Pulakdah! |
- Sekitar Pengkebumian Bonda Agong
- Lelaki Itu Bukan Anwar
- Atlit Payung Terjun Yang Cantik Ini Terjun Tanpa Pakaian...
- Nenek 80 Tahun Dan Cucu Masih Hidup Selepas 9 Hari Tsunami
Sekitar Pengkebumian Bonda Agong Posted: 21 Mar 2011 03:16 AM PDT KUALA LUMPUR, 21 Mac -- Angkatan Tentera Diraja Malaysia mengusung jenazah bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bariah Sultan Hisamuddin Alam Shah di Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini, hari ini. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berkenan mengiringi bonda baginda yang mangkat, Tengku Ampuan Bariah Sultan Hisamuddin Alam Shah di Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini, hari ini. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berkenan mengaminkan doa semasa bonda baginda yang mangkat, Tengku Ampuan Bariah Sultan Hisamuddin Alam Shah sebelum berangkat melalui Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini, hari ini. Turut berangkat Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Turut sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan isteri Datin Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahamd Shabery Cheek dan Yang di Pertua Melaka Tun Khalil Yaakob dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Bonda baginda mangkat di Hospital Seri Kota, Klang, Selangor pada 1.22 pagi tadi dan dibawa pulang menaiki pesawat C130 TUDM ke Istana Maziah, Kuala Terengganu untuk penghormatan terakhir dan urusan pengebumian. Sumber : Bernama |
Posted: 21 Mar 2011 12:43 AM PDT KUALA LUMPUR, 21 Mac - Pemimoin Pakatan Rakyat (PR) menolak bahawa lelaki di dalam video seks yang hangat ketika ini adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Ini adalah video rekaan untuk Anwar," kata pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad. Satu rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki yang mirip dengan ketua pemimpin pembangkang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dipercayai seorang pelacur dari China muncul hari ini. Rakaman selama 21 minit itu ditunjukkan kepada ahli media oleh seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai sebagai Datuk T. Datuk T mengatakan bahawa rakaman video kamera litar tertutup pada 21 Februarui ini ditemui di bilik hotel di Kuala Lumpur. "Ia bukan Datuk Seri Anwar. Ini adalah satu usaha lagi oleh Barisan Nasional untuk memberikan persepsi awam dia sebagai orang yang tidak bermoral yang tidak mampu memimpin bangsa," menurut ahli biro politik PAS Khalid Samad kepada The Insider Malaysia. Naib presiden PKR Tian Chua Chang juga mendakwa bahawa Barisan Nasional (BN) telah putus asa, "ini adalah percubaan mengalihkan dari isu-isu besar seperti pilihanraya dan semata-mata serangan peribadi." Semasa tayangan pagi tadi Datuk T berkata beliau mahu pihak media menonton video membabitkan ahli politik berkenaan sebelum menghantar salinan kepadanya dan isterinya "untuk mengenal pasti orang dalam video" tersebut dalam tempoh seminggu dari sekarang. "Kami tidak mahu melibatkan kerajaan dalam semua ini. Jika ia dan isterinya tidak mengundurkan diri, maka kami akan menyeru panel bebas NGO untuk melakukan penyiasatan forensik ke atas video," katanya selepas video itu ditayangkan. Video hitam-putih ditunjukkan dalam beberapa bahagian, bermula dengan seorang ahli politik dengan seorang wanita dengan ciri-ciri Asia Timur, dan seorang lelaki tak dikenali di dalam sebuah bilik hotel. Bahagian kedua, mencatat dari empat sudut yang sedikit berbeza, menunjukkan seorang individu menerima seks oral dari perempuan dan kemudian melakukan hubungan seksual dengannya dengan beberapa posisi. Aksi seks itu berlangsung selama 17 minit sebelum lelaki itu keluar ke arah kanan, dipercayai menuju ke bilik air. Wanita itu, setelah membersihkan dirinya dengan beberapa tisu, kemudian membongkar barangan milik ahli politik itu, untuk 'memerangkapnya' apa yang dimaksudkan Datuk T, sebuah jam tangan Omega. Datuk T berkata orang yang menemui video ini, yang dirujuk sebagai "orang dalam" diminta untuk kembali ke hotel untuk mencari jam itu selepas ahli politik itu meninggalkan hotel. "Selepas membuat pemeriksaan, saya dapati terdapat empat kamera CCTV tersembunyi," orang dalam berkata dalam sebuah kenyataannya mendakwa Anwar adalah orang dalam video itu. Datuk T turut menunjukkan sebuah jam tangan Omega kepada wartawan, mendakwa bahawa itulah yang dituntut oleh 'kumpulan' lelaki ini, yang juga tidak mahu dikenali. Kerdit : Malaysian Insider |
Atlit Payung Terjun Yang Cantik Ini Terjun Tanpa Pakaian... Posted: 20 Mar 2011 11:04 PM PDT Namanya Roberta Mancino, seorang atlit payung terjun profesional. Raut wajah yang cantik dan seksi ini mempunyai darah Itali. Bagi yang belum mengenalinya, Mancio sudah empat kali melakukan penerjunan tanpa sebarang pakaian membaluti tubuh mulusnya. Ada fakta lain berkaitan individu yang pernah meraih beberapa penghargaan dan memegang rekord penerjun dunia ini. Pernah lima kali paracutnya tidak terbuka ketika terjun, nasib baik paracut bantuannya berfungsi dengan baik. Sejak melakukan percubaan kali pertama pada Oktober 2001 atau ketika berusia 21 tahun sehingga Disember 2010, Mancino sudah melakukan penerjunan sebanyak lebih dari 6,000 kali. Mancino juga terlibat sebagai model sejak berusia 16 tahun. Inilah alasannya untuk melakukan aksi terjun tanpa pakaian, untuk penggambaran sebuah majalah. Tahun lalu, ia dinobatkan sebagai atlet wanita terseksi di dunia oleh majalah kesihatan Men's Fitness. "Ya, saya melakukannya (terjun bogel) untuk sesi fotografi majalah. Pernah bersama-sama dengan 23 penerjun lain (kru), jadi saya harus menutup tubuh hanya dengan selimut, bila tiba saat untuk terjun. Saya terus melompat, semua orang membuat pertunjukan di udara. Rasanya sangat sejuk, tapi juga menyeronokkan ketika angin mengenai tubuh tanpa sebarang pakaian," katanya seperti dilaporkan mensfitness.com. Selain dengan aktiviti payung terjun, Mancino juga suka melakukan BASE Jumping, iaitu aktiviti melompat dengan paracut dari benda atau objek yang punya ketinggian, seperti bangunan tinggi, menara, tebing, dan sebagainya. Tidak sekadar itu, Mancino juga gemar dengan Wingsuit Flying. Sama seperti aktiviti terjun bebas dari kapal terbang, namun paracutnya melekat pada tubuh dan bagaikan mempunyai sayap ketika tangan dan kaki dibuka. |
Nenek 80 Tahun Dan Cucu Masih Hidup Selepas 9 Hari Tsunami Posted: 20 Mar 2011 05:11 PM PDT Lagi berita luar biasa hari ini apabila polis melaporkan bahawa mereka telah menemui mangsa tsunami, seorang wanita berusia 80 tahun dan seorang remaja 16 tahun yang masih hidup di bawah sisa runtuhan. Bagaimanapun laporan itu disambut dengan agak skeptikal berikut laporan Sabtu lalu seorang pemuda dijumpai hidup di rumahnya selepas lapan hari dilanda tsunam - padahal ia sebenarnya telah kembali ke rumahnya dari tempat penempatan mangsa bencana. Bagaimanapun polis di wilayah Mikako berkeras bahawa tidak ada kesilapan berkaitan penemuan dua orang yang ditemui hidup di bawah runtuhan kali ini. Penyelamat membantu Sumi Abe 80 tahun. Dia dan Jin cucunya yang berusia 16 tahun ditarik dari sisa runtuhan di kota Ishimaki selepas sembilan hari berlakunya tsunami. Remaja itu dipakaikan cangkuk keselamatan sebelum diterbangkan ke hospital. Dia dan neneknya dijumpai terperangkap di bahagian dapur rumah mereka. Tidak ada butiran lanjut dari polis mengatakan pasukan penyelamat ketika mereka menemui wanita tua dan remaja itu. "Keadaan mereka dalam keadaan yang sangat lemah, tetapi telah mendapat rawatan awal daripada pasukan penyelamat," kata seorang juru cakap polis. Polis berkata kedua-dua mangsa ini ditemui di bandar Ishinomaki, sembilan hari selepas gempa bumi dan tsunami, dalam keadaan masih hidup dan telah mengejutkan pasukan perubatan. Rangkaian TV Jepun NHK melaporkan polis di wilayah Miyagii berkata wanita tua dan remaja itu menjawab teriakan daripada pasukan penyelamat polis. Salah satu korban diangkut oleh helikopter Palang Merah Ishinomaki, Ishinomaki, Wilayah Miyagi. Kedua-dua mangsa yang diselamatkan ini membalas teriakan daripada pasukan penyelamat polis. Penyelamat terus mencari mangsa disebalik sisa-sisa runtuhan hotel di pinggiran Natori, Wilayah Miyagi, Jepun. "Mereka lemah, tapi sedar," kata juru cakap polis. Di Hospital Ishinomomaki, di mana korban telah di bawa, seorang juru mengesahkan mereka menerima rawatan. "Saya hanya dapat melihat sekilas pandang bahawa ianya adalah seorang wanita tua dan matanya tertutup," kata juru cakap itu. "Dia nampaknya belum mati." Kredit : NHK, AP |
You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan