Ahad, 13 Mac 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Fenomena Aneh Ikan Kerana Tsunami

Posted: 13 Mar 2011 04:40 AM PDT

SEKUMPULAN ikan sardin dilihat berenang berhampiran persisiran pantai Acapulco, Mexico, hari ini. Menurut nelayan tempatan, mereka tidak pernah melihat kejadian seperti itu sebelum ini. Dari jauh, sekumpulan ikan itu kelihatan seolah-olah seperti tumpahan minyak.

Seorang lelaki mengambil foto sebuah kawanan ikan sardin dari pantai Acapulco .

Nelayan berlumba-lumba ke pantai untuk tidak melepaskan rezeki terpijak.

Beberapa pakar berkata fenomena ini ada berkaitan dengan tsunami di Jepun. 

"Ada sekitar 20 atau 30 nelayan dan ada ramai yang datang bersama dengan anak-anak mereka untuk tidak melepaskan keuntungan ini," kata Carlos Morales.

Nelayan di Acapulco berkata mereka tidak pernah melihat kumpulan besar ikan seperti ini yang berhampiran pantai sebelum ini.

Kumpulan ikan yang sangat padat sehingga kelihatan seperti tumpahan minyak dari atas.

Beberapa orang yang sedang mandi menjauhkan diri fenomena misteri itu dan keluar dari air.

Isu Kartun Biadap, Berita Harian Minta Maaf

Posted: 13 Mar 2011 01:29 AM PST



Berkaitan posting Berita Minggu Biadap, Senda Tsunami Jepun sebelum ini. Berita Harian telah mengeluarkan kenyataan maaf berikutan kartun tersebut. Bagaimanapun permohonan maaf tersebut yang hanya dilakukan di dalam Facebook Berita Harian Online tidak meredakan kemarahan rakyat Malaysia yang sensitif dengan isu tersebut. Di bawah adalah beberapa antara komen yang tidak setuu dengan kesilapan Berita Harian.


Burrh Shaik this is the true color of this cartoonist- ZOY. rasa kelakar sangat di atas bencana/kematian org lain. what if we laugh when his family die in any disaster?



Wan Firdaus Kepada Berita Harian, lain kali nak publish apa-apa tu, sila gunakan kewarasan akal fikiran.. Jangan ikut sedap je.. Berapa ramai rakyat Jepun terkorban akibat tsunami tapi sedap je persendakan nasib mereka. Astaghfirullah...



BH diwar2kan sbg suara rakyat, suara Malaysia. Penyiaran karikatur itu bukan menghina rakyat Jepun sahaja tetapi meletakkan kita sbg rakyat Malaysia sbg bangsa yg tidak bersimpati kpd rakan asing, tidak menghormati org yg kesusahan, bangsa yg angkuh dan kurang tajam akalnya. Sy sgt malu dgn perbuatan biadab BH ini. Sy x fhm bgmn ketua editor n pengarang2nya boleh meluluskan penyiarannya. Otak letak kat mana? Adalah sgt wajar jika BH diberikan amaran keras! Sy syorkan kerajaan mengambil tindakan menggantung penerbitan BH utk tempoh waktu tertentu. Sy fikir rakyat Malaysia xperlukan BH sbg wadah bangsa n negara.



Pelbagai komen rakyat Malaysia yang perihatin dapat di baca di dalam komen tersebut di sini.

Berita Minggu Biadap, Senda Tsunami Jepun

Posted: 12 Mar 2011 09:04 PM PST


Ini adalah keratan akhbar Berita Minggu hari Ahad 13 Mac 2011, hasil "Karya" Kartunis Zoy.

Rakyat negara Jepun baru sahaja ditimpa gempa bumi,tsunami dan terbaru kebocoran radiasi nuklear yang menyebabkan beribu-ribu nyawa manusia telah terkorban. Beratus ribu manusia lagi hilang tempat perlindungan, tapi ada di antara kita yang mengaku beragama Islam, cetek akal fikirannya sehingga tergamak menjadikan bencana di Jepun sebagai bahan senda gurauan.

Bagaimana agaknya perasaan kita jika ada ahli keluarga kita ditimpa bencana alam di sana, kemudian ada yang menjadikan bencana itu sebagai bahan gurauan apa reaksi kita..?

Bagaimana agaknya jika Rosmah Menteri Malaysia berada di sana dan menjadi salah seorang korban tsunami tersebut? Apakah agaknya hukuman yang bakal dikenakan kepada akhbar ini..?

Pokok Pisang Bertandan 4, 22 Tunas

Posted: 12 Mar 2011 05:18 PM PST


Banyumas, INDONESIA - Pokok pisang bertandan dan berjantung empat di kebun milik Disan (62), penduduk Desa Pesawahan, Kabupaten Banyumas Jawa Tengah ini telah mengejutkan penduduk kampung.

Pokok pisang unik yang tumbuh di belakang rumah Disan memang lain dari pokok pisang biasa. Ia bukan sekadar mempunyai 4 tandan dan mempunyai empat jantung, pokok pisang ini juga mempunyai 22 tunas.

Kerana tunasnya masih kecil dan sering dimakan itik, Disan membuang tunas-tunas ini. Disebabkan banyaknya tandan pisang juga telah mengakibatkan beban yang cukup berat. Disan terpaksa menopang pokok pisang ini dengan buluh supaya tidak tumbang.

Tiada ulasan: