Pahang Daily Online |
- Panas: Pimpinan PKR Di Cabang Indera Mahkota Dan Wanita Negeri Keluar Parti Dan Sertai UMNO Dek Kerana Hilang Kepercayaan Kepada Anwar !!
- Misteri Panas, Si Saiful Bukhari Ada Wahyu Najib Dan Sanggup 'Terima Takdir' Dirinya Jadi Mangsa Liwat Setelah Tiga Bulan Dapat Tekanan Di HKL !!
- Bahang Pilihan Raya Negeri Makin Terasa, Ketua Menteri Sarawak Umum Bubarkan DUN Isnin Ini
Posted: 20 Mar 2011 07:12 AM PDT KUANTAN 20 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Indera Mahkota, hampir lumpuh apabila 300 ahlinya mengisytiharkan keluar parti untuk menyertai UMNO hari ini. Tindakan keluar parti itu telah diketuai oleh Pemangku Ketua Cabang iaitu Ibrahim Sidek (foto). Turut berbuat demikian ialah Naib Ketua Wanita PKR Pahang sendiri iaitu Izzah Mazlan dan Setiausaha Wanita PKR, Fadizlah Abd Wahab. Tindakan ini menyebabkan Wanita PKR Pahang juga mungkin bakal lumpuh kerana kedua-dua mereka adalah pendokong kuat wanita PKR Negeri Pahang sebelum ini sebenarnya. Kesemua mereka kemudian menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd Hazmi Yusof dalam satu majlis "Sirih Pulang ke Gagang" di Kolej Shahputra dekat sini. Ibrahim, yang menyertai PKR selama 11 tahun, berkata, keputusan keluar parti itu dibuat selepas mereka hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya, hala tuju parti itu kini semakin tidak menentu dan mementingkan kepada perjuangan individu sahaja. Dalam pemilihan PKR 2010 yang lalu, Ibrahim berjaya menewaskan Kamarulzaman Yunus bagi jawatan Timbalan Ketua Cabang itu. Beliau memangku tugas Ketua Cabang Indera Mahkota berikutan tindakan drastik pucuk pimpinan parti menghantar Ketua Cabang dan juga Ahli Parlimen kawasan itu iaitu Azan Ismail ke Terengganu. Difahamkan, Azan telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Terengganu dalam rombakan yang dilakukan PKR awal tahun ini. Kemungkinan besar Ibrahim kecewa dengan keputusan tersebut lantas mengambil keputusan drastik ini. Sebelum ini memang sudah timbul ura-ura beberapa orang pemimpin PKR Cabang di Pahang bakal tinggal parti ketika kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau baru-baru ini. Namun, keputusan yang dibuat oleh Ibrahim dan yang lainnya hari ini sungguh memeranjatkan kerana beliau antara pendokong kuat perjuangan PKR di cabang terbabit selama ini. Malah, beliau juga adalah penyokong kuat Azan Ismail sejak pemimpin tersebut bergelar Ahli Parlimen dan memimpin PKR di cabang berkenaan. Maknanya kini PKR Cabang Indera Mahkota kehilangan Ketua Cabang, Pemangku Ketua Cabang dan juga Timbalan Ketua Cabang berkenaan. Apakah ini bakal menyebabkan parlimen itu sendiri ditawan kembali oleh BN dalam pilihanraya umum akan datang agaknya. |
Posted: 19 Mar 2011 06:50 PM PDT Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya sudah memasuki fasa-fasa terakhir sekarang ini. Banyak pihak yang mula membuat berbagai telahan berkenaan keputusan yang akan dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah berhubung kes itu nanti. Rata-rata menjangkakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pasti akan berhadapan dengan laluan sukar untuk membebaskan dirinya daripada pertuduhan yang maha dasyat ini. Apatah lagi kini beliau cuba diperangkap dengan isu DNA untuk membuktikan kononnya dia adalah "lelaki Y" seperti yang dimaksudkan itu. Namun, apakah kesudahan kisah ini masih menjadi tanda tanya sebenarnya. Malah, ada yang berangapan amatlah tidak wajar pihak mahkamah menggunakan kuasanya untuk memaksa Anwar memberikan DNA beliau, memandangkan DNA yang diambil ketika dalam kes liwat I dulu masih boleh digunakan jika mereka mahukannya. Soalnya, kenapa DNA "lama" tidak mahu dirujuk bagi membuktikan misteri ini?. Sewajarnya mahkamah merujuk kepada pihak yang berkaitan jika mahukan satu keadilan. Namun ini tidak berlaku, mereka seboleh-bolehnya mahukan juga DNA terbaru Anwar. Apakah ada muslihat disebalik desakan ini, kerana sebagai tertuduh Anwar ada hak untuk mempertahankan dirinya. Apa akan berlaku jika DNA tersebut dimanipulasi oleh pihak berkenaan untuk disamakan dengan DNA "lelaki Y" seperti yang dimaksudkan?. Inilah yang menimbulkan persoalan dikalangan rakyat sekarang. Memang mudah bagi para penyokong UMNO BN untuk mengadakan demonstrasi untuk desak Anwar serahkan DNAnya. Takut Manipulasi Punca Anwar Enggan Beri DNA Kononnya mantan TPM itu tidak berani memberikan DNA tersebut kerana tahu beliau memang bersalah. Namun mereka tidak pula terfikir bahawa keenganan itu dek kerana Anwar takut pihak berkenaan memerangkap beliau dalam kes ini. Malah, Anwar sendiri pernah berkata beliau enggan untuk membenarkan sampel darahnya diambil kerana beliau tidak percaya dalam sistem itu kerana bukti DNA yang diambil polis dalam kes liwatnya 10 tahun lalu didakwa telah dimanipulasi pihak polis. "DNA tidak berubah, darah saya (telah) diambil (dulu), mereka usung tilam (kes 1998), ambil darah saya percik atas tilam, jadi janganlah ulang tayang cerita ini," dakwa Anwar. Sepatutnya perkara seperti ini diserahkan kepada pihak mahkamah untuk memutuskannya. Bukan dengan mengadakan demonstrasi bagi meraih sokongan sebilangan kecil rakyat agar mempercayai kes ini. Namun, seolah-olah ada percubaan oleh pihak berkenaan untuk memaksa rakyat supaya percaya bahawa Saiful Bukhari Azlan sememangnya menjadi mangsa liwat Anwar Ibrahim. Justeru itulah, sokongan rakyat diperlukan tanpa berpandukan fakta sepatutnya. Misteri Bermula Ketika Si Saiful Mengadu Ke HKL Ini pula info terbaru dan panas yang tidak pernah didedahkan dalam mana-mana laman blog atau pun saksi-saksi kes liwat II di mahkamah. Ia berkaitan dengan perjalanan sebelum kes ini digemparkan oleh Saiful Bukhari dulu. Mungkin versi ceritanya agak berbeza, namun ramai kakitangan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) lebih mengetahui kebenarannya. Cuma mereka agak takut untuk bersuara lantaran tidak mahu dikenakan tindakan oleh pihak yang berkenaan. Namun, atas dasar tidak mahu ada manusia dizalimi secara berterusan oleh pihak terbabit maka kami terpaksa membongkarkan apa yang berlaku biar pun cuba dinafikan. Semasa memberitahu mahkamah pada 3 Feb 2010 dulu, Saiful ada mengatakan selepas penat kerana telah pergi ke dua buah hospital sebelum itu, dia telah ke Hospital Kuala Lumpur dan membuat pengakuan bahawa dia telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada seorang doktor lelaki. Pengakuan tersebut menyebabkan doktor berketurunan India bernama Dr. Daniel yang berada disitu terkejut. Ekoran pengakuan itu, doktor yang berada di wad pesakit luar hospital berkenaan telah menulis satu nota dan mengarahkan bekas pembantu peribadi Anwar itu untuk ke wad kecemasan di Pusat Khidmat Krisis Sehenti (One Stop Crisis Centre - OSCC) HKL. Dia yang tiba di unit pesakit luar hospital berkenaan kira-kira pukul 3 petang terpaksa menunggu sehingga pukul 9 malam sebelum diperiksa di OSCC. Sebelum diperiksa, seorang doktor yang datang menemui Saiful di wad berkenaan telah menasihatinya untuk membuat laporan polis kerana tanpa laporan tersebut, pemeriksaan rapi akibat diliwat tidak boleh dijalankan. Anehnya dia sudah buat laporan ketika polis dan mengaku sudah ada saksi kes itu. HKL Kecoh Gara-Gara Si Saiful Ada Wahyu TPM Apa yang menggemparkan berlaku ketika Saiful tiba di kaunter wad pesakit luar HKL ketika itu?. Semua ini tidak didedahkan oleh saksi-saksi kes berkenaan sebenarnya. Namun, difahamkan ketika tiba di kaunter pertanyaan terbabit terdapat beberapa orang kakitangan HKL yang berada disitu. Mereka terkejut apabila Saiful mengaku diliwat dan menyatakan beliau diarahkan oleh Najib Razak (ketika itu TPM) supaya membuat laporan perubatan disitu. Ketika ditanya apakah dia sudah membuat laporan polis berkenaan perkara itu, Saiful khabarnya mengaku laporan polis dan saksi-saksi semuanya sudah lengkap. Malah beliau dengan "berlagak" seolah-olah tidak "seperti mangsa liwat" berkali-kali mengatakan beliau datang ke situ atas arahan Najib. Akibat terkejut dengan pengakuan itu, kakitangan HKL yang berada disitu termasuk beberapa orang jururawat terpinga-pinga untuk mempercayai atau tidak. Kekecohan berlaku di HKL hingga menyebabkan Pengarah HKL sendiri, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain (foto) terpaksa turun untuk meredakan keadaan pada malam tersebut. Masing-masing kecoh kerana terpaksa membuat pemeriksaan yang rapi terhadap "Saiful Bukhari" gara-gara beliau mendapat "wahyu" daripada TPM Najib Razak ketika itu. HKL kecoh gara-gara Saiful kata ada wahyu Najib ketika buat laporan Senario yang berlaku di HKL pada malam itu adalah sesuatu yang amat mendukacitakan ramai kakitangannya. Malah mereka mula tertanya-tanya siapakah Saiful hingga boleh mendapat "wahyu Najib" gara-gara mengaku dirinya diliwat. Mereka juga terkejut apabila Saiful melangkaui prosiding laporan perubatan apabila mengaku beliau sudah lengkap segalanya termasuk laporan polis dan juga saksi-saksi kes berkenaan. Maknanya disini, seolah-olah ada sesuatu yang tak kena dan memang ada satu perancangan jahat untuk mensabitkan Anwar Ibrahim dengan kes liwat II ini sebenarnya. Rata-rata kakitangan HKL yang tahu akan hal ini hairan kerana Saiful tidak sedikit pun menggambarkan dirinya "mangsa liwat" ketika membuat laporan. Apa yang jelas mereka yakin dan pasti ini adalah satu konspirasi sebenarnya, makanya rakyat perlu bertahan untuk terima kenyataan memang ada benda yang tidak kena dalam kes liwat II ini. [Lagi Panas! Saiful Masuk Wad Psikitari dan ditekan supaya terima takdir dirinya memang mangsa liwat. Pendedahannya akan dibuat dalam siri akan datang? Kami mendapat lebih banyak sumber maklumat terbaru yang jelas sekali mengaitkan kes ini dengan isu tekanan pihak-pihak tertentu terhadap Saiful Bukhari Azlan agar "menerima takdir" dirinya diliwat. Justeru itulah kita tidak hairan berbagai adengan kontroversi berlaku dalam kes ini. Semuanya kerana skrip dan percaturan yang telah dibuat oleh pihak berkenaan "tanpa persetujuan mangsa". Mangsa hanya diarahkan menerimanya dengan hati terbuka dan yang lainnya telah diatur oleh pihak yang berkenaan. Banyak maklumat kini mula didedahkan oleh kakitangan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang semakin "bosan dan malu" melihat perjalanan kes yang sungguh menjijikkan ini. Makanya, tidak perlulah penyokong UMNO BN terus mendesak agar Anwar memberikan DNA beliau bagi membuktikan "lelaki Y" itu adalah dirinya. Kini, mahkamah seolah-olah membicarakan dan membenarkan apa yang sudah lama menjadi keraguan seluruh rakyat Malaysia sebenarnya. Semoga Saiful Bukhari sedar dari dunia khayalan ini dan dapat menerima hakikat yang beliau kini menjadi mangsa percaturan politik jahat pihak-pihak tertentu. Kembalilah kepada kebenaran dan sememangnya kes seperti ini andai diteruskan juga jelas sekali akan memalukan sistem perundangan negara kita ini di mata dunia. Berpijaklah dibumi nyata yang kebenaran pasti akan terserlah akhirnya]. |
Bahang Pilihan Raya Negeri Makin Terasa, Ketua Menteri Sarawak Umum Bubarkan DUN Isnin Ini Posted: 18 Mar 2011 09:53 AM PDT KUCHING [20 Mac] - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud semalam mengumumkan DUN Sarawak dibubarkan Isnin ini, dan notis mengenainya telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Sehubungan pembubaran itu, pilihan raya negeri hendaklah diadakan dalam masa 60 hari. Khabar angin juga bertiup kencang bahawa hari pengundian akan jatuh pada 16 April. Bagaimana pun masih belum jelas bilakah tarikh penamaan calon dijalankan kerana ia bergantung kepada tempoh berkempen. Menurut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh untuk hari penamaan dan penamaan calon. Bagaimana pun, dijangkakan tempoh berkempem selama lapan hari berdasarkan amalan dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini. Dalam pilihan raya lalu BN hilang lapan kerusi kepada pembangkang. Enam dimenangi DAP dan masing-masing satu kerusi untuk PKR dan bebas. [Nampaknya, pilihan raya Negeri Sarawak kali ini lebih mencabar dan panas berbanding dari yang sebelumnya. Apa tidaknya, selepas Tsunami 2008 maka inilah satu medan pertempuran palin hebat untuk menentukan penerimaan sebenar rakyat di negeri talian hayat BN itu. Jika kecundang atau banyak kerusi BN tumbang, maka ia pasti satu igauan yang amat buruk dan mimpin ngeri buat PM Najib Razak untuk mengilhamkan Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Namun, jika mereka menang bergaya, maka sudah pastilah PRU bakal diadakan dalam masa terdekat selepas pilihan raya negeri itu nanti. Apapun, harus diingat BN tidaklah hebat sangat jika merasakan mereka terlalu sukar untuk ditewaskan. Ini kerana enam kerusi DUN tumbang sebelum ini dan terbaru kerusi Parlimen Sibu juga berjaya ditakluki oleh Pakatan Rakyat. Apa yang pastu, limpahan kemewahan dan projek mee segera pasti akan turun mencurah-curah ke Sarawak pula selpas ini. Merana dan terkilanlah rakyat di DUN Merlimau dan Kerdau yang sekarang ini menagih segala janji-janji yang ditaburkan oleh BN dalam pilihanraya kecil lalu, Mereka kini baru tersedar bahawa, segala janji itu hanyalah auta semata-mata demi menagih undi simpati daripada rakyat. Selepas menang, maka itu kehidupan mereka dan mungkin untuk selama-lamanya. Oleh itu, apakah rakyat Sarawak akan alami nasib yang sama? Sama-sama kita nantikan pengumuman tarikh pilihanraya negeri dalam masa terdekat ini. Buat seluruh rakyat Sarawak, inilah masanya untuk melakukan perubahan. Selamat berjuang demi masa depan generasi akan datang!]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan