Ahad, 27 Mac 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Tidak Akan Pertahankan Jawatan Naib Presiden PAS Dalam Pemilihan Parti Islam Itu Pada Bulan Jun Ini

Posted: 27 Mar 2011 12:14 AM PDT

Naib Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) mengesahkan beliau tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden parti Islam itu pada pemilihan Jun ini, di sebalik desas-desus mengatakan persaingan kemungkinan sengit. Sebelum ini khabar angin menyebut ada usaha untuk meminta beliau mencuba nasib jawatan nombor dua yang kini disandang Nasharudin Mat Isa. Kata Tuan Ibrahim, beliau telah membuat keputusan yang jelas mengenai soal itu demi perpaduan parti. Dua Naib Presiden lain semasa ialah Datuk Mahfuz Omar dan Salehuddin Ayub, masing-masing ahli Parlimen Pokok Sena dan Kubang Kerian. Tuan Ibrahim juga berkata, keputusan diambil demi masa depan yang lebih baik bagi PAS. Jelas beliau, PAS mempunyai ramai pemimpin yang lebih layak dan berwibawa untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden. "Saya tidak akan bertanding jawatan timbalan presiden dan keputusan itu dibuat setelah fikirkan bahawa PAS mempunyai kepimpinan yang ramai dan boleh menyumbang memperkuatkan parti dalam menghadapi cabaran serta bersaing dengan Barisan Nasional. "Cabaran PAS kini lebih besar dan keputusan yang saya buat ini adalah jelas," katanya. Jelas Pesuruhjaya PAS Pahang itu, dengan keputusan itu diharapkan kawasan yang akan mengadakan mesyuarat pada bulan depan tidak akan mencalonkan beliau bagi merebut jawatan Timbalan Presiden.



"Dengan keputusan ini saya harap kawasan tidak akan calonkan saya bagi jawatan ini, saya harap tidak pencalonan. "Saya harap kawasan akan pencalonan pemimpin yang lebih baik dan layak untuk memegang jawatan itu," katanya. Dengan keputusan itu, dijangkakan jawatan timbalan presiden akan menjadi rebutan antara penyandangnya Nasharudin dan ahli jawatankuasa PAS pusat Mohamad Sabu yang mungkin akan bertanding.

Ceramah PAS Ganti UMNO Bersama Cucumatkilau Dan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Malam Ini !!

Posted: 26 Mar 2011 08:36 PM PDT

KUANTAN, 27 Mac - Orang ramai di kawasan Kuantan dan sekitarnya dijemput hadir beramai ke program ceramah umum "PAS Ganti UMNO, anjuran Dewan Pemuda PAS Kuantan malam ini. Program yang akan diadakan di Markaz PAS Darul Hisab, Kg.Sungai Isap (belakang Tunas Manja) itu akan menampilkan Ustaz Yusni Md Piah (Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang) dan Blogger Cucumatkilau. Banyak isu-isu panas dan semasa akan didedahkan. Oleh itu, para penyokong Pakatan Rakyat dan UMNO BN dipersilakan hadir untuk bersama-sama mendengar perkembangan terkini isu panas tersebut.

Pemuda PKR Selangor Bidas Tindakan Pihak Polis Yang Mengganggu Majlis Pelancaran "Datuk Najib Altantunya (DNA)" Di Kuala Lumpur Malam Tadi !

Posted: 26 Mar 2011 07:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Mac - Pemuda PKR Selangor hari ini membidas tindakan polis yang didakwa mengganggu majlis pelancaran "Datuk Najib Altantuya" (DNA) anjuran parti itu di Kuala Lumpur, malam tadi. "Pihak Angkatan Muda Keadilan Selangor meluahkan rasa kecawa dan mengecam tindakan pihak polis... Tindakan ini mengakibatkan kecederaan kepada rakyat yang hadir termasuk wartawan. dan pimpinan Angkatan Muda Keadilan," kata ketua penerangannya, Mohd Saifullah Zulklifi dalam satu kenyataan akhbar. Katanya, lebih malang lagi apabila pihak polis bertindak menyalahi undang-undang dengan mengganggu majlis aman ini yang diadakan di kawasan persendirian. "Pihak polis jelas menunjukkan sikap tidak profesional apabila menyerbu masuk kawasan persendirian ini dan cuba mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim di saat-saat beliau telah pun menutup ceramah beliau. "Tindakan seperti ini membuktikan bahawa pihak Umno-BN yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor takut kepada kebangkitan rakyat dan kebenaran akan terpancar menutupi fitnah yang cuba ditabur dalam kes Saiful dan video Seks Datuk T," katanya.


Antara orang ramai yang hadir dan hairan dengan tindakan pihak polis

Pada kejadian itu, tiga anggota PKR ditahan polis. Kira-kira 10 anggota polis bertindak menghalang ketua umum PKR itu daripada berucap lebih daripada 15 minit yang dibenarkan dan kira-kira 1,500 orang hadirin menjadi berang. Keadaan menjadi kecoh apabila mereka yang tidak puashati dengan arahan supaya Anwar berhenti berucap, mula membaling kerusi, botol air, bata dan kayu ke arah anggota polis anti-rusuhan. Menurut Mohd Saifullah, pihak polis sepatutnya tidak perlu takut dengan rakyat yang hanya berhimpun secara aman itu. "AMK Selangor ingin menyeru agar pihak polis tidak perlu rasa takut dengan arahan dan tekanan pihak pemerintah Umno-BN. Polis harus bertindak secara profesional dan berkhidmat kepada rakyat, bukannya kepada Barisan Nasional," akhiri kenyataannya itu . mkini

[Nampaknya, polis di Malaysia semakin "buang tabiat" bila tergamak mengganggu satu majlis yang diadakan dalam premis persendirian. Ternyata mereka mengesahkan lagi telahan rakyat yang mengatakan mereka bekerja untuk UMNO BN sejak sekian lama. Namun, kita tidak boleh sepenuhnya menyalahkan pihak polis "bawahan" kerana mereka terpaksa melakukan tugas mengikut arahan "boss mereka". Pihak yang harus dipertanggungjawab dalam hal ini ialah "ketua-ketua mereka" yang mendapat arahan orang politik sebenarnya. Justeru itu, biarkan mereka dengan "apa yang mereka fikirkan", kerana majoriti anggota polis ini nanti akan kembali menyokong rakyat selepas mereka pencen daripada perkhidmatan tersebut. Inilah senario yang sering kita lihat sejak sekian lama. Sama-sama kita berdoa agar mereka kenbali ke pangkal jalan dan landasan kebenaran hendaknya selepas ini. Itulah yang kita harapkan].

Tiada ulasan: