Jumaat, 25 Mac 2011

PRO REFORM

PRO REFORM


‘Calon’ Konspirator Video Seks Dedah Tembelang Eskay

Posted: 25 Mar 2011 07:38 AM PDT

Mahti dedah Eskay mahu jatuhkan Anwar dengan 'apa cara sekalipun'.

SUNGAI BULOH: Seorang kenalan rapat Datuk Shazril Eskay Abdullah yang dipelawa sebagai sebahagian konspirator penayangan video seks di Hotel Carcosa Isnin lalu mendedahkan, ahli perniagaan itu mahu menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan 'apa cara sekalipun'.

Hal itu didedahkan Mohamad Mahti Abd Rahim, bekas anggota polis yang juga bekas pengawal peribadi kepada Tan Sri Megat Junid selama lebih 20 tahun, yang turut mengenali Eskay.

Beliau mengakui turut mengetahui mengenai penayangan video seks itu dan turut diajak bersama menyertai kumpulan berkenaan tetapi beliau menolaknya.


"Dua hari sebelum tayangan video, Eskay bertanya sama ada saya boleh membantunya dengan menyediakan beberapa orang anggota Unit Tindakan Khas (UTK).

"Ini kerana saya bekas pengawal peribadi menteri, jadi Eskay tahu saya ramai kenalan di kalangan UTK. Tetapi saya tidak membantu," katanya ketika membuat pendedahan itu di sebuah premis di Sungai Buloh, petang ini.

The Number One

Mahti mengetahui Eskay memang bertekad mahu menjatuhkan Ketua Umum KEADILAN itu dengan apa cara sekalipun dan kerap mengulangi ungkapan betapa kononnya Anwar menipu beliau dan mengambil 'hak'nya.

"Sejak marahkan Anwar, Eskay mula bercakap buruk mengenai beliau (Anwar) dan pernah berkata: 'saya akan menjatuhkan Anwar dengan apa jua cara pun'," katanya.

Si Kitul

Mahti berkata, Eskay selepas juga pernah mahu mendedahkan suatu cerita buruk mengenai pelakuan Anwar tetapi beliau enggan mendengarnya tetapi Eskay ada menyatakan tindakan itu untuk 'the number one'.

"Saya tidak mahu terlibat. Saya ingin beritahu semua ahli politik mengenai manusia bernama Eskay. Dia memang tidak boleh dipercayai dan seorang pembohong.

"Saya tidak mahu ada ahli politik lain yang 'terkena' dengannya. Saya tak mahu bersekongkol. Jadi, sebab itu saya memanggil media untuk buat pendedahan ini.

"Bagi saya, Eskay adalah si Kitul. Dia ingin memporak-perandakan negara," katanya.

Apa cara sekalipun

Mengulas lanjut, Mahti berkata, Eskay mendendami Anwar berikutan keengganan Ketua Pembangkang itu memberi keterangan bagi pihaknya berhubung kes saman syarikatnya terhadap kontraktor utama projek jambatan bengkok, Gerbang Perdana Sdn Bhd.

Beliau yang turut menjadi saksi, ada bersama Eskay di mahkamah bagi kes berkenaan pada 8 Mac lalu dan mendapati ahli perniagaan berkenaan mula bercakap buruk mengenai ketika mahkamah berhenti rehat.

"Sejak marahkan Anwar, Eskay mula bercakap buruk mengenai beliau (Anwar) dan pernah berkata: 'saya akan menjatuhkan Anwar dengan apa jua cara pun'," katanya.

- Keadilan Daily

" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

Kenyataan Akhbar JMM Susulan Gempa Kuat Di Honshu, Jepun

Posted: 25 Mar 2011 05:48 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR
( Dikeluarkan Pada 25 Mac 2011, 8:00 malam )

Gempa Bumi Kuat di Berhampiran Pantai Timur Honshu, Jepun Pada 25 Mac 2011, 07:36 malam

Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 pada skala Richter telah berlaku berhampiran Pantai Timur Honshu, Jepun pada 7:36 malam.Pusat gempa bumi terletak di 38.1º Utara dan 141.2º Timur, 4250 km dari Timur Laut Kudat, Sabah.

Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan yang terkini.

Pegawai bertugas : En. Azmi bin Atan
No. Telefon: 03-79678066

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA (MALAYSIAN METEOROLOGICAL DEPARTMENT)
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MINISTRY OF SCIENCE, TECHNOLOGY & INNOVATION)
Jalan Sultan, 46667 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia


Tel: 603-79678000
Faks: 603-79550964
E-mel: mmd@met.gov.my
http://www.met.gov.my

- JMM

Gempa Di Sempadan Myanmar - Thailand Amat Menakutkan Penduduk

Posted: 24 Mar 2011 11:32 PM PDT

Yangon - Gempa Bumi kuat telah melanda Myanmar semalam berhampiran sempadan Thailand yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang, termasuk seorang kanak-kanak, kata pegawai dari kedua-dua negara berkenaan.

Penduduk yang dalam ketakutan bertindak meninggalkan rumah mereka. Bangunan tinggi bergoyang di Bangkok yang berjarak hampir 800 kilometer (500 batu) dari pusat gempa. Usaha memindahkan mangsa dari bangunan tinggi di lakukan dan semua pesakit dari Mae Sai RSUD di pindahkan ke Chiang Rai.

US Geological Survey (USGS) pada awalnya mencatat gempa sebagai berkekuatan 7,0, namun kemudian disemak turun menjadi 6,8. Sebuah gempa susulan yang kuat kemudian diukur pada besarnya 5.4.


Pusat gempa berada dekat dengan sempadan dengan Thailand dan Laos dan hanya 10 kilometer (enam batu) dalam.

Gempa melanda 90 kilometer (56 batu) utara Chiang Rai dan 235 kilometer (146 batu) utara-utara-timur Chiang Mai, bandar kedua Thailand dan destinasi pelancongan popular.


Di China, penduduk kampung sekitar 40 kilometer dari sempadan Myanmar di wilayah barat daya Yunnan mengatakan bangunan bergoyang selama lebih dari satu minit apabila gempa bumi, agensi berita rasmi Xinhua melaporkan.

Lebih daripada 350 pelajar dan guru dipindahkan dari sebuah sekolah di Menghai County, Yunnan, apabila bangunan telah retak, kata Xinhua.


Di Hanoi tengah - dua negara jauh dari pusat gempa - dapat merasakan gegaran kecil yang berlangsung selama beberapa saat.

Beberapa penduduk di Hanoi dikatakan bertindak meninggalkan rumah mereka dalam keadaan panik.

Para pegawai di ibukota Myanmar Naypyidaw mengatakan mereka dapat merasakan dengan jelas gempa itu.

Gempa berkenaan terjadi hanya selepas dua minggu Gempa Kuat di Jepun yang telah menghasilkan bencana tsunami dan mengorbankan kira-kira 26,000 orang atau hilang dan mencetuskan krisis nuklear di kilang Fukushima.

Tidak ada amaran tsunami dikeluarkan selepas gempa berkenaan kerana ianya terlalu jauh ke kawasan pedalaman bagi menghasilkan gelombang dahsyat di Lautan Hindi.

" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

Gegaran Gempa Bumi Di Myanmar Turut Dirasai Di Thailand

Posted: 24 Mar 2011 10:35 PM PDT

BANGKOK: Thailand merasai sedikit gegaran berikutan kejadian gempa bumi dengan kekuatan 6.8 pada skala Richter melanda Myanmar pada malam Jumaat.

Timbalan Pengarah Jabatan Meteorologi Thailand, Somchai Baimuang berkata, penduduk di wilayah utara di Chiang Rai, Chiang Mai, Nam dan Bangkok turut merasai kesan daripada gempa bumi pada pukul 8.55 malam waktu tempatan.

"Jangan panik dan tiada gempa bumi di Thailand dan tiada amaran tsunami dikeluarkan," katanya.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik melaporkan kejadian gempa bumi di Myanmar berlaku jauh di pendalaman dan tidak mencetuskan ombak tsunami. -BERNAMA

Tiada ulasan: