Sabtu, 5 Mac 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Jaringan Gol Safee Sali !! (UPDATE)

Posted: 05 Mar 2011 05:50 AM PST

Safee Sali meraikan jaringan gol yang pertamanya bersama kelab Pelita Jaya.


KARAWANG, (Jawa Barat) , 5 Mac -- Bekas pemain bola sepak kebangsaan yang kini merupakan penyerang pasukan bola sepak Pelita Jaya FC, Mohd Safee Sali (kanan) meraikan gol pertama pada aksi sulungnya bersama kelab itu dalam perlawanan menentang Sriwijaya FC di Stadium Singaperbangsa, Karawang, Jawa Barat.


Untuk lihat jaringan gol Safee Sali – Pelita Jaya Vs Sriwijaya 1-0 lihat sini.


Kredit : Bernama

Makin Gemuk Makin Bodoh

Posted: 05 Mar 2011 04:43 AM PST

Gambar Hiasan
Kegemukan atau obesiti bukan sekadar membahayakan kesihatan kerana berisiko mendapat penyakit jantung, stroke dan diabetes, tetapi juga dapat membuat kemampuan berfikir anda menurun. Semakin gemuk isipadu otak semakin menurun.

Hasil ujikaji yang dijalankan di Amerika baru-baru ini mendapati bahawa otak manusia yang gemuk (obesiti) akan semakin merosot apabila mencapai usia 40 tahun.

Dalam ujikaj tersebut, ia melibatkan penyertaan pelbagai peserta dengan jarak usia 40 hingaa 60 tahun. Peserta tersebut dibahagi kepada tiga kumpulan berdasarkan berat badan, iaitu normal, overweight (lebihan berat badan) dan obesiti (kegemukan).

Ketiga kumpulan peserta diminta untuk menyelesaikan masalah kompleks dan keaktifan otaknya diukur dengan menggunakan Magnetic Resonance Imaging (MRI).

Hasil dari penyelesaian masalah menunjukkan ada sedikit perbezaan pada peserta dari ketiga-tiga kumpulan tersebut, imbasan MRI menunjukkan adanya penurunan fungsi otak bahagian lobus parietalis yang signifikan bagi kumpulan obesiti.

Jika dibandingkan orang yang memiliki berat badan normal, isipadu otak orang yang obesiti 8 peratus lebih kecil, seperti dilaporkan GeniusBeauty, Sabtu (5/3/2011).

Laporan jurnal Health dari kajian ilmiah yang lain juga menunjukkan bahawa obesiti meningkatkan risiko melemahkan kemampuan berfikir seiring usia.

Sudha Seshadri, MD, seorang profesor neurologi dari Boston University School of Medicine berkata penyebab masalah ini adalah kerana lemak perut dalam yang juga dikenali sebagai lemak visceral (visceral fat). Hasil kajian ini telah diterbitkann secara online tahun 2010 di Annals of Neurology.

"Semakin besar jumlah lemak visceral yang dimiliki seseorang akan membuat otaknya semakin kecil. Isipadu otak yang kecil ini ada hubung kait dengan menurunnya fungsi kognitif seseorang," tambah Sudha Seshadri, MD.

PRK Merlimau : Di Melaka Pun Ada Mubarak

Posted: 05 Mar 2011 01:35 AM PST



JASIN, 5 Mac -- Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Roslan Ahmad (empat, kiri) bersama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam (empat, kanan) melaungkan slogan 1Malaysia pada majlis bersama Persatuan Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Melaka, di Merlimau Pasir, di sini hari ini.

Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau 6 Mac ini, menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PAS, Yuhaizad Abdullah dengan calon BN, Roslan Ahmad. Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan akibat serangan jantung pada 20 Jan lepas.


Sumber : Bernama


Ingat kat Mesir je ada Mubarak, kat Melaka pun ada MUBARAK...ceh! : Author Faethal

Kentut Lembu Dalam Tin Untuk Dijual

Posted: 04 Mar 2011 06:03 PM PST

Tin yang diisi dengan udara yang disedut dari kayu yang sudah tua, longgokan jerami dan penuh dengan 'gas' yang dikeluarkan oleh hasil ternakan lembu telah menjadi hit selepas ia mula dijual di Jerman.

Pengurus dari projek 'Countryside air to go' berkata pelanggan utama mereka adalah dikalangan mereka yang telah berhijrah ke kota dan rindukan suasana desa tempat tinggal mereka.


Kos bagi satu tin ini berharga £5 (Lebih RM20) dan boleh ditempah di laman web www.stallduft.de.

Satu tag iklannya berbunyi: 'Hanya letakkan hidung pada tin ini akan mengembalikan aroma tulen desa anda'.

Pereka Daniela Dorrer yang berasal dari desa Adlkofen di Bavaria, Jerman berkata: "Kami berharap kepada mereka yang telah meninggalkan desa merasa gembira dan ingat kepada kampung halaman mereka.


"Kami merancang untuk bau lain seperti kuda, jerami, babi dan baja. Tetapi kebanyakan orang merindukan bau lembu, ia bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana kebanyakkan bau berasal dari lembu. "

Kentut dan sendawa lembu boleh menyebabkan masalah pemanasan global. Seekor lembu sahaja boleh mengeluarkan gas metana berbahaya dalam sehari cukup untuk mengisi botol berisipadu 400 liter, dan ia sangat tidak baik untuk persekitaran menurut pakar.

Tiada ulasan: