Pahang Daily Online |
- Isu Rakyat Pahang: Kontroversi 'Radioaktif' Rare Earth, Seramai '100 Orang Aktivis' Telah Berdemo Secara Aman Di Jalan Ke Parlimen Awal Pagi Tadi
- Isu Rakyat Pahang: Kakitangan Kerajaan Kecewa, Kerana "Kesilapan Teknikal" Oleh Peguam Beliau Pula Telah Di Saman Gara-Gara Membeli Rumah !
- Edisi Pahang: Kekalahan Di Pilihanraya Kecil DUN Kerdau, Tetapi PAS Berjaya Tubuhkan Cawangan Baru Parti Di Felcra Rumpun Makmur Malam Tadi
- Isu Rakyat Pahang: Kontroversi Radio Aktif "Rare Earth", Kenapa MCA Dan NGO Cina Lebih Prihatin Membela Nasib Rakyat Daripada Pemimpin UMNO
- Pilihan Raya Sarawak: Si Timbalan Pengerusi SPR Mula Tunjukkan Kuasanya, Bila Larang Parti Tak Bertanding Pasang Logo, Bendera Dan Sepanduk !
- Panas: Ketua Wira Perkasa Letak Jawatan Selepas Di Lihat Hadir Ke Program Solat Hajat Dan Pidato Khas 'Tangkis Fitnah Anwar' Di Stadium Melawati
- Edisi Pahang: Datuk Solah Mat Hassan, JPJ Bakal Wujudkan "Mekanisme Baru" Tingkat Kecekapan Sistem Saman Dan Tindakan Senarai Hitam Trafik
Posted: 30 Mar 2011 12:37 AM PDT KUALA LUMPUR, 30 Mac - Seramai lebih 100 orang aktivis dari Kuantan mengadakan demo anti sisa radioaktif di jalan masuk ke bangunan parlimen pagi tadi. Turut terlibat ialah wakil NGO, Save Malaysia. Demo berkenaan bertujuan untuk menyarankan supaya PM Najib Razak menghentikan serta merta projek pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi (rare earth) yang paling besar di dunia di Gebeng, Kuantan itu. Mereka bimbang kemungkinan penyebaran sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek bernilai RM700 juta itu beroperasi. Empat buah bas membawa kumpulan yang membantah pusat penapisan yang sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp itu. Biarpun perhimpunan aman itu diganggu oleh beberapa orang anggota polis, namun tiada insiden yang tidak diingini dilaporkan. Hadir sama, adalah lima anggota Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) yang diketuai oleh pesuruhjayanya, Mohamad Shaani dan perwakilan daripada Majlis Peguam. Hanya 10 orang aktivis sahaja yang dibenar masuk manakala yang lainnya berkumpul di hadapan pos pengawal bangunan parlimen sambil mengibarkan kain rentang serta mereka melaungkan "Stop Lynas, Selamatkan Kuantan, Stop Radioactive, Selamatkan Malaysia". Sidang media yang diadakan dilobi parlimen tentang isu itu pagi tadi Presiden Stop Lynas, Save Malaysia sedang beri kenyataan medianya Kenapa Menteri Masih Membela Projek Tersebut Pada 23 Mac lalu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Ongkili (foto) berkata kerajaan memberi jaminan bahawa pembinaan loji pemprosesan logam radioaktif di Gebeng, itu adalah selamat dan tidak membahayakan kesihatan awam. Katanya, sisa-sia yang akan dikeluarkan atau terhasil daripada pengilangan bahan mentah daripada loji Syarikat Lynas itu hanya mengandungi tahap bahan radioaktif yang rendah. Ongkili juga berkata kementeriannya akan mengadakan satu taklimat khas kepada Menteri Besar Pahang Dato' Seri Adnan Yaakob dan anggota exco mengenai perkara tersebut di Bentong, hari ini. Beliau juga menegaskan kementeriannya telah mengadakan penerangan awam mengenai projek sejak 2009. Loji itu adalah pelaburan Lynas Corp Australia yang menubuhkan Syarikat Lynas (M) Sdn Bhd bagi membina kilang memproses bahan nadir bumi yang digunakan untuk menghasilkan bahan mula bagi pembuatan produk berteknologi tinggi. [Pelaburan itu diluluskan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia pada 12 November 2007. Projek itu juga memerlukan kelulusan kerajaan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja (DOSH) dan LPTA, serta melibatkan enam lesen kesemuanya. Tiga daripada lesen ini adalah mengenai keselamatan radiologi di bawah LPTA iaitu Lesen Penempatan Tapak, Lesen Pembinaan dan Lesen Pengendalian. "Berdasarkan piawaian antarabangsa yang dikeluarkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), sisa seperti ini ditakrifkan sebagai bukan sisa radioaktif tetapi merupakan sisa industri yang mengandungi bahan radioaktif semulajadi," kata Maximus Ongkili ketika ditanya tentang hal ini. Soalnya sekarang ia tetap bahan radioaktif dan cukup merbahaya kepada rakyat. kenapa harus terus beri alasan untuk menutup kelemahan. Jika rakyat didahulukan sila batalkan saja projek ini]. |
Posted: 29 Mar 2011 07:33 PM PDT KUANTAN, 30 Mac - Seorang kakitangan awam yang bertugas dengan sebuah jabatan Kerajaan Negeri Pahang, kecewa tindakan Firma Guaman Tetuan K.C Wai & Associates yang menfailkan tindakan saman mencecah hampir RM30,000 gara-gara kesialapan teknikal dalam urusan membeli sebuah rumah di Taman Atabara Perdana Indera Mahkota dekat sini. Difahamkan kes tersebut kini sedang dibicarakan di Mahkamah Sekysen Raub. Menurut individu terbabit, beliau kecewa kerana kesilapan teknikal yang dilakukan oleh pihak lain, akhirnya firma guaman tersebut menyaman beliau. Menurutnya, rumah itu dibeli daripada dua orang plantitif dan Tetuan K.C Wai & Associates adalah peguam bagi pihak penjual. Manakala peguam bagi pihaknya pula ialah Salamon , Zuraida & Partners yang berpejabat di Center Point Kuantan. Semua urusan jual beli telah selesai kerana beliau membuat urusan melalui pinjaman kerajaan. Beliau juga sudah membayar semua urusan yang berkaitan termasuk bayaran peguam dan lain-lainnya. Rumah yang dibeli dengan harga RM91,000 itu telah pun diduduki ketika proses pinjaman berjalan. Kelewatan yang jelas ialah akibat kesilapan nama pada geran hak milik yang telah dibuat peguamnya Salamon, Zuraida & Partners. Kerana Kesilapan Dia Di Saman Ribuan Ringgit Akibat kesilapan tersebut, maka berlaku kelewatan proses mengeluarkan baki pinjaman perumahan terbabit. Bagi mengelakkan penjual menanggung risiko kelewatan, beliau telah berusaha membayar sewaan rumah tersebut dengan kadar RM300 sebulan selama hampir dua tahun. Maknanya, penjual mendapat ganti rugi kelewatan berkenaan. Namun, selepas segala proses selesai, penjual dan peguamnnya tiba-tiba menghantar notis saman kepada pembeli. Sedangkan ketika itu semua proses yang berkaitan telah selesai dan tidak timbul lagi soal kelewatan. Namun, pembeli dikenakan saman mencecah RM30,000 atas kelewatan tersebut berdasarkan kepada denda 10% setahun daripada harga rumah seperti dalam perjanjian jual beli. Persoalannya, rumah yang dibeli itu bukanlah rumah baru yang disediakan oleh pemaju dan pembeli juga telah membayar ganti rugi kelewatan tersebut. Perkara itu sebenarnya boleh diselesaikan di luar mahkamah tanpa sebarang tindakan saman menyaman. Namun, dek kerana sikap peguam penjual yang mungkin lihat ada peluang buat duit tambahan dengan saman itu, maka kes tersebut dibawa ke mahkamah. Peguam Mohd Harris Abdullah Bela Nasib Pembeli Difahamkan, pembeli telah melantik Peguam Mohd Harris Abdullah (foto) dari Firma Guaman The Law Office Of Mohd Harris yang berpejabat di Taman Amalina Lestari Raub. Kes telah dibawa ke mahkamah dan bicara permohonan untuk memindahkan kes itu ke Kuantan akan didengar pada 8 April 2011 ini. Menurut Mohd Harris, kes berkenaan terpaksa dipindahkan ke Kuantan kerana subjek (rumah) yang dibeli dan pembeli sendiri berada di bandar itu. Beliau kini sedang berusaha untuk memastikan kes itu tidak memudaratkan pembeli. "Mana mungkin kesalahan yang dilakukan oleh orang lain harus ditanggung oleh pembeli. Beliau sudah membeli rumah yang berharga RM91,000 kemudian membayar guaman hampir RM6,000 dan sewaan hampir RM8,000 tiba-tiba mahu dibebankan pula dengan bayaran saman terbabit yang mencecah hampir RM30,000. Saya akan memastikan kes ini dipindahkan ke Kuantan bagi memudahkan urusan yang berkaitan. Saya juga akan pastikan Peguam Pembeli dilibatkan dalam kes ini, kerana ia jelas merupakan kesilapan teknikal pada nama pembeli terbabit sebenarnya", kata beliau. [Apa yang berlaku hanyalah kesilapan teknikal (salah nama) yang dilakukan oleh Peguam Pembeli, maka tidak wajar peguam penjual menekan pembeli untuk membuat bayaran sebanyak itu hanya berdasarkan kepada denda 10% yang berkenaan. Ini kerana pembeli sudah melunaskan sewaan ketika proses tersebut mengalami kelewatan. Makanya atas dasar kemanusiaan sepatutnya Tetuan K.C.Wai & Associates tidak terlalu bertegas dalam hal sebegini. Bayangkan jika perkara ini berlaku kepada orang lain yang berurusan dengan firma guaman mereka, sudah pasti masalah yang sama akan dialami oleh pihak terbabit. Makanya, firma guaman berkenaan telah bertindak keterlaluan dalam hal ini, tambahan pula rumah yang dibeli itu bukan rumah baru yang melibatkan pemaju perumahan sebenarnya. Rumah itu adalah rumah lama dan pertimbangan sewajarnya perlu diberikan sebelum menfailkan tindakan saman tersebut]. |
Posted: 29 Mar 2011 06:24 PM PDT KERDAU, 30 Mac - Biar pun Parti Islam SeMalaysia (PAS) tewas dengan majoriti besar kepada UMNO Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil DUN Kerdau baru-baru ini, namun sokongan terhadap parti itu di sini terus meningkat. Ini terbukti apabila kawasan kubu kuat BN di Peti Undi Rumpun Makmur kini berjaya ditembusi pembangkang (PAS) dengan tertubuhnya cawangan baru parti itu di kawasann itu malam tadi. Ribuan rakyat berbondong-bondong dan hadir ke Felcra Rumpun Makmur bagi mendengar ceramah perdana sempenan penubuhan cawangan baru itu. Antara pemimpin PAS yang hadir dan memeriahkan acara tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Pahang dan Naib Persiden PAS Pusat iaitu Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli Parlimen Pokok Sena Dato' Mahfuz Omar. Turut bersama malam tadi ialah Ustaz Shahril Azman Abdul Halim dann bekas calon PAS iaitu Hasanuddin Salim. Sokongan yang diberikan oleh rakyat ini membuktikan mereka kini sudah mula berani untuk melakukan agenda perubahan setelah tidak tahan lagi terus tertipu. [Kemenangan BN dalam pilihanraya kecil baru-baru ini bukanlah membuktikan parti itu cukup kuat untuk terus bertahan di situ sebenarnya. Ini kerana faktir janji-janji rasuah pilihanraya yang ditaburkan oleh mereka yang akhirnya memerangkap para pengundi. Kini, ramai yang melenting kerana seperti yang dijangka semua pihak maka selepas pilihanraya apa yang dijanjikan itu sekadar khayalan semata-mata. Apa yang diharap tidak kesampaian dan apa yang dijanjikan tidak kunjung tiba. Inilah yang menyebabkan sebahagian besar daripada mereka beralih arah dan mahu mengajar BN jalan pulan pada pilihanraya umum akan datang. Syabas buat penduduk Rumpun Makmur!]. |
Posted: 29 Mar 2011 06:00 PM PDT KUALA LUMPUR, 30 Mac - Pengerusi MCA Pahang, Datuk Seri Liow Tiong Lai (foto) meminta pihak yang berkaitan memberi penjelasan kepada penduduk mengenai aspek keselamatan loji pemprosesan logam radioaktif 'rare earth' sebelum lesen dikeluarkan kepada Syarikat Lynas (M) Sdn Bhd. Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan penduduk di kawasan sekitar tapak loji, terutamanya di Gebeng, Pahang mendapat jaminan keselamatan. "Siapa saja yang berkuasa - LPTA (Lembaga Perlesenan Tenaga Atom), kerajaan pusat, kerajaan negeri - sebelum keluarkan lesen mereka mesti beri penjelasan terperinci kepada umum. "Ini supaya orang ramai tahu keadaan sebenar, tahu keselamatan mereka dijaga dan loji itu selamat. Kemudian barulah lesen itu dikeluarkan," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, di sini, semalam. Liow yang juga Menteri Kesihatan diminta mengulas kebimbangan penduduk kawasan Kuantan mengenai operasi loji tersebut. Terdahulu, beliau bersama wakil Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Pahang serta Gabungan Persatuan Cina Pahang menemui Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili bagi menyerahkan memorandum meminta kementerian itu menjelaskan kepada penduduk berhubung perkara tersebut. Liow turut meminta agar proses pemberian lesen dijalankan secara telus agar semua pihak dapat maklumat yang jelas berhubung status loji. [Nampaknya, pemimpin UMNO Pahang terus menikus dalam hal ini. Macam-macam alasan yang diberikan termasuk projek tersebut menawarkan lebih 500 orang peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan sebagainya. Namun, itu bukan persoalan yang mahu diterima rakyat. Mereka mahu projek itu dibatalkan kerana ia akan menakutkan mereka yang terpaksa menjalani kehidupan di situ untuk tempoh 20 atau 30 tahun akan datang. Pemimpin boleh bertukar ganti, tetapi siapa yang akan tanggung segala penderitaan ini andai kejadian yang berlaku di Bukit Merah Perak berulang kembali disini. Nyawa rakyat perlu diutamakan daripada keuntungan semata-mata. Pemimpin politik dan NGO Cina lebih pritahin kepada nasib rakyat sekarang ini. Soalnya, mana pergi pemimpin UMNO dan NGO seperti Perkasa, GPMS dan lain-lain yang selama ini menjadi juara dalam banyak isu. Sila tampil membela rakyat dan jangan menikus dibelakang politik murahan pihak yang ada kepentingan dalam projek ini. Mereka makan hasil tapi rakyat yang tanggung penderitaannya]. |
Posted: 29 Mar 2011 08:25 AM PDT SIBU, 29 Mac - Hanya calon parti yang bertanding pada pilihan raya Sarawak 16 April ini sahaja yang dibenarkan memasang logo, bendera serta sepanduk di kawasan yang ditandingi mereka, demikian ditegaskan Suruhanjaya Pilihan Raya. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (foto) berkata, parti yang tidak bertanding tidak boleh mengambil kesempatan memasang logo dan bendera parti mereka bersama-sama parti bertanding. "Hanya calon parti yang bertanding membayar deposit bagi pemasangan poster, banner (sepanduk) dan bendera. Oleh itu, parti lain tidak boleh sewenang wenangnya tumpang pasang bahan kempen," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya Zon Sibu di sini. Sebagai contoh, beliau berkata sekiranya calon DAP bertanding di satu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), parti lain seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) tidak dibenarkan memasang bendera, poster serta sepanduk masing-masing walaupun dalam satu pakatan pembangkang. "Hanya sekiranya di kalangan parti itu, mereka turut bertanding dan meletakkan calon mereka. Bagaimanapun, sekiranya calon parti yang bertanding hendak letak gambar pemimpin mereka di samping poster calon, itu tidak menjadi masalah," katanya. "Sebagai contoh, katakan calon DAP bertanding di kawasan itu, selain poster calon DAP, mereka hendak letak poster Lim Kit Siang (pemimpin DAP), itu dibenarkan, tetapi mereka tidak boleh letak poster Datuk Seri Anwar Ibrahim kecuali PKR turut bertanding di kawasan yang sama," katanya. [Seperti biasa setiap kali musim pilihanraya maka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula menunjukkan taringnya. Nampak sangat SPR sengaja mahu menimbulkan kemarahan dikalangan penyokong pembangkang sebenarnya. Jika larangan ini diteruskan apa akan jadi jika kerusi parlimen ditandingi oleh PKR dan DUN oleh PAS dan DAP dalam sesuatu kawasan itu. Aakah PKR tidak boleh meletakkan kain rentang atau bendera mereka dikawasan yang ditandingi oleh PAS dan DAP?. Bukankah ini tidak adil sebenarnya. Nampak benar UMNO BN terlalu takut untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Sarawak pada kali ini. Lantaran itu mahu SPR menggunakan segala kuasanya untuk menghalang kemaraan lawan. Tambah memeritkan bila Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih gagal untuk meluluskan pendaftaran Pakatan Rakyat biar pun sudah dua tahun permohonan itu dibuat. Ini bermakna, memang ada pakatan antara mereka untuk sengaja mempermainkan pembangkang dengan kuasa yang ada. Apa yang pasti ROS pasti tidak akan meluluskan pendaftaran Pakatan Rakyat hingga Pilihan Raya Umum akan datang kerana mereka tahu ia akan memberi kelebihan kepada BN. Mereka boleh menggunakan satu lambang, sebaliknya parti pembangkang dibiarkan dengan tiga lambang yang membolehkan mereka mengetatkan peraturan tersebut seperti sekarang]. |
Posted: 29 Mar 2011 08:20 AM PDT KUALA LUMPUR, 29 Mac - Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Arman Azha Abu Hanifah (foto) mengumumkan perletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta pada Selasa. Difahamkan, beliau melepaskan jawatan kerana mahu menumpukan tugasnya dalam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara. Arman berkata, keputusan itu dibuat atas dasar peribadi dan bukan disebabkan desakan mana-mana pihak serta kekecewaan terhadap pucuk pimpinan Perkasa. "Saya tidak kecewa atau disunting mana-mana parti tetapi ingin memberi peluang kepada generasi baru untuk membawa Perkasa melangkah ke peringkat lebih tinggi," katanya. Menurutnya, tindakan untuk mengundurkan diri itu dibuat atas dasar prinsip peribadinya iaitu memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air. "Kalau kita tengok senario di negara pada hari ini, apa saja perubahan yang ingin dilakukan harus memerlukan kesungguhan dalam keputusan politik. "Walaupun Perkasa merupakan badan pendesak terbesar untuk memartabatkan agenda agama, bangsa dan negara, ia memerlukan 'political will'. Dalam erti kata ini, saya ingin melangkah lebih jauh dengan berpegang kepada prinsip saya iaitu perjuangan dari segi politik," jelasnya yang memegang jawatan Ketua Wira Perkasa selama dua setengah tahun. mstar [Arman memberitahu, beliau belum berundur daripada UMNO tetapi akan melihat mana-mana parti politik yang akan mengangkat martabat agama, bangsa dan negara sebagai prinsip perjuangannya. "Saya tidak cakap akan menyertai mana-mana parti politik tetapi saya akan melihat dan mengkaji parti yang memperjuangkan prinsip saya. Hanya dengan kuasa politik saja, kita dapat memastikan kuasa, hak dan martabat bumiputera khususnya dikekalkan. "Walaupun saya dilihat berada di Stadium Melawati untuk mendengar caramah tentang fitnah kedua, itu menunjukkan saya terbuka untuk mendengar apa yang disuarakan kedua-dua pihak," tambahnya. Terdapat kemungkinan Arman akan bersama Pakatan Rakyat dalam masa terdekat ini. Apakah dakwaan itu benar atau sebaliknya. Sama-sama kita tunggu seterusnya]. |
Posted: 29 Mar 2011 07:50 AM PDT KUANTAN, 29 Mac - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mewujudkan mekanisma baru bagi meningkatkan kecekapan sistem saman dan senarai hitam pesalah trafik di negara ini. Ketua Pengarahnya Datuk Solah Mat Hassan (foto) berkata, sebuah jawatankuasa yang dianggotai JPJ, polis, pihak berkuasa tempatan dan Kementerian Dalam Negeri telah ditubuhkan bagi tujuan itu. Solah juga berkata, jawatankuasa yang dipengerusikan beliau itu akan bermesyuarat pada 4 dan 5 April ini, dan laporannya akan diserah kepada Kementerian Pengangkutan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat. Mengulas lanjut mengenai mekanisme yang bakal diwujudkan, beliau berkata antara lain ia akan menyelaraskan sistem saman antara pihak berkuasa terbabit. "Kita banyak dapat aduan orang ramai memberitahu ketika mereka periksa di talian mereka tidak punya saman atau tidak buat apa-apa kesalahan, tapi bila datang kaunter JPJ mereka diberitahu bahawa mereka ada saman dan disenarai hitam. "Jadi kita kena cari jalan supaya mereka dapat maklumat awal yang tepat dan akses yang senang dicapai pengguna seperti melalui SMS, panggilan telefon dan laman sesawang, yang mana semua ini kita kena pertingkatkan sistemnya supaya maklumat itu kemas dan terkini," katanya dalam satu sidang medianya di sini hari ini. [Tindakan JPJ ini amat tepat sekali bagi mengelakkan masalah yang berterusan membelenggu pengguna jalanraya. Sistem yang canggih sepatutnya sudah digunakan di zaman ICT ini, namun kepakah JPJ masih gagal memanfaatkan penggunaan sistem tersebut?. Akibat tindakan itu, ramai pengguna jalanraya yang begitu kecewa apabila semakan awal mendapati mereka tidak mempunyai sebarang saman trafik. Namun, keputusannya berbeza apabila mereka menyemak rekod di kaunter JPJ atau balai polis trafik yang berdekatan. Malah, paling mengecewakan saman-saman yang dibuat lebih tujuh atau lapan tahun sebelum ini tiba-tiba dikeluarkan. Sedangkan pemilik kenderaan terbabit sendiri tidak pasti bilakah kejadian itu berlaku. Ini bermakna pihak JPJ sengaja menyimpan saman-saman tersebut atau membuat saman untuk mengutip duit mengutip duit mudah daripada orang ramai. Tindakan ini amat zalim sebenarnya. Lantaran itu rakyat harus menyokong usaha pembangkang untuk memansuhkan saman ekor sekiranya mereka berjaya takluki Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum akan datang]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan