Jumaat, 4 Mac 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Adnan Yaakob, Haruslah Faham Istilah Bankrap Sebelum Mendabik Dada Konon Kerajaan Negeri Pimpinannya Tidak Seperti Yang Di Gambarkan !

Posted: 02 Mar 2011 09:20 AM PST

Isu "Pahang Bankrap" kini bergema di saat-saat terakhir menjelangnya Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau 6 Mac ini. Tiba-tiba Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto) "kepanasan" apabila pembangkang mempertikaikan pentadbiran kerajaannya akibat pendedahan yang dibuat dalam Laporan Audit Negara 2009. Banyak pendedahan tentang kepincangan dan penyelewengan yang berlaku membuktikan betapa lemahnya kerajaan yang dipimpin oleh Adnan Yaakob sebenarnya. Jawapan yang diberikan oleh Adnan untuk menidakkan kenyataan "bankrap" amatlah melucukan sama sekali. Kononnya adakah kerajaannya bankrap sedangkan mereka berjaya menyediakan biasiswa untuk sekolah rendah yang tidak pernah dibuat oleh lain-lain kerajaan negeri. Jawapan yang cukup melucukan oleh seorang MB bilamana merasakan "bankrap" itu maknanya kerajaan sudah tiada duit. Adnan harus faham bahawa seseorang itu akan diisytiharkan bankrap apabila mereka mempunyai keberhutangan yang serius dan tidak mampu dijelaskan dalam amaun-amaun tertentu. Bukannya bermakna beliau tidak mempunyai wang atau terus papa kedana. Mereka masih lagi boleh menjalani kehidupan seperti biasa cuma namanya akan disenaraihitamkan oleh agensi berkenaan. Malah, semalam Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vuie Keong mendedahkan ramai penjawat awam di negara ini dibelenggu masalah hutang yang serius yang memungkinkan kepada "kebankrapan". Beliau berkata tahun 2009 sahaja, Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan 1,086 penjawat awam diisytiharkan bankrap di mana 72.74% daripadanya ialah lelaki.


Bukti kenyataan keratan akhbar penjawat awam bankrap
yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian (3 Mac 2011)
[Makanya, dalam konteks kerajaan negeri Pahang itu dikatakan bankrap ia bermakna kerajaan pimpinan Adnan telah mengalami keberhutangan melampau dengan kerajaan pusat dan kegagalan menguruskan kewangan dengan baik. Lantaran itulah "Bajet Defisit" senantiasa dibentangkan kepada rakyat negeri ini sebenarnya. Malah kerajaan negeri pimpinan Adnan gagal membayar hutang-hutang berbentuk saman oleh pihak tertentu dalam isu pembalakan. Sebagai beka seorang guru, maka Adnan perlu faham tanggungjawabnya sebagai Menteri Besar, usahlah asyik meluluskan kawasan pembalakan dan lombong bijih besi kepada kroni-kroni sahaja. Sedangkan kerajaan negeri hanya mendapat tempias daripada projek berkenaan, sebaliknya kroni-kroni dan mereka yang dipercayai rapat dengan beliau makan hasilnya. Bukan ribu malah jutaan ringgit. Banyak maklumat yang telah diperolehi mengenai kelulusan kawasan lombong kepada mereka yang "tidak bertanggungjawab". Malahan ada yang tergamak untuk tidak langsung membayar sebarang bayaran kepada Kerajaan Negeri Pahang selepas melombong, biarpun mendapat keuntungan jutaan ringgit. Dipercayai syarikat yang berkenaan mempunyai hubungan rapat dengan Adnan Yaakob dan kepimpinan UMNO Pahang ini sendiri].

Tiada ulasan: