Pulakdah! |
- Mayat Menyaksikan Perlawanan Bola Sepak, Hanya Di Colombia
- Makan Pisang Lebih Terdedah Kepada Radiasi Berbanding Tinggal Berhampiran Loji Nuklear
- Bayi Memiliki 26 Jari
Mayat Menyaksikan Perlawanan Bola Sepak, Hanya Di Colombia Posted: 30 Mar 2011 03:52 AM PDT Seorang peminat pasukan Colombia Cucuta Deportivo yang berusia 17 tahun telah ditembak mati ketika bermain di taman persekitaran pada hari Sabtu lalu - dipercayai dilakukan oleh seorang pembunuh upahan. Bagaimanapun, pada hari Ahad lalu, teman-temanya telah membawa bersama keranda dengan mayat pemuda itu untuk menyaksikan perlawanan kelab kesayangan mereka menentang pasukan Envigado. Ya, ia bukan guraun, tetapi benar-benar berlaku. Selamat datang di dunia hardcore peminat bola sepak Amerika Selatan. Dari Laporan Colombia: Rakan-rakannya telah mengambil mayatnya dari rumah mayat dan diarak ke stadium sebagai usaha mereka untuk memberi penghormatan kepada seorang peminat bola sepak yang dibunuh. Pegawai perubatan pasukan bola sepak, Julio Rivera, berkata kepada wartawan, "Mereka bukan membawa masuk seorang peminat fanatik, tetapi mayat. Inilah satu-satunya bahagian di muka bumi ini dimana hal seperti ini boleh berlaku." Kolonel Alvaro Pico, seorang anggota polis tempatan berkata bahawa kematian anak itu tidak ada hubung kait dengan cintanya dengan pasukan bola sepak ini, tetapi ia merupakan tindakan jenayah di tempat ia tinggalnya. Perbuatan ini telah menimbulkan kontroversi di Cucuta dan pegawai stadium akan mengadakan mesyuarat untuk mengetahui siapakah yang membenarkan mayat ini masuk ke dalam stadium, dan hukuman yang akan dikenakan. Kolonel Pico berkata mereka telah mengenalpasti beberapa orang yang mengambil mayat ini dari rumah mayat. |
Makan Pisang Lebih Terdedah Kepada Radiasi Berbanding Tinggal Berhampiran Loji Nuklear Posted: 29 Mar 2011 11:52 PM PDT Berapa banyakkah kesan radiasi kepada anda kerana memakan pisang? Bagaimana pula jika anda tinggal di dalam bangunan batu bata, atau bangunan konkrit selama setahun? Bagaimana pula kesan radiasi kerana melakukan CT scan (X-ray) di dada? Selain itu, bagaimana pula kesan perbandingannya dengan krisis nuklear di Jepun dan tahap radiasi yang paling mengancam? Sebagai petunjuk, grafik di bawah ini mungkin tidak tepat untuk perbandingan pada skala sebenar. "Sievert (Sv): Satu kadar unit yang digunakan untuk menggambarkan penyerapan sinaran radiasi oleh tubuh manusia." "Sinaran radiasi terdiri daripada beberapa jenis zarah subatomik, kadang kala disebut sebagai sinar gamma, neutron, elektron, dan zarah alpha, berada di ruang pada kelajuan yang sangat tinggi, dalam kadar 100,000 batu per saat. Ia dengan mudah menembusi jauh ke dalam tubuh manusia, dan boleh merosakkan beberapa sel biologi di dalam tubuh. Ia boleh menyebabkan kanser untuk berkembangkan, atau menyebabkan sel-sel membiak, malah ia boleh menyebabkan kecacatan genetik pada generasi selanjutnya dari keturunan. "¹ |
Posted: 29 Mar 2011 07:07 PM PDT Bayi yang memiliki 26 jari, Djanitra Agni Paramisti, sedang didukung ibunya pada. Anak kepada pasangan Agung Yanuar Nugroho (27) dan Stefani Prima Prestiawati (23) ini sudah menjalani pembedahan sehingga jarinya kini tinggal 25 sahaja. Bayi ini tinggal bersama ibunya yang bekerja di Perumahan Sawojajar. |
You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan