RAKYAT MARHAEN |
- Kerdau beri isyarat Pahang tolak PAS
- Tayangan dokumentari yang dipinggirkan
- Kuburkan Revolusi Jasmin: BN kembali yakin berdepan PRU
- Terima kasih PAS atas jasa anda dalam PRK.
- 11.11.11 Tarikh PRU ke 13!
- Apa Guna Ada SPRM jika !!!!
- Awani pun sama aja dengan RTM, TV3?
- Kemenangan BN yang tidak membawa erti buat demokrasi
- Terima Kekalahan, Baiki Kelemahan!
- Antara politik realiti, ilusi
- Bakul PAS Sudah Penuh?
- Pemuda PAS : Contohi MBSA Haramkan Iklan Berunsur Seks Dan Tahyul
- Penganalisa: BN tak sepatutnya rasa selesa
- Pasca Merlimau : Kalau tak pangkah BN, bantuan ditarik balik
- Anwar : Ambil Iktibar PRK Ijok
- Video : Usah Dilayan Kerenah Penguasa Angkuh,Pakatan Rakyat Terus Mara Dengan Agenda Perubahan
- Anwar, Dalam Lelah Yang Meninggi
- Sidang Parlimen bermula hari ini tanpa Ketua Pembangkang
- Dua Wajah : Dari UMNO ia datang...kepada UMNO ia kembali...!!!
- Hisham ‘pon-pon’ ugut rakyat jangan tolak Umno BN di PRU13?
- Hanya kemenangan kecil....
- Kickdefella: Melayu lemah, kesian dia
- Pakatan yakin dapat laksana penuh Buku Jingga
- Tabiat gila pangkat ‘Wanita Pertama’
- Keputusan 2-0: BN tak menang habis, Pakatan belum tewas teruk
Kerdau beri isyarat Pahang tolak PAS Posted: 06 Mar 2011 09:13 PM PST PAS perlu segera melupakan misi menawan Pahang dalam PRU akan datang. Misi itu adalah sia-sia dan tidak mungkin boleh mencapai kejayaan. ANALYSIS Kekalahan teruk PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau, Pahang dan Merlimau, Melaka menyebabkan parti Islam itu mula mengendurkan ego besarnya yang dicanang-canangkan kononnya pengundi Melayu masih menyokong parti itu.Sebelum ini para pemimpin PAS begitu sombong mendakwa parti itu bersama Pakatan Rakyat mampu membuat kejutan merampas Kerdau dan Merlimau atau sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti Barisan Nasional (BN) di kedua-dua kerusi tersebut. Kekalahan di Merlimau bermakna Melaka tidak mempunyai sebarang wakil di negeri Hang Tuah itu. PAS tidak pernah menang di Melaka sejak pilihan raya umum (PRU) pertama tahun 1955 lagi. Manakala PAS kekal dengan dua kerusi di Pahang – Dun Semerah dan Kuala Semantan – yang dimenangi dalam PRU 2008. Kekalahan berat di Kerdau sekaligus melenyapkan impian PAS menawan Pahang dalam PRU ke 13. Malah misi menambahkan kerusi daripada dua yang ada sekarang juga semakin sukar. Percaya atau tidak, hakikatnya pengaruh PAS di Pahang tidak sekuat yang digembar-gemburkan. Di Kerdau, calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad mendapat 5,060 undi manakala pencabarnya Hasanuddin Salim dari PAS mendapat 2,336 undi, Ini bermakna naib ketua Umno Kuala Krau itu menang dengan majoriti 2,724 undi. Lebih mengejutkan PAS tidak menang satu saluran pun, sedang yang terbaik bagi parti Islam itu hanya di Pulau Pasir Mandi apabila BN mendapat 144 undi, manakala PAS 108 undi. PAS perlu segera melupakan misi menawan Pahang dalam PRU akan datang. Misi itu adalah sia-sia dan tidak mungkin boleh mencapai kejayaan. Malah Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang media selepas kekalahan calonnya di Kerdau, mengaku PAS sukar mendapatkan undi di kawasan Felda dan kampung tradisi yang merupakan kubu kuat BN. Sebaliknya Naib Presiden PAS itu mengesahkan kemenangan calon BN kerana pertambahan jumlah peratus pengundi yang keluar mengundi berbanding PRU 2008. Salah guna jentera kerajaan sekadar alasan Tuan Ibrahim, selaku Pengarah Pilihanraya PAS Kerdau turut mengaitkan kekalahan PAS kerana penyalahgunaan jentera kerajaan, curahan projek pembangunan dan politik ugutan oleh BN. Bagaimanapun, ini sekadar alasan semata-mata. Kekalahan sementara dan PAS akan bangkit semula seperti yang berlaku di dalam PRK Ijok pada 2007 tidak berlaku. Kalau itu yang menyebabkan kekalahan berat PAS di Kerdau dan Merlimau, mengapa pula PAS menang di dalam PRK Parlimen Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Dun Manek Urai dan Permatang Pasir? Mana mungkin dalam keadaan pentadbiran negeri Pahang pimpinan Datuk Seri Adnan Yaakob yang didakwa PAS di ambang bankrap dan korup, rakyat masih menolak PAS. Pendedahan demi pendedahan mengenai kelemahan Adnan mentadbir negeri ditolak mentah-mentah oleh pengundi Kerdau. Begitu juga pendedahan penyelewengan Felda oleh Persatuan Anak Peneroka Felda atau lebih dikenali dengan nama Anak juga gagal mengutip sokongan pengundi warga Felda. Apa yang tidak ditelanjangi oleh PAS terhadap Umno dan kerajaan negeri sepanjang tempoh lapan hari berkempen di Kerdau. Malah kalau diambil kira bajet Pahang mengalami defisit selama 12 tahun berturut-turut. Tetapi mengapa rakyat Kerdau masih memberi undi kepada Umno dan menolak mentah-mentah PAS? Jawabannya – BN dan Umno lebih baik dari PAS. Barangkali terlalu awal untuk mengatakan rakyat pengundi Melayu khususnya sudah kembali ke pangkuan Umno pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Namun rata-rata rakyat Kerdau dan Pahang lain masih mempercayai Umno lebih baik berbanding PAS. Kelemahan paling nyata PAS Pahang ialah ketiadaan tokoh-tokoh besar yang boleh menyaingi Umno. Parti itu hanya bergantung kepada Tuan Ibrahim tetapi ketokohan dan kredibiliti beliau juga tercalar kerana rakyat Pahang menolak beliau dalam PRU lalu. Realitinya berdasarkan petunjuk dari keputusan PRK Dun Kerdau ini, PAS hanya boleh bermimpi untuk menawan Pahang dalam PRU akan datang. |
Tayangan dokumentari yang dipinggirkan Posted: 06 Mar 2011 09:07 PM PST Dokumentari yang mencerminkan kebenaran masyarakat merupakan spesies filem yang diancam pupus di Malaysia. Genre filem jenis ini bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tekanan penonton yang sentiasa mengharapkan unsur-unsur "hiburan", bahkan ia perlu juga mengharungi campur tangan daripada MSM dan tingkah-laku self-censorship oleh pihak media sendiri. Pada bulan April 2004, penerbit acara Editor's Time dan Edisi Siasat NTV7 Joshua Wong Ngee Choong telah meletakkan jawatan sebagai petanda tidak setuju dengan self-censorship oleh pihak atasan NTV7. Dalam bulan yang sama, penerbit Galeri Mandarin Nasional bagi TV2, RTM pula dipecat kerana membuat dan menyiarkan siri dokumentari tentang empangan Bakun. Kedua-dua kes tersebut menunjukkan betapa seriusnya sekatan atas dokumentari di Negara ini oleh akta-akta yang ketinggalan zaman dan bagaimana kebebasan terhadap informasi disekat oleh campur tangan politik dalam arena media. Dalam keadaan yang terdesak sedemikian, sebagai salah satu kaedah yang paling berkesan dalam penyebaran maklumat dan mengkritik sosial, dokumentari terpaksa menyelesaikan masalah kekurangan penonton dan begitu juga dengan masalah kongkongan media oleh pihak berkuasa yang berkenaan. Oleh sebab itu, kami membuat keputusan untuk mengenepikan "godaan" untuk memasukkan lebih banyak unsur-unsur hiburan ke dalam dokumentari, dan mengatasi rintangan self-censorship, untuk menayangkan dokumentari dipinggir media arus perdana. Kami menggelar tayangan ini sebagai tayangan "yang Dipinggirkan" atau Exiled Documentary, tidak bermaksud kami mengundurkan diri dari tayangan untuk orang ramai, sebaliknya kami tidak ingin letakkan diri dalam zon yang selesa dan selamat yang selama ini hanya mampu ditawarkan di RTM dan stesen-stesen TV swasta, sebaliknya memilih untuk berhadapan dengan penonton secara terus, dan berhadapan dengan cabaran, risiko serta peluang yang jauh lebih besar. Sebagai tayangan bagi pusingan yang pertama, kami akan menayangkan dokumentari Bakun Trilogy bahagian 1 dan 2, yang dibuat semula oleh bekas penerbit "Galeri Mandarin Nasional" Chou Z Lam, serta dokumentari "March Encircling" tentang perjuangan rakyat di kampung baru Rawang, yang dibuat oleh director dan producer VideoArt, Lai Kim Koon. Tayangan tersebut akan diadakan di 13 tempat di pantai barat semenanjung Malaysia serta Singapura. Tujuan utama tayangan ini adalah untuk membangkitkan semula isu kesan sosial empangan Bakun dan kabel elektrik Rawang, dan mendedahkan mereka kepada populasi di seluruh Malaysia. Berikut adalah maklumat terperinci tentang tayangan ini: Tajuk Aktiviti: Tayangan Dokumentari Yang Dipinggirkan Objektif aktiviti:1.membantah kongkongan media 2.memperkenalkan documentari 3.membentuk masyarakat Civil Para Penganjur: Peoples Documentary Foundation, Video Art Magazine, Malaysiakini Penaja utama:Kumpulan wartawan dan penulis yang menyokong orang asli dan orang asal Penganjur Setempat:KLSCAH Social Economic Committee, KL New Era College Media Study Department, Kajang Lim Lian Giok Cultural Development Centre Perak (LLGPERAK), Ipoh Penang Chinese Town Hall, Penang SUARAM Penang Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) , Perak Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall Youth (NSCAHY), Seremban Malacca Chinese Assembly Hall (Youth Section), Malacca Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bakri, Muar Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Kluang SUARAM Johore Bharu Singaporeans For Democracy(SFD) Tarikh Tayangan:8 March 2011 – 6 April 2011 Kandungan: 1.Tayangan Filem :a) Bakun Trilogy: Episod 1 Tenggelam (42 minit) b) Bakun Trilogy: Episod 2 Ketidakadilan (47 minit) c) Defend Our Homeland (60 minutes) 2.Sessi Q & A (20 minit) 3. Upacara Perasmian :Ceramah ( Tajuk : Documentari dan perubahan Sosial ) & Showing the trailer Dokumentari dan Perubahan Sosial (8 Mac 2011, 8.30pm, KLSCAH)Penceramah: Chou Z Lam (pengasas Peoples Documentary Foundation), Anna Har (Director KOMAS) dan Sylvia Lim (Pengasas & Ketua Pengarang Video Art Magazine ) MC: NTV7 Host -Tan Ley Teng Person in Charge:1. Coordinator :Chou Z Lam & Sylvia Lim 2. Admin Secretary : Raymond Lim Synopsis Filem A) Bakun Trilogy: Episod 1 Tenggelam / 42 minit / 2010 / Director Leerang Bato / HD FormatPada tahun 1998, Projek Bakun Hydro Electric di Sarawak mula memindahkan lebih kurang 9,500 orang asal secara paksa. Namun begitu, ada sekumpulan daripada mereka yang enggan berpindah dan bertekad mempertahankan tanah dan kawasan Kediaman. Pada bulan Oktober 2010, penakungan air empangan Bakun bermula, kawasan tanah adat orang asal seluas pulau Singapura dijangka akan ditenggelami dalam tempoh masa setengah tahun. B) Bakun Trilogy: Episod 2-Ketidakadilan/47 minit/ 2010 / Director Leerang Bato / HD FormatProjek empangan Bakun Hydro Electric yang kosnya RM 4.5 billion pernah tergendala dua kali akibat kemelesetan ekonomi. Namun begitu, kerajaan Sarawak tidak mengendahkan permintaan orang asal yang dipengaruhi oleh projek tersebut dan memindahkan lebih kurang 9,500 penghuni di ulu Bakun ke kawasan penempatan semula di Asap Koyan. Sehingga hari ini, kebanyakan daripada mereka masih tidak menerima pampasan yang sepenuhnya tentang rumah panjang lama, tanah adat dan tanaman di tempat asal. Pendek kata, penghuni Sungai Asap hidup dalam keadaan yang amat menyedihkan. C) Mempertahankan kampong halaman kami / 60 minit / 2010 / Director Lai Kim Koon / HD Format Perjuangan selama lima tahun oleh penghuni kampung Baru Rawang, Selangor, untuk mempertahankan kesihatan mereka daripada diancam oleh pembinaan kabel berkuasa tinggi. Esok (17 Mac 2010) , Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan masuk ke dalam kampung baru Rawang untuk memusnahkan rumah-rumah. Para penduduk kuathir bahawa TNB akan melakukan operasi pada larut malam, jadi, mereka menjaga mengikut giliran. Kegiatan ini melibatkan lebih daripada 1000 orang, termasuk penduduk kampung dan sukarelawan dari organisasi bukan kerajaan. Pada masa yang sama, Chou Z Lam, penerbit bagi TV2, RTM pada ketika itu telah mendedahkan bahawa satu rancangan dokumentari bahasa Cina "Galeri Nasional Mandarin", yang dijangka akan menyiarkan isu tentang Rawang tersebut, terpaksa dibatalkan penyiarannya atas alasan sensitif. Lebih kurang 80 orang telah mengadakan tunjuk perasaan di depan Kompleks Bangunan Jabatan Penyiaran (Kompleks Angkasapuri), untuk membantah pemecatan Chou Z Lam dan pembatalan penyiaran isu Rawang serta Bakun. Tunjuk perasaan tersebut dianjurkan oleh 528 Media Action Group, Writers Alliance of Media Independence (WAMI) serta Centre of Independent Journalists (CIJ). Dokumentari ini bukan sahaja merekodkan perjuangan penduduk kampung baru Rawang, bahkan juga memaparkan kongkongan terhadap kebebasan media dan kelemahan dasar penswastaan. Jadual tayangan, sila rujuk:Blog: http://peoplesdocumentary.wordpress.com/ Facebook: Screening of Exiled Documentary Email: huskytwist05@gmail.com |
Kuburkan Revolusi Jasmin: BN kembali yakin berdepan PRU Posted: 06 Mar 2011 09:06 PM PST Barisan Nasional berjaya membuktikan kepada pembangkang, bahawa benih Jasmin yang ditaburkan sepanjang dua pilihan raya kecil serentak ini, iaitu Merlimau dan Kerdau tidak berbunga. Meskipun keputusan PRK ini menyuntik keyakinan kepada BN untuk menghadapi PRU akan datang, namun pengkaji politik menjangkakan bahawa kebarangkalian PRU diadakan lebih awal tidaklah tinggi. Ketika dihubungi MerdekaReview, pengkaji politik, Phoon Wing Keong berkata, dari kaca mata BN, kemenangan kedua-dua PRK ini adalah penting, dalam konteks gelombang "Revolusi Jasmin" di Timur Tengah yang sedang mengombak. Perdana Menteri bersama Timbalannya telah cuba sedaya upaya untuk memastikan bahawa fenomena "Jasmin" tidak menular di Malaysia. Dengan kemenangan besar BN di kedua-dua kawasan pengundian yang majoritinya terdiri daripada Melayu-Islam, UMNO boleh menyampaikan satu mesej kepada dunia Islam - berbeza dengan negara Timur Tengah yang sedang mengalami "fenomena Jasmin", UMNO-BN adalah kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyatnya untuk terus berkuasa. Bagaimanapun, Phoon Wing Keong (gambar kiri) menganggap kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau adalah sesuatu yang dijangkakan. Ini kerana kawasan Selatan adalah kubu tradisional UMNO pada asalnya, dan kemenangan dengan majoriti yang lebih besar sekadar membuktikan bahawa kuasa UMNO atau BN tidak tergoyah di kubu tradisionalnya. Seorang lagi pengkaji politik, Wong Chin Huat berkata, sesungguhnya kemenangan secara besar-besaran dalam PRK serentak ini menunjukkan bahawa BN telah mengembalikan kuasanya di kubu tradisionalnya, tetapi ia kekal satu tanda soal sama ada gelombang BN ini bakal membadai kawasan bukan kubu tradisionalnya. Soalan ini hanya terjawab seandainya berlakunya satu PRK di "kawasan berisiko tinggi" untuk BN. Selain itu, walaupun BN menang di tiga kawasan campuran, iaitu Kerdau, Ayer Merbau, dan Merlimau Pasir yang mana nisbah pengundi Cina-nya berada dalam lingkungan 23.8% hingga 48.9%, namun Wong Chin Huat menganggap keputusan ini tidak cukup untuk menunjukkan bahawa undi Cina telah kembali kepada BN. Ini kerana pengundi Cina bukan majoriti mutlak di kawasan pengundian tersebut, dan perlu dibandingkan dengan pengundi Melayu jikalau penilaian dibuat. PR gagal pertahankan satu pertiga dalam parlimen? Kedua-dua Wong Chin Huat dan Phoon Wing Keong menganggap kemungkinan bahawa Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan PRU ke-13 dengan lebih awal, iaitu diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak, adalah rendah. Wong Chin Huat (gambar kiri) tidak menolak kemungkinan bahawa PRU ke-13 akan diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak, berikutan kemenangan besar BN dalam kedua-dua PRK ini, namun beliau menganggap adalah lebih mungkin PRU diasingkan dengan pilihan raya negeri Sarawak, jika dilihat kepada sikap Najib yang lebih berhati-hati. Phoon Wing Keong pula percaya bahawa kerajaan BN tidak akan membubarkan parlimen secara tergesa-gesa, sebaliknya akan memerhatikan keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi, sebelum memberi kata dua untuk PRU ke-13. Beliau menjangkakan bahawa PRU paling mungkin diadakan selepas pembentangan Belanjawan. Menurut Wong Chin Huat ketika dihubungi MerdekaReview, seandainya PR gagal menunjukkan prestasi yang terserlah dalam pilihan raya negeri Sarawak akan datang, maka ia mungkin melunturkan semangat PR, lantas memberi kesan langsung terhadap prestasinya dalam PRU. Jikalau PR hanya menang 11 atau 12 kerusi, atau gagal memperolehi 20 atau lebih kerusi yang cukup untuk menggerunkan BN, maka "PR gagal pertahankan kerusi satu pertiga parlimen" bakal menjadi realiti, ramal Wong Chin Huat. Sebaliknya, PR hanya mampu mengubah senario, sehingga BN tersudut pada kedudukan bertahan, seandainya menunjukkan pretasi yang cemerlang dalam pilihan raya negeri di Sarawak. Jurang melebar antara bandar dengan desa Di samping itu, menurut pengamatan Phoon Wing Keong, wujudnya jurang perbezaan politik antara kawasan desa dengan bandar yang ketara, dari apa yang diperlihatkan dalam keputusan PRK Merlimau dan Kerdau. Malah, jurang ini semakin melebar. "PRK Tenang, hinggalah dua PRK ini, memperlihatkan bahawa pembangkang hanya meraih sokongan di kawasan bandar, namun ia seolah-olah gagal melakukan apa-apa (sebagaimana di bandar) apabila tiba di kawasan desa. Sebaliknya, BN mendapat sokongan di kawasan kampung, tetapi gagal menembusi kawasan bandar," kata Phoon Wing Keong. Phoon menambah, minda pengundi di kawasan desa lebih konservatif dan berorientasikan kepentingan. Jadi, BN boleh memberi kesan dengan peruntukan, memainkan isu negara Islam atau isu perkauman; sebaliknya, isu yang lebih makro seperti keadilan, kesaksamaan, kebebasan bersuara dan sebagainya, sukar memberi kesan di tempatan. Walaupun BN berjaya membebaskan diri dari situasi yang merudum - zaman pasca 8 Mac 2008, dan kini menyerang kawasan bandar dengan sokongan yang ada di kawasan desa. Namun, senario sedemikian akan membataskan transformasi kerajaan BN, analisa Phoon. "UMNO boleh menjadikan kubu di kawasan desa sebagai pengkalannya untuk menyekat kawasan bandar. Namun senario ini pasti akan membataskan usaha transformasi kerajaan. Ini kerana UMNO perlu mengambil kira keperluan penduduk kampung, dan mungkin terpaksa menggugurkan sesetengah dasar transformasi kerajaan," katanya. *Tulisan ini diterjemah dan disunting daripada teks asal. |
Terima kasih PAS atas jasa anda dalam PRK. Posted: 06 Mar 2011 09:04 PM PST oleh Tok Pepijat Terima kasih PAS. Penyertaan PAS dalam PRK Tenang, Kerdau dan Merlimau mengundang banyak persepsi samada pro dan kontra. Yang pro akan menyatakan penyertaannya adalah untuk dakwah. PRK adalah medan dakwah juga untuk menguji strategi dakwah dan politik. Manakala yang kontra akan mengatakan ianya membazir wang, tenaga dan masa. Ini kerana perlawanan berlangsung dalam keadaan padang tidak rata dan UMNO mempunyai lebih 11 pemain iaitu PDRM, SPR dan Agensi Kerajaan yang lain. Lebih baik tumpu kepada PRU. Mari kita ambil pandangan di luar kotak. Penyertaan PAS dalam "permainan padang tidak rata" sebenarnya adalah untuk menolong rakyat samada Melayu, Cina dan India. Lihatlah apabila berlaku PRK, yang paling beruntung adalah rakyat. Mereka mendapat "durian runtuh" dan kawasan mereka mendapat pembangunan pantas. Rakyat tahu jika PAS menang dalam PRK pun, ianya tidak mengubah kerajaan berbanding dalam PRU. Oleh itu elok undi UMNO. Tetapi dalam PRU nanti, mereka akan mengundi PAS untuk tukarkan kerajaan. Kalau selama ini, jika ada aduan maupun rungutan, semuanya dibuang dalam bakul sampah oleh UMNO. Tetapi jika ada PRK, inilah masanya rakyat berkuasa. Minta apa sahaja, pasti dimakbulkan. Lihat bagaimana dalam satu perjumpaan di sebuah sekolah di Kerdau, PIBG minta bantuan, dengan pantas TPM luluskan bantuan jutaan RM. Ini semua untuk mengatasi pengaruh PAS. Begitu berpengaruhnya PAS sehingga UMNO sanggup keluarkan duit jutaan RM untuk atasi pengaruh PAS dan agar rakyat tidak mengundi PAS. Inilah antara jasa yang amat besar sumbangan PAS kepada rakyat. Tanpa penyertaan PAS dalam PRK, maka "malap"lah kawasan PRK itu dan berjoget sakanlah UMNO kerana tiada saingan. Barangkali selepas ini, PAS perlu kemaskinikan strategi dan ubah pendekatan dalam PRK. Katakan kepada rakyat di kawasan PRK, mintalah apa sahaja kat UMNO. Inilah masanya rakyat jadi tuan. Katakan juga kepada rakyat duit RM yang UMNO kasi adalah duit rakyat. Hak rakyat. Duit itu adalah hasil kutipan cukai dan hasil mausul rakyat. Tanamkan kefahaman itu hingga rakyat sedar dan faham. PAS selamanya tidak dapat tandingi UMNO dari segi kewangan, tenaga dan kepakaran. Ini kerana UMNO yang menguasai kerajaan |
Posted: 06 Mar 2011 09:03 PM PST Oleh Musli Oli Tahniah BN menang kerusi Merlimau dan Kerdau! Selepas Kerdau dan Merlimau, jika berlaku pilihan raya kecil ianya mesti berlaku sebelum tempuh pilihanraya kecil berakhir pada 25 Mac ini. Apapun 16 pilihan raya kecil sudah cukup dan memadai untuk menilai kekuatan kedua-dua parti yang bersaing di Malaysia. Para penganalisis politik sekarang tumpukan perhatian kepada pilihan raya umum. Jika berdasarkan kenyataan Dato Seri Najib Khamis, pilihan raya umum mungkin diadakan lebih awal. Mungkin akan diadakan pada pertengahan atau selewat-lewatnya November tahun ini. Mungkin pada 11.11.2011 atau 11.11.11. Dengan kemenangan kerusi Merlimau dan Kerdau, BN menang 8 daripada 16 pilihan raya kecil yang telah diadakan sejak PRU12. Kerusi-kerusi itu ialah Batang Ai, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Pakatan Pembangkang juga menang 8 kerusi iaitu Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau, Bukit Gantang, Manek Urai, Penanti, Permatang Pasir dan Sibu. Kedua-dua parti politik sama kuat dan sama handal. PR merampas 2 kerusi BN, iaitu Kuala Terengganu dan Sibu. BN juga merampas dua kerusi pembangkang, Hulu Selangor dan Galas. Sama kuat dan sama hebat. Kelebihan BN ialah memenangi 5 pilihanraya kecil yang terakhir. Seolah-olah ada momentum yang memihak kepada BN. Mungkinkah keyakinan rakyat telah kembali kepada BN? Perlu diingat sebelum PRU 2008, terdapat 5 pilihan raya kecil. Kelima-limanya dimenangi BN. Namun dalam PRU, BN kehilangan lima negeri dan hilang majority dua pertiga di dewan rakyat. Pada PRU Anwar Ibrahim belum layak bertanding, kali ini Anwar ketua pembangkang dan bersedia menjadi PM. Renung-renungkan……. |
Posted: 06 Mar 2011 09:02 PM PST Oleh kopiahijau "Tahniah buat BE END kerana menang dengan bergaya PRK Merlimau dan Kerdau. Keputusan yang sudah dijangka dari awal , memandangkan kawasan itu sememangnya kubu kuat BE END sejak berzaman. Maknanya kekalahan PAS bukan sesuatu yang mengejutkan. Dilihat dari undi yang diperoleh oleh BE END juga bukan suatu yang boleh dibanggakan , ratusan juta yang dibelanjakan dalam Pilihanraya itu. hanya sekadar itu sahaja yang diperolehi. Atas nama pembangunan ianya diiharuskan dan SPR membiarkan sahaja apa yang berlaku. Tahniah kepada mereka yang masih setia untuk mengundi PAS dan menolak RASUAH. Rasuah yang bermaharajalela sepanjang PRK , Habuan demi habuan yang diberi tidak dapat ditafsir oleh SPR samada rasuah atau tidak. Sesuatu yang melucukan. Kalau tak tahu tanyalah MUFTI pasal ini n rujuklah Al Quran dan sunnah. Apa guna kita ada SPRM jika rasuah yang dilakukan secara terang-terangan dianggap suatu yang biasa. Aku pun susah nak faham kenapa isu rasuah pilihanraya tiada tindakan diambil sedangkan secara terang-terangan ianya dilakukan dengan pelbagai janji dan habuan akan diberikan jika menang. Tidakkah itu dikira RASUAH. Apa lagi isitilah yang boleh dipanggil selain dari istilah ini. Paling menyedihkan ialah para pengundi yang masih mengundi calon BE END khususnya masyarakat Melayu yang mendekatkan diri mereka dengan RASUAH. Apakah mereka ini sudah hilang kepercayaan agama atau hati mereka sudah tertutup untuk menerima Islam atau atas desakan hidup. Walau apapun yang berlaku semasa di kedua-dua PRK ini , sudah jelas menunjukkan kerajaan BE END lah yang menggalakkan rasuah . Sebab itulah kita lihat kewujudan SPRM umpama tong sampah kosong yang tidak mempunyai sebarang nilai untuk dipercayai. Isu Rasuah setiap Pilihanraya samada PRU atau PRK ini sudah kerap dilaporkan namun tiada apa yang boleh kita harapkan pada SPRM yang wujud seolah-olah untuk talian hayat buat rejim UMNGOK dan BE END. Hanya mereka yang benar-benar Istiqamah dalam Islam sahaja yang akan menjauhkan diri dari noda RASUAH ini. Pada pengamal rasuah atau penyokong rasuah samada yang berjawatan atau tidak,samada pemimpin atau tidak , samada ahli agama atau tidak , samada ahli politik atau tidak , tunggulah azab diakhirat kelak diatas apa yang anda lakukan. PAS dengan dasar Islamnya yang jelas memang berterusan memerangi isu ini . Manakala bagi DAP pulak, parti ini 100 kali lebih baik dan lebih jelas pendirian mereka berhubung dengan isu rasuahberbanding UMNO. Dalam UMNO dan kerajaan BE END, pemimpin yang terpalit rasuah masih diangkat sebagai Ketua Menteri, Menjadi Calon, Pengerusi Koporat dan sebagainya. Sebab itu kalau ada orang yang kutuk DAP aku rasa malu memandangkan Melayu yang dok sibuk kutuk DAP tak pula menegur pemimpin mereka yang hanyut dengan budaya ini. Sebab itulah kalau sesuatu bangsa itu hendak dihormati , nilai agama haruslah dijadikan pegangan bukan hanya mengambil secara terpilih. maka inilah akibatnya. Semoga negara Malaysia khususnya rakyat Malaysia bebas dari amalah rasuah dan dijauhkan dari bala Allah s.w.t. |
Awani pun sama aja dengan RTM, TV3? Posted: 06 Mar 2011 09:01 PM PST Ahmad Lutfi Othman Berita RTM dan TV3 semasa buat liputan PRK Kerdau dan Merlimau memang dah diketahui hampas dan sampahnya. Malam tadi, semasa menunggu keputusan rasmi dari Merlimau, wartawan wanita Astro Awani, antara lain melaporkan: "ada berita gembira ..... majoriti BN bertambah". Awani pun dah terkena jangkitan penyakit media talibarut BN ka? Apa kena mengena kemenangan atau kekalahan seseorang calon atau sesebuah parti dengan "kegembiraan" penonton? Jangan jadikan Awani satu lagi "bilik gerakan" kempen BN ... |
Kemenangan BN yang tidak membawa erti buat demokrasi Posted: 06 Mar 2011 09:00 PM PST Oleh SHIRZAD LIFEBOAT Walaupun dalam pilihan raya kecil, baik untuk kerusi Parlimen atau Dun yang diadakan sebelum PRU12 tahun 2008 menyaksikan persaingan sengit di antara BN dan parti oposisi, namun kemenangan atau kekalahan mana-mana pihak tidak membawa banyak erti. Habis kuat orang bercakap pengaruh Umno-BN di kawasan terbabit telah semakin meleset dan sebaliknya parti oposisi kian mengumpul momentum dari segi sokongan. Dan lebih lazim daripada tidak, apabila parti oposisi seperti PAS gagal merebut kerusi Umno-BN dalam pilihan raya kecil berkenaan, jumlah atau peratusan mereka yang mengundi PAS atau parti oposisi lain kian meningkat. Dan jika Umno-BN yang berjaya mempertahankan kerusinya atau merebut kerusi terbabit dari parti oposisi, maka yang lebih banyak bercakap ialah pemimpin Umno-BN dan bukannya orang ramai. Kenyataan seperti, "rakyat terus mempercayai Umno-BN" atau "inilah bukti oposisi gagal memberikan khidmat terbaik kepada pengundi" dan sebagainya adalah perkara biasa. Walaupun pemimpin Umno-BN sendiri begitu mengerti dan amat faham betapa mereka tidak akan menang atau laluan untuk mendapatkan kemenangan begitu perit sekiranya mereka benar-benar patuh segala peraturan dan undang-undang pilihan raya, namun tanpa segan-silu mereka boleh memaparkan imej seolah-olah pertandingan yang dimenangi itu telah diadakan di atas padang paling rata dengan pengadilnya yang sama sekali tidak memihak. Unsur berat sebelah dan perlakuan pengadil yang tidak adil ini sudah berulang kali dibicarakan oleh pelbagai media sama ada di dalam negara mahupun di luar negeri. Malah disebabkan wujudnya rasa tidak adil dalam pengendalian sesuatu pilihan raya maka dibentuk sebuah badan khusus untuk memperjuangkan pilihan raya yang adil. Kata orang, kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang. Justeru, kalau tidak ada bukti maka tentulah tidak ada sesiapa yang mahu atau berani menubuhkan sebuah badan yang mana namanya seolah-olah mencadangkan betapa pilihan raya yang diadakan di negara ini adalah sama ada tidak adil atau kurang adil atau masih mempunyai ruang untuk dikendalikan dengan seadil-adilnya. Selepas PRU12 dan dalam keadaan tertekan, bercelaru dan mencari-cari di mana silapnya, lalu selepas itu bergemalah seruan "mereformasikan Umno" bermaksud kononnya memperbetulkan kesilapan masa lalu, pemimpin Umno-BN mengambil sikap dan pendekatan yang lebih relaks dalam menghadapi pilihan raya kecil selepas pilihanraya umum berkenaan. Tetapi apabila padang permainan menjadi agak rata dan pengadilnya lebih adil daripada biasa, Umno-BN mengalami banyak kekalahan dalam siri awal pilihan raya kecil selepas Mac 2008 itu. Pendekatan non-Santa Claus, pendekatan air-liur dan pendekatan kempen bersih nampaknya begitu bertentangan dengan tradisi Umno-BN sehingga taktik ini hanya membawa padah. Setelah berbincang, bermesyuarat, berunding dan bertikam-lidah di antara satu sama lain, maka nampaknya pakar perunding dan think-tanks Umno-BN sudah ketandusan modal dan idea bagaimana caranya untuk memenangi pilihan raya kecil tanpa kembali kepada taktik tradisi. Justeru, suka atau tidak dan tanpa segan silu terhadap rakyat, tanpa ada rasa hormat terhadap keadilan, tanpa memperdulikan kebenaran dan malah tanpa ada rasa takut terhadap Tuhan, maka pendekatan Santa-Claus, pendekatan air-liur yang menawarkan pelbagai janji dan lain-lain pendekatan tradisi yang mengakibatkan padang permainan menjadi curam ke arah pihak lawan digunakan semula. Nampaknya hanya cara ini sahaja yang tinggal sekiranya Umno-BN mahu menempa kemenangan. Dan ini terbukti dalam beberapa pilihan raya kecil lalu apabila Umno-BN berjaya memperolehi kemenangan. Pilihan raya kecil Dun Merlimau, Melaka dan Dun Kerdau, Pahang adalah merupakan perlawanan ke-15 dan ke-16 di antara BN dan Pakatan Rakyat. Umno-BN perlu menang perlawanan ini dan analisisawal mengatakan mereka akan menang. Bagi rakyat kedua-dua Dun ini yang bakal mengundi Umno, sebahagian besar daripada mereka tahu mengapa mereka berbuat demikian. Namun bagi rakyat Malaysia yang mengikuti peristiwa ini, mereka mengerti moral kemenangan tersebut. Ia adalah merupakan kemenangan yang tidak banyak membawa erti bukan sahaja untuk Umno-BN tetapi juga untuk demokrasi negara ini. Bagi Pakatan, jika mereka berjaya merampas kerusi Umno-BN ini maka ia adalah merupakan kemenangan yang total. Ia bermakna penyokong tradisi Umno-BN sudah mula mengatakan 'TIDAK' kepada parti tersebut. Dan sekiranya Pakatan kalah dalam kiraan undi dan seterusnya gagal merebut kerusi berkenaan maka ia masih menang dalam erti kata berjaya memenangi sebahagian besar hati rakyat agar memberikan sokongannya kepadanya. Kemenangan kecil yang tidak melayakkannya mendapatkan kerusi ini lebih besar maknanya kepada demokrasi. Ia mencerminkan penyokong yang ikhlas dan tahu betapa harga demokrasi tulen adalah lebih mahal dari sekadar kos sebuah projek bidan terjun atau lebih berharga dari satu keputusan yang dibuat secara tiba-tiba untuk menyelesaikan masalah penduduk setempat. Paling penting dan terakhir, kemenangan kecil ini adalah batu loncatan kepada kemenangan besar buat demokrasi di negara ini apabila Pakatan akan mengambil alih teraju pemerintahan daripada BN. |
Terima Kekalahan, Baiki Kelemahan! Posted: 06 Mar 2011 08:59 PM PST Oleh Mohd Sayuti Omar TAHNIAH kepada kedua calon UBN di Merlimau dan Kerdau kerana berjaya mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti memuaskan. UBN boleh tersenyum lebar dengan kemenangan itu. Muhyiddin Yassin menyifatkan kemenangan itu menandakan endorsement rakyat terhadap projek-projek dilaksanakan oleh kerajaan. Muhyiddin tidak pun menyebut kemenangan itu menandakan slogan 1 Malaysia diterima rakyat. Kenapa? Kata Muhyiddin juga kemenangan itu menunjukkan Pas ditolak oleh rakyat. Betulkah? Ulasan Muhyiddin itu hanya untuk menyedapkan hati saja. Ulasan makan pisang selepas kenyang! Kalau dilihat kepada jumlah undi dipunggut Pas, Pas tidak terjejas banyak di kedua pilihan raya berkenaan. Pas masih boleh mengekalkan undi yang diraih dalam pilihan raya umum ke-12 lalu. kekalahn Pas itu kekalahan yang adil. Di Merlimau calon Pas Yuhaizat Abdullah memperolehi sebanyak 2,319 berbanding undi dengan dicapai Jasme Tompang dalam pilihan raya umum ke-12 lalu sebanyak 2,827. Di mana kalau diperhatikan Pas kehilangan hanya 508 undi saja. Kehilangan undi Pas ini wajar kerana pilihan raya itu pilihan raya kecil di mana ianya berpihak kepada UBN. Penignkatan undi kepada UBN bukan menjadi petanda besar bahawa sudah ada momentum baru untuk parti berkenaan. Umum tahu bagaimana situasi dan kondisi pada sesuatu pilihan raya kecil, UBN selalu membolot dengan caranya. Sebaliknya di Keradau calon Pas, Hasanuddin Salim mendapat 2,336 berbanding dengan undi dicapai dalam tahun 2008. Hasanuddin berjaya menambah undi sebanyak 184. Ini satu perningkatan walaupun kecil, tetapi hakikatnya undi Pas meningkat. Ada bibit-bibit Pas mampu menambah undi disitu pada pilihan raya akan datang, dan tidak mustahil juga mampu mermapasnya. Pernah berlaku dalam pilihan raya kecil UBN menang besar, tetapi bila tiba pilihan raya umum mereka kalah. Kerusi Ijok di Selangor adalah bukti paling nyata. Sekiranya peratus keluar mengundi di Kerdau tidak meningkat mungkin angka itu boleh berubah. Mungkin majoriti calon UBN Syed Ibrahim Syed Ahmad tidak sampai 2,724. Tetapi kerana jumlah pengundi meningkat menyebabkan majoriti juga meningkat. Sedia maklum, UBN mempunyai segala-galanya, wang, agensi kerajaan dan sebagainya. Dalam pilihan raya itu UBN akan berusaha dengan apa saja untuk menambah majoritinya. Jadi ada kemungkinan UBN membawa balik seberapa ramai pengundi luar untuk mengundi. Adnan Yaacob dan pemimpin UBN Pahang kena memastikan dengan apa cara sekalipun agar kerusi Kerdau dapat dikekalkan dengan majoriti besar. Kekalahan bermakna memberi malu besar kepada Njajib Razak. Kerana itu UBN akan berbuat apa saja di Kerdau termasuk hal-hal yang tidak pernah difikirkan oleh Pas. Selalunya tektik dan strategi UBN berubah pada setiap pilihan raya dan inilah kepandaian-jahat UBN. Dalam pilihan raya di Merlimau dan Kerdau itu juga UBN mendapat 'sufaat' daripada SPR yang mana 'sufaat' sebegini tidak akan diperolehi oleh Pas sampai ke hari khiamat selagi SPR berada di bawah UBN. Mungkin Pas boleh mengajar SPR bersyahadat semula agar mereka dapat menjalankan tugas dengan adil, saksama dan berdasarkan kepada prinsip dan konsep penubuhannya, sebagai suruhanjaya bebas. Cuba soal kenapa pilihan raya itu diadakan hari Ahad, di mana hari cuti awam. Kalaulah pilihan raya itu berlaku di Kelantan, Kedah saya pasti SPR akan menganjak hari pilihan raya supaya jatuh ke hari bekerja. Kenapa? Kenapa? Jawabnya inilah keadilan yang ada kepada SPR. Inilah satu bukti jelas menunjukkan SPR bersubahat dalam memberi sokongan dan menjamin kemenangan kepada UBN. Maka elok kalau Pas dan seluruh rakyat berarak mengadakan Bersih sekali lagi untuk mengajar SPR. Apapun pilihan raya sudah selesai. Pas harus menerima apa sahaja keputusan yang tertakdir. Post mortem atau bedah siasat saya rasa tidak perlu diadakan. Kerana hasil dan dapatannya sama. Apa dilakukan Pas dalam kedua pilihan raya itu sudah berpuluh kali dilakukan. Jadi tidak perlu kepada bedah siasat, apa lagi kalau ayat sama (kolektif) yang bakal keluar. Sebaiknya bagi Pas, berfikir apakah dalam situsi seperti hari ini - pilihan raya berkenaan, perlu atau tidak Pas menyertainya. Benar, Pas akan jadikan pilihan raya sebagai medan dakwah, tetapi dalam politik soal strategi dan tektikal juga diperlukan. Dan kalau benar Pas mahu jadikan pilihan raya sebagai mimber dakwah, Pas perlu membuat analisa sejauh mana kebekesanannya dan sejauh mana keburukannya. Yang pastinya kini Pas sudah mengalami kekalahan lima kali secara berturut-turut. Bermula di Bagan Pinang, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Pas harus berusaha untuk menangkis psywar UBN kelak yang akan menjaja bahawa undi Melayu kepada Pas sudah semakin merosot dan terus merosot. Kejatuhan undi Melayu walau atas sebab dan kerana apa tidak harus dipandang sunyi oleh Pas. Menyalahkan musuh biarlah dilakukan oleh penyokong fanatik dan bebal Pas tetapi yang penting pemimpin yang bijak pandai kena menyedari hakikat ini. Sesuatu yang drastik perlu dilakukan Pas sebelum parlimen dibubarkan. Tahniah kepada ahli dan penyokong Pas serta pertugas yang tetap menjalankan arahan pemimpin dengan setia, ikhlas dan jujur, syurga juga imbuhannya! Wassalam. |
Posted: 06 Mar 2011 08:58 PM PST 7 MAC — Selagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, yang tempoh penggal kesembilannya berakhir pada 24 Julai depan, tidak dibubarkan, selagi itulah tarikh pilihan raya negeri ke-10 akan terus menjadi teka-teki dan bahan spekulasi. Jika sebelum ini ada meramalkan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan membubarkan DUN pertengahan bulan ini supaya pilihan raya diadakan sebelum 26 Mac, ulang tahun ke-30 beliau menerajui kerajaan negeri, ia mungkin tidak menjadi kenyataan. Taib memberitahu pemberita selepas merasmikan Konvensyen BN Sarawak di Kuching kelmarin, tarikh pilihan raya negeri tiada kaitan dengan ulang tahun ke-30 beliau menjadi Ketua Menteri. Selain kenyataan Taib, beberapa aktiviti penting di Sarawak seperti Program Sejiwa Senada dan perhimpunan belia yang dijadualkan berakhir hujung bulan ini, selain Sarawak tidak pernah mengadakan pilihan raya pada Mac, turut menguatkan andaian bahawa pilihan raya negeri tidak diadakan bulan ini. Taib, yang bakal berusia 75 tahun pada 21 Mei ini, hanya berkata pilihan raya negeri akan diadakan tidak lama lagi. Kenyataannya itu mengukuhkan pula satu lagi teori bahawa pilihan raya akan diadakan bulan depan. Malah, beberapa akhbar tempatan di Sarawak minggu lalu menjadikan spekulasi pilihan raya negeri pada 9 April di muka depan, kononnya kerana angka itu kegemaran Taib, walaupun dalam sejarah pentadbiran Taib, ia tidak pernah diadakan pada tanggal 9 hari bulan. Sama ada pilihan raya Sarawak ke-10 diadakan akhir bulan ini atau pertengahan bulan depan atau tarikh lain sebelum 24 Julai ini, ia hanyalah tajuk pemanas bicara di kedai kopi dan spekulasi media. Persoalan sebenar pastinya keputusan pilihan raya negeri kali ini — sama ada Barisan Nasional (BN) Sarawak dapat meningkatkan kemenangannya, mengekalkan 63 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan atau kehilangan beberapa kerusi lagi, walaupun ramai percaya ia masih mampu memperoleh majoriti dua pertiga. Tidak kurang pentingnya ialah sejauh mana pembangkang — khususnya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dapat mengukuhkan sayapnya di Bumi Kenyalang, seperti diuar-uarkan selepas mereka menguasai empat kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum 2008. Berdasarkan beberapa kunjungan ke Sarawak dalam tempoh sebulan ini, memang demam pilihan raya semakin terasa, walaupun tanpa poster dan bendera. BN juga nampaknya sudah bersedia menghadapinya sama ada dari segi pemilihan calon dan menangani isu-isu mainan pembangkang, termasuk di kawasan yang dianggap kelabu dan hitam, sebahagian besarnya di kerusi pengundi majoriti Cina. Malah konvensyen sehari kelmarin adalah perhimpunan terbesar pemimpin komponen BN negeri — Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pimpinan Taib, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) — sebelum DUN dibubarkan. Dalam kata lain, konvensyen itu adalah manifestasi hubungan rapat komponen BN Sarawak dan keyakinan mereka dalam menghadapi pilihan raya negeri ke-10. Selain itu, beberapa isu yang dijangka menjadi modal pembangkang pada pilihan raya kali ini sudah mula ditangani BN. Soal sampai bila Taib akan menjadi Ketua Menteri juga sudah mula terjawab apabila beliau baru-baru ini membayangkan pilihan raya negeri kali ini adalah yang terakhir buatnya. BN negeri juga sudah menangkis tohmahan pembangkang mengenai tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di negeri itu, isu yang dilihat menjadi modal utama pembangkang kali ini. Terbaru, semua tanah yang dibekukan di Bako sejak 30 tahun lalu mengikut Seksyen 47 Kanun Tanah Sarawak, yang menghalang pemiliknya membangunkan kawasan itu jika ia diperlukan untuk tujuan awam, sudah ditarik balik. SUPP, yang kehilangan banyak kerusi di tangan DAP pada pilihan raya negeri lalu dan tewas pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu tahun lalu, juga dilihat mula mengambil tindakan terhadap kritikan terhadapnya, terutama mengenai ketiadaan pemimpin pelapis sama ada dalam parti atau di kawasan yang mereka wakili. Kelmarin, seorang pakar kardiologi berusia 46 tahun, Profesor Dr Sim Kui Hian, dinamakan sebagai calon SUPP bagi merampas kerusi Pending daripada DAP. Soal sama ada pemilihan beberapa calon muda cukup buat SUPP untuk memastikan ia tidak kehilangan banyak lagi kerusi di kawasan majoriti Cina, hanya terjawab pada hari pengundian nanti. Bagaimanapun, dalam ketiadaan isu-isu besar yang boleh menggugat kedudukan BN, pembangkang biasanya mengalihkan pandangan rakyat kepada isu peribadi yang tidak terbukti kebenarannya, terutama menerusi laman web mereka. Sementara BN Sarawak menghadapi pilihan raya negeri ini bermodalkan "politik reality" seperti dinyatakan Taib kelmarin, pembangkang, jika pengalaman di Semenanjung boleh dijadikan ukuran, tentunya menggunakan "politik ilusi" dengan membuat pelbagai janji, walaupun yang tidak termampu untuk ditepati. Pilihan raya Sarawak ke-10 nanti bakal menyaksikan pertembungan dua jenis politik ini. — Berita Harian |
Posted: 06 Mar 2011 08:56 PM PST Oleh Zolkharnain Abidin "Kita tidak kalah, cuma belum menang sahaja." Kami ahli-ahli biasa PAS tidak mahu mendengar lagi ungkapan itu diulang-ulang. Entah bila ia bermula tetapi itulah ungkapannya setiap kali PAS kalah dalam pilihanraya. Ungkapan itu bukan diucapkan oleh ahli PAS biasa-biasa tetapi pimpinan PAS yang besar-besar. Mungkin itu gurauan namun apa ertinya gurauan yang tidak membawa apa-apa manfaat. Ya, menyedapkan hati sendiri, mungkin juga. Apa pun yang pasti, gunalah ungkapan apa pun, sebenarnya PAS kalah. Sudah lima kekalahan iaitu di Bagan Pinang, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Cuba perhatikan pula keputusannya, bukankah keputusan semua kekalahan itu, bukan sahaja kekalahan tetapi dengan peningkatan majoriti untuk BN. Ada lagi, undi untuk PAS di saluran 3, 4 dan 5, saluran orang muda juga tidak memihak kepada PAS. Malah, dalam PRK sebelum ini pun dikatakan undi daripada bukan Melayu juga turut merosot. Maksudnya, kalau saluran 1 dan 2, saluran orang gigit mi tak putus tidak memihak kepada PAS ditambah dengan saluran 3,4 dan 5 serta bukan Melayu juga sama, bagaimana masa depan PAS dalam PRU 13? Kita boleh menyalahkan BN, menyalahgunakan media, jentera kerajaan, ugut dan beli pengundi, provokasi dan banyak lagi, itulah namanya BN. Kalau masuk pilihanraya dengan penuh rendah diri dan tanpa taktik jahat, itu bukan BN namanya. Kita tidak boleh hanya menjawab soalan yang bermula dengan apa, siapa dan dimana sahaja tetapi perlu berani menjawab soalan mengapa? Ya, mengapa. Dan, seperkara lagi, adakah orang kuat PAS tahu bahawa ada penyokong PAS yang berkata begini, "Nasib baik PAS tidak menang.? Juga ada yang berkata begini, "Aku harap PAS tidak menang di ******." Mengapa? Dia menyambung, "Memburukkan keadaan, menjatuhkan imej Islam." Saya boleh menjangkakan, tulisan ini akan mengundang dua persepsi. Pertama, "Hang hanya pandai komplen dalam blog, hang buat apa?" Kedua, "Tulisan hang ini mendedahkan keburukan PAS, apa untungnya PAS?" Kalau ibarat perlawanan bolasepak, 'bakul' PAS sudah hampir penuh menampung hasil rembatan pasukan lawan. Dan, kalau ada lagi perlawanan selepas ini, mungkin ada orang berkata, "Siap bakullah…" Sesuatu perlu dilakukan. Jangan harapkan keajaiban. Benar, doa adalah senjata tetapi senjata itu perlu diasah dan ditajamkan. Ia juga perlu berada di tangan orang yang bijak, bukan orang yang tidak tahu menggunakan senjata |
Pemuda PAS : Contohi MBSA Haramkan Iklan Berunsur Seks Dan Tahyul Posted: 06 Mar 2011 08:54 PM PST KUALA LUMPUR 7 MAC : Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berharap negeri-negeri lain mencontohi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengharamkan iklan produk atau perkhidmatan yang berunsurkan seks dan tahyul. Ketua penerangannya, Fadhil Osman berkata langkah MBSA itu wajar dijadikan teladan yang baik dalam menangani masalah iklan berunsur seks dan tahyul yang boleh menyumbang kepada gejala sosial yang sedia parah di negara ini. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada MBSA kerana telah mengambil tindakan bijak dan menguntungkan rakyat dengan mengharamkan iklan produk atau perkhidmatan yang berunsurkan seks dan tahyul di semua kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu. "Bagi DPPWP, MBSA telah bertindak tepat bagi membasmi gejala mungkar serta khurafat hasil daripada perniagaan yang haram ini. "Dengan ini peniaga-peniaga tidak akan berani melakukan perniagaan yang salah di sisi syarak dan undang-undang negara," ujarnya dalam satu kenyataan media. Melihat kepada trend hari ini, katanya seolah-olah perniagaan berunsurkan seks seperti rumah urut, produk-produk kesihatan untuk meningkatkan seks amat laris di pasaran serta mendapat sambutan orang ramai. Ujarnya beliau bimbang produk serta perkhidmatan ini disalahgunakan oleh remaja untuk kepuasan seks semata-mata tanpa memikirkan implikasi lain seperti halal haram, kesihatan, gejala sosial dan lain-lain. Kata beliau, sewajarnya perniagaan seperti itu diharamkan kerana ia mengundang kepada gejala sosial yang lebih parah kepada masyarakat hari ini. Selain itu, tambahnya iklan-iklan yang memanipulasi wanita dengan berpakaian seksi juga wajar diharamkan. Katanya, kadang-kadang sengaja tubuh wanita yang seksi dijadikan bahan untuk mempromosi produk sedangkan ianya tidak ada kena-mengena dengan produk tersebut. "Hal ini boleh mempengaruhi minda serta merosakkan masyarakat khususnya anak-anak muda," ujarnya. Dewan Pemuda PAS, katanya mengambil contoh bagaimana negeri Kelantan telah mengambil langkah terkehadapan dengan memperkenalkan iklan wanita menutup aurat serta memakai tudung dalam apa juga iklan yang ditampal. Ini, ujarnya lebih memberikan imej dan gambaran yang positif di samping membina minda masyarakat yang sihat. Beliau menambah, Dewan Pemuda PAS juga mengharapkan agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor mengambil langkah yang serupa bagi membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat benar-benar serius dalam mendidik masyarakat serta mengelakkan gejala sosial dari berleluasa. |
Penganalisa: BN tak sepatutnya rasa selesa Posted: 06 Mar 2011 08:52 PM PST Kemenangan berganda BN di Merlimau dan Kerdau boleh dijadikan penanda aras sokongan rakyat, namun parti itu harus mengambil iktibar daripada tsunami politik yang diharunginya pada pilihan raya umum 2008, kata penganalisis politik, Datuk Dr Zainal Kling. "Ini kerana sokongan sokongan pengundi di kawasan bandar masih belum dapat dipastikan, namun kini sudah ada tanda-tanda sokongan rakyat mula kembali kepada BN," katanya ketika mengulas kemenangan BN itu. Dengan dua kemenangan hari ini, BN menangi lapan daripada 16 pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum 2008. Dr Zainal berkata, kemenangan calon BN di Merlimau dan Kerdau dengan majoriti yang besar semalam, dilihat mencerminkan kembalinya 'mood' sokongan dan keyakinan rakyat kepada BN. Katanya, beliau yakin dengan usaha keras kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mewujudkan pelbagai dasar terutama Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), Pelan Transformasi Ekonomi (ETP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), BN akan diterima baik oleh rakyat, tambah mengukuhkan kembali sokongan terhadap BN. "Apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan BN ialah melipatgandakan usaha bagi mengekal momentum yang sedia ada, kerana pakatan pembangkang sentiasa merangka dan mewujudkan pelan pembangunan dan agenda tersendiri bagi menarik minat rakyat," katanya. Timbalan Naib Canselor INTI International University Prof Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid pula berkata dengan kemenangan berganda ini, BN tidak sepatutnya merasakan mereka di dalam keadaan selesa kerana sejarah membuktikan bahawa kesilapan yang kecil, baik dari individu mahupun parti, mampu menimbulkan 'turn-over' sehingga membawa kepada tsunami politik seperti pilihan raya umum 2008. Bagaimanapun menurutnya BN kini berada di atas landasan yang betul dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. Sementara itu Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) Mohamad Faisol Keling pula berpendapat tsunami politik kini dilihat melanda pembangkang pula apabila sejak akhir-akhir ini mereka sering berhadapan dengan kekalahan. "Mereka kini dilihat berturut-turut menghadapi kekalahan bermula dengan pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November lepas, diikuti dengan pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari lepas dan kini di Merlimau dan Kerdau," katanya. Beliau berkata ini membuktikan rakyat tidak lagi menerima ideologi PKR-DAP-PAS yang sering berubah-ubah untuk kepentingan segelintir individu dan parti. "Ini yang jadi ukuran kepada masyarakat, di mana nilai perjuangan PAS diburukkan apabila PAS berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR, dan secara tidak langsung menunjukkan PAS langsung tidak konsisten dalam dasar perjuangan mereka. "Orang lebih yakin dengan dasar BN yang konsisten, yang berlainan dengan dasar pakatan pembangkang yang hanya berkisar kepada kepentingan parti atau individu sehingga mengakibatkan mereka kehilangan sokongan pengundi yang pernah menaikkan mereka pada PRU 2008 dahulu," katanya. Mohamad Faisol turut berpendapat, kemenangan di Merlimau dan Kerdau ini turut memperlihatkan kembalinya sokongan pengundi di atas pagar terutamanya pengundi muda. Dalam pilihan raya kecil DUN Merlimau, calon BN Roslan Ahmad menewaskan Yuhaizad Abdullah dari PAS dengan majoriti 3,643 undi, manakala di DUN Kerdau, PAS turut menerima tamparan hebat apabila calonnya Hassanuddin Salim tewas kepada calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad dengan majoriti 2,724 undi. - Bernama |
Pasca Merlimau : Kalau tak pangkah BN, bantuan ditarik balik Posted: 06 Mar 2011 08:50 PM PST Saya merupakan seorang warga Merlimau, Melaka yang bertugas di Sarawak. Saya sanggup pulang untuk Pilihanraya Kecil Dun Merlimau walaupun menelan belanja yang besar. Majikan saya bertanya kenapa saya perlu pulang ke Merlimau, bukankah ada undi pos? Saya jawab, "Maaf tuan, saya tidak yakin dengan undi pos." Semangat berkobar-kobar kerana PRK tidak sama dengan PRU. Tentu banyak berubah wajah kampung saya. Tepat telahan saya, memang berubah sama sekali! Lori keluar masuk, polis bersimpang siur di jalan raya. Kampung yang dulu aman damai kini tidak ubah seperti medan pertempuran. Bendera berkibaran sehingga menyukarkan saya untuk melihat kenderaan sebelum melintas jalan. Begitu 'panas' keadaan di Merlimau sehingga berkobar-kobar saya memangkah kertas undi, dengan harapan calon pilihan saya juga calon pilihan warga Merlimau. Apabila keputusan PRK diumumkan saya jadi kecewa. Kecewa bukan kerana PAS tewas. Kecewa kerana orang kampung saya, orang Merlimau masih belum berubah, masih belum mahu berubah dan tidak mahu berubah. Pegangan saya dan keluarga tetap condong kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Tetapi tidak dengan orang kampung saya. Mereka terlalu selesa dengan kebendaan, terlalu mudah disogokkan dengan harta benda, dengan jalan tar sekangkang kera, dengan biskut marie sepeket dua. Mereka tidak nampak bagaimana Ketua Menteri tercinta dengan lahap rakus menelan setiap sen ringgit yang terbang di depan mata. Saya cuma pulang untuk tiga hari, tetapi pelbagai kisah menarik yang saya dapat di kampung saya. Jiran saya seorang ibu tunggal anak 7, dengan pendapatan RM400 sebulan, disogokkan dengan jalan tar sehingga ke depan pintu rumah. Tetapi hanya ditabur dengan batu dan pasir, tar pula entah ke mana. Lain pula ceritanya dengan seorang ahli Umno totok, yang rumahnya di sebelah masjid. Sehari sebelum mengundi, rumahnya cantik ditar setiap pelosok halaman. Yang seorang lagi bukan setakat rumah, hingga ke rumah-rumah sewanya juga siap ditar. Ibu tunggal diberi sepeket biskut marie, sekilo gula, dan sekilo tepung gandum dengan pesanan, "Kalau kau tak pangkah BN, semua bantuan ditarik balik." Seorang rakan saya merupakan petugas SPR yang juga pengundi, terpaksa menggunakan undi pos. Yang hairan bin ajaibnya, borang yang ditulis nama dan kad pengenalannya diarahkan supaya dimasukkan sekali dengan kertas undi. Jadi sesiapa pun boleh tahu siapa yang undi siapa. Sudah teluskah SPR? Teringat saya dengan seorang pelakon kelahiran Merlimau yang juga penyokong BN totok. Mungkin sedang berlakon atau mungkin nak menunjuk pada anak-anak dara di sekeliling; dengan nada bongkak dia menjerit, "Lagi-lagi sebut Allah, asyik nak minta tolong pada Allah je, bukannya nak usaha!" Na'uzubillah… bukankah segala usaha kita juga atas kehendak Allah? Semoga dia sempat bertaubat dan semoga kampung Merlimau yang saya sayangi ini tidak dilanda musibah dan mala petaka. Banyak lagi kisah pilihanraya Dun Merlimau ini, tapi pada petugas-petugas jentera pilihanraya tentu sangat maklum. Merlimau merupakan kubu kuat BN, orang-orang Merlimau sangat setia kepada BN. Memang kami tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk kemenangan PAS di sini. Tapi untuk PRU13, saya berharap sesuatu boleh dilakukan kerana kami, sebagai pengundi Dun Merlimau ini amat mengharapkan perubahan. Mohon ahli-ahli Pakatan Rakyat di sini menyusun strategi untuk menghadapi PRU13. Kita perlu lakukan sesuatu untuk mengubah mentaliti pengundi bagi menjamin perubahan di masa akan datang. Insya Allah, karat BN di Dun Merlimau ini akan terhakis akhirnya. |
Anwar : Ambil Iktibar PRK Ijok Posted: 06 Mar 2011 08:48 PM PST PARIT BUNTAR 7 MAC : Kemenangan Umno-Barisan Nasional pada pilihanraya kecil Kerdau dan Merlimau bukanlah penanda aras bagi menentukan kedudukan kerusi tersebut pada Pilihanraya Umum ke-13. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan masyarakat di negara ini tentang tsunami politik 2008 yang menyaksikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim merampas kembali kerusi DUN Ijok walaupun pada awalnya kalah pada pilihanraya kecil kawasan itu. " Jangan gusar tentang pilihanraya kecil Merlimau dan Kerdau, biasalah. Kita sekarang ini tumpu kepada pilihanraya umum. Imbas kembali apa yang berlaku di Ijok. Pilihanraya kecil itu berlaku sebelum pilihanraya umum. Kita letak calon hebat ketika itu, Tan Sri Khalid tapi kita kalah. Selang tidak sampai setahun pilihanraya umum, terbalik! Bukan sahaja di Ijok satu Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat," kata Anwar dalam siri jelajahnya di sini, malam tadi. Beliau berada di Perak dalam siri jelajah Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia di Markas PAS Titi Serong, Parit Buntar malam tadi. Kira-kira 800 orang hadir bagi mendengar amanat Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat lain dalam siri jelajah itu. Walaupun ceramah diadakan selepas seluruh rakyat Malaysia mengetahui keputusan PRK Kerdau dan Merlimau tidak menyebelahi calon Pakatan rakyat dari PAS, namun ia tidak sedikit pun menggoyah sokongan rakyat kepada Pakatan. Buktinya Markas PAS di Titi Serong itu dipenuhi oleh hadirin untuk mendengar ucapan pimpinan Pakatan Rakyat. Anwar dalam ceramahnya turut menyeru masyarakat di parlimen Parit Buntar mengekalkan momentum yang ada pada hari ini supaya sokongan terus diberikan kepada gagasan itu demi transformasi menyeluruh di negara ini. |
Video : Usah Dilayan Kerenah Penguasa Angkuh,Pakatan Rakyat Terus Mara Dengan Agenda Perubahan Posted: 06 Mar 2011 07:50 PM PST |
Anwar, Dalam Lelah Yang Meninggi Posted: 06 Mar 2011 07:47 PM PST Dalam derita yang panjang Batas beranjau engkau harungi Anwar Ibrahim yang aku kasihi Ranjau berduri telah kau harungi Anwar Ibrahim yang aku kenali Andai jasad mu dipagari lagi Anwar, |
Sidang Parlimen bermula hari ini tanpa Ketua Pembangkang Posted: 06 Mar 2011 07:10 PM PST KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat di Parlimen bermula hari ini tanpa kelibat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang digantung enam bulan tanpa dibenar membela diri. Ketua Umum KEADILAN itu digantung selepas membuat pendedahan berkaitan peranan Apco Worldwide dan kaitannya serta persamaan slogan Satu Malaysia dan One Israel. Turut digantung ialah Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, semuanya digantung tanpa sebarang perbahasan. Baru-baru ini, Anwar pada satu ceramah pilihan raya kecil di Merlimau, mendedahkan dokumen perjanjian antara Apco dan kerajaan Israel pada 1991. One Israel diperkenal pada 1999 ketika Israel diterajui Ehud Barrack manakala Satu Malaysia diperkenal pentadbiran Datuk Seri Najib Razak pada 2009. Antara persamaan ketara kedua-dua slogan itu ialah One Israel membawa tema People First manakala Satu Malaysia (Rakyat Didahulukan), selain mengadakan klinik percuma kepada rakyat Israel manakakala Malaysia memperkenal klinik Satu Malaysia. Kerajaan Malaysia sebelum ini, walaupun menafikan slogan Satu Malaysia hasil ilham Apco, mengaku membayar RM70 juta kepada firma perunding antarabangsa yang didalangi pemimpin Israel-Zionis itu. Antara pegawai kanan Apco ialah bekas Duta Israel ke Jerman, Shimon Stein yang berkhidmat dalam kerajaan Israel dan berperanan penting dalam pentadbiran dua bekas Presiden Amerika, Bill Clinton dan Jimmy Carter, selain menjadi bekas ahli lembaga pengarah Yayasan Jerusalem. Pegawai kanan lain ialah Itamar Rabinovich, bekas duta Israel ke AS dan Ketua Perunding Israel dengan kerajaan Syria ketika Yitzak Rabin masih menguasai kerajaan Israel. |
Dua Wajah : Dari UMNO ia datang...kepada UMNO ia kembali...!!! Posted: 06 Mar 2011 07:08 PM PST - Muzammil Muaalif ketika masuk PAS dan masuk semula Umno Ketika menyerahkan borang penyertaannya ke dalam PAS, bekas Ketua Cawangan Umno Jengka 25 kelihatan begitu ceria dan yakin, pilihannnya untuk masuk PAS adalah hak asasi peribadi dalam sebuah negara demokrasi Namun kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) bukanlah sebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi, sebaliknya bertndak secara 'kuku besi' yang mencengkam dan memanupulasi. Oleh kerana majlis pengisytiharan keluar Umno itu berlaku pada waktu malam 1hb Mac, PAS mengumumkanya secara rasmi dalam sidang media hariannya 2 Mac untuk memberikan ruang yang seluasnya kepada media membuat liputan. Cengkaman Umno dan BN terhadap media begitu jelas kerana tidak ada satu pun media aliran perdana berbahasa Melayu yang mengeluarkan 'berita benar; Muzammil Muaalif masuk PAS bersama 11 orang yang lain, kecuali Sinar Harian. Umno tidak dapat menerima kenyataan tersebut bahkan Ketua Pemuda Umno Kuala Krau, Wan Salman Wan Ismail menafikan sebagaimana dilaporkan Laman berita internet, Free Malaysia Today keseesokannya Entah apa yang dilakukan oleh Umno dan BN melalui agensinya sehingga Muzammil terpaksa membuat pusingan 'U' masuk semula ke dalam Umno dengan membaca teks yang telah disediakan. Teks tersebut berada dalam tangan Muzammil ketika gambarnya diambil bersama Ketua Pemuda Umno Peratang Pauh sejurus sebelum sidang media Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas program penyerahan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kepada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh Wajah-wajah Muzammil yang dirakam ketika itu amat berbeza berbanding wajahnya sewaktu penyerahan borang masuk PAS kepada Presiden PAS, dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Justeru, selaku Naib Presiden PAS dan Pengarah Pilihanraya Kecil Kerdau, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut bersama dirumah Muzammil ketika menerima borang keahlian Muzammil melihat ada sesuatu yang tidak kena. Mengulas berita kemasukan semula Muzammil dalam Umnoi, Tuan Ibrahim berkata apa yang berlaku itu di luar kawalan parti yang sememangnya bergantung kepada keikhlasan setiap ahli. Katanya, sewaktu Muzammil menyatakan hasratnya, PAS telah berbesar hati sehingga Presiden PAS sendiri telah ke rumahnya untuk menerima borang kemasukan beliau. Tetapi katanya, beliau tidak menyangka keberanian Muzammil (menyertai PAS) hanya bertahan selama tiga hari sahaja. "Perjuangan sebagai pembangkang di negara ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana pasti akan melului kesusahan dan keperitan dan tidak semua yang mampu menghadapi tekanan sebegitu demi rakyat dan agama," kata beliau. Sehubungan itu kata Tuan Ibrahim perjuangan PAS khususnya di Kerdau akan tetap diteruskan tanpa Muzammil. "Perjuangan membela rakyat tertindas dan kegagalan pengurusan dalam Dun Kerdau merupakan agenda besar yang tidak akan terpadam dengan hanya seorang yang keluar semula menyertai PAS," kata beliau. |
Hisham ‘pon-pon’ ugut rakyat jangan tolak Umno BN di PRU13? Posted: 06 Mar 2011 07:06 PM PST Seperti bekas rejim Hosni Mubarak di Mesir, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien berkata kerajaan pusat tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang cuba menghasut rakyat untuk menggulingkan Umno BN menjelang musim pilihan raya kecil ke-13 sekarang. Menteri Dalam Negeri berkata bagi membendung kempen "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia" menolak anasir Apco-Zionis-Umno oleh Pakatan Rakyat sekarang, kerajaan akan menggunakan akta yang sedia ada, termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika perlu. Ugutan terbuka itu ketika perdana menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini beberapa kali merayu kepada rakyat supaya tidak melayannya bak Mubarrak, Ben Ali di Tunisia dan terbaru "orang gila" Muammar Gadaffi di Libya. "Gerakan-gerakan seperti ini memang wujud tetapi saya dimaklumkan tak serius kerana tujuan mereka, matlamat mereka (hanya) bersandarkan kepada politik nak menangguk di air keruh, (mereka) nak ambil kesempatan (dari) apa yang berlaku di Timur Tengah," ujar Hishamuddin yang juga Naib Presiden Umno petang semalam. Bagaimanapun Hishammudin seakan cuba menenggelamkan protes rakyat ke atas pentadbiran Najib ekoran dari penguatkuasaan saman ekor, kenaikan harga minyak dan barang asas yang akhirnya mengakibatkan inflasi hidup kian menghimpit kehidupan rakyat. "Masyarakat di sini nampak bahawa kerajaan di bawah kepimpinan perdana menteri (Najib) memahami (perubahan) lanskap baru ini dan tahu bahawa kita (Umno) kena berubah," ujarnya sambil tersengeh-sengeh bak kerang busuk. Jumaat lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memberi amaran kepada Pakatan Rakyat yang diteraju Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak terus mengajak rakyat menolak Umno BN di pilihan raya umum kelak seperti yang berlaku di Asia Barat sebulan yang lalu. Ujar Hishamuddin, polis akan memantau senario perubahan dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya tapak sokongan Umno BN tergugat kelak. Dijangka pilihan raya umum ke-13 akan menyaksikan rusuhan dan tangkapan bermotif politik ke atas pemimpin pembangkang demi membendung kebangkitan rakyat menolak rejim. _______________ P/S: Dalam senario tanpa 'saman ekoq' pun, Thunami Politik telah berlangsung pada 8 Mac 2008. Inikan pula ketika Najib sial dan 'anjing-anjing'nya merompak wang rakyat melalui polisi zalim tersebut. Umno sendiri nampaknya lebih percaya mereka akan tumbang jika tidak terus ugut rakyat dengan ISA, mengapa kita tidak percaya bahawa kita boleh tumbangkan Umno, mansuhkan ISA kelak dan selamatkan Malaysia dari anasir zalim, rasuah, kronisme dan jenayah kejam seperti bom Altantuyaa? By Notamerah. |
Posted: 06 Mar 2011 07:04 PM PST Kemenangan UMNO/BN dalam PRK Merlimau dan Kerdau telah dijangka dari awal lagi. Jadi, apabila PAS kalah, tidak ada rasa kecewa di dalam hati. Malah... UMNO/BN pun tak sepatutnya mendadik dada bercakap angkuh, kononnya..... kemenangan mereka ialah petanda yang sokongan rakyat sudah kembali kepada mereka. Hello.... nama pun pilihan raya KECIL. Kemenangan UMNO/BN adalah sangat kecil, jika dibandingkan dengan jumlah BESAR wang ringgit yang ditaburkan dalam pelbagai bentuk pembangunan segera dan yang tak segera.... yang dilonggakkkan hanya di kedua-dua tempat tersebut pada satu masa. On top of that..... penggunaan keseluruhan jentera kerajaan di kedua-dua tempat tersebut bagi menentang jentera parti PAS/Pakatan Rakyat, tidak memungkinkan kemenangan berpihak kepada PAS. Tambahan pulak, kedua-dua Merlimau dan Kerdau merupakan kubu kuat tradisi UMNO/BN. Sebab itulah.... kemenangan yang diperoleh UMNO/BN hanya boleh dianggap sebagai kemenangan kecil semata-mata. Aha.... lainlah jika ia merupakan PRU. Kalau PRU.... memang boleh sangatlah kalau UMNO/BN nak eksen dan bersikap sombong serta angkuh. Apa-apa pun... tahniah kepada kedua-dua calon UMNO/BN atas kemenangan tersebut dan selamat bergelar YB. Kepada kedua-dua calon PAS yang kurang bernasib baik, anggap sajalah kekalahan kali ini sebagai takdir Allah SWT. Mungkin ada hikmahnya, mengapa Allah SWT belum mahu memberikan kemenangan kepada kita buat masa ini. Mungkin lain kali, insyaAllah. Apa-apa pun... kita kuatkan semangat dan teruskan usaha kita bagi menghadapi PRU13. Semoga Allah SWT akan menghulurkan pertolonganNya kepada kita pada masa itu nanti. Takbir!! |
Kickdefella: Melayu lemah, kesian dia Posted: 06 Mar 2011 06:59 PM PST 31072009 Pilihanraya Umum ke 11 pada tahun 2004 menyaksikan Barisan Nasional menguasai 90.4% kerusi di Dewan Rakyat. Juaranya ialah UMNO walaupun tidak dapat mencatatkan rekod seratus peratus seperti beberapa parti komponen BN yang lain. UMNO kecundang 7 kerusi kepada PAS dan juga 1 kerusi kepada Parti Keadilan (kini PKR). UMNO juga membantu parti-parti MCA, GERAKAN dan MIC menang dibeberapa kawasan majoriti Melayu dengan menumpaskan calon-calon Melayu daripada parti Pembangkang. Kesan daripada tindakan UMNO ini, Kerajaan yang ditubuhkan dengan penguasaan lebih 90% di Dewan Rakyat itu hanyalah mengandungi 58.1% komposisi Melayunya. Manakala wakil rakyat bukan Melayu yang menang dibawah BN berjumlah 41.9%. UMNO menang 109 kerusi didalam pilihanraya tersebut tetapi seorang wakil rakyatnya bukan dari keturunan Melayu. Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008 menyaksikan prestasi terburuk BN dan juga UMNO. BN masih menubuhkan Kerajaan dengan kemenangan 140 buah kerusi tetapi keadaan semasa hari ini, kerusi BN di Parlimen adalah 137 bila UMNO kehilangan satu kerusi kepada PAS didalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu dan kehilangan 2 kerusi apabila SAPP bertindak meninggalkan BN beberapa bulan selepas PRU ke 12. BN kini mempunyai 61.7% wakil rakyat di dalam Dewan Rakyat manakala 38.3% lagi merupakan gabungan wakil rakyat Pakatan Rakyat, SAPP dan Bebas yang menang di atas tiket PAS. Ironinya, walaupun kerusi UMNO merosot sebanyak 31 kerusi tetapi dibantu dengan kerusi wakil Melayu dari PBB, BN hari menyaksikan peningkatan memberangsangkan penguasaan wakil rakyat Melayu berbanding dengan Bukan Melayu di dalam BN. Hari ini wakil rakyat Melayu adalah 62.8% iaitu peningkatan hampir 5%. Wakil Rakyat BN Bukan Melayu pula merosot dari 41.9% kepada 37.2%. Wakil Rakyat Melayu dalam BN kini 35 orang lebih ramai dari wakil rakyat Bukan Melayu. Mengapa UMNO mengatakan bahawa ketuanan Melayu didalam Kerajaan semakin merosot? Mengapa UMNO merasakan Melayu semakin lemah sedangkan orang Melayu yang peratusannya hanya 51% dari populasi rakyat Malaysia mempunyai suara hampir 63% dalam parti pemerintah. Kita tinggalkan UMNO seketika kerana kita tentu yakin UMNO tidak buta statistik. Tetapi yang menggusarkan ialah mengapa beberapa pemimpin PAS seolah-olah rabun membaca statistik. Ini yang kita perlu risau. Prestasi Pembangkang 2004 dan 2008 Pilihanraya Umum ke 11 menyaksikan PAS dan PKR kembali terdampar dipersada realiti politik Malaysia apabila kecermelangan mereka dalam pilihanraya 1999 berakhir dengan malang sekali. PAS kehilangan Terengganu atau lebih enak disebut, Presiden PAS hilang jawatan Menteri Besarnya. Timbalan Presiden PAS juga hilang kerusi Parlimennya. Di Kelantan, Mursyidul Am berjaya mempertahankan penguasaan PAS dengan berpaut kepada majoriti 2 kerusi sahaja. Lebih menggerunkan, dua kerusi mereka berpaut itupun kalau dicampur keseluruhan majoritinya tidak lebih daripada 50 undi. Pada 2006, PAS Kelantan kehilangan lagi satu kerusi DUN menerusi pilihanraya kecil. Lantaran mereka mencatatkan rekod dunia sebagai kerajaan yang boleh bertahan paling lama dengan hanya majoriti 1 kerusi. Di Parlimen, setelah persempadanan semula konstituensi pilihanraya di Semenanjung dan di Sabah pada tahun 2003 serta faktor 'feel good' Perdana Menteri baru Malaysia, peratusan wakil rakyat Pembangkang di dewan Rakyat menguncup kepada hanya 9.6%. Daripada jumlah ini pula wakil rakyat Melayu dalam Pembangkang hanyalah 38.1% berbanding dengan 61.9% wakil rakyat Bukan Melayu. Tetapi kedudukan semasa hari ini, Pembangkang menguasai 38.3% kerusi di Dewan Rakyat. Apa yang amat-amat signifikan ialah kedudukan wakil rakyat Melayu didalam pembangkang yang melonjak kepada 51.8% daripada 38.1% didalam tahun 2004. Wakil rakyat Bukan Melayu didalam Pembangkang pula ialah 48.2%. Dalam erti kata lain, Melayu bukan sahaja mempunyai pengaruh yang besar didalam BN yang merupakan parti pemerintah, tetapi Melayu juga mempunyai pengaruh yang majoriti didalam Pembangkang. Oleh itu apakah yang merisaukan orang-orang Melayu? Apakah boleh dianggap Melayu berpecah semata-mata kerana satu pihak yang dulunya begitu dominan didalam politik Melayu kini sudah mula kehilangan taring? Adakah kerana PKR dan PAS kini mempunyai jumlah wakil rakyat Melayu yang besar didalam gabungan Pembangkang maka itu tandanya Melayu berpecah? Siapa Kata Hendak Selamatkan Melayu Sebenarnya Selamat UMNO Sesetengah pihak bertungkus lumus membanting tulang mahu menyelamatkan Melayu. Persoalannya kenapa? Pengaruh Melayu terus hebat bahkan bertambah hebat. Melayu hari ini lebih dominan didalam BN dan begitu signifikan didalam Pembangkang. Kalau ada masanyanya Melayu ingin merasa bersyukur, inilah sebenar masa sebenarnya. PAS dan PKR dilabelkan sebagai pengkhianat Melayu kerana bekerja sama dengan DAP. Tetapi apa yang peliknya, menerusi kerjasama dengan DAP, PAS dan PKR berjaya memperkasakan kedudukan Melayu di dalam Pembangkang. Menerusi kerjasama dengan DAP, PAS dan PKR berjaya merampas sekurang-kurangnya 5 kerusi Parlimen daripada MCA, MIC dan Gerakan. Ini bererti lebih 5 wakil rakyat Melayu didalam Parlimen. Semenjak pilihanraya 1955, UMNO mengajar orang Melayu memberikan kerusi majoriti Melayu kepada wakil rakyat Bukan Melayu. Sebab itulah berkali-kali pilihanraya pengundi-pengundi Melayu memberikan undi kepada MCA, MIC dan Gerakan walaupun mereka ini ditentang oleh calon Melayu dari PAS dan lain-lain parti. Perjuangan Malaysia Dapat Memperkasakan Melayu Ketidakseimbangan kekuatan Melayu dianggap sebagai satu masalah besar didalam gabungan Pakatan Rakyat. Ia menimbulkan ketidakselesaan orang-orang Melayu. Ketidakseimbangan ini sebenarnya hanyalah ciptaan UMNO. Pakatan Rakyat berjaya menimbulkan keseimbangan itu. Hari ini representasi Melayu didalam Kerajaan dan Pembangkang adalah refleksi sebenar populasi Malaysia. Lebih unik lagi keseimbangan itu dicapai bukan atas dasar perjuangan bersikap perkauman tetapi perjuangan berteraskan keadilan untuk semua kaum yang dibawa oleh Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat sudah memperjuangkan formula untuk Malaysia yang sejahtera buat semua dan ia telah terbukti berjaya. Dan ia berjaya tanpa perlu slogan atau laungan atau kempen seperti 1 Malaysia. Ia berjaya kerana keikhlasan untuk memakmurkan negara ini untuk semua rakyatnya. * Tulisan Kickdefella ini disiarkan beliau pada 31 Julai 2009 lalu melalui blognya. Apakah dia mempunyai pandangan yang sama sekarang mengenai isu ini, tidak dapat dipastikan - Editor |
Pakatan yakin dapat laksana penuh Buku Jingga Posted: 06 Mar 2011 06:58 PM PST (Tan Sri Khalid bersama Exconya dan Dr Wan Azizah melancarkan Buku Jingga peringkat negeri Selangor semalam) SHAH ALAM, 7 Mac: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yakin Buku Jingga dapat dilaksanakan sepenuh sebaik Pakatan Rakyat diberi kuasa memerintah negara kerana jumlah yang diperlukan tidak pun sampai RM12.5 bilion.Beliau turut mengumumkan 26 Mac depan akan diadakan satu majlis pelancaran Agenda Selangor Untuk Rakyat (ARUS) yang mempunyai banyak lagi program kebajikan kepada rakyat akan didedahkan Abdul Khalid yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri berkata jumlah RM12.5 bilion itu bersangkut paut dengan isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang kini sedang menjadi kes mahkamah melibatkan bekas dua menteri yang dikatakan menipu jemaah kabinet termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak. "Sebenarnya di Selangor ini kita telah banyak melakukan program untuk rakyat sebagai kebajikan kepada mereka meskipun tidak terdapat pun di dalam Buku Jingga bererti kita bukan hanya berjanji tetapi telah melaksanakannya. "Sepanjang tiga tahun Pakatan mentadbir Kerajaan Negeri Selangor ini, selain dari tujuh perkara utama di dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), kita melakukan banyak perkara yang berkesan untuk rakyat negeri ini. "Cumanya kita tidak mahu menyebutkan lebih banyak apa yang telah, sedang dan akan dibuat kerana ia hanya akan meningkatkan darah panas badan pemimpin BN," seloroh beliau sambil tersenyum disambut tepukan hadirin. Abdul Khalid berkata demikian ketika berucap melancarkan Buku Jingga dan Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang disambut sederhana di Stadium Malawati, malam semalam. Turut berucap adalah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw dan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali. Dalam isu sama, Abdul Khalid berkata, bila tidak berlaku rasuah dan kebocoran maka rakyat akan dapat manfaat yang banyak hasil daripada sistem pentadbiran yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Selangor kini. |
Tabiat gila pangkat ‘Wanita Pertama’ Posted: 06 Mar 2011 06:57 PM PST KUALA LUMPUR, 7 Mac: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yakin selepas ini akan lebih ramai isteri Menteri Besar dan Ketua Menteri BN yang menuntut pangkat baharu 'Wanita Pertama' ciptaan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Sedangkan, katanya rakyat menderita menanggung bebanan kenaikan harga barang dan hutang yang semakin bertambah, pemimpin Umno BN pula sibuk sedang mengagih-agihkan kekayaan dan pangkat buat kaum keluarga dan kroni mereka. Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang telah 'menganugerahkan' isterinya, Ragad Waleed Alkurdi pangkat Wanita Pertama Sarawak. Baginya, 'anugerah' itu adalah bukti tamak haloba dan tabiat gila pangkat pemimpin Umno BN yang sudah di tahap ekstrem. "Inilah tanda-tanda seolah mereka sudah sedar bahawa kuasa perubahan rakyat semakin mara, dan kekalahan BN pada PRU13 nanti adalah suatu yang tidak mustahil. "Maka, sebelum terlambat pengorup harta rakyat ini segera mengaut harta dan pangkat buat saraan sehingga 7 keturunan sebelum dijatuhkan oleh kuasa rakyat kelak," ujarnya dalam satu kenyataan. |
Keputusan 2-0: BN tak menang habis, Pakatan belum tewas teruk Posted: 06 Mar 2011 04:59 PM PST ANALISIS, 7 Mac — Seperti yang dijangka Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang dengan majoriti yang lebih besar berbanding 2008. Kemenangan mengekalkan status quo ini sudah pasti akan memberangsangkan dan memberi keyakinan kepada pemimpin dan penyokong BN setelah sekiran lama diselubungi kesuraman sokongan rakyat Malaysia terhadap parti perikatan itu sejak dilanda "tsunami politik" pada 8 Mac 2008. Malah, kemenangan BN ini berjaya memperbaharui rekod pertarungan antara BN dengan Pakatan Rakyat kepada 8-8, dalam 16 pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum ke-12. Dengan kekalahan PAS di dua kawasan sebelum ini iaitu di Galas, Kelantan dan Tenang, Johor memberikan lebih keyakinan kepada BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang mana sokongan pengundi Melayu dilihat sudah kembali kepada BN. Di Merlimau, calon BN Roslan Ahmad meraih 5,962 undi manakala calon PAS Yuhaizat Abdullah pula memperoleh 2,319 undi. Dalam pada itu, di Kerdau calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad memperoleh 5,060 undi manakala calon PAS Hassanuddin Salim mendapat 2,336 undi. Majoriti kedua-dua kawasan ini meningkat lebih satu kali ganda berbanding pilihan raya umum 2008. Seandainya diimbas kembali, sentimen rakyat jelas menyebelahi Pakatan Rakyat untuk satu jangka yang agak panjang selepas pilihan raya umum ke-12. Situasi ini dapat diperlihatkan apabila Pakatan Rakyat memenangi dua pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum ke-12 iaitu Permatang Pauh dengan majoriti yang lebih besar, dan Kuala Terengganu dengan rampasan kerusi dari BN. BN hanya berjaya mempertahankan satu kerusi di DUN Batang Ai, Sarawak pada April 2009. Namun, kemenangan ini sedikitpun tidak menceriakan BN, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan ia berlangsung bersama pilihan raya kecil Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah dan kawasan-kawasan itu kekal dalam genggaman Pakatan Rakyat. Kekalahan demi kekalahan ini mungkin antara faktor yang membelenggu BN, sehingga tidak menurunkan calon dalam pilihan raya kecil Penanti, yang berlangsung pada 31 Mei 2009. Bagaimanapun, kekalahan tetap menghantui BN apabila tewas sekali lagi di pilihan raya kecil Permatang Pasir, kira-kira tiga bulan selepas itu. Bagaimanapun pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai BN hampir mengecapi kemenangan apabila berjaya menghakis undi PAS dari 1,352 hingga 65 undi tetapi masih gagal untuk menembusi kubu kuat PAS itu. BN hanya berjaya mencapai kemenangan pertama melalui Tan Sri Mohd Isa Samad apabila berjaya mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang dengan majoriti lebih besar. Sejak itu, BN dilihat kembali dengan keyakinan bahawa undi Melayu telah kembali ke pangkuan Umno. Dakwaan itu diperkukuhkan lagi apabila BN berjaya merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun kegembiraan itu tidak panjang apabila DAP mencipta kejutan dengan merobohkan kubu kuat BN di Sibu, Sarawak. Bagaimanapun kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi, Sabah memberikan satu lagi keyakinan kepada kepimpinan BN, malah kemenangan di Tenang juga menjadi pemangkin yang menyaksikan BN menang dengan majoriti besar. Melihat kepada siri pilihan raya kecil dan ditambah pula dengan kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau mungkin memberikan satu isyarat kepada Pakatan Rakyat bahawa pengundi khususnya pengundi Melayu sudah kembali kepada pangkuan BN. Walaupun ramai yang menjangkakan BN akan menang namun agak mengejutkan apabila BN menang dengan majoriti lebih besar di kawasan yang majoritinya adalah orang Melayu. Menurut penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, kemenangan BN di dua kawasan pilihan raya kecil ini menunjukkan pengundi sudah kembali ke pangkuan BN. "Keputusan ini memang sudah dijangka, persoalannya hanya berapa banyak majoriti tapi kalau kita lihat BN berjaya meningkatkan majoriti yang besar di Merlimau dan Kerdau. "Keputusan ini menunjukkan apa yang dilakukan BN masih diterima dengan baik oleh penyokong parti dan pengundi juga sudah kembali kepada BN," katanya kepada The Malaysian Insider. Beliau berkata mungkin kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau disebabkan ketiadaan isu tempatan yang boleh mempengaruhi minda pengundi supaya tidak mengundi parti perikatan itu. "Mungkin boleh dikatakan dengan ketiadaan isu tempatan yang besar di kedua-dua kawasan ini menjadi faktor kemenangan BN. "Malah kegagalan PAS sejak di Bagan Pinang, Galas dan Tenang memberi kesan terhadap sokongan pengundi terhadap PAS dan kalau kita lihat PAS mula menghadapi kemerosotan sokongan undi Melayu. Justeru kata pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia itu, PAS perlu mengkaji semula strategi dan pendekatan yang digunakan terutamanya dalam menghadapi kehakisan sokongan pengundi Melayu terhadap parti Islam itu. "PAS harus kaji semula strategi yang digunakan, mungkin mereka (PAS) anggap kekalahan ini sudah dijangka tapi kalau kita lihat DAP lebih memainkan peranan daripada PAS dan ia memberi kesan apabila PAS tidak mendapat sokongan pengundi Melayu. "Bagi saya ini merupakan salah satu sebab kerana kalau kita lihat DAP yang gerakkan PAS untuk pastikan PAS mendapat sokongan pengundi bukan Melayu tapi PAS gagal untuk dapatkan sokongan pengundi Melayu. "Kekalahan ini boleh menyebabkan sokongan orang Melayu terhadap PAS terhakis dan jika ia dibawa ke peringkat nasional kita akan dapat tahu nilai sokongan Melayu kepada PAS," katanya. Sivamurugan berkata perubahan yang ingin dibawa PAS dilihat gagal mendapat keyakinan daripada pengundi yang dilihat selesa dengan apa yang diberikan BN. Tiada isu yang boleh sebabkan pengundi tidak undi BN, perubahan yang dibawa PAS ini tidak kena dengan selesa pengundi di kedua-dua kawasan ini. "Kalau PAS tidak lihat kehakisan sokongan Melayu ini ia akan memberi kesan dalam pilihan raya umum ke-13. Jadi PAS perlu kembali dan lihat kepada matlamat asal parti," katanya. Bagaimanapun Profesor Madya Mohammad Agus Yussoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau tidak menunjukkan pengundi-pengundi sudah kembali kepada BN. Sebaliknya Agus berkata, faktor kemenangan BN di kedua-dua kawasan pilihan raya kecil itu adalah disebabkan jentera BN yang luar biasa. "Saya lihat tidak banyak yang berubah walaupun BN menang dengan majoriti yang agar besar tapi kemenangan itu tidak membolehkan kita untuk membaca sikap pengundi. "Kemenangan BN disebabkan jentera BN yang luar biasa, ia merupakan satu kejayaan dan kerja kuat BN tapi dari segi bacaan sikap pengundi untuk gambarkan pilihan raya umum masih belum boleh... tapi kemenangan ini menunjukkan rakyat sudah selesa dengan politik BN," katanya. Jelas beliau, sekiranya BN memberikan tumpuan kepada rakyat selain melaksanakan janji-janji ia boleh membawa perubahan terutamanya dari aspek pola pengundian dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13. "Kalau BN fokus kepada rakyat, maka akan berlaku perubahan dalam konteks nasional. "PAS tidak gagal tapi jentera PAS yang gagal berfungsi seperti mana jentera BN, strategi jentera BN memberi kelebihan kepada BN dan faktor ini yang memenangkan BN," katanya. Sementara itu, Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata kemenangan BN menunjukkan peningkatan kepercayaan pengundi terhadap BN. "Kemenangan BN di kedua-dua pilihan raya kecil ini mencatatkan majoriti yang berganda dan peningkatan majoriti ini menunjukkan pemulihan kepercayaan rakyat kepada BN. "Ini adalah satu yang nyata dan jelas kesinambungan kemenangan BN dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, kalau kita lihat BN berjaya pulihkan kepercayaan rakyat," katanya. Jelas beliau, pengundi sudah kembali kepada BN kerana percaya hanya parti perikatan itu yang boleh menjamin masa depan mereka. "Pengundi memilih BN sebagai parti yang boleh memberi keyakinan kepada rakyat dan peningkatan itu menunjukkan bahawa di samping BN mengekalkan kemenangan BN juga berjaya mempertahankan kubu kuat mereka. "Kalau kita lihat di kedua-dua kawasan ini, PAS memperlihatkan kempen yang luar biasa . . . kempen yang kuat tapi mereka tetap gagal, ini adalah satu bukti kekuatan yang ada pada BN," katanya. Melihat kepada perubahan yang berlaku ini, adakah PAS masih mampu untuk mendapatkan sokongan dan kepercayaan orang Melayu menjelang pilihan raya umum ke-13. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan