Pahang Daily Online |
- Radioaktif: ABIM Pahang Pandang Berat Tentang Kenyataan MB Dan Gesa Di Adakan Dialog Dengan Wakil-Wakil Masyarakat Serta NGO Yang Terlibat
- Isu Pahang: Tindakan 'Kerajaan Negeri' Luluskan Lesen Membalak Di Kawasan Tadahan Air Amat Di Kesali Dan Membuktikan Sikap Sebenar UMNO BN
- Panas: Terbukti MB Pahang Tergamak Perjudikan Nasib Rakyat Untuk Keuntungan Sama-Mata Bila Dia Sokong Pembinaan Kilang Rare Earth Gebeng
- Isu Video Seks: Gelaran "Syaitan Bisu", Akhirnya Harussani Terpaksa Bersuara Untuk Menyatakan Kebenaran Kes Itu dari Sudut Pandangan Islam !
- Isu Rakyat Pahang: Laporan Tindakan "Meroboh" Sambungan Haram Rumah Banglo, MPK Di Minta Robohkan Dulu Premis Haram Di Indera Mahkota
- Musykil: Kenapa Polis Beriya-Iya Hendak Sahkan Bukti Pelakon Video Seks, Sedangkan Anwar Yang Membuat Laporan Polis Bahawa Beliau Teraniaya
| Posted: 31 Mar 2011 05:20 AM PDT
[Beliau menambah, adalah menjadi harapan menerusi pertemuan itu nanti, kedua belah pihak akan sama-sama menemukan kebenaran untuk membolehkan keputusan akan diambil dapat menjamin kepentingan bersama dan yang paling utama kepentingan generasi akan depan. Dalam hal ini, ujarnya ABIM sedia menawarkan diri sebagai platform perantaraan dan perbincangan di antara kedua belah pihak. Menurutnya lagi, kelestarian alam dan kelangsungan generasi bukanlah satu isu yang sewenangnya boleh dijadikan modal politik untuk pihak tertentu mengejar dan mempertahankan kepentingan pihak tertentu. Justeru, katanya proses dialog dan perbincangan seharusnya dibudayakan agar sebarang perancangan serta perlaksanaan sesebuah dasar dapat dilaksanakan tanpa mengabaikan kepentingan pelbagai lapisan masyarakat yang akan terlibat]. |
| Posted: 31 Mar 2011 01:18 AM PDT
[Sebenarnya apa yang berlaku di Jerantut ini adalah bukti sebenar sikap Kerajaan Negeri Pahang sekarang ini. Khabarnya kini MB begitu berselera meluluskan kawasan balak, lombong bjih besi, tanah dan sebagainya kepada siapa sahaja yang memohon dengan syarat ada bahagiannya melalui proksi-proksi yang telah ditetapkan. Kita tidak hairan kelulusan diberikan di kawasan yang diwartakan sebagai tadahan air seperti ini, kerana inilah kerja-kerja mereka sebenarnya. Undang-undang dan peraturan dipersetankan demi merompak segala hasil mahsul dan khazanah negeri Pahang ini sebenarnya. Ramai Exco Kerajaan Negeri dan Wakil Rakyat BN kini mula bermewah-mewah kerana sikap MB yang meluluskan kawasan sesuka hati. Tidak diketahui apakah ini mungkin petanda awal yang Adnan tidak akan berada di kerusi MB Pahang lagi. Atau memang mereka berkira-kira takut kalah dalam Pilihanraya Umum akan datang, lantaran itu awal-awal lagi sudah merompak kekayaan negeri ini]. |
| Posted: 30 Mar 2011 11:34 PM PDT
Pemuda UMNO juga bantah projek ini. Kenapa MB tuduh pembangkang? [Semalam, kira-kira 100 orang berkumpul di hadapan pintu masuk bangunan Parlimen kerana membantah pembinaan kilang pemprosesan bahan kimia itu. Mereka yang mendakwa terdirinya daripada beberapa penduduk sekitar Kuantan dan aktivis termasuk dari badan-badan bukan kerajaan bimbang kemungkinan penyebaran sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek bernilai RM700 juta itu beroperasi kelak. Masalahnya, kenapa Adnan dan kuncu-kuncunya tiba-tiba menyokong penuh projek tersebut. Mudah untuk kita mencari alasannya. Sudah pasti CEO Lynas Corporation sudah bertemu dengan MB sejak awal-awal lagi untuk berbincang perkara ini. Sokonga MB tidak akan terpalit atas paper work projek tersebut jika "fail nipis". Inilah yang banyak berlaku dalam projek-projek lain sebelum ini. Kebanyakkan tandatangan MB berharga puluhan ribu ringgit. Maka dengan kos RM700 juta, rakyat sebenarnya sudah boleh agak berapa harga "sokongan penuh MB" itu. Justeru itu, tidak perlulah rakyat merintih mengharap simpati mereka ini lagi. Sokongan penuh bermakna dan mana mungkin mahu ditolak. Namun, sedarkah Adnan yang kesannya bukan sekarang tetapi dua atau tiga puluh tahun lagi. Masa itu Adnan bukan lagi MB Pahang dan mungkin salah seorang mangsa yang terkena radioaktif itu jika dia masih tinggal di Kuantan. Ternyata Kerajaan Negeri Pahang lebih mengutamakan keuntungan semata-mata dan sanggup memperjudikan nasib rakyat. Apakah rakyat masih mahu terus berdiam diri dalam pilihanraya umum akan datang?. Sila nafikan undi anda kepada BN supaya mereka itu sedar!]. |
| Posted: 30 Mar 2011 11:09 PM PDT Mungkin akibat takut dengan gelaran "Syaitan Bisu" maka akhirnya Mufti Perak, Harussani Zakaria (foto), terpaksa bersuara menyatakan pendirian mereka tentang isu "video seks" yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Kenyataan beliau itu adalah berlandaskan kepada pandangan kes dari sudut agama Islam. Sementara itu beliau menafikan yang beliau beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Anwar Ibrahim. Sebaliknya, dia menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar kerana ia belum dibuktikan kebenarannya. "Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan. "Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar," katanya. Beliau juga berkata rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar. "Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral. "Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar," katanya lagi.[Tahniah diucapkan kepada Harussani atas kenyataannya ini. Namun, apakah puak-puak UMNO BN boleh menerima apa yang diperkatakan itu?. Terutamanya bagi orang-orang seperti Zamry Kadir (Menteri Besar Perak) yang selama ini menyanjungi beliau. Difahamkan ada beberapa orang lagi Mufti yang akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat ini, cuma apakah mereka berani membuat kenyataan seperti Mufti Perak itu agaknya. Apa yang pasti dengan kenyataan orang-orang seperti Mufti yang selama ini diikuti oleh pemimpin UMNO maka diharapkan kes "video seks" ini dapat selesai dengan baik. Cuma, kemungkinan besar juga mereka tidak akan menerima kenyataan yang dibuat oleh tokoh agama seperti Mufti ini kerana ia tidak termasuk dalam "Skrip Datuk T". Lantaran itu mereka akan mencuba sedaya upaya untuk mensabitkan Anwar dengan adengan tersebut. Soalnya apakah rakyat boleh percaya semua ini. Hanya puak-puak UMNO dan sekutunya sahaja yang boleh percaya cerita "katun" ini sebenarnya. Maka itu renungkanlah segalanya]. |
| Posted: 30 Mar 2011 10:01 PM PDT Sambung Rumah Haram Kerana Tiada Kelulusan "Kebanyakan pemilik kediaman tidak menyedari bahawa keperluan anjakan dua meter bertujuan untuk melindungi pemilik dan jiran sekiranya berlaku kebakaran bagi mengelakkan api merebak ke rumah sebelah. "Pemilik juga akan menghadapi masalah tuntutan insurans sekiranya berlaku kebakaran," katanya. Menurut Haslinda, MPK telah memberi tempoh mencukupi kepada pemilik kediaman tersebut untuk membuka sambungan rumah serta mengeluarkan Arahan Roboh pada 30 September 2010 disusuli Arahan Roboh kedua pada 13 Oktober 2010. "Bagaimanapun, atas budi bicara pihak MPK melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat telah memberikan tempoh selama tiga bulan ke atas rayuan pemilik kediaman untuk merobohkan sendiri sambungan tersebut," katanya. Walaupun telah berkali-kali diberi peluang, namun pemilik kediaman tetap berdegil serta tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan. "Kedegilan pemilik kediaman memaksa kami mengeluarkan Notis Masuk Meroboh 24 jam pada 28 Mac lalu. "Sekiranya tempoh lanjutan selama seminggu ini masih tidak diendahkan, kami akan meneruskan operasi meroboh tanpa memberi sebarang notis lagi," katanya.Premis Haram Atas Tanah TOL Kenapa Dibiarkan Kita ucapkan syabas dan tahniah kerana MPK begitu cemerlang untuk melaksanakan undang-undang dalam isu-isu berkaitan dengan pembinaan dan penyambungan haram. Malah, jika ia melibatkan premis atau tanah sendiri pun dikira sebagai haram. Maka, bagaimana pula dengan isu pencerobohan tanah haram (rizab surau) di Taman Atabara Perdana ini (foto). Biarpun kes tersebut sudah disiarkan dalam hampir semua media arus perdana termasuk TV3, RTM dan lain-lainnya. Namun hingga kini pihak terbabit masih menyepi tanpa berita. Bantahan sudah beberapa kali dilakukan hingga ke peringkat yang tertinggi, namun bangunan haram terbabit masih terus kekal berdiri megah di lokasi berkenaan. Difahamkan, sebelum ini sudah ada kata putus agar pemilik premis tidak berniaga di situ dan bangunan tersebut akan dirobohkan, namun semuanya hanya tinggal janji oleh pihak yang berkenaan. Premis tersebut masih gagah berdiri dan difahamkan pemilik telah membuat rayuan untuk menyambung semula operasi perniagaannya setelah mendapat kembali kelulusan melalui "orang dalam" beliau di jabatan yang berkaitan. Akhirnya premis haram yang didirikan atas tanah tol itu tidak dirobohkan oleh mana-mana pihak termasuk MPK sendiri. Malahan perkara ini sudah bertahun-tahun dibantah oleh penduduk di taman terbabit sebenarnya.[Maka disini, apakah MPK mengikut undang-undang dalam hal ini. Premis terbabit jelas sekalu berstatus bangunan kekal yang didirikan atas tanah Lesen Pendudukan Sementara (TOL). Sudah semestinya ia salah dari segi pengunaan syarat tanah terbabit termasuk undang-undang dan peraturan MPK itu sendiri. Soalnya kenapa MPK menyepi tanpa berita tetapi dalam kes rakyat membina atau menyambung rumah atas tanah sendiri mereka beriya-iya mahu merobohkan pula. Apakah ini cara kerja pihak terbabit? Jangan sampai rakyat marah dan memberontak yang mana akhirnya kerajaan akan dipersalahkan. Justeru itu, MPK diminta tidak terlalu menunjukkan "taring" mereka kepada rakyat yang lemah. Rakyat membayar berbagai cukai ke kantung Majlis Tempatan itu. Maka jika mahu bertegas, buatlah kerana Allah, jujur dan ikhlas. Ini tidak, ada "orang dalam OK" tetapi bila tiada orang dalam, kita jadi mangsa]. |
| Posted: 30 Mar 2011 06:14 PM PDT
Rakyat Makin Keliru Dengan Skandal Video Seks
|
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










Tiada ulasan:
Catat Ulasan