Pahang Daily Online |
- Video Panas: Insiden "Kekecohan" Semasa Hari Pengundian, Polis Sepatutnya Pantau Pemimpin BN Yang Sengaja Lalu Di Tempat Penyokong PAS
- Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau: Tahniah Di Atas Kemenangan Syed Ibrahim, Semoga Segala Janji Kepada Rakyat Dapat Di Tunaikan Hendaknya !!
- Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau: "Calon UMNO" BN, Roslan Ahmad Menang Dengan Majoriti Besar
| Posted: 06 Mar 2011 11:36 PM PST Sila pause atau stop TV PAS diatas untuk mendengar keriuhan insiden ini Inilah wajah pemimpin UMNO yang dipercayai terlibat dalam insiden itu [Kejadian yang berlaku di pagi hari (6 Mac) berhampiran Sek Men Kerdau itu telah mengejutkan ramai pihak terutamanya pengguna jalanraya yang melalui kawasan itu. Paling mengejutkan ia melibatkan seorang pemimpin kanan UMNO iaitu Dato' Sharkar Shamsuddin yang merupakan Exco Kerajaan Negeri dan juga Timbalan Ketua UMNO Pahang sebenarnya. Insiden dipercayai berpunca akibat provokasi kedua-dua belah pihak. Sepatutnya pemimpin terbabit tidak turun kenderaan dan sengaja lalu di kawasan penyokong PAS. Beliau boleh terus berhenti di kawasan penyokong UMNO BN yang terletak berhampiran. Mungkin sengaja atau tidak disengajakan, ianya menimbulkan misteri. Malahan sikap beliau yang mengherdik penyokong PAS dengan mengatakan kononnya beliau anak tempatan menyebabkan penyokong PAS yang rata-rata tidak mengenali beliau marah. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku andai pihak polis memastikan pemimpin UMNO tidak lalu di kawasan penyokong PAS sebenarnya. Bila sengaja cuba cari pasal inilah jadinya]. |
| Posted: 06 Mar 2011 10:47 PM PST |
| Posted: 06 Mar 2011 08:20 AM PST
[Kemenangan calon BN itu sememangnya sudah dijangka oleh ramai pemerhati sebenarnya. Tambahan pula dengan kekuatan jentera dan kewangan yang ada, sememangnya mereka layak untuk menang walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Harapan kita semoga YB Syed Ibrahim dapat melaksanakan tugasnya dengan jujur dan amanah kepada rakyat. Moga, beliau dapat mengotakan segala janji-janji pilihan raya yang telah dibuatnya. Jangan biarkan rakyat tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya, apakah ini wajah Pekan Kerdau selepas mengalami dua kali pilihan raya kecil agaknya. Syabas atas kemenangan dan kepada yang kalah usah berputus asa. Cuba lagi dilain waktu dan kesempatan hendaknya!]. |
| Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau: "Calon UMNO" BN, Roslan Ahmad Menang Dengan Majoriti Besar Posted: 06 Mar 2011 08:02 AM PST
[Syabas dan tahniah buat calon BN, Roslan Ahmas atas kemenangan besar ini. Semoga beliau dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang selepas ini. Kemenangan BN di Merlimau memang sudah tidak menjadi persoalan lagi. Tambahan pula PAS ketika ini tidak menang satu pun kerusi DUN di Melaka. Makanya, BN dilihat berkuasa untuk menentukan kemenangan calon mereka. Lantaran itulah kita tidak hairan apabila ramai petugas BN Melaka dihantar ker Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau untuk meneruskan agenda mereka. Ini kerana BN yakin, Merlimau bakal dikekalkan dan hanya Kerdau yang menjadi ingauan kekalahan mereka. Justeru itulah dikerahkan jentera mereka ke Kerdau sebenarnya. Apapun, kemenangan sudah diputuskan dan mereka perlu terima semua hakikat ini]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan