Muslimeen United |
- Ceramah Anwar puji Nabi, ceramah Hafilda sarat maki hamun
- Pemimpin Umno Akan Jadi "Gila Babi" Baca Laporan Ini..
- Pemimpin PAS Kesan Ada Pengundi Luar Ditawarkan Untuk Mengundi Di Merlimau
- Rasuah: Adun BN Lenggeng didapati salah, hukuman petang ini , mungkin PRK lagi ?
- Umno BN Restu Budaya Samseng Di Merlimau
- Biadab...Penyokong Umno Baling Batu Ke Arah Anwar..??
- Mengaku terbit Selangor Terkini, Selangor mahu Shukor didakwa
- Senarai Pesta rasuah di Kerdau dan Merlimau
- PRK Kerdau : Umno-BN sebar risalah fitnah
- Umi Hafida tentera upahan umno
- Penembak Tentara AS di Frankfurt Berteriak 'Allahu Akbar'
Ceramah Anwar puji Nabi, ceramah Hafilda sarat maki hamun Posted: 04 Mar 2011 04:44 AM PST JENGKA: Ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Felda Jengka 2, Pahang malam tadi penuh dengan puji-pujian kepada Rasulullah saw manakala ceramah Ummi Hafilda, pula sarat dengan maki hamun terhadap individu tertentu. Ummi Hafilda memulakan ceramahnya selama kira-kira 45 minit dengan memfitnah dan memaki hamun Anwar, malah abangnya sendiri, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden KEADILAN. Umno Barisan Nasional (BN) juga dikatakan cuba membuat provokasi dengan menghalakan pembesar suara ke arah ceramah Anwar yang dipisahkan dengan jarak 50 meter, namun penyokong Pakatan Rakyat mampu menahan sabar. Bagaimanapun, ceramah Ummi Hafilda yang semata-mata serangan peribadi hanya dihadiri kira-kira 30 orang dan bilangan itu termasuk beberapa anggota polis berpakaian biasa, berbanding 2,000 mendengar ceramah Anwar. Di sebalik kata-kata kesat dan makian itu, Anwar sepanjang ceramahnya kelihatan tenang dan fokus dalam menyentuh pelbagai isu yang menzalimi rakyat, dari isu kenaikan harga barang, petrol dan rasuah. Ketua Umum KEADILAN itu juga menyentuh isu kehilangan berbilion wang rakyat, selain penyelewangan proses pilihan raya, laporan media berat sebelah dan kebangkitan rakyat di Timur Tengah. Anwar dalam ceramahnya mengajak rakyat mencontohi perjuangan Nabi Muhammad saw dalam mengajak masyarakat Arab meninggalkan amalan jahiliyah. |
Pemimpin Umno Akan Jadi "Gila Babi" Baca Laporan Ini.. Posted: 04 Mar 2011 04:44 AM PST Apakah Pak Menteri Hipokrit ini buta atau memang "Bengong"..??Tak nampakkah bagaimana keadaan pekan Kerdau yang seperti peninggalan zaman jepun,ke mana pak Menteri dan YB kerdau selama ini..??Tidurkah atau makan gaji "Haram"..?? Bila time PRK macam ini..baru nak sibuk dan buat-buat sibuk,tabur janji bermacam-macam,kalau tak sokong BN rakyat akan susah dan tiada pembangunan penduduk kerdau akan ketinggalan. Tapi yang sebenar-benarnya dan realitinya memang Kerdau miskin dan mundur walau pun BN memrintah hampir 50 tahun lebih..cuba baca laporan dari SinarHarian dalam gambar di atas,Umno Haprahhh mesti jadi meroyan dan gila babi sebab suratkhabar mereka sendiri buat laporan di atas kianatnya Umno terhadap penduduk Kerdau selama ini...Hancusss Umnooo... |
Pemimpin PAS Kesan Ada Pengundi Luar Ditawarkan Untuk Mengundi Di Merlimau Posted: 04 Mar 2011 04:34 AM PST Merlimau - Beberapa pengundi luar akan digunakan untuk menjadi pengundi di pilihanraya kecil DUN Merlimau, demikian didedahkan oleh Naib Presiden PAS, YB Salehuddin Ayub di sini petang tadi. "Daripada maklumat yang kita dapat, diantaranya ialah ada (orang luar) yang ditawarkan menjadi pengundi. Kita melihat hal ini sebagai sesuatu yang serius. Mereka disediakan habuan sekiranya mereka bersedia untuk menjadi pengundi pada 6 hb ini. Jadi saya berharap perkara ini dapat dielakkan untuk menjamin sebuah pilihanraya yang adil dan bersih di Merlimau ini," ujarnya. Menjawab satu pertanyaan, Salehuddin merasa pelik bahawa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyatakan beliau tidak tahu mengenai kewujudan sebuah NGO misteri yang menamakan diri mereka 1Malaysia di kawasan Merlimau yang bergerak untuk memberikan hadiah-hadiah kepada pengundi-pengundi. Laporan The Malaysian Insider sebelum ini menyebut pertubuhan itu turut menganjurkan pelbagai jenis program termasuk majlis makan malam dikatakan mempunyai kaitan dengan Barisan Nasional (BN). Selain itu, kewujudan pertubuhan misteri itu dilihat membantu kempen BN dengan menawarkan pelbagai hadiah dalam setiap program yang dianjurkan. "Bagaimana Ketua Menteri Melaka bleh hadir di program berkenaan tetapi dalam masa yang sama beliau menyatakan beliau tidak tahu menahu tentang kewujudan NGO berkenaan?" soal Salehuddin. Selain itu beliau turut mendedahkan bahawa beberapa pemimpin PAS termasuk calon PAS, Haji Yuhaizad Abdullah telah menerima SMS ugutan dari kumpulan yang menggelarkan diri sebagai 'Geng Jebat Derhaka'. Ujar beliau, kemungkinan besar Barisan Nasional (BN) adalah dalang di sebalik penyebaran SMS berbaur ugutan itu. SMS tersebut berbunyi "Geng Jebat Derhaka akan terus mengganas di ceramah-ceramah PR (Pakatan Rakyat) yang menjadi pentas memecah-belahkan Melayu, sekiranya anda mahu kejadian pecah kenderaan di (Kampung) Chinchin dan Jalan Pahlawan berulang, hadirlah ke ceramah-ceramah PR pada malam ini dan seterusnya... awas keselamatan kenderaan anda tidak terjamin". Selain Yuhaizad, turut menerima SMS sama adalah Setiausaha PAS Melaka Harun Mohamad dan Yang Dipertua PAS Jasin Jasme Tompang. Setiausa Perhubungan PAS, Sdra Harun Mohammad menyatakan: "Saya yakin ugutan ini datang dari pihak Umno-BN kerana sebelum ini saya pernah menerims SMS dari nombor yang sama berbunyi 'TPM (Timbalan Perdana Menteri) bayau (bayar) makan minum di Chinchin supaya halal dan dia tak amik (ambil) kesempatan macam (Datuk) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat)... naik haji pun nak free (percuma)... nak orang sponsor (taja)... itu rasuah namanya dan tak ikut sunah nabi... sah ke hajinya? "Nombor telefonnya sama tapi bila dihubungi tidak dapat," kata Harun. Tambah Harun, beliau telah membuat laporan polis berhubung SMS berbaur ugutan itu dan berharap pihak polis akan membuat siasatan segera. Jelas Harun, beliau menerima SMS tersebut pada pukul 7.20 malam dan membuat laporan polis kira-kira pukul 12.30 malam tadi. Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Yuhaizat dan calon BN, Roslan Ahmad yang merupakan ahli jawatankuasa Umno Jasin. |
Rasuah: Adun BN Lenggeng didapati salah, hukuman petang ini , mungkin PRK lagi ? Posted: 04 Mar 2011 12:27 AM PST SEREMBAN, 4 Mac — Adun Barisan Nasional (BN) Lenggeng Mustafa Salim didapati bersalah menerima rasuah RM2,000 daripada seorang kontraktor sebagai sogokan mengeluarkan surat sokongan bagi aktiviti perlombongan pasir lebih dua tahun lalu. Keputusan itu dijangka akan membuka laluan kepada kemungkinan pilihan raya kecil di kawasan tersebut. Tarikh akhir yang membolehkan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan ialahj 28 April. Kekosongan selepas tarikh itu tidak memerlukan pilihan raya kecil. Wakil rakyat penggal pertama berusia 51 tahun itu bagaimanapun bebas dua tuduhan lain menerima rasuah M. Manimaran untuk tujuan yang sama. Hakim Mahkamah Sesyen Amran Jantan menangguhkan prosiding untuk menjatuhkan hukuman pada pukul 2.45 petang ini. Pada 3 November lalu, Mahkamah Tinggi Seremban memerintahkan Mustafa membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah yang dihadapinya pada 2008 selepas membenarkan rayuan pendakwaan. Mustafa sebelum itu telah dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen atas semua pertuduhan pada 14 April lepas tanpa diarah membela diri di akhir kes pendakwaan. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Nasfy Yasin ketika itu berkata mahkamah membenarkan rayuan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas ketiga-tiga pertuduhan berkenaan. Bagi pertuduhan pertama, Mustafa didakwa meminta RM3,000 daripada Manimaran, 37, melalui Mustafa Pendek, 58, di Lot 1321, Mukim Pantai, Seremban, pada 11 pagi, 28 Ogos 2008, sebagai balasan mengeluarkan surat sokongan bagi mendapatkan permit menjual pasir. Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa meminta RM2,000 daripada Manimaran untuk tujuan sama di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sembilan di Jalan Datuk Klana Ma''amor, Seremban, pada 9.05 malam, 30 Ogos 2008. Dan, bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa menerima suapan RM2,000 daripada Manimaran di Restoran Jabrin Maju, Taman Bunga Raya 2, Mantin, pukul 5 petang, 31 Ogos 2008. Dia didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 iaitu boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM negeri, Fieza Fazlin Fandi manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Taqiuddin Yahya dan Fiesal Mustapha. -MI |
Umno BN Restu Budaya Samseng Di Merlimau Posted: 04 Mar 2011 12:26 AM PST Jasin - Umno BN seolah-olah merestui budaya samseng sewaktu kempen pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau. Gambar: Antara kain rentang PAS PRK Merlimau yang dikoyak oleh puak samseng. Pengarah Pilihan raya PAS PRK Dun Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai pengarah PRK bagi BN yang hanya berdiam diri menunjukkan beliau mahu keadaan ini berterusan. Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa insiden keganasan yang didakwa dilakukan oleh penyokong BN dalam tempoh beberapa hari kempen ini. "Datuk Seri Ali Rustam tak boleh kawal tindakan ini ke? "Ini menunjukkan beliau merestui budaya samseng ini," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa pada sidang media di Markas Induk PAS, di sini hari ini. Beliau juga yakin perbuatan khianat yang dilakukan termasuk cubaan membakar pentas ceramah DAP sengaja dilakukan untuk membangkitkan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat khususnya PAS. "Saya percaya mereka buat macam ini supaya orang PAS marah, dan balas balik apa yang dilakukan itu. "Dengan itu mereka boleh tuduh orang PAS ganas, ekstremis," katanya. -HD |
Biadab...Penyokong Umno Baling Batu Ke Arah Anwar..?? Posted: 04 Mar 2011 12:24 AM PST Menceritakan kejadian itu, Ketua PKR Cabang Temerloh, Ahmad Nizam Hamid, berkata, kira-kira 30 orang pemuda, memegang sepanduk dan bendera BN menyekat kereta Anwar di Jengka 22 sambil menjeritkan perkataan lucah kepada ketua umum parti itu. Dari kelibat dan gaya percakapan mereka, Ahmad Nizam berkata beliau yakin kesemua mereka adalah orang luar dan bukan masyarakat tempatan. "Ini budaya baru yang dibawa, kerana dipahang tak pernah berlaku sebelum ini" kata Nizam pada sidang media di markas induk PAS bagi Pilihan Raya kecil Kerdau. Sebelum itu katanya, sejumlah paku turut ditaburkan di atas jalan raya khususnya di jalan jengka 22 menuju ke tapak ceramah ketua pembangkang itu menyebabkan kira-kira 50 buah motorsikal dan beberapa kereta mengalami kerosakan tayar. "Kami mengecam perbuatan biadap dan tidak bertamadun penyokong Umno BN tersebut yang jelas bukan sahaja melanggar tatasusila bangsa malah bersalahan dengan undang-undang. "Pilihanraya sewajarnya diraikan sebagai pesta demokrasi namun Umno kelihatannya tidak menjadi matang dan meletakkan diri di tingkat paling bawah," jelasnya. Bagaimanapun katanya, walau apa sekalipun provokasi yang dibuat pihak lawan, petugas Pakatan Rakyat tetap tidak akan termakan. Belaiu turut berterima ekoran tindakan pantas pihak polis menyuraikan para penyokong BN yang menunggu rombongan Datuk seri Anwar Ibrahim keluar dari jengka 22. |
Mengaku terbit Selangor Terkini, Selangor mahu Shukor didakwa Posted: 04 Mar 2011 12:18 AM PST Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada kenyataan media hari ini, berkata pihaknya sudah mengirim surat kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail untuk berbuat demikian "Perbuatan Shukor menyalahi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana mengedar kalendar beliau bersama-sama Selangor Terkini yang didapati mengguna logo rasmi kerajaan Selangor tanpa kebenaran. "Peguam Negara mesti mengambil tindakan terhadap Abdul Shukor kerana bersubahat mengedarkan akhbar haram," katanya. Pengakuan terbuka Abdul Shukor selaku Ketua Penerangan Umno Selangor itu disiar Malaysiakini dan beberapa akhbar utama lain pada 23 Februari lalu. Khalid sudah mengarahkan pegawainya menghantar bukti kepada polis bagi membantu siasatan susulan berdasarkan laporan dibuat pada 17 Januari lalu. "Saya berharap Peguam Negara akan bertindak "tanpa rasa takut atau memihak (without fear or favour) dalam hal ini sepertimana yang dituntut rakyat dan undang-undang Malaysia," katanya. |
Senarai Pesta rasuah di Kerdau dan Merlimau Posted: 03 Mar 2011 06:02 PM PST Wan Nik Wan Yussof Salah guna kuasa/sogokan/rasuah/pancing/beli undi dan penyelewengan pihak BN mengiringi sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Kerdau. Kes-kes berikut telah dicatatkan berlaku menjelang penamaan calon sehingga kempen 2 Mac 2011: 1. Pada Seminar Kecemerlangan Institusi Keluarga di Sekolah Kebangsaan Chenderah di Kampung Chenderah di Merlimau, Rabu (2 Mac) - Mohd Ali, Ketua Menteri Melaka menyogok 70 basikal kepada murid sekolah SK Chenderah (MstarOnline 3 Mac) dengan taktik memancing undi ibu bapa pelajar terbabit. 2. Muhyiddin dalam lawatannya ke DUN Merlimau (1 Mac), memancing undi dengan menjanjikan peruntukan geran pembinaan sekolah agama rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau berjumlah RM1.5 juta (Utusan online 3 Mac). 3. Pihak Felda turut membantu BN di PRK Kerdau membeli undi melalui pengumuman bayaran ses di bawah Skim Insentif Tanam Semula yang diberi kepada 433 peneroka dengan bayaran wang insentif RM1,000 sehektar atau bersamaan RM4,000 seorang yang kesemuanya bernilai RM1.8 juta. Majlis membeli undi itu dijadualkan pada Jumaat ini (4 Mac), dua hari menjelang pengundian (Umno online 2 Mac; Utusan online 3 Mac). 4. Umpan untuk beli undi ibu bapa pelajar telah dilakukann oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dengan memberi sumbangan kepada seramai 34 pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu termasuk 29 pelajar dari Sekolah Menengah Dang Anum. Majlis mengumpan itu diadakan di Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dan Jamuan Rakyat DUN Merlimau (dlm. Sinar Haroiana online - http://www.sinarharian.com.my/merlimau/). 5. PAS menerusi Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Sabki telah mengadu secara rasmi kepada pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melibatkan penggunaan jentera kerajaan/premis awam pihak BN di Kerdau sebagai tindakan salah guna kuasa dan penggunaan melampau premis Sekolah Rendah Batu Sawar, Padang Awam Teluk Sentang dan Dewan Orang Ramai Felda Jengka 23 serta Balai Raya Kuala Tekal. Di situ telah didirikan khemah dan menaikkan bendera parti serta aktriviti kempen. 6. Tan Sri Muhyiddin telah berjanji bersifat menyogok 300 seramai ibu bapa merupakan pengundi Dun Kerdau sedia meluluskan pembinaan blok tambahan untuk bengkel kemahiran hidup dan makmal bernilai RM5 juta di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau dan turut mempengaruhi pengundi sebagai pancing undi dengan sanggup dimasukkan cadangan dalam projek Rancangan Malaysia ke-10. Di samping turut berjanji untuk menyiapkan 18 sekolah di parlimen Kuala Krau yang akan diberikan peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM1.9 juta (Malaysiakini 1 Mac). 7. Berlaku pengedaran kotak barangan kepada pengundi Cina di Kerdau dan dilihat menyogok dan merasuah pengundi apabila peenerima diarahkan memasang pelekat BN pada rumah masing-masing dan dibuktikan lagi (sogokan dari BN) kerana pada kotak itu ada gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil. Setiap kotak mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin (Malaysiakini 28 Februari). 8. Datuk Seri Najib Razak mengumumkan satu nilai sogokan untuk memancing undi berjumlah hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau menjelang hari penamaan calon. Pengumuman itu dibuat di dua majlis perjumpaan berasingan di hadapan pengundi di Batu Sawar dan pengundi Cina, India dan Orang Asli di Kampung Baru Kerdau. Sogokan sebanyak RM10 juta itu dalam bentuk sogokan projek mengganti paip bernilai RM9.25 juta, gelanggang serbaguna masyarakat Cina RM400,000, membina kuil Hindu RM100,000, dan Balai Bomba sukarela RM150,000 (Malaysiakini 27 Februari). 9. Kehadiran Mohd Najib dan isterinya Rosmah menaiki helikopter berkempen sebelum penamaan calon di sekitar daerah mengundi Kerdau dan 'kawasan 3+1' – gugusan Felda Jengka 22, Felda Jengka 23, Felda Jengka 25 dan Felcra Rumpun Makmur dilihat sebagai salah guna kuasa kerana menggunakan wang kerajaan. Helikopter itu tidak dibiayai oleh Umno Kerdau (Malaysiakini 28 Februari). 10. Masjid as-Sujjah Merlimau (premis awam) juga digunakan sebagai pentas menyampaikan kempen oleh pengkuliah antara waktu maghrib-isyak (pada Isnin, 2 Feb). Antara ucapan pengkuliah yang sempat dicatatkan ialah "Yahudi menguasai ekonomi di Amerika Syarikat kerana ia adalah negara mereka, dan di Malaysia, orang Melayu tidak menguasai ekonomi, tetapi sebaliknya mereka menguasai politik. Jadi, anda mesti menyokong parti yang melindungi dan mempertingkatkan martabat Melayu... Saya berharap rakyat akan membuat keputusan yang betul dalam pilihan raya supaya martabat kita dapat dipertahankan." Memahami konteks itu, jelas pengkuliah itu adalah berkempen untuk BN atas masjid (Malaysiakini 2 Mac). 11. Tan Sri Muhyidin mengumumkan akan membina sekolah agama rakyat di Taman Muhibah dekat Masjid as-Sujjah Merlimau berjumlah RM1.5 juta di majlis perjumpaan pegawai agama masjid yang dihadiri sama calon BN Roslan (Berita Harian 2 Mac). Pengumuman itu satu sogokan dan mempengaruhi pengundi dari kalangan pegawai masjid seluruh Dun Merlimau. 12. Satu majlis di SMK Dang Anum, Merlimau (premis awam) pada hari Isnin (28 Februari) Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengeluarkan kenyataan, berikutan pengumuman kenaikan gaji para guru oleh Tan Sri Muhyidin, lalu beliau meminta 311 orang guru di Merlimau dapat membalasnya dengan mengundi BN (Malaysiakini 2 Mac). 13. Agensi kerajaan Pusat, Biro Tata Negara Negara (BTN) turut menyertai kempen pilihan raya kecil Merlimau dengan mengadakan tiga ceramah setiap hari bermula Ahad (27 Mac) lalu. Misinya ialah memburuk-burukkan DAP yang kononnya 'menentang Islam dan mengancam orang Melayu' (Malaysiakini 1 Mac). 14. Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari telah membuat laporan SPRM berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan pentadbrian di bawah Mohd Ali Rustam melibatkan projek dan dana Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berjumlah RM13.85 juta. Penyelewengan didakwa berlaku dalam kes pembinaan kompleks MAIM dan penyerahan milik lot PT 83 kepada kontraktor dan penjualan lot 106 dan 106 oleh kontraktor terbabit kepada pihak ketiga serta kelewatan jadual pembinaan kompleks yang tidak diambil sebarang tindakan (Berita Harian 2 Mac). Atas kes ini ada isu amalan kronisme, subhat dan semacam melindungi penyelewengan oleh MAIM dan Mohd Ali selaku Ketua Menteri. 15. Mohd Ali Rustam juga diketahui umum oleh para kontraktor yang menyertai tender projek negeri Melaka, sebagai ketua menteri yang mengamalkan kronisme dan rasuah. Mana-mana kontraktor yang ingin mendapatkan projek dan kelulusan tender perlu mendapat surat akuan daripada runnernya dan perlu berjumpanya terlebih dulu, kemudian membuat beberapa komitmen untuk kepentingannya (Laporan menerusi SMS 3 Mac). Perkara yang sama turut dilaporkan oleh seorang profesor dari salah sebuah universiti di USA yang membuat kajian berkaitan pembangunan negeri Melaka. Berdasarkan pendekatan BN yang tidak bermoral, tiada integriti dan mencabar amalan demokrasi di PRK Merlimau-Kerdau, maka by hook or by crook BN akan menang! Ini kerana, pihak pengundi sedia terperangkap dengan segala janji manis, takut dengan ugutan dan terpukau dengan sogokan berjuta-juta ringgit. Itulah pengundi BN. |
PRK Kerdau : Umno-BN sebar risalah fitnah Posted: 03 Mar 2011 02:42 PM PST TEMERLOH - Beribu-ribu risalah dan 'banner' yang dikeluarkan oleh Umno-BN telah disebarkan dan digantung merata tempat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau menjelang dua hari kepada hari pengundian 6 Mac ini. Beliau yang Pengarah Pilihan Raya Pas PRK DUN Kerdau berkata, kejadian itu dikesan oleh petugas terbabit selepas sejam kerja pemasangan dilaksanakan. Beliau mendakwa, walaupun laporan polis telah dibuat termasuk pasukan pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi tiada sebarang tindakan dilaksanakan oleh pihak tersebut. "Kami (Pas) amat kesal dengan perkara tersebut dan berharap ia tidak berulang, Pas mahu kempen ini sihat dan tidak dicemari oleh budak-budak nakal. "Jika tidak diatasi ia boleh mencetuskan ketegangan dari petugas dan pengundi," katanya dalam sidang media harian di Markas Pas di sini, hari ini. Naib Presiden Pas itu berkata, pihaknya juga ada menerima aduan dari petugas bahawa terdapat kain rentang yang bersifat provokasi dipasang di beberapa kawasan di DUN Kerdau yang bertujuan untuk mengelirukan pengundi. -BO
|
Umi Hafida tentera upahan umno Posted: 03 Mar 2011 02:40 PM PST PAS menyifatkan Ummi Hafilda Ali sebagai "askar upahan" Barisan Nasional (BN) kerana membantu parti itu dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau. Ummi Hafilda, adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali, tampil menyampaikan ceramah dalam kempen pilihan raya kecil di Kampung Chinchin Hulu di sini malam tadi. Dalam ceramahnya, Ummi Hafilda menggesa pengundi di Merlimau agar menolak kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. "Ini politik kotor yang digunakan Umno-BN untuk mempengaruhi pengundi, ini pilihan raya kecil antara calon dengan calon . . . ia tak tumbangkan kerajaan (negeri). - MI "Saya jemput dia (Ummi Hafilda) ceramah banyak lagi, saya suka kalau dia mari banyak lagi . . . apa kesan dia sebagai askar upahan untuk tarik pengundi? Dia ini dipanggil macam askar upahan, saya lebih percaya dia dibayar . . . saya sifatkan Ummi Hafilda ini sebagai askar upahan," kata Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman pada sidang media di Markas PAS di sini. Ummi Hafilda pernah menggemparkan negara kerana mendedahkan salah laku Anwar yang juga Ketua Umum PKR, 13 tahun yang lalu. Kata Halim, tindakan Ummi Hafilda membantu kempen pilihan raya kecil BN menunjukkan beliau tidak matang dalam berpolitik. "Ini pilihan raya kecil, saya nasihatkan Ummi Hafilda kalau nak impak yang lebih besar di pilihan raya umum . . . Anwar tak bertanding sini, apa kena mengena dengan Anwarnya? "Tiada kaitan pun dengan Azmin, ini adalah kempen yang kebudak-budakan, ia juga tak beri kesan pun pada kita. Tak isu pun, di sini isu tempatan banyak . . . Ummi Hafilda ini, kes sedang bicara di mahkamah buat apa dia bangkitkan," kata beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Merlimau. Tegas Halim, Ummi Hafilda seolah-olah dipergunakan untuk memburukkan kepimpinan Anwar dan juga Pakatan Rakyat yang turut dianggotai DAP. "Sebab itu saya kata tak berapa masak cara politik Ummi Hafilda, mesti ada orang guna dia . . . saya nasihat kalau nak guna, guna di pilihan raya umumlah bukan pilihan raya kecil . . . tiada kesan. "Ini adalah satu taktik yang tidak masak dalam pilihan raya kecil, kalau kita buka rasuah kerajaan melaka dan tak ada integriti ketua menteri itu ada kesan. "Datuk Seri Anwar sekarang sedang dibicara, jadi kita serah kepada mahkamah sahaja, tak tahu kalau Ummi Hafilda ini nak jadi hakim saya tak tahulah," katanya. Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan Yuhaizat Abdullah iaitu Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin. Dalam sidang media itu juga, Halim mendakwa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam seolah-olah merestui kempen ala samseng yang digunakan BN untuk menakut-nakutkan pengundi. "Apa yang berlaku selama ini jelas menampakkan budaya samseng masih diamalkan Umno-BN, inikah budaya Umno-BN? "(Mohd) Ali Rustam tak boleh kawal seolah-olah dia merestuinya, sepatutnya dia kawal tapi nampaknya perkara itu masih lagi berlaku...budaya samseng ini direstui Ali Rustam," katanya. |
Penembak Tentara AS di Frankfurt Berteriak 'Allahu Akbar' Posted: 03 Mar 2011 02:40 PM PST Seorang tentara Amerika Syarikat terkorban di dalam aksi tembak mendadak di bandar Frankfurt, Jerman, Rabu (2/3) semalam. Penembak tersebut dikenalpasti sebagai seorang pemuda yang bernama Arid Uka. Ia berumur 21 tahun. Pemuda tersebut berasal dari etnik Albania dari Kosovo. Sebelum melepaskan tembakan, ia berteriak "Allahu Akbar," menurut sumber yang disampaikan ke ABCnews.com. Dia menembakkan sebanyak sembilan kali ke arah tentera AS. Dan tembakannya itu menjatuhkan seorang AS dan pemandu bas tersebut. Setelah memuntahkan pelurunya, laki-laki ini juga berteriak "Jihad Jihad" atau "Allahu Akbar." Para tentara AS berada di sebuah bas di bandar Frankfurt. Badan bus itu bertuliskan Angkatan Udara Amerika Serikat dan membawa 13 atau 14 orang, dengan seorang pemandu. Intelijen AS berusaha untuk menyelidiki apakah penembakan itu terjadi ketika pemuda bersenjata itu di bas atau saat dia cuba untuk menaiki bus. Ketika ini pemuda tersebut ditahan dan FBI sedang menyelidiki kes tersebut, apakah penembakan itu merupakan tindakan terorisme. Presiden Obama mengatakan, "Saya sedih dan saya marah dengan serangan ini" dan penyelidik AS bekerja sama dengan pihak berkuasa Jerman dan memastikan membawa pelaku ke pengadilan.
|
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan