Muslimeen United |
- Buah silat BANGANG pemimpin Umno
- Gobala RM1.4 juta - Kita dah lama jangka...
- Shamsul : Perbelanjaan RM134,000 Tidak Munasabah
- Kenyataan "Bangang" Chua Sui Lek Kantoikan Umno...
- Fitnah 2 : Prosedur Belum Selesai, Anwar Tidur Lokap Semalaman
- PKR gesa LHDN siasat kewangan Gobala
- Najib dan Mubarak: Persamaan yang Ketara
- Fakta Paling Tepat Sepanjang Sejarah UMNO
- Kes Mahasiswa Hilang: Polis Tak Tolak Kemungkinan Wujud Unsur Jenayah
- RM2.14 Juta Diperuntuk Hantar Pelajar Pulang Ke Mesir-Hassan Ali
- Jangan bayar kompaun saman ekor - Kase
- Jennifer Peluk Islam Setelah Melihat Umat Islam Dilayan Buruk
- Zambry Kantoii...Kaum India Kecoh Di Perak..
- Ahli Parlimen Jerman prihatin kes Fitnah II dan penggantungan Anwar
- Isu FLOM, Nazri Menipu Di Dalam Parlimen?
- P’raya: PAS terus tuntut walau SPR bakul sampah
Buah silat BANGANG pemimpin Umno Posted: 10 Mar 2011 01:27 AM PST Malaysiakini melaporkan: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bersikap lebih realistik dalam membuat sebarang penilaian.Malaysiakini juga melaporkan: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pengendalian proses pilihan raya di negara ini dilaksanakan secara adil dan setanding dengan negara-negara lain.Macam ni lah rupa jawapan standard yang selalu Umno bagi. Selalu sangat depa bersilat guna buah ni. Depa selalu canangkan yang kalau kat Malaysia ni takdak demokrasi yang adil macamana PAS boleh menang di banyak kerusi masa pilihanraya termasuk masa PRK. Dan yang lebih jelas lagi, depa kata kalau takdak demokrasi yang adil macamana PAS boleh pertahankan Kelantan sampai 4 penggal. Jawapan aku mudah saja. Kemenangan dalam pilihanraya tu tak menunjukkan yang pilihanraya kat Malaysia ni adil. Tapi kemenangan tu menunjukkan PAS terutama di Kelantan berjaya mengatasi kekuatan Umno termasuk kekuatan jentera kerajaan pusat dengan bantuan media arus perdana. Maknanya, PAS Kelantan benar-benar kuat. PAS di negeri-negeri lain pun kuat jugak tapi tak cukup kuat untuk tumbangkan Umno yang sentiasa main kecoh dan ditolong pulak dari segenap penjuru oleh semua 'anjing Umno.' Yang boleh jadi Kedah boleh jatuh ke tangan PAS tu pasai kesilapan SPR 'si anjing Umno' yang buat persempadanan semula dengan mengurangkan peratus pengundi melayu dengan andaian orang bukan melayu tak ramai sokong PAS. Tu la pasainya bila tsunami 2008, Kedah dan Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Kalau tak silap aku, Mat Sabu pernah sebut dalam ceramah dia yang aku dengar yang lebih kurang maksudnya "PAS takkan boleh menang pilihanraya kalau setakat dapat sokongan 51% pengundi, PAS kena dapat sokongan lebih dari tu. Dengan Umno BN yang sentiasa main tipu, PAS kena dapat sokongan sekurang-kurangnya lebih 60% untuk menang dalam pilihanraya. Kalau PAS lawan Umno lawan satu sama satu secara demokrasi yang betul-betul adil, dah lama dah Umno BN bungkus. Lagi satu, puak-puak pencacai selalu buat pertanyaan BANGANG. "Kalau tak percaya dengan SPR pasai apa masuk bertanding pilihanraya?" Jawapan mudah aku. PAS masuk bertanding pilihanraya pasai masih lagi yakin ada peluang untuk menang walaupun SPR sentiasa 'main taik'. Lagi satu, pemimpin PAS percaya, kalau PAS tak sertai pilihanraya, Umno akan buat lebih teruk lagi, dan kesannya rakyat akan lebih menderita. Sekurang-kurangnya, dengan adanya PAS lawan Umno dalam pilihanraya, Umno fikir banyak kali jugak sebelum nak buat satu-satu benda. Cenangau Daunkari |
Gobala RM1.4 juta - Kita dah lama jangka... Posted: 10 Mar 2011 12:38 AM PST KUALA LUMPUR: Jika tiga bulan keluar parti menerima habuan RM1.4 juta, berapa pula nilai yang diperoleh seseorang Ahli Parlimen KEADILAN yang belot, dalam tempoh lebih panjang? Mengajukan pertanyaan itu, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail merujuk kepada perbuatan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan yang keluar parti dan terbukti mampu menjelaskan hutang bernilai RM1.4 juta. "Jika Ahli Parlimen Padang Serai mampu menjelaskan bayaran tanah berjumlah RM1.4 juta dalam masa tiga bulan, berapakah agaknya habuan yang beliau terima sebagai harga perkhianatan ini? "Kalau, 'nilai' Ahli Parlimen Padang Serai dengan jumlah RM1.4 juta, berapa pula habuan yang diterima Ahli-ahli Parlimen Bayan Baru, Wangsa Maju, Bagan Serai, Kulim Bandar Baharu dan Nibong Tebal," soalnya lagi pada pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Beliau turut mendedahkan bukti salinan dua cek bernilai RM700,000 dan RM 701,250 masing-masing bertarikh 12 Januari dan 15 Mac tahun ini, yang dipercayai sebagai bayaran pajakan tanah seluas 100 ekar di Lojing, Kelantan. (gambar kanan) Katanya, Gobalakrisnan secara tiba-tiba menyelesaikan bayaran pajakan tanah antara syarikat miliknya, Embun Megah Sdn Bhd dengan Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd yang berjumlah RM 1.4 juta. "Dari mana sumbernya? Siapakah yang 'bermurah hati' menolong. Urus niaga apa yang dilakukannya yang memungkinkan wang sebanyak itu diperoleh?" katanya. Beliau turut menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya 'bertanya khabar' kepada Gobalakrishnan berikutan kemampuannya membuat bayaran RM1.4 juta dalam satu transaksi Saifiuddin juga mengulangi pendirian betapa pengkhianatan pemimpin KEADILAN keluar parti termasuk Ahli-ahli Parlimen, didorong habuan lumayan yang tidak mungkin diperoleh jika kekal dalam parti. "Dek dorongan inilah ramai yang tewas. Ralatnya, mereka mencipta alasan-alasan yang tidak masuk akal untuk menjustifikasikan tindakan mereka. Selain Gobalabrishnan, Ahli Parlimen Bayan Baru, Mohamed Zahrain Hashim; Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng; Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Shamsuri keluar parti dengan pelbagai alasan. Sebaliknya, pelbagai laporan menunjukkan tindakan mereka bersandarkan faktor kewangan termasuk membayar hutang masing-masing.
Sharpshooter - Kita dah lama jangka tentang Gobala... dulu Fairus pun masuk umno katanya "saya ikhlas masuk umno setelah tiga bulan solat istiqarah...." |
Shamsul : Perbelanjaan RM134,000 Tidak Munasabah Posted: 10 Mar 2011 12:37 AM PST Justeru tuntutan supaya nilai sebenar dikemukakan selain penyelewengan fakta yang tidak munasabah memberi tanggapan bahawa kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) cuba membohongi rakyat secara langsung. "Itu jelas dari segi persepsi ada penyelewengan fakta yang mungkin dilakukan kerana ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat telah membangkitkan perkara ini dan ianya menjadi isu nasional termasuk ada satu jabatan khusus untuk mengendali isteri Perdana Menteri yang tidak pernah dalam sejarah politik tanah air," kata beliau. Nazri dalam jawapan bertulis kepada Parlimen mengemukakan senarai lawatan Rosmah ke dua negara Timur Tengah dan Bangladesh Januari lalu namun tidak menjelaskan secara terperinci wang rakyat sebanyak RM134 ribu itu dibelanjakan. Menurut Nazri lagi, kelulusan telah diberikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Sharizat Jalil, beberapa Menteri Besar dan Ketua Menteri BN serta beberapa pegawai kanan kerajaan. Shamsul menambah, pakatan rakyat sering meneliti perbelanjaan yang menggunakan wang rakyat justeru bertindak untuk melindungi penyalahgunaannya oleh pihak tertentu. Beliau turut menyarankan agar pendekatan kebebasan maklumat yang dilaksanakan kerajaan Selangor digunapakai oleh kerajaan persekutuan seraya membuka ruang kepada pemantauan lebih efisien perbelanjaan wang rakyat. "Sebab itu daripada awal lagi saya konsisten menjelaskan terdapat usaha untuk menutup perbelanjaan sebenar. Saya percaya kalau ada kebebasan maklumat seperti yang dilakukan di Selangor, kita boleh dapatkan perbelanjaan yang sebenar kerana daripada program yang dilakukan untuk mempromosi isteri Perdana Menteri telah menelan jutaan ringgit. Saya cabar menteri supaya memperincikan belanja RM134 ribu," kata Shamsul lagi. TVS News |
Kenyataan "Bangang" Chua Sui Lek Kantoikan Umno... Posted: 09 Mar 2011 11:36 PM PST MCA, katanya, tidak memahami kenapa keputusan untuk mengharamkan penjualan loteri itu diambil hanya selepas 20 tahun PAS memerintah Negeri Kelantan. Menurut beliau lagi, keputusan itu telah menyekat hak masyarakat bukan Islam yang bebas menentukan sama ada mereka mahu berjudi atau tidak. "Kerajaan PAS Kelantan perlu diingatkan bahawa kebebasan untuk memilih terpelihara di dalam perlembagaan negara dan mereka (PAS) tidak mempunyai hak untuk melanggar hak tersebut," ujarnya kepada The Star. Tegasnya, PAS telah membuktikan bahawa mereka akan mengenakan nilai-nilai yang mereka percaya betul untuk rakyat Malaysia tanpa terlebih dahulu mengambil kira sama ada tindakan mereka itu melanggari hak demokratik rakyat Malaysia yang berlainan agama dan kepercayaan. Kata Dr Chua, apa yang berlaku sekarang adalah prebiu kepada apa yang akan berlaku seandainya PAS berjaya mengambil alih kepimpinan kerajaan pusat. "Tapi saya bersedia untuk berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz untuk mendengar apa yang beliau ingin katakan berkaitan isu tersebut. Jurahan : Ulamak dan Pimpinan Umno Haprak mana pegi..??Apasal lu diam habisss.. Lu orang sekarang jadi Khinzir tunggangan MCA.. |
Fitnah 2 : Prosedur Belum Selesai, Anwar Tidur Lokap Semalaman Posted: 09 Mar 2011 11:31 PM PST KUALA LUMPUR 10 MAC: Ketua Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang Bukit Aman, DSP Jude Blacious Periera memberitahu mahkamah prosedur rakaman lisan oleh polis hanya boleh dirakamkan sebelum jam 6 petang, seraya menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan semalaman di lokap D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. Jude berkata, penahanan itu bagi membolehkan beliau menyambung sesi keterangan Anwar pada keesokan harinya. "Saya tahan kerana siasatan saya masih belum selesai. Ada beberapa soalan saya perlu tanya. Kami ada arahan tidak boleh rekod pada waktu malam," jelas beliau seolah-olah tidak jujur dengan penjelasannya. Katanya, sesi pada keesokan harinya diteruskan berkaitan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). DPP Datuk Yusof Zainal Abiden kemudian mengarahkan Jude merujuk kepingan gambar untuk mengecam individu-individu yang hadir ke kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 termasuk Anwar dan pengadu Saiful Bukhari Azlan. Mahkamah pada sebelah pagi menyaksikan Jude untuk pertama kalinya masuk ke kandang saksi. Beliau adalah saksi terakhir pendakwaraya. Beliau yang bersama-sama pengadu Saiful Bukhari Azlan sejak awal memberi keterangan tentang perkara selepas kejadian. Timbalan Pendakwaraya (DPP), Datuk Yusof Zainal Abiden menyoal balas berhubung pemeriksaan perubatan oleh tiga orang doktor di HKL pada 28 Jun 2008. Jude berkata beliau bertindak sebagai pemerhati ketika pemeriksaan dilakukan terhadap Saiful dan kemudian mengambil kesemua 12 spesimen daripada doktor untuk disimpan di pejabatnya. Kemudian Jude memberitahu telah merampas pakaian Saiful termasuk seluar dalam di rumahnya yang terletak di Bandar Utama. Pada hari yang sama Jude turut merampas sebotol gel jenama Johnson & Johnson daripada Saiful. Pada 30 Jun, beliau bersama pasukan forensik PDRM yang diketuai Superintenden Amidon ke kondominium Desa Damansara dan merampas beberapa barang termasuk sehelai rambut, karpet dan selimut di unit 1-5-1 dan 1-5-2 kondo yang sama. Pada hari yang sama, Jude menyerahkan 12 spesimen yang diambil dari HKL pada 28 Jun kepada Dr Siew Sheue Feng. "Saya buka penutup sebab saya mahu memeriksa samada penutup masih lekat dan mahu tandakan setiap barang," jelas Jude. Mahkamah bersambung 9 pagi esok. |
PKR gesa LHDN siasat kewangan Gobala Posted: 09 Mar 2011 11:28 PM PST KUALA LUMPUR, 10 Mac: PKR menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat kewangan ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang didakwa mampu membayar segala hutangnya secara tiba-tiba. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang merujuk kepada Gobalakrishnan yang bertindak keluar PKR Januari lalu mempersoal keupayaan kewangannya selepas keluar parti, sedangkan beliau sebelum ini diketahui mempunyai masalah kewangan. Menurut Saifuddin yang juga ahli Parlimen Machang, Gobalakrishnan secara tiba-tiba dapat menjelaskan bayaran pajakan tanah di antara syarikat miliknya, Embun Megah Sdn Bhd beralamat 1525, Kulim Height 3, Kulim Golf and Country Resort, Kedah dengan Kumpulan Pertanian KElantan Bhd bernilai RM1,401,250,00. Katanya, bayaran cek Hong Leong Bank masing-masing bernilai RM700,000 bertarikh 12 Januari 2011 dan RM701,250 bertarikh 15 Mac 2011 jelas menunjukkan kemampuan kewangan Gobalakrishnan yang secara berterusan menyerang PKR. "PKR menggesa Lembaga hasil Dalam Negeri memulakan tugas 'bertanya khabar' keupayaan kewangan beliau yang membolehkan bayaran berjuta ringgit dibuat terhadap urusniaga ini. Dari mana sumbernya? Siapa yang 'bermurah hati' menolong? Urusniaga apa yang dilakukan beliau yang memungkinkan wang sebanyak ini diperoleh? "Januari dan Mac 2011 adalah kemuncak tempoh serangan, kecaman dan fitnah ahli Parlimen Padang Serai terhadap PKR. Ketika ini jugalah beliau secara tidak semena-mena mampu membayar RM1,401,250 untuk bayaran tanah ini," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, Gobalakrishnan pernah menjual rumahnya sendiri, kedai kek isterinya terpaksa ditutup dan kesukaran menjelaskan pelbagai bil-bil lain. Beliau tabah dan sabar menghadapi situasi itu sehingga memenangi kerusi Padang Serai dengan tiket PKR. Namun dakwa Saifuddin, Gobalakrishnan mula berubah apabila tiga tahun bersama PKR akibat masalah kewangan dan beliau mua tidak berpuas hati akibat tidak dilantik menduduki jawatan dalam anak-anak syarikat kerajaan negeri yang difikirkan menjanjikan pulangan lumayan. PKR tegasnya mengulangi pendirian bahawa pengkhianatan keluar parti sejumlah ahli-ahli Parlimen PKR didorong habuan lumayan yang tidak mungkin diperoleh mereka jika kekal dalam PKR. "Kerana dorongan inilah ramai tewas. Ralatnya mereka mencipta alasan-alasan yang tidak masuk akal untuk menjustifikasikan tindakan khianat mereka. "Persoalannya ialah jika ahli Parlimen Padang Serai mampu menjelaskan bayaran tanah RM1.4 juta dalam masa tiga bulan, berapa agaknya habuan yang beliau terima sebagai harga pengkhianatan ini? "Dan kalau 'nilai' ahli Parlimen Padang Serai sejumlah tersebut, berapa pula habuan yang diterima oleh ahli-ahli parlimen Wangsa Maju, Bagan Serai, Kulim Bandar Baharu, Bayan Baru dan Nibong Tebal, 'rakyat hakim terbaik'," katanya. Sementara itu, ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam terkejut dengan kemampuan Gobalakrishnan membayar hutangnya dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu. "Saya terkejut dengan kemampuan Gobala. Saya yakin semua yang keluar parti itu dibeli dan seharusnya SPRM menyiasat bagaimana mereka ini boleh menjadi senang secara tiba-tiba," katanya. -Hrkh |
Najib dan Mubarak: Persamaan yang Ketara Posted: 09 Mar 2011 11:27 PM PST Pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sering menindas dan bersikap kuku besi dilihat persis corak pemerintahan bekas diktator Mesir Hosni Mubarak dakwa kepimpinan PKR. Naib Presidennya, N Surendren berkata Najib yang menerajui BN sentiasa secara konsisten menggunakan apa-apa cara walaupun jahat untuk kekal berkuasa seperti parti yang diterajui Mubarak, Parti Demokratik Nasional (NDP) di Mesir. "Terdapat persamaan yang luar biasa antara pemerintahan autoritarian selama 30 tahun di Mesir oleh Hosni Mubarak dan pemerintahan menindas selama 53 tahun oleh Najib dan BN ke atas Malaysia. "Antara persamaannya adalah: pergantungan kerajaan atas suatu sistem polis yang agam untuk menumpaskan pihak pembangkang; kawalan ketat ke atas media cetak dan televisyen; tahanan tanpa bicara yang bermotifkan politik; keadaan darurat berdekad yang tidak dibatalkan; sistem kehakiman yang berat sebelah dan berpihak kepada kerajaan; pilihanraya yang tidak bebas ataupun adil," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Namun menurut Surendran, persamaan yang paling ketara adalah kedua-dua pemimpin itu dari masa ke semasa mengheret pesaing politik mereka ke mahkamah untuk menghadapi tuduhan jenayah yang direka-reka. "Objektifnya adalah untuk menghancurkan pesaing politik secara politik dan peribadi, dan oleh demikian menghapuskan ancaman kepada pemerintahan mereka. "Rejim-rejim yang tidak bertoleransi dengan pasti akan menggunakan kaedah seperti ini kerana mereka tidak mempunyai pertimbangan keadilan dan tidak memedulikan kedaulatan undang-undang," katanya. Mubarak digulingkan oleh rakyatnya selepas jutaan mereka berkumpul dan memprotes secara aman di Dataran Tahrir sejak 25 Januari lalu selepas tidak tahan dengan pemerintahan kuku besi beliau selama 30 tahun. Menurut Surendran, kes Liwat II yang membabitkan Anwar sama dengan apa yang dilakukan Mubarak ke atas pemimpin pembangkang Mesir Ayman El Nour pada tahun 2005 sehingga menyebabkan Alyman dipenjara selama lima tahun. Anwar semasa pemerintahan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir juga pernah dipenjara selama 6 tahun. "Kerajaan Najib menggunakan taktik yang sama sahaja. Mubarak dengan terkenalnya menggunakan mahkamah Mesir untuk memenjarakan Ayman Nour, pemimpin Parti El Ghad yang dipenjarakan selama lima tahun dengan kerja berat. Persamaan dengan pendakwaan Anwar yang sekarang berlangsung adalah amat ketara," katanya lagi. Justeru Surendren berkata rakyat perlu bangkit untuk memastikan kerajaan BN disingkirkan agar penindasan, korupsi dan kezaliman dapat dihentikan sepertimana Mubarak dan NDP. "Rakyat Malaysia, bersama dengan dunia, berasa girang melihat melihat pemergian penzalim Mubarak dan kemenangan rakyat Mesir. Sekarang, kita mengalukan hari yang cemerlang apabila rakyat Malaysia mengakhiri pemerintahan membazir, lembap dan menindas BN dan pemimpinnya Najib Razak. "Pemerintahan BN yang mencerminkan pemerintahan Mubarak ke atas Mesir, mesti berakhir. Untuk kebaikan negara, BN perlu disingkirkan," akhiri kenyataannya itu. -M'kini |
Fakta Paling Tepat Sepanjang Sejarah UMNO Posted: 09 Mar 2011 08:38 PM PST Tiga bukti Umno kuda tunggangan MCA, MICKUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan membentangkan tiga bukti berfakta yang menunjukkan Umno menjadi kuda tunggangan parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk tidak pernah menambah kerusi Melayu sepanjang tiga penggal menguasai Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Pertama, beliau pada satu kenyataan media hari ini, berkata Umno setiap kali persempadanan semula, bertindak menambah kerusi di negeri lain yang mengurangkan peratus majoriti dan penguasaan Melayu di Parlimen. Walaupun 1,001 tohmahan dilempar dan disogok kepada rakyat khasnya orang Melayu untuk membenci dan curiga terhadap PAS, beliau membawa bukti kedua dengan berkata, Umno juga menyerahkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan, walaupun Umno ketika itu mencatat kemenangan besar dan memiliki majoriti kerusi berbanding Gerakan di Pulau Pinang. "Umno juga menyerahkan kerusi Parlimen Raub dan Kuantan kepada MCA walaupun sekian lama bertanding di kawasan berkenaan. Bukankah Umno menjadi alat dan boneka kepada pihak lain (MCA dan MIC)? Bukankah ini menunjukkan Umno menjadi alat dan kuda tunggangan dalam BN?" katanya. Nasruddin juga kesal kerana Umno BN mengadu domba dengan mengajak orang Melayu menolak perjuangan PAS atas alasan 'PAS berkawan dengan kafir DAP tetapi lawan Melayu Umno'. "Kenapa Umno BN marah sangat PAS bekerjasama dengan DAP? Bagaimana pula, UMNO sendiri yang berselimut toto dengan MCA dan MIC? Bukankah MCA itu Cina dan MIC itu India? Atau ada yang lebih Cina dari MCA dan terlebih India dari MIC? "Perangai Umno ini tidak ubah sebagaimana kata pepatah Arab 'Dia pukul aku, dia yang menangis; dia fitnah aku, dia yang mengadu'. "Orang tua-tua pernah bisik, Umno macam paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Tapi lain pula kata orang muda. Kata mereka, paku sana paku sini, serpihnya balik atas dia juga," katanya. Nasruddin turut mengajak umat Islam menghayati sejarah Rasulullah saw yang mengadakan kerjasama sosial dan politik dengan golongan bukan Islam demi mempertahan hak dan menentang kezaliman. |
Kes Mahasiswa Hilang: Polis Tak Tolak Kemungkinan Wujud Unsur Jenayah Posted: 09 Mar 2011 08:38 PM PST Kuala Lumpur: Polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur jenayah dalam kes kehilangan seorang calon Pro Mahasiswa pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya (UM) bulan lepas. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata, siasatan kes itu masih berjalan dan telah diambil alih Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields. Polis kini menunggu laporan perubatan berhubung status kesihatan fizikal dan dalaman pelajar terbabit, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Penilaian Khidmat Pelanggan di IPD Dang Wangi, di sini Rabu. Masturah Abu Bakar, 22, dilaporkan hilang 19 Februari lalu selepas berkempen di Projek Perumahan Rakyat Pantai Dalam di sini, sebelum ditemui semula 33 jam kemudian di Bangi. Kehilangannya itu dikaitkan dengan empat ugutan yang diterima beliau beberapa hari sebelum dilaporkan hilang dan Masturah ditemui dalam keadaan bingung dan menangis berhampiran sebuah masjid di Kampung Teras Jernang, Bangi. Pada pemilihan MPP UM yang berakhir pada 21 Februari itu, Masturah diumumkan sebagai antara calon Pro Mahasiswa yang menang. Polis sebelum ini mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang dan siasatan awal juga mendapati tiada unsur jenayah, malah pelajar berkenaan tidak diculik. Zulkifli juga meminta orang ramai supaya tidak mencampuri urusan polis dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. - BERNAMA |
RM2.14 Juta Diperuntuk Hantar Pelajar Pulang Ke Mesir-Hassan Ali Posted: 09 Mar 2011 08:35 PM PST SHAH ALAM : Kerajaan negeri dan Lembaga Zakat Selangor memperuntukkan RM2.14 juta untuk menghantar pulang pelajar Selangor melanjutkan pengajian mereka kembali di Mesir pada 14 Mac ini.
"Kita mengharapkan dengan sokongan daripada Lembaga Zakat Selangor dan sokongan daripada kerajaan negeri untuk membawa pulang pelajar-pelajar ini daripada Malaysia ke Mesir, dengan cara itu mereka akan dapat meneruskan pengajian dengan baik," katanya. |
Jangan bayar kompaun saman ekor - Kase Posted: 09 Mar 2011 08:30 PM PST KUALA LUMPUR, 10 Mac: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menasihatkan mangsa saman ekor agar tidak membayar kompaun yang dikenakan biarpun tempoh promosi pembayaran berakhir hari ini. Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sekiranya selepas ini mereka disenarai hitam, Kase akan membantu untuk berdepan masalah tersebut di mahkamah. "Rakyat tidak perlu bayar, yang penting ambil insurans bawa ke JPJ untuk perbaharui cukai jalan, kalau JPJ tak benar, wajib pengarah JPJ kena bagi jawapan bertulis, kenapa. "Kemudian bawa insurans dan surat itu, kalau polis tahan, biar dia saman, kita lawan di mahkamah," katanya ketika ditemui selepas membangkitkan perkara itu di parlimen semalam. Tambahnya, keputusan sama ada seseorang itu bersalah dan perlu membayar kompaun hanya ditentukan mahkamah, dan bukan oleh notis saman yang dikeluarkan. Menurutnya lagi, tindakan JPJ menyenarai hitam pesalah saman ekor adalah salah mengikut keputusan Mahkamah Kucing dalam kes Leonad Lim Yaw Chiang melawan Pengarah JPJ negeri Sarawak pada 2009. Dalam kes itu, hakim memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam mengikut Seksyen 17(1)(d) adalah tidak betul dan bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain. Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.) "Kita minta Peguam Negara nasihat JPJ supaya akur keputusan mahkamah iaitu tak boleh blacklist. "Rakyat tidak boleh dipaksa membayar kompaun yang ditawarkan," kata Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS. Dalam pada itu, beliau turut mempertikai tindakan kerajaan yang didakwa akan menggunakan teknologi Redflex dalam Automatic Enforcement System (AES). Katanya, teknologi itu telah dipertikai banyak pihak termasuk di California Amerika Syarikat dan di Arizona. "Kenapa guna teknologi yang sudahpun dipersoal. "Dan kenapa syarikat swasta Beta Tegap dan commercial Circle diberi hak pengendalian, sedangkan teknologi guna yang Redflex punya. "Kenapa kerajaan tak kendalikan sendiri guna teknologi sama, kenapa perlu orang tengah?" soalnya. -Hrkh |
Jennifer Peluk Islam Setelah Melihat Umat Islam Dilayan Buruk Posted: 09 Mar 2011 02:58 PM PST Jennifer Fayed merasakan perkawinannya suram. Ia melihat tak ada kesungguhan pada suaminya yang menganggur, yang telah dinikahinya tiga tahun lalu. Ia mendapati dirinya hamil, sementara dua anaknya yang masih kecil belum dapat lepas dari pengawasan. Jennifer, yang berusia 21 tahun, mulai merenungi tujuan hidupnya di dunia. Fikiran itu menggantung di benaknya: "Pasti ada alasan atas kewujudan saya ini." Orang tuanya baru saja berpindah ke Republik Dominican, sebuah negara kecil di Carribean. Ia merasa ditinggalkan, sekalipun punya suami dan dua orang anak. Ini lantaran selama ini ia merasa orang tua lah yang menjadi pautan hidup baginya, yang menjadi dasar bagi siapa dirinya dan akan menjadi siapa ia berjuang. Kala itu ia sedang tertidur saat mendapat telefon panik dari ibu mertuanya yang berteriak "Ada pesawat jatuh, pesawat jatuh di Manhattan." Jennifer bertanya bingung, "Apa, apa yang ibu bicarakan!" Ia menghidupkan televisyen dan melihat menara kedua World Trade Center (WTC) diredah pesawat. "Saya tersentak! Siapa yang melakukannya, siapa yang sanggup melakukan perkara keji ini?" ujar Jennifer. Ia tak percaya apa yang dilihatnya. "Apakah ini mimpi?" Ia berharap ini hanyalah sebuah filem. "Ya, katakan ini hanya filem," katanya dalam hati. Ia baru saja mengunjungi WTC sehari sebelumnya. Ia melihat ini sebagai bukti bahwa belum saatnya dia mati. Ia merasa belum mencapai tujuan dalam hidup. "Saya tak tahu apa tujuan itu, tapi ini bukanlah saatnya bagi saya." Hari itu Manhattan dilanda kekalutan. Jennifer tak tahu hari itu menjadi awal perubahan drastik yang akan terjadi dalam hidupnya. Tak beberapa lama setelah serangan 11 September, Jennifer terbang mengunjungi orang tuanya di Republik Dominik. Ketika itu kehamilannya berusia satu bulan. Suaminya telah mengetahui kehamilannya. Ia berfikir bagaimana memberi tahu kehamilan ini kepada orang tuanya. Maklum, anak pertamanya adalah hasil hubungan di luar nikah, yang membuatnya terpaksa menikah guna menutupi aib. Tak apalah, katanya dalam hati, saya akan memikirkannya di Karibia nanti. Ia terbang menggunakan American Airlines dengan nombor penerbangan 587. Ia merasakan begitu cepat terbang setelah serangan WTC. Kawalan keselamatan di bandar sangat ketat, dan orang-orang di pesawat berdoa, beberapa bahkan tak lepas berdoa sepanjang penerbangan. "Saya mulai tertawa dalam hati. Jika kami akan mati, maka itu kan takdir kami." Jennifer terus memikirkan kehamilannya. Ia sebenarnya tak ingin kehamilan ini. Selain tak direncanakan, ini bererti mulut ketiga untuk diberi makan, sementara ia sudah sengsara menghidupkan dua orang anak, apalagi tiga. Ia begitu bingung. Ia menghabiskan waktu bersama orangtuanya cuba memberitahu mereka tentang kehadiran bayi. Ia merasa tak sanggup memberi tahu mereka, bahwa puteri tertua mereka kembali untuk mengecewakan mereka. Kerananya, Jennifer memutuskan untuk melakukan pengguguran dan tak ada yang perlu tahu dirinya hamil. "Penyelesaian yang mudah," fikirnya dalam hati. Namun, di sisi lain, ia berasal dari keluarga Kristen yang taat, yang memandang pengguguran adalah sesuatu yang dilarang dan berdosa. Ia kembali ke New York dari Karibia, dan membuat temujanji dengan klinik Planned Parenthood untuk mulai melakukan pengguguran. Ia bertanya apakah dapat menggunakan pil untuk pengguguran ini. Betapa kecewanya Jennifer bahwa dirinya harus menjalani pengguguran penuh kerana tarikh tamat untuk melakukan pengguguran dengan pil sudah terlewat satu minggu. Ia sangat tertekan. "Saya berkata dalam hati, Oh Tuhan, mereka akan mengangkat bayi ini dari perut saya. Apa yang telah saya lakukan?" Ia tak tahu apakah sanggup melalui ini semua. Ia memutuskan untuk berdoa kepada Tuhan. Namun, tidak menggunakan Rosario atau pergi ke gereja. Untuk pertama kali, ia akan berdoa langsung kepada Tuhan layaknya teman. Ia merasa Tuhan harus menolongnya. Tuhan adalah tumpuan terakhir. "Saya menangis sambil terus memohon. Oh Tuhan tolonglah, saya tak tahu apa yang harus dilakukan. Saya ingin bayi ini, tapi pernikahan saya sedang guncang, dan kami tak punya wang untuk menghadirkan seorang bayi lagi ke dunia ini. Saya percayakan sepenuhnya kepada Tuhan. Tolonglah, jika Tuhan menghendaki saya memiliki bayi ini, saya akan menerimanya. Dan, jika kehendak Tuhan untuk mengakhiri kehamilan ini, saya juga akan menerimanya." "Saya memasrahkan penderitaan ini kepada Tuhan. Tuhan yang saya sembah dengan cara saya sendiri, bukan dengan cara yang diajarkan kepada saya. Tuhan, yang bagi saya tak punya pendamping, tak punya anak, hanya sesuatu yang saya tahu telah menciptakan saya," kata Jennifer. Ia kehabisan akal memikirkan kehamilannya. Hari-hari berlalu, Jennifer sedang menyaksikan televisyen ketika sebuah siaran berita menngganggu acara. "Oh tidak. Tidak serangan teroris lagi," katanya. Sebuah pesawat kembali jatuh di New York, kali ini di kawasan Queen, daerah asal Jennifer. Ia khawatir ini kembali kerja teroris. Ia terhairan mendengar nombor penerbangan dan tujuan pesawat tersebut. Pesawat naas itu American Airlines dengan nombor penerbangan 587 menuju Republik Dominika. Ya, pesawat yang ditumpanginya seminggu lalu. Rasa dingin menjalar di punggungnya. Jennifer terpaku. Ia membayangkan mungkin saja dirinya yang ada dalam pesawat itu. Ia merasa ini pertanda dari Tuhan. Ini bukan pertama kali dalam kurang dari sebulan ia begitu dekat dengan kematian. "Tuhan mencuba mengatakan sesuatu." Seminggu setelah permohonannya kepada Tuhan, Jennifer mulai merasakan perutnya berkembang. Kembangan ini berbeza dengan yang biasa dirasakan pada masa pertama kehamilan. Ia tidak memperdulikannya, bukan masalah besar. Hari berlalu, rasa kembangan itu semakin parah, dan perdarahan pun mulai terjadi. Ia begitu takut. "Apakah saya keguguran?" Ia bergegas ke rumah sakit dan menjalani istirehat (bed rest) ketat. Pulang ke rumah, Jennifer masih perlu beristirehat di tempat tidur sekalipun rasa kembangan mulai berkurang. Saat tertidur, ia merasakan sakit luar biasa. Ia merasakan sesuatu keluar. "Saya tak tahu apa yang harus dilakukan. Saya pergi ke kamar mandi dan menemukan segumpal daging keluar." Jennifer keguguran di usia kehamilan dua bulan. Saat kembali ke rumah sakit, pihak rumah sakit memastikan ia telah keguguran. Padahal, keesokan harinya, ia dijadualkan oleh Planned Parenthood untuk menjalani proses pengguguran, pada 15 Oktober 2001. "Ini seakan tidak nyata. Apakah ini keajaiban dari Tuhan? Apakah Tuhan menjawab doa saya. Saya merasa Tuhan memberitahu bahawa kehidupan saya akan berubah. Akan berubah seperti apa? Saya tak tahu. Yang saya tahu, saya harus menyelesaikan kuliah dan saya tidak dapat bertahan lebih lama dengan suami yang tak ingin kerja dan tak punya cita-cita dalam hidup." Jennifer akhirnya memutuskan untuk bercerai dari suami pertamanya. Di lingkungannya, New York, Jennifer menyaksikan betapa buruknya perlakuan terhadap Muslim. Perlakuan ini terjadi begitu cepat setelah serangan 11 September. Setiap hari selalu ada berita yang melaporkan tentang kejahatan kerana kebencian terhadap Muslim. "Sungguh mengerikan. Saya menyaksikan langsung orang-orang pindah berjalan di kakilima seberang jalan hanya kerana melhat ada Muslim. Perniagaan kaum Muslim sepi. Tak ada yang ingin membeli dari kedai seorang Muslim. Di jalan, orang-orang berteriak kepada Muslim, Pergi ke negaramu, Teroris, Taliban!!" "Mengapa orang-orang mengatakan kata-kata ini kepada orang-orang yang tak bersalah? Saya sepakat pelaku serangan adalah orang yang kejam, tapi kenapa menyalahkan orang-orang yang tak ada hubungannya dengan serangan?" Dari sinilah muncul ketertarikannya. Jennifer mulai ingin tahu apa yang diyakini oleh Muslim. Ketertarikannya semakin besar setiap hari. Ia kemudian mendaftar untuk mengikuti satu kursus di kampus. Di sana ia bertemu Muslim dan melontarkan berbagai pertanyaan tentang Islam. "Mengapa anda mengenakan jilbab? Siapa yang anda yakini? Siapa itu Muhammad yang sering anda bicarakan?" "Beberapa orang punya jawapan, namun sebagian besar tak tahu bagaimana menjawab pertanyaan saya. Kebanyakan wanita Muslim yang saya tahu tak mengenakan jilbab dan mengatakan ini pilihan, dan mengatakan tak memiliki pengetahuan yang dalam tentang Islam." Jennifer merasa tak ada orang yang mampu memberikannya jawapan. Sehingga, ia berpaling ke internet untuk mencari jawapan. Di sana lah ia mengetahui tentang Islam. "Saya tak percaya bahwa Tuhan telah mengutus nabi lainnya setelah Jesus. Saya tahu Tuhan tak akan menciptakan saya dan semua orang di dunia tanpa jawapan atas pertanyaan-pertanyaan kami. Mengapa kami di sini? Mengapa orang-orang selalu mengatakan Tuhan itu tritunggal, dan ini hanya menguatkan apa yang saya percayai sejak berusia 14 tahun bahwa Tuhan itu satu tanpa pendamping." "Saya mencari kebenaran atas semua pertanyaan saya dan Islam menjawab semuanya. Muhammad adalah nabi yang luar biasa. Ia adalah nabi terakhir, yang terakhir diutus Tuhan untuk menyampaikan pesan terakhir-Nya kepada kita." Jennifer memutuskan untuk menggali lebih jauh tentang Nabi Muhammad. "Apakah ia benar-benar manusia? Apakah dia benar-benar ada?" Jennifer terkejut mengetahui Nabi Muhammad adalah manusia sebenarnya. Bukan saja Muhammad adalah seorang nabi yang menyampaikan wahyu, namun seluruh hidupnya telah dikisahkan. "Saya takjub, inilah agama saya," fikirnya. "Keyakinan yang selama bertahun-tahun saya cari, yang disebut Islam," katanya. Jennifer mengikuti tarawih Ramadhan pada musim gugur 2002, meski ia belum masuk Islam. Saat itu masjid penuh oleh jamaah. "Tak seperti keuskupan yang hanya dihadiri satu jenis ras atau kebangsaan di sebuah gereja khusus, masjid dipenuhi berbagai orang dari berbagai spektrum. Mereka sangat akrab dan selalu mengatakan Assalamualaikum," ia mengisahkan. Ia tak tahu apa ertinya itu. Ia hanya mengangguk malu. "Saatnya melaksanakan solat. Ini solat pertama saya seperti seorang Muslim," katanya. Ia sebenarnya tak tahu apa mereka lakukan. Namun, seorang temannya mengatakan 'ikuti saja apa yang mereka lakukan'. Jadi, itulah yang ia lakukan. Jennifer berkomat-kamit meniru jamaah lainnya. Ia juga ikut bersujud, tanpa tahu maksud dan alasannya. "Saya menikmatinya. Saya kagum bahawa semua Muslim menghadap Kaabah di saat yang sama setiap solat, tak peduli dari belahan bumi mana mereka berasal. Kami tak punya ini di Kristen, sama sekali tak punya," paparnya. Saat itu ia mengenakan jilbab untuk menghormati para jamaah. Ia tak tahu bagaimana cara mengenakan jilbab. Jadi, ia membeli dua helai selendang (scarf) yang ia pasang sekenanya. "Saya merasa anggun dan hangat saat mengenakan jilbab. Saya bisa berjalan di jalanan tanpa dipandang sebagai objek seksual. Orang-orang memang menatap saya, tapi saya tak peduli." Pulang dari masjid pada hari itu, ia bertekad untuk mengenakan jilbab setiap saat. "Orang-orang terus mengatakan bahwa saya tak perlu mengenakan jilbab kerana saya bukan seorang Muslim. Saya hanya menyatakan ini keputusan saya dan ini bukan urusan mereka. Saat mengenakan jilbab, ada perasaan aman, perasaan hangat dalam hati, bahwa saya mengikuti perintah Tuhan. Saya tak peduli terhadap tatapan dan komentar negatif dari orang lain." Jennifer merasa belum melakukan cukup. Ia pun melakukan puasa dalam beberapa hari di bulan Ramadhan. Lalu, ia berfikir bagaimana mengatakan ini semua kepada orang tuanya. Saat orang tuanya datang dari Republik Dominik, Jennifer tengah serius mempertimbangkan untuk mengucap syahadat. "Hanya saja, saya tak tahu bagaimana memberi tahu keluarga saya, terutama ibu saya kerana ia sangat cerewet kepada saya. Saya telah mengenakan jilbab, jadi saya tak bisa melepaskannya hanya kerana mempertimbangkan perasaan ibu saya, kerana kewajiban saya adalah kepada Allah, lalu baru kepada orang tua," ungkapnya. Sebagai awal, Jennifer memberitahu adiknya, Catherine, yang lima tahun lebih muda. Ia ingin melihat reaksi Catherine, yang mungkin akan sama dengan reaksi orang tuanya. Ia memanggil Catherine dan berkata, "Hey Catherine, saya melakukan sesuatu." Adiknya tak terkejut. Maklum, Jennifer memang biasa melakukan sesuatu di luar norma. "Apa yang kamu lakukan kali ini Jennifer?" Jennifer mengatakan dirinya sedang mempertimbangkan masuk Islam, dan ia kini telah mengenakan jilbab. Catherine tertawa kencang. "Ia mengatakan kini saya benar-benar telah 'melakukannya' dan orang tua kami akan 'membunuh' saya. Ia juga mengatakan tak percaya saya kini salah satu dari teroris itu." Namun, Catherine segera menyambung kalimatnya, "Kamu kakak saya dan saya menyayangi kamu tak peduli apa agama yang kamu anut." "Ia juga mengatakan bahawa orang tua kami akan mengamuk," ujar Jennifer. Tak berhenti di situ, Catherine lantas mengatakan "Jangan beri tahu ayah dan ibu tanpa saya ada di sana, jadi saya boleh mentertawakan kamu." Jennifer tahu adiknya hanya bergurau. Jennifer akhirnya memberanikan diri memberi tahu orangtuanya. "Ayah saya boleh menerimanya. Saya fikir kebanyakan lelaki akan dapat menerimanya jika hal itu bererti sang anak akan menutupi tubuhnya." Namun, ibunya sangat marah dan terperanjat. "Dia terus meyakinkan saya bahawa saya salah langkah dan Islam bukan agama yang tepat. Satu yang yang paling memberatkannya adalah saya mengenakan jilbab." Perlu dua minggu bagi ibunya untuk kembali tenang. "Tak lama mereka ahirnya dapat menerima. Bagaimanapun, ibu saya terus mengatakan bahawa ini hanyalah sementara, di satu tahap, dan saya akan kembali tersadar," ungkap Jennifer. Seminggu berselang, Jennifer akhirnya memutuskan untuk mengucap syahadat. Hari itu, Jumaat pertama Januari, Jennifer bangun pagi dengan perasaan bersemangat. Ini dia harinya, hari dimana ia akan mengucap syahadat. Ia lalu mandi dan mengejar kereta untuk pergi ke masjid untuk mengucap syahadat. Di masjid, ia menemui imam dan mengatakan ingin mengucap syahadat. Si imam menatapnya dengan senyuman dan mengatakan "Anda yakin, ini yang benar-benar anda kehendaki?" Dengan semangat Jennifer menjawab "Ya, ya, ini keputusan saya." "Maka, di hari itu, seluruh saudara seiman, laki-laki dan perempuan, bergabung untuk menyaksikan saya masuk Islam," kata Jennifer. "Hari itu, begitu banyak orang mengucap selamat dan mengatakan kepada saya jika saya memerlukan apa pun, mereka akan membantu saya. Saya begitu beruntung. Di sini lah saya bersama keluarga baru, sebuah keluarga yang anggotanya berasal dari seluruh belahan bumi." "Pada Jumat malam itu saat saya tidur, malam pertama saya sebagai Muslim, saya mengalami mimpi terindah, sebuah kurnia. Saya berada di sebuah lembah yang dipenuhi rerumputan hijau nan indah. Perbukitannya begitu indah, tak pernah saya lihat sepanjang hidup, dan saya berjalan di sana menuju seorang lelaki. Dia juga berjalan ke arah saya, dia mengenakan pakaian putih. Wajahnya samar, tak mirip wajah manusia yang sebenarnya, namun terang seperti matahari. Saya merasa begitu hangat dan aman. Dia memegang tangan saya dan kami berjalan bersama ke arah sebuah batu melingkar yang besar. Di batu itu ia duduk dan saya duduk di rumput. Ia kemudian mengatakan kepada saya 'Selamat datang ke Islam'." Saat terbangun, Jennifer merasakan perasaan yang begitu indah dalam hatinya. "Saya fikir inilah Rasul. Ia datang untuk menyambut saya masuk Islam. Saya kemudian mendapati bahawa itu bukan Nabi Muhammad, tapi salah satu malaikat Allah yang telah menyambut saya, karena malaikat tak memiliki wajah manusia, namun wajahnya samar (blur)." Jennifer merasa sangat istimewa sejak hari itu. "Seorang malaikat, malaikat Allah datang untuk menyambut saya kepada agama Allah, agama saya. Agama yang begitu saya inginkan sejak kecil. Islam adalah agama yang sebenarnya." Jennifer Fayed kini menjadi penulis yang tingal di Carolina Utara, AS. Berbagai tulisannya telah menginspirasi ramai orang. Ia memiliki sarjana di bidang pemasaran, dan anggota aktif Muslimah Writers Alliance. |
Zambry Kantoii...Kaum India Kecoh Di Perak.. Posted: 09 Mar 2011 02:57 PM PST "Saya jumpa mereka dan meneliti segala dokumen yang ada pada mereka, saya dapati besar kemungkinan ada unsur penyalahgunaan kuasa di mana semua penghuni telah tinggal di situ sejak 80 tahun. "Jadi saya hairan banyak kali mereka membuat permohonan kepada pejabat daerah dan agensi kerajaan tetapi tiada sebarang langkah atau tindakan yang diambil tetapi tiba-tiba mereka terima surat peguam mengatakan tanah yang mereka duduki telah diberi hak milik kepada orang lain,"katanya kepada pemberita. "Kita nak tempat. Ada penduduk tinggal di sana dan ada juga kuil, kita mahukan tempat,"katanya. Juragan : Fuhhh...Oii MIC mana lu pigi hah..??Kalau kejadian ni berlaku di Pulau Pinang..siappp..kecoh satu Malaysia,NGOk Melayu pun buat-buat sibuk..wartawan dan TV Haram Jadah akan siarkan kisah ini 24 jam...memang sah..ini lah dasar Umno Munafikkkkkk...Hancurrr Umnooo.... |
Ahli Parlimen Jerman prihatin kes Fitnah II dan penggantungan Anwar Posted: 09 Mar 2011 02:54 PM PST KUALA LUMPUR: Delegasi Ahli Parlimen Jerman hari ini menyatakan keprihatinan mereka terhadap kes Fitnah II dan isu penggantungan Datuk Seri Anwar dari menghadiri sidang Parlimen. Bercakap kepada KeadilanDaily, Pengarah Biro Antarabangsa KEADILAN, Yusmadi Yusoff berkata, mereka juga mahu Ketua Pembangkang itu diberi lebih ruang dalam media tempatan. "Mereka menyatakan keprihatinan terhadap kedua-dua kes itu, selain berpendapat Anwar seharusnya mempunyai ruang di dalam media. "Mereka menyatakan komitmen untuk berpihak kepada kebebasan dan demokrasi. Anwar pula menegaskan, KEADILAN komited meneruskan agenda demokrasi, kedaulatan undang-undang, kebebasan hak secara demokratik," katanya. Anwar menerima kunjungan sembilan Ahli Parlimen Jerman di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen, bagi mengetahui perkembangan kes Fitnah II dan kisah sebenar penggantungan Ketua Pembangkang itu. Mereka diketuai Dr Thomas Gambke dari The Green Party bersama Holger Ortel (Social Democratic Party), Stephan Thomae (Free Democratic Party) dan Elisabeth Winkelmeier-Becker (Christian Democratic Union/Christian Social Union). Sebahagian adalah antara Ahli Parlimen yang menguasai kerajaan manakala sebahagian lagi pembangkang di negara berkenaan. Turut hadir ialah Duta Jerman ke Malaysia, Dr Guenter Georg Gruber. Yusmadi berkata, butir perbincangan turut menjurus kepada masa depan Pakatan Rakyat di Malaysia, khususnya peranan KEADILAN dalam senario politik Malaysia. "Delegasi itu turut bertemu Ketua Menteri Pulau Pinang dan kumpulan-kumpulan badan bukan kerajaan (NGO)," katanya, menambah pertemuan berlangsung sekitar sejam bermula jam 5 petang. |
Isu FLOM, Nazri Menipu Di Dalam Parlimen? Posted: 09 Mar 2011 02:53 PM PST Unit FLOM di bawah JPM tidak wujud, kata Nazri Aziz Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini menafikan kewujudan unit Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Justeru katanya, persoalan mengenai kewujudan pegawai-pegawai khas kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sewajarnya tidak timbul. "Saya ingin menjelaskan soalsan ini telah dijawab saya pada 25 Disember 2010 "Tiada kontrak atau kakitangan tetap ditugaskan khusus kepada isteri perdana menteri, sebaliknya pegawai dari jabatan itu dari semasa ke semasa ditugaskan bagi membantu beliau." Beliau mengulas soalan tambahan daripada Anthony Loke (DAP-Rasah) berhubung mengapa divisyen FLOM disenaraikan jika tiada divisyen seumpama itu ditubuhkan. Loke ingin tahu fungsi unit FLOM, jumlah kakitangan dan peruntukan kos operasi unit itu bagi tahun 2011. Menjawab soalan Loke yang ingin tahu bahawa sebelum ini tertera nama serta jawatan enam pegawai yang ditugaskan membantu Rosmah dalam laman web JPM, Nazri berkata pegawai itu merupakan kakitangan JPM yang ditugaskan membantu Rosmah dalam menjalankan tugas-tugas beliau selaku isteri Perdana Menteri. "Direktori dan laman web Jabatan PM sedang dalam proses kemas-kini, untuk elakkan kekeliruan," katanya di bangunan parlimen hari ini. Katanya, antara tugasan pegawai yang dipinjamkan itu termasuk menguruskan surat menyurat dan dan mengendalikan jemputan rasmi dari dalam dan luar negara. Kos lawatan Rosmah lebih RM134,000 Tambahnya, mereka yang ditugaskan itu bagi kerja-kerja sementara itu adalah kakitangan yang telah diambil bertugas di pejabat perdana menteri. "Tidak timbul elemen elemen kos tambahan kerana mereka yang ditugaskan itu adalah kakitangan pejabat PM," katanya lagi. Dalam jawapan bertulisnya, Nazri juga berkata kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76. Dalam penjelasan itu, Nazri berkata rombongan yang diketuai Rosmah itu turut disertai menteri wanita, isteri-isteri menteri-menteri, menteri besar-menteri besar, ketua menteri serta beberapa pegawai kerajaan. Rombongan ke bandar Riyadh, Muscat dan Dhaka itu juga mendapat kelulusan jemaah menteri. -mk Bagaimana boleh dikatakan Unit First lady of Malaysia (FLOM) tidak wajud sedangkan di lamanweb Pejabat Jabatan Perdana Menteri JELAS memaparkan senarai kakitangan FLOM sebelum ianya dibuang selepas ia hangat dipersoalkan? Ia bukan sahaja menimbulkan kekeliruan seperti didakwa Nazri, malahan yang nyata ia satu penipuan, satu salahlaku yang melibatkan JPM yang tidak pernah berlaku di dalam era PM-PM sebelum Najib, menyediakan unit khusus untuk isteri PM. Kedua, Nazri berkata "Tiada kontrak atau kakitangan tetap ditugaskan khusus kepada isteri perdana menteri, sebaliknya pegawai dari jabatan itu dari semasa ke semasa ditugaskan bagi membantu beliau." Bukankah itu penyalahgunaan tenaga kerja kakitangan awam yang sepatutnya bekerja untuk tugas-tugas rasmi PM dan bukan isteri PM? Ketiga, beliau menambah, "Tidak timbul elemen elemen kos tambahan kerana mereka yang ditugaskan itu adalah kakitangan pejabat PM," tetapi beliau juga berkata "kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76". Bukankah itu jelas satu penipuan? -GB |
P’raya: PAS terus tuntut walau SPR bakul sampah Posted: 09 Mar 2011 02:50 PM PST KUALA LUMPUR : PAS tidak akan berputus asa untuk meneruskan empat tuntutan mengenai demokrasi pilihan raya yang dibakulsampahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa berkata, bagi meneruskan tuntutan itu, PAS bersama-sama Pakatan Rakyat dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak teragak-agak untuk mengadakan himpunan kali kedua seperti yang berlaku pada 2007. Ini kerana katanya, pilihan raya umum ke-12 dan siri pilihan raya kecil selepas itu, SPR bersikap berat sebelah iaitu memberi keutamaan kepada BN sahaja. "Sehari demi sehari hal demokrasi diuji dalam negara kita. SPR tidak memainkan peranannya dan pengalaman yang sudah banyak kita alami dalam siri pilihan raya. "Tuntutan Bersih pada pilihan raya umum ke-12 masih belum dilaksanakan malah mungkin tidak dikaji langsung oleh SPR dan tuntutan-tuntutan kita dibakulsampahkan. "Saya tidak menolak sekiranya tuntutan PAS, NGO dan Pakatan Rakyat keseluruhannya terhadap demokrasi tidak dilayan dan diperbetulakn kerajaan, kita akan melancarkan satu lagi himpunan Bersih secara besar-besaran ke Istana Negara sebelum pilihan raya umum ke-13 untuk kita minta suara kita didengar," kata beliau sewaktu membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini. Empat tuntutan berkenaan ialah pemansuhan undi pos, penggunaan dakwat kekal, akses kepada media dan pembersihan daftar pemilih. Sementara itu, Timbalan Presiden PAS itu turut menyentuh mengenai Buku Jingga Pakatan Rakyat yang mendapat kritikan hebat daripada BN. Katanya, janji 100 hari Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga itu dibuat berdasarkan kajian pakar-pakar dalam pelbagai bidang dan sebagai baik pulih kepada pengurusan ekonomi negara yang semakin pincang di bawah pentadbiran BN. "Kami menawarkan Buku Jingga dan ada yang bertanya bagaimana nak laksanakan janji itu. Memanglah setakat ini kita tak boleh laksanakan sebab kita belum duduk sebelah sana (BN). "Sebab itulah kami berikan tawaran, ada benda yang kita boleh buat dalam tempoh seratus hari. Dalam tempoh seratus hari pun kita boleh menjanjikan sesuatu, apatah lagi kalau kita memerintah. "Segala yang kami tawarkan itu bukan kita buat sambil-sambil bersila, sambil-sambil bersembang. "Kami punya satu kumpulan pakar ekonomi, satu kumpulan yang membuat kajian daripada semua sudut dan tawaran ini akan disusuli dengan komitmen untuk mengembalikan kehebatan negara yang mula runtuh di bawah BN," katanya. -Hrkh |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan