PEJUANG PRO DEMOKRASI |
- Woitt!!! JPP Jangan main - main lah!!
- Wak Din Freddie Krueger Kecut perut Kerr????
- Ini pon Nak kelentong kerr???
Woitt!!! JPP Jangan main - main lah!! Posted: 04 Mar 2011 04:31 AM PST Pemilihan PKR: Siasatan JPP selesai? -FMTPETALING JAYA: Siasatan terhadap aduan yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) membabitkan salah laku sepanjang pemilihan PKR pada November lalu telah selesai. Menurut sumber dalaman JPP, bagi aduan yang melibatkan sebarang pergaduhan, perkara itu telah dibawa kepada perhatian Biro Disiplin parti.Manakala bagi aduan-aduan yang melibatkan pemimpin seperti Pengarah Latihan, Mustaffa Kamil Ayub dan Badrul Hisham Shaharin (CheguBard) perkara itu dianggap selesai. Sepanjang pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dijalankan sebanyak 18 aduan telah dikemukakan kepada JPP manakala bagi pemilihan cabang pula sebanyak 289 aduan.Sumber itu berkata, JPP memandang serius setiap aduan yang dikemukakan dan inkuiri telah dibuat dan kemudian akan diserahkan kepada MPP. JPP bersidang setiap minggu, "Semua aduan yang kami terima telah disiasat dan sudah selesai. Kes-kes atau aduan yang melibatkan pergaduhan kami telah bawa kepada Biro Disiplin dan tindakan yang sepatutnya telah diambil. Boleh dikatakan setiap minggu JPP bersidang dan membuat inkuiri bagi aduan tersebut. "Aduan-aduan itu akan melalui proses penilaian dan keputusan. Pertama, kita akan bawa dalam mesyuarat MPP. Kemudian Biro Disiplin dan akhir sekali kepada Biro Politik. Jika aduan serta kes itu serius maka anggota berkenaan akan disyorkan dipecat daripada parti. "Tentang aduan CheguBard, jawapan balas secara rasmi sudah dihantar kepada beliau minggu lepas. Manakala aduan Mustaffa Kamil juga telah dijawab oleh JPP," kata sumber itu kepada FMT. Menurut sumber terbabit, kini parti dalam persiapan untuk mengadakan pemilihan semula membabitkan cabang-cabang seperti Kapar, Subang, Klang, Jerai dan Kuala Langat tetapi pada tarikh yang berbeza. Pemilihan semula bagi cabang Kapar, Subang dan Klang ditetapkan pada 13 Mac manakala cabang Jerai (26 Mac) dan Kuala Langat (27 Mac). Hanya cabang Batu Sapi sahaja yang belum menetapkan tarikh. Ini bermakna cabang-cabang berkenaan akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) sekali lagi, berikutan masalah kelemahan logistik, teknikal, mahupun berlaku pergaduhan. JPP didakwa menipu FMT menghubungi kedua-dua pengadu, Mustaffa Kamil dan Chegubard dan mereka menafikan menerima jawapan balas daripada JPP dan menyifatkan kenyataan itu sebagai satu "penipuan." Malah menurut CheguBard, surat terakhir beliau bertarikh 10 Februari lalu kepada Biro Politik juga tidak dijawab. "Saya tidak terima sebarang jawapan balas daripada JPP. Maknanya JPP menipu. Saya dah tulis surat pada 10 Februari lepas dan itu adalah kemuncak penggunaan saluran dalaman untuk menjawab semua aduan-aduan saya," katanya yang dihubungi FMT. Sementara itu, Mustaffa berkata beliau akan berbincang dengan jawatankuasa berhubung aduannya dan bercadang untuk mengadakan perbincangan semula dengan JPP dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution. "Saya ada menerima berita perkembangan daripada Pengerusi JPP Dr Molly Cheah tapi setakat ini tiada sebarang jawapan yang mereka maksudkan itu," katanya. Mustaffa pada November tahun lalu membuat aduan sebanyak 162 salah laku kepada JPP. LSS: Woitt!!! JPP tolonglah jangan main - main,berapa lama nakterus permainkan orang,nanti kalau ada yang terus rebel kat tropicana tuduh kitorang pengkhianat pulak! |
Wak Din Freddie Krueger Kecut perut Kerr???? Posted: 04 Mar 2011 03:49 AM PST Muhyiddin ingatkan Pakatan jangan main api-Mkini Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi amaran kepada Pakatan Rakyat supaya tidak bermain api dengan menghasut rakyat menggulingkan kerajaan seperti yang sedang berlaku di Timur Tengah. Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan pemimpin Pakatan Rakyat membandingkan Malaysia dengan negara-negara tertentu yang sedang menghadapi krisis politik itu adalah sesuatu yang amat tidak bertanggungjawab. "Ini provokasi pembangkang...tidak bertanggungjawab, tidak demokratik dan sengaja mahu membuat huru-hara bila mana buat perbandingan situasi di Malaysia bila semua orang tahu, adalah negara yang aman, makmur dan membangun dengan pesat, rakyat jelata menikmati kemajuan yang agak tinggi berbanding negara itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis beramah mesra dengan penduduk Kampung Badok di Temerloh. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pemimpin Pakatan dalam siri ceramah pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kerdau di Pahang dan pilihan raya kecil bagi kerui DUN Melaka kawasan Merlimau, yang seolah-olah mengajak rakyat berdemonstrasi menggulingkan kerajaan. Muhyiddin berkata Pakatan seharusnya jujur jika mahu membandingkan Malaysia dengan negara-negara yang sedang dilanda krisis politik itu. "Dia boleh buat perbandingan tapi sebenarnya bukan satu perbandingan (yang) betul, apa lagi membuat provokasi, macam bermain dengan api, memprovokasi rakyat bangkit dan menentang kerajaan," katanya. Muhyiddin berkata kerajaan pimpinan BN sentiasa mengamalkan dasar yang membolehkan rakyat segenap lapisan menyampaikan apa sahaja pandangan atau perkara yang diperlukan untuk perhatian kerajaan menerusi pelbagai saluran. "Kita mengamalkan sistem demokrasi yang segar di mana setiap lima tahun sekali ada pilihan raya...dia (pembangkang) menang juga, kita pun ada menang dalam pilihan raya kecil, dia kalah, kita pun ada ada kalah. "Dari segi amalan demokrasi, itu sudah cukup membuktikan negara ini sebuah negara demokratik, negara yang tidak dijalankan atas dasar autokrasi, diktatorial, kalau dibandingkan presiden sebuah negara (lain) dengan Malaysia, (sebenarnya) tidak boleh buat perbandingan," katanya LSS: Woi....Wak Din !! Apasal takkan kecut perut kott??!!! itu hari masa geng - geng kepala lembu ko..tak cakap apa pun,ini belum turun ke jalanraya dah terkentut! lain kali jangan sombong! jangan angkuh! Harga minyak jangan di naik kan,harga barang makan jangan di nai kan sewenang - wenangnya,rakyat turun ke jalanraya dan menggerakkan Revolusi Bukan Kerana Pakatan Rakyat.Kalau nak di ikutkan Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional dua kali lima,lima kali dua - sama pandai sama bodoh! Rakyat akan turun ke jalanraya untuk revolusi bila dah tak boleh tahan dengan harga barang makan yang naik mendadak,Rakyat akan turun ke jalanraya bila tak tahan harga minyak mahal sangat! Dan Rakyat akan turun ke jalanraya bila kepala hotak Wak Din yang sembab sangat dengan lemak yang melilit kepala sampai tak boleh berfikir! Tapi Rakyat Takkan turun ke jalanraya kalau Wak Din Potong semua lemak kat muka tu dan jadi jadi Freddie Krueger...Kah...Kah...Kah....Kah! |
Posted: 04 Mar 2011 02:37 AM PST Polis dakwa Anwar dimaklum alasan tangkapan-Mkini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan peguamnya, SN Nair, sudah dimaklumkan bahawa penahanan ketua pembangkang itu pada 2008 dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan bertujuan membantu siasatan polis berhubung satu kes liwat. Superintenden Ahmad Taufik Abdullah dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, memberitahu bicara dalam perbicaraan dalam kes liwat Anwar bahawa siasatan itu berdasarkan laporan yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan. Pegawai dari Cawangan Jenayah Berat (D9) itu mengulangi bahawa beliau memaklumkan kepada Nair apabila peguam itu menghampirinya selepas beliau (Ahmad Taufik) dan pasukannya (polis) menahan kereta Anwar di Jalan Segambut kira-kira 1 tengah hari pada 16 Julai, 2008. Saksi itu turut memberitahu mahkamah bahawa Anwar dimaklumkan tentang seksyen (undang-undang) yang digunakan untuk menahan beliau ketika tertuduh dibawa dengan kereta ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL). Semasa pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, Ahmad Taufik berkata waran penangkapan diserahkan kepada beliau oleh Pegawai Penyiasat Timbalan Superintenden Jude Blaciuos Pereira dan ia diserahkan kepada Anwar di balai polis berkenaan. Beliau berkata Anwar mengakui menerima waran penangkapan itu dengan menurunkan tanda tangannya pada waran berkenaan dan beliau (Ahmad Taufik) membuat salinan sebelum menyerahkannya semula kepada Pereira.
LSS: Lagi kelentong maut! dah dekat - dekat pilihanraya kecil ni takkan ni pon nak kelentong! kalau Anwar Sain waran tangkap dah tentu dia bersama peguamnya sankara nair akan serah diri pada hari yang di tetapkan,oleh itu tak payah lah hantar penyangak gestapo serbu dia punya kereta. siap menyorok dalam semak dan dalam belukar lagi,dia bukannya nak pergi airport lari kan diri tapi dia cuma balik rumah nak semayang dan makan tengah hari.Nampak sangat kelentong maut. Berapa banyak benda nak kelentong daa...........alau betol ada waran tangkap datang tangkap elok - elok lah! tak payah lah bawak penyangak gestapo,ini bukan macam dalam filem die hard 3 atau pengganas al-qaeda,apa yang di risaukan. Tak payah buat kelentong! kalau betul ada waran tangkap tak payah lah ramai - ramai pergi menyorok tepi belukar dan tepi semak siap pakai topeng mesin rumput pulak! apa korang ingat ini filem the mask kerrr? lakonan jim carey!!! |
You are subscribed to email updates from PEJUANG PRO DEMOKRASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan