Muslimeen United |
- Video Seks: Jakarta Post Selar Akhbar Malaysia Langgar Etika Kewartawanan
- Dari Stadium Melawati Shah Alam
- Allah kurniakan akal untuk berfikir, jangan undang kemurkaanNya!
- Kenapa mereka bermati-matian ingin mempertahankan Putrajaya…
- Tengok nii...Mengundang Laknat Allah..
- Cabar tinggalkan BN: MCA terus berperang dengan Nazri
- Jepun sering berbohong dalam mempromosi faedah loji nuklear
- Fitnah Ke Atas Wartawan Harakah Pula
- RM52b lesap: Najib mesti bertanggungjawab
- Kenali individu di sebalik 'Datuk T'
- 3 kereta polis kelilingi rumah Azmin untuk serah notis
Video Seks: Jakarta Post Selar Akhbar Malaysia Langgar Etika Kewartawanan Posted: 28 Mar 2011 09:43 AM PDT Jakarta: The Jakarta Post menyifatkan politik di Malaysia, kotor kerana melibatkan seks, media dan video konspirasi yang berterusan. Kolum editorial akhbar terkenal Indonesia itu memuatkan pandangannya dengan menyentuh siri fitnah terbaru terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa terlibat dengan rakaman video lucah palsu baru-baru ini. "Minggu lalu media tempatan melaporkan politik kotor terbaru Malaysia (kononnya) melibatkan Anwar Ibrahim dalam video lucah bersama pelacur di hotel. "Timbul pertanyaan bagaimana ia boleh berlaku sedangkan Anwar berdepan kes sodomi di mahkamah," kata editorial itu yang turut menyebut kerajaan mengawal media untuk diperalat bagi merosakkan imej Anwar, sekalipun terpaksa melanggar etika kewartawanan. "Media Malaysia tidak melaporkan mengenai orang dalam video tetapi menyatakan lelaki itu mirip Anwar bagi menjatuhkan kredibiliti dan integritinya di mata masyarakat. "Kebenaran dan pengesahan tidak dihirau apabila ia dijadikan alat propaganda," kata tulisan, sinis. Editorial akhbar itu turut menyelar tindakan individu yang terlibat dalam penyebaran video itu sebagai pengecut kerana menggunakan media. "Sumber video tidak didedah, sikap mereka seperti pepatah Melayu 'lempar batu sembunyi tangan' kerana tiada sesiapa mahu bertanggungjawab atas penayangan video itu. "Tetapi media arus perdana melaporkan berita itu daripada sudut pemerhatian mereka," kata tulisan itu yang menganggap media seperti memberi tekanan kepada Anwar untuk membuat penafian sebagai satub bentuk gangguan sehingga pilihan raya umum akan datang. "Media meletakkan tanggungjawab pada Anwar untuk menafikan perkara itu, sesuatu yang kemungkinan akan membuatnya sibuk selama beberapa bulan dan bertahun-tahun, sehingga pilihan raya umum akan datang. "Kita pernah menyaksikan kes seumpama ini ketika Anwar dipenjara buat pertama kali tetapi dibebaskan pada 2004 selepas Mahkamah Agong membatalkan kes tersebut," kata tulisan itu lagi. -batuvskayu |
Dari Stadium Melawati Shah Alam Posted: 28 Mar 2011 09:38 AM PDT Puluhan ribu menghadiri Solat Hajat dan Ceramah melawan Fitnah 3 di Stadium Melawati Shah Alam... (gambar ehsan MediaRakyat) DATUK JO - DEMI ALLAH, LELAKI DALAM VIDEO TERSEBUT BUKANLAH ANWAR IBRAHIM, DISAMBUT LAUNGAN TAKBIR BERGEMA SELURUH STADIUM! Himpunan rakyat yang melebihi 30ribu orang di stadium malawati, selangor dalam Solat Hajat dan ceramah khas Menangkis Fitnah Jahat ke atas DSAI dan Pakatan Rakyat tunjukkan bahawa rakyat sudah muak dan benci gilo babi kepada UMNO-BN-RO$MOH MAN$OR-APCO+YAHUDI ZIONIS. fitnah melampau UMNO/BN kepada Pakatan Rakyat kini sedang dibela oleh rakyat sendiri sedangkan koleksi rasuah dan kezaliman kerajaan UMNO-BN kepada rakyat malaysia khasnya rakyat kelate dan sarawak sedaya upaya disapu ke bawah karpet NKRA+ETP oleh firaun Najib dan firaun MatTaib serta parti Firaun UMNO-BN. TG NIK AZIZ TIBA DISAMBUT LAUNGAN TAKBIR! |
Allah kurniakan akal untuk berfikir, jangan undang kemurkaanNya! Posted: 28 Mar 2011 02:03 AM PDT Anwar digambarkan sebagai pelaku seks songsang yang ganas. Didedah kononnya berlaku seks oral, penetrasi liwat melalui punggung dan sebagainya. Anwar dan keluarga dimalukan dalam episod jahat yang memualkan, gara-gara kerakusan kuasa pemimpin Umno-BN. Kejahatan mereka untuk menyembunyikan fakta akhirnya gagal ditutup dengan keterangan di mahkamah. Beberapa fakta besar yang dibongkar di mahkamah mendedahkan semua kedangkalan Umno-BN. Pertama, menerusi keterangan pegawai penyiasat polis, Superitendan Jude Blacious Pereira jelas membuktikan pembabitan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Najib dan Rosmah seringkali menafikan pembabitan mereka, kononnya pertuduhan liwat hanyalah antarta masalah bekas kakitangan dan majikan. Kerajaan dan Umno-BN tidak ada kena mengena kata Najib. Tajuk asal: OTAK anda masih waras? sila baca dan teliti dengan waras... |
Kenapa mereka bermati-matian ingin mempertahankan Putrajaya… Posted: 28 Mar 2011 02:03 AM PDT |
Tengok nii...Mengundang Laknat Allah.. Posted: 28 Mar 2011 01:56 AM PDT Inilah Islam Cacamarba ala Umno Haprakkk... Pakai tudung elok dah..tetapi tangan menggenggam api neraka apabila dengan selamba tanpa rasa berdosa bersalam dengan bukan muhrim...Rosmah buat selamba aje..inilah yang paling disukai oleh chua soi lek. Dari Ma'qil bin Yasar Radhiyallahu 'anhu, dia menceritakan, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda. Artinya : Andaikan ditusukkan ke kepala salah seorang diantara kalian dengan jarum besi, yang demikian itu lebih baik daripada dia harus menyentuh wanita yang tidak dibolehkan baginya . |
Cabar tinggalkan BN: MCA terus berperang dengan Nazri Posted: 28 Mar 2011 01:42 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 Mac: Kemarahan pimpinan MCA terhadap Datuk Seri Nazri Aziz nampaknya belum berakhir walaupun Naib Presidennya, Datuk Ng Yen Yen berkata, parti tidak mencadangkan agar Nazri meletakkan jawatan. Hari ini, ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Loh Seng Kok mencadangkan agar Nazri menyertai DAP ekoran dakwaannya DAP adalah parti pelbagai kaum. Loh yang juga Timbalan Pengerusi Biro Penerangan MCA dalam kenyataan medianya hari ini berkata, penyertaan Nazri sesuai kerana DAP masih belum mempunyai suara Melayu yang cukup. Loh menyertai rakan-rakannya dalam MCA menyerang Nazri ekoran temubual khas Nazri dengan akhbar Nanyang Siang Pau baru-baru ini. Dalam wawancara itu, Nazri menyelar MCA yang terus-terusan menyalahkan Umno ekoran kekalahan mereka dalam pilihan raya umum 2008 lalu. Dia juga mencabar MCA tinggalkan BN jika tidak berpuashati dengan Umno daripada terus-terusan memukul Umno setiap waktu. Nazri juga memberikan amaran kepada Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek agar jangan berlagak seumpama hero Cina yang cuba menaikkan reputasinya dengan memperlekehkan Umno. Dia juga mempermainkan Chua ekoran DVD seksnya dengan berkata, dia telah tidak diterima oleh pengundi kerana 'alat sulitnya' telah terdedah kepada umum. "... ia telah dilihat oleh semua orang, awak fikir pengundi wanita akan sokong dia," kata Nazri dalam wawancara dengan Nanyang itu. Dalam wawancara itu juga, Nazri berkata, MIC sepatutnya menyerahkan kesemua enam kerusi DUNnya di Perak selepas kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu. Ahli perlimen Padang Rengas, Perak itu berkata, parti kaum India itu tewas di kesemua enam kerusi yang ditandinginya di Perak dalam pilihan raya umum lalu, dan kerusi-kerusi tersebut boleh menyebabkan Perak jatuh semula ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang. Hrkh |
Jepun sering berbohong dalam mempromosi faedah loji nuklear Posted: 27 Mar 2011 08:21 PM PDT NAGOYA (Jepun): Beratus-ratus orang menyertai tunjuk- tunjuk perasaan antinuklear di Jepun semalam berikutan kemalangan nuklear paling buruk negara itu apabila sebuah lojinya di Fukushima dilanda tsunami 11 Mac lalu. Para pekerja pula bertungkus lumus cuba mengeluarkan air tercemar daripada loji itu berikutan laporan ada kenaikan mendadak paras radiasi. Namun, paras itu akhirnya didapati satu kesilapan. Para pegawai Jepun meminta maaf atas satu kesilapan yang menyebabkan beberapa kakitangan melarikan diri dari reaktor loji itu apabila satu ukuran menunjukkan radiasi mencapai paras 10 juta kali lebih tinggi daripada normal dalam sistem penyejukan reaktor itu. Di ibu kota Jepun pula, sekitar 300 orang, ada yang memakai topeng gas, berbaris di luar ibu pejabat Tokyo Electric Power (Tepco), pengendali loji itu, sambil melaungkan 'Kami tidak perlu loji-loji nuklear!' Demonstrasi serupa diadakan di bandar utama Nagoya dengan penunjuk perasaan berhimpun di luar pejabat syarikat tenaga serantau, Chubu Electric Power, sambil melaungkan: 'Kami tidak mahu satu lagi Fukushima'. 'Saya ingin memilih cara hidup saya dan tidak mahu tinggalkan bahaya bagi generasi masa depan,' kata seorang penduduk Nagoya, Encik Shigeko Furumichi, 63 tahun. Para pencinta alam sekitar telah lama memberi amaran tentang risiko yang ditimbulkan loji nuklear Hamaoka milik Chubu Electric Power, 120 kilometer dari Nagoya. Loji nuklear itu terletak di atas satu zon benam dekat sempadan dua plat tektonik, di kawasan yang dikhuatiri hanya menanti masa berlakunya satu gempa besar. Jepun, yang menghadapi sekitar 20 peratus daripada gempa besar seluruh dunia, menjana 30 peratus tenaganya daripada sumber nuklear. Loji Fukushima Daiichi, 250 kilometer di utara Tokyo, teruk terjejas apabila gempa berukuran 9.0 pada skala Richter dan tsunami besar merosakkan sistem penyejuknya. Kemudahan usang itu digegar beberapa letupan dan kebocoran radiasi, yang mencemari hasil pertanian dan air paip di kawasan itu. 'Jepun sering berbohong dalam mempromosi faedah loji nuklear,' kata seorang penujuk perasaan, Encik Atsuchi Fujuki. Sebelum itu, pekerja di Fukushima telah lari dari sebuah reaktor rosak semalam selepas terdapat laporan kenaikan mendadak keradioaktifan, yang mencapai paras 10 juta lebih tinggi daripada biasa. Angka itu terlalu tinggi hinggakan pekerja yang mengukur paras radiasi itu melarikan diri sebelum mengambil ukuran kedua, kata pegawai. Namun ia didapati satu kesilapan. 'Angka itu tidak boleh dipercayai,' kata jurucakap Tepco, Encik Takashi Kurita. 'Kami meminta maaf.' Angka kematian disahkan ekoran bencana berganda itu semalam 10,668 orang, dengan lebih 16,574 orang hilang, kata polis. -- AFP, AP. |
Fitnah Ke Atas Wartawan Harakah Pula Posted: 27 Mar 2011 08:16 PM PDT Video seks: Wartawan Harakah pula difitnah Wartawan Kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob menafikan fitnah blogger Umno yang mendakwa beliau ada menyatakan kononnya imej dalam video seks membabitkan seorang tokoh pembangkang itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya, beliau menyatakan 'muka individu itu adalah serupa dengan Anwar'. Namun selepas melihat susuk tubuhnya, perut yang buncit meyakinkan beliau bahawa individu itu bukanlah Anwar. Beliau menjawab demikian ekoran dakwaan Papa Gomo yang menuduh beliau ada mengaku individu dalam video seks itu adalah Anwar dalam satu pertemuan di sebuah restoran malam tadi. "Dalam Rbf ada menyebut kononnya saya ada bertemu dengan beliau di sebuah restroan di Jalan Yap Kuan Seng, sedangkan saya sendiri selepas dari habis bekerja, saya pulang ke rumah di Seremban, saya menafikan saya ada bersama di Jalan Yap Kwang Seng. Ia Satu fitnah," katanya. Beliau menyatakan, sebaik pulang dari melihat video itu beliau terus menemui Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution pada jam 2.00 petang di Parlimen dan melaporkan kepada Saifuddin tentang fitnah itu. Beliau sendiri mendapat panggilan daripada Anwar bertanyakan tentang video itu, dan beliau ada menyatakan kepada Anwar keyakinannya. Wan Nordin juga menyatakan, beliau ada melihat video tersebut kononnya wajah Anwar, tetapi apabila dilihat kepada susuk tubuh sebenarnya sangat jauh berbeza kerana perut yang buncit. Beliau menerangkan, pada awalnya beliau tidak tahu tentang tayangan video berkenaan kerana hanya mendapat jemputan kononnya ada 'sidang media khas' oleh seorang wartawan akhbar arus perdana. Beberapa kali beliau cuba bertanya apa intipati sidang itu, namun wartawan yang menjemputnya itu enggan memberitahu. Sehinggalah beliau ke loaksi, Carcosa Sri Negara dan dibawa naik ke suatu bilik yang beliau sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku. Hinggakan kata beliau, barangan peribadinya termasuk telefon bimbit, pen, perakam dan buku catatan diambil oleh orang yang tidak dikenali untuk disimpan sementara bagi masuk ke bilik sidang media. Selepas duduk di dalam bilik itu, barulah beliau tahu adanya tayangan tersebut, dan akibat ketakutan dan atas dasar keselamatan beliau enggan bertindak semasa dalam bilik dan hanya menurut kehendak pengajur sahaja. Sebelum ini Harakahdaily telah melaporkan penjelasan dari Wan Nordin barhubung bagaimana beliau dijemput ke satu sidang media yang kemudiannya bertukar kepada tanyangan video seks. "Fitnah" boleh mengena sesiapa saja. Wan Nordin atau sesiapa juga yang beragama Islam tidak sepatutnya berada di sana, tetapi malang bagi wartawan Harakah itu, terperangkap, dan "ter"tonton (jika boleh digunakan istilah sedemikian) video lucah tersebut. Adalah lebih selamat jika wartawan berkenaan sekalipun sudah masuk ke bilik berkenaan, tidak lansung menghiraukan tayangan berkenaan seperti memandang e arah lain dan tidak mengulas apa-apa pun mengenainya. Jika ada pertanyaan juga, maka kita berlepas tangan dengan menyatakan dengan tegas, saya tidak menontonnya kerana ia haram untuk kita. Ia menjadi pengajaran untuk golongan mukmin - supaya tidak terjebak dalam apa yang diistilahkan "syubhat" dan agar tidak ditimpa fitnah berkenaan. Memang kita ini lemah, maka dengan sebab itu Allah menganjurkan sekalipun terhadap orang beriman, supaya bermohon ampun kepada Allah, kerana syaitan itu sentiasa ada sepanjang perjalanan kita untuk menggelincirkan kita supaya terheret bersama dengan mereka. Semuga Allah swt menyelamatkan kita dari fitnah-fitnah yang kini nampaknya semakin bermaharajalela dan menghukum si pemfitnah itu dengan hukumanNya di dunia dan di akhirat sepertimana yang dijanjikanNya di dalam Al-Qur'an Sesungguhnya mereka yang memfitnah mukmin yang lelaki mukminah yang perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka ke atas mereka neraka jahanam, dan azab yang membakar. (Al-Buruj 85:10) *Nota: Bagi yang terkena fitnah, ayat di atas dibaca berulang-ulang kali supaya terselamat dari fitnah berpanjangan dan supaya si pemfitnah dihukum Allah serta-merta. InsyaAllah. -GB |
RM52b lesap: Najib mesti bertanggungjawab Posted: 27 Mar 2011 08:07 PM PDT "Najib mesti letak jawatan kerana gagal memastikan saham Bumiputera dipertahankan. Bukannya hendak menambah saham orang Melayu dan Bumiputera malah yang ada pun lesap," kata Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab. Katanya, seorang Perdana Menteri mesti bertanggungjawab sepenuhnya dengan kehilangan kepentingan Bumiputera itu. Baru-baru ini, Najib mengakui saham Bumiputera RM52 bilion telah hangus dan lesap, yang tinggal cuma RM2 bilion daripada jumlah asal RM54 bilion yang diperuntukkan untuk syarikat Bumiputera. Yusof yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukitt Katil hairan bagaimana sebuah kerajaan yang dikatakan sentiasa mendahulukan rakyat termasuk bumiputera sanggup menggadai saham Bumiputera dan memberinya kepada pihak lain dan kroni. "Kita menggesa Najib membuat laporan terperinci tentang kehilangan saham ini dan pada masa yang sama mesti membuat laporan kepada SPRM jika terdapat salah laku dan penyelewengan kuasa sehingga berlakunya perkara yang memalukan ini. "Mungkinkah kroni dan rakan-rakan yang rapat dengan pihak tertentu yang mendapat keuntungan dari lesapnya saham ini?" soalnya. Katanya, pengakuan Najib bahawa saham Melayu lesap sebagaimana disiarkan akhbar Harakah terbaru edisi cetak Bil 1626 edisi tidak cukup untuk mengubati kegagalannya dalam isu itu. "Beliau mesti meletakkan jawatan dan seterusnya disiasat kerana perkara ini adalah serius melibatkan kepentingan Bumiputera. "Dahlah saham orang Melayu sedikit, yang ada pun lesap entah ke mana," kata Yusof dengan kesal. -Hrkh Menurutnya, rakyat berhak mengetahui ke mana saham itu dijual dan siapa yang bertanggungjawab menjalankan kerja yang menggadaikan maruah dan kepentingan orang Melayu. |
Kenali individu di sebalik 'Datuk T' Posted: 27 Mar 2011 03:51 PM PDT Sebaik sahaja skandal video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim didedahkan Isnin lalu, tumpuan orang ramai adalah siapakah dalang di sebalik pita itu. Walaupun pelbagai nama dikemukakan, namun tugas mengenali mereka semakin mudah apabila pada pagi Rabu lalu, ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendakwa bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah adalah mereka di sebalik video itu. Beberapa jam selepas itu, Rahim dan Eskay pula tampil dan mendakwa mereka bersama bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim adalah 'Datuk T' yang bertanggungjawab di sebalik semua pendedahan itu. Shazryl Eskay Abdullah Beliau juga adalah dalam kumpulan Wawasan yang bersama Anwar, Najib Razak dan Muhyiddin Yassin yang menamatkan kerjaya politik timbalan perdana menteri ketika itu, Tun Ghafar Baba. - Malaysia Kini |
3 kereta polis kelilingi rumah Azmin untuk serah notis Posted: 27 Mar 2011 03:43 PM PDT Tiga buah kereta polis mengelilingi rumah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, untuk menyerah satu notis yang meminta agar beliau melaporkan diri di balai polis untuk diambil keterangan pada 28 Mac. Satu kenyataan dikeluarkan Biro Komunikasi PKR pada tengah malam tadi, memaklumkan media bahawa rumah kediaman Azmin Ali (gambar kanan) sedang dikelilingi polis. Bagaimanapun, berita ini dikesahkan kemudian bahawa tindakan polis tadi adalah untuk menyerah satu notis kepada Azmin Ali, agar beliau melaporkan diri di balai polis pada hari keesokan (28 Mac 2011). Peguam yang mewakili Azmin, Latheefa Koya dihubungi isteri Azmin Ali, bahawa tiga buah kereta yang sarat dengan anggota polis IPD Ampang tiba di rumah kediamannya, untuk menyerah notis tersebut. Ketika dihubungi merdekareview Latheefa Koya berkata, polis tidak menyatakan sebab mereka memanggil Azmin untuk diambil keterangan. Bagaimanapun, pihak mereka (PKR) menjangka ia mungkin berkaitan dengan Kempen Tolak kes Fitnah II, anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati pada 25 Mac 2011. Azmin Ali ialah ahli parlimen Gombak. Pada malam 25 Mac, polis dan FRU cuba menghalang Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim daripada meneruskan ceramah. Tiga anggota Angkatan Muda Keadilan ditangkap, malah Anwar dikhabarkan juga ditangkap. Bagaimanapun, Anwar dikesahkan telah meninggalkan tempat tersebut dalam kekecohan, tanpa ditangkap polis. Orang ramai yang menghadiri ceramah tersebut berasa marah, lantas membaling kerusi ke arah polis dan FRU. Latheefa Koya (gambar kiri) turut mengecam polis kerana membesar-besarkan perkara yang remeh-temeh, malah mempertikaikan, "Apa perlunya untuk menghantar tiga buah kereta yang sarat dengan anggota polis, hanya untuk menyerah satu notis? Jelas, ini membesarkan perkara yang remeh-temeh. Polis seharusnya dihantar untuk membanteras jenayah!" Selain itu, Latheefa Koya berkata, Azmin Ali selaku ADUN Bukit Antarabangsa perlu menghadiri sidang mesyuarat DUN Selangor pada Isnin (28 Mac), maka beliau tidak dapat meluangkan masanya untuk melapor diri di balai polis pada hari itu. www.merdekareview.com |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan