kepentingan lelaki kerana Islam merupakan satu syariat Allah yang diturunkan untuk lelaki dan wanita sekaligus tanpa pengecualian," ujarnya dalam satu kenyataan.
Oleh itu, jelasnya sebarang bentuk ketidak adilan ke atas wanita di dalam setiap aspek kehidupan amatlah ditegah dan bercanggah dengan ketentuan Ilahi.
Apatah lagi, ujarnya amat besarnya peranan wanita yang mesti disempurnakan oleh wanita, seperti kata-kata bijak pandai: Seorang ibu ibarat sekolah, apabila kamu siapkan dengan baik, bererti kamu menyiapkan satu bangsa yang harum namanya.
Sehubungan itu, menurutnya Pakatan Rakyat menawarkan beberapa program di dalam pelaksanaan agenda Dasar Bersama Pakatan Rakyat seperti menggubal akta bagi memastikan golongan wanita mendapat layanan yang adil dalam segenap bidang.
Di samping itu, memberi penekanan ke arah meningkatkan Kadar Guna Tenaga bagi Wanita kepada tahap 60% dalam tempoh 10 tahun akan datang berbanding 46% sepanjang tempoh 20 tahun yang lalu dan memperuntukkan 30% perwakilan wanita dalam semua barisan pimpinan politik dan kerajaan.
Pakatan Rakyat juga, tambahnya menangani segala bentuk keganasan terhadap wanita dan anak-anak dengan hukuman setimpal yang lebih berat dijatuhkan ke atas pesalah serta memastikan kebersanan pusat krisis di setiap hospital dan balai polis.
Selain itu, katanya memastikan kewujudan sistem sokongan dan bantuan seperti  pusat penjagaan kanak-kanak dan sebagainya untuk ibu yang bekerja di pejabat kerajaan dan sektor swasta.
Beliau menambah, Pakatan turut memberikan bantuan untuk meringankan beban keluarga ibu tunggal yang miskin dan memerlukan, mengambil kira perspektif gender dalam merangka belanjawan dan dasar-dasar negara, memperkenalkan program kepekaan jantina ke dalam kurikulum sekolah dan mengiktiraf peranan suri rumah di dalam pengkukuhan institusi keluarga dan sumbangannya kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Justeru, ujarnya sayugia wanita mengambil inisiatif dan keprihatinan terhadap tawaran-tawaran tersebut agar seluruh wanita Malaysia dapat berperanan dan memberikan sumbangan positif terhadap usaha-usaha Pakatan Rakyat merubah nasib kaum wanita pada tahap yang lebih gemilang.
"Sesungguhnya nasib kita adalah di tangan kita juga seperti penegasan Allah SWT di dalam al-Quran bahawa Allah tidak akan mengubah nasib seseorang individu atau kaum tanpa mereka berusaha mengubah sikap dan berusaha ke arah reformasi kehidupan yang lebih baik.
"Marilah kita bersama-sama berganding bahu melaksanakan perubahan ini. Ubah sekarang, selamatkan Malaysia," ujarnya.

TG Nik Aziz mohon penjelasan Harussani

Posted: 07 Mar 2011 08:13 PM PST

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar surat rasmi  memohon penjelasan dari Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ekoran penyataan 'undi PAS masuk syurga'
Surat itu dihantar pagi tadi oleh pejabat Nik Aziz kepada Harussani.
Tulisan mufti itu disiarkan akhbar Mingguan Malaysia 6 Mac lalu, iaitu hari pengundian bagi PRK Kerdau dan Merlimau.

"Hari ini saya telah menghantar surat rasmi kepada sohibus samahah Tan Sri Harussani, mufti Perak memohon penjelasan di atas tulisan beliau di dalam Mingguan Malaysia 6 Mac 2011.

"Saya memohon supaya beliau menjelaskan bilakah saya menyatakan bahawa undi PAS masuk syurga," katanya melalui Facebook pagi ini.

Jika benar, pertemuan kedua-dua tokoh yang sering bercanggah pendapat melalui media ini adalah kali pertama berlaku.

"Semoga beliau memberikan respon,"tambah Tuan Guru lagi.

Semalam juga Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah menghantar surat jemputan kepada Harussani berhubung paerkara sama.

Mereka menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi merialisasikan pertemuan tersebut.

Menurut mereka, sudah tiba masanya untuk kedua-dua tokoh itu bersemuka dengan cara yang lebih terhormat dan beradab bagi menjernihkan keadaan dan menyelesaikan kemelut yang hanya merugikan umat Islam.

Mereka berpendapat, dengan menghormati ilmu Harussani, pihaknya merasakan kaedah itu adalah yang terbaik bagi menidakkan semua pandangan yang telah dikemukakan secara terbuka.

Pemuda PAS Perak juga sebelum ini antara yang tidak senang dengan beberapa pandangan mufti itu khususnya dalam isu ancak membabitkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Minda Najib Macam JKKK

Posted: 07 Mar 2011 08:10 PM PST


MELAKA 8 MAC :  Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa ada pihak yang tidak menggalakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berceramah semasa pilihan raya kecil (PRK) Kerdau dan Merlimau baru-baru ini adalah suatu pembohongan yang nyata.
Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab berkata tidak ada suatu keputusan pun dibuat oleh pihak jentera pilihan raya PAS yang menghalang Anwar dari menyampaikan ceramahnya semasa kempen pilihan raya kecil tersebut lapor Harakah Daily.
"Saya terlibat sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Jentera Pilihanraya Dun Merlimau, kita tidak pernah pun berbincang dan mengambil keputusan sedemikian.
"Kalau Najib berkata ada sms yang tidak suka Anwar datang ke Merlimau mungkin itu perang saraf dari jentera Umno sendiri, sesiapa pun boleh hantar sms semacam itu," katan Yusof ketika dihubungi.
Yusof berkata semasa kempen PRK Merlimau baru-baru ini, banyak sms yang bersifat provokasi dan fitnah yang dihantar oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
"Takkan seorang yang berjawatan Perdana Menteri sanggup menggunakan sms yang tidak tahu dari mana asalnya sebagai hujah, jatuhlah 'standard'.
"Saya kesal dengan dakwaan ini kerana ianya menggambarkan bahawa minda Perdana Menteri kita lebih kurang sama dengan minda JKKK atau Kemas," tegas Yusof yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.
Menurut Yusof, rakyat sentiasa dahagakan maklumat terkini dari Anwar kerana mereka tahu pemimpin PKR itu mempunyai banyak informasi sama ada dari orang dalaman Umno atau luar negeri.
"Umno sebenarnya dari dulu lagi mahu melaga-lagakan PAS dengan Anwar supaya perpaduan yang wujud kini hancur dan mereka akan mendapat keuntungan dari kehancuran PR," tegas Yusof.

Parlimen tanpa Anwar

Posted: 07 Mar 2011 08:09 PM PST

Nasir Zakaria   
Sehari sebelum cukup haul 3 tahun penggal 12 persidangan Parlimen Malaysia. Pembukaan sidang didahului oleh perbarisan dan tabik hormat di Dataran Parlimen. Lagu Negaraku disusuli kibaran Bendera Diraja disertai tembakan 21 das meriam berlangsung serentak.

Pembukaan sesi keempat ini berlangsung tanpa Ketua Pembangkang DS Anwar yang digantung. Menyertai beliau ialah tiga lagi Ahli Parlimen yang turut digantung atas isu yang sangat Ajaib. Berlaku sedikit pertukaran tempat duduk apabila Ahli Parlimen Padang Serai menyertai Bebas. Ahli Parlimen yang sentiasa memanaskan sidang dengan lawak jenaka dan aksi yang kadang-kadang memalukan Pakatan Rakyat itu akhirnya menyertai kumpulan yang selalu beliau hentam dan maki.

BN wajib menyekat Anwar. Bermula dengan perlu memastikan beliau digagalkan dari kerusi PM di zaman Tun Mahathir sampailah ketika beliau berada di barisan pembangkang. Perpaduan di kalangan pembangkang adalah ketakutan maha tinggi BN. Peranan beliau dalam mendekatkan PAS, DAP dan PKR tidak pernah dipertikai. Kemahiran yang sangat tinggi amat perlu bagi membawa pemimpin-pemimpin parti berbeza ideologi.

ANWAR DISERANG


Anwar diserang lagi. Kali ini dengan menggunakan segala peraturan secara songsang di Parlimen untuk mengasak beliau ke sudut. Hanya kerana beliau membangkitkan isu hubungan APCO dan kerajaan Malaysia. BN menggunakan 'stupid majority' bagi menghalalkan penggangtungan Anwar.

Saya berada di Parlimen ketika Anwar dizalimi tanpa kehadirannya. Ahli Parlimen BN menjadi pengecut ketika Anwar bangkitkan isu itu. Ketika Anwar di luar dewan, Ahli Parlimen Kota Belud, bekas Setiausaha Pemuda Umno merujuk isu yang telah dibangkitkan oleh DS Anwar dan dan BN mengenakan Anwar. BN mempunyai majoriti untuk menzalimi Ahli Parlimen yang mempunyai kemampuan menyanggah mereka.

CATATAN PELIK PARLIMEN MALAYSIA


Satu: DS Anwar adalah Ahli Parlimen biasa. Tanpa jawatan kabinet. Melainkan beliau adalah Ketua Pembangkang, beliau sama status seperti saya dan ahli parlimen biasa yang lain. Kami bebas membangkitkan apa sahaja isu kerana kami tiada akses kepada maklumat. Yang ada akses hanyalah Menteri dan Timbalan Menteri. Pegawai akan sediakan bahan dengan arahan mereka. Menterilah yang akan menjawab segala persoalan kami bangkitkan walaupun biasanya mereka yang terdesak memeramkan sahaja isu yang tidak memihak mereka.

Kedua: Anwar sudahpun habis berucap. Beliau cuba dirujuk ketika beliau tiada di dalam dewan. Beliau dikenakan ketika beliau tiada untuk menjawab.

Ketiga: Tuduhan yang dikenakan terhadap beliau ialah tuduhan menyelewengkan fakta. Tuduhan yang hanya boleh dikenakan kepada Menteri atau Timbalan Menteri yang menjawab. Bukannya mereka yang bertanya. Adakah dengan demikian maka bertanya pun dikira kesalahan dan boleh dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Pilihan,

Keempat: Ahli Parlimen Pakatan rakyat yang cuba mencelah, dinafikan hak untuk membetulkan kesalahan. Ya kerana 'stupid Majority" digunakan oleh BN dan Speaker terpaksa menurut.

Kelima: Anwar di perintah dan diberi peluang seminggu untuk membuat penjelasan. Biasanya penjelasan dipohon daripada Menteri atau Timbalannya. Ia diminta oleh Ahli Parlimen biasa bukannya diputuskan oleh Menteri yang meminta penjelasan.biala ditanya kemudiannya, maka semuanya termasuk speker kemalu-maluan.

Keenam: Anwar memberi penjelasan juga. Walaupun bertentangan dengan peraturan dewan. Hukuman dijatuhkan juga. Maka Anwar perlu dihadapkan ke jawatankuasa Hak dan Kebebasan sekali lagi dengan "stupid Majority".

Ketujuh: Anwar dijanjikan (ada dalam hansard) dengan peluang membela diri, mengemukakan bukti dan membawa saksi. Namun dengan sekeping surat dari APCO, Anwar tidak tidak perlu bersusah payah lagi.

Kelapan: Sekali lagi "Stupid Majority" diperlukan untuk menghalalkan kezaliman. Anwar dihukum. Tetapi yang sebenarnya juga dihukum ialah rakyat. Malysia sangat kerugian. Ini hanya catatan santai. Namun semua saksi masih hidup lagi. Kalau ada yang mati nescaya akan ada PRK!! Namun Anwar kena 6 bulan. Satu Demontrasi berlaku di Parlimen. Ya satu Sejarah Hitam..
-----------------------------------
Penulis adalah anggota Parlimen Padang Terap yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah.

Memoir Mahathir: Anwar didakwa dibekal empat wanita untuk seks

Posted: 07 Mar 2011 08:08 PM PST


KUALA LUMPUR, 8 Mac - Tun Dr Mahathir Mohamad dalam autobiografi yang dikeluarkan hari ini mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibekalkan empat wanita untuk mengadakan hubungan seks sebelum beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada 1998.  
Bekas perdana menteri itu berkata beliau ada menemu bual wanita-wanita yang memberitahunya bahawa mereka telah dibawa untuk mengadakan hubungan seks dengan timbalannya ketika itu, yang kemudian didakwa dan dihukum penjara berhubung tuduhan kes liwat dan salah guna kuasa.
Dr Mahathir menulis bahawa merema dipujuk agar berbuat demikian oleh seorang lelaki India bersama Nalla, dipercayai Datuk K. S. Nallakarupan, ketika itu rakan Anwar.

Nallakarupan telah memutuskan hubungan dengan Anwar selepas pemilihan PKR tahun 2007.

"Dia telah membawa setiap perempuan secara berasingan ke sebuah rumah di Kenny Hills. Di sana mereka bertemu dengan seorang yang (mereka) kenalinya sebagai timbalan perdana menteri.

"Mereka telah diminta menanggalkan pakaian untuk tujuan mengadakan hubungan seks," tulis Dr Mahathir dalam memoir bertajuk "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad", yang pertama sejak bersara pada Oktober 2003.

"Dua daripada mereka enggan (mengadakan hubungan seks) tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka sudi untuk bercakap kepada polis dan kepada saya tetapi berkeras tidak mahu muncul di mahkamah untuk memberi keterangan," kata bekas perdana menteri itu.

Dr Mahathir berkata beliau memanggil pemimpin-pemimpin Umno termasuk ketua-ketua menteri dan menteri-menteri besar ke kediaman rasminya Sri Perdana di sini untuk memberi taklimat mengenai perkara itu dan menunjukkan mereka gambar para saksi.

"Dia mengisytiharkan dia tidak melakukan sesuatu yang luar biasa dan menegaskan bahawa setiap orang termasuk kesemua ahli Majlis Tertinggi memang ada berbuat demikian," tulis Dr Mahathir mengenai pendirian Anwar membela dirinya di hadapan kepimpinan tertinggi Umno.

"Ketika penjelasan panjang lebar, Anwar tidak pernah dirujuk kepada soal hubungan homoseks, hanya fokus hubungan dengan wanita," katanya.

Dr Mahathir juga mengulangi bahawa beliau buat pertama kali diberitahu mengenai aktiviti homoseksual Anwar pada awal 1990-an oleh ketua polis ketika itu Tun Haniff Omar.
Katanya, beliau diberikan buku berjudul "50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri", tetapi menolaknya kerana ia berunsur "sensasi" hanya untuk mendapatkan duit.
Kata Dr Mahathir, pada 1997, Ummi Hafilda Ali, adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, menghantar surat kepadanya dengan dakwaan khusus mengenai tingkah laku liwat Anwar.
Anwar dipecat pada September 1998.
"Polis meneruskan pemantauan ke atas aktiviti timblan perdana menteri memandangkan ia adalah amalan biasa mereka. Meskipun saya minta mereka hentikannya, saya ragu-ragu mereka akan berbuat demikian.
"Kali ini mereka ada bukti termasuk gambar dan pengakuan mereka yang terlibat," kata beliau dalam buku terbarunya setebal 809 halaman.
Kini, Anwar berhadapan dengan kes liwat kedua terhadapnya.

Fitnah II : Hakim tolak tiga barangan sebagai bukti..makin terbukti kerja jahat Polis..!!!

Posted: 07 Mar 2011 07:21 PM PST

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini memerintahkan tiga barangan - berus gigi, botol air minuman dan tuala 'Good Morning' tidak boleh diterima sebagai bukti.

Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman dalam bicara dalam perbicaraan berkata barangan berkenaan diperolehi dengan cara yang tidak sah.

"Mahkamah mendapati tiga barang itu diperoleh secara tidak adil. Barang-barang dan perkara yang berkaitan akan ditolak daripada perbicaraan ini," katanya. 

Justeru, katanya, sampel DNA yang diperolehi itu juga tidak boleh diterima.
Sehubungan keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihak pendakwaan belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan, meskipun beliau mempunyai tiga saksi lagi.
Mahkamah kemudiannya ditangguhkan hingga pagi esok.

Sebelum itu, peguam Karpal Singh pagi tadi menjawap hujah Yusof semalam dalam usaha tidak membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menjadikan tiga barangan kontroversial itu sebagai bukti.

Menurut Karpal, memandangkan tangkapan ke atas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dijalankan secara tidak sah dan barang berkenaan diperolehi secara tidak adil, justeru ia harus ditolak.

Sebaliknya, Yusof pula berkata mahkamah perlu mempertimbangkan sama ada barangan itu adalah relevant meskipun cara ia diperolehi mengkin 'tidak sah'.

Sambil memetik kes mahkamah di negara-negara Komanwel seperti Britain, Amerika, Jamaica dan Afrika, Yusof dalam hujahnya selama dua jam setengah itu berkata puntung rokok dan botol air minuman daripada tertuduh juga diterima sebagai bukti dalam kes serangan seksual dan pembunuhan.

Berdasarkan hujah kedua-dua pihak, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat penghakimannya hari ini.

Hell hath no fury like a woman scorned

Posted: 07 Mar 2011 06:35 PM PST

Hell hath no fury like a woman scornedYou either love her or loathe her - Ummi Hafilda Ali, Umno's secret weapon in the recent campaign trails, was back in Merlimau, by popular demand. She started her tirade, with a touch of crudity by introducing Opposition leader Anwar Ibrahim as Umno's number one enemy, except that she referred to him as al-Sheikh al-Anwar al-Juburi.
Her speech was  liberally littered with crude terms like main belakang (play the behind), anjing (dog), insan munafik (hypocrite) and bapa rasuah (father of corruption). The sniggering crowd in the BN camp knew they would not be deprived of a night of crass,  crude coarseness.
Ummi's sudden appearance last January as part of BN's arsenal against the Opposition to turn the rakyat against Pakatan Rakyat in the fight for votes in the next general election was seen as a sign that Umno/BN was desperate.
That is not strictly true, because Umno has made an in-depth study into the modern Umno Malay mind and it knows that sex and crudity is never far from his mind.
Ummi's outrageous claim, that the opposition victory in March 2008 in winning four new states and retaining Kelantan, was due to her absence from the electoral campaign, shocked no one.
Her obsession is to get rid of Anwar. If it is true that Umno did not invite her to campaign for them, then Ummi is someone who will get her own way, even if it means forcing her way in uninvited.
Some people say that Ummi does not mince her words and that she 'looks like a lady but talks like a man'. But some women at her talks call her a minx and are embarrassed by her gutter talk. A few of the older men present thought her language inappropriate. Many Malays still value 'sopan-santun'.
Ummi is the woman whose allegations of a relationship between Anwar and her sister-in-law started the downward spiral in his political career. She was the catalyst to Anwar's fall from grace. The rest as we know it, is history.
At the height of the reformasi period, Ummi was arguably the most hated woman in the country and she was called derogatory names like perempuan sundal (loose woman), sial (cursed), pelacur (prostitute) and babi (sow). In the years after Anwar's fall, she was unable to go to the shops or even the hair salon because people would verbally abuse her.
When Ummi speaks she commands the attention of her audience who are transfixed by what she has to say. It is probably the shock factor which they are fascinated with, for few Malay women are as coarse and vulgar as she is.
So what happened in the intervening years from the time she disappeared from the scene, 13 years ago? Way back then, she would be jeered at and be described in an unflattering light whenever she tried to explain her actions. Today, she is made of sterner stuff and her audience is like putty in her hands.
She claims that she wants to expose the politics and "hypocrisy of Anwar Ibrahim" and sees it as her duty to stop an "evil man" from coming to power.
Then there is the problem of her brother, Azmin Ali the PKR deputy president and Anwar's trusted steed.
Can she be that callous: "And if I have to sacrifice my brother for the nation, then so be it"?
There is nothing the Malay public likes better than a full-blown family drama played on the public stage. Sex, scandal, a lady in bling and an SUV with bodyguards in tow, add to the excitement.
Ummi revels in listing Anwar's "sins" and recounting her version of events that led to the former deputy prime minister's sacking from the government in 1998.
She sounds excited when she attacked Anwar for his alleged sordid affair with Azmin's wife, Shamsidar Taharin.
Her idea of being a crowd pleaser is to list Anwar's alleged apparent preference for lelaki jambu, or pretty boys, counting her brother Azmin, Rahimi Osman, who said he was forced to sign two statutory declarations related to Anwar's on-going sodomy trial, and Anwar's alleged sodomy victim Saiful Bukhari Azlan, as clear examples of this.
"Anwar is a thief, a serial rapist and a chronic sodomite," she boomed to an excited crowd.
She related her personal ordeal, as if in a tearjerker, and spoke of how police in ski masks and automatic weapons broke through the roof of her friend's house where she had taken refuge to arrest her.
She described her trauma at the hands of the police during interrogation and how she was treated like an enemy of the state. And all this, she decried was because of Anwar.
She said that only a few people believed her story then, but that the ministers whom she approached for help were reluctant to help her as they did not want to get involved because Anwar was too powerful.
Ummi made no attempt to hide her often crude vocabulary.
"I have to use rude words because I don't have any good words for that man," she said.
Although the by-elections are over, that does not signal the end of Ummi. We will undoubtedly see more of her.

Memperkasa IKS Bumiputera

Posted: 07 Mar 2011 06:30 PM PST

Perkasa mahu tingkatkan sumbangan IKS kepada KDNK ke paras 40%.

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) bercadang untuk memperkasakan kedudukan syarikat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Bumiputera dan meningkatkan sumbangannya kepada Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK).
"Sekarang ini terdapat sebanyak 540,000 syarikat IKS di negara ini dan 80% milik Bumiputera," kata Presidennya Datuk Ibrahim Ali selepas mempengerusikan mesyuarat pra-meja bulat konvensyen di Kelab Sultan Sulaiman di sini petang tadi.
Perkasa akan menganjurkan Konvensyen Transformasi Ekonomi Bumiputera di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 27 Mac ini.
Bagaimanapun katanya, peratus KDNK yang disumbang oleh IKS ialah pada sekitar 30% sahaja berbanding dengan negara-negara maju di mana IKS menyumbang sebanyak 50% KDNK.
Menurut Ibrahim, pakar-pakar di Perkasa mahu memperkasakan syarikat IKS ke tahap dimana syarikat IKS boleh menyumbang sekurang-kurangnya 40% kepada KDNK.
Perkara kedua yang dibangkitkan ahli parlimen Bebas itu ialah yang berkaitan Pendapatan Kasar Negara (GNI).
Menurut beliau, GNI orang Melayu hanya sebanyak 20% bersamaan RM140 bilion.
"Menjelang 2020, GNI berjumlah RM1.7 trilion. Oleh itu, GNI Bumiputera perlu ditingkatkan sebanyak RM260 bilion," ujar ahli parlimen Pasir Mas tersebut.
Justeru itu katanya, kerajaan perlu menggunakan 'tongkat' untuk membantu masyarakat Bumiputra," tambah Ibrahim. Isu-isu yang dibangkitkan dalam konvensyen dan kaedah bagi mengatasi cabarannya akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak dan agensi-agensi kajian Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu).

RM30 juta sebuah kereta perisai lebih mahal dari kereta kebal M1

Posted: 07 Mar 2011 06:29 PM PST

Oleh: amkns

"Parlimen sedang bersidang sekarang. Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat tak nak bawa ke isu pembelian kereta perisai AV8 negara yang berharga RM30 juta sebuah yang melebihi harga kereta kebal paling canggih di dunia iaitu M1? Di bawah ini satu artikel yang begitu baik untuk di baca dari wartawan penganalisis ketenteraan.

Malangnya dalam Bahasa Melayu. Tolonglah editor laman web bebas atau Pakatan Rakyat terjemahkan agar rakyat lebih mudah faham.
Buat gambar dengan RM30 juta ni buat berapa rumah rakyat, boleh beri biasiswa kepada berapa pelajar Melayu, boleh beri pekerjaan kepada berapa ramai siswazah Melayu yang menganggur dan seterusnya. 

 
FOR RM30 MILLION A PIECE IT SHOULD BEAT THE M1! 
Written on March 7, 2011 – 10:05 pm |
by Marhalim Abas | 
SHAH ALAM: The statement below is self-explainatory. It is the confirmation of the contract for the AV8. As mentioned in the previous postings, the LOA for the AV8 signified the three mandatory Armed Forces projects for the RMK 10. As a reminder the other two projects are the SGPV/LCS and the Nuri Replacement Programme (Cougar procurement).  
AV8 with Sharpshooter turret The Cougar project has just started while the SGPV/LCS project will be signed, most probably, at Lima 2011 at the end of the year.
Again as I had mentioned I am wary of having the government ceiling budget for any project under negotiations as the final price had always been tracked the approved budget. In this case, the LOI was worth RM8 billion and the LOA (contract) is RM7.5 billion, a discount of RM500 million. Like the SGPV/LCS project I am still of the opinion that this the another Bridge Too Far for MAF. Seriously, of course the Army needs recapitalise its forces but spending RM7.5 billion for just 257 armoured fighting vehicles (AFV) is over the top for our defence budget.
Yes, the money spent will be spread out most probably within 10 years or even longer but we can guarantee we spent a billion ringgit a year for these vehicles. The rest of the Army remained in need of recapitalisation and more money is needed for operational and maintenance concerns.
Yes, there is even the chance of huge capital outlay in case a shooting war does take place on watch, no matter how remote it is. Yes, I know the AV8 is an AFV and it was never designed to fight an Abrams.
But for that price it should not only fight an Abrams it should tore it to pieces! I will not bore you with numbers but the rest of the 8×8 AFV cost around RM10 million each or cheaper (Western ones) while Russians and Chinese ones goes much, much cheaper. 
The Abrams I understand the argument on transfer technology and such but then again for RM30 million a piece everything on the AV8 should be designed in country and made locally. Instead it will have a Turkish body, a South African turret with gun and ATGW launcher, a German engine and French radios and electronics and assembled here. It was designed in the USA however, the country that bought an AFV from the Swiss, mind you. 
By the way, I have no idea how much is cost of the Singaporean 8X8 the Terrex. It may cost as much as our AV8. But with an annual budget of nearly US10 billion, of course it can afford to pay for it.  
Revised RMK10 tally (figures in bracket is actual contract price0Cougar RM1 billion (RM1.6 billion); SGPV/LCS RM3 billion (RM6 billion), AV8 RM2.5 billion (RM7.5 billion) A400M RM1 bilion (RM2.5 billion) DRB-HICOM BERHAD ("DRB-HICOM" OR "COMPANY")ACCEPTANCE OF LETTER OF AWARD ("LOA") FROM THE GOVERNMENT OF MALAYSIA TO DRB-HICOM DEFENCE TECHNOLOGIES SDN BHD ("DEFTECH") IN RELATION TO THE MANUFACTURE, SUPPLY AND DELIVERY OF ARMOURED WHEELED VEHICLES 
Announcement Details/Table Section : 
Further to the announcement dated 20 April 2010, DRB-HICOM is pleased to announce that its wholly-owned subsidiary, DEFTECH had accepted the Letter of Award dated 23 February 2011 from the Government of Malaysia to design, develop, manufacture, commission, supply and delivery of two hundred and fifty seven (257) units of twelve (12) variants of the 8 x 8 Armoured Wheeled Vehicles (AWV) ("Contract").
The Contract valued at RM7.55 billion is for a period of 7 years commencing from 2011. DEFTECH, via this Contract, will spur and enhance the growth of the Malaysian economy through an economic enhancement program which consists of transfer of advanced defence technologies from its technology partners and original equipment manufacturers ("OEM"), research & development and local vendors development. 
DEFTECH will also own its first intellectual property rights on armoured wheeled vehicle systems and sub-systems. Many new local OEMs will be created through direct and indirect foreign investments during the duration of the Contract and this will generate increased employment for the local defence industry. 
Close collaboration with its technology partners and principal OEMs will also enhance the capabilities and knowledge of not only DEFTECH's employees but create a knowledgeable workforce for the local defence industry including acquiring competencies in project management, supply chain management particularly defence business processes as well as systems engineering, amongst others. 
The Contract will not have any material effect on the earnings, gearing and net assets of DRB-HICOM Group for the financial year ending 31 March 2011. However, the Contract will contribute positively to the future earnings of the Group. None of the Directors and/or substantial shareholders of DRB-HICOM and persons connected with them have any interest, direct or indirect, in the said Contract. 
This announcement is dated 7 March 2011. –Malaysian Defence 

Kerdau dan Merlimau: Antara Marah

Posted: 07 Mar 2011 06:27 PM PST

Oleh Munir
salam, Dalam banyak-banyak PRK, Pilihanraya Kecil Merlimau dan Kerdau inilah - untuk diri saya - yang saya kurang bagi perhatian sangat. Sebab apa, sebab awal-awal lagi saya boleh agak sapa menang sapa kalah.

Sebab tu bila lebih kurang jam 9:00 mlm tadi 6/3/11, bila ada sorang kawan call tanya pasal final results, saya kata tak payah tanya pun tat pa haih, gerenti BN menang haih, paling kurang pun majoriti mau dua tiga ribu.

Kawan saya ni kata, dia tanya sebab Pak Mertua dia (UMNO) dok tanya dia sangat-sangat, sejak dari tadi lagi sapa yang menang. Saya kata, tak apa lah, habag kat Pak Mertua hang suruh dia semelih Kerbau sebab UMNO dah menang di Kerdau.

Lepas tu tak dak sapa call dah, kalau ada pun cuma dua tiga sms dok buat lawak pasal p.raya Merlimau/Kerdau ni yg tak berapa wajar disiarkan untuk tatapan umum. Ringkasnya menang ka kalah ka PRK dua DUN ini dah tak ada apa yg menariknya sebab semuanya begitu straight forward dan begitu mudah diramalkan.

Itulah yang saya ingatkan, sehinggalah saya meneliti dengan lebih terperinci jumlah majoriti yang diperolehi oleh UMNO di kedua-dua DUN ini.

Kesimpulannya: PAS perlu bangkit dengan segera kalau masih mahu kekal memerintah di KEDAH dan KELANTAN selepas PRU13 nanti!

Apa tidaknya; sekiranya jumlah majoriti undi untuk kedua-dua DUN Merlimau dan Kerdau itu digabungkan, ianya menunjukkan peningkatan hampir 50% pengundi sudah pun lari kepada UMNO/BN, seperti fakta di bawah, bukannya sikit-sikit:

2008: Majoriti 3769
2011: Majoriti 6367

(2004: Majoriti 7652)

Bermakna kata, jika UMNO mampu cari lebih kurang 1000 undi lagi, maka mereka akan mendapat majoriti yang hampir sama banyak dengan tahun 2004; di mana UMNO pada waktu itu sedang berada di puncak persada.

Saya melihat DUN Merlimau dengan komposisi penduduknya hampir melambangkan Negeri Kedah dan DUN Kerdau melambangkan Negeri Kelantan. Kedua-duanya Melayu majoriti.

Suka atau tidak, pertambahan majoriti untuk UMNO/BN ini sedikit sebanyak ada kaitannya dengan prestasi buruk Pakatan khususnya di pihak PKR yang menyaksikan YB-YB nya melompat satu persatu, bagaikan pesta, seorang selepas seorang, melompat keluar dari Pakatan.

Kita kena ingat, dalam sesebuah kawasan yang majoriti Melayu, secara amnya komposisi pengundi terbahagi kpd 3 kumpulan utama; 30% pengundi tegar PAS, 30% pengundi hardcore UMNO dan 40% lagi atas pagar. Dalam p.raya 2008 hari tu, kumpulan 40% ini kebanyakannya memilih untuk memangkah Pakatan melalui parti PKR. Lalu, apabila YB-YB PKR pasca 2008 mula mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat melalui proses pengundian itu, maka sebahagian daripada kumpulan 40 ini melihat tidak ada gunanya lagi mereka bersama Pakatan.

Semua orang tau, majoriti org-org PKR adalah bekas org-org UNMNO atau pun bekas penyokong UMNO atau pun mereka yang bersimpati dengan UMNO. Lantas itu, apabila YB-YB katak ini mula melompat, kumpulan ini melihat tidak ada lagi gunanya untuk mereka terus memangkah Pakatan; maka itulah natijahnya.

Lalu tinggallah hanya hardcore PAS bersama beberapa kerat lagi pengundi setia PKR yg masih setia dengan perjuangan Pakatan; dan ianya tidak mampu lagi memberi tenaga kpd Pakatan seperti yang dinikmatinya pada tahun 2008.

Lantaran itu, sebagai pengundi setia PAS di negeri Kedah, dan masih ingin melihat PAS terus memerintah Kedah (dan juga Kelantan) selepas PRU13; maka wajarlah para Think-Tank PAS di atas sana mula memikirkan secara serius arah tuju parti selepas ini.

Ya lah, ini cuma pendapat pengundi PAS biasa saja di bawah ini, bukan org-org besar parti pun, tapi pengundi-pengundi kecik seperti kami di bawah inilah yang bertanggungjawab membawa Tuan/Puan/Dato'/Datin, YB-YB PAS dan Pakatan menduduki kerusi empuk di Parlimen sana, boleh terima atau pun reject pendapat kami ini, terpulanglah.

Apa-apa pun, marah mendidih yang membuak-buak di dada ini bilamana YB Parlimen tempat sendiri(Padang Serai) dan Parlimen yang bersebelahan (Kulim) melompat parti masih belum reda lagi.

Sesekali, terlintas di hati ini: "Padan muka Pakatan kalah di Merlimau dan Kerdau, biaq ada akai sikit!!"

Sekian.

Judi Tidak Membawa Kebaikan Kepada Rakyat dan Negara

Posted: 07 Mar 2011 06:26 PM PST

Oleh Nasrudin Hassan at Tantawi
1. Negara yang baik, selamat dan bertamaddun ialah sebuah negara yang mempunyai modal insan yang berkualiti sebagai sumber manusia yang akan menjana pertumbuhan ekonomi cerdas serta berkat dan membina iklim sosial yang aman serta tenteram malah sumber manusia berkualiti ini akan membina kestabilan politik serta pentadbiran negara.


2. Namun judi akan merosakkan segalanya. Bukan sahaja ia diharamkan oleh Islam malah ia turut ditolak oleh semua agama justeru judi adalah antara kemungkaran tertua di dunia yang menjadi penghalang utama di sepanjang zaman untuk melahirkan generasi yang sihat minda dan cerdas aqal lalu berkeupayaan tinggi untuk mandiri sekaligus menjadi agent utama membangunkan negara.

3. Judi hanya mengheret pelakunya bergantung pada nasib tanpa rasional dan membunuh nilai usaha ikhtiar yang sepatutnya membangunkan semangat berdikari dalam diri manusia.Akhirnya mereka hanya mempertaruhkan wang ringgit dengan membina istana impian tanpa gigih berusaha. Tambah malang, impian itu tidak pernah kesampaian sehingga ia mati dalam angan - angan yang tidak tergapai dek tangan.

4. Sukar untuk mencari penagih judi yang kaya kecuali segelintir yang sangat terpencil. Kerana mungkin mereka menang besar pada pertaruhan pertama namun ia boleh kalah pula pada pertaruhan kedua lantaran itulah resmi sebuah perjudian. Begitulah judi mempermainkan penagih judi.  Kebanyakan yang menimbun kekayaan ialah taukeh judi yang mengambil kesempatan diatas kelekaan penagih judi ini.

5. Sang penagih judi yang kehabisan wang tidak akan berhenti diam begitu sahaja. Sama seperti penagih dadah yang sukar menghentikan ketagihannya lalu terpaksa mencari wang dengan meragut, mencuri, merompak malah membunuh jika hasratnya terhalang. Ekoran jenayah tersebut, hasil pula dendam, kebencian, permusuhan sesama manusia malah keruntuhan rumahtangga. Lalu apa untungnya judi pada pembangunan tamadun manusia dan negara ?

Benarlah apa yang difirmankan oleh Allah sw : [ dari surah al Maaidah ayat : 90 ]

Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) terdiri dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

Dan Taatlah kamu kepada Allah serta Taatlah kepada Rasul Allah, dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa Yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, Bahawa Sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) Dengan jelas nyata.

6. Berapa banyak kes jenayah yang bertelur dari pusat perjudian. Perkara ini tidak boleh dinafikan dan jangan sesiapa yang cuba untuk menafikan. Jerih ahli politik, akademik dan aktivis sosial berseminar mencari formula mengatasi peningkatan indek jenayah sedang pusat penetasan jenayah ini [ industri perjudian ] tidak dipandang serius dan berusaha untuk membenterasnya.

7. Alhamdulillah, Kelantan sejak 20 tahun yang lalu secara rasminya menerusi kuasa pentadbiran yang dimiliki telah menyekat industri judi daripada berleluasa di negeri itu. Menyedari berlakunya penyusutan dana kewangan negeri ekoran tindakan itu, namun yakin betapa judi membawa kerosakan jangka pendek dan jangka panjang kepada rakyat malah negeri, Kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin oleh YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat nekad mengambil langkah menghalang dan menyekat judi di Kelantan.

8. Sehingga kini,[  setelah 20 tahun ] Kelantan masih mampu bertahan walaupun tanpa judi. Bahkan jenayah serta kesan sosial yang berpunca dari judi dapat dikurangkan. Bermula dari sini, saya mencadangkan agar judi ini dihapuskan di seluruh negara. Berikan komitmen ke arah itu. Usaha terancang mesti dilakukan biarpun langkah beransur - ansur tetapi tidak menyuburkan judi di negara ini. Penyusutan perbendaharaan hasil negara kelak ekoran penghapusan judi  boleh ditangani melalui usaha jimat cermat, elak pembaziran, , elak projek mega yang tidak bermanafaatelak penyelewengan, rasuah dan lainnya.

9. Pakatan Rakyat sewajarnya menjadi contoh kepada semua dalam usaha menempatkan diri sebagai alternatif. Justeru itu saya mencadangkan agar Pakatan Rakyat juga memberi komitmen untuk menghapuskan judi di negeri - negeri yang telah dikuasai. Tidak perlu gopoh dan tidak perlu tergesa - gesa. Apa yang saya tegaskan ialah perlu ada komitmen ke arah itu dan ia boleh dilakukan secara beransur - ansur seperti menyemarakkan pendidikan terancang kepada rakyat mengenai bencana judi dan tidak lagi menambah premis judi buat masa ini.

10. Saya melihat Pakatan Rakyat perlu menjadi contoh yang baik kepada rakyat dan negara sebagai bakal peneraju tampuk pemerintahan akan datang. Tiada ertinya melakukan perkara serupa seperti apa yang kekal dalam pemerintahan Barisan Nasional sedang kita sedar akan keburukan perkara itu seperti judi. Jika kita mahu mengekalkan mungkar yang dilakukan oleh Barisan Nasional maka tiada ertilah kita menentang mereka. Lebih baik kita sokong sahaja mereka. Bukan kah kita menetang mereka kerana kita mahu menawarkan suatu yang lebih baik dari mereka ?

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Merlimau dan Kerdau – Adakah hasil daripada Melayuwiyah?

Posted: 07 Mar 2011 06:25 PM PST

Oleh smartlife

"Setelah melihat sendiri aksi beberapa orang daripada kaum perempuan penyokong BN selepas pengumuman yang dibuat di DUN Merlimau, jelas betapa jahilnya UMNO khususnya dan BN amnya tentang soal hukum halal dan haram. Saya lihat macam sengaja ditunjuk-tunjukkan pula akan aksi bersalaman antara kaum perempuan dengan lelaki yang jelas bukan muhrim.Seolah-olah satu kebanggaan pula kepada mereka dengan perbuatan itu.

Hal ini memang telah menjadi lumrah kepada kehidupan  mereka. Malah yang buat haru sana sini pun tidak pernah pula membuat teguran. Yang buat haru sana sini, macam sama-sama tumpang seronok dengan aksi berkenaan. Mungkin inilah budaya Melayuwiyah yang ingin dipertahankan. Tak tahulah sama ada itu bermaksud kaum melayu yang jahiliyah.
Menang atau kalah memang menjadi lumrah dalam pertandingan. Namun pada saya, PAS sentiasa menang tetapi  UMNO-BN yang kalah. Pada saya, walau apa pun keputusan, PAS telah berjaya melaksanakan syiarnya bagi menegakkan hukum Allah di bumi Allah ini. Calon-calon PAS, merupakan perwira yang dipilih Allah (semoga Allah meredhai dan melindungi mereka) dalam medan pertempuran.
Kepada para pengundi, ketahui dan ingatlah, Allah memerhatikan akan perbuatan kamu sekelian.  Hasil daripada tindakan kamu adalah menjadi tanggung jawab kamu. Semuanya akan dihitung pada Hari Perhitungan nanti!

PRU13:PAS Tak Mungkin Menang Di Kawasan Melayu

Posted: 07 Mar 2011 06:23 PM PST

Oleh ramziredang

""Kita berjuang bukan untuk menang", "kita berlawan di padang yang tidak rata", "mereka menggunakan seluruh jentera kerajaan" atau "biasalah kita kalah pilihanraya kecil,pilihanraya umum baru kita boleh menang" adalah ungkapan memualkan yang biasa kita dengar dari mereka yang bergelar pemimpin. Yang hairannya pemimpin ini lupa kepada perkataan 'muhasabah'.

Rata rata mereka yang berucap seperti ini juga berumur hampir pencen atau sudah pencen. Pemimpin pemimpin tua ini jugalah yang sentiasa memandang sinis kepada pemimpin muda yang bakal mengganti. Mereka masih dibuai era politik tahun enam puluhan. Revolusi di dalam parti bagi mereka adalah satu keruntuhan kepada institusi wala' 
Taktik dan Strategi.
Ramai dari kalangan pemimpin lupa bahawa perjuangan di dalam politik adalah juga satu kesinambungan dan simbolik kepada pertentangan antara yahudi dan Islam. Bila disebut yahudi maka akan muncul berbagai bagai fitnah, adu domba, pujuk dan tikam, berpura pura atau apa sahaja taktik yang boleh melemahkan Islam. Jika pemimpin PAS mengharapkan mereka ini boleh memberi keadilan dalam politik maka jelaslah mereka sendiri tidak mengambil iktibar dari perangai yahudi yang disebutkan dalam al quran.Tambah malang lagi bila setengah pemimpin yang memasuki jerat mereka, menghulur salam pada satu ketika dan menikam pada satu ketika yang lain.
Analisis dan postmortem
Tiap kali selepas pilihanraya agenda rutin adalah bedah siasat dan analisis. Kononnya untuk mencari kelemahan. Namun seringkali analisis yang 'terlalu jujur' akan dibakulsampahkan. Yang hendak didengar dari hasil analisis adalah satu bodek atau pujian. Yang sering ditunggu adalah ulasan pihak lawan yang menggunakan taktik kotor. Kelemahan diri akan cepat cepat ditolak. Sebagai contohnya, pemimpin tua yang berulang ulangkali bertanding dan ditolak rakyat, masih lagi terasa diri sendiri layak untuk ke depan. Pada saat memilih pemimpin seolah olah tidak ada langsung istilah bahawa Islam sentiasa ke depan
Blog dan media alternatif
Bila tsunami politik melanda negara malaysia dan langskap politik malaysia di lihat berubah, umum mengetahui faktor yang memainkan peranan besar adalah blog blog alternatif dan media baru. Namun amatlah malang baru baru ini ada setengah pemimpin yang menolak peranan blogger dan memandang sinis peranan mereka. Ini menyebabkan ada setengah blogger yang mengambil keputusan bersara ataupun menumpukan kepada isu yang lain berbanding memberi kredit kepada pembangkang. Dalam suasana negara yang tidak pernah adil dalam soal media cetak maupun penyiaran, adalah langkah yang paling merugikan apabila peranan blogger juga dipandang sinis.
Najib Dan Revolusi UMNO.
Peranan Najib sendiri amat penting dalam memberi kemenangan kepada BN. Najib dilihat terlalu kontra berbanding PakLah. Peribadi Paklah yang 'lemah dan tua', telah memberi satu kelebihan kepada Najib. Rakyat seolah olah melihat BN dan UMNO telah cuba berubah. Ternyata apa yang Najib lakukan sekarang dilihat satu langkah yang tidak pernah dilakukan oleh pemimpin sebelum ini. Perjumpaan rakan rakan facebook dan twitter Najib mungkin dianggap remeh atau kecil kepada setengah pemimpin pembangkang tetapi ianya sebenarnya memberi satu kempen yang sangat meluas tentang 'humble' Najib. Apatah lagi ianya disiarkan meluas di tv dan akhbar. Facebook dan twitter mungkin tidak penting kepada setengah pemimpin tua, tetapi lain pula pandangannya dari sisi anak muda.
Pengaruh besar yang boleh membawa perubahan fikiran yang ketara dikalangan orang melayu ialah ketika berlakunya krisis tunjuk perasaan di mesir. Pada saat saat kritikal tersebut ramai ibu bapa sangat bimbang keselamatan anak anak mereka yang menuntut di Mesir. Peluang ini digunakan sebaik mungkin oleh Najib. Langkah Najib membawa pulang anak malaysia dengan penerbangan yang ditaja kerajaan Malaysia seolah olah memberi gambaran, 'walaupun kita pembangkang, akhirnya hanya kepada kerajaan sahaja tempat kita bergantung harapan'. Bagi yang tidak mempunyai anak belajar di mesir mungkin boleh berdegar degar bercakap kononnya kerajaan bermain politik tetapi 'bahu yang memikul sahaja yang merasa bebannya'. Dalam suasana yanng kritikal ini pembangkang hanya dilihat sebagai tukang komplen dan ingin merosakkan suasana.
Bila berada di dalam arena politik maka apa sahaja yang menarik minat pengundi akan cuba dilakukan. Kesempatan inilah yang berjaya digunakan sebaik mungkin oeh Najib. Samada ianya kotor atau tidak adil itu adalah faktor kedua bagi najib.
UMNO telah dilihat oleh rakyat sebagai 'yang baru' kerana presiden, timbalan, naib atau ketua pemudanya telahpun bertukar kepada yang baru. Sementara PAS masih lagi mengekal setengah yang lain dan bertukar hanya setelah umur tidak layak lagi sebagai ketua pemuda. Adakah ini satu langkah yang boleh dilihat progresif oleh pengundi? Jika sejarah Islam pernah menukilkan kisah pertukaran panglima perang pada saat saat perang sedang hebat berlangsung, apa pula alasan PAS untuk mengekalkan pemimpin yang jelas tidak berjaya menawan hati rakyat?
Suasana Negara Yang Gawat
Minyak naik, barang naik, buang bayi, rogol, bunuh atau bermacam macam tekanan hidup adalah sesuatu yang jelas sepatutnya memberi kesedaran kepada rakyat malaysia umumnya dan melayu khususnya. Namun ternyata ini semua tidak memberi apa apa kesedaran kepada rakyat yang bernama 'melayu'. Mereka tidak berupaya bangun dari ulitan mimpi BN. Mungkin menunggu masa berlaku saat saat parah seperti yang ditanggung oleh rakyat mesir, barulah orang yang bernama melayu boleh sedar. Jadi jika pada saat inipun melayu tidak boleh berubah, bilakah lagi?
Fakta dan Statistik
Ucapan pemimpin PAS yang berkata "kita mampu menang", tanpa disusuli dengan fakta dan statistik bolehlah dilihat sebagai omongan kosong dan langkah yang tidak berstrategi. Tidak ada pertambahan ahli PAS yang ketara, tidak ada pembubaran cawangan UMNO yang merebak luas adalah satu manifestasi bahawa pengundi masih tidak mampu tertarik kepada PAS. Ini akan menyebabkan pengundi boleh berubah bila bila masa. Apa yang kita tahu, jika seseorang telah menjadi ahli PAS maka pegangan mereka tidak mudah berubah. Apa sahaja cubaan yang datang mereka akan tetap kental dan tetap menyokong PAS. Jadi adalah penting PAS menambah ahli seramai mungkin supaya "kita mampu menang" tidak lagi menjadi omongan kosong semata mata.
Ramai Sayangkan PAS
Paling penting, apa sahaja komen atau pandangan bersifat kontra terhadap PAS, janganlah dipandang serong atau sebagai satu pandangan untuk menghancurkan PAS tetapi ini kerana, jauh dilubuk hati merasa cinta kasih dan sayang kepada PAS serta perjuangan menegakkan Islam di Malaysia. Bukalah hati kita maka kita akan dapati sebenarnya ramai yang cintakan PAS

Berilah tempat kepada Ibrahim Ali..!!!

Posted: 07 Mar 2011 06:22 PM PST

Oleh Aspan Alias
Pilihanraya umumakan tiba tidak lama lagi. Tanda-tanda dan dalilnya sudah banyak kita lihat dan perhatikan. Piliharaya Sarawak akan sampai selewat-lewatnya pada bulan Julai ini tetapi tanda-tanda ia akan berlaku lebih awal memang jelas kelihatan.
Orang-orang politik yang bercita-cita tinggi sudah mula mundar mandir dari kawasan masing-masing ke Kuala lumpur untuk mencari jalan menjadi calun dan ada juga yang sedang mencari peluang untuk medapatkan peluang perniagaan semasa pilihanraya sudah hampir ini.


Di bahagian-bahagian UMNO sudah ramai yang sedang memasang badan dan mendekati rakyat untuk mendapat sokongan jika diberi peluang untuk menjadi calun. Masalahnya setiap kawasan Parlimen atau DUN hanya seorang sahaja yang akan dicalunkan sedangkan yang memasang badan terlalu ramai. Ketua-ketua cawangan sudah mula mendapat 'handouts' mereka yang bercita-cita dan ketua-ketua cawangan ini sedang mendapat perhatian istimewa dari 'bakal-bakal' calun ini.

Itu cerita di peringkat kawasan. Di peringkat pusat pula ramai penggiat politik juga sedang memasang badan dan selalu sahaja muka-muka dan wajah mereka terpampang di dada-dada akhbar. Kali ini Ibrahim Ali misaknya dengan cekap mengucapkan tahniah kepada UMNO dan BN kerana berjaya di dalam PRK Kerdau dan Merlimau walaupun beliau melangkah ke Parlimen dengan sokongan PAS.

Ibrahim ini pandai orangnya. Beliau sentiasa berada dalam perhatian pimpinan dan orang ramai kerana beliau itu adalah Ibrahim Ali. Semasa beliau dipecat dari UMNO kerana bertanding sebagai calun bebas beliau adalah orang kuat Nik Aziz. Pada masa itu Nik Aziz adalah orang yang tersangat mulia dan dihormati oleh Ibrahim dan kebijaksanaan Ibrahim jugalah yang meyakinkan Nik Aziz untuk membenarkan Ibrahim bertanding menggunakan simbul PAS dan beliau telah mendapat majoriti melebihi tujuh ribu undi.

Semasa Ibrahim bertanding di dalam PRK di Pasir Mas beliau hanya mendapat 600 undi sahaja kalau tidak silap saya dan telah hilang wang pertaruhannya. Dengan menggunakan pengaruh PAS dan Nik Aziz, Ibrahim berjaya menjadi Ahli Parlimen yang lantang dan didengari oleh semua orang. Sekarang Ibrahim sudah berputus arang dengan Nik Aziz dan PAS seperti dia berputus arang dengan UMNO selepas beliau dipecat sehinggakan beliau sanggup bertanding di atas tiket bebas untuk menentang UMNO.

Ibrahim orang berani mengambil keputusan asalakn sahaja beliau berada di dalam arus politik tanahair.

Itulah sebabnya saya selalu menasihati kawan-kawan yang sama-sama mengenali Ibrahim Ali ini supaya jangan diikutkan sangat gelagatnya semasa berbaik dengan dia sebab pada bila-bila masa beliau akan meninggalkan kita. Sebaliknya jika kita berada dalam situasi yang bertentangan dengan beliau jangan dibenci beliau habis-habisan kerana pada bila-bila masa sahaja beliau akan datang bersama kita apabila beliau ditinggalkan oleh kawan-kawan dan kumpulannya.

Kepada UMNO dan BN elok diambil Ibrahim ini sebagai calun dalam pilihanraya kali ini dan kawasannya tidak lain dan tidak bukan ialah Pasir Mas. Ibrahim telah dipecat seumur hidup dari UMNO dan tidak tahulah caranya UMNO untuk menerima Ibrahim sebagai ahli UMNO. Tetapi rakan-rakan beliau yang masih berada bersama beliau hari ini mencadangkan supaya Ibrahim diberikan keistimewaan sekali lagi untuk bertanding sebagai calun bebas tetapi menggunakan simbul BN seperti yang beliau lakukan bersama PAS dalam pilihanraya UMUM yang lalu.

Saya mengenali sangat Ibrahim ini kerana sudah berkawan sejak tahun 1971 lagi semasa sama-sama belajar di kampus dahulu. Beliau mahukan tempat di dalam pilihanraya yang akan datang ini. Kta rakan-rakan beliau yang rapat beliau mengharapkan akan mendapat sokongan Dr Mahathir untuk mempengaruhi UMNO atau bekerjasama dengan UMNO untuk bertanding di Pasir Mas. Pada hemat saya berikan sahajalah tempat kepada beliau supaya politik kita tidak bising sangat. Berilah tempat kepada beliau kerana beliau ialah Ibrahim Ali.

Beliau adalah seorang yang cekal. Bermacam-macam orang mengata beliau. Mohamad Sabu memberikan beliau nama 'Ibrahim Kaya Parti' kerana terlalu banyak parti yang beliau sertai bermula dari parti Berjasa sampailah tidak ada parti sekarang ini. Lim Kit Siang pula memanggil beliau sebagai katak dan banyak lagi gelaran yang didengari untuk Ibrahim ini.

Pengaruh beliau sebagai ketua kepada PERKASA mungkin boleh membawa sedikit sebanyak undi untuk UMNO dari kalangan orang Melayu walaupun MCA mungkin tidak bersetuju. Elok jika Ibrahim ini masih berada dalam politik negara kita walaupun beliau sentiasa berubah-berubah pendirian mengikut keadaan dan masa.

Ibrahim Ali ini penting untuk berada di dalam arena politik negara. Ibrahim ini penting ibarat pentingnya garam dalam masakan kita. Dalam masakan kita mesti ada garam, barulah masakan itu sedap dimakan.

Tetapi masalahnya garam ini hanyalah setakat sesedap rasa sahaja. Kalau banyak sangat dibubuh garam di dalam masakan kita masakan itu akan terlalu masin untuk dijamah.

Tetapi yang pentingnya garam itu mesti ada untuk mengenakkan masakan.

PRK Hanya 'Pesta Bersifat Tempatan', Umno BN Tidak Usah Berbangga

Posted: 07 Mar 2011 06:21 PM PST

SHAH ALAM 8 MAC : Pensyarah Jabatan Kanan Pengajian Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah menyifatkan keputusan pilihanraya kecil bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kerdau dan Merlimau hanyalah sebuah 'pesta di peringkat tempatan' yang tidak harus dibanggakan oleh Umno-BN.
Menurut beliau, pertambahan majoriti untuk kedua-dua kubu kuat BN itu adalah sesuatu yang lazim apabila jumlah pemilih baru yang didaftarkan juga meningkat berbanding 2008.   
Namun menurut beliau, senario itu sama sekali tidak memberikan petunjuk secara total berhubung trend pengundian rakyat pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti.  
 " Keputusan PRK bukan petunjuk untuk pilihan raya akan datang. Ia hanyalah sebuah pesta demokrasi di peringkat tempatan. Peningkatan undi BN sudah dijangka. Bagaimanapun, peratusan undi hampir sama dengan tahun sebelumnya dan tiada perbezaan ketara. Kemungkinan pengundi tempatan tidak menerima maklumat yang jelas dan bergantung kepada kempen sahaja. Mereka didorong situasi semasa," katanya.
Di DUN Merlimau, calon BN semalam berjaya menewaskan calon PAS, Yuhaizad Abdullah dengan majoriti 3,643 undi menewaskan calon PAS Yuhaizad Abdullah.
Manakala di DUN Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad mendapat majoriti 2,724 mengalahkan calon PAS, Hasanuddin Salim.
" Kalau kita lihat pada 2008 dan kita bandingkan pada hari ini, kita dapati pertambahan pemilih sekitar 1,000 lebih namun kita harus melihat kepada peratusan. Peratusannya hampir sama. Ini bermaksud tidak ada perubahan yang begitu ketara yang membolehkan satu pernyataan dibuat bahawa Barisan Nasional berada di standard yang lebih baik berbanding 2008 kerana pertambahan pemilih itu," katanya.   
 Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan Pakatan Rakyat untuk menyusun strategi yang lebih mantap dari segi teknikal dan kepimpinan untuk mengimbangi kestabilan kerajaan Umno-BN.
Ujarnya, sikap rakyat yang mudah termakan janji-janji politik Umno-BN juga menjadi faktor utama yang mendorong kepada peningkatan undi. 
"Pola kepercayaan politik ini terbahagi kepada tiga iaitu pola kepercayaan politik pendaerahan, yang sudah pasti bergantung kepada situasi semasa, dapat kemudahan baru, didongengkan dengan janji ajaib di masa hadapan. Ini tidak melibatkan kepercayaan di peringkat nasional. PRK bagaikan sebuah pesta sahaja. Siapa yang punyai lagu lebih baik, yang punya material lebih baik maka dia akan menang," katanya.
Namun katanya, kehendak dan keinginan rakyat secara keseluruhannya hanya dapat dilihat pada pilihanraya umum yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Setakat ini walaupun BN menang di beberapa kawasan pilihanraya kecil yang diadakan kebelakangan ini, namun hakikat, parti itu baru sahaja berjaya menyamakan kedudukannya dengan Pakatan Rakyat yang turut memperoleh 8 kemenangan pada pilihanraya kecil sepanjang 2008-2011.

Antara peminta sedekah di Kuching dan Rolls Royce Taib Mahmud

Posted: 07 Mar 2011 06:19 PM PST

Petikan sarawakreport.org
Semasa Taib Mahmud yang telah menggunakan perhimpunan BN-nya (yang diadakan di bangunan baru Borneo Convention Centre Kuching, yang telah beliau biaya, bina dan uruskan secara korup) untuk membidas "para pembohong dan pengecut", yang telah dengan berani mengkritik berulang-kali akan dasar-dasar 'kemajuan dan pembangunannya', Sarawak Report juga berpeluang memperolehi rakaman-rakaman petikan temubual dan juga gambar-gambar.


Gambar-gambar dan rakaman-rakaman yang kami terima menunjukkan kegiatan-kegiatan harian para pegutip sampah yang bergantung hidup pada pusat kitar semula di tempat letak kereta Borneo Development Corporation (BDC) milik beliau! Kegiatan-kegiatan seperti itu dapat kita tontoni setiap hari yang hanya 150 meter jaraknya dari pejabat setiausaha politiknya, Abdul Karim Hamza, yang juga menikmati pekerjaan sebagai Pengerusi BDC itu.

Sarawak adalah negeri yang terkaya di Malaysia dengan kependudukannya yang rendah. Berbilion-bilion ringgit telah diperolehi dari hutan dan sumber minyak dan kesemua kekayaan ini telah dicerminkan di dalam rumah-rumah mewah milik keluarga Taib dan juga rakan-rakan niaga mereka. Namun, adalah jelas perkongsian kekayaan ini dengan rakyatnya bukanlah sebahagian dari dasar 'kemajuan dan pembangunan', di mana Taib secara lantangnya enggan memohon maaf.
Kami mendapati kebanyakan pengutip sampah ini, yang menunggu kehadiran pemandu-pemandu kenderaan yang akan datang untuk menghantar sampah mereka untuk dikitarkan semula di kemudahan berkenaan, datangnya dari Skim Penempatan Semula Stampin – yang mana mereka pernah dijanjikan masa depan yang cerah oleh BN, tetapi seperti kebiasaannya, janji-janji itu tidak pernah (dan tidak akan) menjadi kenyataan.
Di kawasan Skim Penempatan Semula itu sebuah plot tanah yang kecil berharga RM10,000 dan jika seseorang penduduk tidak dapat membayar balik harganya, maka dia tidak akan diberikan geran ke atas tanah itu, walaupun dia juga terpaksa mencari sumber lain untuk membina sebuah rumah.
Kawasan berpaya berkenaan perlu ditambak tanah agar ianya menjadi sesuai untuk membina rumah, dan ini memerlukan RM8,000 lagi, yang membuatkan proses mendiami penempatan semula lebih sukar untuk dicapai. Kebanyakan penduduk ini adalah bergaji rendah, atau langsung tanpa gaji dan berharapan tipis untuk melangsaikan bayaran balik.
Semasa Ketua Menteri meneruskan lebih banyak pemusnahan ke atas negeri ini untuk projek perindustrian meganya di bawah program 'pembangunan' SCORE, seramai setengah juta orang tempatan mengalami ancaman ditempatkan semula, dan mereka sepatutnya menilai laporan ini yang dibentangkan di sini.
Very important person? Memanglah masalah ini nampak kecil, remeh dan kurang penting, yang telah membelengu ribuan orang tempatan yang telah ditempatkan semula untuk memberi ruang kepada 'pembangunan', tetapi Taib Mahmud tetap tidak mempedulikan itu semua, dan beliau terus kelihatan gah ketika tiba di pusat perhimpunan BCCK itu dengan kereta mewahnya, Rolls Royce.
Tambahan pula anak beliau, Rahman Taib, seorang ahli politik, yang pernah diwar-war untuk menjadi pengganti beliau, tidak dapat menghadirkan diri ke perhimpunan itu kerana diketahui sibuk bermain luncur salji (seperti yang diposnya di dalam laman sosial Facebooknya). Namun Sarawak Report merasakan mereka harus melaporkan kisah-kisah kesengsaraan hidup para pengutip sampah, lebih-lebih lagi sepanjang minggu sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa ini.
Semua orang terlibat  – kaum wanita juga tak ketinggalan berhempas-pulas untuk menyara hidup

Kami merasakan siasatan perlu kami jalankan ke atas para pengutip sampah, khasnya kaum wanita yang duduk sepanjang hari menunggu di tempat kitar semula di sekitar Kuching.
Nuratiqah binti Abdullah menceritakan kepada kami bahawa beliau yang berusia 34 tahun dan mempunyai tiga orang anak berusia 8, 9 dan 15 tahun. Keluarganya menduduki kawasan penempatan semula itu tetapi tanpa lesen menduduki sementara (TOL). Lantaran itu dia tidak mendapat akses kepada keperluan asas seperti bekalan elektrik dan air. Pada waktu malam pula, rumahnya hanya diterangi sebutir mentol yang dijana menggunakan bateri kenderaan.
Sebahagian rumahnya telah rosak akibat kebakaran 3 minggu lalu. Pakaian seragam sekolah anak-anaknya habis terbakar. Suaminya tiada pekerjaan dan kadang-kala menyertainya ti tempat kitar semula sampah. Bapa mertuanya yang uzur tinggal bersama mereka. Dia menerima bantuan kewangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat setiap bulan.
Nanong binti Sidek berusia 37 tahun. Dia sekeluarga menduduki kawasan penempatan semula berkenaan. Tanggungannya adalah seorang anak lelaki 12 tahun dan seorang anak perempuan 9 tahun, yang telah melayakkannya menerima bantuan kebajikan untuk anak-anak sebanyak RM200 sebulan. Suaminya telah menceraikannya 4 tahun lalu.
Tiga sekeluarga ini tinggal bersama bapanya, yang mengidap penyakit kencing manis dan masalah jantung. Pada mulanya Nanong bekerja sebagai pelayan di kedai kopi, tetapi dia terpaksa berhenti kerana tidak tahan dengan tengkingan majikannya. Dia telah mengutip sampah sejak 2008.
Kiat anak Resat berusia 69 tahun. Dia juga menduduki Kampung Stutong Baru yang merupakan sebahagian dari Skim Penempatan Semula Stampin itu. Skim penempatan itu mempunyai 1154 buah lot tanah kesemuanya. Pada mulanya Kiat bekerja di tapak-tapak binaan selama 6 tahun, tetapi sejak 4 tahun kebelakangan ini dia beralih kepada kerja mengutip sampah.
Suaminya bergerak menggunakan kerusi roda setelah diserang strok, di mana mereka sekeluarga menerima hanya RM60 sebulan selama 2 tahun sehingga dihentikan. Kiat mempunyai 5 orang anak dewasa; 3 anak lelakinya tiada pekerjaan yang tetap (salah seorang dari mereka adalah kaki botol), 2 orang anak perempuannya telahpun berumahtangga dan bekeluarga dan mampu menghulurkan bantuan yang kecil sahaja.
Berhampiran dengan pusat kitar semula berkenaan terdapat salah sebuah kawasan perumahan mewah di Kuching. Apartmen Village Grove milik Abu Bekir. Bekir adalah salah seorang anak Taib yang tinggal hanyalah 300 meter jauhnya dari situ, dan setiap hari Bekir akan melalui para pengutip sampah itu.
Kekayaan Abu Bekir yang mengkagumkan bukan sesuatu yang datang dari hasil usahanya dan titik peluh sendiri, kerana kekayaan itu datangnya dari pemberian secara tertutup kontrak-kontrak dan konsesi-konsesi daripada bapanya.
Namun Taib jelas diketahui tidak berminat untuk bermurah-hati kepada kaum ibu dan wanita-wanita yang melalui hidup susah dalam skim penempatan semulanya itu. Mereka dikehendaki membayar sejumlah wang yang di luar kemampuan mereka bagi membolehkan mereka menduduki skim tersebut yang diiklankan oleh BN sebagai peluang yang baik untuk golongan yang miskin.
Betty anak Gelangyan berusia 22 tahun dan merupakan 'ahli' baru dalam kumpulan berkenaan. Dia juga datang dari Kampung Stutong Baru. Ibunya berusia 43 tahun sudah tidak mampu mencari nafkah kerana mengidap sawan, yang mana telah melayakkan keluarga itu menerima bantuan kebajikan sebanyak RM70 sebulan selama 2 tahun tetapi kini telah dihentikan.
Betty bekerja di sebuah kedai kopi dengan gaji RM400 sebulan untuk menyara keluarganya dan membiayai persekolahan adiknya yang berusia 19 tahun. Sebagai menambah pendapatannya Betty mengutip sampah di pusat kitar semula itu.
Menurut suatu sumber yang memberitahu kami, golongan wanita juga menukarkan barang-barang yang mereka kutip dengan bahan makanan seperti beras dari kawasan-kawasan berdekatan, atau dengan kedai-kedai runcit, walaupun ada juga barang-barang yang mereka kutip itu mereka simpan.
Kebanyakan dari mereka ini datang ke pusat kitaran semula BDC menggunakan bas, jaraknya sejaug 5 km dari Kampung Stutong Baru. Kami percaya, ini bukanlah 'kemajuan dan pembangunan' seperti yang dikatakan oleh Taib semasa beliau berucap semasa melancarkan 'penentangan sehabis-habisan' terhadap pihak pembangkang. Golongan pengutip sampah ini tetap mengharapkan pembahagian kekayaan sama-rata di seluruh Sarawak.
Hipni bin Bahdi, berusia 35 tahun, datang dari Kampung Tabuan Hilir. Dia mempunyai 4 orang anak; 12 tahun, 6 tahun, 4 tahun dan yang bongsu, 3 tahun. Anaknya yang ketiga mengalami terencat akal. Akibat masalah berkenaan anak malang berusia 6 tahun itu meninggal dunia pada bulan April tahun lalu.
Hipni menerima bantuan kebajikan sebanyak RM300 sebulan sebagai elaun anak-anaknya. Selain isterinya (34 tahun), Hipni juga menyara ibunya yang berusia 64 tahun dan saudaranya yang berusia 28 tahun yang mengidap penyakit jantung berlubang. Di sebelah malamnya Hipni menjual satay dengan pendapatan sekitar RM25 semalam. Selain mengutip sampah di pusat kitar semula di BDC Stampin, dia juga mengutip sampah di pusat-pusat kitar semula di 3 buah tempat yang lain kerana dia boelh menggunakan motosikalnya; Kenyalang, Tabuan Laru dan Batu 3.
Orang-orang yang kami laporkan di atas merupakan sebahagian kecil rakyat Sarawak yang tersisih dari 30 tahun arus 'kemajuan dan pembangunan' yang sering dilaung-laungkan oleh BN. Di Sarawak kini ada lebih kurang 10,000 penduduk setinggan dan ramai lagi yang menduduki skim-skim penempatan semula yang hilang tanah pusaka mereka bagi memberi laluan kepada 'kemajuan dan pembangunan'. Hampir kesemua mereka kini merasakan bahawa hidup di kawasan penempatan semula amatlah tinggi kosnya dan sukar dan kerajaan pula menuntut perbelanjaan yang besar, tanpa menjanjikan pekerjaan untuk mereka bagi membiayai kehidupan di penempatan baru mereka itu.
Beginilah ertinya demokrasi!

Jika Taib sekali lagi dibenarkan kembali berkuasa dan mula melaksanakan SCORE, maka berpuluh-puluh ribu orang Sarawak akan berhadapan dengan nasib malang yang sedang dialami oleh golongan setinggan dan penduduk skim penempatan semula seperti yang kami laporkan di atas. Namun, kerana BN gagal mendaftarkan sepertiga dari orang-orang ini di kawasan-kawasan yang dimaksudkan itu, maka orang-orang tersebut tidak berpeluang mengundi! !
Dalam salah satu intipati ucapannya Taib telah mengajuk kata hikmat demokrasi yang dipelopori oleh Abraham Lincoln, "Kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat". Sebenarnya, setiap orang Sarawak kini sedar, Sarawak diperintah oleh keluarga Taib dan untuk keluarga Taib dan orang lain tidak akan berpeluang bersama-sama mereka!

Gaddafi bayangkan mahu undur, sedia temu pemberontak

Posted: 07 Mar 2011 06:17 PM PST

KAHERAH, 8 Mac — Stesen televisyen Al Jazeera melaporkan Muammar Gaddafi telah mengutarakan syor kepada kumpulan pemberontak untuk diadakan sidang parlimen negara itu bagi membolehkannya melepaskan jawatan dengan beberapa syarat.
Muammar kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat agar melepaskan kedudukannya sebagai pemimpin Libya, yang dipegang sejak lebih empat dekad lalu.
Laporan Al Jazeera itu memetik sumber tetapi tidak memberikan butiran lanjut.
Perkembangan minggu lalu berkata Muammar bersedia untuk menerima pelan yang dikemukakan pemimpin Venezuela.
Malah laporan itu berkata, Muammar mengesyorkan agar diadakan sesi Kongres Umum Rakyat atau dikenali sebagai parlimen kepada majlis sementara kepada kumpulan pemberontak yang kini menguasai bandar raya Benghazi.
Dalam pada itu, salah seorang anak Muammar, Saadi berkata Libya akan diperangkap dengan perang saudara jika bapanya meletakkan jawatan.
Laporan stesen televisyen Al Arabiya semalam yang memetik Saadi berkata, Libya akan menjadi seperti "Somalia baru" dan kumpulan suku akan bertelingkah sesama sendiri. — Reuters

Semua teguran ke atas Pakatan Rakyat dianggap jahat ...

Posted: 07 Mar 2011 05:30 PM PST

Oleh NOBISHA
Seperti dijangkakan, Barisan Nasional menang besar dalam pilihanraya kecil di Merlimau dan Kerdau. Di Merlimau, calon BN Roslan Ahmad, 44, memperoleh majoriti 3,643 undi menewaskan calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38. Di Kerdau pula, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, mendapat majoriti 2,724 undi mengalahkan calon PAS, Hassanuddin Salim, 43. Tahniah kepada BN dan juga calon-calon berkenaan.


Dalam proses demokrasi, ada yang menang dan ada yang kalah. Bagi yang kalah, usah cipta alasan untuk menjustifikasi kekalahan tersebut. Muhasabah dan perbetulkan kesilapan yang dilakukan. Sejak mara bergaya dalam pilihanraya umum pada Mac 2008, parti-parti dalam Pakatan Rakyat telah melakukan banyak kesilapan. Malangnya, apabila ada pihak yang menegur, maka mereka dilabel sebagai pecacai UMNO atau BN. Akhirnya, ramai juga yang mengatakan, biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya. Nak kritik tak boleh, nak tegur pun tak boleh. Semua orang yang menegur Pakatan Rakyat dianggap "jahat" dan mempunyai motif tersembunyi. Mungkin atas sebab itu jugalah, sesetengah bloggers pro-Pakatan Rakyat mendiamkan diri sewaktu PRK Merlimau dan Kerdau.

Maka, ramai yang memilih untuk terus menegur Barisan Nasional yang dilihat sebagai lebih reseptif kepada kritikan. Malah, Pengerusi BN Dato' Seri Najib Tun Razak mengatakan zaman kerajaan (dalam konteks ini merujuk kepada kepimpinan BN) tahu semuanya sudah berakhir; maka pemimpin harus mendengar pendapat rakyat. Dalam beberapa ucapannya di Perhimpunan Agung UMNO, Najib banyak mengingatkan perwakilan UMNO untuk mendengar suara rakyat dan membuang tabiat buruk yang menyebabkan parti dan pemimpin BN ditolak dalam pilihanraya umum lepas. Hal yang sama disebutkan berulangkali dalam Konvensyen BN.

Saya fikir "transformasi politik" yang disebutkan Najib adalah merupakan respon beliau kepada kritikan rakyat yang ingin melihat BN berubah. Kesediaan Najib untuk berubah adalah merupakan satu sikap yang cukup merendah diri. Bukan mudah untuk melihat pemimpin politik berkata, "Saya sanggup berubah." Yang ramai ialah pemimpin politik yang mendongak kepala ke langit dan tak boleh ditegur langsung. Pemimpin politik "semua orang salah, saya seorang saja yang betul" memang ramai.

Sepanjang lebih lima tahun saya menulis blog ini, beberapa orang Ketua UMNO Bahagian - termasuklah beberapa orang Timbalan Menteri - telah memanggil saya bagi mendengar kritikan kepada UMNO. Walaupun ada yang merah muka apabila saya bercakap, namun saya fikir mereka hargai kritikan ikhlas saya terhadap parti itu.

Atas perubahan inilah, maka saya fikir pengundi di Kerdau dan Merlimau memberikan sokongan yang besar kepada BN. Tentunya, saya tidak menafikan ada faktor-faktor lain termasuklah kepimpinan parti itu yang bekerja keras sepanjang tempoh berkempen.

Dalam keghairahan BN meraikan kemenangan di kedua-dua pilihanraya itu, saya fikir parti itu belum lagi melepasi paras "bahaya". Sementara orang lain mengucapkan tahniah, biarlah saya memberikan ingatan kepada BN bahawa adalah menjadi satu kesilapan yang besar sekiranya ia merasakan kemenangan di Merlimau dan Kerdau itu sudah cukup membuktikan ia mampu menang besar dalam PRU13 nanti.

Sekiranya BN ingin kembali mendapat dua pertiga kerusi di Dewan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang, maka ia harus melakukan perkara-perkara berikut:

Pertama, tentukan momentum kemenangan di Galas, Batu Sapi dan Hulu Selangor yang kemudiannya dimantapkan dengan Tenang, Merlimau dan Kerdau diteruskan dalam pilihanraya Negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi. Saya meramalkan pembangkang Sarawak akan menang sebanyak 13 daripada 71 kerusi DUN Sarawak. Bagaimanapun, sekiranya BN Sarawak dapat membuktikan saya salah dan kemenangan pembangkang tidak sampai 10 kerusi, maka itu adalah petanda yang baik bagi BN dalam menilai sokongan rakyat.

Kedua, menambahkan peratusan sokongan Melayu kepada sebanyak 10% dari tahap sokongan sekarang, Cina dan India di antara 15% hingga 20% lagi bagi semua kawasan, termasuklah kawasan bandar. BN tidak boleh bergantung kepada kawasan luar bandar semata-mata. Ia juga harus menang di kawasan-kawasan bandar untuk memperolehi legitimasi memerintah. Sementara sokongan pengundi Melayu penting, namun BN tidak boleh bergantung kepada undi satu bangsa saja untuk berkuasa.

Ketiga, membuang mentaliti "fixed deposit." Saya tidak percaya ada mana-mana negeri atau kawasan Parlimen / DUN yang merupakan "fixed deposit" kepada mana-mana parti politik. Saya pernah sebutkan sebelum ini bahawa pengundi sekarang - termasuklah di luar bandar - adalah merupakan pengundi nomad. Sokongan mereka berpindah-randah. Atas sebab itulah maka BN tidak harus memandang ringan serangan lawan walaupun di kawasan yang dianggap "putih." Sikap sedemikian akan hanya mengundang malapetaka.

Atas semangat itu, maka BN tidak boleh ambil mudah serangan lawan. Sikap BN sebelumnya - "tak apalah, pembangkang bukan boleh buat apa!" - harus dikikis. Saya melihat apabila Najib memberikan respon kepada "Buku Jingga," ia lahir dari sikap mengambil berat serangan lawan, walau bagaimana tidak signifikan sekali pun serangan tersebut. Begitu juga dengan tuduhan demi tuduhan kepada BN. Dalam politik persepsi, tohmahan yang tidak dijawab akan dianggap betul.

Keempat, meneruskan "transformasi politik" - khusus dalam soal pemilihan calon. Di Tenang, Merlimau dan Kerdau, ketiga-tiga calon BN adalah merupakan lepasan IPT, berumur di bawah 45 tahun dan merupakan bekas penjawat awam. Saya fikir calon muda, berpendidikan dan dari kalangan penjawat awam atau aktivis sosial lebih mudah diterima rakyat dan kurang kontroversi.

Di Kerdau, calon BN ialah Naib Ketua UMNO Bahagian, di Merlimau hanya Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, manakala di Tenang, Azhar Ibrahim hanyalah ahli biasa UMNO. Ini bermaksud BN harus mampu melebarkan jaringan pemilihan calon kepada semua 3.5 juta orang ahlinya, dan tidak menghadkan pemilihan itu kepada hanya Ahli-ahli Jawatankuasa UMNO, MCA, MIC dan Gerakan (sekadar menyebutkan beberapa nama parti komponen BN) saja. Najib telah menyebut bahawa penyandang jawatan dalam parti tidak semestinya menjadi calon.

Najib harus menyingkirkan pemimpin UMNO yang bertindak sebagai "war lord" yang menyebabkan parti itu disisih rakyat dalam PRU lalu. Ini termasuklah pemimpin yang menganggap mereka sajalah yang paling berkuasa di kawasan itu dan semua perkara yang hendak dilakukan mesti mendapat restu mereka. Cakap bergegar-gegar dan tepuk meja untuk memaksa orang mendengar pandangan. Pemimpin sebegini mungkin dianggap "hulubalang" di zaman Kesultanan Melaka dulu, tetapi hari ini rakyat ingin melihat pemimpin yang mampu melakukan "engagement" secara berterusan.

Berdasarkan "maklumat kedai kopi" yang diperolehi, khabarnya lima orang (dari keseluruhan 15 bahagian) Ketua UMNO Bahagian di Kedah tidak akan disenaraikan sebagai calon dalam PRU13 nanti. Sekiranya ini benar, maka ia memberikan peluang kepada muka-muka baru di negeri itu. Anda mungkin ingin tahu siapakah mereka itu. Ah, biarlah rahsia!

Sewaktu Konvensyen BN Sarawak hujung minggu lalu, Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud menyebut akan menampilkan lebih ramai muka baru dan profesional sebagai calon. Desas-desus awal mengatakan seramai 10 orang calon PBB (dari 36 kerusi PBB) akan digugurkan. Melihat kepada senarai wakil rakyat sedia ada, saya sarankan agar PBB mencalonkan lebih ramai lagi anak muda - malah saya ingin menyarankan agar 15 calon PBB sedia ada digugurkan bagi memberikan laluan kepada mereka.

Dan, kelima, berikan tumpuan kepada pengukuhan parti-parti komponen BN. Selepas pilihanraya umum lalu, UMNO telah melaksanakan pelbagai proses transformasi parti itu. Ada perubahan, namun saya fikir bukan mudah untuk mengajar gajah menari. Sementara UMNO sedang melaksanakan kursus pengukuhan organisasi untuk sekitar 56,000 pemimpin akar umbi parti itu, saya masih belum melihat usaha sedemikian di kalangan parti-parti komponen yang lain. Sewajarnya parti-parti komponen BN juga melaksanakan hal yang sama memandangkan pilihanraya umum sudah semakin hampir. Konvensyen BN bagus untuk membakar semangat, namun tidak cukup untuk memberikan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi pilihanraya.

Sementara tidak salah untuk penyokong-penyokong BN merayakan kemenangan di Merlimau dan Kerdau, namun saya fikir mereka harus membezakan antara pertempuran (battle) dan peperangan (war). Menang pertempuran tidak bermakna sekiranya BN tidak mampu menang peperangan!

SIS: 100 Tahun Hari Wanita Sedunia

Posted: 07 Mar 2011 05:28 PM PST

Sisters in Islam menyeru kepada kerajaan Persekutuan dan negeri untuk mematuhi janjinya dalam menyemak semula pindaan dengan unsur diskriminasi seperti yang tercatat di dalam statut Undang-Undang Keluarga Islam (UUKI) yang telah diluluskan pada tahun 2003-2005.  Pada waktu para wanita di seluruh dunia menyambut ulang tahun yang ke-100 perayaan Hari Wanita Sedunia, sudah menjadi tidak munasabah bagi para wanita Muslim di negara ini untuk tidak mendapat hak yang sama seperti yang dinikmati oleh para lelaki dan saudara sesama wanitanya yang berbeza agama.
Pada Februari 2009, Shahrizat Abdul Jalil (gambar kiri) mengumumkan bahawa pindaan terhadap statut UUKI yang dapat membatalkan peruntukan dengan unsur diskriminasi akan segera dibentangkan di Parlimen.  Ia akan dibentangkan bersamaan dengan pindaan terhadap Akta Membaharui Undang-Undang (Pekahwinan dan Perceraian) 1976 (AMU) untuk memelihara kepentingan wanita bukan Muslim sekiranya berlaku pertukaran agama pasangannya ke Islam.  Walau bagaimanapun, draf pindaan tersebut kemudian telah ditarik balik supaya Majlis Raja-Raja mendapat jangkamasa yang lebih untuk berbincang dengan majlis agama negeri masing-masing.  Sejak itu, pindaan-pindaan terhadap statut UUKI dan AMU yang direncanakan tersebut telah mula hilang perhatian.
Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 di Malaysia pernah suatu masa dahulu dianggap sebagai yang paling maju di antara negara-negara Islam.  Tetapi pindaan berikutnya terhadap undang-undang tersebut pada tahun 1994 dan 2003, yang  sepatutnya memperkukuhkan pengiktirafan hak-hak wanita, sebaliknya menghakis hak-hak wanita Islam di Malaysia.  Manakala wanita beragama lain kini sama rata di sisi undang-undang setelah reformasi dibuat kepada undang-undang keluarga sivil, wanita Muslim kini lebih mengalami kesan diskriminasi setiap kali pindaan dibuat kepada statut UUKI.  Lebih banyak hak di sisi undang-undang diberi kepada pihak lelaki dengan penggunaan bahasa "gender neutral" (tidak mengira jantina) yang melanjutkan kepada kaum lelaki beberapa hak yang dari segi sejarahnya dilihat  sebagai hak kaum wanita.
Contohnya, dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005, peruntukan yang ada di bawah Seksyen 2(a) dan Seksyen 23(9) berkenaan harta sepencarian telah diubah menjadi "gender neutral".  Ini bermakna bahawa suami diberi hak untuk membekukan akaun bank dan aset para wanita demi untuk menuntut bahagiannya dalam harta sepencarian, dan untuk memfailkan tuntutan  harta sepencarian daripada isteri sedia ada pada waktu berkahwin poligami.  Tetapi pada masa yang sama, peruntukan-peruntukan lain di dalam statut UUKI masih mempunyai unsur diskriminasi terhadap wanita.  Sebagai contoh, hanya para suami yang boleh dengan sepihak menceraikan isteri-isteri mereka dan hanya para bapa yang berhak terhadap penjagaan (guardianship) anak-anak mereka.
Tambahan pula, pihak suami sekarang boleh mendapatkan perintah mahkamah untuk menghentikan sang isteri daripada mengatur hartanya (Seksyen 107A).  Dari segi sejarah, antara perkara yang amat mengagumkan tentang hukum syariah ialah sifat progresifnya yang nyata lebih maju berbanding perundangan Barat ketika itu, malah beberapa kurun kehadapan, dalam mengakui dan melindungi hak isteri terhadap harta hakmiliknya sendiri.  Akan tetapi, dengan pindaan terbaru ini, harta isteri tidak lagi dilindungi supaya dapat diuruskan mengikut kehendaknya.  Seseorang wanita yang bergantung secara kewangan terhadap suaminya dan tidak memiliki sumber pendapatan sendiri, diletakkan dalam keadaan yang amat sukar sekali kerana beliau tidak mempunyai akses kepada simpanan dan asetnya dalam mengurus dirinya dan anak-anaknya.
Peruntukan asal Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, seksyen 23, menyatakan bahawa pernikahan (poligami) yang dicadangkan itu hendaklah "patut dan perlu" tetapi telah dipinda menjadi "patut atau perlu".  Dengan demikian ia amat mengurangkan beban bukti sang suami untuk mewajarkan poligami.  Beliau sekarang dapat dengan mudah melaporkan kepada mahkamah Syariah bahawa pernikahan tersebut adalah perlu atau mustahak (alasan yang lazim adalah "demi mengelak zina") tetapi beliau tidak diwajibkan untuk meyakinkan mahkamah bahawa hal tersebut adalah perlakuan yang patut atau adil.  Keadilan dalam pernikahan poligami bukanlah sekadar pilihan atau keharusan, tetapi adalah kewajipan mengikut hukum syara'.
Sebagai tindakbalas terhadap situasi kritikal yang dihadapi oleh wanita, SIS telah menyusun satu Undang-Undang Keluarga Muslim yang contoh berdasarkan amalan-amalan terbaik dari negara-negara Islam, perundingan nasional berkenaan UUKI, dan realiti hidup wanita-wanita di Malaysia.  Bersama lain-lain persatuan wanita, kami juga telah mengirimkan memorandum dan surat-surat yang tidak terbilang banyaknya kepada kerajaan, kementerian dan agensi dalam mendesak mereka untuk menghadapi isu diskriminasi yang dihadapi wanita dalam undang-undang dan perbuatan.
Meskipun SIS menghargai usaha Kerajaan Persekutuan dalam menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh para wanita berhubungan dengan pindaan terhadap statut UUKI, kami ingin mengingatkan para pembuat undang-undang bahawa undang-undang dan reformasi polisi haruslah ditegaskan dengan kesungguhan politik demi menjayakannya.  Kesan dari peruntukan diskriminasi dalam statut UUKI bukan hanya dari segi teori sahaja, kerana ia telah dibuktikan dalam kes-kes yang ditangani SIS dan pertubuhan-pertubuhan wanita lainnya.  Kami telah mendokumentasikan kes-kes di mana para wanita bersama anak-anaknya dibiarkan melarat setelah akaun bank mereka dibekukan oleh sang suami, dan para lelaki yang melarikan diri ke perbatasan negeri lain untuk mengelak perintah mahkamah.

Pada tahun 2008, pertubuhan Joint Action Group for Gender Equality (JAG) berkempen dengan tujuan mengingatkan Yang Berhormat Ahli-Ahli Parlimen untuk "Kotakan Kata" dalam mengkaji reformasi-reformasi yang mustahak berhubungan dengan isu hak kemanusiaan para wanita.  Sepinya reaksi terhadap pindaan-pindaan statut UUKI dan AMU adalah petanda yang menyedihkan bahawa di sebalik usaha menjayakan acara-acara untuk Hari Wanita Sedunia tahun ini, isu-isu yang mempengaruhi wanita yang dianggap rumit diperdebatkan tetap berada di relung paling bawah hierarki hal-hal yang diutamakan.

*Kenyataan daripada Ratna Osman selaku Pemangku Pengarah Eksekutif Sisters in Islam sempena Hari Wanita Sedunia.

Sandiwara Kerajaan UMNO Perak dalam pembangunan sekolah Tamil

Posted: 07 Mar 2011 05:27 PM PST

Ianya amat benar dan sungguh mudah untuk percaya di mana pimpinan MIC Perak sungguh terpedaya dengan janji-janji emas yang berkandungan kosong yang ditawarkan oleh pihak Kerajaan UMNO/BN.  Memang benar lagi dan tepat pada waktu, jikalau dikatakan "MIC hamba UMNO dan MIC menipu rakyat India."
Baru-baru ini, Exco Kerajaan Negeri Mah Hang Soon (gambar kanan) telah menyatakan bahawa Kerajaan akan menarik balik tanah yang diperuntukkan bagi pembangunan sekolah-sekolah di negeri Perak jikalau pihak yang bertanggungjawab gagal untuk membayar wang premium yang ditentukan oleh Kerajaan Negeri.
Sewaktu pengumuman dibuat mengenai peruntukkan tanah bagi pembangunan sekolah-sekolah Tamil di Negeri Perak yang akan diuruskan oleh Yayasan Perak, seluruh warga pimpinan MIC beribu-ribu berulang kali berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang dipimpinan penuh oleh UMNO.
Kini, realitinya pula jauh berbeza, di mana masa depan rakyat India ditipu oleh Kerajaan UMNO dan MIC pula diperkudakan bagi taktik kotor itu.  Kenapakah sehingga kini, premium tanah yang diperuntukkan kepada sekolah Tamil yang diberikan kepada Yayasan Perak masih belum dijelaskan?
Apakah yang menyebabkan Yayasan Perak tidak mahu membayar premium itu?  Adakah ianya disebabkan oleh sekolah Tamil ataupun Yayasan tidak mempunyai wang premium peruntukkan bagi sekolah Tamil?
Apakah pendirian Yayasan Perak dalam mengkayakan 134 buah sekolah-sekolah Tamil di Negeri Perak dengan kemudahan keperluan asas?
Tanah yang diperuntukkan untuk sekolah-sekolah Tamil itu sebenarnya disalahgunakan sehingga tanah itu dibiarkan tanpa rancangan sewajarnya.
Selain daripada itu, ketiadaan wakil India dalam Lembaga Yayasan Perak sungguh menghairankan serta jelas menunjukkan bahawa pimpinan MIC Perak amat lemah atau tidak mempunyai seorang pun yang berkelayakan bagi mata pandangan Kerajaan UMNO dan Yayasan Perak.
Bukti yang kukuh dan bukan akhir itu, pasti akan menjahanamkan masa depan kanak-kanak sekolah Tamil.  MIC Perak menggadaikan kedaulatan dan maruah kaum sendiri demi kepentingan jawatan Politik bagi segelintir pemimpin yang hanya bermimpi kuasa politik.
Inilah petualangan yang di lakukan UMNO terhadap MIC, dahulu, sekarang dan pada bila-bila masa.  Kehilangan daya untuk bersuara oleh MIC dalam Kerajaan UMNO Perak memaparkan ianya seolah patung menari mengikut rentakan.
Dapatkah Penasihat Khas Menteri Besar Perak S.Veerasingam dan Pengerusi Dewan Negeri Dato Ganesan mendesak Yayasan Perak supaya menjelaskan pembayaran premium dengan kadar segera bagi menyelamatkan masa depan sekolah-sekolah Tamil?  Sudah pasti tidak, kerana MIC Perak adalah pelekat politik mengikut kesesuaian dan kenikmatan UMNO.
Justeru itu, demi menyelamatkan banga India di negeri Perak daripada terus ditipu lagi oleh UMNO/BN dan MIC, rakyat India harus berubah sekarang bagi menyelamatkan masa depan sekolah-sekolah Tamil daripada membiarkan terus diperintah oleh parti yang menipu rakyat India.

*Kenyataan media oleh M.Kulasegaran (gambar kiri) selaku ahli parlimen Ipoh Barat merangkap Naib Pengerusi Kebangsaan DAP.

Mahathir yang rasis: Antara Melayu dan Bukan-Melayu

Posted: 07 Mar 2011 05:26 PM PST

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamed sekadar melaga-lagakan sentimen perkauman, dan bukan berniat untuk mencungkil perbahasan atau pertembungan idea, apabila mengungkit sejarah "Semenanjung Tanah Melayu" sebagai peringatan kepada rakyat.  Apa yang ingin ditimbulkan adalah kemarahan antara kaum, bukannya cetusan minda.
Namun, mengapa pula komuniti bukan Melayu melenting dengan hujah Mahathir (gambar kiri) yang cetek lagi lucu ini?  Untuk pemimpin bersara ini merasakan dirinya "hilang relevan", kita harus bersikap dingin (bukan menekan) terhadap pandangan beliau.  Semakin riuh suara yang mempertikaikan Mahathir, maka semakin terujalah keghairahannya untuk terus meleter.  Lebih-lebih lagi, pernahkah kami merenungi, Melayu yang muak dengan Mahathir, mungkin tidak kurang bilangannya berbanding bukan Melayu?
Pandangan Mahathir mencungkil kemarahan bukan Melayu kerana fikirannya yang berpusatkan Melayu.  Namun, cuba kita tanya, adakah bukan Melayu tampil untuk menyanggah kenyataan Mahathir yang memperlekeh atau menyinggung Melayu sepanjang ini?  Pada dasarnya, tidak.
Dengan kata lain, Mahathir disanjung komuniti bukan Melayu kerana kegigihannya dalam pembangunan ekonomi; walaupun pada masa yang sama, beliau mencungkil kemarahan bukan Melayu kerana beliau sering mengingatkan kita bahawa tanah ini sebenarnya bukan milikan kita.  Namun, apabila Mahathir mengkritik komuniti Melayu dengan tegas, kita (bukan Melayu) hampir kesepian, kerana jauh dalam hati kita, kita mempercayai bahawa beliau agak jelas dengan masalah yang menimpa masyarakat Melayu.
Selepas tragedi "13 Mei" pada tahun 1969, dua buku yang tergempar diterbitkan dalam dunia wacana Melayu.  Satu daripadanya adalah Revolusi Mental oleh UMNO, dan satu lagi Dilema Melayu oleh Mahathir Mohamed.  Biarpun nilai akademik kedua-dua buah buku ini bukannya tinggi, namun ia agak popular kerana menggunakan bahasa yang mudah difahami, apatah lagi dalam suasana politik pada ketika itu.  Cenkiawan ketika itu, Allahyarham Syed Hussein Alatas yang gusar dengan keadaan sebegitu telah menerbitkan buku The Myth of The Lazy Native, yang lebih mendalam dan luas sudut pandangannya.
Sebagaimana yang dikatakan Syed Hussein Alatas, penjajah British, Sepanyol dan Belanda tidak berpuas hati dengan keengganan kaum asal di Semenanjung Melayu, Filipina dan Pulau Jawa untuk terlibat dalam sistem ekonomi penjajahan yang bersifat eksploitasi.  Lantas penjajah mengimport populasi buruh dari luar negeri, malah memperkembangkan teori bahawa "kaum asli adalah malas semulajadinya", sebagai asas teori mereka untuk mentadbir tanah jajahan.  Dalam konteks Semenanjung Melayu, komuniti Melayu yang terlebih dahulu bertapak di sini dan mendirikan sistem pentadbiran dan ekonominya itu disifatkan sebagai "malas", malah buruh Cina dan India pula digambarkan sebagai "rajin", dan "tahan lasak".
Prejudis terhadap kaum
Model pentadbiran sedemikian telah menyebabkan perpecahan yang ketara antara kelas dan kaum, sehingga gerakan anti-penjajahan gagal disatukan untuk satu jangka yang panjang.  Paling menyesalkan, dasar pecah dan perintah ini telah mewujudkan prejudis dan salah faham antara kaum, memperkukuh imej stereotaip bahawa Melayu itu malas, Cina itu tamak dan India itu kaki botol - tanpa meneliti faktor politik, sosial dan sejarahnya.  Setelah UMNO mengambil alih tampuk kerajaan atas persetujuan penjajah Bristish, MCA dan MIC pula menumpang kesempatan ini.  Dasar pecah dan perintah terus dimanipulasikan untuk memecah belahkan masyarakat - mungkin mencecah satu tahap di mana penjajah British turut terbeliak dan mengeluh kerana gagal menandinginya.
Mengapa tidak orang Cina merenungi, betulkan kita tekun-tekun belaka?  Jikalau begitu, apa kelayakan Chua Tee Yong (anak Chua Soi Lek) untuk menyandang jawatan Timbalan Menteri?  Bagaimana pula Jho Low (Low Taek Jho) dan Ling Hee Leong (anak Ling Liong Sik) memiliki harta ratusan juta pada usia yang muda?  Dalam Kongres Ekonomi Cina anjuran MCA pada tahun lalu, Ketua Eksekutif SP Setia Bhd, Liew Kee Sin (gambar kiri) secara terus-terang berkata, "Tak perlu kita tuding jari kepada DEB setiap kali.  Kita akan berjaya jika dapat lubang yang betul!" (maksud:menemui saluran yang betul)
Dari kaca mata Mahathir dan orang UMNO, inilah orang Cina yang "tipikal".  Namun demikian, apakah mereka mewakili semua komuniti Cina?
Pada hakikatnya, nelayan Melayu di tepi pantai Terengganu, Ah Soh yang menjual wantan mee di tepi jalan Kuala Lumpur, penoreh getah di ladang Kedah, sehinggalah kaum Penan yang menghadapi kesukaran di Sarawak, kesemuanya bergelut dalam hidup untuk sesuap nasi, sama-sama berdepan dengan risiko yang berbeza - tidak timbul soal siapa lebih rajin atau lebih malas daripada siapa.  Sesebuah masyarakat yang normal dan sihat seharusnya membenarkan kegiatan ekonomi yang berbeza, selagi aktiviti ekonomi tersebut tidak mengancam orang lain.  Ia harus dipilih secara bebas, dan bukannya menambah perpecahan dengan label-label yang dilontarkan.
Secara luaran, Mahathir adalah seorang ahli politik yang anti-penjajahan, tetapi dalamannya juga seorang self-colonial.  Beliau menerima sepenuhnya minda penjajah, maka beliau menyimpan prejudis terhadap kaum-kaum tertentu.  Dalam tempoh 22 tahun pemerintahannya sebagai PM, beliau mewar-warkan untuk membentuk Melayu yang "berjaya", tetapi tidak pernah berani untuk menjelaskan kepada umum bagaimana anaknya menjadi peniaga yang "serba boleh".
Kemusnahan terhadap Melayu yang dicetus oleh Mahathir adalah lebih dahsyat daripada sesiapapun.  Apabila beliau menyindir dan mengkritik kaum Melayu, pernahkah kita (bukan Melayu) tampil untuk menyanggah kenyataannya?  Kalau tidak, kita tidak seharusnya melenting dengan sifat perkaumannya.  Kalau tidak, double standard namanya.

By : Josh Hong adalah penganalisa politik dan kolumnis MerdekaReview

Kabinet lulus Majlis Pembangunan Luar Bandar di setiap kerusi Parlimen.....!!!

Posted: 07 Mar 2011 05:24 PM PST

KUALA LUMPUR, 8 Mac — Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Kabinet telah bersetuju dengan penubuhan Majlis Pembangunan Luar Bandar (MPLB) yang akan dipengerusikan oleh ahli Parlimen di kawasan masing-masing.
"Majlis itu bukan sahaja memantau tapi juga memastikan perjalanan projek dapat diselaraskan sebaik mungkin.
"Ini juga untuk memastikan semua ahli Parlimen tahu apa projek yang sedang berjalan di kawasan mereka," katanya pada majlis perjumpaan dan taklimat kementerian itu bersama anggota Kelab Penyokong Barisan Nasional malam tadi.

Bagaimanapun, bagi kawasan Parlimen yang bukan di bawah Barisan Nasional, MPLB akan dipengerusikan oleh ketua bahagian.....??? (ni lagi satu projek haram jadah UMNO@BN)

Mengenai cadangan ahli-ahli Parlimen supaya kerajaan menyediakan peruntukan lebih kepada kementerian itu bagi melaksanakan projek pembangunan dan infrastruktur di kawasan luar bandar, beliau berkata perkara itu akan dimaklumkan kepada pihak atasan. — Bernama

‘Islamic group’ tolak Majlis Syura Universiti Malaya bak kebangkitan rakyat di Timur Tengah?

Posted: 07 Mar 2011 05:07 PM PST

Kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir dan terbaru Libya kalau tidakpun merebak di Malaysia, fenomena itu khabarnya tetap meledak dalam pergerakan mahasiswa Islam di Universiti Malaya Sabtu lalu.
Majoriti aktivis dakwah kampus dalam suatu muktamar telah bangkit menolak "majlis syura kampus" yang dianggap oleh kumpulan islamis sendiri kian mengongkong kebebasan berfikir, skeptitisme serta tidak memberi autonomi kepada mereka untuk merencana pergerakan mereka sendiri di tanah air.
Kebangkitan itu setelah majoriti mahasiswa di Uni Perdana tersebut pada pilihan raya kampus sebulan yang lalu menumbangkan kerajaan "boneka mahasiswa" – iaitu Pro Universiti – lalu diganti dengan ProMahasiswa yang turut disertai oleh kumpulan Islamis.
Kebangkitan itu khabarnya selepas pengerusi unit dakwah Batch Real 2010/11 telah melontar usul "memperkasa syura" yang kemudiannya dibahaskan dengan penuh kritis lagi rasional selama lebih sejam oleh peserta muktamar.
Perbahasan itu umumnya menolak cara berfikir segelintir anggota majlis syura selama ini yang dianggap kurang ilmiah, kurang rasional serta dilihat lebih mementingkan "menjaga" kepentingan peribadi tertentu dalam sebuah parti di Malaysia berbanding masa depan gerakan mahasiswa itu sendiri.
Usul setebal 13 muka surat itu antara lain menegaskan bahawa keahlian ahli syura tidak sepatutnya dipengaruhi oleh susuk kuasa politik kepartian lagi.
Sebaliknya, syura wajar terdiri oleh bekas-bekas kepemimpinan mahasiswa sendiri – iaitu mereka yang mempunyai faham Islam yang dinamik serta memahami karektoristik zaman sekarang.
Seorang bekas pemimpin pertubuhan dakwah tersebut memberitahu "NotaMerah" bahawa bibit kebangkitan kali ini sebenarnya turut berpunca oleh budaya mahasiswa berwacana dua buku Islamis paling kontroversi di tanah air – iaitu "Menerjang Badai" tulisan Ajk Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) Ustaz Riduan Mohd Nor dan "Menuju PAS Baru" tulisan Dr Mujahid Yusof Rawa, Ajk PAS merangkap Ahli Parlimen Parit Buntar.
"Buku Dr Majahid mengajak pada perubahan kerana Nabi sendiri ajak pembaharuan iman (manakala) buku Ustaz Ridzuan pula seakan menghalang perubahan (dalaman) bertiup di dalam PAS demi mempertahankan status quo ulama.
"Kedua-dua buku itu ada pro dan kontranya kepada kami (mahasiswa), tetapi kami banyak belajar dari pengalaman PAS untuk merubah pergerakan kami (gerakan mahasiswa).
"Kami mengakui kepentingan fikiran yang bebas sebagaimana yang dianjurkan dalam Islam dan sedaya upaya menolak budaya 'kerat-mengerat' yang kian menular dalam pergerakan kami sebelum ini kerana budaya itu sebenarnya budaya Firaun.
"Kami tidak pernah memusuhi musyawarah yang diajarkan Nabi (Muhammad), tetapi kami menolak unsur 'diktator agama' dalam sistem syura kami kerana kami mahu menjadi Muslim yang demokrat serta bersedia menghormati kebebasan berfikir dan berijtihad," ujarnya ketika dihubungi NotaMerah.
Tambahnya lagi, bekas-bekas kepemimpinan dakwah Universiti Malaya ada yang "dikerat" ekoran mempunyai pandangan yang berbeza mengenai idea kerajaan perpaduan yang pernah dilontarkan oleh Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum ini; termasuk di lapangan dakwah kampus.
Dalam perkembangan berkaitan, aktivis-aktivis dakwah terbabit mendesak supaya diadakan suatu perlembagaan rasmi pertubuhan yang lebih inklusif untuk semua ahli.
Ini kerana, dengan tidak ada perlembagaan rasmi tersebut sekaligus boleh mendorong pada amalan "diktator beragama" dalam pertubuhan Islamis mahasiswa sama ada di kalangan ahli majlis syura kampus atau di kalangan pemimpin pertubuhan sendiri.
"Bila ditanya, kata mereka (perlembagaan jamaah) masih dalam draf dan akan disahkan oleh 'pemuda' (DPPP kemudiannya) disimpan oleh pimpinan (pertubuhan dakwah mahasiswa).
"Perlembagaan PAS didraf oleh PAS sendiri atau oleh ROS? Perlembagaan PAS disahkan oleh muktamar PAS atau MT Umno?
"(Persoalannya) kalau perlembagaan PAS sendiri disahkan oleh (para perwakilan) Muktamar PAS, mengapa perlembagaan pertubuhan kita (mahasiswa) disahkan oleh 'pemuda' (bukan mahasiswa)?
"Kalau kita boleh menerima (amalan) perlembagaan PAS tidak logik disimpan oleh (mana-mana anggota) syura PAS sahaja (sebalik mesti dimiliki oleh setiap ahlinya), mengapa perlembagaan kita (pertubuhan dakwah kampus) disimpan oleh seorang timbalan ketua sahaja?" soalnya lagi.
Bagaimanapun pengerusi syura dan seorang lagi ahli syura kampus terbabit dalam reaksi spontan di Muktamar menyuarakan rasa kecewa kerana segelintir dari kalangan mereka telah dianggap sebagai "Sang Diktator Agama" oleh aktivis mahasiswa ketika sesi perbahasan di muktamar mahasiswa Islam Universiti Malaya, selain diwacana di blog dan Facebook.
Dijangka ledakan kebangkitan serta budaya berfikir oleh kumpulan Islamis dari Universiti Malaya terbabit bakal memberi impak berantai di Muktamar PAS yang dijadualkan berlangsung pada Julai depan. -

By notamerah.

Iktibar dari siri kekalahan PAS

Posted: 07 Mar 2011 05:04 PM PST

Ada beberapa iktibar dari siri kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil yang lalu – yang terkini Kerdau dan Merlimau. Petunjuk dan iktibar ini sangat perlu diberikan perhatian oleh PAS di semua peringkat.

Petunjuk itu ialah:

1. Persiapan PAS di peringkat akar umbi masih lemah, masih berada di 'zon selesa'.

2. Kerja-kerja secara ad-hock dilakukan ketika kempen.

3. Belum mampu menangkis tohmahan BN bahawa PAS menjadi alat DAP untuk melemahkan 'kuasa' Melayu.

4. Berkesannya kempen perkauman yang masih ditiupkan oleh BN, terutama di kawasan pedalaman.

5. Penerangan PAS di peringkat akar umbi masih lemah.

6. Belum ada keupayaan PAS mendekati dan seterusnya menawan hati pengundi, khususnya di kawasan pedalaman.

7. Kesedaran politik di kalangan kebanyakan pengundi di pedalaman masih di tahap rendah.

Adalah sangat ketara dalam siri pilihan raya kecil di mana belum ada persiapan cukup di peringkat cawangan, kawasan, bahkan peringkat negeri untuk bertanding, walaupun keghairahan untuk bertanding di kalangan ahli sangat tinggi.

Sesetengahnya pula sentiasa membina harapan tinggi kepada pertolongan para pendukung PAS dari negeri-negeri lain. Dengan itu apabila berlaku pilihanraya kecil, biasanya yang diutamakan ialah mencari tempat untuk petugas luar beroperasi.

Ini bukanlah tidak penting, tetapi yang paling utama ialah mengatur gerak kerja peringkat cawangan, UPU dan sebagainya. Kemudian barulah membuat persiapan untuk menerima petugas luar kawasan.

Pimpinan negeri di mana pilihan raya akan diadakan belum dapat mengukur secara konkrit kekuatan sendiri di Dun atau Parlimen yang hendak ditandingi oleh PAS. Adalah tidak munasabah jika kekuatan diukur berdasarkan andaian atau agakan semata-mata.

Disebabkan belum cukup persiapan, maka kerja-kerja yang dilakukan seperti mengenal pasti kedudukan pengundi dan kaedah mendekatinya telah dibuat secara ad-hock. Hasilnya mengecewakan.

Sementara itu isu-isu yang dikira berkesan untuk diketengahkan kepada pengundi juga tidak dibincangkan secara khusus dan terperinci.

Yang paling ketara pendukung PAS belum dapat menangkis secara berkesan fitnah BN bahawa PAS menjadi alat DAP. Dari pengamatan saya, isu ini tidak digarap dengan baik oleh penceramah dan perayu undi PAS.

Mursyidul 'Am PAS, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat telah berulangkali mengeluarkan hujah bernas mengenai isu ini, di mana katanya, antara lain, persahabatan PAS dengan DAP, telah membuka peluang luas bagi menerangkan keadilan Islam dan sebagainya hingga semakin ramai orang bukan Islam menaruh minat untuk memahami Islam.

Hujah Tuan Guru lagi bahawa jika Islam selamat maka Melayu selamat, Cina selamat, India selamat dan kaum-kaum lain juga selamat. Tetapi jika Melayu selamat, belum tentu Islam selamat.

Hujahnya yang menarik ini belum lagi dihuraikan secara terperinci oleh pendukung PAS.

Pengertian 'selamat' jika Islam selamat serta tafsiran mengenai keadilan Islam juga belum lagi dihuraikan oleh para pengkempen PAS. Mendedahkan penyelewengan, rasuah dan sebagainya yang dilakukan oleh BN memang sesuatu yang wajar, tetapi kegagalan menerangkan kefahaman Islam secara mudah dan berkesan kepada pengundi pedalaman adalah menghambat kemenangan PAS.

Sudah sampai masanya pendekatan ini dilakukan sesegera mungkin pada ketika PRU Ke-13 hampir tiba. Jentera penerangan adalah urat nadi dan penggerak utama sesebuah parti politik. Justru lemahnya jentera penerangan, bermakna lemahnya jentera parti.

Berdasarkan pengamatan kepada siri pilihan raya kecil, terutamanya di Hulu Selangor tempuh hari, di mana calon PKR pada masa itu kalah, kita menyaksikan betapa lemahnya jentera penerangan Pakatan Rakyat walaupin Pakatan Rakyat sudah memerintah Selangor.

Di samping itu Pakatan Rakyat perlulah meningkatkan penerangan mengenai kesedaran politik di kalangan pengundi, terutamanya di kawasan pedalaman. Dalam hal ini oleh kerana PAS berdepan dengan kebanyakan pengundi kawasan pedalaman, maka ia perlu menggandakan usahanya menerangkan kepada pengundi akan kesedaran politik, nilai dan haknya sebagai pengundi, kepentingan masa depan mereka dan sebagainya.

Suatu hal yang sangat menarik ialah semakin eratnya perpaduan di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Dalam kempen PAS di Merlimau dan Kerdau beberapa hari lalu dan juga dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang, Manik Urai, Galas, Tenang dulu, para petugas DAP dan PKR memberikan bantuan yang sangat berkesan.

DAP telah menggerakan jentera kempennya yang sangat kuat membantu calon PAS secara maksima di kawasan pengundi Cina. Ini adalah manifestasi menunjukkan persahabatan eratnya dengan PAS.

Demikian juga PKR yang banyak berkempen di kawasan pengundi Melayu dan India juga menunjukkan kesungguhan membantu calon PAS. Ini adalah petanda yang sangat memberansangkan bahawa perpaduan dalam Pakatan Rakyat ini tetap utuh walaupun pelbagai usaha dilakulkan oleh musuh Pakatan untuk memecahkannya.

Saya yakin warga Pakatan Rakyat tidak merasa terlalu kecewa dengan siri-siri kekalahan PR dalam pilihan raya kecil yang dialami selama ini. Semangat PRU 2008 dulu di mana telah berlaku tsunami politik dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat, tidak mustahil boleh disemarakkan kembali di mana kemenangan besar itu boleh diulangi kembali dengan syarat ada perancangan yang cukup, kerja berstrategi dan bijaksana.

Dari pengamatan saya, generasi muda, Insya-Allah, akan menyokong Pakatan Rakyat, khususnya dalam PRU Ke13 akan datang. Tetapi dalam masa yang sama kita sama sekali tidak meninggalkan generasi lama di mana saya sendiri adalah dari golongan generasi lama.

Namun saya berusaha memahami dan menyertai aspirasi generasi baru, justru mereka adalah masa depan Malaysia.

Abd Shukur Harun

Tiada ulasan: