Pulakdah! |
- Ular Mati Selepas Gigit Payudara Model
- Siapa Zoy?...
- Lelaki Dihanyutkan Arus Tsunami Hingga 10 Batu Ke Tengah Laut Diselamatkan
Ular Mati Selepas Gigit Payudara Model Posted: 14 Mar 2011 09:59 AM PDT Seekor ular sawa yang malang mati kerana keracunan silikon - selepas mematuk payudara seorang gadis. Video: Ular gigit payudara model Seorang model Israel, Orit Fox yang membuat penampilan di saluran TV Sepanyol, Telecino ketika ular sawa itu mematuknya. Dia yang memegang reptilia jinak itu pada mulanya bergaya sambil membuat aksi seolah-olah menjilat ular tersebut. Bagaimanapun akhirnya tindakannya itu menyebabkan ular itu terkejut lalu menyerangnya. Fox dibawa ke hospital untuk diberikan suntikan tetanus, malangnya ular itu tidak begitu bernasib baik kerana mati akibat keracunan silikon. Fox merupakan seorang bintang terkenal di Israel dan telah beberapa kali melakukan pembedahan membesarkan payudara. | ||
Posted: 13 Mar 2011 07:54 PM PDT Inilah kartunis Mohd Zohri Sukimi atau lebih terkenal dengan nama penanya, Zoy. Mungkin sebelum ini kita tidak ambil peduli siapakah kartunis ini. Namun sejak salah satu karyanya yang mengaibkan Malaysia semalam mencetuskan kemarahan umum dan antarabangsa, menyebabkan kita hendak mengenali siapakah beliau. Profil kartunis Zoy adalah seperti berikut:
Tarikh lahir : 23 Januari 1959 Umur : 52 tahun Asal : Klang, Selangor Saya tidak layak untuk mentafsirkan siapa itu Zoy. Jadi saya bertanyakan kepada rakan kartunis yang pastinya saling mengenali antara satu sama lain diantara mereka. Zunar antara individu yang layak untuk bertanyakan siapakah Zoy itu. Akhirnya Zunar memberikan jawapan yang 'LENGKAP' untuk kita mengenali watak Zoy yang sebenar. Kalau Zunar lah yang melukis kartun tersebut, saya amat YAKIN dan PASTI akan timbul pelbagai kecaman dan tindakan yang akan dikenakan terhadap beliau. Pihak berkuasa akan menggeledah pejabatnya, segala bahan dan komputernya akan dirampas. Zunar juga akan disumbatkan ke dalam penjara....barangkali. | ||
Lelaki Dihanyutkan Arus Tsunami Hingga 10 Batu Ke Tengah Laut Diselamatkan Posted: 13 Mar 2011 04:36 PM PDT Hari ini ketika penduduk Jepun berkabung dengan kemusnahan yang dahsyat dan ribuan kehilangan nyawa selepas gempa bumi Jumaat lalu tiba-tiba ia dikejutkan dengan sebuah cerita yang penuh pengharapan. Hiromitsu Shinkawa, 60, hari ini diselamatkan selepas dibawa arus tsunami ke tengah laut ketika ia sedang bertahan di atas bumbung rumahnya selepas tsunami melanda pantai timur laut Jepun. Selama dua hari ia cuba untuk mendapatkan perhatian dari helikopter dan kapal yang melepasinya, namun sia-sia. Hiromitsu Shinkawa, 60, melambai ke arah penyelamat sebelum dibawa ke tempat yang lebih selamat. Sebuah bot penyelamat dihantar dari kapal tentera Jepun untuk menyelamatkannya yang duduk di atas cebisan runtuhan bumbung rumahnya. Akhirnya, hari ini sebuah kapal tentera Jepun melihat seorang lelaki yang hampir putus asa melambai-lambaikan kain merah. Mangsa berada di tengah laut, kira-kira 10 batu jauhnya dari bandar Minamisoma yang dilanda gempa bumi, menurut Yoshiyuki Kotake, seorang jurucakap Kementerian Pertahanan. Shinkawa memberitahu kepada pasukan penyelamat ketika tsunami melanda, dia dan isterinya baru kembali ke rumah untuk mengumpulkan beberapa barang selepas berlaku gempa bumi Jumaat lepas. Isterinya pula di bawa arus. "Ada beberapa helikopter dan kapal melewatinya, namun tiada satupun yang perasan," menurut seorang jurucakap badan pertahanan, yang menolak untuk dikenali. Pasukan Jepun menggunakan perahu kecil untuk menyelamatkannya dari tengah laut. Pejabat tentera berkata Shinkawa beruntung kerana cuaca sederhana dan laut agak tenang membolehkan dia untuk tetap bertahan selama hampir dua hari, menurut sebuah agensi berita Kyodo melaporkan. "Saya fikir hari ini adalah hari terakhir dalam hidup saya," kata Shinkawa kepada seorang anggota penyelamat. |
You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan