Jumaat, 11 Mac 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Gempa Di Jepun, Apa Khabar Miyabi?

Posted: 11 Mar 2011 05:46 AM PST


JAKARTA - Gempa bumi di Jepun tidak sekadar menyebabkan masyarakat panik dengan keselamatan keluarga terdekat. Malah terdapat pengguna Twitter yang merisaukan keselamatan bintang porno Miyabi.

"Gempa Jepun, Apakah Miyabi selamat?" tanya akaun Twitter Syahrulakbar.

"Akibat gempa dan tsunami Jepun, para pemuda merasa runsing dengan nasib Miyabi dan berharap ia selamat," dari akaun Twitter Rizkynuryandii.

"Semoga Miyabi, Sora Aoi, Kaeda Matsushima dan teman-teman lainnya selamat dari gempa dan tsunami," dar aikun EmyrFAdhila.

"Jepun gempa? Semoga Miyabi selamat dan dapat memproduksi filem lagi," dari rakamboo di Twitter.

Maria Ozawa atau lebih dikenal dengan nama Miyabi adalah bintang film porno di Jepun. Miyabi lahir di Hokkaido, Jepun pada 8 Januari 1986.


Perghh...dah macam ni pun.....: Author Faethal

Gelombang Tsunami Indonesia Hanya 20cm

Posted: 11 Mar 2011 04:50 AM PST

JAKARTA - Tinggi gelombang tsunami yang melanda Papua, Maluku Utara, dan Sulawesi Utara hanya 20 centimeter. Penduduk diminta tidak perlu risau.

"Sudah direkodkan (gelombang tsunami) memasuki Papua. Tingginya 20 centimeter," Ketua Subbidang Informasi Dini Gempa Bumi Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG), Rahmat Priyono, ketika dihubungi INILAH.COM sekitar pukul 6.50 (waktu Indonesia Barat).

Rahmat memberitahu parameter gelombang tsunami di atas 50 centimeter. Ia memberitahu kepada penduduk yang sudah mengosongkan rumah atau melarikan diri agar tidak perlu risau. "Tidak perlu risau," katanya.

Sebagaimana dilaporkan sebelumini, Indonesia turut terkena kesan daripada gempa bumi 8.9 skala richter dan tsunami yang melanda Jepun. Ada tiga daerah yang dijangka bakal dilanda tsunami iaitu Papua, Maluku Utara, dan Sulawesi Utara. BMKG menjangka gelombang tsunami tersebut tiba sekitar jam 6.35 WIB.

BMKG sudah memberikan peringatan tsunami untuk beberapa daerah di Indonesia bahagian timur, sebelum ini.

TERKINI!! Menanti Tsunami, Maluku Putus Bekalan Elektrik

Posted: 11 Mar 2011 04:11 AM PST

TERNATE - Pulau Morotai di Maluku Utara semakin tegang menanti tsunami kerana kesan dari gempa bumi yang menggoncang Jepun.

Menurut maklumat Suwandi, seorang warga Kota Daruba, Morotai, penduduk menjadi panik dan keluar mencari tempat yang lebih tinggi.

Kota Daruba sejak pukul 7.00 (waktu Indonesia Timur) sudah gelap gelita kerana pihak berkuasa sudah memadamkan bekalan elektrik.

"Selepas maghrib tadi pukul 7.00 langit Morotai merah. Penduduk sudah keluar dari rumah terutama di daerah pesisir. Elekttrik juga sudah dipadamkan," tulis Suwandi melalui pesanan ringkas kepada okezone.

Keadaan yang sama juga berlaku di Kota Wawama. Menurut pegawai di Pejabat Kabupaten Morotai ini, penduduk menjadi panik dan berusaha seboleh mungkin untuk menjauhi pinggir pantai.


HAWAI - Semua lapangan terbang di Hawaii sudah ditutup sebagai langkah berjaga-jaga menantikan kedatangan tsunami. Tsunami dilaporkan sedang menuju ke Hawaii.

TOKYO - Angka mangsa yang terkorban sehingga kini disahkan sudah 44 orang. Dilaporkan masih ramai yang hilang.

Angka Korban Gempa Bumi Meningkat 19 Orang

Posted: 11 Mar 2011 03:11 AM PST


TOKYO – Angka korban akibat gempa bumi 8.9 skala richter di Jepun telah mencapai angka 19 orang. Dikhuatiri jumlah angka yang terkorban akan terus bertambah.

Mangsa yang terkorban termasuklah seorang warga emas berusia 67 tahun yang tertimpa runtuhan dinding rumahnya. Mangsa lain adalah seorang wanita tua yang terkorban ditimpa atap. Kedua-duanya tinggal di Tokyo seperti yang dilaporkan oleh AFP.

Tiga mangsa korban yang lain adalah kerana ditimpa runtuhan rumahnya. Mangsa berada di Prefektur Ibaraki, tenggara Tokyo.

Ibu Pejabat Polis Jepun yang bertugas mengumpulkan data bencana alam ini tidak dapat memberikan jumlah angka korban dengan tepat.

"Kerosakan sangat besar, kami memerlukan lebih banyak masa untuk kami kumpulkan data," menurut seorang pegawai polis.

TERKINI!! Tsunami Akan Landa Indonesia Jam 6.00 Petang (UPDATE)

Posted: 11 Mar 2011 12:15 AM PST


INDONESIA: Gempa bumi 8.9 skala richter dan tsunami yang melanda Jepun, dijangka akan turut melanda beberapa daerah di Indonesia Timur.

Berdasarkan informasi dari Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG), Papua, Maluku Utara dan Sulawesi Utara akan dilanda tsunami pada jam 6.00 petang (Waktu Indonesia Barat).

"Penduduk di sekitar kawasan harus waspada tentang kemungkinan terjadinya tsunami di Indonesia," kata Rahmat Priyono, Ketua Subbidang Informasi Gempa Bumi BMKG.

Menurut berita berlaku kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo. Titik pusat gempa bumi sekitar 400 km dari Tokyo pada kedalaman 20 mil menyebabkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.

UPDATE

The Pacific Tsunami Warning Center di Hawaii seperti dilaporkan Reuters menyebut Indonesia adalah salah satu negara yang diminta meningkatkan amaran berjaga-jaga. Kemungkinan tsunami besar akibat gempa bumi di Jepun akan berlaku di Indonesia.

Selain Indonesia, The Pacific Tsunami Warning Center juga melaporkan beberapa negara lain juga diminta meningkatkan tahap berjaga-jaga. Negara dimaksudkan termasuklah Rusia, Marcus Island, Mariana Utara, Colombia, Taiwan, Filipina, dan negara bahagian Amerika Syarikat (AS).

Sehingga setakat ini 5 orang disahkan mati dalam bencana Tsunami yang melanda Jepun sebentar tadi.

Ada 82 Wajah Julia Roberts di Seluruh Tubuhnya

Posted: 10 Mar 2011 06:28 PM PST

Apa agaknya Julia Roberts yang terkenal sebagai Pretty Women akan fikirkan apabila mengetahui seorang peminatnya mempunyai cara yang pelik untuk menunjukkan kekagumannya.


Miljenko Parserisas Bukovic seorang peminat filem lakonan Julia Roberts telah membuat 82 tatoo kekal yang mempunyai wajah Julia Roberts diseluruh tubuhnya.


Aneh ... Miljenko memberikan pose istimewa dengan tatoonya.

Miljenko - seorang penjual surat khabar di Mexico - telah 'menutupi' dirinya dari kepala hingga ke kaki dengan wajah Julia Roberts. Ia menghabiskan RATUSAN pound untuk tatoo ini setelah melihat Julia Roberts dalam filem Erin Brockovich.


Peminat ... Miljenko berkata dia akan terus membuat tatoo Julia Roberts selagi ada ruang di tubuhnya.

Dalam filem itu Julia Roberts memainkan watak sebagai pembantu undang-undang yang hampir menjatuhkan sebuah syarikat elektrik.

Miljenko, 56, berkata beliau mula ingin membuat tatoo setelah terinspirasi oleh pelbagai adegan dalam filem yang memenangi Oscar itu.

Inspirasi ... Julia Roberts sebagai Erin Brockovich.

Beliau berkata ia bercadang untuk membuat lebih banyak tatoo Julia Roberts di dadanya, punggung dan lengan. Selagi dia mempunyai wang dan masih ada ruang di badannya, dia akan meneruskannya.

Inilah Burung Penguin 'LOVE'

Posted: 10 Mar 2011 01:21 PM PST

Lambang cinta (LOVE) bukan hanya digunakan oleh manusia. Penguin emperor yang memiliki tanda lahir berbentuk hati juga ibarat lambang cinta. Inilah keajaiban kehidupan makhluk ciptaanNya.

Pemenang penghargaan fotografi dan penerbit filem, Sue Flood berjaya menangkap gambar fenomena yang didakwa hanya berlaku pada seekor dalam sejuta penguin ini.

Seperti dilaporkan oleh Daily Mail, Flood mengaku selama 20 tahun ia mengambil gambar di Artik dan Antartika ataupun 30 tahun menghabiskan masa di kawasan yang sangat dingin ini, dia tidak pernah menemui fenomena seperti itu.


"Ini hanya satu sedalam juta dan sepanjang hidup saya sebagai jurugambar, penguin itu satu-satunya yang saya lihat mempunyai bentuk (LOVE) tersebut. Ketika melihatnya, saya hampir tidak percaya," kata Flood.

Penguin emperor merupakan spesis penguin paling tinggi dan paling berat. Ia memakan ikan kecil dan obor-obor. Ketika mencari makanan, penguin emperor mampu menyelam selama 18 minit dengan kedalaman 535 meter. Ia juga mampu mengurangkan kadar metabolisme dan menutup fungsi organ penting saat menyelam.

Penguin emperor juga terkenal melakukan perjalanan setiap tahun dengan jarak paling kurang ialah 120 kilometer untuk mengawan dan memberi makan kepada anak mereka. Haiwan ini juga satu-satunya penguin yang menghasilkan keturunan sepanjang musim sejuk di Antartika.

Tiada ulasan: