Isnin, 21 Mac 2011

PEJUANG PRO DEMOKRASI

PEJUANG PRO DEMOKRASI


Ajaran Zionis Depan Mata Buat Tak Nampak.

Posted: 21 Mar 2011 04:55 AM PDT

AHMAD JUSOF: AKAD NIKAH DI MASJID MENYIMPANG DARI AMALAN NABI- mkini


Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat.

Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.


LSS: Ini lagi satu heboh bagai nak rak! benda ni bukan merosakkan akidah lagi pun nak kecoh - kecoh buat apa? Zaman nabi dulu bukan ada Jawi,Jakim,Mais ataupun Perkim.Zaman Nabi dulu mana ada kad nikah kawin dan sain atas kertas lepas nikah.


Zaman nabi dulu mana kursus kawin dan takde bisnes buat kursus kawin,sapa nak kawin boleh kawin tanpa perlu ada sijil kursus kawin dan takde soalan berapa rukun iman,takde soalan berapa rukun mandi tiga belas dan takde soalan matematik yang di tanya masa nikah.

Zaman nabi dulu takde pun suruh baca doa pada raja atau di mestikan menyebut nama pemerintah islam masa baca doa.Ini apa ke bendanya? fatwa ker? kalau fatwa dah takde benda lain ke yang nak dibuat fatwa??


Membodohkan orang tu apa fatwanya?

menipu dalam pilihanraya tu apa fatwanya?

Tengok TV ni o.k kerr?? TV ni bukan ke yahudi yang buat?

Bawak kereta ni O.K kerr?? bukan ke kereta ni pun Yahudi jugak yang buat!


Ni Nak tanya sket laa....cuma nak tanya pada sesapa yang pandai pasal fatwa la...kalau aku tak tanya kang ada orang tuduh aku takde agama lak,susah pulak nak bagi pendapat!

Halau orang kampung dan rembat tanah orang kampung tu apa hukumnya?Pergi runtuhkan masjid bujal,masjid kg.berembang dan surau kat rimba jaya tu apa hukumnya?Kelentong orang sana -sini tu apa fatwanya?

Pergi Sembah kat kaki Yahudi Zionis tu apa hukumnya? Pergi Tel Aviv pergi buat perbincangan secara tertutup dengan Ehud Barak tu apa Fatwanya? Kuil Yahudi kat selayang yang di biarkan berkembang sampai punya ramai budak perempuan melayu jadi yahudi tu apa hukumnya?

Lodge - Lodge Freemason yang berlambak - lambak di buka di seluruh malaysia dan memurtadkan banyak anak - anak melayu tu apa hukumnya?Mintak tolong kat yahudi bukak APCO Worlwide tu apa Fatwanya?? Senang - senang bagi Agen MOSSAD Israel ceroboh bukit aman tu Apa hukumnya?


Apasal dalam semua urusan harian kita kena pakai huruf rumi bukan jawi? bukan ke huruf rumi tu berasal dari empayar kristian rom bukannya Islam.huruf dan tulisan dalam islam menggunakan jawi bukan Rumi? tolong lah jawab sape - sape yang bijak pandai dan ada agama!

Revolusi Dunia Arab: Kini Amerika ambil kesempatan

Posted: 21 Mar 2011 04:37 AM PDT


Apabila Situasi kebangkitan semakin meruncing kini amerika mula mencari faedah darinya.Ini pasti tak restui oleh rakyat arab dan pastinya akan terjadi pertempuran antara dunia arab dan khusus antara iran dan amerika.


Amerika cuba nak jadi hero tetapi kali ini mereka di lihat sebagai banjingan dalam dunia arab apabila membunuh rakyat libya dalam serangan yang cuba disasarkan kepada tentera gaddafi.Apakah kesudahan dan muslihat amerika dalam hal ini.


sama - sama kita bincangkan hal ini pada hari rabu ini.


Bertempat di :Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor


Jam : 9.00 malam


ahli - ahli panel : Prof.Dr Abdul Aziz Bari

Hishammudin Rais

Chegu bard

Tiada ulasan: