Jumaat, 4 Mac 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Buku 'Apa Setiap Lelaki Fikirkan Selain Daripada Seks' TERLARIS!!

Posted: 04 Mar 2011 12:32 PM PST


Sebuah buku yang hanya mempunyai helaian muka surat kosong berjudul 'What Every Man Thinks About Apart From Sex' (Apa Setiap Lelaki Fikirkan Selain Daripada Seks) telah menjadi buku paling laris.

Buku ciptaan Sheridan Simove yang mempunyai 200 muka surat itu telah terjual di Amazon berikutan promosi hebat oleh kesatuan mahasiswa di seluruh England.

Buku berharga £ 4.69 (Lebih RM 20), lebih kepada bentuk seakan novel, tetapi digunakan oleh pelajar sebagai sebuah buku nota, menurut laporan Metro.

Mahasiswa Nottingham, Jess Lloyd berkata: "Saya membeli sebuah buku untuk teman wanita saya sebagai gurauan, dan ia mula menggunakannya sebagai sebuah buku nota ketika kuliah. Sekarang semua orang nampaknya sudah memilikinya. Ia sudah menjadi satu kegilaan di kampus ..."

Mr Simove, 39, seorang lulusan Universiti Oxford, berkata: "Saya tidak pernah menyangka bahawa buku saya ini akan digunakan oleh pelajar untuk menyalin nota kuliah mereka.

"Dari satu segi mereka berjaya membuktikan saya salah apabila mereka mengisi buku mereka dengan kandungan nota. Tetapi saya sangsi berapa ramai di antara mereka yang kembali berfikir tentang seks sebaik kuliah selesai. Saya berani jamin jawapannya adalah 100% ..

"Setelah bertahun-tahun bekerja keras membuat kajian saya akhirnya menyedari bahawa lelaki tidak pernah terlepas daripada memikirkan tentang seks. Kesimpulan ini agak mengejutkan dan saya menyedari bahawa dunia perlu diberitahu mengenai penemuan saya ini.

"Amat memuaskan apabila melihat buku anda terjual lebih banyak berbanding hasil kerja penulis-penulis akademik lain yang mendakwa telah bekerja lebih kuat daripada saya untuk membawa suatu pembaharuan dan seterusnya menjangkaui tahap pengetahuan manusia.

"Saya kini ingin membangunkan penyelidikan saya seterusnya dan merancang membuat PhD berkaitan apakah yang wanita fikirkan dalam kehidupan harian mereka selain daripada seks. Saya berharap akan dapat menerbitkan hasil penemuan saya dalam sedekad lagi."

Awas! Ada Kamera Pada Punggung Wanita..

Posted: 03 Mar 2011 06:54 PM PST


Ada persoalan yang sering timbul bagi peminat 'punggung' selama ini - bolehkah mereka 'memandang' punggung?

Perdebatan itu sekali lagi menjadi hangat apabila ada dua gadis cantik sukarelawan yang sedia untuk merakamkan peminat-peminat punggung dengan kamera tersembunyi disebalik seluar jeans mereka.

Jadi apakah peraturannya ketika anda berjalan melewati seorang gadis - atau lelaki - dengan postur tubuh badan yang sempurna? Adakah mereka ini akan menjeling atau sekadar membiarkan saja?

Kami telah lengkapi sebuah kamera kecil dalam seluar jeans model berusia 24 tahun Natasha Yexley dan dia berjalan di sekitar London.

Siapapun yang berada di beakang model ini akan tertangkap oleh kamera. Ketika di Tower Bridge dua pejalan kaki hampir tersandung ketika mereka memanjangkan leher untuk melihat.


Di pusat membeli belah di Shepherd's Bush, London Barat, ketika di eskalator juga terdapat seorang yang berjaya diumpan. Di Oxford Street seorang wanita begitu terpaku sehingga dia terlupa untuk menyeberang jalan.


Peminat wanita ... seorang gadis ini tidak dapat menahan dirinya daripada memandang di Westfield.


Model berkaki panjang Midlands Iskra Lawrence, 20, membuatkan hampir semua orang menatapnya.




Gorgeous Kate Waldron, 21, pun tidak kurang hebatnya hingga menyebabkan dua orang - lelaki dan wanita menolehkan kepala. Bahkan ada seorang teman lelaki berani menoleh untuk melihatnya ketika berjalan dengan teman wanitanya.

Seorang juru kamera yang mahir Mark Clews, 28, memotong lubang kecil di bahagian atas seluar jeans Natasha kemudian memasang kamera GoPro kecil di dalam dengan kanta melaluinya.

Mark menjelaskan: "Kamera ini memiliki lensa besar dan boleh merakam pemandangan yang sangat besar. Sesiapapun yang melihat boleh diketahui.."

Manusia Yang "Paling Tipikal" (Paling Biasa) Di Dunia Ialah...

Posted: 03 Mar 2011 05:41 PM PST


Dalam tujuh bilion orang manusia di muka bumi ini, manusia yang "paling tipikal" ialah lelaki, menggunakan tangan kanan dan dari keturunan Cina, menurut National Geographic. Tapi ia bukan untuk masa yang lama - menurut kajian, pada 2030 penduduk di India akan melebihi dari negara China.

Sebahagian daripada siri-siri kajian yang dijalankan ke atas seluruh penduduk dunia, pihak penerbit telah menghasilkan sebuah video klip terbaru yang menakjubkan berjudul "Adakah Anda Tipikal?" yang mengumpulkan data secara global untuk menghasilkan gabungan dari seluruh dunia bagi mencari manusia "paling tipikal", bersama-sama dengan statistik menarik yang lain.

Lihatlah klip video mengenai manusia "paling tipikal" di sini.

Heidi Klum Buka G-String Depan Umum

Posted: 03 Mar 2011 04:01 PM PST


Heidi Klum kelihatan anggun dan elegan, namun segalanya berubah apabila dia membuat tindakan yang memeranjatkan!

Heidi Klum membuka seluar dalamnya di hadapan orang ramai baru-baru ini. Ini jelas bukan kelakuan biasa dari seorang supermodel seperti Heidi Klum.

Ketika Heidi Klum bertemu dengan peminat di pesta tahunan Sir Elton John, AIDS Foundation Oscar kelihatan begitu elegan dan mempesonakan dengan gaun rekaan Julien MacDonald.

Bagaimanapun sebaik munculnya Ross Matthews, wartawan untuk rancangan The Tonight Show with Jay Leno segala-galanya berubah. Ross meminta para tetamu undangan untuk menyumbangkan sesuatu kepada Jay Leno yang akan dimasukkan ke dalam sebuah goody bag.

Jamie Foxx menyerahkan kacamata hitamnya, bintang Glee Jane Lynch menghadiahkan kad kredit Visa yang hanya memiliki had US$2.000 sehari, dan Hayden Panatierre memberikan sekeping tisu dengan bekas ciuman bibirnya.


Berbeza dengan Heidi yang memutuskan untuk memberikan sesuatu yang bersifat lebih peribadi, iaitu seluar dalamya yang berbentuk g-string.

"Oh, Anda boleh memiliki seluar dalam saya. Tunggu, apakah anda ingin seluar dalam saya?" tanya Heidi sebelum akhirnya dia membuka g-string nya.

Heidi kemudian memasukkann g-string ke dalam goody bag tersebut. Ross hanya tertawa dan berkata, "Jay pasti sukakannya."

Saat ketika Heidi Klum sedia untuk menyerahkan g-stringnya. 


Souvenir : Matthew ketika menyerahkan kepada Jay Leno hasil sumbangan selebriti oscar kepadanya.

Tiada ulasan: