Muslimeen United |
- Anwar ulangi agenda menawan Putrajaya
- Kartun Berita Harian Persenda Tsunami Dikecam Rakyat Dunia
- RM888 Billion lesap.. Najib buat pekak..
- Datuk Haron Din minta adakan PRK Kota Siputeh
- Ombak Pantai Batu Buruk Semakin Tinggi, Polis Berkawal
- Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno Kali Kedua
Anwar ulangi agenda menawan Putrajaya Posted: 13 Mar 2011 06:08 AM PDT Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim mengulangi hasrat untuk menawan Putrajaya dan menyeru kerajaan agar menjalankan pilihan raya yang adil dan bebas. "Kita mesti menang semua kerusi. Parlimen di Selangor mesti kita tawan semua untuk kita pergi ke Putrajaya". Selain itu, Anwar (gambar kanan) meletakkan harapan yang sama kepada kerusi parlimen di Pulau Pinang. Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan yang ada sekarang ini tidak boleh zalim kepada rakyat dan menuntut agar rakyat membuat perubahan. Pakatan Rakyat dilihat komited dengan cita-cita "merampas Putrajaya" dari BN. Demikian inti utama yang terkandung dalam ucapan hampir 60 minit Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat tersebut. Anwar berucap di hadapan kira-kira lebih 2,000 orang audien yang hadir ke Majlis Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Negeri Selangor yang bertempat di Dewan Sukan MPK Sri Andalas Klang. Majlis yang dianjurkan oleh PKR Kota Raja itu juga dihadiri oleh wakil-wakil dari PAS dan DAP. Antara mereka yang hadir adalah Timbalan Presiden PKR merangkap ahli parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali, ahli parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud, EXCO Selangor Ronnie Liew dan ramai lagi. Turut memberi ucapan adalah ADUN Sri Muda Suhaimi Shafie. Anwar Ibrahim mengingatkan seluruh jentera Jakatan Rakyat agar memperkukuh kerjasama (work together) antara satu dengan yang lain dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. Dalam ucapannya Anwar menyatakan perkara perlu diutamakan adalah memberi kefahaman dan informasi sebenar kepada rakyat Malaysia mengenai dasar-dasar Pakatan Rakyat dan perkara yang akan dilaksanakan sepertimana terkandung dalam Buku Jingga. "Kita perlu baca dan faham Buku Jingga - Kuatkan Pakatan Rakyat PAS, PKR dan DAP," katanya. Pada kali ini secara jelas beliau mengulangi hasrat Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak, mengurangi tarif elektrik dan pada masa yang sama berusaha meningkatkan pendapatan rakyat. Jentera Pakatan Rakyat juga diingatkan agar bekerja keras (work hard) dalam meraih sokongan rakyat. Dalam ucapannya, Anwar menaruh harapan yang tinggi kepada anak-anak muda untuk melakukan perubahan politik di Malaysia sambil menggungkapkan beberapa potong ayat al- Quran dari surah Al-Kahfi yang antara lain menyingkap mengenai golongan "pemuda yang beriman dan kental semangat". Tidak ketinggalan juga, beliau sempat menyorot kembali bagaimana bermulanya Revolusi di Tunisia dan kebangkitan golongan anak-anak muda di Mesir melawan pemerintah yang zalim, "Kita akan lawan agar rakyat menang..." Berucap sebelum itu, Anwar juga sempat mengulas mengenai tuduhan rasuah dan cercaan peribadi oleh UMNO kepada Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat, beliau menempelak mereka dengan isu skandal berbilion-bilion ringgit duit negara yang didiamkan. Pada masa yang sama menekankan bahawa rakyat perlu tahu mengenai isu penyelewengan yang berlaku. Menyifatkan golongan itu (UMNO) sebagai golongan kaya - golongan atasan selamat dan seolah-olah boleh buat apa sahaja termasuk bunuh dan rogol tetapi apabila ada rakyat bersalah "curi ayam" pun dikenakan tindakan. Ujarnya lagi "sebab itu, rakyat kena tahu. Dalam Negara merdeka, bebas dan berdaulat. Rakyat yakan menentukan. Sebab itu saya katakan, suara rakyat suara keramat...," disambut dengan tepukan dan sorakan audien. Pada masa yang sama, Anwar tidak mahu ketinggalan menyentuh isu salah urus pemberian kontrak Petronas sebanyak RM 23 billion kepada tiga syarikat yang berkait rapat dengan keluarga mantan PM Mahathir dan Abdullah juga sebuah syarikat yang berkait rapat dengan Najib-Rosmah. Mengakhiri ucapan beliau, Anwar menyeru seluruh pejuang Pakatan Rakyat dan golongan agar mempunyai kekuatan moral dan percaya serta yakin dalam membawa misi perubahan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang. *Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas. |
Kartun Berita Harian Persenda Tsunami Dikecam Rakyat Dunia Posted: 13 Mar 2011 06:06 AM PDT Kartun tsunami Berita Minggu cetus bantahan Akhbar Berita Minggu hari ini mencetuskan kontroversi apabila ia menyiarkan sebuah kartun mengenai kejadian tsunami di Jepun yang meragut nyawa ribuan rakyatnya, lapor malaysiakini. Kartun lukisan Zoy yang disiarkan di muka dalam Berita Minggu - edisi hari Ahad Berita Harian - memaparkan superhero popular Jepun - Ultraman - lari lintang pukang dari ombak tsunami yang besar. Berikutan itu, ramai rakyat Malaysia telah menyuarakan rasa kesal dan kemarahan mereka - melalui lamanweb sosial dan Twitter - terhadap Berita Minggu, malah ada yang menggesa supaya memboikot akhbar tersebut. Satu laman petisyen online turut diwujudkan untuk membantah kartun tersebut, dan dalam beberapa jam sahaja, telah mengumpul 571 tandatangan. Beberapa ahli politik dari kedua belah pihak turut mengecam kartun yang menurut mereka sebagai tidak sensitif. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, dalam Twitter, menulis bahawa BH perlu memohon maaf kerana menyiarkan kartun tersebut yang menurutnya tidak sensitif langsung terhadap apa yang menimpa rakyat Jepun. Sementara ini siaran kartun Berita Harian itu juga telah mendapat bantahan masyarakat dunia apabila CNN ireport turut memaparkan hal bantahan tersebut di lamanwebnya. Komen-komen dari pengunjung lamanweb tersebut jelas kecewa dan marah dengan penyiaran karikatur yang tidak bertanggungjawab itu.
Diantara komen yang ada ialah: They poke a joke at this just because it's not happening at their own home. What does that tell you about BH's level of sensitivity? Well done to the EDITOR IN-CHIEF !!! GR8 JOB ON HUMILIATING THE WHOLE MALAYSIAN. Now I am ashamed to be Malaysian. This is outrageous! A total insult to Japan. Before insulting someone else, have you ever take a look at yourself? People are far more advance than you! You have no rights, under any circumstances to publish this kind of images. But since you have, commit to the consequences you have to suffer now. This is not what should be happening! We are all humans and we all have feelings. Doesn't it hurt for things... Read more … nota: Sehingga jam 7.25 pm, lamanweb Berita Harian belum menyiarkan sebarang permintaan maaf kecuali melalui mesej yang disiarkan menerusi Facebook petang tadi, pengarangnya menulis: "Berita Harian memohon maaf dengan penyiaran karikatur mengenai kejadian tsunami dan gempa bumi di Jepun dalam akhbar Berita Minggu hari ini. "Pihak kami tidak berniat langsung untuk mempersendakan bencana yang menimpa negara itu, sebaliknya amat bersimpati dan berkongsi kesedihan dengan rakyat Jepun." Pengarang Kumpulan Berita Harian Datuk Mior Kamarul Shahid, yang mempunyai kolum peribadi di halaman yang sama, juga memohon maaf menerusi mesej akaun Twitternya sekitar 3 petang tadi. TERKINI BERITA HARIAN telah pun menyatakan permohonan maafnya melalui lamanweb sekitar jam 7:38:52 PM Berikut ialah beritanya: Berita Harian mohon maaf MERUJUK kepada ilustrasi mengenai tragedi tsunami di Jepun yang mencetuskan kontroversi dalam Berita Minggu semalam, kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak berniat untuk mempersenda atau menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap peristiwa yang berlaku Jumaat lalu. Malah kami juga tidak bertolak ansur dengan sebarang cubaan untuk memburukkan keadaan di negara berkenaan. Kami mendapat banyak reaksi daripada pembaca berhubung ilustrasi itu menerusi laman sosial dan panggilan telefon daripada orang ramai yang prihatin mengenai nasib rakyat Jepun. Kami sensitif dengan tragedi yang menimpa rakyat Jepun, malah turut melancarkan Tabung Bencana NSTP-Media Prima untuk menggalakkan masyarakat menyumbang bagi meringankan beban mangsa bencana. Kami turut menghantar wartawan ke tempat kejadian bagi membolehkan mereka melaporkan situasi sebenar tragedi. Kami berasa sedih dengan kesengsaraan rakyat Jepun yang kehilangan anggota keluarga dan harta benda. Pelukis ilustrasi kami turut meminta maaf atas lakaran yang menimbulkan kontroversi. Kami amat simpati dengan kejadian terbabit dan sekali lagi memohon maaf atas rasa kurang senang yang timbul berikutan penerbitan ilustrasi itu. |
RM888 Billion lesap.. Najib buat pekak.. Posted: 12 Mar 2011 02:03 PM PST Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau membangkitkan isu mengenai wang haram itu yang didedah badan kewangan antarabangsa, Global Financial Integrity (GFI) baru-baru ini, hampir setiap hari tetapi Najib gagal untuk memberi sebarang jawapan. "Ada jawapan dari Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan? Tidak ada. Sudah sebulan setengah, setiap hari, saya serang dia dari Perlis hingga ke Sarawak. Tapi, tidak ada jawapan. Sebab apa? Sebab mereka fikir rakyat tidak tahu. "Wang haram adalah wang rasuah, kedua, wang jualan dadah bernilai berbilion ringgit dan ketiga, wang yang dikumpulkan pembesar dan tauke-tauke besar. Ini dijelaskan dalam laporan GFI," katanya pada ucapan perasmian dalam konvensyen KEADILAN Sabah di Kinarut, Papar di sini, hari ini. Anwar juga menyatakan, jumlah wang haram yang dilarikan ke luar negara pada 2008 sahaja sama dengan kekayaan Hosni Mubarak yang dibawa keluar dari negara itu, sebaik sahaja bekas Presiden Mesir itu digulingkan rakyat. "Lonjakan wang haram di bank Switzerland, tahun 2008 Malaysia mencatatkan kedudukan paling tinggi iaitu RM200 bilion. Kekayaan Mubarak sama dengan wang yang dibawa keluar. Apa bezanya Malaysia dengan Mesir," katanya. Anwar turut menimbulkan kontrak bernilai RM23 bilion kepada tiga syarikat milik kroni Umno Barisan Nasional (BN) termasuk syarikat milik anak Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Datuk Mokhzani Mahathir melalui Kenchana Petroleum. "Dia individu melayu terkaya di Malaysia. Ini pemimpin (Umno) yang bicara soal rakyat. Keris Melayu, darah Melayu tetapi hisap darah Melayu," katanya yang mengingatkan rakyat Sabah, Petronas berkait rapat dengan negeri itu, selaku pengeluar utama minyak dan gas di Malaysia. Kata Anwar, cara pentadbiran Najib berbeza dengan dasar Pakatan Rakyat yang membawa tatakelola baik bagi menghapus dan mengawal segala bentuk penyelewengan bagi mengembalikan wang itu kepada rakyat, termasuk memberi semula subsidi minyak. "Saya bincang Lim Kit Siang dan Ustaz Hadi (Awang). hari ini pilihan raya, esok jika menang saya umum atas nama kerajaan rakyat malaysia, saya dengan ini mengisytiharkan berkuatkuasa sekarang, harga minyak di seluruh negara turun serta merta," katanya. Dalam ucapannya, beliau juga menyentuh tentang tindakan Umno BN yang akan menggunakan segala cara bagi mengheretnya ke penjara mellaui pertuduhan kes Fitnah II terhadapnya. -Keadilan Daily |
Datuk Haron Din minta adakan PRK Kota Siputeh Posted: 12 Mar 2011 02:01 PM PST KANGAR – Pas percaya momentum sokongan rakyat belum beralih sepenuhnya kepada Barisan Nasional (BN) kecuali Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh dan BN membuktikan kemampuan mempertahankan kerusi berkenaan. Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, senario politik semasa khususnya kemenangan BN di beberapa PRK belum menggambarkan keadaan sebenar tahap sokongan rakyat memandangkan kawasan berkenaan merupakan kubu kuat BN. Katanya, tetapi menerusi PRK DUN Kota Siputeh, momentum sokongan rakyat akan dapat dinilai sama ada ia kembali memihak BN atau sebaliknya. "Saya minta SPR adakan PRK DUN Kota Siputeh dan jika ia diadakan, baru kita tahu sama ada momentum memihak kepada BN atau tidak walaupun terdengar cakap-cakap bahawa BN mendapat sokongan yang kuat pada masa sekarang," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kompleks Pas Perlis di sini, hari ini. Turut hadir Pesuruhjaya Pas negeri, Hashim Jasin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang. Haron berkata demikian ditanya tentang desas-desus bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan diadakan pada tahun ini berikutan momentum semasa menunjukkan rakyat telah mula beralih sokongan kepada BN. Sebelum ini, Mahkamah Rayuan telah mengeluarkan perintah penggantungan sementara keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong hingga mengundang PRK diadakan. Ini berikutan kegagalan ADUN kawasan tersebut, Datuk Abu Hassan Sarif hadir pada Sidang DUN Negeri Kedah pada 19 April dan 9 Ogos 2009. Ditanya mengenai PRU-13, Haron berkata, beliau tidak mahu membuat telahan bilakah PRU-13 akan diadakan selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak bakal diadakan tahun ini. "Bola di kaki mereka (BN), tunggu masa hendak ditendang sahaja tetapi Pas sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan," kata beliau. Bagaimanapun, ditanya apakah beliau akan menawarkan diri sekali lagi untuk bertanding di mana-mana kerusi di Perlis pada PRU-13, Haron berkata, pimpinan parti telah merangka senarai calon dan semuanya bergantung kepada keputusan yang akan diambil nanti. Dalam perkembangan lain, Haron selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kompleks Pas Negeri Perlis berkata, beliau dan ahli-ahli Pas merakamkan penghargaan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu yang telah memberi kerjasama sehingga kompleks berharga RM1.3 juta itu dapat disiapkan sepenuhnya. "Walaupun menunggu lama, bayangkan sejak pembelian tanah pada 1996, barulah kita dapat membina dan menyiapkan kompleks yang bukan sahaja bakal digunakan bagi pentadbiran parti malah sebagai pusat khidmat rakyat di negeri ini termasuk kegunaan sosial seperti majlis perkahwinan dan sebagainya," tambah beliau. um |
Ombak Pantai Batu Buruk Semakin Tinggi, Polis Berkawal Posted: 12 Mar 2011 02:00 PM PST Polis Terengganu menggerakkan anggotanya mengawal kawasan pantai terutama di lokasi sering dikunjungi orang ramai berikutan gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun. Gambar: POLIS trafik berkawal dan memberi amaran kepada orang ramai supaya menjauhi kawasan sekitar Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu kerana dikhuatiri tsunami yang melanda Jepun merebak ke pantai tersebut. Foto: Rozainah Zakaria Tinjauan Berita Harian di Pantai Batu Buruk di sini, mendapati polis mengarahkan orang ramai tidak menghampiri pantai malah peniaga dinasihat menutup premis masing-masing. Ombak di Pantai Batu Buruk lebih tinggi dengan permukaan laut di beberapa bahagian bertukar kekuningan akibat bercampur pasir. Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustapa, berkata pihaknya meningkatkan pemantauan terhadap seluruh pantai sebaik menerima arahan Ibu pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Sementara itu, seorang pengunjung, Mohd Idris Ahmad, berkata beliau terkejut apabila polis membuat pengumuman meminta orang ramai menjauhi pantai. -BH |
Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno Kali Kedua Posted: 12 Mar 2011 01:56 PM PST - Angin perubahan bergerak ke Utara setelah berjaya di Selatan KUALA TERENGGANU - 'Angin perubahan yang bertiup' bersama kebangkitan rakyat akan membawa program 'PAS Ganti Umno' ke sempadan negeri Kelantan setelah diadakan dengan jayanya di Chukai, Kemaman pada 15 Januari lalu. PAS Terengganu akan menggerakkan Himpunan Kebangkitan Rakyat Kali Kedua yang akan di adakan di bandar Jerteh, dalam kawasan Parlimen Besut pada 18 dan 19 Mac ini. Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, ia adalah antara usaha PAS yang berhasrat untuk kembali memerintah negeri Terengganu sejak ia dirampas oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke-11 tahun 2004. Dato' Ustaz Harun Taib berkata, bagi tujuan itu, PAS Terengganu terus berusaha dan merancang serta melaksanakan pelbagai program untuk menawan hati rakyat. ''Kita berhasrat dan memang berniat untuk merampas semula negeri Terengganu, jadi beberapa perancangan dan program yang telah dan sedang dijalankan sejak tahun 2004 hingga 2008 , dan 2008 hingga sekarang, "jadi oleh itu kita memikirkan sesuatu yang boleh menggerak dan menggempur (menawan) hati pengundi, kita nampak mengikut program PAS Pusat ada satu program yang amat menarik iaitu "PAS Ganti Umno","katanya pada sidang media selepas mesyuarat politik di Pejabat Badan Perhubungan PAS Terengganu, Khamis 10 Mac. Menurutnya, kejayaan Himpunan PGU kali pertama menyebabkan Umno 'tergamam' dan tidak dapat berkata-kata apabila melihat kekuatan rakyat yang begitu ramai berhimpun menyokong PAS. "Setelah kita buat ini (PGU Kali Pertama) kita gempur Umno untuk kita lihat reaksi dia, tetapi dia senyap (tergamam) tidak (dapat) berkata apa-apa, tak ada jawapan dari Umno, sebab itu kita kena buat ke sempadan Kelantan, kita rasa disini kita boleh gempur (Umno) sekali lagi,"katanya Justeru, katanya, PAS akan melengkapkan pusingan membawa kebangkitan rakyat ke seluruh negeri Terengganu dengan menamatkan program PGU sebelum pilihanraya umum yang ke 13. "Saya lihat ada kebenaran (tentang kebangkitan rakyat) dalam keadaan politik negara yang tidak menentu, (dulu di Selatan) kita akan buat di Utara termasuk Besut dan Setiu, kita bercita-cita untuk buat (Himpunan PGU) diperingkat Tengah pula, sebagai penyudah atau penamat yang mungkin akan sampai kepada garis (tarikh) pilihanraya (umum) yang akan datang,"tegasnya Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Timbalan-timbalan Pesuruhjaya, Dato' Ustaz Abu bakar Chik dan Haji Mohd Abdul Wahid Endut serta Setiausaha Perhubungan PAS, haji Yahaya Ali. -BO |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan