Khamis, 17 Mac 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Mangsa Kedua Jangkitan Adenovirus Meninggal Dunia

Posted: 17 Mar 2011 02:08 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Mac -- Pelatih Inspektor dari Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) Mohd Redzuan Ishak ,26, yang meninggal dunia akibat jangkitan virus Adenovirus di Hospital Kuala Lumpur di sini, awal pagi tadi.

Allahyarham merupakan mangsa kedua kes jangkitan Adenovirus dan jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Buaya Rawang.

Bapa kepada pelatih Inspektor dari Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) Mohd Redzuan Ishak, Ishak Daharin (tengah) kelihatan sedih sewaktu berada di perkarangan rumah mayat Hospital Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hussin Ismail (empat, kanan) membaca surah Yasin ketika menziarahi keluarga jenazah pelatih Inspektor dari Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) Mohd Redzuan Ishak di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur.

 Tunang kepada pelatih Inspektor dari Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) Mohd Redzuan Ishak, Nurhazwani Liyana menghubungi keluarganya sewaktu berada di perkarangan rumah mayat Hospital Kuala Lumpur.


Kredit : Bernama

Mahathir Mengaku 'Terlupa' Dalam Memoirnya

Posted: 16 Mar 2011 11:23 PM PDT



CYBERJAYA - MANTAN Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad semalam mengakui bahawa ia mungkin terlupa beberapa butiran tentang masa lalu, setelah baru-baru ini melancarkan buku memoirnya yang mengundang kritikan kerana kandungannya yang bercanggah.

Beberapa pembaca telah menimbulkan isu berkaitan keterangan Tun Dr Mahathir mengenai lawatan pertamanya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke Singapura pada tahun 1981. Dalam bukunya, Dr Mahathir menggambarkan perasaannya yang 'perit' kerana ia tidak disambut dengan sempurna di Pejabat Perdana Menteri.

Dia juga mendakwa tidak ada jamuan makan malam negara untuk dirinya, dan ketika dia melawat bekas presiden Benjamin Sheares - profesornya ketika menuntut di kolej perubatan - mereka hanya sempat berbual selama 20 minit sebelum seorang pembantu berkata presiden mempunyai temu janji lain.

Namun sebenarnya Dr Sheares meninggal dunia pada Mei 1981, tujuh bulan sebelum lawatan Dr Mahathir pada bulan Disember 1981.

Semalam, Dr Mahathir menjelaskan bahawa ia ada bertemu Dr Sheares dalam pertemuan lain, sebelum lawatan rasminya ke Singapura. Tetapi dia tidak memberikan komen yang lebih lanjut.

"Manusia kadang-kadang terlupa, anda tahu," katanya dalam sidang akhbar ketika pelancaran sebuah bangunan 'hijau'.

Kredit : FMT

Drakula Dihukum Penjara

Posted: 16 Mar 2011 08:08 PM PDT

Aaron Homer
PHOENIX - Lelaki ini terlalu fanatik dan obses dengan hal-hal yang berkaitan dengan vampire atau drakula.

Aaron Homer (24), begitu tertarik pada kisah drakula. Sehinggakan ia begitu menjiwai karakter drakula kegemarannya yang memberi inspirasi pada dirinya.

Kegemarannya yang menakutkan itu akhirnya memberi padah pada dirinya.

Homer, dihukum percubaan selama tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi Maricopa County, Amerika Syarikat, setelah menyerang teman sebiliknya, Robert Maley (25).

Homer cuba menikam Maley kerana temannya itu menolak permintaannya untuk menghisap darahnya.

Maley mengaku pernah sekali membiarkan Homer menghisap darahnya. Namun, Maley menolak permintaan Homer untuk kali kedua. Lalu Homer menikamnya.

Pihak polis melaporkan Maley tinggal bersama Homer dan teman wanitanya, seperti dilaporkan Strait Times, Rabu (16/3/2011).

Maley turut mendakwa Homer dan teman wanitanya bagaikan orang yang ketagih dengan segala hal berkaitan dengan drakula.

Tiada ulasan: