Jumaat, 25 Mac 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


3 geng tonggeng video porno... Abdul Rahim dan Shazryl ditahan dan lokasi rakaman dikenal pasti

Posted: 25 Mar 2011 04:42 AM PDT



Datuk Shazryl Eskay (kiri) and Tan Sri Rahim Tamby Chik telah mengaku peranan mereka dalam penyiaran video tersebut.

Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah ditahan berkaitan dengan pendedahan rakaman video seks, yang dikaitkan dengan pemimpin kanan Pakatan Rakyat melanggan pelacur asing.

Bagaimanapun kedua-dua mereka dibebaskan kemudian dengan diikat jamin.

Terdahulu, Timbalan Komisioner Polis Datuk Ghazali Md Amin dari Bukit Aman berkata beberapa barang yang boleh dijadikan bukti juga dirampas daripada kedua-dua lelaki berkenaan.

"Salah seorang juga berkata di mana rakaman itu dibuat dan kami telah menghantar pasukan forensik bersama pegawai penyiasat ke lokasi," kata beliau.

Pagi tadi, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu pemberita bahawa mereka sedang cuba untuk mengenal pasti karakter-karakter dalam video sama ada individu terbabit bertanggungjawab memasang kamera untuk tujuan rakaman.

Laporan awal menyebut ia dirakamkan di ibu negara pada 21 Februari lalu.

Semalam, Abdul Rahim yang merupakan bekas ketua menteri Melaka dan bekas ketua Pemuda Umno menyerahkan video aksi seks terbabit kepada polis.

Beliau menyerahkan video asal itu setelah disoal siasat selama lima jam di ibu pejabat polis Bukit Aman di sini.

Rahim berkata beliau juga menyerahkan kepada polis seutas jam tangan jenama Omega, dikatakan milik lelaki berkenaan yang diambil dari bilik sebuah hotel di mana adegan seks itu dirakam.

Turut disoal siasat ialah Shazryl.

Kelmarin, Rahim mendedahkan kepada media bahawa beliau bersama Shazryl dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim yang menggelarkan diri sebagai "Datuk T" bertanggungjawab mendedahkan video berkenaan.


penyapu sial


Ini semua wayang kulit,nak kasi cool down perasaan rakyat sambil cari idea bagaimana utk memerangkap ketua pebangkang...undang2 msia kan dah jadi macam bapak diaorang punya...

kelmarin Datuk T cakap video diserahkan, hari ni polis buat statment dirampas...kerja2 spin ni diaorg memang expert.

Kalau kita baca surat khabar perdana atau tengok TV1/TV3 dah semakin kurang berita psl video tu sebab kerajaan BN dah kena balik.. Kalau tak hari2 keuar berita yang sama. Siap dgn tajuk utama lagi.. Ni tak, tajuk utama keluar mula2 dulu je lepas tu semakin mengecil.

kurang ajar punya anak tamby chick ...dah rogol anak bawah umur...nak ajak wan azizah tonton video lucah bersama sama....!!!

Posted: 25 Mar 2011 04:29 AM PDT





Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik
, salah seorang "Datuk T" sekali lagi menegaskan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Azizah sebenarnya mahu menonton rakaman video seks yang kononnya melibatkan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi.

Selain Abdul Rahim (gambar), dua lagi Datuk T adalah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Kata bekas ketua menteri Melaka itu, hanya Dr Wan Azizah yang boleh buktikan lelaki dalam video seks itu Anwar atau pun tidak.

"Dr Wan Azizah nak video itu dihantar sendiri kepadanya tetapi Datuk Shazryl takut video seks itu terdedah.

"Hanya Dr Wan Azizah tahu siapa lelaki dalam video seks itu, siapa lelaki dalam video itu sama ada suami beliau atau tidak," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bagaimanapun semalam Dr Wan Azizah (gambar) berkata beliau tiada keinginan untuk menonton video seks itu.

Abdul Rahim juga menafikan dakwaan bekas ahli majlis tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin bahawa Datuk T memintanya menjadi "orang tengah" untuk menyerahkan salinan video seks itu kepada Dr Wan Azizah.

"Beliau (Badrul Hisham) yang menawarkan diri untuk serahkan video seks itu kepada Dr Wan Azizah, kita tidak minta pun.

"Tapi akhirnya ia tidak jadi kerana kita tak mahu video itu jatuh ke tangan orang lain," katanya.

Semalam Badrul Hisham berkata beliau diminta oleh Datuk T agar menjadi "orang tengah" untuk serahkan video seks itu kepada Dr Wan Azizah.

Abdul Rahim juga mengejek Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul yang secara tegas mengatakan lelaki dalam video seks itu bukan Anwar.

Selain Johari, Badrul Hisham juga menafikan lelaki dalam video itu adalah Anwar yang juga Ketua Umum PKR.

"Dias (Johari) tahukah bentuk badan Anwar ketika dia telanjang... dia pernah tengok Anwar telanjangkah?

"Dia tahukah perut Anwar macam mana? Dia tahukah macam mana Anwar waktu telanjang? Lainlah kalau dua-dua pernah telanjang bersama," katanya.

Awal minggu ini,"Datuk T telah menayangkan videk seks itu kepada media pada Isnin lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

Selain media, rakaman video seks itu juga turut ditayangkan Johari dan Badrul Hisham pada hari sama.

Dalam pada itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesak Abdul Rahim meletakkan jawatan dengan serta-merta selaku Pengerusi Risda kerana terlibat dengan pendedahan video seks itu yang disifatkan sebagai jenayah.

Kumpulan itu mengadakan demonstrasi aman di hadapan pejabat Risda di sini sebagai membantah pendedahan video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu.

"Abdul Rahim kena meletakkan jawatan dengan serta-merta kerana terlibat dengan aktiviti jenayah.

"Beliau (Abdul Rahim) sendiri yang mengaku terlibat dengan pendedahan ini dan beliau perlu bertanggungjawab dan meletakkan jawatan dengan serta-merta," kata Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Kata beliau, pihaknya mengecam secara keras tindakan Datuk T dan mendesak agar politik berunsur jahat dan fithan yang dibuat terhadap Anwar dihentikan.

"Kita tegas dengan pendiria mengecam kempen politik jahat dan fitnah yang dilakukan terhadap Anwar.

"Kita mesti hentikan politik khianat dan keji ini," katanya.

Shamsul Iskandar juga berkata beliau telah membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat Abdul Rahim sambil mendakwa wujud amalan rasuah dalam pendedahan video seks itu.

Bukti DNA boleh dipalsukan dan diletakkan di lokasi jenayah

Posted: 25 Mar 2011 04:13 AM PDT



Ahli-ahli sains telah membuktikan wujud kebarangkalian pemalsuan bukti DNA, sekaligus berpotensi memusnahkan kredibiliti teknik utama forensik.
Dengan menggunakan peralatan yang boleh dijumpai di makmal-makmal di seluruh negara, mereka melenyapkan semua kesan DNA dari sampel darah dan menambah bahan genetik individu lain pada sampel tersebut.

Pemalsuan ini sangat berjaya sehingga mampu memperdaya ahli-ahli sains yang menjalankan ujian DNA cap jari di mahkamah-mahkamah di Amerika Syarikat.
Perkembangan ini menimbulkan kemungkinan sampel darah atau air liur diletakkan di lokasi di mana jenayah berlaku, sehingga mengakibatkan mereka yang tidak bersalah dihukum manakala mereka yang bersalah terlepas bebas.

Menurut Dan Frumkin, penyelidik yang menghasilkan DNA palsu menyatakan: 'Jika anda boleh memalsukan darah, air liur atau mana-mana tisu, anda boleh mencipta lokasi jenayah. Mana-mana pelajar jurusan biologi pun mampu melakukannya.
Dr. Frumkin -- yang mendakwa bahawa syarikatnya telah berjaya mencipta kit untuk membezakan sampel DNA sebenar dengan yang palsu – menggunakan dua teknik untuk memalsukan bukti.

Pada peringkat awal, mereka akan akan mengasingkan sampel minit bahan genetik dari helaian rambut dan menggandakannya beberapa kali.
Kemudian mereka akan memasukkan DNA ini ke dalam sel darah yang telah diasingkan dari segala klu genetik pemilik asal.

Kini sel darah ini mengandungi cap jari genetik milik individu pertama, demikian menurut laporan Journal Forensic Science International: Genetics.
Secara teori, ianya boleh diletakkan di tempat kejadian jenayah. Rambut, gula getah, puntung rokok, cawan dan gelas boleh membekalkan sampel awal DNA.

Syarikat ini juga telah membangunkan satu teknik yang rumit, yang mana bergantung kepada pengetahuan mengenai cap jari DNA - satu 'kod bar' genetik daripada 20 set kedudukan-kedudukan pada satu rantaian DNA seseorang individu.

Ahli sains ini telah membina 'perpustakaan' yang mengandungi ratusan cebisan DNA yang merangkumi semua kod genetik yang muncul di tempat-tempat yang telah diperiksa oleh polis. Untuk membuat padanan satu-satu cap jari, mereka hanya perlu mencari dari 'perpustakaan' untuk gabungan yang betul dan dicampurkan di dalam tabung uji.

Para pengkaji percaya, lambat laun teknologi ini bakal digunakan oleh penjenayah.
Mereka memberi amaran: 'Bukti DNA adalah kunci kepada sabitan atau pembebasan suspek daripada pelbagai bentuk jenayah, waima dari rogol hinggalah bunuh.Namun begitu, kita telah terlepas perhatian akan kemungkinan yang menggusarkan bahawa bukti DNA boleh dipalsukan.

'DNA dengan profil genetik yang diinginkan dengan mudah disintesis (baca: dihasilkan melalui makmal) dengan hanya menggunakan teknik biologikal biasa dan yang baru dibangunkan, diintegrasi ke dalam tisu manusia atau dibubuh pada permukaan-permukaan objek, dan kemudiannya diletakkan di tempat kejadian jenayah.'

Namun pakar British berpendapat adalah suatu yang hampir mustahil bagi mana-mana penjenayah untuk melakukan sesuatu seperti itu. Dr. Gill Tully dari

Perkhidmatan Sains Forensik Kerajaan menyatakan:
'Anda memerlukan satu makmal biologi molekul yang lengkap, peralatan yang bernilai ribuan pound dan seorang ahli sains biologi molekul yang cekap atau juruteknik makmal.'

'Dan majoriti daripada mereka yang terlibat dengan jenayah tidak akan mempunyai akses kepada bahan-bahan ini.'

Dr. John Manlove, seorang ahli sains forensik dan saksi pakar di dalam kes-kes mahkamah, berkata: 'Ya, ianya satu kemungkinan dari segi sains, tetapi ia adalah untuk seseorang yang benar-benar terdesak.

'DNA adalah sangat penting di dalam sesuatu kes, tetapi penyiasatan tidak harus berasaskan kepada bukti DNA semata-mata.'

Diterjemahkan oleh Dr. Afif Bahardin dari artikel berjudul "DNA evidence can be fabricated and planted at crime scenes, scientists warn" tulisan Fiona Macrae yang diterbitkan di laman The Daily Mail UK pada 19 Ogos 2009.

memang sah kaki suntut wanita monggolia perancang video lucah mengaibkan DSAI...!!!

Posted: 25 Mar 2011 03:10 AM PDT



jantan jantan sundal yang tidak takut dengan pembalasan Allah SWT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berjumpa dengan ketiga-tiga individu yang mendalangi video seks fitnah sebelum mereka tampil mengakui bertanggungjawab atas rakaman itu semalam,..

Pertemuan antara Najib, Pengerusi Risda Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa, Shuaib Lazim dikatakan berlangsung di Bangunan Parlimen petang semalam.

Ia menguatkan hujah bahawa penyiaran video fitnah untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membabitkan konspirasi politik tertinggi Umno..

Dimaklumkan bahawa Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO di pejabatnya di Parlimen petang semalam, maka Perdana Menteri memang berada di Parlimen ketika ketiga-tiga dalang ini dilihat di Parlimen semalam...

"Perkara ini menimbulkan tanda tanya yang serius mengenai setakat manakah pembabitan pimpinan kerajaan dalam pembikinan dan penayangan video seks ini, yang melanggar beberapa peruntukan undang-undang secara jelas...

Seperkara lagi yang menguatkan wujudnya konspirasi berkenaan adalah ketangkasan pertubuhan bukan kerajaan upahan Umno seperti Pekida mengadakan tunjuk perasaan menuntut penubuhan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat rakaman itu.

Tuntutan itu dibuat walaupun Rahim dan juak-juaknya belum pun menuntut penubuhan badan itu. Mereka hanya berbuat demikian selang beberapa jam setelah PKR membongkar identiti mereka sebagai dalang di sebalik rakaman lucah fitnah itu.

Keengganan kerajaan bertindakan tegas dan segera ke atas semua dalang yang terbabit, hanya menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa sekali lagi ada penglibatan pimpinan kerajaan yang serius di dalam konspirasi ini, seperti mana yang berlaku pada tahun 1998.

Demi membersihkan namanya dan UMNO, Perdana Menteri perlu membuat kenyataan segera mengenai hasil perbincangannya dengan ketiga-tiga dalang video seks yang memalukan Malaysia ini,..

Dalam pada itu pengakuan Datuk Eskay bahawa dia turut dirakam dalam video seks fitnah hanya menguatkan hujah bahawa ahli perniagaan itu sendiri terbabit dalam rakaman berkenaan dan bukannya "menjumpai" video itu di sebuah hotel..

Ini mengesahkan teori bahawa lelaki yang pada awalnya dilihat sedang mengaturkan sesuatu di dalam bilik dan disyaki bertanggungjawab memasang alat perakam adalah Dato' Eskay sendiri...

Ia juga selari dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Datuk Johari Abdul (Ahli Parlimen Sungei Petani) semalam bahawa si pelaku tahu perbuatan seks akan dirakamkan kerana pada awalnya dia dirakam bersama-sama seorang lelaki lain yang disyaki sedang menyiapkan peralatan rakaman...

Datuk Johari yang menyaksikan video itu Isnin lalu memberitahu wartawan, beliau yakin 100 peratus orang yang dirakam mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur Cina bukan Datuk Seri Anwar.

Selain faktor paras bentuk badan (termasuk perut) yang tidak menyerupai Anwar, Johari juga merujuk kepada "pelakon" video yang mirip muka Anwar memasuki bilik berkenaan ketika ketika peralatan rakaman video itu di pasang oleh seorang lelaki lain.

Semalam, Eskay mengakui beliau sendiri muncul dalam rakaman itu untuk menguatkan dakwaannya bahawa video itu tidak diolah dalam apa bentuk jua.

Namun pengakuan Datuk Eskay itu menimbulkan keraguan besar kepada jalan cerita asalnya iaitu beliau kononnya disuruh oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil jamnya yang tertinggal, lalu terjumpa peralatan rakaman semasa mencari jam tersebut, tambah beliau .

Jelas bahawa itu pembohongan kerana dia sendiri mengaku bahawa dia adalah lelaki terbabit yang disyaki bertanggungjawab memasang alat rakaman di permulaan rakaman video tersebut. Dakwaannya kononnya dia terjumpa video itu adalah penipuan semata-mata dan tidak masuk akal,...

geng perut buncit terlepas...Ada baki 98 ekor lagi pelacur menunggu untuk di langan UMNO pukimak...!!!

Posted: 24 Mar 2011 10:19 PM PDT



Dua minggu selepas tsunami 9 richer melanda Jepun, tiba-tiba "tsunami" melanda bumi Malaysia. Jika tsunami melanda Jepun menimbulkan kesedihan, kehibaan dan kesayupan kepada penduduk Malaysia(kecuali Rosmah dan Berita Harian), kali ini "tsunami" ciptaan UMNO/APCO bakal menghasilkan "gelombang Dataran Tahrir" buat rakyat Malaysia!

Ketika skrip "liwat" Anwar bakal tidak menjadi dan memungkinkan Anwar bebas, tiba-tiba Rahim Tamby Chik dan Geng Tnya berjaya mencipta skrip barunya. Malangnya "perut buncit" mengagalkan lakonan itu.

Anwar Ibrahim ketika difitnah kali pertamanya tahun 1998, pernah berkata, puak UMNO mampu untuk bariskan 99 pelacur untuk menjahanamkan politik beliau.

Kini, baru seorang. Masih ada lagi baki seramai 98 orang pelacur ciptaan UMNO/APCO bakal beraksi.

Jika dalam kes Teoh Beng Hock, yang disiasat hanyalah bagaimana Teo meninggal dunia bukan siapa yang membunuhnya. Yang terlepas pegawai SPRM.

Jika dalam kes Altahtunya, yang disiasat hanyalah pembunuh Altahtunya bukan siapa yang arahkan untuk membunuhnya. Yang terlepas pemberi arahan.

Jika dalam kes rogol bawah 14 tahun oleh bekas KM Melaka, yang dihukum pembelanya dan yang terlepas perogolnya.

Maka dalam kes terbaru ini, anda semua sudah dapat meneka kesudahannya. Pembuat "filem" bakal menari sakan" bersama pelakon berperut buncit manakala Anwar bakal turun naik mahkamah berselang seli antara kes "liwat" dan "filem lucah".

Nampaknya Anwar bakal "disiksa dengan pelbagai Siksaan" sebelum dihumban dalam penjara.

Antara Geng T, siapakah paling berperut buncit? Jawab rakyat Malaysia jangan tak jawab!



tp

UMNO Hancur Negara Pulih...!!!

Posted: 24 Mar 2011 09:57 PM PDT



Umno telah pun lama berkuasa. Kekuasaannya memerintah Malaysia sebagai teras bagi BN diakui sebagai rekod kental yang belum pecah. Selogan Umno Dulu, Kini, Selamanya boleh dijadi kata keramat oleh ahli Umno yang taksub dan menolak tepi hukum sesuatu yang bermula akan berkakhir. Soalnya, apakah Umno boleh kekal...??

Jawapannya tidak. Umno bukannya hebat seperti yang disangka. Umno yang menjadi tunjang kepada BN sebenarnya punya gah pada zahir tetapi batinnya cukup lemah.

Lemahnya Umno datang dari kepimpinan yang penuh pura-pura. Bila pemimpinnya pura-pura ahli di bawahnya cukup biasa diperolok-olokan. Pendek kata, hidupnya Umno selama ini kena bijak bermain politik yang berpaksikan nafsu.

Nafsu Umno cukup besar. Sanggup berbuat apa saja untuk terus kekal walau memilih jalan yang tidak betul dan sehingga jatuh haram hukumnya. Soal dosa dan pahala tidak penting, yang penting apa saja yang boleh melampiaskan nafsu puas terlaksana menjadi matlamatnya.

Saya teringat dengan kata-kata Tun Musa Hitam (semasa menjadi Timbalan Presiden Umno -semasa itu bergelar Dato') dalam ucapan yang terakhir merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda/Wanita Umno Malaysia. Antaranya beliau menyeru agar ahli-ahli Umno dapat menjaga Umno ini baik-baik. Beliau bimbang Umno akan hancur disebabkan oleh orang-orang Umno sendiri.

Orang Umno (pemimpin dan ahli) bernafsu tebal untuk berkuasa tatapi tidak berpijak di landasan yang benar. Mereka sebenarnya digelumangi nafsu dahsyat dengan cara yang salah. Bukan sahaja sesama ahli bergasak, dengan musuh-musuh yang menjadi seterunya juga akan dihentam sama.

Umno sebenarnya jika tidak duduk di bawah BN, sudah lama hancur. Dan dengan hanya melalui BN survival Umno masih ada secara tenikal sama-mata. Sebab itu beberapa parti komponen BN telah mula berdehem kepada Umno memberi ingat, tetapi disebabkan nafsu yang tak kenal pada body-language mereka (rakan komponen BN) Umno sememangnya gila nafsu.

Kegilaan nafsu Umno semakin parah apabila kes Liwat 1 dan Liwat 2 dihidangkan kepada rakyat Malaysia. Ini kerja gila Umno. Dan yang terbaru, isu video perdana di Carcosa, serta terlibatnya secara langsung tokoh-tokoh dalam Umno menjelaskan semua kepada rakyat bahawa Umno memang mempunyai nafsu yang gila dan perlu dihentikan segera. Siapa yang boleh menghentikan ni semua..?? Hanya rakyat yang boleh menghukum Umno. Hanya rakyat yang boleh memastikan Umno ini runtuh kerana pemimpin dan ahlinya mendorong akan keruntuhannya.

Hari ini Tun Musa akan menyaksikan betapa kata-katanya dahulu akan menjadi kenyataan. Tun Musa juga pastinya telah bersedia untuk melihat Umno akan jatuh seperti jatuhnya Highland Tower yang cukup menyedihkan beliau secara peribadi pada awal 90-an. Tun Musa juga mahu melihat politik Malaysia kembali bersih dan berada di dasar atau landasan yang betul malalui Pakatan Rakyat contohnya.


hazik

Tiada ulasan: