Muslimeen United |
- PGU 2: PAS Terengganu bakal buat perubahan
- Kit Siang: P/Raya Sarawak Pelengkap Tsunami 2008
- Ajaib! Selamat Setelah 8 Hari Tertimbus
- Sukarkah melayu untuk mengundi selain UMNO?
- DUN Sarawak bubar Isnin
- GERTAKAN GOBALA TIDAK MENJADI
- Dasyatt..Warga Tua Di Bakar Hidup-hidup...
- Malaysia Perlu Teroka Tenaga Alternatif Berbanding Nuklear
- Isu Kos Tandas Bertaraf Banglo: Jawapan YDP MPHTJ Tidak Masuk Akal
- Anak Exco Perlis didakwa miliki dadah
- Jumlah Korban & Hilang Gempa Jepun Cecah 16,000 Orang
- Tidak mustahil Pakatan Rakyat mampu membawa Tsunami di Sarawak
- Neraka menanti penceroboh asing – Diktator Gila Gaddafi
PGU 2: PAS Terengganu bakal buat perubahan Posted: 19 Mar 2011 07:14 AM PDT BESUT, 19 Mac: Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut percaya Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Zon Utara Besut/Setiu "PAS Ganti Umno" (PGU 2), hari ini merupakan satu langkah ke arah mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang. Selaku pengerusi panitia, beliau berkata PGU 2 merupakan program lanjutan dari Himpunan Kebangkitan Rakyat "PAS Ganti Umno" di Kemaman pada 15 Januari lalu. Beliau percaya program kedua itu menjadi lambang kesungguhan sekaligus menggambarkan kekuatan PAS Terengganu yang akan mencipta suatu perubahan. "Program ini adalah lambang kesungguhan sekaligus menggambarkan kekuatan yang kita mula bina bagi mencipta perubahan di negeri ini khususnya dalam Pilihan Raya Umum (PRU). "Ini sudah tentu akan membuahkan satu hasil yang memberangsangkan kepada perjuangan parti kita menuju kemenangan," ujarnya yang juga ahli parlimen Kuala Terengganu. Perasmian PGU2 disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 2.30 petang di Dataran PGU Belakang Masjid Jertih, di sini. Sebelumnya, sekitar jam 12.30 tengah hari, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merasmikan program Jamuan Rakyat dengan mengagihkan kepada para hadirin. Pengarah program, Datuk Hussin Awang berkata PGU2 yang diadakan di Besut kali ini berada dalam suasana kebangkitan rakyat terhimpit dengan ketidakadilan, tekanan kenaikan harga barang, amalan demokrasi yang tempang, masalh ekonomi, politik dan birokrasi. Beliau yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu menyifatkan kehadiran seluruh para peserta ke program PGU 2 merupakan jihad Fisabilillah kerana menentang segala kepincangan tersebut. "Saya selaku pengarah program ini mengalu-alukan kehadiran para peserta dan ahli-ahli parti dari Pakatan Rakyat dan hadirin seluruhnya. Semoga ia diganjari sebagai amalan jihad Fisabilillah," tegasnya. Antara pimpinan PAS negeri yang hadir ialah pesuruhjaya, Datuk Harun Taib, bendahari, Muhyidin Abdul Rashid, ketua muslimat, Safinah Jusoh dan ketua pemuda, Ustaz Mohd Nor Hamzah. -Hrkh |
Kit Siang: P/Raya Sarawak Pelengkap Tsunami 2008 Posted: 19 Mar 2011 07:14 AM PDT SHAH ALAM 19 MAC : Pakatan Rakyat bersiap sedia untuk membebaskan Sarawak daripada belenggu pemerintahan rasuah dan penyelewengan kuasa Barisan Nasional, susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri Isnin ini, kata pemimpin-pemimpin gagasan pembangkang itu. DAP yang mempunyai enam kerusi DUN di Sarawak, berharap pilihanraya negeri yang bakal diadakan diharap menjadi "kemuncak" yang melengkapkan tsunami politik. Pihaknya telah membuat persiapan rapi bersama rakan komponen dalam Pakatan untuk menamatkan pemerintahan 30 tahun Abdul Taib Mahmud, tambah Kit Siang. |
Ajaib! Selamat Setelah 8 Hari Tertimbus Posted: 19 Mar 2011 03:26 AM PDT
Lelaki Jepun ditemui selamat selepas 8 hari gempa, tsunami TOKYO: Seorang lelaki dikeluarkan dari runtuhan bangunan selepas lapan hari gempa bumi kuat dan tsunami melanda Jepun. Lelaki berusia 20an itu dalam keadaan terkejut dan tidak dapat bercakap apabila ditemui di Kesennuma, Miyagi, satu daripada wilayah yang teruk dilanda gempa bumi bermagnitud 9.0 itu. Mangsa ditemui sehari selepas pihak berkuasa berkata mereka menamatkan fasa operasi selepas gempa bumi dan akan memberi tumpuan kepada pembersihan runtuhan. Tidak diketahui bagaimana lelaki terbabit dapat terus hidup di kawasan yang mengalami penurunan suhu sehingga di bawah paras beku semalam. Kira-kira 7,000 orang sudah disahkan terbunuh manakala 10,700 yang lain dilaporkan hilang dalam bencana itu. - Reuters |
Sukarkah melayu untuk mengundi selain UMNO? Posted: 19 Mar 2011 03:24 AM PDT 14 Rabiulakhir 1432H. Muhammad Nuruddin Bashah Susah sangatkah kaum melayu untuk menerima PAS? Sebenarnya bukan hanya PAS yang ditolak kerana jika menolak PAS bermakna terlalu ramai kaum melayu boleh dianggap menolak perjuangan Islam yang di bawa PAS. Sebenarnya sindrom yang berakar umbi dalam sosio kehidupan melayu ialah sindrom penolakan terhadap pembangkang selain BN malah mungkin menganggap malaysia adalah negara uni-parti seperti sesetengah negara arab diktator. Mereka menganggap pembangkang sebagai musuh dan bukannya pengimbangtara dalam sebuah sistem demokrasi berparlimen yang sihat. Rata-rata kaum melayu masih belum tergamak memilih pembangkang malah menganggap pembangkang adalah parti-parti yang dicipta oleh penjajah untuk mencabar UMNO iaitu penyelamat mereka. Jika ditinjau daripada kekalahan dua pilihanraya kawasan majoriti Melayu, jelas kaum melayu masih sukar menyambut sebarang pembangkang ke kawasan tertentu mereka. Merlimau yang terletak di Melaka, merupakan sebuah kubu kuat UMNO, seperti juga kawasan kawasan lain di Melaka. Di sini BN telah mampu memperolehi 5,962 undi iaitu 71.8% daripada keseluruhan undi, berbanding dengan 63.8% yang diperolehi dalam PRU tahun 2008, iaitu peningkatan sejumlah 8%. Peningkatan melebihi 8% undi Melayu dan India. Bagi DUN Kerdau Bilangan 5,060 undi yang diperolehi merupakan 68.4% keseluruhan undi, berbanding dengan 62.1% yang dicapai dalam PRU 2008. Ini adalah satu peningkatan 6.3% dalam tempoh tersebut. Keputusan ini menunjukkan undi Melayu dan India telah meningkat keparas yang amat tinggi untuk BN di Kerdau. Menurut Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Sufian, kejayaan Umno-BN di Merlimau dan Kerdau, dengan majoriti lebih besar menunjukkan pengundi Melayu masih memihak BN. PAS da Pakatan Rakyat masih gagal mengubah melayu yang masih memiliki perasaan terima kasih kepada kerajaan yang masih sangat tebal. Jika alasan ia hanya pilihanraya kecil maka biarkan sahaja mengundi UMNO ia jelas bukan alasan yang kritis atau bijak. Malah faktor material yang mampu meragut sokongan untuk menyokong UMNO dan BN mampu memberi imej buruk kepada bangsa melayu yang dianggap rendah tahap artikulasi dan pegangan politik mereka. Sampai bilakan faktor materialistik, kebendaan, janji projek dan projek mi segera terus menacing kaum Melayu? Miskin sangatkah melayu sehingga terlalu tagihkan talian hayat UMNO? Pilihanraya kecil atau pilihanraya umum, kaum melayu perlu tegar dengan itikad dan pegangan. Jika pernah menolak BN dalam pilihanraya umum atas banyak isu yang telah dimaklumi kenapa pula pilihanraya kecil sanggup menyokong UMNO atas alasan projek dan bantuan BN? Kini 5 kawasan pilihanraya kecil yang terakhir, iaitu Bagan Pinang, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau menunjukkan ada peningkatan sokongan undi Melayu kepada BN sebanyak 11% dan peningkatan undi India melebihi 33% berbanding Pilihanraya tahun 2008. Sebelum ini PRU 12 menunjukkan bahawa PAS masih gagal mendapat undi kaum melayu sebanyak 40%. Menurut Kajian Ilham Centre, berbanding sokongan terhadap PR pada tahun 2004 ke tahun 2008, sokongan kaum Cina terhadap PR meningkat daripada 27.6% kepada 91.7%. Kaum India adalah terendah iaitu hanya meningkat daripada 37.8% kepada 48%. Manakala kaum melayu masih kalah kepada kaum Cina hanya berganjak daripada 43.6% kepada 61.9% sahaja. Ilham Center juga menyatakan bahawa kaum Cina semakin berani menyatakan kehendak etnik kepada bentuk protes undi pilihanraya, malah meninggalkan politik pemusatan kaum etnik) kepada pemusatan isu dan keperluan mereka. Dr Abu hassan Hasbullah menyatakan Melayu masih keliru antara fakta, kenyataan dan stigma lapuk bahawa hanya UMNO majukan negara dan mampu selamatkan melayu sehingga menangkan BN dalam PRK Merlimau dan Kerdau. Dalam masa yang sama Dr Hassan masih meninggalkan 'assignment' kepada petugas PAS untuk terus membina imej yang lebih progresif, pragmatik, segar, dinamik serta terbilang di klangan masyarakat jika ingin terus memburu undi kaum melayu sendiri. Dalam masa yang sama ahli PAS tidak wajar mengabaikan saranan Almarhum ustaz fadzil Nor yang menggesa pas memperkasakan cawangan parti yang dianggap sebagai wakil atau duta sebenar PAS. Di Perak, masih ada beberapa UPU-UPU yang tidak didokongi oleh organisasi cawangan yang kuat. Masyarakat memerlukan petugas PAS yang manusiawi, politikawan, karismatik dalam penyelesaian masalah, diterima oleh masyarakat, menepati masa dan janji, menghargai jemputan sesiapa sahaja, tidak bersifat seperti hakim atau hanya pandai menghukum, malah masyarakat memerluka petugas PAS yang cakap serupa bikin. Masyarakat Melayu perlu disedarkan bahawa kehadiran PAS dicelahan sosiologi melayu bukanlah baru malah telah wujud awal sebelum kehadiran UMNO atas nama HIzbul Muslimin. PAS cukup arif kehendak dan keperluan Melayu dan PAS bukanlah makhluk asing yang perlu dipinggir masyarakat seolah-olah negara ini politiknya uni parti. Dalam kertas kerja yang dibentang dalam Konvensyen Pengupayaan bangsa 19 Feb 2011, (m/k 20) PAS menyatakan 3 persoalan besar yang menjadi obligasi besar PAS sama ada semasa bersendirian atau bersama Pakatan Rakyat iaitu kedudukan politik kaum melayu, kedudukan islam dan kedudukan ekonomi melayu. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. PAS akan tetap konsisten untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu serta akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah dan bukannya perhambaan kepada projek dan wang. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera selagi mana berlandaskan kepada keadlan Islam tanpa mengira fahaman da latar belakang. Pakatan Rakyat bersama PAS juga menegaskan untuk mempertahankan beberapa peruntukan perlembagaan yang melindungi kaum melayu dan bumiputera serta kedudukan Islam dan bahasa Melayu di Malaysia. Pembentangan Presiden TERAS ( dalam Konvensyen Pengupayaan Bangsa) juga menyatakan budaya kebergantungan kaum Melayu terhadap agensi kerajaan dan kepada kerajaan menyebabkan pengupayaan kaum melayu masih meleset. Malah ia juga mengundang khurafat bahawa hanya UMNO tempat bergantung kaum melayu dan hanya UMNO boleh menyelamatkan melayu. Gejala intervensi politik yang melampau kepada kaum melayu, fungsi agensi perlaksana yang korup juga menyebabkan melayu terus bergantung kepada kerajaan yang sedia ada serta tidak mahu berubah sekaligus melupakan beberapa agenda lebih besar (isu lebih besar seperti rasuah dan masa depan Negara) Kaum melayu perlu memugar minda untuk berubah jika ingin maju dan ke hadapan. Jika dirujuk Buku Taklimat Isu Penerangan (Siri Kedua) yang diadakan pada 12 Mac 2011 di Shah Alam, kaum melayu menjadi lemah dan hilang jatibangsa disebabkan oleh beberapa perkara pokok iaitu; · Tidak lagi menghayati nilai syariah Islam sebagai cara hidup. · Agensi kerajaan untu melayu dimanipulasi untuk menindas melayu dan menjahilkan melayu seperti Felda Plantation. · Melayu rela mengamalkan UMNOputera bukannya konsep Bumiputera tanpa mengira aliran politik. · Melayu mudah salahkan DAP dengan melupakan kesilapan dan sikap MCA dan Gerakan terhadap kaum Melayu. · Kaum melayu masih enak hidup bernaungkan sistem rasuah baik dari akar umbi hingga ke kabinet. Sempena Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal ke-4 Parlimen ke-12 2011, Yang Dipertuan Agong telah bertitah agar rakyat negara ini tidak bermain dengan api perkauman. Mesej ini adalah isyarat agar UMNO tidak semberono memborong isu ketuanan melayu semata-mata rakus mengaut undi melayu sehingga melayu sendiri jahil makna sebenar ketuanan melayu. Jika anda membaca novel Animal Farm tulisan George Orwell (1945) anda akan membaca watak seekor babi yang memerintah sekumpulan haiwan dalam ladang untuk berjuang atas dasar 'kehaiwanan' sehingga mengguling kuasa peladang sekeluarga (manusia). Akhirnya si babi menjadi diktator dan menindas haiwan lain atas alasan kaum mereka yang bermatian memerdekakan haiwan lain di ladang itu maka selayaknyalah babi menajdi raja dan menjaga ketuanan haiwan tersebut. Adakah novel ini memiliki isyarat yang sama dengan kempen-kempen UMNO? Melayu selalu mudah menerima pujukan UMNO untuk menolak parti selain UMNO atas banyak alasan yang diadakan seolah-olah parti lain adalah musuh negara. Jelasnya Melayu lupa bahawa kaum 'melayu' yang dianggap penjaga ketamadunan dan adi kuasa ketuanan melayu itu yang banyak mengaut keuntungan di atas kedunguan mereka sendiri. Prof Hassan Ahmad dalam majalah Dewan Masyarakat Oktober 2010 adalah menyatakan " Orang Melayu tidak boleh menyalahkan kaum lain. Yang salah adalah orang melayu itu sendiri. Diberikan kuasa, kuasa itu tidak digunakan dengan sebaik-baiknya, seadil-adilnya menurut PRINSIP ISLAM. Diberikan kemudahan dan projek, kemudaha itu digadai atau dijual kepada orang lain untuk kepentingan peribadi, tidak digunakan untuk kepentingan bangsa dan negara" Malah beliau juga menyatakan bahawa sumber tamadun melayu yang paling asasi dan utama iaitulah ISLAM dan BAHASA MELAYU kini kian terhakis akibat salah laku pemimpin melayu sendiri. Bahasa Melayu dipinggirkan, tulisan jawi dihakis hingga pupus malah Islam juga tidak menjadi intipati persidangan pemimpin melayu yang memerintah. Di kampung-kampung Melayu rata-rata menganggap bahawa Pakatan Rakyat adalah parti yang menghakis kuasa politik mereka. Malah khabarnya Pakatan Rakyat kurang meletak calon Melayu dalam pilihanraya seluruh negara. Ini suatu pembohongan yang diterima oleh kaum melayu. Perhatikan, dalam PRU 2008 pembangkang menguasai 38.3% kerusi di Dewan Rakyat. Wakil rakyat Melayu didalam pembangkang melonjak kepada 51.8%. Wakil rakyat Bukan Melayu didalam Pembangkang pula ialah 48.2% sahaja. Dalam PRU 2008 juga wakil rakyat BN Melayu adalah 62.8%. Wakil Rakyat BN Bukan Melayu pula 37.2%. Baik Pakatan Rakyat mahupun BN, pemilihan wakil ke Parlimen adalah berdasarkan komposisi kaum. Tiada isu bahawa Pakatan Rakyat mengenepi kaum Melayu. Kaum Melayu perlu berani berubah jika ingin melihat senario politik dibaiki dari pelbagai aspek seperti Indeks rasuah dan korupsi negara, Indeks pembangunan insan malaysia yang merosot, Kadar jenayah meningkat saban tahun, perbelanjaan boros pemimpin negara ke luar negara da projek-projek boros, Bahasa Melayu yang kian pupus penggunaannya (papan iklan, mahkamah, filem, bahasa pemimpin), Mahkamah yang masih dikuasi oleh ahli politik, serta kadar kemiskinan melayu yang masih tertinggi. Kaum melayu sering tertipu dengan dakyah UMNO bahawa PAS wajib ditolak kerana dasar pragmatik PAS menyebabkan PAS tergamak 'berkawan' dengan DAP. Perlu ditanya kepada golongan UMNO yang berkempen sedemikian adakah mereka memilih PAS sebelum PAS berkawan dengan DAP? Semestinya tidak kerana kempen sekadar mencari alasan agar melayu terus menidakkan pembangkang dan anti demokrasi malti parti. Melayu sering dan kerap lupa bahawa MCA juga parti perkauman Cina yang telah lama berkawan rapat sekapal dengan UMNO. Bayangkan menurut Amaluddin darus dalam bukunya Serbasalah Melayu di Malaysia bahawa MCA Selangor pernah mengeluar resolusi bahawa kaum melayu adalah pendatang di tanah Melayu kerana kecewa dengan isu DEB yang menyebabkan kerusi mereka banyak hilang ke tangan DAP pada tahun 1986 dahulu. Ini bukan hujah perkauman tetapi Melayu layak dan wajar untuk merenung sejenak apa di tepi kain mereka sendiri. Mereka ingin mendokong negara demokrasi berparlimen tetapi masih tegar pertahankan stigma fikir anti pembangkang dan politik malti parti. Jika dasar tahaluf siasi atas nama Pakatan rakyat yang disertai oleh PAS dianggap suatu dasar pragmatik yang mencarik perjuangan asal PAS, bagaimana pula suatu ketika dahulu Melayu menilai dasar UMNO untuk melebarkan sayap ke Sabah yang sebelumnya ingin dibiarkan sahaja kepada USNO? Kemudian dasar UMNO menerima bumiputera bukan Islam sebagai ahli seperti kaum Siam dan sebagainya akibat semakin terdesak dengan kejayaan PBS di sana. Maka terpampanglah di dada akhbar Berita Harian 16 Feb 1987 UMNO ke Sabah : Ahli Beragama Islam masih majoriti, disebabkan takut Melayu Islam menolak UMNO kerana dasar pragmatiknya. Adakah UMNO cerita kisah-kisah ini kepada melayu hari ini? Dasar perkauman tidak akan ke mana malah parti-parti perkauman di Timur Tengah telah bungkus. Fahaman sosialis ala arab seperti Baath' juga kini kian terhakis daripada persada pemilihan rakyat mereka sendiri. Nasionalisme terlampau yang dipupuk British kini mulai ditinggalkan oleh umat Arab yang kian sedar bangsa mereka terpecah kepada banyak negara kecil yang tidak bersepadu disebabkan bahana assobiyyah dan nasionalisme melampau. *Muhammad Nuruddin Bashah merupakan Ketua Penerangan DPPK Gopeng |
Posted: 19 Mar 2011 03:21 AM PDT Taib turut mengesahkan beliau akan memimpin kempen Barisan Nasional. Parti pemerintah itu dijangka diberi saingan hebat oleh Pakatan Rakyat dan Snap khususnya di kawasan bandar dan tempat yang mempunyai jumlah pengundi kaum Dayak yang ramai. Suruhanjaya Pilihan Raya akan bermesyuarat minggu depan untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pembuangan undi untuk 71 kerusi di negeri itu. Adalah dijangka pilihanraya itu akan ditetapkan pada awal April dengan tempoh berkempen antara tujuh hingga sepuluh hari. Taib yang menerajui Sarawak selama 30 tahun, mengumumkan pembubaran DUN itu pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berlepas pulang ke Putrajaya selepas lawatan sehari ke Sarawak. Taib berkata, beliau sudah menemui Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, untuk memaklumkan perkara itu. BN kini menguasai 63 kerusi di DUN Sarawak , dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu pimpinan Taib menang 35 kerusi, Parti Bersatu Rakyat Sabah (SUPP) 12 kerusi. Dua parti komponen lain dalam BN Sarawak, iaitu Parti Rakyat Sarawak dan Parti Progresif Demokratik (SPDP) masing-masing memegang lapan kerusi. Pakatan Rakyat pula mempunyai tujuh kerusi iaitu DAP enam dan Parti Keadilan satu. Baki satu kerusi dimiliki Parti Cinta Malaysia (PCM). |
Posted: 19 Mar 2011 12:32 AM PDT Gertakan Gobala terhadap Saifuddin nampaknya langsung tidak diendahkan oleh Setiausaha Agung PKR tersebut malahan beliau bersedia untuk berjumpa dengan Gobala di mahkamah. Jawapan rengkas Saifuddin seperti berikut, " "Alasan saya ialah saya telah ketengahkan beberapa fakta yang mengukuhkan kenyaaan awal saya mengenai punca dan sebab musabab kenapa beliau telah mengkhianati parti walaupun bertanding atas tiket KEADILAN kemudian mereka-reka segala alasan melalut untuk mengesahkan atau mensahihkan tindakannya mengkhianati parti," Katanya, sepanjang 12 tahun mengenali Gobala dalam PKR, beliau tahu kemampuan kewangan wakil rakyat itu. Sebelum meminta Saifuddin memohon maaf, sewajarnya Gobala terangkan di mana beliau memperolehi wang sebanyak itu. Tetapi Gobala memilih untuk menyelesaikan isu ini di mahkamah. Mungkin ada harapan buat Gobala menjadi jutawan segera jika memenangi kes ini, atau Gobala akan dibuktikan sebagai pengkhianat rakyat Di Bagan Serai. Apa pun keputusan di mahkamah nanti, yang jelas pengundi-pengundi di Bagan Serai sudah pasti akan menolak beliau di dalam PRU nanti. Sebelum Gobala istiharkan diri keluar dari PKR, saya telah pun menulis bahawa orang ini sedang mencipta alasan untuk keluar parti dan jangkaan saya memang tepat. Syabas buat Saifuddin yang tegas dengan pendiriannya di dalam isu ini. Pembongkaran hendaklah terus dilakukan terhadap beberapa orang lagi Adun/MP dari PKR yang telah berubah menjadi `spesis katak' ini. Inilah tempoh terakhir mereka berada di kerusi masing-masing sebelum mereka dicampakkan oleh rakyat ke tong sampah. - wfauzdin.blogspot.com |
Dasyatt..Warga Tua Di Bakar Hidup-hidup... Posted: 19 Mar 2011 12:28 AM PDT Ketua Polis Perak Datuk Shukri Dahalan berkata, mayat Ho Choong Fah, 84, ditemui pada pukul 1.50 pagi oleh sepasukan bomba yang memadamkan kebakaran di rumah tersebut. Polis yang dimaklumkan kejadian itu bergegas ke lokasi dan menemui mayat Ho terbaring di atas katil di sebuah bilik di rumah tersebut, katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan Ketua Polis Perak dengan Persatuan Peniaga Melayu, Cina dan India di sini. Beliau berkata, siasatan awal mendapati kecederaan akibat tikaman di leher Ho dan penyerang juga dipercayai cuba membakar rumahnya serta Ho dipercayai tinggal bersendirian ketika kejadian, kata beliau. Mengulas lanjut, Shukri berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima laporan mengenai kebakaran di rumah itu kira-kira pukul 9 malam dan mayat Ho ditemui selepas kebakaran dipadamkan. Kes diklasifikasi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500, bagi membantu siasatan. Sementara itu mengulas isu berlainan, Shukri berkata, Perak mempunyai Rakan Cop teramai dengan 100,543 orang. Namun katanya, daripada jumlah itu hanya satu peratus yang menyalurkan maklumat berhubung kes jenayah yang rata-rata cuma membabitkan kes lumba haram, main mercun dan kesesakan lalu lintas. Selain itu katanya, polis juga tidak dapat mengambil tindakan terhadap aduan kerana maklumat yang disalurkan khususnya menerusi khidmat pesanan ringkas tidak lengkap. Sambil meluahkan penghargaan kepada orang ramai yang menerima baik Rakan Cop, Shukri meminta agar mereka menggiatkan usaha membantu polis menangani jenayah di negeri itu. |
Malaysia Perlu Teroka Tenaga Alternatif Berbanding Nuklear Posted: 19 Mar 2011 12:27 AM PDT SHAH ALAM 19 MAC : Pakatan Rakyat yakin pembangunan intensif tenaga boleh diperbaharui menggunakan tenaga biomass atau biojisim, solar dan hidro berbanding membangunkan loji nuclear yang berisiko tinggi berikutan krisis nuklear yang berlaku di Jepun. Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat yang juga bekas pensyarah Sains Nuklear di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat perlu mengorak langkah dengan mendahului kerajaan persekutuan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui ini demi masa depan rakyat dan lestari alam. Tambah Che Rosli, kerajaan boleh mempertimbangkan penggunaan tenaga nuklear jika negara benar-benar memerlukannya dan apabila tiada tenaga alternatif lain. |
Isu Kos Tandas Bertaraf Banglo: Jawapan YDP MPHTJ Tidak Masuk Akal Posted: 19 Mar 2011 12:25 AM PDT MPHTJ pertahan kos tandas bertaraf 'banglo' Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mendakwa ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong tersilap sangka mengenai isu projek menaik taraf dua unit tandas awam di Taman Botanikal Melaka di Ayer Keroh. Menurut yang dipertuanya Sapiah Haron (gambar), kos sebenar bukanlah sebanyak RM199,800 - angka yang dianggap tidak masuk akal dan membazir. Sapiah menjelaskan, kos berkenaan sebenarnya adalah RM196,000 dan ia adalah munasabah, malah 10 peratus lebih rendah daripada apa yang disasarkan. Beliau turut menyangkal dakwaan ADUN dari DAP itu yang kononnya tender yang dikeluarkan adalah secara terus tetapi sebaliknya ia dikeluarkan secara terbuka mengikut peruntukan Kementerian Kewangan. "Lagi pun, peruntukan untuk projek menaiktaraf tandas itu adalah di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan bukannya daripada kita (MPHTJ) atau kerajaan negeri Melaka. "Lebih 100 kontraktor telah membida untuk mendapat peluang itu dan kita telah bawa mereka semua untuk melakukan lawatan tapak dan meninjau kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan terhadap projek menaik taraf untuk dua unit tandas terbabit. "Malah kontraktor yang terpilih pun adalah dari kalangan yang menawarkan harga terendah sekali," katanya. Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan ADUN dari DAP itu yang kononya kos projek berkenaan dua unit tandas terbabit sama nilainya dengan kos untuk membina sebuah banglow dua tingkat seperti yang dilaporkan Malaysiakini pada 16 Mac lalu. Jelas Sapiah, dua unit tandas berkenaan terpaksa dinaik taraf berikutan ianya sudah tidak sesuai lagi digunakan berikutan hampir keseluruhan bahagian tandas terbabit sudah rosak termasuk saluran paip utama, pintu, lantai, lampu, bumbung dan pelbagai lagi. "Kita terpaksa menukar sistem paip aliran terus dan aliran tangki simpanan pada kedua unit tandas ini manakala kita turut memasang jubin pada keseluruhan lantai dan dinding bangunan itu bagi memudahkan penjagaannya. "Kesemua singki tandas berkenaan ditukar baru dan dipasang granit. Manakala sistem saliran kumbahan kita tukar baru dan kita mengantikan tangki septik individu pada tandas terbabit. "Selain itu, keseluruhan tingkap, pintu, termasuk jenang kita tukar. Kita juga membina struktur tambahan baru iaitu kaunter di sebelah hadapan yang sebelum ini memang tiada," katanya. Menurut Sapiah, kerja-kerja berkenaan juga membabitkan pembinaan dinding penahan (rubber wall) dan membina laluan baru pejalan kaki. Longkang di sekeliling tandas yang sebelum ini tiada. "Kesemua mangkuk tandas yang sudah rosak kita tukar baru termasuk aksesori lain manakala sistem pendawaian untuk kedua-dua unit tandas terbabit kita tukar. "Secara kesimpulan kita menukarkan hampir keseluruhan tandas berkenaan yang sebelum nampak terlalu uzur sekaligus memberikan imej baru kepada pengunjung," katanya. Sapiah berkata, pihaknya sudah pun mengadakan pertemuan dengan wakil rakyat terbabit bagi menjelaskan perkara sebenar. Pertama mengenai kos. Ternyata tidak jauh beza dari maklumat yang didedahkan. RM196 ribu kos sebenar dengan RM199 ribu kos yang didakwa. Kedua: Apakah benar ianya tender terbuka dan kos RM196 ribu adalah yang terrendah? Jawapan itu mencurigakan. Ketiga: Menurut YDP MPHTJ, projek menaiktaraf tandas itu adalah di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan bukannya daripada kita (MPHTJ) atau kerajaan negeri Melaka. Jika demikian apa pasal pula tindakan MHTJ mempertahankan secara terperinci projek berkenaan? Cukup sekadar menyatakan ia di bawah Kem Pembangunan Perumahan & Kerajaan Tempatan. Tak begitu? Siasatan rapi perlu dilakukan. SPRM, PAC dan Jabatan Audit Negara perlu menyiasat ke akar umbi. Sebarang ketirisan dan penyalahgunaan wang rakyat perlu diambil tindakan. -GB |
Anak Exco Perlis didakwa miliki dadah Posted: 19 Mar 2011 12:08 AM PDT KANGAR – Seorang anak Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perlis bersama tiga lagi rakannya mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan memiliki dadah tahun lalu. Mohd. Faiz Mansor, 27, bersama Nuri Cham Churi Mat, 36, Nazeri Yusof, 39 dan Fuziana Muhammad, 25, didakwa memiliki 1.46 gram heroin dan 0.4 gram morfin di pekarangan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kong Aik, Padang Besar pukul 7 malam pada 7 Disember lalu. Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) Akta yang sama. Bagaimanapun, kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim. - kosmo |
Jumlah Korban & Hilang Gempa Jepun Cecah 16,000 Orang Posted: 18 Mar 2011 03:42 PM PDT
Tokyo – Jumlah rasmi mangsa korban dan yang belum ditemui akibat gempa dan tsunami Jepun mencapai 16,600 orang, dengan 6,405 orang dinyatakan terkorban setakat ini. Polis Nasional Jepun menyatakan, hingga saat ini jumlah korban yang belum ditemukan sejak gempa dan tsunami pada minggu lalu, menjadi 10,259 orang dan 2,409 orang tercedera. Jumlah korban terus bertambah dalam beberapa hari ini dan jumlah tersebut boleh menjadi lebih tinggi. Dikutip dari Kyodo, Ketua Wilayah, Ishinomaki di Wilayah Miyagi mengatakan, jumlah korban yang masih belum ditemukan kemungkinan mencapai 10 ribu orang. Pada Sabtu minggu lalu, NHK melaporkan sekira 10 ribu orang masih belum ditemukan di kota Minamisanriku di Wilayah Miyagi. Di tengah usaha penyelamatan terdapat khabar duka banyaknya nyawa yang hilang di sepanjang pesisir timur Pulau Honshu dimana gelombang besar merosakkan lebih dari 55,380 rumah dan bangunan lainnya.
|
Tidak mustahil Pakatan Rakyat mampu membawa Tsunami di Sarawak Posted: 18 Mar 2011 03:32 PM PDT Oleh Jebat Sarawak Kenyataan demi kenyataan, harapan demi harapan antara pihak kerajaan Sarawak dan Pakatan Rakyat sudah semakin kencang bertiup. Segala persediaan dan kelengkapan rasa-rasanya sudah disediakan untuk kedua-dua pihak saling mengempur kubu musuh masing-masing. Seperti biasa kerajaan Sarawak yang bernaung di bawah Barisan Nasional sudah rancak mengorak langkah. Pelbagai program dilaksanakan di peringkat akar umbi. Pelbagai peruntukan sudah disediakan untuk DUN masing-masing. Pelbagai berita sudah dimuatkan dalam media BN. Manakala di pihak PR pula pertemuan demi pertemuan dengan pemimpin Sarawak turut semakin rancak. Terdapat juga program untuk mengukuhkan penampilan PR sebagai alternatif terbaik untuk dijadikan rakyat Sarawak sebagai penganti BN. Reaksi rakyat Sarawak dengan adanya perkembangan teknologi media elektironik sekarang ini sangat memberangsangkan bahawa PR mampu merealisasikan harapan mereka mengoncang kekuatan kubu Taib Mahmud yang selama ini bertahan kukuh selama 30 tahun. Jika segalanya dirancang dengan teliti. Segalanya tidak mustahil untuk berlaku. Kebijaksanaan dan persefahaman jitu di pihak PR yang dianggotai oleh PKR, PAS, DAP dan SNAP membuat satu resolusi bersama yang kukuh dan ampuh mampu memikat hati rakyat Sarawak. Ya, sebenarnya bukan susah pun nak mengubah pandangan rakyat Sarawak terhadap pemilihan calon yang sesuai. Cuma seringkali berlaku kealpaan dan kebodohan di peringkat perancangan PR sendiri yang menjadikan impian tidak tercapai. Misalnya dalam PRK Sibu tempohari, perubahan rakyat mampu dicapai dengan jayanya. Jika pihak PR ingin mencapai matlamatnya untuk menggugat BN di Sarawak maka perkara-perkara pokok harus dipertimbangkan sebaik-baiknya oleh pihak komponen PR. Agihan kerusi Pastikan agihan kerusi antara komponen PR mampu memuaskan hati semua ahli komponen. Pembahagian haruslah mengelak daripada keyakinan kosong untuk menang tetapi berdasarkan kepada kemampuan kawasan untuk dimenangi oleh setiap komponen PR yang bertanding. Kalaulah ada mana-mana parti yang menyatakan keyakinan boleh menang semata-mata untuk mendapatkan ikerusi. Tak payahlah. Sejarah membuktikan bukan senang untuk menumbangkan kerajaan BN lebih-lebih lagi ia dikuasai oleh Taib Mahmud. Satu-satunya komponen yang boleh berbangga ialah DAP. Percaturan DAP dalam menentukan kerusi untuk mengukuhkan perjuangan mereka dalam politik Sarawak harus dijadikan ukuran dan panduan. Dalam perkiraan agihan kerusi untuk PRN kali ini biarlah pemimpin komponen PR Sarawak menyedari bahawa kerusi yang dipertandingkan ini hanya melibatkan kerusi DUN Sarawak. Masih ada lagi kerusi Parlimen yang belum tersentuh oleh setiap komponen. Dan seharusnya dalam proses tawar menawar kerusi DUN maka seharusnya kerusi Parlimen juga harus diambil kira. Ini bagi mewujudkan situasi menang-menang dalam komponen masing-masing. Yang penting dalam agihan ini jangan ada yang tamak haloba. Takut nanti ayam terlepas , tangan menggenggam tahi. Manifesto PRN Sarawak Manifesto pihak PR mestilah jelas kali ini. Rasa-rasanya Buku Jingga tidak sesuai dilobi untuk PRN Sarawak. Ia lebih sesuai untuk PRU 13 nanti. Namun ia juga memainkan peranan penting untuk mereralisasikan harapan PR dalam PRU 13 nanti. Pihak pemimpin PR harus memasukkan semangat perubahan rakyat Sarawak. Dengan kata lain apa sebenarnya yang dimahukan oleh rakyat Sarawak perlu dijadiikan sebagai manifesto PR. Misalnya bagaimana PR mahu menjadikan kepimpinan Sarawak di kemudian hari diwakili oleh golongan pemimpin yang tidak rasuah. Bagaimana tindakan PR sekiranya kuasa pada tangan mereka untuk pemimpin BN yang rasuah ? Jika PR mampu menciptakan keyakinan tinggi terhadap perkara ini nescaya rakyat akan berani berubah. Ini kerana rasuah di kalangan pemimpin BN terutama REJIM Taib begitu tidak disenangi oleh kebanyakan rakyat Sarawak. Sebab itulah isu rasuah Taib yang kini menjadi perhatian negara dan dunia cukup mengujakan rakyat yang sekian lama ditipu oleh Taib. Selain rasuah isu rampasan tanah oleh syarikat-syarikat yang berkepentingan dengan pemimpin BN juga merupakan barah yang menunggu untuk diubati oleh pimpinan PR. Bukan sekadar mahu membela nasib rakyat yang teraniaya tetapi bagaimana mereka mampu mengambil inisiatif untuk mengembalikan hak kepada tanah yang hilang itu kepada rakyat atau sekurang-kurangnya menambahkan keuntungan kepada rakyat hasil kehilangan tanah mereka tersebut. Jika perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam manifesto PR maka semestinya pengundi luar Bandar akan mudah memihak kepada PR. Manifesto yang focus kepada kaum wanita dan golongan tua juga harus menjadi fokus keutamaan pihak PR. Ini kerana kedua-dua kumpulan ini begitu terhaga oleh pihak BN. Jika pihak PR mampu menambah sesuatu yang lebih baik drp BN maka pastinya golongan ini mampu menyokong PR. Masa berkempen Permohonan pihak PR untuk memohon tempoh 21 hari untuk PRN Sarawak adalah sesuatu yang munasabah. Namun sekiranya perkara ini sukar dipenuhi oleh pihak SPR yang semakin menjaga parti pemerintah maka sewajarnya tempoh 14 hari seharusnya dijadikan satu ketetapan yang khusus untuk dipohon oleh pihak PR. Bukan senang nak menjelajah seluruh pelosok megeri hanya dalam masa 9 hari. Sepertimana kata pemimpin BN selama ini walaupun kerajaan sudah berkuasa selama 47 tahun namun kesukaran mereka membawa pembangunan dan perubahan di Sarawak ialah kerana kedudukan Sarawak yang cukup besar dan muka buminya bergunung ganang. Jadi apakah jaminan pihak PR pula jika masa 9 hari untuk mereka mampu menjelajah seluruh pengundi dalam masa 9 hari ? Nak menang mestilah PR perlu mencari peluang yang sehabis baik untuk mencapainya. Jentera pilihanraya Rasa-rasanya dalam PRN kali ini pihak PR bertuah kerana terdapat 4 buah negeri yang kini dikuasai oleh pihak PR. Maka dengan adanya kerajaan di 4 buah negeri ini maka rasa-rasanya bantuan daripada keempat-empat negeri tersebut mampu digunakan untuk menambahkan kekuataan kempen PR kelak. Bukan hanya sekadar jentera parti kampungan tetapi pemimpin-pemimpin negeri PR juga harus dilibatkan sama. Segala peralatan audio video mestilah dibekalkan untuk kegunaan kempen kali ini. Malah bukan sekadar ceramah berapi-api diperlukan untuk pendengaran rakyat tetapi tayangan-tayangan berkualiti mengenai kepincangan Sarawak dan pentadbviran PR juga harus ditunjukkan kepada rakyat Sarawak. Sebaran maklumat melalui media elektronik dan bahan bercetak haruslah diperbanyakkan kali ini. Biarlah segala maklumat yang ingin disampaikan kepada rakyat dapat dipertunjukkan sejhelas-jelasnya kepada pengundi Sarawak. Sedangkan pihak BN setiap masa media TV dan cetak mereka melaporkan mengenai usaha kerajaan BN membantu rakyat. Sekarang pihak PR juga mampu melakukan perkara yang sama. Sesungguhnya gandingan kempinnan Islam dalam PAS, Cina dalam DAP, Kaum Dayak dalam SNAP dan pelbagai kaum dalam PKR seharusnya memudahkan PR mematahkan sentiment pertkauman @ rasis yang sering menjadi senjata pemimpin BN. Sibu telah membuktikan keberkesanan gandingan ini dengan cara yang tepat. Selain itu cara berkempen yang lebih menekankan kepada soal kebajikan dan keselamatan kaum-kaum tua juga harus ditingkatkan kali ini. Ini kerana mereka bukan hanya menunggu durian runtuh berupa barangan makanan tetapi jaminan untuk terus sihat juga amat dinanti-nantikan oleh mereka. Masih banyak golongan yang memerlukan kebajikan terabai dan tercicir oleh kelemahan kepimpinan BN. Sewajarnya media altenatif PR sudah mewujudkan portal rasmi masa ini untuk kegunaan mereka menyampaikan maklumat dan mendapat respon isu-isu yang bakal diperlukan dalam kempen mereka. Kita lihat belum ada satu portal rasmi pihak PR untuk PRN ini. Maka sewajarnya pihak PR mengambil inisiatif yang cepat dalam hal ini. Jangan hanya tunggu waktu berkempen je. Sekarang ia sudah boleh diwujudkan. Meskipun terdapat media-media lain waktu ini tetapi bila ada saluran utama untuk PRN kali ini seluruh rakyat dapat disampaikan maklumat dengan lebih teratur dan tersusun. Calon Jadi diharapkan kali ini pighak PR akan memastikan calon PR adalah calon yang berwibawa dan mendapat kepercayaan parti dan rakyat untuk berjuang membawa suara mereka. Jangan sekali-kali menggunakan mereka yang hanya mementingkan diri. Rakyat Sarawak juga tidaklah bodoh sangat untuk menilai kredibiliti calon yang bertanding. Cuma selama ioni calon-calon yang menentang BN hanya calon tangkap muat saja. Sebab itu rakyat lebih rela memilih pemimpin kerajaan meskipun mereka tahu pemimpin tersebut gagal sebagai wakil rakyat mereka. Sekiranya segala aspek yang dinyatakan di atas mampu dijadikan sebagai perkiraan pimpinan PR dalam PRN Sarawak kali ini pastinya tidak muistahil kekuataan BN dan Taib akan Berjaya digoncangkan oleh pihak PR. Jika tidak pun Tsunami atau gempa bumi berlaku dalam kerusi DUN Sarawak kali ini. Pastinya rebut kencang angin Timur Laut mampu menurunkan hujan lebat menghanyutkan kerusi BN. Dan pastinya dalam PRU 13 nanti kerusi Sarawak akan mampu menyumbangkan kekuatan PR dalam menuju Putrajaya. |
Neraka menanti penceroboh asing – Diktator Gila Gaddafi Posted: 18 Mar 2011 03:31 PM PDT A Libyan woman (L) fires a weapon in the air as people gather to celebrate in the eastern rebel-held city of Benghazi on March 18, 2011 as UN chief Ban Ki-moon warned the Libyan regime that anyone responsible for attacks on unarmed civilians will be 'brought to justice.' A Libyan woman (L) fires a weapon in the air as people gather to celebrate in the eastern rebel-held city of Benghazi on March 18, 2011 as UN chief Ban Ki-moon warned the Libyan regime that anyone responsible for attacks on unarmed civilians will be 'brought to justice.' Libyan rebels pray in the desert on the frontline near Sultan, south of Benghazi, Libya, Friday, March 18, 2011. The U.N. Security Council voted Thursday to impose a no-fly zone over Libya and authorize "all necessary measures" to protect civilians from attacks by Moammar Gadhafi's forces, hours after the Libyan leader vowed to crush the rebellion with a final assault on the opposition capital of Benghazi. A boy looks on as Libyan rebel fighters parade in the center of Benghazi with an injured member of Moamer Kadhafi's forces captured on the outskirts of the city on March 18, 2011 as thousands gathered in the rebel stronghold for prayers and celebrations after a UN vote approved a no-fly zone. Gaddafi berkata neraka menanti penceroboh asingGaddafi says hell awaits foreign invadersLibyan dictator Muammar Gaddafi says foreign forces will receive an overly strict response, should they invade the North African country. "If the world goes crazy, so will we!" Gaddafi said on Friday. "We will respond. We will turn their lives into hell." The remarks come hours after the UN Security Council voted on Thursday to authorize a no-fly zone over Libya and take all necessary measures to protect civilians against the Gaddafi regime. Colonel Gaddafi says the Security Council had no mandate for such a resolution. He made the remarks in an interview with Portugal's state television. "This is not a war between two countries that permits the council to intervene," he added. "What is this racism, this hatred?" he asked. "What is this madness?" Gaddafi has also threatened to attack passenger aircraft as well as vessels in the Mediterranean Sea. One of Gaddafi sons has also said his family is not scared of foreign strikes against forces loyal to his father's regime. Libyan revolutionary fighters have taken to the streets of Benghazi and some other cities to express their joy at the passing of the resolution. Meanwhile, France says military action against Libya will come within hours. French government spokesman Francois Baroin said France will take part in the strikes. A number of other countries have voiced their readiness to take part in the military action. The US, and Britain and France have already agreed that Libya must comply with the new UN Security Council resolution. Meanwhile, Gaddafi forces have launched airstrikes in the eastern city of Misrata. Revolutionary fighters say pro-Gaddafi forces are pounding the city. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan