Isnin, 7 Mac 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


'Alat Kelamin' Berkhasiat

Posted: 07 Mar 2011 04:51 AM PST

PENINGGALAN sejarah memang banyak keunikannya. Dari nilai artistiknya hinggalah kuasa ghaib yang dianggap cukup kuat. Seperti sebuah batu yang cukup unik di Kangean, Madura, Jawa Timur.

Di Desa/Kecamatan Kangayan (Pulau Kangean), Sumenep, Madura mempunyai sesuatu yang unik iaitu punca mata air. Sumber air yang terletak di tengah hutan simpan itu mengeluarkan air dari batu besar berbentuk kemaluan seorang laki-laki dan wanita.


Sumber mata air yang sudah ratusan tahun digunakan masyarakat setempat ini dipercaya mempunyai khasiat tertentu. Selain airnya digunakan untuk pertanian dan keperluan harian masyarakat, ia juga banyak digunakan oleh individu yang sukar mempunyai anak dan mendapatkan jodoh.

Seolah-olah batu besar yang menyerupai alat kelamin manusia dan mengeluarkan air sangat deras itu menjadi ikon penduduk setempat. Para pengunjung lelaki biasanya lebih tertarik kepada batu mirip kemaluan perempuan, sedangkan pengunjung wanita mendekati batu yang mirip lawan jantinanya.

Air yang keluar dari batu berbentuk dua kemaluan manusia itu menjadi sasaran para pengunjung. Mereka tidak segan-silu untuk meminum terus airnya untuk menunaikan hajatnya.

Ketam Bertulis 'Allah'

Posted: 06 Mar 2011 06:03 PM PST

SUMENEP- Penduduk di Sumenep, Madura, digegarkan dengan penemuan ketam yang mempunyai perkataan 'Allah'. Ketam tersebut ditemui oleh Masjuri (30), salah seorang penangkap ketam.

Ketika ditemui di rumahnya, Masjuri mengatakan, ketam tersebut ditemui pertama kali di perairan Gersik Putih Gapura, tempat biasa dia menangkap ketam dengan jaring.

"Ketika itu seharian saya tidak mendapat ketam. Namun kira-kira jam 4.00 petang, umpan saya mula bergerak. Ketika diangkat ketam yang berukuran agak besar itu terus saya ikat dengan tali rafia," kata Masjuri, Khamis (3/3/2011).



Ketika membersihkannya, Masjuri terkejut melihat keanehan pada cengkerang ketam tersebut. Tulisan arab 'alif', 'lam', dan 'ha' lengkap dengan harkat dan membentuk lafaz perkataan Allah.

Keanehan ini tersebar ke seluruh Sumenep. Malah penduduk di luar daerah Madura turut datang ke rumahnya di Dusun Perreng Tale, Desa Parsanga, Madura JawaTimur.

Namun sayang kerana kurang mendapat rawatan, akhirnya ketam tersebut mati sebulan yang lalu.

"Saya akan menjaganya dengan baik dan tidak akan menjualnya meskipun dengan harga seberapa pun. Kerana ketam tersebut membawa berkah kepada saya dan keluarga," tegasnya.


"Erkk...ketam bawa berkat....senangnya hidup..", : Author Faethal

Tiada ulasan: