Pahang Daily Online |
- Panas: Habuan Jawatan Tok Empat Dan Luluskan Permohonan Tanah 'Jadi Sebab' Pemangku Ketua PKR Cabang Indera Mahkota Keluar Dari Parti Itu
- Terbongkar: Inilah Dia Wajah Kononnya 'Suspek' Utama Video Panas 'Aksi Seks' Yang Di Dakwa Itu, Apakah Ia Benar Atau Satu Konspirasi Terbaru !!
- Dewan Undangan Negeri Sarawak "Di Bubarkan" Hari Ini Bagi Membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Untuk Adakan "Pilihan Raya Negeri" !
- PKR Pahang Akan Terus Lumpuh, 'Ketua Wanita' Ranting Sg.Ular Dan 70 Ahlinya Bakal Tinggalkan Parti Itu Dan Sertai UMNO Dalam Masa Terdekat !
Posted: 21 Mar 2011 12:54 AM PDT Ini satu lagi berita panas yang bari diterima lewat petang tadi. Ia berkaitan berita "keluar parti" yang melibatkan Pemangku Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Indera Mahkota iaitu Ibrahim Sidek (foto). Beliau yang merupakan pendokong kuat PKR cabang itu dikatakan keluar PKR dan menyertai UMNO setelah tidak yakin dan kecewa dengan perjuangan parti tersebut. Beliau yang dikenali dengan nama Pak Berahim juga kononnya sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim. Soalnya sekarang selepas sekian lama bersama UMNO dan kemudian 11 tahun bersama PAS, maka sepatutnya Pak Berahim sudah boleh menilai "mana intan mana kaca". Maknanya, beliau dan penyokongnya boleh menyertai parti lain dalam Pakatan Rakyat seperti PAS atau DAP jika pun tidak setuju dengan PKR. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya, beliau lebih selesa kembali kepada UMNO yang telah dihina dan diludahnya dulu. Inilah yang menimbulkan kemusykilan kepada orang ramai yang ditemui di Indera Mahkota sekarang. Mereka secara jujur mengenali Pak Berahim dan mengganggap beliau tidak sepatutnya kembali kepada UMNO kerana beliau keluar UMNO dan sertai PKR dek kerana melihat kebobrokan yang berlaku dalam parti itu. Namun, anehnya beliau tergamak "menjilat kembali ludahnya" dan masuk UMNO tanpa terfikir yang UMNO itu terlalu banyak "najis yang belum dibersihkan". Soalnya sekarang, apakah kemasukan Pak Berahim ke dalam UMNO dapat diterima oleh ahli UMNO peringkat akar umbi di kawasan itu?. Rupa-rupanya, penyertaaan Pak Berahim dan rakan-rakannya ke dalam UMNO Indera Mahkota amat ditentang oleh ramai ahli UMNO bahagian itu. Nantikan pendedahnya !! [Mereka kecewa dengan tindakan Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd Hazmi Yusof (bulatan) yang memunggut pemimpin terbabit tanpa mengambil perhatian kepada ahli UMNO itu sendiri. Kami cuba bongkarkan apakah yang ditawarka kepada Pak Berahim hingga menyebabkan pemimpin "tegar PKR" itu boleh melompat. Akhirnya kami mendapat sumber dalaman UMNO sendiri yang mengatakan antara tawaran yang diterimanya ialah beliau ditawarkan menjadi "Tok Empat" dan berjanji untuk meluluskan permohonan tanah yang dibuat pemimpin terbabit bersama anak buahnya. Setakat ini tidak diperolehi lagi berapakah jumlah habuan berbentuk "wang ringgit" yang diterima oleh mereka]. |
Posted: 21 Mar 2011 12:05 AM PDT Ini satu berita terkini yang kami terima, ia berkaitan dengan pendedahan Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di Hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan. Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007. Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut. Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum. Soalnya sekarang apakah benar pendedahan yang dibuat dalam video tersebut atau mungkinkah ia satu lagi konspirasi jahat untuk menjatuhkan pemimpin terbabit (foto). Apakah juga ini bermakna pemimpin terbabit tidak boleh ditewaskan dengan "konspirasi liwat"?. Maka akhirnya tercipta satu lagi konspirasi panas berkenaan isu ini?. Ternyata nampaknya kerajaan UMNO BN telah berjaya memanfaatkan penggunakan APCO sepenuhnya. Mereka akhirnya berjaya mkencipta satu lagi "Bom C4" untuk memaksa pemimpin terbabit berundur sebelum PRU13 ini. Soalnya, apakah skrip terbaru ini akan berjaya?. Sama-samalah kita tunggu apa kesudahannya. ["Ia sudah over done," kata seorang pemimpin kanan PAS. Berdasarkan modus operandinya, tekanan ini dikenakan kepada Anwar agar beliau berundur dari politik dan jangan mengganggu gugat kepimpinan BN yang ada. Jika Anwar bersetuju berundur, video ini dikatakan tidak akan dilepaskan kepada umum. Selain tekanan ini, beberapa siri tekanan lain juga dikatakan akan terus dikenakan ke atas Anwar sehingga beliau berhenti dari memberikan gugatan kepada pemimpin BN yang ada. Harakahdaily pernah dimaklumkan perkara ini sebelum ini. Ketika dibincangkan dengan beberapa pemimpin kanan PAS, mereka yakin, tekanan terhadap Anwar sudah terlalu berlebihan untuk memusnahkan beliau. Difahamkan video berkenaan telah pun wujud sejak tahun 1998 lagi, cuma ia menanti masa untuk didedahkan. Malah terdapat juga info mengatakan setiap diplomat yang akan ke luar negara akan dipanggil menyaksikan tayangan video itu terlebih dahulu agar mempercayainya]. |
Posted: 20 Mar 2011 11:00 PM PDT KUCHING, 21 Mac - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan hari ini untuk membolehkan pilihan raya DUN ke-10 diadakan. Speaker DUN Sarawak Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar (foto) berkata pengisytiharan pembubaran DUN Sarawak yang ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng telah diterima pada pagi ini. "Pembubaran DUN Sarawak pada 21 Mac iaitu hari ini mengikut perkara 21(2) Perlembagaan Negeri Sarawak," katanya hari ini. Asfia berkata pengisytiharan pembubaran DUN Sarawak akan diserahkan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada petang esok. "Tempat dan masa pertemuan belum dapat ditentukan tapi ia akan diserahkan esok," katanya lagi. Asfia berkata selepas penyerahan pengisytiharan itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian. Pada Sabtu lalu, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubar hari ini bagi membolehkan pilihan raya negeri ke-10 diadakan. [Ketika ini, BN negeri menguasai 63 daripada 71 kerusi DUN selepas ADUN Engkilili Dr Jonical Rayong Ngipa, yang bertanding atas tiket parti pembangkang Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), menyertai BN tahun lalu. DAP menguasai enam kerusi manakala PKR dan Parti Cinta Malaysia (PCM), menerusi wakil rakyat Bebas, masing-masing menguasai satu kerusi. DUN Sarawak dengan 71 anggota sedia ada akan tamat pada 23 Julai ini. Pilihan raya negeri yang lepas diadakan pada 20 Mei 2006. Selamat berjuang kepada semua parti-parti yang akan bertanding nanti]. |
Posted: 20 Mar 2011 05:30 PM PDT INDERA MAHKOTA, [21 Mac] - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang dijangka terus lumpuh apabila satu persatu pimpinannya keluar parti. Terbaru, khabarnya dua orang lagi pendokong kuat wanita PKR Pahang bakal berbuat demikian dalam masa terdekat ini. Mereka yang dijangka akan berbuat demikian dalam masa terdekat ini ialah Ketua dan Timbalan Ketua Wanita Ranting Sg.Ular dekat sini. Difahamkan Ketua Wanita terbabit yang dikenali sebagai Kak Zura (foto) telah menang dalam Pemilihan PKR 2010 bagi jawatan Ketua Wanita Cabang berkenaan, namun beliau tidak dilantik ke dalam kepimpinan Cabang Indera Mahkota kerama dikatakan bukan "Line UP Azan Ismail". Wanita Akibatnya beliau terus disisihkan daripada aktiviti parti termasuk menghadiri mesyuarat cabang yang dijalankan. Beliau dikatakan berbuat demikian kerana kecewa dengan Anwar Ibrahim (Ketua Umum), Dato' Fauzi (Pengerusi PKR Negeri) dan Ahli Parlimen Indera Mahkota sendiri iaitu Azan Ismail. Tindakan tersebut mungkin diambil selepas sekian menahan kesabarannya. Sebelum ini sudah beberapa kali beliau menyatakan untuk keluar parti dan menyertai UMNO. Dua pemimpin wanita PKR Pahang yang keluar semalam iaitu Ezzah Mazlan (Naib Ketua) dan Fadzilah Wahab (Setiausaha) |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan