Selasa, 22 Mac 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Ramai Ahli Serta Penyokong Setia Kecewa Pemimpin Yang Keluar PKR Masuk UMNO Di Beri Layanan Istimewa Kerana Tindakan Keluar Parti

Posted: 22 Mar 2011 01:47 AM PDT

KUANTAN, 22 Mac - Susulan kemasukan beberapa orang pemimpin PKR Indera Mahkota keluar parti dan menyertai dalam UMNO baru-baru ini, maka kini heboh diperkatakan tentang isu tawaran jawatan "Tok Empat" dan janji meluluskan permohonan tanah daripada pihak berkenaan. Semua berita itu tersebar di merata tempat sekarang ini. Ramai dikalangan ahli UMNO akar umbi yang mula berbunyi dan kecewa jika benar dakwaan tersebut. Kekecewaan mereka juga banyak diluahkan dalam laman sembang sosial "Facebook" sejak akhir-akhir ini. Mereka merasa diri mereka umpama "sampah yang terbuang". Anak tiri yang dimanjakan sebaliknya anak kandung disisihkan. Ramai dikalangan mereka memang langsung tidak mempunyai "tanah sekangkang kera", malah sudah puas memohon masih tidak mendapat perhatian. Tiba-tiba pula orang PKR yang melompat masuk UMNO diberi perhatian sedemikian rupa. Mereka kecewa dengan tindakan Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd Hazmi Yusof (foto), yang memunggut pemimpin terbabit tanpa mengambil perhatian kepada ahli UMNO itu sendiri. Kami cuba bongkarkan apakah yang ditawarkan kepada Ibrahim Sidek (Pemangku Ketua Cabang PKR Indera Mahkota) hingga menyebabkan pemimpin "tegar PKR" itu boleh melompat. Akhirnya terdapat sumber dalaman UMNO sendiri yang mengatakan antara janji yang diterimanya ialah beliau ditawarkan menjadi "Tok Empat" dan berjanji untuk meluluskan permohonan tanah yang dibuat oleh pemimpin terbabit.

Facebook salah seorang penyokong UMNO yang kecewa dengan isu itu

Satu lagi bukti "pemimpin UMNO yang kecewa" dengan isu tanah

Setakat ini tidak diperolehi lagi berapakah jumlah habuan berbentuk "wang ringgit" yang diterima mereka. Ada pemimpin UMNO bahagian itu yang terlalu kecewa berkata "Jika ini keadaannya, lebih baik mereka jadi pembangkang. Kemudian buat tindakan masuk semula UMNO untuk dapat habuan. Mereka yang sudah lama memohon tanah tidak dijanjikan kelulusan, tiba-tiba beberapa kerat pemimpin PKR yang kembali kepada UMNO mendapat perhatian sedemikian rupa. Sepatutnya pemimpin UMNO yang setia diberi keistimewaan kerana merekalah yang menaikkan pemimpin terbabit (Ketua Bahagian). Namun, kini mereka dianaktirikan pula. Jika ini cara berpolitik, tunggulah akibatnya dalam pilihanraya umum ke-13 nanti", kata mereka.

[Bila melihat kepada senario ini, maka hujjah yang mengatakan UMNO BN bertambah kuat dan PKR lumpuh di Indera Mahkota seperti yang diwar-warkan mungkin "memakan diri". Jika ramai ahli UMNO kecewa akhirnya bertindak mengundi pembangkang dalam Pilihanraya Umum akan datang, maka harapan untuk BN merampas kerusi parlimen Indera Mahkota yang diwakilik PKR itu pasti tidak mungkin menjadi kenyataan. Soalnya, kenapa harus ada tawar menawar dan janji-janji kepada mereka yang mahu "keluar parti"?. Apa cerita dengan ahli UMNO yang selama ini setia berjuang kepada parti itu sejak dulu kini dan selamanya?. Mereka yang bersusah payah berjuang tidak dilayan dengan baik, tiba-tiba ahli parti pembangkang yang keluar parti dan menyertai UMNO dilayan sedemikian rupa. Berita ini pasti akan dinafikan oleh pihak berkenaan, namun jika "tiada angin masakan pokok bergoyang". Maka, kepada ahli UMNO akar umbi beringatlah. Jika politik seperti ini diamalkan maka apa akan jadi kepada mereka yang sekian lama berjuang dalam UMNO].

Kontroversi Video Seks: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Buat Laporan Polis Isu Panas Tersebut Di IPD Dang Wangi Jam 10.45 Pagi Tadi !!

Posted: 21 Mar 2011 09:37 PM PDT

KUALA LUMPUR , 22 Mac - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) hadir di Balai Polis Dang Wangi, bagi membuat laporan polis berhubung pita video seks yang dipertontonkan kepada media, semalam. Beliau diiringi tidak kurang 30 penyokongnya dan ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR, tiba pada jam 10.45 pagi. Anwar, pada sidang media petang semalam, menafikan lelaki yang mirip wajahnya dalam video 17 minit yang dipaparkan melakukan hubungan seks dengan seorang gadis di sebuah hotel yang tidak dikenali, adalah dirinya. Hadir sama, ahli parlimen dan pemimpin PKR lain seperti R Sivarasa, Tian Chua dan M Manikavasagam, Setiausaha PAS Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Naib Presiden PKR N Surendran dan Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin. Anwar kemudian masuk ke balai polis dengan ditemani Surendran, ketua biro undang-undang PKR, Latheefa Koya dan peguam Fadiah Nadwa Fikri. Penyokongnya yang menanti di luar membawa dua sepandulkyang melabelkan video berkenaan sebagai 'Fitnah II++' dan tertera perkataan 'bangun wahai rakyat bangun demi keadilan'. Di samping itu mereka juga melaungkan "Reformasi" serta "Hancur BN". mkini


Antara para penyokong Anwar yang turut hadir bagi sokongan pagi tadi
[Adalah menjadi satu hak dan tanggungjawab orang yang dituduh sedemikian rupa mempertahakannya dirinya. Soalnya sekarang, kenapa isu ini muncul ketika DUN Sarawak baru saja dibubarkan?. Bukankah nampak sangat ia adalah satu strategi terdesak pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan seteru politik mereka. Apakah rakyat wajar terpedaya lagi dengan permainan politik murahan yang jijik seperti ini. Apa yang pasti, sebagai sebuah negara Islam seperti Malaysia ini maka politik lucah seperti ini pasti akan menjatuhkan maruah dan imej negara di mata dunia. Punyalah teruk dan kemaruknya pihak-pihak tertentu untuk terus berkuasa hingga tergamak melakukan perbuatan terkutuk seperti ini].

Datuk Seri Anwar Ibrahim Kemukakan Bukti Awal Bagi Menolak Dakwaan Fitnah Terbaru Kononnya Dia Mengadakan Hubungan Seks Dengan Pelacur!

Posted: 21 Mar 2011 08:19 AM PDT

PETALING JAYA 22 Mac - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti awal dalam menolak dakwaan fitnah beliau kononnya dirakam mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Febuari lalu. Anwar menegaskan beliau mempunyai rekod membuktikan pada hari kejadian itu didakwa berlaku, beliau mengemaskini maklumat di Twitternya dan berada di rumah bersama isteri, anggota keluarga lain termasuk cucunya dan kakitangan yang bekerja untuk beliau. "Tarikh adalah 21 Feb. Saya ada 'tweet' ketika itu yang dikaitkan dengan waktu tersebut" kata Anwar. "Supaya takut digodam, saya lindungi twitter dan Facebook saya,' tambah Anwar. Beliau menyifatkan video seks yang didedahkan semalam sebagai fitnah yang diselaraskan pada peringkat tertinggi. Anwar menegaskan beliau akan membuat laporan polis bersabit video itu pagi ini di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi. "Tindakan mengundang pertubuhan media tertentu untuk menyaksikan video berkenaan diselaraskan pada peringkat tertinggi," tegas Anwar. Beliau berkata, dalam video itu mempunyai sokongan langsung pihak berkuasa dan membabitkan polis cawangan khas serta penggunaan peralatan canggih. Anwar juga berkata orang yang dirakam melakukan persetubuhan itu jelas mempunyai "perut yang jauh lebih besar" berbanding beliau "Saya belum lihat lagi dan saya tidak tahu siapa(disebalik video itu. Atau samada ianya telah diedarkan. Perut lebih buncit daripada saya. "Saya minta kepimpinan PKR supaya tidak terperangkap dengan politik kotor. Tumpu perhatian untuk Sarawak," tambah Anwar.

[Sementara itu Anwar dengan senyum bangun pada sidang media untuk membolehkan jurukamera mengambil gambar perutnya. Anwar percaya video fitnah itu mempunyai hubung kait dengan kempen Umno-Barisan Nasional untuk mencari kelebihan pada pilihanraya Sarawak. "Mereka cari alasan baru sebab DUN sarawak mahu dibubarkan. Kita lawan,' tegas Anwar. Dalam pada itu isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan video itu sebagai fitnah terbaru yang mempunyai agenda politik. "Saya rasa terkejut kerana mahu saya letak jawatan. Apa yang saya buat? Ini motif politik," jelas Presiden PKR itu yang hadir bersama pemimpin parti lain pada sidang media itu. Apa yang pasti, semua yang berlaku ini adalah mendapat khidmat nasihat daripada APCO itu].

Tiada ulasan: