Selasa, 22 Mac 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Pilih Mimpi Anda Dengan iPhone

Posted: 22 Mar 2011 03:44 AM PDT

Apa akan terjadi jika anda boleh memilih mimpi? Ia kini boleh dilakukan dengan aplikasi iPhone yang membolehkan anda mengawal mimpi dan memasuki minda bawah sedar.

Dream Control dibina oleh pakar hipnotis Dr. Norman Miller. Melalui proses hypnovisualisasi, aplikasi ini menjadikan pengguna dapat merasa relaks dan mengajar cara mengawal mimpi untuk tujuan positif.

Mengawal mimpi dapat mendorong pengguna mencapai tujuan hidup dan keinginannya dalam hidup. Norman mendakwa, aplikasi ini merupakan alat sederhana untuk membantu pengguna membuat perubahan positif dalam hidup.

Hal ini dapat dilakukan dengan mengakses dalam minda bawah sedar ketika bermimpi. "Sebenarnya fikiran anda sedar sepenuhnya, hanya tubuh badan yang rehat," kata Norman.

Aplikasi ini merakam pesanan dan suara yang boleh 'dimainkan' ketika tidur.

Selain boleh memasukkan rakaman suara sendiri, aplikasi yang sesuai dengan iPhone, iPod Touch dan iPad ini juga menyediakan 'suara mimpi' sedia ada, seperti bunyi tepuk tangan, rintik hujan, dan pesawat terbang.

Rakaman suara dan pesanan akan didengarkan selama 40 minit sebelum tidur dengan keadaan fizikal dan minda yang relaks. Selepas itu, rakaman suara itu akan terakam dalam pemikiran dan muncul secara visual di dalam mimpi, seperti yang dilaporkan oleh inewsandapps.

Jangan risau jika bermimpi buruk. Dream Control dibina khas untuk perkara-perkara yang baik bagi membantu pengguna menjalani hidup seperti dalam mimpi. Aplikasi ini berharga US$20 (Lebih RM60) di dalam kategori Entertainment App Store.

Video Lucah Sah Di Dalam Malaysia?

Posted: 21 Mar 2011 11:56 PM PDT


Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang dikemaskini sehingga 10 Oktober 2002 berbunyi:

"Barang siapa (a) Menjual, menyewa, membahagi-bahagikan, menunjukkan atau secara awam atau dengan apa-apa cara mengedarkan atau bagi maksud menjual, menyewa, membahagi-bahagikan, menunjukkan secara awam atau mengedarkan, membuat, mengeluarkan atau dan dalam miliknya apa-apa buku, risalah, kertas rajah, lukisan, gambaran atau patung yang lucah atau apa-apa jua benda lain yang lucah, .... hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya."

Bagi individu yang menyimpan gambar lucah pula boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 292 dan 293 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.Tindakan turut boleh diambil mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia yang boleh didenda tidak kurang RM50,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ini undang-undang yang selalu dilaksanakan kepada penjual VCD dan DVD lucah yang ditangkap seperti di sini, kerana menjual produk lucah tetapi kali ini, tidak ada seorang pun yang berani menangkap orang yang menayangkan blue film terbaru di Carcosa?

Lebih-lebih lagi, ia ditayangkan untuk tontonan ramai. Ini berlaku di sebuah negara Islam. Kenyataan Najib yang pertama sepatutnya ialah untuk menahan orang yang memaparkan video lucah itu, bukannya mengeluarkan komen apakah Polis terlibat atau tidak. Sama ada Anwar terlibat dalam video itu adalah isu kedua.

Pertama sekali, kesalahan tersebut telah pun dilakukan. Sebuah filem lucah yang diproduksikan oleh seorang Datuk. Dia seharusnya menyerah diri kepada polis. Jika anda menjumpai dadah dalam kereta anda, adakah anda akan mengadakan sidang akhbar untuk memberitahu orang ramai anda terjumpa dadah atau anda menyerahkannya kepada polis dahulu?

Jadi kenapa hipokrit? Anda boleh menangkap penjual DVD lucah di luar 7-eleven tetapi kali ini, tidak ada sesiapa yang ditangkap. Adakah Datuk ini berada di atas undang-undang?

Setiap wartawan juga harus dikenakan tuduhan kerana melihat blue film. Ia merupakan suatu kesalahan di Malaysia. Ketua Editor The Star harus juga harus didakwa kerana bertanggungjawab menghantar wakil wartawannya hadir untuk menonton filem lucah.

Kredit : di sini

Angsa Dengan Anak Panah Menembusi Badan Selama 6 Minggu

Posted: 21 Mar 2011 05:17 PM PDT

Ramai yang percaya pencarian ini pada awalnya adalah sia-sia.

Tapi setelah lebih sebulan mengejar angsa yang terdapat panah yang melalui tubuhnya, penyelamat di Pusat Rehabilitasi Burung Liar di Denver, akhirnya mendapat hasilnya.

Angsa yang dinama Quilly ini telah menjalani operasi pembedahan untuk mengeluarkan anak panah dan apabila sudah sembuh, ia akan dilepaskan kembali ke hutan di Denver, Colorado.

Quilly seekor angsa Kanada dapat ditangkap setelah hampir enam minggu terus hidup dengan anak panah di tubuhnya

Angsa ini pertama kali dilihat pada hari Valentine. Setiap kali seseorang cuba untuk menangkapnya ia akan lari atau terbang.

Ia pertama kali dilihat di Washington Park oleh seseorang yang prihatin dan sejak itu pasukan penyelamat berusaha dengan untuk menangkap angsa tersebut tetapi sia-sia.

Seorang sukarelawan Gabrielle Wimers dari Pusat Rebabilitasi mengatakan kepada Denver Post: "Ia adalah angsa yang sangat bijak. Dia berjaya memperdaya semua orang selama satu bulan."

Gabriele Braunschweiger, seorang sukarelawan lain menambah: "Kami tahu kedudukannya selama beberapa minggu, tetapi sukar untuk menangkapnya dengan semua orang di sekelilingnya. Apabila semua orang berusaha menangkapnya, ia membuatkannya lebih ghairah. "

Beliau akhirnya ditangkap oleh para sukarelawan dan dibawa ke hospital haiwan.


Doktor haiwan mengeluarkan anak panah logam dalam operasi pembedahan yang singkat. Mereka berharap ia akan kembali bebas dalam beberapa hari lagi.

Akhirnya, pada pagi Khamis burung itu kelihatan sekali lagi, kali ini di Garland Park. Ia dikepung dan berjaya ditangkap menggunakan jerat kaki.

Ketika dirawat di Hospital Haiwan, doktor haiwan mengatakan jika kedudukan anak panah itu lebih sedikit ke kiri, angsa itu mati.

Dia menjalani operasi pembedahan di bawah anestesi untuk mengeluarkan anak panah itu dan harus dibebaskan dalam beberapa hari akan datang.


Bertuah: Anak panah ini tidak melalui organ vital angsa, tapi doktor haiwan mengatakan situasi seperti ini sering mereka temui.

Doktor haiwan, Jerry La bonde berkata kepada KDVR-TV: "Hanya beberapa inci boleh menjadi perbezaan yang besar. Dan, kita sering melihat (perkara) seperti ini."

Tiada ulasan: